23
2.0 IDDAH 2.1 Pengertian Iddah Bahasa : bilangan, kiraan Syarak : tempoh masa tertentu yang ditentukan oleh syarak setelah berlaku perceraian kerana berlaku persetubuhan antara suami isteri pada perkahwinan yang sah atau pada persetubuhan yang syubhah atau kematian suami. Iddah tidak wajib bagi perceraian sebelum berlaku persetubuhan. 2.2 Hukum Iddah Hukum Iddah adalah wajib. Berdasarkan firman Allah : ءَ وُ رُ قَ ةَ ثَ لاَ ثَ نِ هِ سُ ف نَ ِ ثَ نْ صَ بَ رَ تَ # ثُ اتَ قَ لَ طُ مْ ل اَ وMaksudnya : Wanita-wanita yang ditalak suaminya hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali suci . 2.3 Tujuan Iddah 1. Untuk mengetahui bersih rahim perempuan, sehingga tidak bercampur keturunan seorang lelaki dengan yang lain. Iddah menjadi penting bagi kelahiran anak dan keturunan yang bersih daripada unsur yang syubhah antara dua keturunan. 2. Untuk memberi kesempatan kepada suami isteri yang terlibat supaya melakukan muhasabah diri dan jika mungkin kembali hidup bersama. 3. Untuk memberi ruang kepada isteri yang diceraikan atau ditinggalkan menilai dan menghargai kebaikan dan bakti, kasih sayang dan 1

Iddah dan Rujuk

  • Upload
    an-nur

  • View
    1.006

  • Download
    12

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Iddah dan Rujuk

2.0 IDDAH

2.1 Pengertian Iddah

Bahasa : bilangan, kiraan

Syarak : tempoh masa tertentu yang ditentukan oleh syarak setelah berlaku perceraian

kerana berlaku persetubuhan antara suami isteri pada perkahwinan yang sah atau pada

persetubuhan yang syubhah atau kematian suami. Iddah tidak wajib bagi perceraian

sebelum berlaku persetubuhan.

2.2 Hukum Iddah

Hukum Iddah adalah wajib. Berdasarkan firman Allah :

و�ء ق�ر� �ة� �ث �ال ث ه�ن �نف�س� �أ ب ص�ن� ب �ر� �ت ي ق�ات� �م�ط�ل و�ال

Maksudnya :“ Wanita-wanita yang ditalak suaminya hendaklah menahan diri

(menunggu) tiga kali suci”.

2.3 Tujuan Iddah

1. Untuk mengetahui bersih rahim perempuan, sehingga tidak bercampur keturunan

seorang lelaki dengan yang lain. Iddah menjadi penting bagi kelahiran anak dan

keturunan yang bersih daripada unsur yang syubhah antara dua keturunan.

2. Untuk memberi kesempatan kepada suami isteri yang terlibat supaya melakukan

muhasabah diri dan jika mungkin kembali hidup bersama.

3. Untuk memberi ruang kepada isteri yang diceraikan atau ditinggalkan menilai dan

menghargai kebaikan dan bakti, kasih sayang dan pengorbanan yang pernah diberikan

oleh bekas suaminya. Lalu, timbullah keinsafan akan betapa tingginya erti suami dan

perkahwinan dalam hidupnya yang akan dijadikan teladan bagi anak dan keturunannya.

1

Page 2: Iddah dan Rujuk

Seterusnya, menghargai segala-galanya yang pernah dicurahkan oleh bekas suaminya

dan doa untuknya.

4. Untuk menghapuskan amalan jahiliah yang mewajibkan isteri diceraikan dengan cerai

mati supaya mengurung dirinya di tempat gelap selama satu tahun, berpakaian hitam,

comot dan kotor.

5. Untuk memberi tempoh kepada suami mendapatkan ketenangan, meleraikan perkara

yang kusut, memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah serta mengharapkan

kurniaannya. Seterusnya, merancang kehidupan baru yang lebih baik dan diredai Allah.

6. Untuk memberi pengajaran kepada suami isteri dalam tempoh iddah bahawa perceraian

yang disebabkan oleh angkara sendiri akan menyusahkan diri sendiri.

2.4 Jenis-jenis Iddah

Iddah terbahagi dua iaitu, iddah wafat (kematian suami) dan iddah firaq (perpisahan semasa

hidup). Terdapat 6 jenis iddah seperti yang berikut:

a. Iddah isteri yang haid

b. Iddah isteri yang tiada haid

c. Iddah kematian suami

d. Iddah isteri yang hamil

e. Iddah isteri yang suaminya murtad

f. Iddah sebab nikah rosak dan persetubuhan syubhah

a. Iddah isteri yang haid

Iddah bagi isteri yang masih ada haid juga disebut iddah quru’ iaitu suci daripada tiga quru’

(tiga kali haid). Ini berdasarkan ayat Al-Quran :

Surah Al-Baqarah : 228

و�ء� ق�ر� �ة� �ث �ال ث ه�ن �نف�س� �أ ب ص�ن� ب �ر� �ت ي ق�ات� �م�ط�ل و�ال

2

Page 3: Iddah dan Rujuk

Artinya : Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri

mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).

Jika perempuan diceraikan pada masa suci, maka iddahnya selesai dengan haid yang ketiga. Jika

ia diceraikan pada masa haid, maka iddahnya selesai dengan haid yang keempat.

b. Iddah isteri yang tiada haid

Perempuan yang tiada haid sama ada setelah putus haid atau anak-anak yang belum baligh,

iddahnya tiga bulan. Sebab itu, iddah mereka disebut juga iddah bulan.

Surah At-Talak : 4

ت� و�ال�� و�أ �ح�ض�ن� ي �م� ل �ي ئ و�الال ه�ر� ش�

� أ �ة� ث �ال� ث �ه�ن ف�ع�دت �م� �ت �ب ت ار� �ن� إ �م� �ك ائ 1س� ن م�ن �م�ح�يض� ال م�ن� �س�ن� �ئ ي �ي ئ و�الال�ه�ن ل ج�

� �ح�م�األ  األ�

ا ر9 �س� ي م�ر�ه�� أ م�ن� ه� ل �ج�ع�ل ي ه� الل ق� �ت ي و�م�ن �ه�ن ح�م�ل �ض�ع�ن� ي ن

� أ

Ertinya: dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang berputus asa dari kedatangan

haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah kamu), maka iddahnya adalah tiga bulan,

dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-

perempuan mengandung tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang di

kandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan

memudahkan segala urusannya.

c. Iddah kematian suami

Iddah bagi perempuan yang kematian suami adalah 4 bulan 10 hari. Jika ada perempuan yang

ditalak raj’i lalu suaminya meninggal dunia, maka iddahnya bertukar menjadi iddah kematian

suami, yang dikira dari hari suaminya meninggal dunia, sebab waktu suaminya meninggal ia

masih dalam hukum isteri. Firman Allah:

Surah Al-Baqarah : 234

3

Page 4: Iddah dan Rujuk

� ف�ال �ه�ن ل ج�� أ �غ�ن� �ل ب �ذ�ا ف�إ ا ر9 و�ع�ش� ه�ر� ش�

� أ �ع�ة� ب ر�� أ ه�ن �نف�س� �أ ب ص�ن� ب �ر� �ت ي ا و�اج9 ز�

� أ ون� �ذ�ر� و�ي �م� م�نك �و�فو�ن� �ت ي ذ�ين� و�ال

�م� �ك �ي ع�ل �اح� ن ج�

Ertinya: dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan

isteri-isteri, hendaklah isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama 4 bulan 10 hari.

d. Iddah isteri yang hamil

Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan

bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak

itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir.

Contoh, katakanlah jika berlaku kematian ketika si isteri mengandung 2 bulan. Selepas 7 bulan

barulah dia bersalin, maka itulah tempoh iddah yang perlu dilaluinya.

Contoh lain, katakanlah pasangan suami isteri menaiki kenderaan dan berlaku kemalangan.

Akibat hentaman yang kuat, si suami meninggal di tempat kejadian, manakala si isteri bersalin

tidak sampai beberapa saat selepas itu, maka dengan serta merta juga iddahnya berakhir.

Dalil ataupun hujah bagi hukum ini adalah seperti ayat Quran yang menyebut bahawa

perempuan yang mengandung tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak (al-Talaq, ayat

4). Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian

suami lalu Rasulullah s.a.w. membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu

menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang

Sabi’ah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya (Hadis riwayat

Bukhari dan Muslim).

Demikianlah pendirian majoriti fuqaha dalam kes seperti ini.

4

Page 5: Iddah dan Rujuk

Terdapat pula sebilangan fuqaha yang berpendapat bahawa dalam keadaan ini hendaklah si isteri

tadi beriddah mengikut ab’ad al-ajalayn, iaitu tempoh yang paling panjang. Maksudnya, jika

tempoh 4 bulan 10 hari lebih panjang dari tarikh bersalin, maka hendaklah wanita itu beriddah

selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika tarikh bersalin lebih lewat/ terkemudian berbanding 4 bulan

10 hari, maka hendaklah dia beriddah hinggalah bersalin. Pandangan ini di bawa oleh sebilangan

kecil fuqaha.

e. Iddah isteri yang suaminya murtad

Murtad membatalkan hubungan perkahwinan. Bagi isteri yang berpisah dengan suami yang

disebabkan suaminya murtad, iddahnya :

i. Jika ia masih haid, iddahnya satu quru’ (sekali suci daripada haid).

ii. Jika ia mengandung, iddahnya setelah melahirkan kandungannya.

iii. Jika ia tiada haid, sama ada belum baligh atau sudah putus haid, iddahnya satu bulan.

f. Iddah sebab nikah rosak dan persetubuhan syubhah

Perempuan yang terlibat dengan pernikahan yang rosak yang telah disetubuhi lalau dipisahkan

dan perempuan yang disetubuhi dengan persetubuhan syubhah seperti lelaki yakin yang

disetubuhi isterinya, tetapi sebenarnya bukan, atau suami yang bersatu dengan isterinya,

kemudian ternyata nikahnya tidak sah sebab perempuan yang menjadi isterinya masih

muhrimnya, maka dalam kes ini perempuan tersebut mempunyai iddah :

i. Jika ia masih datang haid, iddahnya tiga kali suci daripada haid (quru’).

ii. Jika ia tiada haid, maka iddahnya ialah tiga bulan.

g. Iddah istihadhah

Perempuan yang mengalami masalah istihadhah (darah penyakit), maka iddahnya bergantung

pada keadaan:

5

Page 6: Iddah dan Rujuk

i. Jika ia masih ada haid sebelum mengalami keadaan istihadhah, maka iddahnya tiga kali

suci daripada haid. Berdasarkan kelaziman iddah orang yang masih ada haid.

ii. Bagi perempuan yang tiada haid, tempoh iddahnya ialah tiga bulan.

Jadual tempoh berbagai-bagai-bagai-bagai jenis iddah

Jenis Iddah Tempoh

Iddah ada haid Tiga quru’ (tiga kali suci daripada haid)

Iddah tiada haid Tiga bulan

Iddah hamil Sehingga melahirkan anak

Iddah kematian suami Empat bulan 10 hari

Iddah murtad i. Ada haid, iddahnya satu quru’

ii. Tiada haid, iddahnya satu bulan

iii. Mengandung, iddah hamil

Iddah nikah yang rosak dan

persetubuhan syubhah

Seperti iddah perempuan yang masih ada

haid, perempuan tiada haid dan iddah

hamil.

Iddah istihadhah Seperti iddah seorang perempuan yang

masih ada haid dan perempuan yang tiada

haid.

2.5 Pertukaran iddah

Pertukaran atau perubahan iddah daripada satu jenis yang lain berlaku apabila seorang

perempuan sedang menjalani iddah lalu datang iddah yang baru berpunca daripada satu-satu

sebab. Dalam keadaan yang sedemikian ia wajib menukar kepada iddah yang baru seperti

pertukaran :

i. Iddah quru’ kepada iddah bulan

6

Page 7: Iddah dan Rujuk

ii. Iddah bulan kepada iddah quru’

iii. Iddah quru’ kepada iddah hamil

iv. Iddah bulan kepada iddah hamil

v. Iddah talak raj’i kepada talak ba’in

Perempuan yang sedang menjalani iddah talak raj’i , sama ada iddah quru’ atau bulan-

bulan atau iddah hamil, lalu kematian suami, ia wajib melakukan iddah kematian. Namun,

Mazhab Al-Shafie’ berpendapat perempuan yang melakukan iddah quru’ wajib mengambil iddah

yang terlalu lama antara iddah quru’ dan iddah kematian suami kerana pertalian antara mereka

masih ada dalam hukum isteri.

Manakala iddah talak ba’in tidak berubah, walaupun berlaku kematian bekas suaminya,

kerana hubungan perkahwinan antara suami dan isteri telah putus, kecuali perceraian ketika

suami sakit tenat dan isteri sedang menjalani iddah ba’in, maka isteri kena bertukar kepada iddah

kematian kerana cerai ba’in dalam keadaan sakit diragui syarak, yang mungkin bertujuan untuk

menghalang daripada mendapat pusaka. Dengan bertukar iddah ba’in kepada iddah kematian,

isteri akan mendapat pusaka.

Iddah mengandung tidak akan berubah walaupun ada sebab-sebab yang menjadi faktor adanya

iddah yang baru.

2.6 Jadual pertukaran Iddah

Iddah Sebab Pertukaran iddah

Iddah quru’ Kematian suami Bertukar kepada iddah

kematian

Iddah quru’ Putus haid Bertukar kepada iddah putus

haid

Iddah bulan Datang haid Bertukar kepada iddah quru’

7

Page 8: Iddah dan Rujuk

Iddah quru’ Mengandung Bertukar kepada iddah hamil

Iddah bulan Mengandung Bertukar kepada iddah hamil

2.7 Tempat tinggal dan nafkah semasa iddah

a) Talak raj’i

Suami wajib menyediakan tempat tinggal

Suami wajib memberi nafkah sama sebelum bercerai, seperti makan, pakaian,

Isteri tidak boleh keluar rumah kecuali perlu. Firman Allah Taala:

b) Talak Ba’in isteri hamil

Suami wajib menyediakan tempat tinggal kepada isteri.

Suami wajib memberi nafkah. Firman Allah Taala:

Isteri tidak boleh keluar rumah kecuali perlu seperti membeli makanan.

c) Talak Ba’in isteri yang tidak mengandung

Suami wajib menyediakan tempat tinggal.

Suami tidak perlu memberi nafkah.

d) Talak suami meninggal

Berkabung atas kematian suami iaitu tidak berhias diri, bersolek yang mendorong

kepada keghairahan atau menarik perhatian orang lain dan tidak memakai pakaian

berwarna-warni, tidak bercelak, dan tidak memakai pakaian emas dan perak atau

seumpamanya, jika dilakukan, maka ini berdosa.

2.8 Perkara-perkara yang dilarang semasa Iddah

a. Bertunang (secara berterus-terang)

Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun

dipinang dengan cara berterus terang. Namun, jika mahu dipinang dengan berkias, maka

8

Page 9: Iddah dan Rujuk

ia diharuskan sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud, “ Tiada larangan ke

atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita.”

b. Berkahwin

Sebagaimana yang telah disebut, tujuan iddah adalah untuk memastikan rahim bersih dari

benih suami. Firman Allah S.W.T., maksudnya: “Dan janganlah melakukan ikatan

pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya). Ayat ini menjelaskan

bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh berkahwin sehingga tamat tempoh iddah

tersebut.

c. Berhias dan berwangi-wangian pada diri atau pakaian

Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada atau berhias-hias sama ada pada

tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan

kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki

kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkan daripada perkara-

perkara terlarang serta menghindari fitnah. Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan

Muslim, Rasulullah SAW ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang

beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana

(kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami

tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak

boleh menggunakan pewangi, kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit

haruman sahaja. Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami

dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai

barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri

daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana

dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam

tempoh larangan berkahwin. Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki

9

Page 10: Iddah dan Rujuk

memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh

penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk

dia memakai pakaian berwarna lain. Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar

untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas

habis haid iaitu digunakan pada faraj. Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan,

tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang. Diwajibkan ke atas wanita

untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dan lain-lain

tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai

wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit.

d. Tidur di rumah lain

Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga

iddah perceraian biasa. Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi

kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Firman Allah SWT

maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut

masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan

kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan

janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas”. (Surah

al-Talaq: ayat 1). Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah

bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka

selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang

diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang

kebinasaan yang jelas seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang

lain. Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat

wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah

S.A.W. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah S.A.W.

10

Page 11: Iddah dan Rujuk

memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis

iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda Baginda S.A.W., maksudnya: “Tinggallah tetap di

rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.

e. Keluar dari rumah tanpa tujuan (keperluan tertentu)

Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak

dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal

ini disepakati oleh majoriti fuqaha. Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim

menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah

diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah

melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu

Rasulullah S.A.W., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut

mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik”. Para

fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa

lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari

nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. Dalam satu hadis yang

lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah

S.A.W. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar

di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang

ke rumah kami”. Rasulullah S.A.W. menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila

kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing”. Dalam kitab-

kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami

untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu

dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari

nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah

penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah-

11

Page 12: Iddah dan Rujuk

menziarahi, dilarang keluar berdagang (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang

keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan,

pertunangan), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit

atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha

juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji dan umrah.

3.0 RUJUK

3.1 Pengertian Rujuk

*Rujuk adalah mengembalikan isteri yang telah ditalak pada pernikahan yang asal sebelum

diceraikan. Rujuk menurut bahasa bermaksud kembali. Adapun yang dimaksud rujuk disini

adalah mengembalikan status hukum perkawinan secara penuh setelah terjadi talak raj’i yang

dilakukan oleh bekas suami terhadap isterinya dalam masa iddahnya dengan ucapan tertentu.

*Menurut bahasa Arab, kata ruju’ berasal dari kata raja’ a-yarji’ u-rujk’an yang bererti kembali,

dan mengembalikan.

*Sedangkan secara terminology, ruju’ errtinya kembalinya seorang suami kepada isterinya yang

di talak raj’i, tanpa melalui perkawinan dalam masa ‘iddah.

*Ada pula para ulama mazhab berpendapat dalam istilah kata ruju’ itu adalah menarik kembali

wanita yang di talak dan mempertahankan (ikatan) perkawinannya. Hukumnya, menurut

kesepakatan para ulama mazhab, adalah boleh. Menurut para ulama mazhab ruju’ juga tidak

memerlukan wali, mas kawin, dan juga tidak kesediaan istri yang ditalak.

Firman Allah SWT :

“Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru. Tidak boleh

mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman

kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti

itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang

seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai

satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS

Al Baqarah :228)

12

Page 13: Iddah dan Rujuk

Apabila seorang suami telah menceraikan isterinya, maka dia digalakkan untuk rujuk kembali

pada isterinya dengan syarat kedua-duanya betul-betul hendak kembali (islah) bersama. Dengan

kata lainnya bahawa keduanya benar-benar sama-sama saling mengerti dan penuh rasa tanggung

jawab antara satu dengan lainnya. Tetapi jika suami mempergunakan kesempatan rujuk itu bukan

untuk berbuat islah, bahkan bertujuan untuk menganiaya tanpa memberi nafkah, atau semata-

mata untuk menahan isteri agar tidak menikah dengan orang lain, maka suami tersebut tidak

berhak untuk merujuk isterinya itu, malah haram hukumnya.

3.2 Bahagian Rujuk

Rujuk dapat dibahagikan kepada 2 iaitu :

a. Rujuk untuk talak 1 dan 2 (talak raj’i)

Dalam suatu hadis disebutkan : dari Ibnu Umar r.a. waktu itu ia ditanya oleh seseorang, ia

berkata, “Adapun engkau yang telah menceraikan ( istri) baru sekali atau dua kali, maka

sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyuruhku merujuk istriku kembali” (H.R. Muslim)

Kerana besarnya hikmah yang terkandung dalam ikatan perkahwinan, maka apabila seorang

suami telah menceraikan isterinya, ia telah diperintahkan oleh Allah SWT agar merujuk kembali

Firman  Allah SWT :

Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah

mereka dengan cara yang ma’ruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma’ruf (pula).

janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudharatan, Karena dengan demikian kamu

menganiaya mereka.. barangsiapa berbuat demikian, Maka sungguh ia Telah berbuat zalim

terhadap dirinya sendiri. janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah

nikmat Allah padamu, dan apa yang Telah diturunkan Allah kepadamu yaitu Al Kitab dan Al

hikmah (As Sunnah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya

itu. dan bertakwalah kepada Allah serta Ketahuilah bahwasanya Allah Maha mengetahui segala

sesuatu. (Q.S. Al-Baqarah : 231)

b. Rujuk untuk talak 3 (talak ba’in)

Hukum rujuk pada talak ba’in sama dengan pernikahan baru, iaitu tentang persyaratan adanya

mahar, wali, dan persetujuan. Hanya saja jumhur berpendapat bahawa utuk perkawinan ini tidak

dipertimbangkan berakhirnya masa iddah.

3.3 Rukun Rujuk

13

Page 14: Iddah dan Rujuk

a.      Suami yang merujuk. 

Syarat-syarat suami sah merujuk:

* Berakal.

*  Baligh.

*  Dengan kemahuan sendiri.

*  Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.  

b.  Isteri yang dirujuk. 

Syarat isteri yang sah dirujuk:  

*  Telah disetubuhi.

*  Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh.

*  Tidak bercerai dengan khuluk — tidak sah dirujuk isteri yang bercerai dengan khulu’.

*  Belum dijatuhkan talak tiga.  

* Baru dicerai 2 kali

Jika isteri telah ditalak tiga maka tidak sah rujuk lagi, melainkan harus telah menikah dengan

orang lain kemudian bercerai, barulah boleh rujuk kembali dengan akad yang baru.

Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah Talak yang kedua), Maka perempuan itu tidak

lagi halal baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu

menceraikannya, Maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk

kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah

hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mau) Mengetahui.(Q.S. Al-Baqarah :

230)

c.  Ucapan yang menyatakan rujuk

 Syarat-syarat lafaz:  

*  Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami“aku rujuk engkau” atau “aku

kembalikan engkau kepada nikahku”.

*  Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik, misalnya kata suami “aku

rujuk engkau jika engkau mahu”.Rujuk itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu.

14

Page 15: Iddah dan Rujuk

*  Tidak terbatas waktu — seperti kata suami “aku rujuk engkau selama sebulan”.       

d. Syarat-syarat sah kawin semula selepas talak tiga ialah:

*.      Selesai idah dari suami pertama.

*.      Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

*.      Suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya.

*.      Bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habis idah).

*.      Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas isterinya itu dengan akad nikah

yang baru mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang ditetapkan. 

3.4 Prosedur Rujuk

1. Jika selepas perceraian yang boleh diruju‘kan (dalam ‘iddah raj‘iyy) dan ruju‘ telah berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal peruju‘kan tersebut kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh peruju‘kan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya dalam borang yang ditetapkan.

2. Bagi pihak-pihak yang ingin memohon ruju‘ atas persetujuan bersama semasa di dalam ‘iddah raj‘iyy, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah bersama isteri dan dua orang saksi lelaki.

3. Setiap ruju‘ yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada Mahkamah Syari‘ah berkaitan sebelum ruju‘ dijalankan.

4. Apabila Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berpuashati bahawa ruju‘ tersebut berlaku secara sah dari segi hukum syara‘, baharulah pendaftaran atau permohonan ruju‘ diterima setelah pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes perceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal.

5. Pendaftaran atau permohonan ruju‘ hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah.

6. Setiap ruju‘ yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan.

7. Pemohon yang telah didaftarkan ruju‘ mereka akan diserahkan kepada mereka Surat Keterangan Ruju‘ (Borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Ruju‘.

8. Butir-butir peruju‘kan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah dalam Buku Daftar Ruju‘ (Borang 2E).

15

Page 16: Iddah dan Rujuk

3.5 Permasalah Rujuk

Antara isu yang dikira paling keliru di kalangan masyarakat adalah bab ruju'.

a. Rujuk perlu redha isteri

Ada wanita yang berkata, "suami saya ingin ruju', tetapi saya masih memikirkan samada untuk terima atau tidak"

Ketahuilah, bahawa ruju' tidak memerlukan sebarang persetujuan wanita. Ia adalah ijma' ulama seluruhnya. Ruju' ini ibarat menjatuhkan talak yang hanya tertakluk kepada suami.

Imam Ibn Qudamah berkata :

, . : وال يحضره ولي بال امرأتي راجعت قد أني اشهدا المسلمين من لرجلين يقول أن والمراجعة. , , , .. . علمها وال المرأة رضى وال صداق وال ولي إلى تفتقر ال الرجعة أن وجملته يزيده صداق

العلم ; أهل بإجماع

Ertinya : Ruju' adalah dengan cara seorang lelaki melafazkan (contohnya) : "Aku dengan ini ruju' kembali dengan isteriku"

Tanpa diperlukan kehadiran wali, sebarang mahar tambahan, dan secara umumnya, sesungguhnya ruju' tidak memerlukan wali, mahar dan juga redha si isteri dan tidak juga disyaratkan mesti  pemakluman kepada isteri, ia adalah dengan ijma' seluruh ahli ilmu." ( Al-Mughni, 7/405 ; Badai'e as-Sonaie', Al-Kasani)

Namun, khabarnya Malaysia (mungkin Ijtihad Malaysia) mengambil pendekatan yang sedikit berbeza apabila mereka  mengambil fatwa yang berbeza dengan ijma yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah tadi, ini adalah kerana berdasarkan Seksyen 51 (8) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang ingin meruju'.

Pertamanya : suami hendaklah melafazkan niat untuk meruju' bekas isterinya.

Kedua : bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas ruju' tersebut.

Setelah itu, suami dikehendaki menghantar permohonan ke mahkamah syariah untuk mendaftarkan ruju'.

Setelah itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang telah bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri. Setelah proses ruju' itu lengkap barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya.

Namun apapun, pihak pemerintah Malaysia kelihatan membuat keputusan dan ijtihad sendiri apabila MEWAJIBKAN REDHA ISTERI. Anjuran mazhab Syafie hanyalah menggalakkan sahaja dan tidak wajib: -

يشترط ال أنه ,  والجديد ثم ( ) االستدامة حكم في أنها األصح على بناء عليها اإلشهاد الرجعة لصحةيندب بل لرضاها وال لولي يحتج لم

16

Page 17: Iddah dan Rujuk

Ertinya : Pandangan mazhab baru Syafie, tidak disyaratkan wujud saksi untuk sahnya ruju', kemudian, (ruju') juga tidak memerlukan kepada (persetujuan) wali dan juga persetujuan wanita (isteri), cuma ia digalakkan sahaja. ( Nihayatul Muhtaj, 1/59 )

b. Bolehkah Ruju' Tanpa Melafaz? 

Tidak terdapat khilaf bahawa rujuk yang dibuat secara berlafaz yang terang oleh suami di hadapan saksi adalah sah. Demikian juga secara bertulis.

Namun ada yang bertanya kepad asaya sama ada ada cara lain, bagaimana jika berlakunya persetubuhan dalam masa iddah tersebut sebelum lafaz.?

Ulama mazhab berbeza fatwa dalam hal ini seperti berikut :-

Hanafi  : Sah ruju' sama ada dengan persetubuhan atau permulaan persetubuhan seperti sentuhan bersyahwat, ciuman, melihat kemaluan isteri dan lain-lain. Pandangan ini turut disebut oleh ramai ulama tabien seperti Sa'ad Ibn Musayyab, Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ato' Abi Rabah, Al-Awzai'e, Sufyan At-Thawry, As-Sya'biy dan lain-lain.

Maliki : Sah ruju' dengan persetubuhan dengan syarat si suami ada niat ruju' semasa persetubuhan itu berlaku. Namun ciuman, sentuhan dan lain-lain dengan syahwat sahaja tidak cukup untuk dianggap ruju'.

Syafie :  Mazhab Syafie menolak ruju' melalui perlakuan tanpa lafaz secara total, sama ada persetubuhan, mahupun permulaannya sebagaimana pandangan Hanafi tadi. Mazhab Syafie berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu ‘iddah tanpa lafaz ruju' yang jelas terlebih dahulu adalah haram.

Imam As-Syafie berkata :-

امرأته ; على لرجل رجعة تثبت فال كالم، بال رد ألنه وغيره جماع من الفعل دون بالكالم يكون والردله ثبتت العدة في بها تكلم فإذا بهما، يتكلم حتى طالق وال نكاح يكون ال كما بالرجعة، يتكلم حتى

  الرجعةErtinya : Ruju mestilah dengan percakapan ( lafaz) dan bukannya dengan jima' dan lainnya, kerana tiada ruju' tanpa lafaz, maka tidak sah ruju' bagi seorang lelaki kepada wanita sehinggalah dia melafazkannya, sebagaimana tiada nikah dan talaq yang dibuat tanpa lafaz, maka jika si lelaki melafazkannya (ruju') semasa iddah barulah sah ruju'nya" (Al-Umm)

Hanbali : Sah ruju' dengan persetubuhan namun tidak sah ruju' hanya dengan permulaan persetubuhan. Samada ia dilakukan dengan niat ruju' atau tidak.

Kesimpulan : Apapun pendapat pelbagai mazhab, sebagaimana yang telah saya dedahkan di atas, Malaysia mengambil mazhab Syafie yang mensyaratkan suami MESTI melafazkan ruju' terlebih dahulu secara rasmi. Ia wajar dituruti.

c. Aurat Isteri Depan Suami Semasa Iddah 

Benar, wajib secara sepakat seluruh ulama si isteri untuk tidak keluar dari rumah suami semasa iddah dalam penceraian raj'ie (normal boleh ruju') kali pertama dan kedua.

17

Page 18: Iddah dan Rujuk

Si suami juga haram untuk menghalau isteri keluar dalam tempoh itu, malah suami masih wajib berikan belanja zahir kepada isteri di waktu ‘iddah. ( Tafsir Al-Jassas, 5/348 : Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 18/154 )

Namun, timbul persoalan jika isteri duduk di rumah suaminya, bagaimana dengan hal auratnya?

Jawapannya mudah, menurut mazhab Syafie, isteri wajib menutup auratnya di dalam rumah itu.

Namun menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali; tiada aurat yang perlu ditutup di depan suaminya sepanjang tempoh iddah, kerana mereka masih dikira isteri dan akan automatik ruju' dengan persetubuhan.

d. Ruju' Dalam Kes Tebus Talaq 

Adapun tebus talaq ataupun khulu', penceraian itu yang dilakukan atas dasar ini tidak mempunyai peruntukan ruju', sama ada ia dianggap sebagai Fasakh atau Talaq (berdasarkan perbezaan ijtihad ulama).

Namun majoriti ulama silam dan kontemporoari menyebutkan tiada rujuk bagi kes tebus talaq.  Malah Imam As-Syawkani menyebut telah terdapat Ijma' (perspekatan penuh) seluruh ulama bahawa tidak ruju' bagi kes tebus talaq. Ini adalah kerana Talaq itu jatuh dalam kategori Talaq Bain dan bukan Talaq Raj'ie (yang boleh diruju'). (Nailul Awtar ; Mawsu'ah Al-Kuwaitiyah)

Cuma bezanya kali ini, wanita ada hak untuk terima jika si bekas suami tadi ingin ruju' juga dalam kes tebus talaq. Ertinya, peruntukan asalnya suami tidak boleh ruju' seperti kes talaq biasa, namun dalam kes tebus talaq, lelaki hilang haknya untuk ruju' tanpa redha isteri. (Kasyyaf Al-Qina', Al-Bahuti)

e. Perlukah Ruju' Kepada Saksi?

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, Imam Syafie dalam satu fatwanya menyatakan penyaksian dalam bab ruju' adalah wajib. Berdasarkan dalil firman Allah s.w.t :

�م� م1نك ع�د�ل� ذ�و�ي� ه�د�وا ش�� و�أ وف� �م�ع�ر� ب ف�ار�ق�وه�ن و�

� أ وف� �م�ع�ر� ب �وه�ن ك م�س�� ف�أ �ه�ن ل ج�

� أ �غ�ن� �ل ب �ذ�ا ف�إ

Ertinya : Apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik.. ( At-Talaq : 2 )

Namun pendapat Abu Bakar r.a, Imam Malik dan Abu Hanifah, saksi tidak wajib kerana ia langsung tidak memerlukan persetujuan dari pihak lain. Justeru, saksi hanyalah digalakkan sahaja namun ia tidaklah wajib.

3.6 Hikmah Rujuk

a.   Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan kerukunan rumah

tangga.

b.   Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku perceraian.

c.   Dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal rumah tangga

18

Page 19: Iddah dan Rujuk

4. 0 PENUTUP

19

Page 20: Iddah dan Rujuk

5.0 RUJUKAN

Iddah, Terbitan Sinar Jimat Sdn Bhd, Cetakaan Modmidal Industries Sdn Bhd, muka surat 138-148

Tatarujuk Dalam Islam, diambil daripada:

http://abuhauramuafa.wordpress.com/2012/05/10/tata-cara-rujuk-dalam-islam/

Talak dan rujuk, diambil daripada:

http://majalah-assunnah.com/index.php/soal-jawab/230-talak-dan-rujuk

20