20
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR Tajuk 3 Pentaksiran Bahasa 5 JAM SINOPSIS Tajuk ini akan memberi pengetahuan mengenai kepentingan dan peranan pentaksiran dalam proses peningkatan kemahiran bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Pelbagai jenis pentaksiran bahasa serta perkara- perkara yang perlu diambil berat dalam pelaksanaan pentaksiran turut dibincang. Fokus diberi terhadap bagaimana melaksanakan kaedah pentaksiran language sampling dan cara menganalisis maklumat yang diperoleh. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dapat : 1. Menjelaskan peranan dan matlamat pentaksiran dalam proses peningkatan kemahiran bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. 2. Mengenal pasti perkara-perkara yang harus dipertimbangkan dalam pentaksiran bahasa. 3. Menghuraikan pelbagai kaedah dalam pentaksiran bahasa. 4. Membeza antara kaedah-kaedah pentaksiran formal dan bukan formal dalam pentaksiran bahasa. 5. Merancang dan melaksanakan kaedah language sampling dalam pentaksiran bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. 1

Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tajuk 3 Penilaian bhs

Citation preview

Page 1: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Tajuk 3 Pentaksiran Bahasa 5 JAM

SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi pengetahuan mengenai kepentingan dan peranan pentaksiran dalam

proses peningkatan kemahiran bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Pelbagai jenis

pentaksiran bahasa serta perkara-perkara yang perlu diambil berat dalam pelaksanaan

pentaksiran turut dibincang. Fokus diberi terhadap bagaimana melaksanakan kaedah pentaksiran

language sampling dan cara menganalisis maklumat yang diperoleh.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat :

1. Menjelaskan peranan dan matlamat pentaksiran dalam proses peningkatan kemahiran

bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.

2. Mengenal pasti perkara-perkara yang harus dipertimbangkan dalam pentaksiran bahasa.

3. Menghuraikan pelbagai kaedah dalam pentaksiran bahasa.

4. Membeza antara kaedah-kaedah pentaksiran formal dan bukan formal dalam pentaksiran

bahasa.

5. Merancang dan melaksanakan kaedah language sampling dalam pentaksiran bahasa

kanak-kanak berkeperluan khas.

1

Page 2: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

KERANGKA TAJUK

KANDUNGAN

3.0 Definisi dan Konsep Pentaksiran (Assessment)

Anda pasti kerap mengguna istilah-istilah Pentaksiran, Pengujian dan Diagnosis semasa menulis

laporan prestasi murid-murid, menghadiri mesyuarat PIBG atau menjalankan perbincangan dengan

guru-guru lain atau ibu bapa. Adakah ketiga-tiga istilah tersebut mempunyai maksud yang serupa?

Untuk mengelakkan kekeliruan, adalah munasabah untuk kita meneliti dengan tepat maksud setiap

istilah tersebut.

Menurut Salvia dan Ysseldyke (2001), pentaksiran ialah satu proses mengumpul dan menilai data

atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan tentang murid, terutamanya dalam aspek keperluan

pengajaran-pembelajarannya. Ia termasuk ujian, temubual, pemerhatian, sampel-sampel kerja dan

apa jua maklumat yang harus diperoleh bagi membantu kita membuat keputusan yang munasabah

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

PENTAKSIRAN BAHASA

Matlamat dan Objektif

Jenis Pentaksiran

Prosedur Formal Prosedur Bukan Formal

Perkara-perkara yang harus

dipertimbangkanUjian Rujukan

Norma dan Ujian Rujukan Kriterion

Language Sampling

2

Page 3: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Pengujian pula mempunyai skop yang lebih terbatas – ia merupakan salah satu bentuk pentaksiran

di mana satu set soalan diberikan kepada seorang individu atau sekumpulan individu untuk

mendapat satu skor.

Istilah Diagnosis mempunyai dua makna. Apabila diguna dalam konteks medikal, ia merupakan satu

tindakan atau proses untuk mengenal pasti atau menentukan punca dan ciri-ciri (nature) sesuatu

penyakit melalui pemeriksaan (Cohen, Swerdlik dan Smith, 1992 dalam Kuder, 2003). Dalam

konteks pendidikan, usaha diagnosis yang bermatlamat untuk mencari punca sebab masalah bukan

perkara yang mudah, dan jika dijumpai pun, pihak pendidik biasanya tidak berupaya untuk

menghapuskannya. Justeru, proses diagnosis yang diamalkan oleh para pendidik biasanya merujuk

kepada instrumen-instrumen yang boleh memberi maklumat mendalam tentang sesuatu kemahiran

yang spesifik – seperti mendengar, membaca, menulis atau bertutur.

Sebagai rumusan, istilah pentaksiran adalah lebih inklusif dan merujuk kepada proses mengumpul

dan menilai maklumat untuk membantu pendidik memahami secara lebih mendalam keperluan

kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengujian pula merujuk kepada prosedur-

prosedur tertentu yang dilaksanakan untuk mengumpul maklumat.

3.1 Matlamat dan Objektif Pentaksiran Bahasa

Mengapakah kita perlu menjalankan pentaksiran atau penilaian bahasa? Bolehkah kita terus

mengajar bahasa kepada kanak-kanak tanpa mengetahui tahap bahasa yang sedia ada? Jika kita

mengimbas semula pola perkembangan bahasa setiap kanak-kanak, adalah jelas bahawa

pembelajaran bahasa berlaku secara berperingkat – daripada peringkat perkataan tunggal ke frasa

ke ayat ringkas sehingga tercapai membentuk bahasa yang agak kompleks. Peningkatan dalam

kemahiran bahasa berlaku mengikut satu tahap ke tahap yang lebih tinggi sedikit – seperti menaik

anak tangga. Maka untuk meningkatkan kemahiran bahasa seorang kanak-kanak berkeperluan

khas, kita perlu mengetahui tahap bahasa yang sedia ada supaya kita boleh membantunya menaik

satu anak tangga (1 step up) lagi.

Secara am, matlamat pentaksiran boleh dikategorikan seperti berikut :

(i) Saringan : mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang teruk

(ii) Kesesuaian : menentukan adakah kanak-kanak perlu pendidikan khas

(iii) Perancangan Rancangan Pendidikan Individu : membuat keputusan mengenai sasaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran

3

Page 4: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

(iv) Pemantauan kemajuan : mendapat maklumat mengenai hasil pengajaran dan pembelajaran

(v) Penilaian program : mendapat maklumat mengenai keberkesanan program pendidikan yang dijalankan

Proses pentaksiran dan intervensi bahasa merupakan dua proses dinamik dan saling berinteraksi.

Proses pentaksiran atau penilaian yang berterusan membekalkan kita dengan maklumat penting

dalam bentuk dokumentasi mengenai keberkesanan intervensi dan keperluan mengubah strategi /

kaedah intervensi. Rajah 3.1 menunjukkan hubung kait antara proses pentaksiran / penilaian dan

intervensi.

Rajah 3.1 Hubung kait antara Proses Penilaian dan Intervensi

Secara lebih terperinci, objektif-objektif pentaksiran / penilaian bahasa adalah seperti berikut :

(i) Menentukan adakah kanak-kanak mempunyai masalah bahasa

Adakah kanak-kanak menunjukkan tingkah laku bahasa yang menyimpang daripada

pola kanak-kanak seumur dengannya ?

PENILAIAN INTERVENSI

4

Page 5: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Adakah perbezaan signifikan ?

(ii) Mengenal pasti sebab / punca masalah (jika boleh)

Apakah jenis etiologi ?

Apakah faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi hasil intervensi (contoh :

komunikasi antara kanak-kanak dengan penjaga (care-giver), kekerapan jangkitan

telinga)

(iii) Mengenal pasti aspek bahasa yang bermasalah

Bahasa ekspresif atau reseptif, atau kedua-duanya ?

Penilaian harus dijalankan terhadap semua aspek bahasa melalui pelbagai instrumen

pentaksiran (formal dan bukan formal) untuk menentukan fokus intervensi

(iv) Memberi deskripsi mengenai bahasa yang sedang diguna oleh kanak-kanak

Maklumat spesifik berkaitan tingkah laku bahasa kanak-kanak diperlu untuk

merancang satu pelan intervensi yang efektif dan komprehensif

Apakah jenis perkataan, frasa dan ayat yang digunakan dalam konteks hidup harian

yang berbeza-beza (di rumah, di sekolah)

Apakah cara komunikasi yang diguna – verbal atau non-verbal ?

(v) Memutuskan apa yang harus dilakukan untuk meningkat bahasa kanak-kanak

Bolehkah kanak-kanak dibantu jika diberi intervensi ?

- apakah bentuk intervensi ( berkumpulan, secara individu)

- apakah situasi intervensi yang sesuai (di rumah, di pusat, di bilik darjah)

- apakah sasaran intervensi ?

3.2 Perkara-perkara yang harus diberi perhatian dalam Pentaksiran Bahasa

Selepas mengetahui matlamat dan objektif pentaksiran, anda tentu sedar bahawa pentaksiran

bahasa merupakan satu proses yang memerlukan masa dan usaha. Ini tidak menghairankan kerana

bidang bahasa memang merupakan sesuatu bidang yang begitu kompleks dan sehingga masa kini,

bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa belum diketahui dengan sepenuhnya. Di sepanjang

perancangan dan pelaksanaan proses pentaksiran bahasa terhadap seorang kanak-kanak,

beberapa perkara yang penting harus sentiasa berada dalam ingatan anda. Perkara utama ialah

bahawa maklumat yang diperolehi harus memberi impak yang positif terhadap hasil pendidikan.

Perkara-perkara lain yang harus dititikberatkan adalah seperti berikut :

(i) Keperluan pelajar diutamakan.

(ii) Matlamat utama adalah untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Proses pentaksiran harus memberi ruang untuk refleksi dan inkuiri kritikal terhadap

kurikulum dan pengajaran.

5

Page 6: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

(iv) Gambaran tentang hubungkait yang kompleks antara bacaan, penulisan dan bahasa,

peranan penting yang dimainkan oleh sekolah, rumah dan masyarakat dalam

perkembangan literasi harus ditunjukkan melalui pentaksiran.

(v) Pentaksiran harus dilaksanakan tanpa prasangka, berdasarkan fakta dan refleksi.

(unbiased, factual and thoughtful).

(vi) Guru merupakan agen terpenting dalam penilaian sebab guru yang terlibat secara

langsung dalam proses pengajaran, mempunyai pengaruh yang kuat. Keutamaan harus

diberi kepada penilaian tidak formal, berasaskan aktiviti dalam bilik darjah.

(vii) Proses pentaksiran harus melibatkan pelbagai perspektif dan sumber data.

(viii) Pentaksiran harus berasaskan komuniti sekolah dan digunakan untuk kemajuan dan

bukan untuk salahkan mana-mana pihak.

(ix) Proses pentaksiran merupakan satu usaha kolaboratif antara semua ahli dalam komuniti

pendidikan – pelajar, ibu bapa, guru, pentadbir, penggubal dasar dan masyarakat umum.

(x) Ibu bapa harus berperanan aktif dalam proses pentaksiran di mana maklum balas mereka

dihargai dan diambil berat dalam membuat keputusan.

3.3 Jenis Prosedur Pentaksiran

Terdapat banyak cara dalam mengumpul maklumat yang bertujuan untuk melaksanakan

pentaksiran. Kita boleh kategorikan pelbagai cara tersebut sebagai prosedur formal dan prosedur

bukan formal. Secara umum, prosedur formal disediakan oleh pihak pakar dan ditadbirkan mengikut

format yang standard (dipiawaikan) manakala prosedur bukan formal boleh disediakan oleh guru-

guru atau sesiapa yang terlibat dalam pendidikan kanak-kanak untuk menilai secara langsung tahap

kemahiran kanak-kanak yang diajar mereka. Dalam bidang pentaksiran bahasa kanak-kanak

berkeperluan khas, terdapat debat yang hangat mengenai adakah kaedah formal atau bukan formal

lebih sesuai digunakan. Berikut ini kita akan menelitikan kedua kaedah tersebut dengan lebih

terperinci.

3.3.1 Prosedur Pentaksiran Formal

Prosedur Pentaksiran Formal biasanya telah disedia dan diterbitkan oleh pihak tertentu, termasuk

prosedur-prosedur standard untuk mentadbirnya. Ia biasanya melibatkan penggunaan instrumen

seperti ujian-ujian, borang-borang pemerhatian, skala-skala pengkadaran (rating scales), dan lain-

lain. Kebanyakan prosedur formal adalah standardized.

Pentaksiran yang standardized memenuhi tiga kriteria berikut :

(a) Ia mengandungi satu set prosedur pentadbiran ujian yang ditetapkan dan perlu dipatuhi

(b) Pemberian skor yang objektif

6

Page 7: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

(c) Populasi untuk rujukan skor telah dispesifikasikan

Sebagai rumusan, semua prosedur pentaksiran yang standardized mesti dilaksanakan mengikut

arahan-arahan yang telah ditetapkan. Jika tidak, perbandingan antara individu atau kumpulan tidak

boleh dilakukakan.

3.3.2 Prosedur Pentaksiran Bukan Formal

Pentaksiran Bukan Formal biasanya diguna untuk menilai tahap kefungsian semasa seorang kanak-

kanak. Ia boleh dibentuk, direka, diperkembang atau diubahsuaikan oleh guru dan pihak-pihak

berkaitan untuk menilai secara langsung sesuatu aspek kemahiran bahasa. Kebanyakan cara

pentaksiran bukan formal terdiri daripada analisis sampel bahasa yang spontan (language sampling)

ke tugasan ajukan bahasa yang distrukturkan (highly structured, elicited imitation tasks).

Rajah 3.1 menunjukkan perbandingan antara prosedur pentaksiran formal dan bukan formal dari

segi kelebihan dan kekurangan.

PENTAKSIRAN FORMAL PENTAKSIRAN BUKAN FORMAL

Kelebihan

- boleh membanding

antara individu

- mengikut format standard

- telah disediakan,

memudahkan sesiapa yang

ingin menggunanya

Kekurangan

- mungkin tidak berkaitan

dengan kurikulum

- mungkin tidak sesuai untuk

kanak-kanak

- mungkin disalah tafsirkan

Kelebihan

- berkaitan langsung dengan

kurikulum

- boleh direka cipta mengikut

keperluan individu

Kekurangan

- memerlukan banyak

persediaan

- sukar untuk membanding

antara individu

7

Page 8: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Rajah 3.2 Perbandingan antara Pentaksiran Formal dan Bukan Formal

Untuk pentaksiran bahasa kanak-kanak secara lebih komprehensif kedua-dua prosedur formal dan

bukan formal biasa diamalkan. Pentaksiran bahasa merupakan satu domain yang amat rumit kerana

bahasa merupakan satu finomenon yang multidimensional, komplex dan dinamik. Kemahiran

berbahasa menghubungkait dengan pelbagai proses dan kemahiran-kemahiran lain (seperti

pemikiran / kognitif, interaksi) yang mungkin berubah-ubah mengikut keperluan situasi. Tambahan

pula, terdapat banyak variasi dalam perkembangan bahasa normal dan jenis masalah bahasa yang

dijumpai.

3.4 Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriterion

Ujian-ujian untuk menilai bahasa boleh merupakan ujian rujukan norma (norm-referenced) atau ujian

rujukan kriterion (criterion-referenced). Ujian rujukan norma bertujuan untuk membanding prestasi

seorang individu dengan satu populasi yang tertentu manakala ujian rujukan kriterion membolehkan

penilaian dijalankan terhadap tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang spesifik. Kedua-dua jenis

ujian tersebut boleh dilaksanakan secara formal atau bukan formal. Ujian-ujian boleh menilai prestasi

pencapaian dalam sesuatu bidang kemahiran bahasa yang luas seperti bahasa ekpresif atau bahasa

reseptif (achievement tests) atau memfokus kepada satu bidang yang spesifik seperti artikulasi

(diagnostic tests).

3.5 Language Sampling

Satu cara yang amat berguna untuk mendapat maklumat mengenai kebolehan berbahasa seorang

kanak-kanak adalah dengan mengutip dan menganalisis satu sampel bahasa kanak-kanak tersebut.

Maka matlamat utama menjalankan Language Sampling ialah untuk mendapat satu sampel bahasa

yang mewakili bahasa sebenar yang digunakan oleh kanak-kanak dalam konteks hidupan hariannya.

Terdapat pelbagai kaedah yang mudah dikendalikan untuk memperoleh sampel-sampel bahasa

dalam konteks sekolah. Walau bagaimanapun pemerolehan sesuatu sampel bahasa yang baik

memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang teliti dalam aspek pemilihan konteks, bahan-bahan

dan teknik. Konteks yang sesuai sekali ialah situasi yang realistik – seperti di bilik darjah, rumah atau

kantin. Jika boleh kanak-kanak harus terlibat dalam aktiviti-aktiviti sebenar seperti semasa berada

dalam kumpulan kecil melakukan sesuatu projek atau tugasan.

3.5.1 Kaedah-Kaedah Mendapat Sampel Bahasa

Kajian-kajian telah mendapati bahawa kanak-kanak kecil akan menghasilkan ujaran-ujaran yang

lebih panjang apabila sampel dikutip di rumah berbanding dengan di klinik terapi. Walaupun sampel

8

Page 9: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

bahasa yang diambil dalam konteks aktiviti di rumah merupakan situasi yang realistik, terdapat

beberapa batasan seperti gangguan kebisingan latar belakang dan pelbagai gangguan tumpuan

yang mungkin berlaku. Tambahan lagi dari segi logistiks mungkin sukar bagi guru atau terapis

bahasa-pertuturan pergi ke rumah kanak-kanak untuk mendapat sampel bahasa. Beberapa kaedah

yang biasa diguna untuk mendapat sampel bahasa untuk pentaksiran adalah seperti berikut :

Permainan bebas, tidak distrukturkan

Bercerita berdasarkan gambar-gambar / video yang ditonton

Mengguna alat permainan yang berkaitan dengan orang / situasi hidupan hariannya

Konteks yang lebih distrukturkan – guna soalan-soalan terbuka contoh, menyoal tentang

sesuatu peristiwa, dan lain-lain.

3.5.2 Perkara-Perkara untuk dipertimbangkan dalam mendapat satu Sampel Bahasa

Sejauh mana kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran bahasa yang dijalankan akan bergantung

kepada kualiti sampel yang didapati. Jika anda mendapat satu sampel bahasa yang tidak

sebenarnya menggambarkan tahap kemahiran bahasa seorang kanak-kanak, anda mungkin

menentukan sasaran atau objektif intervensi bahasa yang tidak sesuai. Selain itu pemilihan kaedah

untuk analisis sampel adalah sangat penting untuk memberi kita maklumat yang berguna mengenai

kemahiran bahasa yang diamalkan. Analisis terhadap sesuatu sampel bahasa memerlukan

pengetahuan dan masa yang mencukupi. Justeru, beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum

mendapat sampel bahasa seperti berikut :

Panjang sampel – apakah tahap bahasa dan umur kanak-kanak, kerelaannya bercakap,

masa yang ada, kaedah analisis yang akan diguna (biasanya dicadangkan bahawa masa

minimum sesuatu sampel harus 30 minit)

Cara Merekod sampel – melalui audio atau video tep. Catatan tangan mengenai environmen,

tingkah laku non-verbal, mood kanak-kanak, apa yang berlaku sebelum / selepas sampel

dikutip juga berguna dalam memberi maklumat relevan.

Transkripsi dan analisis – apakah aspek bahasa yang hendak difokus, masa yang ada

3.5.3 Kaedah-Kaedah Analisis Sampel Bahasa

Terdapat pelbagai kaedah analisis sampel bahasa yang boleh dilakukan, bergantung kepada aspek

yang hendak difokuskan. Pentaksiran boleh fokus terhadap mana-mana lima elemen bahasa yang

yang telah dibincangkan dalam Tajuk 2 – iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik atau

pragmatik. Beberapa kaedah analisis sampel bahasa yang boleh dilakukan adalah seperti berikut :

9

Page 10: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Mean Length of Utterance (MLU)

Purata panjang ujaran boleh didapati daripada sesuatu sampel bahasa lisan. Ia merupakan satu

ukuran perkembangan sintaktik dan boleh diguna untuk mengukur tahap kompleksiti bahasa

yang digunakan.

MLU dikira mengikut rumus di bawah :

MLU = jumlah morfem yang diguna dalam sampel ÷ bilangan ujaran dalam sampel

Terdapat peraturan-peraturan tertentu untuk membilang morfem (sila rujuk peraturan-peraturan

Brown dalam Owens, 1999).

Berapakah bilangan ujaran yang harus dianalisiskan dalam satu sampel bahasa ? Pakar-pakar

dalam bidang ini telah mencadangkan bahawa 50-100 ujaran merupakan bilangan yang optimum

untuk mendapat satu sampel yang baik. Kadang kala terdapat pertikaian mengenai bagaimana

mengira bilangan ujaran. Contohnya : Jika seorang kanak-kanak mengujar ”We went in a bus and

we saw monkeys and we had a picnic and we petted the sheeps and one sheep sneezed on me

and we had ice-cream and we came home”. Berapa ujaran yang didapati dalam sebutan di atas ?

Adakah ia hanya satu ujaran ? Owens (1999) berpendapat bahawa sebutan di atas sebenarnya

mengandungi empat ujaran. Beliau mencadangkan bahawa sesuatu ujaran tidak harus

mempunyai lebih daripada satu ‘dan/and’. Intonasi sebutan juga boleh memberi kita klu

mengenai bila sesuatu ujaran bermula dan berakhir. Yang penting adalah bahawa cara

membilang ujaran dan morfem harus konsisten di sepanjang analisis sampel.

Analisis perkembangan sintaksis / morfologi melibatkan perkara-perkara berikut:

- jenis imbuhan awal / hujung yang diguna oleh kanak-kanak dan bagaimana dia

menggunanya.

- penggunaan elemen-elemen asas dalam ayat

- jenis ayat (pernyataan, soalan, arahan, dan lain-lain)

- kompleksiti ayat yang diguna (ringkas / majmuk)

- tahap penggunaan transformational rules (soalan / ayat pasif)

Type-token ratio (TTR)

Tahap penguasaan kosa kata (vokabulari) boleh di ukur melalui TTR yang merupakan satu

ukuran perkembangan semantik.

TTR boleh dikira mengikut rumus di bawah :

TTR = jumlah perkataan-perkataan berbeza yang diguna dalam sampel bahasa ÷ jumlah

perkataan-perkataan dalam sampel

Nilai TTR yang tinggi menunjukkan lebih variasi perkataan yang digunakan, iaitu tahap

10

Page 11: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

penguasaan vokabulari yang lebih tinggi

Analisis Pragmatik

Dalam analisis pragmatik, adalah penting untuk mengetahui apa yang sedang berlaku semasa

mengutip sampel. Semasa mengutip sampel bahasa dalam konteks interaksi/perbualan, aspek-

aspek yang harus diperhatikan adalah seperti berikut :

(a) Pengurusan topik perbualan - iaitu bagaimana kanak-kanak bermula, mengakhiri atau

melanjutkan topik ?

(b) Bagaimana kanak-kanak memulakan / menamatkan perbualan ?

(c) Bolehkah kanak-kanak mengambil giliran (turn-taking) – adakah kanak-kanak peka terhadap

gilirannya bercakap, adakah dia mencelah semasa orang lain sedang bercakap ?

(d) Bolehkah kanak-kanak menjalankan conversational repair – iaitu minta penjelasan jika tidak

faham sesuatu atau memberi penjelasan jika pendengarnya tidak faham ?

(e) Adakah kanak-kanak peka terhadap keperluan pendengar – berupaya menjalankan referential

communication ? ( contoh : jika seorang kanak-kanak hanya mengujar , “Dia datang

semalam” , dia menunjuk kekurangan dalam menjalankan referential communication sebab

dia tidak sedar bahawa pendengarnya tidak akan mengetahui siapakah ’dia’ yang sedang

dirujuki.)

(f) Bolehkah kanak-kanak memberi respon / komen yang sesuai terhadap ujaran orang lain

semasa perbualan ?

Kita harus sentiasa ingat bahawa sampel bahasa yang diperoleh interaksi mungkin dipengaruhi oleh

perkara-perkara seperti berikut :

(a) Pihak yang terlibat dan perhubungannya dengan kanak-kanak – kebanyakan kanak-kanak tidak

akan cakap banyak dengan orang yang tidak dikenali

(b) Konteks interaksi – kanak-kanak lebih sudi berinteraksi di mana mereka merasa selesa dan

’selamat’ seperti di rumah, berbanding dengan di klinik terapi di hospital

(c) Bahan-bahan yang digunakan sebagai rangsangan untuk kanak-kanak bercakap – harus

menarik minat, sesuai dengan umur kanak-kanak dan berkesan dalam menggalakkan kanak-

kanak berbahasa. Bahan-bahan yang sesuai adalah seperti alat-alat permainan (anak patung,

blok-blok Lego, puppets, dan lain-lain) yang boleh dimanipulasikan, yang melibatkan kanak-

kanak secara aktif.

(d) Mood kanak-kanak akan mempengaruhi tahap kesediaannya untuk bercakap. Sampel bahasa

harus dikutip semasa dia berada dalam keadaan relaks dan sedia bekerja sama, dan bukan

semasa dia berasa cemas, marah atau tidak sihat.

(e) Masa sampel dikutip juga menentukan kualiti sampel bahasa yang didapati – kualiti akan

11

Page 12: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

terjejas jika kita cuba mendapat sampel semasa waktu rehat sekolah atau pada waktu akhir

sekolah sebab kanak-kanak sudah bersedia bermain, makan atau balik rumah.

Analisis fonologi

Jika anda ingin mengetahui masalah-masalah artikulasi dalam bunyi pertuturan seorang kanak-

kanak, anda perlu mengutip satu sampel bahasa pertuturan yang spontan. Satu transkripsi

fonetik yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan International Phonetic

Alphabet (IPA) dijalankan untuk mencatatkan bunyi-bunyi sebutan yang dihasilkan oleh kanak-

kanak tersebut. Berdasarkan catatan yang dibuat satu analisis mengenai jenis masalah artikulasi

dan kekerapan sesuatu jenis masalah berlaku dalam sampel pertuturan boleh diketahui. Proses

transkripsi ini mungkin mengambil masa yang panjang dan ini akan membataskan panjang

sampel yang boleh dianalisiskan.

3.6 Pentaksiran bahasa yang komprehensif

Satu pelan pentaksiran yang komprehensif harus dirancangkan supaya kita dapat maklumat yang

bermakna dan lengkap mengenai kemahiran bahasa seorang kanak-kanak. Elemen-elemen dalam

pentaksiran harus terdiri daripada yang berikut :

Ujian Pendengaran

Pemeriksaan mulut, gigi dan lidah kanak-kanak untuk menentukan tiada masalah dalam

pembentukan anatomi bahagian tersebut yang menjejaskan penghasilan pertuturan

Penilaian terhadap kefungsian kognitif sebab terdapat hubung kait yang rapat antara

perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa

Pemerhatian bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak di sekolah

Pengutipan satu sampel bahasa

Ujian-ujian Bahasa yang formal

Aktiviti atau tugasan yang menggalakkan kanak-kanak menghasilkan bahasa

Rajah 3.2 di bawah merumuskan elemen-elemen dalam satu pelan pentaksiran bahasa yang

komprehensif.

12

Page 13: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

PentaksiranPentaksiran BahasaBahasa

Sejarah

Kes

Prosedur-prosedurUjian

PemeriksaanOral – mulut, gigi, lidah

KemahiranMendengardanMemberitumpuanKefungsian

Kognitif

Pemerhatian

Bermain dgn

Adik beradik

Bersama ibubapa / penjaga

Denganrakan-rakan

Dalamkelas

Rajah 3.3 : Elemen-elemen dalam Pentaksiran Bahasa

Rumusan

Dalam tajuk ini, peranan pentaksiran bahasa sebagai satu komponen penting dalam merancang dan

melaksanakan intervensi bahasa untuk meningkatkan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas telah

dititikberatkan. Pelbagai prosedur yang terdiri daripada kaedah-kaedah formal dan bukan formal

boleh diguna dalam menjalankan pentaksiran bahasa secara berkesan. Salah satu kaedah yang

amat berguna ialah Language Sampling yang boleh membantu anda mendapat satu gambaran

mengenai bahasa yang diguna oleh kanak-kanak dalam konteks hidup hariannya. Selepas membaca

bab ini, diharap anda boleh menghayati kepentingan proses pentaksiran bahasa dan seterusnya

menjalankan pentaksiran sebelum melaksanakan pelan tindakan untuk meningkatkan tahap

kemahiran bahasa kanak-kanak di bawah tanggung jawab anda.

AKTIVITI

Anda dikehendaki mencari dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan

bahan multimedia mengenai sekurang-kurangnya tiga prosedur pentaksiran bahasa yang 13

Page 14: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

bercorak formal. Bagi setiap prosedur pentaksiran, maklumat dalam aspek-aspek berikut harus

dijelaskan : (i) matlamat atau objektif pentaksiran, (ii) cara pentadbiran ujian, dan (iii) isi

kandungan prosedur secara ringkas. Satu contoh bagi setiap prosedur pentaksiran harus

dilampirkan.

LAMAN WEB

http://www.academictherapy.comhttp://www.proedinc.comhttp://www.agsnet.com

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN

Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston: Allyn & Bacon.

Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton Pub.

Reed, V. A. (2005). An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : Allyn & Bacon.

Salvia, J. & Ysseldyke, J.(2001) Assessment. Boston : Houghton-Mifflin.

14

Page 15: Tajuk 3 Penilaian bhs.doc

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

LATIHAN

1. Anda dikehendaki memilih seorang kanak-kanak berusia antara 4 – 12 tahun yang

mengalami masalah bahasa dan komunikasi. Huraikan tahap pencapaian kanak-kanak

tersebut dari aspek bentuk, kandungan dan penggunaan bahasa yang sedia ada dan

buat satu perbandingan antara kemahiran bahasa kanak-kanak yang dipilih dengan

kanak-kanak biasa yang seumur dengannya.

2. Anda dikehendaki menganalisis masalah bahasa yang dialami oleh seorang murid dalam

kelas anda berdasarkan satu sampel bahasa lisan atau bahasa penulisan yang telah

anda dapati. Sampel bahasa harus dilampirkan sebagai bukti dan jika sampel bahasa

adalah dalam bentuk lisan, satu transkripsi harus dijalankan. Sampel bahasa yang

berbentuk lisan harus mengandungi sekurang-kurangnya 20 ujaran.

15