48
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest Tahap SM4 Cerpen Nama : _____________________________

Tahap SM4 Cerpen...syarikat besar, iaitu Global Chicken. Cawangannya di Malaysia menggunakan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatannya RAJA. Tujuan Hakim menceburi bidang

  • Upload
    others

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

    Tahap SM4

    Cerpen

    Nama : _____________________________

  • Cerpen

    Cerpen – “Kaduk, Ayam dan Raja”

    Sinopsis

    Cerita dimulakan dengan menarik perhatian pembaca tentang kisah

    Kaduk. Pada zaman dahulu, raja memiliki kuasa mutlak. Raja yang zalim akan

    merampas dan menipu rakyat. Sikap tamak sesetengah raja membuatkan

    kehidupan rakyat

    jelata semakin susah dan dihimpit kemiskinan. Hal inilah yang terjadi kepada

    Kaduk. Tanahnya telah dirampas oleh raja.

    Hakim rnerupakan cucu daripada keturunan Kaduk. Dia seorang yang

    terpelajar dan merupakan lulusan sebuah universiti. Hakim merniliki kesedaran

    untuk mendapatkan hak datuknya semula yang telah dirampas secara tidak sah

    oleh raja. Hakim telah mendapatkan bantuan sahabatnya yang bernama Azam,

    iaitu lulusan jurusan undang-undang. Di mahkamah, Azam bijak berhujah. Dia

    mengatakan bahawa tanah itu telah diambil oleh raja tanpa sebarang bukti dan

    tandatangan. Azam berhujah dengan mengatakan bahawa Kaduk menyerahkan

    ayamnya, iaitu Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Kaduk takut dituduh

    sebagai penderhaka. Setelah Si Kunani menang dalam persabungan, Kaduklah

    yang sepatutnya menerima hadiah kemenangan itu. Berdasarkan alasan itu,

    akhirnya tanah Kaduk yang telah dirampas dikembalikan semula kepada

    warisnya, iaitu Hakim. Keluasan tanah itu ialah empat ekar.

    Hakim bercadang untuk menjalankan projek menternak ayam di kawasan

    tanah tersebut. Penternakan ayam secara kontrak itu dibuat dengan sebuah

    syarikat besar, iaitu Global Chicken. Cawangannya di Malaysia menggunakan

    nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatannya RAJA. Tujuan Hakim

    menceburi bidang penternakan adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 1

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • mahu rakyat di negara ini aktif dalam bidang pertanian. Banyak faedah akan

    disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru.

    Sebagai langkah permulaan, Hakim membina reban ayam tertutup yang

    menggunakan teknik canggih. Kos tersebut menelan belanja dua ratus ribu

    ringgit. Hakim sukar mendapatkan pinjaman bank. Hasil bantuan seorang Yang

    Berhormat, akhirnya bank meluluskan pinjamannya. Kontrak membekalkan

    ayam ditandatangani dengan Syarikat RAJA.

    Sebenarnya, Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan

    dengan syarikat besar ini. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan

    penternakan itu tidak diturap. Semasa hujan, lori-lori telah tersangkut dalam

    selut lumpur. Orang-orang kampung pula merungut dan membuat bantahan

    kerana jalan mereka rosak. Seperkara lagi, Hakim banyak berhutang dengan

    syarikat RAJA. Hal ini demikian kerana Syarikat RAJA membekalkan anak

    ayam, dedak, ubat-ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA menentukan

    harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam kepadanya.

    Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan

    penternakannya. Hakim berasa kesal kerana perkiraannya sebelum ini jauh

    tersasar. Syarikat besar yang diharapkan dapat membantunya gagal berbuat

    demikian. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat, sebaliknya Syarikat

    RAJA terus mengaut keuntungan,

    Azam menasihati Hakim agar berurusan terus dengan Jabatan Haiwan.

    Hal ini untuk mengelakkan penternak kecil terus terperangkap dengan

    permainan syarikat besar. Azam bersimpati dengan nasib yang menimpa

    sahabatnya Hakim. Hakim kini dihimpit oleh masalah hutang yang tidak pernah

    habis. Masalah akan bertambah rumit sekiranya hasil pengeluaran ayamnya

    berkurang.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 2

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam.

    Kegagalannya melunaskan hutang bank akan menyebabkan tanah pusakanya itu

    dirampas. Tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan

    tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu, Banyak persamaan antara dia

    dengan datuknya, iaitu sama-sama membela ayam dan sama-sama

    menggadaikan tanah. Yang membezakan mereka adalah dari segi nama dan juga

    jarak rnasa. Pada zaman ini raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi.

    Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka.

    Tema

    1. Tema cerpen "Kaduk, Ayam dan Raja" adalah tentang kesungguhan seorang

    anak muda menceburi bidang pertanian dan keusahawanan.

    2. Pada dasarnya, projek penternakan itu tarnpak menguntungkan dan selari

    dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyat di negara ini menceburi bidang

    pertanian.

    3. Namun, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang berpunca

    daripada sikap orang tengah yang banyak menindas dan mengaut keuntungan,

    Persoalan

    1. Kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam

    secara moden. Contohnva, Hakim meniadikan tanah datuknya yang seluas

    empat ekar itu sebagai tanah pertanian.

    2. Halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan. Contohnya,

    Hakim terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal dan

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 3

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • menentukan harga barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil

    jualan ayam ladangnya.

    3. Usaha mengembalikan hak yang telah diambil oleh orang lain. Contohnya,

    Hakim telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azam

    untuk mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula.

    4. Kesusahan masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian. Contohnya,

    Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa

    tidak puas hati penduduk kampung dan monopoli syarikat besar semasa

    mengusahakan bidang pertanian.

    5. Usaha membersihkan nama dan maruah keluarga. Contohnya, Hakim

    berusaha membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada

    raja tanpa kerelaan.

    Watak dan Perwatakan

    1. Watak utama - Hakim.

    2. Watak sampingan - Azam, Kaduk, RAJA, dan sebagainya.

    Hakim

    1. Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk.

    2. Seorang yang terpelajar, iaitu lulusan sebuah universiti.

    3. Dia ingin mendapatkan kembali haknya, iaitu tanah pusaka datuknya yang

    dirampas oleh raja suatu ketika dahulu.

    4. Hakim menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik

    datuknya. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan tanah itu semuladengan bantuan

    Azam.

    5. Dia bercita-cita tinggi, iaitu ingin menjalankan projek penternakan ayam

    secara moden.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 4

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 6. Dia berani rnenyahut seruan kerajaan yang mahu para mahasiswa

    menceburkan diri dalam bidang pertanian.

    7. Hakim menandatangani kontrak dengan syarikat Chicken Global ataupun

    RAJA.

    8. Hakim dihimpit masalah hutang apabila syarikar besar ini memonopoli

    perniagaan dan pihak bank menuntut hutang.

    9. Kekesalan timbul apabila dia menjadi mangsa sikap tamak syarikat besar

    yang menguasai ekonomi negara,

    10. Hakim menyamakan nasib malangnya dengan nasib yang dialami oleh

    datuknya, iaitu Kaduk.

    Azam

    1. Azam ialah sahabat baik Hakim.

    2. Dia merupakan lulusan jurusan undang-undang.

    3. Seorang yang bijak dan petah berhujah. Contohnya, dia memenangi kes

    tuntutan terhadap pengambilan tanah secara tidak sah oleh raja di mahkamah.

    4. Seorang yang baik hati kerana banyak memberikan nasihat kepadaHakim.

    5. Bersimpati terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim.

    Chicken Global / Rangkaian Jasa Agrikultur/RAJA

    1. Sebuah syarikat besar yang menandatangani kontrak dengan Hakim.

    2. RAJA menyediakan keperluan membekalkan anak ayam, dedak, ubat-

    ubatan, serta keperluan yang lain.

    3. RAJA mengambil peluang mengaut keuntungan yang maksimum dengan

    mengenakan pelbagai caj kepada petani kecil.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 5

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Latar

    Latar Tempat

    1. Sebuah kampung. Latar tempat berlakunya peristiwa dalam cerpen ini

    adalah di sebuah kampung.

    2. Tanah kosong di tepi belukar yang tidak diusahakan seluas empat hektar.

    3. Sebuah kawasan penternakan ayam yang dibina reban yang canggih.

    4. Mahkamah. Hakim memenangi kes tuntutan terhadap tanah pusaka milik

    datuknya di situ.

    Latar Masa

    1. Zaman silam. Pada zaman itu, raja masuk ke kampung-kampung mengajak

    rakyat menyabung ayam.

    2. Zaman moden. Hakim cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka yang serba

    maju.

    3. Waktu kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.

    Latar Masyarakat

    1. Masyarakat rakyat jelata pada suatu ketika dahulu yang menjadi mangsa

    penipuan raja. Contohnya, tanah Kaduk dirampas hasil penipuan raja.

    2. Masyarakat generasi kini yang sedar akan hak-hak mereka. Contohnya,

    Hakim membawa kes datuknya ke mahkamah untuk menuntut tanah yang

    diambil oleh raja semula.

    3. Masyarakat generasi muda yang terpelajar. Contohnya, Azam merupakan

    lulusan undang-undang yang banyak membantu Hakim mendapatkan kembali

    hak-haknya rnelalui proses perundangan mahkamah.

    4. Masyarakat yang ingin membersihkan nama dan maruah keluarga.

    Contohnya, Hakim membawa kesnya ke mahkamah untuk membersihkan nama

    dan menebus maruah datuknya, iaitu Kaduk.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 6

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 5. Masyarakat yang gagal mengotakan janji-janjinya. Contohnya, pemimpin

    kerajaan gagal memberikan bantuan kepada Hakim seperti yang dijanjikannya.

    6. Masyarakat yang tamak dan menindas golongan yang lemah. Contohnya,

    syarikat RAJA mengenakan pelbagai peraturan dan syarat bagi rnembolehkan

    mereka menikmati keuntungan terhadap petani-petani kecil.

    7. Masyarakat yang dihimpit masalah kewangan. Contohnya, Hakim dihimpit

    oleh masalah kewangan apabila gagal melunaskan hutangnya dengan bank.

    Nilai

    1. Nilai kegigihan. Contohnya, kegigihan seorang anak muda lepasan univcrsiti

    untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.

    2. Nilai rasional. Contohnya, Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran

    yang betul, iaitu melalui proses mahkamah.

    3. Nilai ketabahan. Contohnya, Hakim tabah untuk meneruskan usaha

    menternak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan

    menernpuh pelbagai rintangan yang lain.

    4. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Hakim berusaha untuk membersihkan

    nama dan maruah datuknya yang tercalar.

    5. Nilai berdikari. Contohnya, Hakim tidak memohon bantuan daripada pihak

    kerajaan sebaliknya membuat pinjaman bank.

    6. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Azam menggunakan kepakarannya dalam

    bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan rumah yang menjadi

    haknya semula.

    Pengajaran

    1. Kita tidak seharusnya cepat berputus asa, sebaliknya mengusahakan

    sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, Hakim berusaha bersungguh-

    sungguh untuk mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas oleh raja.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 7

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 2. Kita tidak seharusnya terlalu mengharapkan bantuan orang lain,

    sebaliknya kita hendaklah berdikari. Contohnya, Hakim tidak mengharapkan

    bantuan kerajaan sebaliknya berusaha mendapatkan pinjaman daripada bank.

    3. Kita sewajarnya bertanggungjawab menjaga dan membersihkan nama

    serta maruah keturunan kita. Contohnya. Hakim menunaikan

    tanggungjawabnya dengan membersihkan nama dan maruah datuknya.

    4. Kita perlulah bersikap rasional dengan menggunakan saluran yang betul

    bagi menuntut kembali hak-hak kita. Contohnya, Hakim menggunakan

    saluran undang-undang/mahkamah untuk mendapatkan hak keluargnya yang

    telah dirampas oleh raja.

    5. Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan kita.

    Contohnya, Azam membantu Hakim mendapatkan haknya dan membersihkan

    nama serta maruah datuknya di mahkamah.

    Latihan

    Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan

    yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau

    dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di

    seluruh negara. Tanah itu pun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di

    bandar yang melambung naik. Namun, dia amat bersyukur kerana berjaya

    menebus kembali tanah itu dan yang lebih penting lagi dia juga dapat

    membersihkan nama dan menebus maruah datuknya, Kaduk yang sudah

    bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

    Hakim pernah berseloroh, "Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu,

    aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk.

    Biar memorial itu menjadi peringatan kepada semua umat Melayu agar berhati-

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 8

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • hati dengan tanah mereka. Maksud aku, biar mereka menjaga hak-hak mereka

    agar tidak terlepas ke tangan orang lain.

    "Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu dalam

    kampung ni. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?" tanya Azam.

    "Aku bergurau sara, Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah

    pertanian. Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku

    sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah

    berbincang dengan agensi kerajaanyang bertanggungiawab memajukan bidang

    pertanian."

    Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia

    memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah

    syarikat besar. Syarikat itu beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai

    Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan

    nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau namanya RAJA.

    (Dipetik daripada cerpen "Kaduk, Ayam dan Raja" oleh Zurinah Hassan dalam

    antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya

    semula. [2 markah]

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    ________________________________________________________

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 9

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (ii) Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu mengeluarkan makanan

    yang mencukupi? [3 markah]

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    (iii) Selain persoalan kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan

    penternakan ayam secara moden, jelaskan dua persoalan lagi yang

    terkandung dalam cerpen tersebut. [4 markah]

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 10

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Cerpen – “Munsyi”

    Sinopsis :

    Bonda merupakan insan yang amat prihatin terhadap bahasa dan adat

    resam turun-temurun. Tidak hairanlah bonda tidak bersetuju apabila

    anakandanya ingin berhijrah ke kota. Alasan yang diberikan oleh bonda ialah

    anaknya yang dipanggil Mel masih lemah dari segi penguasaan bahasa

    ibundanya. Hal ini demikian kerana bonda sedar bahawa anaknya masih belum

    dilengkapi ilmu pengetahuan yang secukupnya.

    Kota menjanjikan seribu satu macam dugaan. Maruah anak-anak muda

    mudah tergadai atas nama kemajuan. Bonda mahu anaknya dilengkapi

    pengetahuan agama dan kemahiran berbahasa ibunda. Mel akur akan

    permintaan bonda untuk menangguhkan penghijrahannya ke kota. Penduduk

    kota yang berbilang kaum mengamalkan sikap prejudis dan berprasangka.

    Mereka amat mengutamakan kepentingan diri masing-masing.

    Suatu ketika dahulu, kota pernah mencatatkan sejarah hitam akibat

    sentiment perkauman. Puncanya ialah pihak penjajah telah menanamkan benih-

    benih persengketaan. Penjajah gagal mengagihkan kekayaan di bumi ini secara

    sama rata antara kaum. Akibatnya, ada kaum yang tertinggal di belakang dan

    dinafikan haknya. Persengketaan ini menyebabkan pertumpahan darah dan

    jumlah jiwa yang terkorban bukan sedikit.

    Mel bertekad untuk menguasai bahasa ibunda dengan baik. Itulah senjata

    terbaik untuk menempuh dugaan di kota yang penuh dengan cabaran. Bonda

    selalu memberi peringatan agar memelihara agama dan bahasa. Selain itu, anak-

    anak muda perlu berani mempertahankan nilai dan kepentingan bahasa sendiri.

    Bonda mengharapkan agar Mel menghargai jasa nenek moyang yang

    membebaskan tanah air daripada penjajahan.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 11

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Bonda menyangkal sikap Mel yang mengatakan bahawa dunia kita sudah

    berubah dari segi sistem nilai dan keperluan. Bonda menekankan kepentingan

    seseorang mempelajari sejarah kerana sejarah tidak pernah berdusta. Orang

    yang mengkaji sejarah tidak akan melakukan kesilapan kali yang kedua.

    Apabila membaca teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, Mel

    melahirkan rasa kagum terhadap kehebatan bangsanya. Negeri ini pernah

    memiliki pelabuhan yang banyak dikunjungi saudagar luar. Negeri ini juga

    banyak memiliki pahlawan yang berkaliber. Kegemilangan ini akhirnya hancur

    akibat sikap hasad dengki, khianat, kronisme, serta rasuah. Kehebatan nenek

    moyang disebabkan mereka mempunyai satu akidah, semua kaum berhubung

    dengan menggunakan satu bahasa, dan kepatuhan kepada raja-raja.

    Mel merasakan bahawa dia sudah memiliki sedikit kekuatan untuk

    berhijrah ke kota. Hal ini demikian kerana dia memerlukan kerjaya untuk masa

    depannya. Hasratnya telah mendapat restu daripada bonda. Sekali lagi bonda

    berpesan agar Mel memelihara agama dan bahasanya.

    Sebelum berangkat ke kota, bonda mengamanahkan Mel agar

    memberikan kitab-kitab lama kepada seorang sahabat lamanya yang tinggal di

    sana. Sahabatnya itu bernama Munsyi. Menurut bonda, hanya Munsyi yang

    layak menyimpan khazanah lama itu. Setibanya di kota, Mel berjaya menjejaki

    Munsyi. Beliau menetap di perkampungan tradisi di pinggir kota yang

    merupakan tanah rizab Melayu. Mel berpeluang berkenalan dan bermesra

    dengan Munsyi serta menyerahkan puluhan kitab lama kepadanya.

    Kejutan budaya berlaku pada Mel ketika peringkat awal kedatangannya

    di kota. Dia melihat anak-anak muda hilang maruah diri. Mereka tidak segan

    silu menjual bahasa ibunda dan melanggar hukum agama. Berlakunya pergaulan

    bebas dan mereka gagal menggunakan bahasa ibunda dengan baik. Identiti dan

    jati diri bangsa hilang sama sekali.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 12

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Mel mendapat perkhabaran bahawa sebuah syarikat perumahan telah

    diarahkan untuk merobohkan kawasan perkampungan pinggir kota yang didiami

    oleh Munsyi bersama-sama dengan dua puluh buah keluarga yang lain.

    Bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang akan didirikan di situ. Kerja-

    kerja perobohan rumah kediaman dijalankan oleh pihak terbabit. Anggota

    penguat kuasa pula menghalang demonstrasi penduduk.

    Mel terkedu apabila melihat rumah Munsyi bersama-sama dengan

    puluhan buku yang diberikan oleh bondanya diranapkan oleh jentera berat.

    Kesedihannya semakin bertambah apabila mengenangkan satu-satunya tanah

    rizab bangsa di pinggir kota itu akan dimiliki oleh saudagar asing yang kaya

    raya. Tanda Tanya berlaku dalam diri Mel apabila dia gagal menjejaki orang tua

    yang bernama Munsyi itu. Orang tua yang merupakan pejuang bahasa itu telah

    menghilangkan diri.

    Tema

    1. Tema cerpen “Munsyi” adalah tentang semangat cinta akan agama,

    bangsa, bahasa, dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan

    warganegara.

    2. Semangat ini perlu dipupuk dan dibaja kerana kecintaan generasi muda

    pada hari ini semakin terhakis.

    3. Berdasarkan alasan itu, bonda meminta anaknya melengkapkan diri

    dengan ilmu agama dan kemahiran bahasa agar menjadi benteng yang

    ampuh daripada pengaruh luar yang begitu kuat melanda negara.

    Persoalan

    1. Usaha menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam jiwa anak-anak

    muda. Contohnya, bonda meminta anaknya melengkapkan diri dengan ilmu

    agama dan menguasai bahasa ibunda dengan baik sebelum berhijrah ke kota.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 13

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 2. Harapan warga tua agar agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-

    temurun dipertahankan. Contohnya, bonda berharap agar generasi muda terus

    mempertahankan agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun yang

    semakin ditelan oleh arus pembangunan.

    3. Kecenderungan anak-anak muda melupakan dan memperlekeh bahasa

    dan budaya sendiri. Contohnya, Mel mendapati anak-anak muda di kota gagal

    berbahasa dengan baik dan tidak memberikan keutamaan pada pengekalan

    budaya bangsa.

    4. Kesan penjajahan kepada penduduk peribumi. Contohnya, penjajah gaga

    lmengagihkan kekayaan secara sama rata antara kaum. Akibatnya, berlaku

    persengketaan yang menyebabkan pertumpahan darah dan banyak jiwa yang

    terkorban.

    5. Kehidupan kota yang penuh dengan pelbagai cabaran. Contohnya, anak-

    anak muda hilang maruah dan jati diri kerana mereka tidak segan silu menjual

    bahasa ibunda dan melanggar hukum agama.

    6. Kekuatan pegangan agama benteng yang ampuh bagi mengelakkan diri

    daripada serangan unsur luar. Contohnya, Mel berpendapat bahawa dia sudah

    memiliki kekuatan untuk berhijrah ke kota kerana pegangan agamanya semakin

    kuat dan kecintaan pada bahasa ibundanya kian tinggi.

    7. Kepentingan mempelajari dan menghayati sejarah. Contohnya, Mel

    melahirkan rasa kagum terhadap kehebatan bangsanya apabila membaca teks

    Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.

    Watak dan Perwatakan

    1. Watak utama - Mel

    2. Watak sampingan - bonda dan Munsyi

    Mel

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 14

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 1. Anak lelaki kepada bonda.

    2. Dia patuh akan nasihat dan arahan bondanya.

    3. Seorang yang rasional apabila bersetuju dengan pandangan bondanya bahawa

    di kota terdapat berbagai-bagai ragam manusia yang kehilangan identiti dan jati

    diri.

    4. Dia amat mengagumi tokoh-tokoh dahulu yang banyak berjasa kepada

    agama, bangsa, dan negara.

    Bonda

    1. Ibu kepada Mel.

    2. Seorang insan yang kuat mempertahankan agama, bahasa, budaya, dan

    adat resam turun-temurun.

    3. Seorang yang banyak memberikan kata-kata nasihat kepada anaknya.

    4. Seorang yang berpengetahuan tentang selok-belok sejarah tanah air.

    5. Beliau banyak menyimpan khazanah lama khasnya kitab-kitab lama

    bertulisan jawi.

    6. Beliau memberikan kebenaran kepada Mel berhijrah ke kota setelah

    berpuas hati bahawa Mel sudah memiliki pegangan agama yang kuat dan

    menguasai kemahiran berbahasa.

    Munsyi

    1. Sahabat baik kepada bonda dan tinggal di kota.

    2. Munsyi berusia emas dan mempunyai janggut yang menutupi sebahagian

    mukanya yang putih bersih.

    3. Orang yang layak menyimpan khazanah lama.

    4. Rumahnya dirobohkan oleh pihak yang berkuasa untuk dibangunkan

    bangunan mewah.

    5. Seorang pejuang bahasa.

    6. Dia menghilangkan diri setelah rumahnya dirobohkan.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 15

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Latar

    Latar Tempat

    l. Kampung. Bonda dan Mel tinggal di kampung.

    2. Kota. Kebanyakan warga kota sudah hilang nilai tradisi.

    3. Sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab

    Melayu. Munsyi menetap di perkampungan itu.

    Latar Masa

    1. Lima ratus tahun yang lampau. Negara kita dijajah oleh kuasa luar pada

    waktu itu.

    2. Bulan Mei. Tragedi rusuhan kaum berlaku pada bulan Mei.

    3. Minggu pertama berada di kota. Mel menyaksikan kerapuhan jiwa anak-

    anak muda yang dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan

    maruah dan peribadi.

    4. Beberapa purnama. Mel tidak bertemu dengan Munsyi di perkampungan

    pinggir kota.

    5. Seminggu yang lepas. Jentera-jentera besar bersiap untuk meruntuhkan

    rumah-rumah kayu usang di perkampungan pinggir kota.

    Latar Masyarakat

    1. Masyarakat yang amat mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam

    turun-temurun. Contohnya, bonda amat menekankan aspek tersebut dalam

    kehidupan hariannya.

    2. Masyarakat yang amat mempertahankan maruah dan harga diri.

    Contohnya, bonda memiliki unsur-unsur ini dalam dirinya.

    3. Masyarakat yang berjuang meningkatkan martabat bahasa ibunda.

    Contohnya, bonda, Mel, dan Munsyi merupakan pejuang bahasa.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 16

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 4. Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri. Contohnya, kebanyakan

    warga kota memperdagangkan maruah dan peribadi serta hanyut dengan

    keseronokan hidup.

    5. Masyarakat yang menjadi mangsa pembangunan. Contohnya, Munsyi dan

    dua puluh keluarga yang mendiami perkampungan tradisi di pinggir kota

    dihalau dan rumah mereka dirobohkan untuk projek pembangunan.

    6. Masyarakat penjajah yang mengamalkan gaya pemerintahan „pecah dan

    perintah‟. Contohnya, tanah air ini pernah dijajah selama lebih kurang lima

    ratus tahun.

    Nilai

    1. Nilai cinta akan agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun.

    Contohnya, nilai kecintaan ini terdapat pada diri Bonda.

    2. Nilai penghargaan. Contohnya, bonda mahu Mel menghargai usaha yang

    dilakukan oleh nenek moyang terdahulu yang berusaha memerdekakan negara.

    3. Nilai ketaatan. Contohnya, atas nasihat bonda, Mel akhirnya membatalkan

    keinginannya yang meruap-ruap untuk mencari pengalaman baharu di kota.

    4. Nilai tanggungjawab. Contohnya, bonda bertanggungjawab menjaga

    khazanah dan buku-buku lama yang tidak ternilai harganya.

    5. Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi

    sebagai seorang pejuang bahasa.

    6. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, bonda merupakan seorang yang bijak

    kerana mampu membicarakan hal-hal semasa dan sejarah tanah air.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 17

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pengajaran

    1. Kita hendaklah mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-

    temurun. Contohnya, bonda amat mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat

    resam yang diwarisinya turun-temurun.

    2. Kita tidak seharusnya menggadai maruah dan harga diri dek mengejar

    keduniaan. Contohnya, Mel melihat anak muda di kota menggadaikan maruah

    diri dan peribadi demi keseronokan hidup.

    3. Kita hendaklah berjuang menegakkan jati diri dan identiti diri.

    Contohnya, Mel mempertahankan identiti dan jati dirinya ketika berada di kota

    dengan segala macam pengaruh yang merosakkan anak bangsa.

    4. Kita hendaklah menguasai bahasa ibunda dengan baik. Contohnya, bonda

    merestui Mel ke kota setelah menguasai bahasa ibunda dengan baik.

    5. Kita perlulah mengikut nasihat orang-orang tua yang lebih berpengalaman.

    Contohnya, Mel mendengar nasihat bondanya yang tidak membenarkannya

    bermastautin di kota selagi dirinya belum bersedia.

    6. Kita perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang

    secukupnya agar tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak sihat.

    Contohnya, bonda meminta Mel menguasai bahasa ibunda bagi mengelakkan

    dirinya hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme.

    7. Kita perlulah memahami dan menghayati sejarah tanah air kerana sejarah

    merupakan fakta kebenaran, bukannya suatu pembohongan. Contohnya, Mel

    menelusuri bab demi bab dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah untuk

    mengetahui sejarah tanah air.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 18

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Latihan

    Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan

    yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    “Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman

    perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang

    mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan

    milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang

    sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata

    saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-

    panjang menahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah

    ialah guru yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji

    sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi

    yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji

    sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan

    keturunannya.”

    Kata-kata bonda itu seolah-olah menikam tajam ke dalam urat-urat saraf

    saya. Saya pandang bonda sambil mengangguk sebelum kembali membelek

    helaian demi helaian kitab-kitab lama yang hampir lusuh dan tertanggal

    kulitnya.

    Perkataan-perkataan yang tertulis dalam Jawi lama itu masih mampu saya

    baca dan fahami walaupun agak perlahan.

    Sejarah dan kisah bangsa saya pada zaman silam yang berjaya membina

    ketamadunan dunia cukup membanggakan saya. Saya selusuri bab demi bab

    dalam teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dengan rasa besar hati.

    (Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri

    dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

    Dewan Bahasa dan Pustaka.)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 19

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (i) Apakah kata-kata Mel yang tidak menyenangkan bondanya? [2 markah]

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    __________________________________________________________

    (ii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari sejarah tanah air?

    (KBAT) [3 markah]

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    ________________________________________________________

    (iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terkandung dalam petikan di atas

    dan satu lagi latar masyarakat daripada cerpen yang tidak terdapat dalam

    petikan. [4 markah]

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 20

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Cerpen – “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”

    Sinopsis :

    Penulis, iaitu seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mas

    telah melancong ke Istanbul, Turki. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak

    USD 400, dia mengikut rombongan Passage Tours and Travel. Penulis telah

    mencongak senaraai cenderamata yang perlu dibeli untuk dibawa pulang ke

    tanah air sebagai ole-ole. Wang sebanyak itu akan digunakan secara berhemat

    ketika berada di negara orang.

    Penulis akhirnya terbeli jaket kulit kijang. Sebenarnya, dia langsung tidak

    berniat untuk membelinya. Kisah ini terjadi apabila dia berkunjung ke Grand

    Bazaar yang terletak tidak jauh dari hotel penginapannya. Grand Bazaar ialah

    sebuah pusat beli-belah yang mempunyai lebih 6,000 buah kedai. Sebelum itu,

    penulis telah dinasihat oleh seorang pemandu pelancong yang bernama Yuksel

    tentang perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan

    penipuan oleh para peniaga.

    Ketika berkunjung ke kedai-kedai tersebut, penulis telah disapa oleh

    seorang lelaki dari sebuah kedai yang menjual jaket kulit lelaki itu telah

    meminta penulis mencuba sehelai jaket kulit yang berkualiti tinggi yang

    diperbuat daripada kulit kijang. Lelaki itu telah menawarkan potongan harga

    yang rendah. Lelaki itu cuba sedaya upaya rnemujuk penulis untuk membeli

    jaket tersebut. Desakan lelaki itu semacam memerangkap dan memaksa penulis

    untuk membelinya. Oleh sebab bukan dalam perancangan, penulis telah

    menolak secara sopan untuk membeli jaket yang telah dicubanya sebelum ini.

    Rupa-rupanya tindakan itu telah menimbulkan rasa kurang senang lelaki itu.

    Dia menuduh penulis sebagai wanita muslim yang tidak baik kerana telah

    membuang masanya. Layanan yang agak kasar itu telah membuatkan penulis

    berasa kurang selesa. Penulis akhirnya teringat akan pesanan pemandu

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 21

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • pelancong sebelum ini agar berhati-hati ketika berurusan dengan peniaga di

    Istanbul.

    Penulis seorang yang mempunyai minat suka membaca. Dia sempat

    membaca puisi yang ditulis oleh Mevlana Celaleddin Ar-Rumi semasa melawat

    makamnya di Konya. Puisi yang ditulis oleh Celaleddin banyak membicarakan

    kasih sayang sesama insan. Hal ini amat bertentangan dengan sikap yang

    ditunjukkan oleh peniaga lelaki Turki itu.

    Penulis mengisahkan pula perjalanannya pada hari keenam di Istanbul.

    Kesusahan yang dialami oleh wanita tua, penjual makanan burung menyentuh

    perasaannya. Selain itu, kisah seorang budak lelaki yang cuba menjual barangan

    di pasaran gelap dirakamkan juga oleh penulis. Budak lelaki itu bukan sahaja

    ditangkap tetapi dilayan tanpa ada rasa kemanusiaan oleh pihak polis. Layanan

    kasar ini juga menyebabkan penulis teringat akan puisi tulisan Mevlana

    Celaleddin Ar-Rumi yang banyak menceritakan perihal kemanusiaan.

    Rakan penulis yang bernama Shahmeem akhirnya membeli sehelai jaket

    daripada lelaki yang menjualnya di pasaran gelap. Harga yang ditawarkan ialah

    USD120 ialah lebih murah daripada harga di bazaar. Oleh sebab jaket kulit itu

    tidak sepadan dengan Shahmeem, dia menjualnya kepada penulis. Penulis tidak

    nampak rasionalnya dia membeli jaket itu untuk kegunaan di Malaysia yang

    beriklim panas.

    Penulis berpendapat bahawa jaket kulit kijang itu sebenarnya lambing

    kemewahan dan kemegahan. Lebih seekor kijang perlu dibunuh untuk

    mendapatkan sehelai jaket. Dalam pada itu ingatan penulis tertumpu pada hasil

    penulisan tinggalan Nasreddin Hodja, iaitu tokoh pendidik yang berjiwa

    humoris dan mengamalkan cara hidup sederhana. Beliau tidak suka akan

    pembaziran dan kemewahan. Jenaka yang ditulisnya bersifat intelektual.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 22

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pembelian jaket kulit itu telah mendatangkan kegembiraan kepada

    penjualnya, Shahmeem, dan kepada penulis sendiri. Penulis pula berhasrat

    untuk menjual jaket tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya agar

    pembelinya berasa gembira kerana membelinya dengan harga yang murah.

    Selain itu, tindakan itu dapat menghilangkan sifat ego pembeli kerana dia

    sebenarnya membeli barangan terpakai. Penulis bercadang untuk mendermakan

    wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang. Hal ini

    sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya

    hidup manusia yang penuh kemodenan.

    Tema

    1. Tema cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul” adalah tentang pengalaman

    seorang pelancong yang suka melancong.

    2. Pembelian tersebut tidak dirancang dan dibuat untuk menjaga hati

    rakannya.

    Persoalan

    1. Kemewahan dan gaya hidup moden yang mengancam kehidupan haiwan

    liar. Contohnya, kijang terpaksa dibunuh agar kulitnya dapat dijadikan jaket.

    2. Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana gagal mematuhi etika

    perniagaan. Contohnya, peniaga lelaki di Grand Bazaar, Istanbul memaksa

    seseorang membeli barangannya.

    3. Aktiviti pelancongan banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan.

    Contohnya, penulis banyak memperoleh pengalaman pahit manis daripada

    aktiviti pelancongan yang disertainya.

    4. Idea dan amanat penulis dahulu yang wajar dicontohi. Contohnya, hasil

    penulisan Mevlina Celaleddin Al-Rumi dan Nasreddin Hodja banyak

    mengandungi pengajaran kepada pembaca dan sewajarnya dicontohi.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 23

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Watak dan Perwatakan

    1. Watak utama - Mas.

    2. Watak sampingan -Lelaki Turki (peniaga), Encik Yuksel, Kak Chah, Dr.

    Liza, Hajah Zalehon, Hajah Normah, Shahmeem, Haji Helmi, Cikgu Juliah,

    Mevlana Celaleddin Ar-Rumi, Nasreddin Hodja, dan sebagainya.

    Penulis (Mas)

    1. Mas ialah seorang daripada peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki.

    2. Seorang yang bersopan santun. Contohnya, Mas tetap menunjukkan sikap

    sopannya walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai di Turki.

    3. Seorang yang baik hati kerana membeli cenderamata untuk keluarga dan

    sahabat handainya.

    4. Seorang yang berhemat ketika berbelanja. Contohnya, Mas telah membuat

    perancangan lebih awal sebelum berbelanja.

    5. Mas suka membaca terutama hasil karya penulis tersohor.

    6. Seorang yang sensitif dan perasa. Contohnya, Mas tidak gembira apabila

    melihat nilai-nilai kasih sayang dan perikemanusiaan tidak diamalkan dalam

    kehidupan sehari-hari.

    7. Seorang yang mencintai hidupan liar. Contohnya, Mas sanggup

    mendermakan hasil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang.

    8. Seorang yang penyabar. Contohnya, Mas tetap bersabar walaupun dimarahi

    dan dilayan dengan buruk oleh pekedai di Turki.

    Lelaki Turki

    1. Lelaki ini berniaga di Grand Bazaar, Istanbul.

    2. Seorang yang berpura-pura untuk memenangi hati pelanggan.

    3. Seorang yang tidak beretika ketika berniaga. Contohnya, dia menuduh Mas

    bukan wanita muslim yang baik kerana telah membuang masanya.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 24

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Shahmeem

    1. Rakan Mas yang turut serta dalam pelancongan ke Istanbul.

    2. Dia membeli jaket kulit tetapi menjualnya semula kerana jaket itu tidak

    sepadan dengannya.

    3. Seorang yang baik hati apabila menjual harga jaket kepada Mas lebih murah

    daripada harga asal yang dibelinya.

    Mevlana Celaleddin Ar-Rumi

    1. Beliau berasal dari Rom dan dikebumikan di Konya.

    2. Beliau telah menulis lebih daripada 25000 buah puisi sufi sepanjang

    hayatnya.

    3. Hasil tulisannya banyak membicarakan perihal kasih sayang dan

    kemanusiaan tanpa mengira bangsa, agama, dan negara.

    4. Beliau menyebarkan tauhid kepada penduduk Konya sehingga Islam

    tersebar.

    Nasreddin Hodja

    1. Penulis tersohor pada zaman pemerintahan Sultan Timur Leng.

    2. Beliau dilahirkan di Horto dan dibesarkan di Aksehir, Turki.

    3. Beliau mengamalkan cara hidup sederhana dan merupakan tokoh

    pendidik yang berjiwa humoris.

    4. Beliau tidak suka akan pembaziran dan kemewahan.

    5. Jenakanya bersifat intelektual

    6. Hasil tulisannya disenangi oleh segenap lapisan masyarakat dan

    diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

    Latar

    Latar Tempat

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 25

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 1. Istanbul, Turki. Rombongan pelancongan dari Malaysia mengadakan

    lawatan ke Istanbul, Turki.

    2. Grand Bazaar. Terdapat lebih 6 000 gerai di Grand Bazaar dan penulis

    membeli-belah di situ.

    3. Sebuah kedai di Grand Bazaar. Penulis telah dipaksa membeli jaket oleh

    seorang peniaga di situ.

    4. Bas. Mas membaca puisi daripada buku Mevlana Celaleddin Al-Rumi and

    The Whirling Dervishes di dalam sebuah bas.

    Latar Masa

    1. Hari kelima lawatan ke Turki. Penulis membeli-belah di Grand Bazaar

    dan dipaksa membeli jaket kulit kijang.

    2. Hari keenam lawatan ke Turki. Penulis melawat Egyptian Market.

    3. Malam terakhir di Istanbul. Penulis menyusun barang-barang untuk

    dibawa pulang.

    Latar Masyarakat

    1. Masyarakat yang suka melancong. Contohnya, penulis dan rakan-rakannya

    melancong ke Istanbul, Turki.

    2. Masyarakat yang baik hati. Contohnya, Mas membelikan saudara mara dan

    rakan-rakannya cenderamata ketika melancong di Turki.

    3. Masyarakat peniaga yang tidak beretika. Contohnya, seorang peniaga di

    Grand Bazaar memaksa Mas membeli jaket kulit yang dijualnya.

    4. Masyarakat yang suka membaca. Contohnya, Mas gemar membaca hasil

    karya penulis tersohor.

    5. Masyarakat yang mencintai hidupan liar. Contohnya, Mas sanggup

    mendermakan hasil jualan jaketnya kepada zoo yang ada kandang kijang.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 26

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 6. Masyarakat yang pandai berpura-pura. Contohnya, seorang peniaga di

    Grand Bazaar berpura-pura baik namun bersikap kasar apabila barangannya

    tidak dibeli.

    7. Masyarakat penulis yang banyak meninggalkan hasil penulisan yang

    berkualiti. Contohnya, hasil penulisan Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan

    Nasreddin Hodja banyak dijadikan bahan bacaan dan rujukan masyarakat

    selepasnya.

    Nilai

    1. Nilai baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamata

    untuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air.

    2. Nilai berhemat. Contohnya, penulis membuat perancangan lebih awal bagi

    mengawal perbelanjaannya.

    3. Nilai kesabaran. Contohnya, penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan

    peniaga yang menghamburkan kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket.

    4. Nilai mencintai hidupan liar. Contohnya, penulis sanggup mendermakan

    hasil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang kerana perasaan

    sayangnya terhadap hidupan liar.

    5. Nilai kesopanan. Contohnya, penulis tetap menunjukkan sikap sopannya

    walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai.

    6. Nilai suka menimba ilmu. Contohnya, penulis minat membaca

    terutama hasil karya penulis tersohor.

    7. Nilai kemanusiaan. Contohnya, penulis berasa sedih apabila pihak polis

    menggunakan kekerasan terhadap budak lelaki yang menjual barangan pasar

    gelap.

    8. Nilai penghargaan. Contohnya, penulis amat menghargai hasil tinggalan

    penulis Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja.

    Pengajaran

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 27

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 1. Sekiranya berkemampuan, kita hendaklah menambahkan pengetahuan dan

    pengalaman dengan melancong ke luar negara. Contohnya, penulis melancong

    ke Istanbul, Turki untuk menambah pengetahuan dan pengalaman.

    2. Kita perlulah bijak merancang perbelanjaan. Contohnya, penulis merancang

    perbelanjaan dengan membuat senarai barang yang ingin dibeli.

    3. Para peniaga sewajarnya mematuhi etika perniagaan dan tidak mengugut atau

    menggunakan kekerasan terhadap pelanggan. Contohnya, pekedai di Grand

    Bazaar bertindak kasar apabila penulis enggan membeli jaket di kedainya.

    4. Kita perlulah berwaspada terhadap muslihat para peniaga yang cuba menjerat

    pelanggan. Contohnya, pemandu pelancong, Encik Yuksel mengingatkan

    rombongan pelancong agar berhati-hati apabila berhadapan dengan peniaga di

    Istanbul.

    5. Kita perlulah berusaha menyelamatkan hidupan liar yang semakin mengalami

    kepupusan. Contohnya, penulis mendermakan wang jualan jaketnya kepada

    mana-mana zoo yang memiliki kandang kijang.

    6. Kita hendaklah memiliki perasaan simpati terhadap golongan miskin.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 28

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 3b. Pemahaman Teks Drama [9 markah]

    Sinopsis Teks Drama – “Berkhidmat Untuk Negara”

    Drama ini rnengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang

    memberikan berbagai-bagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan

    Khidmat Negara (PLKN). Cerita bermula apabila Aiman rnenerima sepucuk

    surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidrnat Negara yang dihantar oleh

    posmen. Surat tawaran tersebut memaklumkan pemilihan Aiman sebagai salah

    seorang pelatih PLKN. Keadaan ini menimbulkan konflik dalaman kepada

    Aiman kerana dia sememangnya tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN itu

    disebabkan pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan

    seseorang remaja mengikuti program berkenaan. Selain itu, Aiman beranggapan

    bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya kerana dia berasal

    daripada keluarga yang ber ada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan.

    Konflik antara Aiman dengan Nek Sinah bermula apabila dia merasakan

    Nek Sinah seolah-olah mengatur kehidupannya apabila menjemputnya untuk

    makan tengah hari. O!eh itu, dia telah melayan orang gajinya itu dengan kasar

    dan kurang sopan. Nek Sinah kecewa dengan sikap Aiman yang tidak

    menghormatinya sebagai orang tua. Walau bagaimanapun, Nek Sinah hanya

    bersabar ketika berhadapan dengan kerenah Aiman itu.

    Cerita diteruskan dengan peristiwa Aiman di sekolah. Kawan-kawannya

    memberitahu Aiman tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti PLKN.

    Aiman tawar hati apabila mendengar berita itu. Sundarani, Nora, Syuhada. Ah

    Tiau, dan Aiman berbincang tentang PLKN. Masing-masing melahirkan rasa

    bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baharu PLKN kecuali Aiman.

    Semasa sesi pembelajaran di kelas, Cikgu Dahari telah menerangkan PLKN

    kepada Aiman dan rakan-rakan sekelasnya dengan panjang lebar. Kebetulan,

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 29

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Cikgu Dahari juga merupakan pengajar sambilan PLKN yang memfokuskan

    rnodul PPSB, iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya.

    Selepas pulang dari sekolah, Aiman mengemukakan masalah pemilihan

    namanya sebagai salah seorang pelatih PLKN kepada bapanya bagi meraih

    simpati dan pertolongan. Puncak cerita dalam drama ini apabila hasrat Aiman

    meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk

    mengecualikan penyertaannya dalam PLKN tidak kesampaian apabila bapanya

    menolak kemahuannya. Sebaliknya, bapa Aiman bertegas agar Aiman

    mengikuti PLKN kerana program tersebut banyak mengandungi kebaikan yang

    tidak diketahui oleh Aiman. Sementara itu, Puan Masnah, iaitu ibu Aiman

    menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas faktor

    keselamatan nyawa anaknya. Namun, bapanya tetap teguh dengan pendirian

    asalnya. Kegagalan ibunya memujuk bapanya menyebabkan Aiman masuk ke

    biliknya. Sementara itu, bapa Aiman bercadang untuk merehatkan fikirannya di

    kelab golf.

    Ketika Aiman melayari internet di biliknya, dia telah terbaca berita

    tentang kejayaan seniornya, Syufia mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati

    di Kem Gerakhas, Desaru, Johor dan juga seniornya, Ziman yang berjaya hidup

    berdikari selepas menjalani program PLKN. Kejayaan mereka itu telah

    menyuntik semangat baharu dalam dirinya. Akhirnya, Aiman tersedar akan

    kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan PLKN.

    Aiman berjanji akan mengikuti PLKN bagi membentuk dirinya supaya boleh

    berdikari seterusnya menyahut seruan berkhidmat untuk tanah air tercinta.

    Tema

    1. Tema drama ini ialah kesedaran generasi muda dalam memupuk

    semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka

    dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 30

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 2. Terbitnya rasa bangga dan teruja dalam kalangan generasi muda untuk

    mengikuti PLKN ini sudah pasti dapat melahirkan generasi muda yang sentiasa

    siap sedia berkhidmat untuk negara, mengukuhkan pembinaan sahsiah diri di

    samping memupuk semangat perpaduan kaum dan integrasi nasional.

    Persoalan

    1. Kesediaan generasi muda mengikuti dasar kerajaan. Contohnya, Nora,

    Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani mewakili golongan generasi muda yang

    berasa bangga dan begitu teruja untuk mengikuti PLKN.

    2. Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan.

    Contohnya, sebagai bapa, Khir Ghazali bertanggungjawab untuk menyokong

    setiap dasar kerajaan dengan mewajibkan anaknya, Aiman memyertai PLKN.

    3. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contohnya, Datuk Khir Ghazali

    amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman

    perlu menghadiri PLKN untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya

    itu yang diharapkan menjadi insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.

    4. Kesedaran tentang kepentingan menyertai program kerajaan. Contohnya,

    Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang salah terhadap

    pelaksanaan PLKN setelah membaca berita tentang PLKN di laman sesawang.

    Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk

    negara tercinta.

    5. PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diri dalam diri generasi muda.

    Contohnya, Ziman telah berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam

    hidupnya setelah mengikuti dengan jayanya Program Latihan Khidmat Negara

    (PLKN).

    Watak dan Perwatakan

    1. Watak utama ialah Aiman.

    2. Watak sampingan pula ialah Khir Ghazali, Masnah, Cikgu Dahari,

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 31

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Posmen, Nek Sinah, Syuhada, Ah Tiau, Sundarani, dan sebagainya.

    Aiman

    1. Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin Khir Ghazali.

    2. Dia merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.

    3. Dia berumur 17 tahun.

    4. Seorang yang bersifat agresif, iaitu dia menentang keras pemilihan namanya

    sebagai pelatih baharu PLKN.

    5. Seorang yang suka tidur. Contohnya, Aiman akan tidur apabila mempunyai

    masalah untuk menenangkan fikirannya.

    6. Seorang yang mementingkan kemewahan hidup. Contohnya, dia tidak

    mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas.

    7. Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan. Contohnya, dia

    menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek

    Sinah.

    8. Seorang yang sedar akan kesilapan dan ingin berubah. Contohnya, Aiman

    sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN

    bagi memupuk sikap berdikari.

    Khir Ghazali

    1. Bapa kepada Aiman dan Dapnia.

    2. Suami kepada Masnah.

    3. Beliau berpangkat Datuk.

    4. Seorang yang gigih bekerja. Contohnya, Khir Ghazali biasanya pulang ke

    rumah hanya pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki.

    5. Seorang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat. Contohnya,

    Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk

    mendapatkan pengecualian untuk Aiman supaya tidak perlu menyertai PLKN.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 32

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 6. Seorang yang berpendirian tegas. Contohnya, Khir Ghazali tegas dan tidak

    berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Aiman sebagai pelatih

    PLKN yang baharu walaupun dipujuk oleh Aiman dan Masnah.

    7. Seorang yang berpandangan jauh. Contohnya, Khir Ghazali menerangkan

    faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di

    samping boleh membentuk sikap berdikari dalam diri Aiman.

    8. Seorang bapa yang penyayang. Contohnya, Khir Ghazali mahu Aiman

    menyertai PLKN supaya, cuti sekolahnya selama tiga bulan itu akan terisi

    dengan aktiviti yang berfaedah.

    9. Seorang yang bersifat merendah diri. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tidak

    menggunakan pengaruh dan kedudukannya bagi mengeluarkan nama anaknya

    daripada senarai pelatih baharu PLKN.

    Masnah

    1. Ibu kepada Dapnia dan Aiman.

    2. Beliau bergelar datin.

    3. Seorang yang penyayang. Contohnya, dia tidak bersetuju Aiman menyertai

    PLKN kerana bimbang akan keselamatan anaknya.

    4. Seorang yang sibuk dengan berbagai-bagai urusan. Contohnya, dia telah

    menggunakan khidmat orang gaji bagi mengurus rumahnya.

    5. Seorang yang mudah mengakui kesilapan diri. Masnah berasa bersalah

    dengan tindakannya memihak kepada Airnan dan cuba memujuk semula hati

    suaminya yang terluka.

    Cikgu Dahari

    1. Beliau bertugas sebagai guru sastera di sekolah Aiman.

    2. Beliau bertugas sebagai fasilitator sambilan di Kem PLKN yang terlibat

    dalam pengajaran modul PPSB - Program Penghayatan Sastera dan Budaya.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 33

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Plot

    Binaan Plot

    1. Bahagian pengenalan atau eksposisi drama ini mengisahkan watak Aiman

    yang menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara

    sebagai pelatih baharu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

    2. Cerita sampai kepada tahap perkembangan apabila Aiman menunjukkan

    berbagai-bagai reaksi setelah menerima surat tawaran daripada Jabatan Latihan

    Khidmat Negara yang dihantar oleh posmen.

    3. Cerita sampai kepada tahap perumitan apabila berlaku konflik dalam diri

    Aiman kerana dia sememangnya tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN

    disebabkan pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan

    seseorang remaja mengikuti program berkenaan. Selain itu, Aiman juga berasa

    tawar hati apabila rakan-rakannya menyampaikan berita tentang dirinya terpilih

    sebagai salah seorang pelatih PLKN di sekolah. Sebaliknya, rakan-rakan Aiman

    seperti Sundarani, Nora, Syuhada dan Ah Tiau melahirkan perasaan gembira

    dan teruja kerana terpilih untuk menyertai PLKN.

    4. Cerita sampai kepada tahap klimaks apabila Aiman cuba meminta bantuan

    bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk mengecualikannya

    daripada Program Latihan Khidmat Negara. Namun begitu, bapanya menolak

    kemahuannya itu. Bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana

    program itu banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman.

    Ibu Aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti

    PLKN atas faktor keselamatan anaknya. Namun, bapanya tetap teguh dengan

    pendirian asalnya.

    5. Cerita sampai kepada tahap peleraian apabila Aiman masuk ke dalam

    biliknya selepas usaha memujuk bapanya gagal. Aiman melayari internet.

    Aiman tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif

    terhadap PLKN selepas membaca berita tentang kejayaan senior-seniornya

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 34

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • semasa mengikuti kursus PLKN. Aiman berjanji untuk mengikuti kursus PLKN

    bagi membentuk dirinya supaya boleh hidup berdikari seterusnya menyahut

    seruan untuk berbakti kepada tanah air yang tercinta.

    Teknik Plot

    Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot

    cerita.

    1. Teknik pemerian. Pengarang menggambarkan sikap Aiman yang bersantai

    dan hanya melakukan segala kerja yang diminatinya sahaja pada cuti hujung

    minggu. Contohnya:

    (Cuti hujung minggu sudah menjadi seperti masa yang terbaik untuk AIMAN

    bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukannya. Lahir daripada

    keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang ringgit, telah

    menjadikan dia manja serta malas. Segala kerja rumah akan dibantu oleh

    orang gaji. Pada tengah hari itu, sedang AIMAN duduk bersantai, muncul

    POSMEN menyampaikan sepucuk surat yang akan merubah kehidupannya.

    Kelihatan POSMEN muncul dan menyerahkan surat kepada AIMAN). (hlm. 90)

    2. Teknik saspens. Pengarang menggunakan teknik saspens dengan

    membiarkan pembaca tertanya-tanya tentang keputusan yang bakal dibuat oleh

    Datuk Khir Ghazali apabila anaknya, Aiman bercadang menggunakan

    kedudukan dan pengaruh bapanya untuk mengecualikan dirinya daripada

    menyertai PLKN. Contohnya:

    (Semua murid kelihatan gembira dengan penerangan CIKGU DAHARI, kecuali

    AIMAN. AIMAN masih tidak senang dengan keputusan yang namanya terpilih

    untuk PLKN. Seboleh-bolehnya dia mahu mengecualikan diri. Dia bercadang

    untuk berbincang dengan ayahnya demi merealisasikan tujuannya. Dengan

    kedudukan dan pengaruh yang kuat AIMAN percaya bahawa ayahnya akan

    dapat

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 35

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • membantu). (hlm. 101)

    3. Teknik kejutan. Pembaca dikejutkan dengan tindakan Datuk Khir Ghazali

    yang tidak mahu menggunakan kedudukan dan pengaruhnya bagi

    mengecualikan penyertaan anaknya, Aiman daripada PLKN. Contohnya:

    AlMAN: Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong

    dapatkan

    pengecualian untuk saya. Saya tak sukalah program macam itu!

    KHIR GHAZALl: Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata

    tidak.

    Daddy mahu Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan

    Aiman dapat. Cubalah berfikir seperti orang dewasa, Aiman bukan

    budak-budak lagi. Jadilah manusia yang sentiasa dahagakan ilmu dan

    pengalaman. Jangan hanya pandai meminta daripada berusaha.

    (hlm.102 -103)

    4. Teknik dialog. Dialog antara Aiman dengan posmen yang menghantar surat

    tawaran PLKN ke rumahnya. Contohnya:

    POSMEN: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di

    rumah

    ini?

    AlMAN: Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?

    POSMEN: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna,

    adik

    terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus

    program itu. Kalau umur abang macam adik, pasti abang tak akan

    lepaskan peluang ini.

    5. Teknik konflik. Konflik yang berlaku antara Aiman dengan Nek Sinah.

    Aiman kurang menyenangi kata gelaran yang digunakan oleh Nek Sinah

    kepadanya. Contohnya:

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 36

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • AlMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek

    Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar.

    Belum

    nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan

    dengan dia.

    NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada

    telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak

    tugasan di universiti. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.

    (hlm.92-

    93)

    6. Teknik monolog. Aiman berfikir sesuatu secara bersendirian sambil

    menanyakan dirinya tindakan yang perlu dibuat dengan surat tawaran PLKN

    yang diterimanya. Contohnya:

    (POSMEN berlalu. Tinggal AIMAN sendirian memikirkan sesuatu)

    AlMAN: Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku

    buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar! Tak ada

    kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat,

    baru aku bakar.

    (hlm. 92)

    Gaya Bahasa

    1. Bahasa Arab. Contohnya:

    Assalamualaikum, Waalaikumussalam. (hlm, 97)

    2. Bahasa Inggeris: Contohnya:

    (a) mummy (hlm, 93)

    (b) daddy (hlm. 102)

    3. Simile. Contohnya:

    (a) Cuti hujung minggu sudah menjadi seperti masa yang terbaik untuk

    AIMAN

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 37

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukannya. (hlm. 90)

    (b) Macamlah esok dah nak kiamat. (hlm. 93)

    (c) ...terasa seperti ada sesuatu yang menarik pada hari itu. (hlm. 94)

    4. Metafora. Contohnya.

    (a) ...maka surat tawaran PLKN itu langsung tidak dibukanya... (hlm. 92)

    (b) Aku biasa mandi dengan air panas. (hlrn. 94)

    (c) Buta sejarah betul kau ini. (hlm. 95)

    5. Sinkope. Contohnya:

    Tak baik kau cakap macam tu kepada aku. (hal. 94)

    6. Personifikasi. Contohnya:

    Lahir daripada keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang

    ringgit.. (hlm. 90)

    7. Inversi. Contohnya:

    (a) Tak fahamlah saya, bang.

    Sepatutnya: Bang, saya tak fahamlah. (hlrn. 91)

    (b) Memang bagus program itu.

    Sepaturnya: Program itu memang bagus. (hlm, 92)

    (c) Malaslah aku kalau fasal tu.

    Sepatutnya: Aku malaslah kalau fasal tu. (hlm. 94)

    8. Perulangan kata atau repetisi, Contohnya:

    (a) Aku tak suka, tak suka. (hlm. 94)

    (b) Aiman minta daddy dapatkan pengecualian tapi daddy tak mahu tolong.

    (hlm. 103)

    9. Peribahasa: Contohnya:

    (a) duri dalam daging. (hlrn. 89)

    (b) hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. (hlm, 95)

    (c) lurus bendul. (hlm. 95)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 38

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Nilai

    1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Datuk Khir Ghazali amat menyayangi

    Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman menghadiri PLKN

    untuk membentuk peribadi anaknya itu menjadi seorang insan yang berguna

    kepada nusa dan bangsa.

    2. Nilai baik hati. Contohnya, Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran

    PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut.

    3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Cikgu Dahari melaksanakan

    tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan baik apabila turut menyentuh

    tentang pelaksanaan dan keberkesanan PLKN untuk membentuk generasi muda

    yang berjiwa patriotik.

    4. Nilai cinta akan negara/patriotisme. Contohnya, kawan-kawan sekelas

    Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani sangat

    teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih untuk menyertai Program

    Latihan Khidrnat Negara.

    5. Nilai kegigihan. Contohnya, Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberi

    tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang Program Penghayatan Sastera dan

    Budaya (PPSB).

    6. Nilai hemah tinggi. Contohnya, Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah

    lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman

    melayannya dengan bersikap kurang sopan.

    7. Nilai berpandangan jauh. Contohnya, Datuk Khir Ghazali ingin Aiman

    menyertai PLKN untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai

    murni di samping menanam semangat patriotik dalam jiwa anaknya.

    8. Nilai berdikari. Contohnya, Syufia telah berjaya membentuk sikap berdikari

    apabila terpilih sebagai pelatih terbaik wirawati untuk Kem Gerakhas, Desaru,

    Johor dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

    9. Nilai kesedaran. Contohnya, Aiman sedar akan sikap negatifnya terhadap

    pelaksanaan PLKN setelah membaca berita PLKN di laman sesawang. Dia

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 39

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara

    tercinta.

    10. Nilai kesabaran. Contohnya, Mek Sinah bersabar dengan sikap biadap

    Aiman yang tidak menghorrnatinya sebagai orang tua.

    Pengajaran

    1. Kita hendaklah memupuk semangat patriotik/cinta akan negara dalam

    kalangan generasi muda. Contohnya, Cikgu Dahari memberikan sokongan

    kepada Nora, Sundarani, dan Ah Tiau yang bersemangat kerana terpilih untuk

    mengikuti PLKN.

    2. Kita perlulah menjadi seorang insan yang berintegriti dan amanah dalam

    memikul tanggungjawab. Contohnya, posmen menjalankan tugasnya

    menghantar surat-surat pelanggan dengan penuh integriti.

    3. Kita mestilah rajin membaca bagi melahirkan sebuah masyarakat yang

    berilmu dan berpengetahuan luas dalam satu-satu perkara. Contohnya, Cikgu

    Dahari rajin membaca dan mendalami maklumat berkaitan dengan Program

    Latihan Khidmat Negara (PLKN).

    4. Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadab.

    Contohnya, Nek Sinah bersabar dengan sikap biadab Aiman yang tidak

    menghormatinya sebagai orang tua.

    5. Kita perlulah berpandangan jauh dalam usaha membina kehidupan yang

    lebih sempurna. Contohnya, Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang

    akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN.

    6. Kita mestilah berpendirian tegas dan teguh dalam menegakkan satu-satu

    perkara yang bermanfaat kepada nusa dan bangsa. Contohnya, Datuk Khir

    Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun

    dipujuk oleh Aiman dan Datin Masnah.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 40

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 7. Kita hendaklah gigih mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga.

    Contohnya, Datuk Khir Ghazali selalu pulang ke rumah pada waktu malam

    lantaran gigih mencari rezeki untuk menyara keluarganya.

    8. Kita mestilah adil dan saksama dalam membuat satu-satu keputusan

    dengan tidak menggunakan pangkat dan pengaruh yang ada. Contohnya, Datuk

    Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk

    mengecualikan anaknya daripada mengikuti PLKN.

    Latihan

    Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan

    berikut

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran

    Aiman, ayam masak asam pedas.

    AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah.

    Nek

    Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum

    nak

    makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan

    dia.

    NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada

    telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan

    di

    universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia

    pulang.

    AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah

    ini

    sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.

    NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.

    AIMAN: Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya

    lapar, saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu

    saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 41

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (Dipetik daripada drama "Berkhidmat untuk Negara" oleh Affix Zulkarnaen

    Adam, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan

    Pustaka.)

    i) Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Aiman untuk menolak pelawaan

    makan tengah hari oleh Nek Sinah? [2

    markah]

    ______________________________________________________________

    ______________________________________________________________

    ______________________________________________________________

    (ii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang anak muda menggunakan kata-kata

    yang kasar dan kurang sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua?

    Berikan tiga sebab. [3

    markah]

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    ______________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    (iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan

    satu

    nilai kemanusiaan lain yang terkandung dalam keseluruhan drama. [4

    markah]

    ____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    ______________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Cerpen 42

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pelan Lokasi

    @ Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my