15
HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID LINUS TAHUN 1 MOKTAR BIN KADIR [email protected] PENGENALAN Perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan telah dapat menarik perhatian para pendidik masa kini (Wang, 2008). Dengan adanya kemajuan dan kemudahan ini membolehkan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Tambahan lagi, menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), kecanggihan serta kemampuan komputer menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan dan sekali gus banyak mempengaruhi corak pembelajaran masa kini. Pengajaran Literasi Bahasa Melayu sudah tentu tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi. Walaupun mata pelajaran Bahasa Melayu hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran (Yahya dan Roselan 2007). Satu daripada isu tersebut dapat dilihat apabila masih terdapat murid yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Dalam hal ini, seseorang murid itu tidak dianggap menguasai kemahiran membaca jika tidak berupaya membina kefahaman tentang apa yang dibacanya (Korabiak dan Mete 2004). Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa dilihat sebagai satu usaha untuk memberikan impak positif terhadap permasalahan penguasaan lisan, bacaan dan memahami teks (Yahya dan Roselan 2007). Tambahan lagi, menurut Lewin (2000), penggunaan bahan multimedia seperti komputer, CD-ROM dan buku cerita interaktif dipercayai dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid, khususnya murid sekolah rendah. 1

T1A3 (740414125721).docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MEMBACA MURID LINUS TAHUN 1

MOKTAR BIN KADIR

[email protected]

PENGENALAN

Perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan

telah dapat menarik perhatian para pendidik masa kini (Wang, 2008). Dengan adanya kemajuan

dan kemudahan ini membolehkan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Tambahan

lagi, menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), kecanggihan serta kemampuan komputer

menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia

menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih

menyeronokkan dan sekali gus banyak mempengaruhi corak pembelajaran masa kini.

Pengajaran Literasi Bahasa Melayu sudah tentu tidak terkecuali daripada pengaruh

teknologi maklumat dan komunikasi. Walaupun mata pelajaran Bahasa Melayu hanya

melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun

masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran (Yahya

dan Roselan 2007). Satu daripada isu tersebut dapat dilihat apabila masih terdapat murid yang

tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Dalam hal ini, seseorang murid itu

tidak dianggap menguasai kemahiran membaca jika tidak berupaya membina kefahaman tentang

apa yang dibacanya (Korabiak dan Mete 2004).

Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa dilihat sebagai

satu usaha untuk memberikan impak positif terhadap permasalahan penguasaan lisan, bacaan dan

memahami teks (Yahya dan Roselan 2007). Tambahan lagi, menurut Lewin (2000), penggunaan

bahan multimedia seperti komputer, CD-ROM dan buku cerita interaktif dipercayai dapat

meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid, khususnya murid sekolah rendah.

Oleh itu, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini pengkaji akan mengaplikasikan

penggunaan tapak pembelajaran dalam pengajaran kemahiran membaca dua suku kata iaitu kvkv

berpandukan gambar yang telah disediakan oleh pengkaji.

1

Page 2: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Setelah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada 22 Januari 2014 yang lepas di

sekolah sekitar daerah Sipitang, pengkaji mendapati murid lemah mengeja suku kata kvkv.

Malah terdapat juga segelintir murid yang teragak-agak untuk membaca suku kata kv, dan kvkv.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, murid lambat untuk mengeja perkataan yang terdiri

daripada suku kata kvkv. Hal ini dapat dilihat melalui klip video yang telah direkodkan oleh

pengkaji pada sesi pengajaran dan pembelajaran pertama. Dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran tersebut, terdapat hanya beberapa orang murid yang lancar membaca, namun

masih di tahap sederhana. Hal ini disebabkan oleh terdapat beberapa perkataan yang sukar untuk

dibaca oleh murid. Contohnya perkataan yang terdiri daripada suku kata kvkv:

Melalui pemerhatian awal yang telah dilakukan, antara masalah yang dihadapi oleh murid

untuk mengeja suku kata kvkv ialah :

i. Tidak yakin dengan hasil bacaan sendiri.

ii. Teragak-agak untuk membunyikan perkataan.

iii. Keliru dengan huruf-huruf dalam perkataan.

iv. Tahap kemahiran membaca yang rendah.

Mendapati masalah ini tidak boleh dipandang ringan, pengkaji telah berinteraksi dengan

guru yang mengajar di kelas tersebut. Hasil daripada interaksi itu, mendapati murid tidak

memberi tumpuan ketika guru sedang mengajar. Malah, murid-murid juga tidak membuat latihan

yang diberikan. Kesannya, murid-murid ini tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan

baik.

Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, iklim kelas yang tidak

memberangsangkan menyebabkan murid tidak dapat memberikan tumpuan yang sepatutnya.

Selain itu, persekitaran kelas yang bising juga sedikit sebanyak memberikan gangguan kepada

pengamatan murid terhadap pembelajaran. Malah, kekurangan sumber bacaan seperti kad

2

Topi Baju Buku Gigi

Page 3: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

perkataan dan buku cerita menyebabkan murid tidak berminat untuk mengamalkan budaya

membaca. Malah, hasil pemerhatian di dalam kelas juga mendapati kurangnya bahan bantu

mengajar seperti kad suku kata dilekatkan pada sudut LINUS di dalam kelas.

Justeru, satu pendekatan telah dihasilkan dalam membantu murid mengeja suku kata

kvkv. Pendekatan ini dinamakan sebagai penggunaan tapak pembelajaran dalam pengajaran

Literasi Bahasa Melayu.

2. ISU DAN FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan mengenal pasti keberkesanan tapak pembelajaran ke

atas pencapaian murid LINUS Tahun 1 dalam membaca suku kata kvkv. Perbandingan

keberkesanan intervensi ini diukur berdasarkan kepada hasil kerja murid daripada sesi

penagajaran pertama dengan hanya menggunakan kaedah tradisional dan sesi pengajaran kedua

dengan mengaplikasikan tapak pembelajaran.

Terdapat beberapa masalah yang menyebabkan ketidaklancaran pembacaan suku kata

kvkv. Walau bagaimanapun, fokus kajian adalah menjurus kepada penguasaan murid dalam

membaca suku kata kvkv dengan menjalani latih tubi dalam bentuk permainan bahasa. Latihan

membaca yang digunakan adalah membina perkataan yang bermakna dan melengkapkan

perkataan dengan suku kata yang betul berpandukan gambar.

Pada awalnya, keseluruhan sampel diminta untuk membaca suku kata kvkv berdasarkan

gambar dengan bantuan guru. Latihan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kelemahan murid

dan membantu murid membezakan bunyi pada suku kata tersebut. secara langsung dapat

membantu murid membunyikan suku kata dengan mudah.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang dinyatakan di atas.

Masalah yang dihadapi ini menyebabkan penguasaan dan kefahaman murid terhadap kemahiran

membaca masih tidak dapat ditingkatkan ke tahap yang memuaskan termasuklah yang berkaitan

dengan bacaan suku kata kvkv.

3

Page 4: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

3. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah dijalankan ke atas murid LINUS tahun 1 di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina

di daerah Sipitang. Pemilihan kumpulan sasaran adalah berdasarkan kelas LINUS Tahun 1.

Kumpulan ini seramai 21 orang murid. Pengkaji akan membuat pemerhatian khusus semasa sesi

praktikum. Sesi praktikum dijalankan sebanyak dua kali. Sesi praktikum 1, pengkaji akan

menggunakan pendekatan tradisional iaitu secara “chalk and talk” manakala sesi praktikum 2

pula pengkaji akan menggunakan intervensi iaitu pendekatan tapak pembelajaran dalam

pengajaran membaca suku kata kvkv. Kesemua sampel yang dipilih mempunyai tahap kognitif

yang hampir sama.

4. PELAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tapak pembelajaran sabagai bahan inovasi

bertujuan untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat

menarik minat murid untuk mempelajari topik baharu. Hal ini turut disokong oleh Zamri dan

Mohamed Amin (2008) iaitu kecanggihan serta kemampuan komputer menyampaikan sesuatu

maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu

daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan dan sekali gus

banyak mempengaruhi corak pembelajaran masa kini.

Selain itu, pendekatan ini secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada murid untuk

memahami cara mengeja suku kata kvkv dengan betul dari segi intonasi dan sebutannya. Malah,

pengkaji dapat melihat keberkesanan pengajaran dengan membandingkan hasil kerja murid

sebelum menggunakan tapak pembelajaran dan selepas pelaksanaannya.

AKTIVITI- AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Pada 22 Januari 2014 yang lalu, pengkaji telah menjalankan sesi praktikum 1 bertempat di salah

sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di daerah Sipitang. Pengkaji telah memilih 21 orang murid

LINUS tahun 1 sebagai sampel kajian. Sesi praktikum ini telah dijalankan selama sejam pada

waktu pagi. Pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran pada waktu pagi kerana

4

Page 5: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

pada waktu itu pemikiran murid masih segar dan mudah untuk murid menerima ilmu. Malah,

keadaan murid juga masih terkawal.

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran 1, pengkaji masih menggunakan pendekatan

tradisional iaitu kaedah ‘Chalk and Talk’ dalam sesi pengajaran. Pengkaji hanya menggunakan

bahan bantu mengajar yang terhad seperti buku teks LINUS dan buku kerja LINUS. Murid

seperti dapat menduga sesi pengajaran yang dijalankan. Hal ini kerana mereka hanya

menyediakan buku teks dan buku latihan sahaja untuk mempelajari topik baharu.

Pada permulaan pengajaran, pengkaji terlebih dahulu menjalankan sesi soal jawab

dengan murid tentang kefahaman mereka mengenai suku kata kvkv. Terdapat beberapa orang

murid yang memberikan respon dengan menyatakan contoh haiwan atau objek yang terdiri

daripada suku kata kvkv dengan betul. Setelah mendengar jawapan yang diberikan oleh murid,

pengkaji telah memberikan penerangan tambahan tentang contoh objek bagi suku kata kvkv.

Pada langkah seterusnya, pengkaji telah menunjukkan kad gambar kepada murid. Hal ini

bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan rangsangan kepada murid untuk mengeja suku kata

kvkvk. Selain itu, pengkaji juga telah mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. Dalam

lembaran kerja tersebut, terdapat permainan bahasa iaitu mengisi tempat kosong berpandukan

gambar. Murid-murid hanya perlu melengkapkan perkataan dengan suku kata yang betul.

Selepas mendapat lembaran kerja tersebut, murid-murid melengkapkan perkataan seperti

yang diarahkan tanpa bantuan guru. Hasilnya terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh

murid dalam membina perkataan yang terdiri daripada suku kata kvkv. Oleh itu, pengkaji telah

melakukan perbincangan dengan murid untuk mengatasi masalah tersebut.

Semasa sesi perbincangan dijalankan, murid-murid didedahkan dengan teknik latih tubi

secara berulang. Hasilnya, terdapat sedikit peningkatan dari segi bacaan terhadap suku kata

kvkv. Namun, pengkaji masih tidak berpuas hati dan bercadang untuk membuat penambahbaikan

pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Pengkaji telah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Literasi Bahasa

Melayu kedua pada 27 Januari 2014. Sesi pada kali ini berbeza dari sebelumnya iaitu pengkaji

telah menggunakan konsep inovasi dalam pengajaran dengan mengaplikasikan perisian

5

Page 6: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

komputer iaitu tapak pembelajaran. Konsep inovasi ini digunakan bertujuan untuk membantu

murid meningkatkan kefahaman dan kemahiran membaca suku kata kvkv dengan mudah dan

tepat. Selain itu, tapak pembelajaran ini juga mampu memberikan impak yang positif kerana

kandungan perisian yang lengkap dapat menarik minat murid untuk belajar dan memudahkan

pengkaji menyampaikan isi pengajaran dengan sistematik.

Pada permulaan sesi pengajaran, pengkaji terlebih dahulu bersoal jawab dengan murid

tentang perkataan yang terdiri daripada suku kata kvkv. Teknik soal jawab ini bertujuan untuk

mengetahui tahap pengetahuan awal murid tentang suku kata kvkv.

Pada langkah seterusnya, pengkaji telah menayangkan tayangan video tentang pengajaran

suku kata kvkv. Murid-murid berasa sangat seronok dengan tayangan tersebut apabila murid

berpeluang untuk menonton sambil belajar menyebut suku kata kvkv berbantukan bunyi bacaan

dan gambar. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati sepanjang tayangan video itu berlangsung.

Pada langkah dua, guru memaparkan teks petikan ringkas tentang objek yang berada di

persekitaran mereka seperti buku, baju dan gigi. Teks petikan itu turut diselitkan dengan gambar

animasi yang bergerak. Hal ini membuatkan murid-murid berasa sangat seronok untuk belajar

mengeja suku kata. Malah dalam bahagian ini juga, murid diberi peluang untuk mengeja

perkataan berdasarkan gambar. Secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan dan

pengetahuan murid ke tahap yang lebih baik.

Setelah sesi pembacaan dilaksanakan, pengkaji telah mengedarkan lembaran kerja kepada

murid. Dalam lembaran kerja ini, murid diarahkan untuk menyusun suku kata menjadi perkataan

yang bermakna. Oleh itu, guru telah menggunakan lembaran kerja yang mengandungi permainan

bahasa iaitu teka silang kata. Aktiviti ini dilaksanakan secara berkumpulan. Hal ini bertujuan

untuk menilai hasil kerja murid yang dilakukan secara berkumpulan. Di samping itu, murid-

murid boleh berkongsi idea dalam membentuk perkataan yang bermakna berdasarkan suku kata

kvkv. Melalui pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati murid-murid dapat membina

perkataan dengan baik hasil daripada perbincangan yang dilakukan dalam kumpulan. Malah,

terdapat beberapa orang murid yang sebelum ini sukar untuk mengeja suku kata kvkv telah

menunjukkan peningkatan hasil daripada kerja berkumpulan.

6

Page 7: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

Pada akhir pengajaran, pengkaji telah bersoal jawab dengan murid tentang amalan nilai

murni yang terdapat pada tayangan video. Hasilnya, murid dapat memberikan beberapa nilai

murni yang berhubungkait dengan topik yang dipelajari.

Kesimpulannya, sesi pengajaran kedua menunjukkan dapatan yang lebih baik berbanding

sesi pengajaran pertama. Penggunaan tapak pembelajaran dalam pengajaran sedikit sebanyak

telah memberikan perubahan dari segi penyampaian ilmu. Murid-murid lebih seronok belajar

dengan penggunaan ICT berbanding dengan pengajaran yang tradisional sebelum ini. Tapak

pembelajaran ini juga memudahkan pengkaji untuk merangka pengajaran yang sesuai untuk

murid. Malah penggunaan video dan gambar juga menjadi pemangkin kepada murid untuk

membaca suku kata kvkv dengan baik.

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TAPAK PEMBELAJARAN

Dalam pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terdapat pelbagai

bahan multimedia yang menjadi tarikan kepada murid-murid khususnya murid peringkat sekolah

rendah. Bahan multimedia ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tapak pembelajaran.

Menurut Mayer (2001), penggunaan multimedia dapat mewujudkan pembelajaran secara aktif

kerana kesemua pancaindera murid dapat dirangsang untuk mengingati fakta-fakta dengan lebih

baik. Penggunaan grafik dan video dapat mempercepatkan proses yang rumit manakala

penggunaan audio dapat memberikan murid pendedahan kepada sebutan yang betul (Khine dan

Fisher 2003).

Perisian ini dihasilkan bertujuan untuk mencipta satu bahan pengajaran bacaan

menggunakan komputer agar tidak bergantung sepenuhnya pada penggunaan buku teks sahaja.

Dengan adanya perisian ini, dapat dijadikan panduan kepada para guru untuk membangunkan

sendiri pelbagai bahan multimedia yang lebih bersesuaian dengan keperluan dan tahap kebolehan

murid mereka untuk meningkatkan pemahaman bacaan, penguasaan tatabahasa dan pembinaan

ayat.

Penghasilan perisian ini menunjukkan bahawa pengajaran bacaan dan pemahaman

menggunakan tapak pembelajaran yang dilengkapi dengan audio, teks serta animasi bukan sahaja

dapat meningkatkan minat dan motivasi murid berpencapaian sederhana untuk terus membaca

suku kata, perkataan dan ayat, bahkan dapat menjadi model dan pembimbing kepada murid

7

Page 8: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

untuk membina makna dan pemahaman mereka sendiri bersesuaian dengan pendekatan

pembelajaran yang disarankan oleh teori behaviorisme.

Di samping itu, penghasilan perisian ini juga dapat memberi penjimatan kerana tidak

perlu membazirkan wang yang banyak untuk membeli bahan-bahan sedia ada dijual di pasaran.

Penggunaan perisian ini juga secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang kondusif. Malah, perisian ini memaparkan sesuatu yang berbeza daripada apa

yang terdapat di dalam buku teks dan buku latihan yang digunakan. Kelainan ini akan

mempengaruhi minat dan meningkatkan motivasi murid untuk terus mendalami ilmu

pengetahuan. Apabila minat dan motivasi murid meningkat, maka objektif pembelajaran yang

ditetapkan oleh guru akan mudah dicapai.

Di samping itu, penggunaan perisian ini dapat memberikan kelebihan kepada guru. Hal

ini kerana guru hanya perlu menyediakan tapak pembelajaran ini sekali sahaja. Jika guru hendak

menggunakannya dalam sesi pengajaran, guru hanya perlu memasukkan gambar dan klip video

yang sesuai dengan topik yang diajar. Penggunaan perisian ini dapat mengurangkan beban guru

untuk membuat bahan bantu mengajar dan menjimatkan masa guru. Malah, sesi pengajaran

kelihatan lebih menarik dan moden dengan menggunakan perisian ini. Guru juga tidak perlu

membuat salinan teks petikan kepada setiap murid, sudah memadai dengan hanya memaparkan

teks petikan tersebut di skrin putih.

Selain itu, murid juga dapat memahami konsep inovasi yang diterapkan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya penggunaan perisian ini dapat memberikan ilham

kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baharu. Malah guru-guru juga berpeluang untuk

menghasilkan sesuatu ciptaan yang dapat meningkatkan pencapaian murid dan memperbaiki

kelemahan yang terdapat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya perisian

ini, secara tidak langsung guru dapat menerapkan budaya inovasi dalam diri murid dan

melahirkan generasi yang celik IT dan kreatif.

KELEMAHAN PENGGUNAAN TAPAK PEMBELAJARAN

Proses menghasilkan aplikasi multimedia untuk pendidikan perlu dilakukan secara sistematik

dan menyeluruh. Daripada proses menyediakan bahan dan media, proses mereka bentuk skrin,

mereka bentuk strategi pembelajaran, menguji ketepatan isi kandungan pelajaran, proses

8

Page 9: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

pengujian dan penilaian dan seumpamanya, kesemuanya perlu dilaksanakan secara sistematik.

Justeru itu, bagi memastikan aplikasi yang dihasilkan benar-benar berkualiti, sesuatu perisian itu

akan mengambil masa untuk disiapkan pada peringkat permulaan.

Penggunaan perisian ini juga melibatkan penggunaan alatan yang lain seperti LCD dan

komputer. Jika di sekolah tidak mempunyai kemudahan ini, maka penggunaan perisian ini

terbatas. Guru tidak dapat menyampaikan sesi pengajaran tanpa alatan yang lengkap. Hal ini

dapat dilihat terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman yang hanya bergantung

kepada penggunaan generator sebagai pembekal arus elektrik yang terhad kepada sekolah.

Guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang teknologi. Hal ini

kerana perisian ini memerlukan guru untuk mengendalikannya dengan baik. Jika guru kurang

menguasai kemahiran ICT, maka perisian ini boleh menyukarkan guru untuk mengendalikannya.

Pemilihan klip video dan audio yang tidak tepat juga mampu merencatkan perancangan guru.

Hal ini kerana, penggunaan video yang salah tidak akan merangsang pemikiran murid. Malah,

murid juga tidak dapat menerima mesej yang cuba disampaikan dalam sesi pengajaran ini.

Format video juga perlu sesuai dengan perisian. Jika format video tidak sesuai, maka guru akan

mengalami kesukaran dalam memainkan video tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan

memberikan kegusaran kepada guru ketika menjalankan sesi pengajaran. Malah, motivasi guru

juga akan menurun jika masalah tersebut terjadi.

Kesimpulannya, penggunaan perisian ini mempunyai pro dan kontra bergantung kepada

cara penggunaan guru untuk menggunakan perisian ini dalam pengajaran mereka. Sesuatu bahan

memerlukan sedikit masa untuk dipelajari, maka guru perlu bersiap sedia dengan segala

kemungkinan dan cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada dengan pendekatan dan kaedah

yang berbeza.

9

Page 10: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

5. LAPORAN DAPATAN SESI 1 DAN SESI 2

Sebelum penggunaan konsep inovasi

Sebelum tapak pembelajaran dilaksanakan, sampel membuat latihan dalam sesi

pengajaran pertama bertujuan untuk menilai tahap penguasaan sedia ada mereka dalam membaca

suku kata kvkv berdasarkan gambar. Setelah latihan selesai, pemeriksaan kertas soalan

dilaksanakan. Pengkaji telah memberi markah secara holistik dengan menolak setiap kesalahan

seperti yang berikut :-

Rajah 1: Lembaran Kerja Sesi Pengajaran 1

Selepas Penggunaan Konsep Inovasi

Selepas tapak pembelajaran dilaksanakan, sampel telah diuji dengan menjalankan latihan

yang sama bagi melihat keberkesanan pendekatan ini dalam mengeja dan membina suku kata

kvkv. Berikut merupakan hasil dapatan sampel selepas kaedah inovasi dilaksanakan.

Rajah 2: Lembaran Kerja Sesi Pengajaran 2

10

S1/S5-L/220114

S2/S5-L/270114

Page 11: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

6. LAMPIRAN

Eja Dan Lengkapkan Suku Kata KVKV

b _ k _ _ i _ i

g _ g _ _ o _ i

b_ j _

11

Page 12: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

RINGKASAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN TAPAK PEMBELAJARAN

(STORY BOARD)

Bahagian Slaid Catatan

Laman Utama

Mengandungi bahagian objektif, set

induksi, langkah pengajaran 1 sehingga

langkah pengajaran 3 dan bahagian

penutupan.

Memudahkan pengkaji untuk pergi ke

pautan yang dingini.

Bahagian Objektif

Dalam ruangan ini, pengkaji telah

menentukan 3 objektif yang ingin

dicapai dalam sesi pengajaran.

Objektif ini dipilih berdasarkan masalah

yang dihadapi oleh murid semasa

membaca suku kata kvkv.

Memudahkan bagi pengkaji untuk

mencapai sesuatu sasaran.

Set Induksi

Pengkaji bersoaljawab dengan murid

tentang perkataan yang terdiri daripada

suku kata kvkv.

Murid menyatakan contoh perkataan

berdasarkan pengalaman sedia ada

mereka.

12

Page 13: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

Langkah 1

Pengkaji memainkan klip video tentang

cara meneybut suku kata kvkv.

Murid berlatih menyebut suku kata kvkv

berpandukan bunyi dan gambar dalam

klip video.

Langkah 2

Pengkaji menggunakan teks perenggan

ringkas yang mengandungi suku kata

kvkv.

Pemilihan teks petikan ini berdasarkan

objek yang berada di persekitaran murid.

Aktiviti Berpasangan

Pengkaji menyediakan aktiviti

berpasangan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Dalam aktiviti ini, murid akan

melengkapkan tempat kosong dengan

perkataan yang sesuai.

Aktiviti secara berpasangan dapat

memupuk semangat berkerjasama atau

koperatif dalam menyelesaikan tugasan.

13

Page 14: T1A3 (740414125721).docx

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL MOKTAR BIN KADIR

Langkah 3 (Aktiviti Berkumpulan)

Dalam bahagian ini, pengkaji telah

menyediakan permainan bahasa iaitu

teka silang kata.

Murid akan melakukan aktiviti ini secara

berkumpulan dengan membentuk

perkataan bermakna yang mengandungi

suku kata kvkv berpandukan gambar.

Bahagian Penutup

Pengkaji akan bersoal jawab dengan

murid tentang amalan nilai murni yang

terdapat pada sesi pengajaran dan

pembelajaran ini dan murid akan

menyatakan nilai-nilai murni ini dengan

sopan.

Melalui nilai murni ini, pengkaji dapat

memupuk sahsiah dan peribadi yang

luhur dalam diri murid.

14