9
SYARIAH STPM ( tajuk:IDDAH) Nama Ahli Kumpulan -Nur Izzati’. -Nur Syahirah. -Nur Raihan Najeeha. -Nur Azyan.

Syariah ( iddah)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

iddah menurut islam

Citation preview

Page 1: Syariah ( iddah)

SYARIAH STPM ( tajuk:IDDAH)

Nama Ahli Kumpulan -Nur Izzati’.-Nur Syahirah.-Nur Raihan Najeeha.-Nur Azyan.-Siti Ruqaiyah.

Page 2: Syariah ( iddah)

MAKSUD IDDAH :-

Iaitu tempoh menunggu bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami sebelum dibolehkan berkahwin dengan lelaki lain sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah atau berkabung kerana berpisah dengan suami atau untuk memastikan isteri tidak mengandung anak bekas suaminya.

~JENIS-JENIS IDDAH & TEMPOH..

  i.Idah disebabkan perceraiana. Sedang hamil  *  Hingga melahirkan anakb. Tidak hamil  * Tiga kali sucic.Putus haid *Tiga buland.Belum disetubuhi * Tiada edah 

Page 3: Syariah ( iddah)

 ii.  Idah disebabkan kematian suamia.  Hamil * Hingga melahirkan anakb.  Tidak hamil* 4 bulan 10 haric. Putus haid  * 4 bulan 10 harid. Belum disetubuhi *4 bulan 10 hari  SEBAB PERBEZAAN TEMPOH EDAH :~ Bagi perempuan bercerai hidup*Dapat membersihkan rahim daripada benih hasil hubungan dengan bekas suami.* Cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungan bagi yang sedang hamil·~ Bagi perempuan bercerai mati* Sebagai tanda perkabungan dan kesedihan·bagi perempuan yang belum disetubuhi.*Tiada idah kerana rahimnya suci daripada benih suami. 

Page 4: Syariah ( iddah)

Hak-hak wanita dalam masa ber'iddah 

1) Adalah menjadi hak bagi setiap wanita yang wajib ditunaikan oleh suaminya ketika berlaku perceraian, sama ada cerai talak atau cerai kematian iaitu untuk tetap mendapat tempat tinggal di rumah tersebut. Ini bermakna suami tidak boleh menghalau isterinya keluar dari rumah selagi tempoh “iddah” belum berakhir.

#-Bagi 'iddah kematian suami pula, “penentuan untuk memilih tempat tinggal adalah terpulang kepada wanita itu sendiri dan ia bebas untuk membuat keputusan kerana selepas itu ia akan menanggung nafkah hidupnya sendiri”

2) Jika wanita yang diceraikan itu ber'iddah pada talak yang boleh dirujuk, maka wajib ke atas suami menanggung nafkah iaitu makan, pakaian dan tempat tinggal. Ini kerana wanita tersebut masih dikira sebagai isteri selama ia berada dalam tempoh 'iddah.

3) Jika wanita yang diceraikan itu ber'iddah pada talak yang tidak boleh dirujuk lagi (Talak Ba'in), dalam hal ini Imam Maliki dan Syafie berpendapat bahawa wanita tersebut hanya berhak mendapat nafkah tempat tinggal sahaja.

Page 5: Syariah ( iddah)

Batas Pergaulan Suami Isteri ketika Iddah.

-2 Jenis : Talak Bain (talak yang tidak boleh dirujuk)& Talak Raji’e (talak yg boleh dirujuk)

-Talak Bain : Maka hubungan suami isteri terputus dengan talak tersebut, maka mereka sudah menjadi orang asing, yang hukum pergaulannya sama seperti hukum perempuan ajnabi dalam semua hal, termasuklah suami itu tidak lagi menjadi kewajipan untuk dia menyediakan makan minum, kerana sudah menjadi bekas suaminya.

Talak Rajie’: Maka isteri yang ditalakkan itu berada di tengah-tengah keadaannya. Menjadi isteri sebenar pun tidak, kerana telah diceraikan dan hanya menunggu tamat iddahnya, maka tamatlah perkahwinan mereka. Hendak dikatakan bukan isteri pun tidak, kerana hanya dengan menyebut “aku rujuk denganmu semula”, maka jadilah mereka suami isteri semula.

Namun begitu, hukum ke atas perempuan yang diceraikan suaminya, ada hak-hak tertentu dari segi syarak untuknya, khususnya hak nafkah dan tempat tinggal, sehingga tamat iddahnya.

Page 6: Syariah ( iddah)

Dalil:Firman Allah (mafhumnya): “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.: (at-Talaq: 6) 

MAKSUDNYA:Suami wajib menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang ditinggalkannya, sekadar kemampuannya, seperti tempat kediaman yang mereka tinggal bersama sebelum mereka bercerai.

Bukan isteri yang menyediakan tempat tinggal untuk suaminya. Jika suami menyediakan tempat tinggal yang baru, maka hendaklah kediaman itu sesuai dengan isteri tersebut.

Adapun batas aurat, mereka hendaklah bergaul seperti orang ajnabi. Iaitu si isteri hendaklah menutup auratnya.

Page 7: Syariah ( iddah)

Ihdad Dalam Islam :-

-Ihdad atau berkabung menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah ialah: Meninggalkan berhias-hias sama ada dengan pakaian, barang kemas dan bau-bauan yang harum.

-Ini bermaksud perempuan yang berihdad ialah perempuan yang meninggalkan perkara yang berkaitan dangan berhias dan apa-apa yang boleh merangsang umpamanya memakai minyak wangi serta bersolek. Tuntutan berkabung ini pada lazimnya hanyalah ditujukan kepada perempuan yang kematian suami selama iddahnya. Sementara lelaki tidak berkaitan dengan tuntutan berkabung ini.

~Para ulama’ bersepakat bahawa wanita yg ditalakkn oleh suaminya tidak perlu berkabung kerana boleh dirujuk oleh suaminya semula.

 

Page 8: Syariah ( iddah)

Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)

~Dan org2 yg mati d’antara kamu serta meninggalkn isteri2 hendakl ah mereka(isteri2) menunggu 4 bulan 10 hari.Kemudia telah sampai(akhir) iddah mereka,maka tidak ada dosa baginya mengenai apa yang mereka lakukan terhadap diri mereka menurut cara yg patut.~(Hadis Nabi s.a.w bersabda)

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Page 9: Syariah ( iddah)

TAMAT……………………..