Upload
falyn-maludin
View
367
Download
15
Embed Size (px)
Citation preview
TAJUK 14 SEBUTAN BAKU KATA PINJAMAN
Solifialin M, Nurul Saadah Z, Intan Nurashura MD, Brigitta M
I. Dari bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain.
II. Dari bahasa ArabIII. Istilah agama
PENGENALAN
Sistem ejaan bahasa Melayu yang digunakan pada masa kini ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu (1972) dan dipakai bersama Malaysia dan Indonesia.
SEBUTAN PINJAMAN BAHASA INGGERIS dan BAHASA EROPAH YANG LAIN
Sebutan bagi kata serapan daripada Bahasa Inggeris (BI) dan bahasa-bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang mengehendaki supaya setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam Bahasa Melayu (BM).
Huruf vokal dilafazkan dengan bunyi [a] juga dan bukan dengan bunyi [e], [é], [E], [éi] dan sebagainya
Ejaan Sebutan
Album [al.bum]
Atom [a.tom]
Data [da.ta]
Popular [po.pu.lar]
Radio [ra.dio]
Skandal [skan.dal]
Huruf vokal e taling dilafazkan dengan bunyi [é] sekiranya sebutannya dalam bahasa sumber bukan e pepet atau dilafazkan dengan bunyi [E] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumberEjaan Sebutan Generasi [Gé.ne.ra.si]Kabaret [Ka.be.rét]Sen [sén]Telefon [Té.lé.fon]Teori [téo.ri]Beg [bEg]
Huruf vokal e pepet dilafazkan dengan bunyi [e] juga pada semua kedudukan terbuka dan tertutup.
Ejaan Sebutan
Artikel [ar.ti.kel]
Dividen [di.vi.den]
Meter [mé.ter]
Parlimen [par.li.men]
Presiden [pré.si.den]
Sistem [sis.tem]
Catatan*bunyi [e] pepet ini termasuklah bagi huruf e di akhir bentuk –isme dan penanda unsur enzim.
Nasionalisme
[na.sio.na.lis.me]
Lipase[li.pa.se]
Huruf vokal i dilafazkan dengan bunyi [i] juga pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong dalam bahasa sumbernyaEjaan Sebutan Dinamo [di.na.mo]Idea [i.déa]Identiti [i.dén.ti.ti]Firma [fir.ma]Krisis [kri.sis]Organisasi [or.ga.ni.sa.si]
Huruf vokal o dilafazkan dengan bunyi [o] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [O] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber
Ejaan Sebutan
Akordion [a.kor.dion]
Bom [bom]
Ekonomi [é.ko.no.mi]
Hormon [hor.mon]
Sos [sos] atau [sOs]
tol [tol]
Huruf vokal u dilafazkan dengan bunyi [u] juga pada kedudukan semua kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong atau bunyi [yu] dalam bahasa sumbernyaEjaan Sebutan industri [in.dus.tri]Kurikulum [ku.ri.ku.lum]Subsidi [sub.si.di]Unik [u.nik]Unit [u.nit]Universiti [u.ni.ver.si.ti]
Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ai] dan bukan dengan bunyi [é] atau seumpamanya, pada semua kedudukan kata (suku kata terbuka) dalam BMEjaan Sebutan
Aileron [ai.le.ron]
Aising [ai.sing]
Trailer [trai.ler]
Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi [au] dan bukan dengan bunyi [o] atau [O] pada semua kedudukan kata (suku kata terbuka) dalam BM
Ejaan Sebutan
Audit [au.dit]
Auditorium [au.di.to.rium]
Automatik [au.to.ma.tik]
Autonomi [au.to.no.mi]
Huruf diftong oi dilafazkan dengan bunyi [oi] dan bukan dengan bunyi [Oi] dalam bahasa Melayu
Ejaan Sebutan
Konvoi [kon.voi]
Koboi [ko.boi]
boikot [boi.kot]
Beberapa bentuk gabungan dua huruf vokal dilafazkan menjadi bunyi vokal tunggal dalam bahasa Melayu
Ejaan Sebutan
Diesel [di.sel]
Protein [pro.tin]
Oak [ok]
Zoologi [zu.lo.gi]
Aerobik [é.ro.bik]
Huruf konsonan g dilafazkan dengan bunyi [g] dan bukan [j] dalam bahasa Melayu
Ejaan Sebutan Agenda [a.gén.da]Agensi [a.gén.si]Geografi [géo.gra.fi]Geologi [géo.lo.gi]Strategi [stra.té.gi]teknologi [ték.no.lo.gi]Tragedi [tra.gé.di]
Catatan*bunyi [g] bagi huruf g ini sama dengan bunyi yang terdapat dalam kata-kata Melayu jati yang dilafazkan dengan bunyi [g] juga
Ejaan Sebutan Gagang [ga.gang]Gigi [gi.gi]Gelagat [ge.la.gat]
Huruf konsonan x yang terletak di awal kata dilafazkan dengan bunyi [z] (seperti dalam bahasa sumber)
Ejaan Sebutan Xenolit [zé.no.lit]Xenon [zé.non]Xerofit [zé.ro.fit]Xilem [zi.lem]xilofon [zi.lo.fon]
Huruf gugusan konsonan di awal kata atau awal suku kata dilafazkan sepenuhnyaEjaan Sebutan Deskriptif [dés.krip.tif]Drama [dra.ma]Klasik [kla.sik]Profesor [pro.fé.sor]Tragedi [tra.gé.di]Struktur [struk.tur]
Bentuk gugus konsonan dengan /s/ sebagai konsonan akhir seperti /ks/ns/ dan /ps/ dilafazkan sepenuhnya di akhir kata atau akhir suku kata
Ejaan Sebutan Ambulans [am.bu.lans]Forseps [for.séps]Insurans [in.su.rans]Sains [sains]
Huruf konsonan yang dilafazkan dalam bentuk bunyi yang lemah (atau dihilangkan) ialah unsur gugus konsonan akhir dalam rangkap yang lain, seperti -rd, -rt, -rm, -lt dan -lmEjaan Sebutan
Standard [stan.dad]
Konsert [kon.set]
Kloroform [klo.ro.fom]
Kobalt [ko.bat]
napalm [na.pam]
Gugusan konsonan awal yang tidak dibunyikan salah satu unsurnya dalam bahasa sumber dilafazkan dengan dua cara seperti berikut:
Ejaan Sebutan Knot [knot] [knOt] atau
[not] [nOt]Pneumatik [pneu.ma.tik] atau
[neu.ma.tik]psikologi [psi.ko.lo.gi] atau
[si.ko.lo.gi]
Kata atau ungkapan serapan daripada bahasa Perancis (atau kedua-dua bahasa Eropah yang seumpamanya) yang diterima bentuk ejaannya yang asal dilafazkan menurut sebutan asal dalam bahasa sumberKata/ ungkapan Sebutan
Ad hoc [Ed.hOk]
Esprit de corps [és.pri.de.kO]
Ex officio [éks.e.fi.syio]
Vis-a-vis [vi.ze.vi]
Kata terbitan dengan mana-mana awalan, akhiran atau apitan yang kata dasarnya berupa kata serapan daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah yang lain) dilafazkan menurut kaedah sebutan kata terbitanEjaan Sebutan Berteknologi [ber.ték.no.lo.gi]Dikritik [di.kri.tik]Kritikan [kri.ti.kan]Memproseskan [mem.pro.sés.kan]Mengkreditkan [meng.kré.dit.kan]pengeposan [pe.nge.po.san]
Sebutan bagi Kata Pinjaman Bahasa Arab
Terdapat dua peraturan iaitu:
i. Cara sebutan yang tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata Melayu jati
ii. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber
Kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama menjadi kata umum dilafazkan sesuai dengan sebutan kata jati dalam BM
Ejaan rumi
sahabat
zalim
Kata daripada bahasa Arab yang asalnya bermula dengan bunyi ain dan sudah terserap sebagai kata umum tetapi difikirkan perlu dikekalkan sebutannya seperti dalam bahasa sumber boleh dilafazkan dengan dua cara iaitu;
Cara sebutan menurut
bunyi yang sudah
terserap
Cara sebutan
yang mengekalkan bunyi
ain
Keutamaan diberikan kepada cara sebutan yang sudah terserap dalam bahasa Melayu
Ejaan rumi
alam
ilmu
ulama
keaiban
Kata yang mengandungi suku kata tengah atau suku kata akhir yang bermula dengan bunyi ain dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu dengan melahirkan bunyi ain itu
Ejaan rumi
Saat
Jumaat
rai
firaun
Huruf k yang sepadan dengan huruf ain sebagai penutup suku kata tengah atau suku kata akhir boleh dilafazkan dengan dua cara iaitu:i. dengan bunyi hentian glotis [?]ii. Dengan bunyi geseran rongga tekak bersuara [ ]
Ejaan rumi
rakyat
maklumat
jamik
Kata serapan yang berupa istilah agama/yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam dilafazkan sesuai dengan bunyi asal kata bahasa sumber
Ejaan rumi
kadi
hadis
ramadan
tawaf
Kata yang berakhir dengan huruf ta marbutah dalam ejaan jawi dilafazkan dengan berdasarkan huruf t dan h yang telah ditetapkan dalam ejaan rumi.Ejaan rumi Sebutan
Hijrah [hij.rah]
Akhirat [a.khi.rat]
Sunah [su.nah]
Sunat [su.nat]
Istilah agama Islam yang ditulis atau dieja menurut kaedah transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi dilafazkan menurut bunyi asal seperti dalam bahasa sumberEjaan rumi transliterasi
Sebutan
Hadith [ha.dith]Kidhib [ki.dhib]Isti ‘mal [is.ti_.mal]qunut [qu.nut]Riya’ [ri.ya_]
RUJUKAN
Awang Sariyan (1995). “Mari berbahasa baku: Sebutan baku dan ejaan rumi.” Selangor: Synergymate Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2004). “Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu.”
Indrawati Zahid dan Mardiah Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
RUJUKAN:
Goay Teck Chong et.al (2007). Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Selangor, Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ismail Dahaman (2000). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://cikgumuhammadfadhil.blogspot.com/2011/11/ejaan-kata-pinjaman.html (dicapai pada 15 Julai 2012)http://www.slideshare.net/bahterabahasa/pengajaranterancang-kata-pinjaman-bahasa-inggeris-memperkaya-kosa
-kata-pelajar-bahasa-melayu (dicapai pada 15
Julai 2012)http://pepohonhijauku.blogspot.com/2011/04/sistem-ejaan-kata-pinjaman-bahasa-asing.html (dicapai pada
15 Julai 2012)