46
SENARAI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT SENARAI KANDUNGAN 1 TUGASAN 1: ESEI (TAKAFUL) 3 1.0 PENDAHULUAN 3 1.1. KONSEP TAKAFUL 4 1.2 SEJARAH PENUBUHAN TAKAFUL 5 I. Pertumbuhan Pesat Industri 5 2.Peringkat Penubuhan Institusi 5 1.3 HUKUM TAKAFUL 7 1.4 PRINSIP TAKAFUL 7 1. Kepentingan Boleh Takaful (Lindung) 7 2. Prinsip Indemniti 8 3. Prinsip Subrogasi 8 4. Prinsip Sumbangan 8 5. Sebab Terhampir 8 6. Tabarru '(Derma) 9 1.5 CIRI-CIRI TAKAFUL 9 Ciri 1: Kepentingan Boleh Lindung (Kepentingan Boleh Insurans) 9 Ciri 2: Penuh Percaya 10 Ciri 3: Prinsip Indemniti 10 Ciri 4: Prinsip Subrogasi 10 1.2 ANALISIS PERBEZAAN TAKAFUL DENGAN INSURANS KONVENSIONAL 11 1.3 KEPENTINGAN TAKAFUL KEPADA EKONOMI ISLAM DAN ULASAN TERHADAP ISU TERSEBUT 13 TUGASAN 2: QAWAID FIQHIYYAH 17 1

TAKAFUL ZAIMAH

Embed Size (px)

DESCRIPTION

23e4rt56y7u8swedfrgtyhui

Citation preview

Page 1: TAKAFUL ZAIMAH

SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

SENARAI KANDUNGAN 1

TUGASAN 1: ESEI (TAKAFUL) 3

1.0 PENDAHULUAN 3

1.1. KONSEP TAKAFUL 4

1.2 SEJARAH PENUBUHAN TAKAFUL 5

I. Pertumbuhan Pesat Industri 5

2.Peringkat Penubuhan Institusi 5

1.3 HUKUM TAKAFUL 7

1.4 PRINSIP TAKAFUL 7

1. Kepentingan Boleh Takaful (Lindung) 7

2. Prinsip Indemniti 8

3. Prinsip Subrogasi 8

4. Prinsip Sumbangan 8

5. Sebab Terhampir 8

6. Tabarru '(Derma) 9

1.5 CIRI-CIRI TAKAFUL 9

Ciri 1: Kepentingan Boleh Lindung (Kepentingan Boleh Insurans) 9

Ciri 2: Penuh Percaya 10

Ciri 3: Prinsip Indemniti 10

Ciri 4: Prinsip Subrogasi 10

1.2 ANALISIS PERBEZAAN TAKAFUL DENGAN INSURANS

KONVENSIONAL

11

1.3 KEPENTINGAN TAKAFUL KEPADA EKONOMI ISLAM DAN ULASAN

TERHADAP ISU TERSEBUT

13

TUGASAN 2: QAWAID FIQHIYYAH 17

2.1 MENGKAJI DAN MENGANALISIS KAEDAH FURU’ QAWAID

FIQHIYYAH YANG TERBIT DARIPADA 5 KAEDAH ASAS

17

2.1.1 Definisi Qawaid Fiqhiyyah 17

2.1.2 Kaedah Fiqh Asas Dan Pecahannya 18

2.2 GRAFIK KAEDAH FIQH ASAS DAN PECAHANNYA 25

TUGASAN 3: REFLEKSI 31

PENGALAMAN PERMULAAN MENULIS TUGASAN 31

1

Page 2: TAKAFUL ZAIMAH

PENGALAMAN SEMASA MENULIS TUGASAN 32

PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI MENULIS TUGASAN 32

RUJUKAN 34

2

Page 3: TAKAFUL ZAIMAH

TUGASAN 1: ESEI (TAKAFUL)

1.0 PENDAHULUAN

Tidak kira agama mahupun pangkat, setiap anggota masyarakat pastinya akan

berusaha mengelakkan diri dan keluarga mereka daripada mengalami

kerugian,kesusahan dan kemalangan. Menyedari keperluan dan kepentingan

perlindungan dalam kehidupan seharian, ia tidak boleh dipandang ringan oleh

masyarakat. Sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan

berlakunya musibah atau tragedi, maka perkhidmatan takaful dan insurans dilihat

mampu memenuhi keperluan masyarakat masa kini kerana kedua-dua sektor

tersebut menawarkan jaminan perlindungan kewangan kepada individu, keluarga

dan sektor perniagaan.

Sejajar dengan perkembangan yang semakin pesat, industri insurans dan

takaful kini turut menjadi satu alternatif tabungan bagi pengguna individu. Manakala

bagi sektor perniagaan, perkhidmatan takaful dan insurans penting dalam membantu

mengekalkan daya saing dan kesinambungan sesebuah perniagaan sekiranya

berlaku kerugian luar jangka yang boleh diinsuranskan sehingga boleh menjejaskan

perniagaan. Permintaan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat yang

semakin sedar akan kepentingan dan keperluan dalam mengatur pelan kewangan

masing-masing telah menyumbang kepada perkembangan pesat industri takaful dan

insurans di negara ini.

Pelancaran skim takaful di negara ini sebenarnya telah memberi nafas baru

kepada industri insurans kerana berjaya menambat hati masyarakat Islam di negara

ini yang sebelumnya tidak yakin akan kesahihan sistem insurans konvensional sedia

ada. Faktor-faktor seperti kesedaran yang semakin meningkat di kalangan orang

ramai terhadap kewangan Islam, kemajuan yang berterusan dalam ekonomi negara

dan pertambahan peluang berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk

memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antara bangsa

banyak menyumbang kepada pertumbuhan industri takaful pada hari ini. Bank

Negara Malaysia juga turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya

tahan industri takaful bagi menghadapi persekitaran yang mencabar dan

membolehkan pengendali takaful meraih potensi perniagaan takaful global.

3

Page 4: TAKAFUL ZAIMAH

1.1. KONSEP TAKAFUL

Takaful atau kafalla dari segi pengertian bahasa ialah saling jamin menjamin,

menjaga atau memelihara, iaitu peserta yang mengambil perlindungan takaful

berniat ikhlas akan saling jamin menjamin dikalangan mereka untuk saling bantu

membantu ketika ditimpa musibah. Takaful secara amnya mempunyai persamaan

dgn insurans konvensional dimana kedua-duanya merupakan instrument untuk

membantu golongan yg tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.akan tetapi

takaful adalah merupakan insurans yang berteraskan islam dan diuruskan mengikut

hukum-hukum dan syariah Islam. (Mohd Fadzli Yusof, 1996).

Takaful juga bermaksud gotong-royong di kalangan kumpulan, iaitu setiap

ahli kumpulan berusaha untuk membantu orang-orang yang memerlukan di kalangan

kumpulan mereka. Konsep takaful adalah berdasarkan perpaduan, tanggungjawab

bersama dan persaudaraan di kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai

tindakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk saling menjamin antara satu

sama lain dalam kumpulan tersebut dari kerugian atau kerosakan yang mungkin

menimpa keatas salah seorang daripada mereka.

Konsep Takaful adalah berdasarkan perpaduan, berkongsi tanggungjawab

dan persaudaraan di dalam kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai tindakan

sekumpulan orang yang berhasrat untuk menjamin antara satu sama lain dari dalam

kumpulan terhadap kehilangan atau kerosakan yang mungkin berlaku ke atas

sesiapa sahaja antara mereka.

Takaful ialah satu skim perlindungan yang menyediakan perlindungan

bersama di kalangan peserta skim takaful tertentu. Konsep saling menyumbang

dan saling melindungi di kalangan peserta takaful adalah unik berbanding

dengan kebanyakan skim insurans konvensional kerana kontrak takaful adalah di

kalangan peserta sesama mereka sahaja. Syarikat pengendali takaful

sebenarnya bukanlah pihak yang memberikan perlindungan tetapi pihak peserta

takaful sesama mereka, masing-masing merupakan pihak yang dilindungi dan

pihak yang memberikan perlindungan.

Pihak syarikat pengendali takaful hanya bertindak sebagai pengurus yang

aktif berkenaan skim perlindungan yang tersebut. Kontrak utama dalam takaful

ialah kontrak “tabarru‘at” iaitu derma di mana segala sumbangan merupakan

sumbangan derma para peserta kepada dana takaful untuk digunakan bagi

tujuan perlindungan bersama apabila peserta menghadapi risiko yang telah

4

Page 5: TAKAFUL ZAIMAH

dinyatakan di dalam aqad perjanjian takaful. Kontrak-kontrak sokongan yang

mempertautkan antara para peserta, dana takaful dan pengendali takaful

biasanya akan melibatkan kontrak mudharabah atau wakalah.

1.2 SEJARAH PENUBUHAN TAKAFUL

Konsep takaful yang diamalkan pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru malah

telah dijalankan sejak zaman permulaan Islam lagi. Apabila Islam datang dan

tertegaknya kerajaan Islam di Madinah, lanjutan daripada hijrah Rasulullah SAW

dan para sahabat, maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam

masyarakat Arab sebelum ini tetapi didapati tidak bercanggah dengan syariat

Islam terus dikekalkan.

Industri takaful am di Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang

memberangsangkan sejak mula diperkenalkan 20 tahun yang lalu. Ini

terbukti dengan bertambahnya bilangan peserta, prestasi industry yang

berdaya maju dan progresif, struktur pasaran yang komprehensif dan

pelbagai jenis produk yang disediakan oleh pengendali takaful.

Pertumbuhan indusri Takaful di Malaysia melalui pelbagai peringkat,

iaitu:

I. Pertumbuhan Pesat Industri

Kini terdapat lima pengendali takaful yang menjalankan perniagaan

takaful am. Saiz dan skala industri takaful pada hari ini menunjukkan

pengiktirafan yang semakin jelas tentang potensi besar yang ditawarkan

perniagaan kewangan Islam kontemporari ini. Pengendali takaful disokong

oleh infrastruktur yang komprehensif yang telah berkembang sejak sekian

lama seperti digambarkan di bawah ini:

2.Peringkat Penubuhan Institusi

BIL TAHUN NAMA SYARIKAT

1 1985 Syarikat Takaful Malaysia Berhad

2 1990 Takaful Nasional Sdn. Berhad

3 1995 Mayban Takaful Berhad

5

Page 6: TAKAFUL ZAIMAH

4 2000 Takaful Ikhlas Sdn. Berhad

5 2005 Commerce Takaful Berhad

Menurut Mohd Fadzli Yusof (1996) pula, di peringkat global Syarikat

Insuran Islam yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1979 iaitu Syarikat

Insuran Islam Sudan. Bertitik tolak daripada perjalanan dan perkembangan

Syarikat Insuran Islam Sudan ini, maka pelbagai usaha dan langkah susulan

telah dibuat khususnya oleh negara-negara Islam dan negara-negara di mana

bilangan penduduk Islam agak besar bagi memperkenalkan syarikat-syarikat

insurans yang menawarkan perniagaan insurans secara Islam.

Lanjutan daripada usaha tersebut, pada awal tahun 1980-an, beberapa buah

syarikat insurans secara Islam mula ditubuhkan termasuk juga yang beroperasi di

negara-negara Eropah. Antaranya ialah Syarikat Insurans Islam Arab yang

ditubuhkan pada tahun 1979 di Arab Saudi. Pada tahun 1983, telah diperbadankan

Syarikat Takaful Islam Luxembourg oleh Dar Al-Maal Al-Islami (DMI), London.

Tidak berapa Lama dahulu terdapat maklumat mengenai penubuhan syarikat

Insuran Islam di Australia yang diberi nama Syarekat Al-Takafol Al-Islamiah. Di Asia

Tenggara, Malaysia adalah negara pertama yang merintis perniagaan insurans

secara Islam melalui penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STM)

yang memulakan operasinya pada Ogos 1985.

Pada Mei 1993, Negara Brunei Darussalam telah mencontohi Malaysia dengan

penubuhan Takaful IBB Berhad. Langkah yang sama kemudiannya diikuti oleh

Republik Indonesia. Dengan kerjasama teknikal daripada Syarikat Takaful Malaysia

Sendirian Berhad, Syarikat Takaful Indonesia telah diperbadankan. Perniagaan

takaful mula beroperasi di Indonesia pada Ogos 1994.

Dalam usaha untuk menyediakan perniagaan takaful semula atau insurans

semula secara Islam, tiga buah syarikat Insurans takaful semula atau insurans

semula secara Islam kini telah beroperasi. Dua daripadanya menjalankan operasi

melalui ibu pejabat di Jeddah, iaitu Syarikat Takaful dan Insurans Semula Islam

Bahamas yang ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Dar Al-Maal Al-Islami dan Syarikat

Insurans dan Insurans Semula (IIRCO) yang diperbadankan di Bahrain oleh

kumpulan al-Barakah, pada tahun 1986. Sementara itu bagi menyediakan khidmat

takaful semula khusus untuk Negara-negara Islam yang pernah dijajah oleh Perancis

di bahagian Afrika Utara terdapat pula Syarikat Bait al-Tamwail yang beroperasi dari

Tunis, yang didirikan pada tahun 1986.

6

Page 7: TAKAFUL ZAIMAH

1.3 HUKUM TAKAFUL

Mengikut Mat Hassan Abu Bakar (2003), objektif penubuhan syarikat ini adalah

untuk menyediakan perkhidmatan takaful (insurans secara Islam) yang berkualiti

secara professional kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam di negara

ini. Pelaksanaan skim Takaful adalah berdasarkan hukum syara’ yang

mengharamkan perkara-perkara berikut:

1. Gharar (Ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan berhubung sesuatu

2. perjanjian dan sumber)

3. Maisir (Perjudian)

4. Riba (Bunga atau faedah)

5. Amalan-amalan lain yang bercanggah dengan hukum syarak

1.4 PRINSIP TAKAFUL

1. Kepentingan Boleh Takaful (Lindung)

Istilah "Kepentingan Boleh Takaful" merujuk kepada manfaat (atau faedah)

seseorang yang ada pada sesuatu objek atau orang yang dilindungi. Manfaat ini

boleh dirujuk kepada, antara lain, manfaat kewangan. Seseorang yang memiliki

kepentingan yang dibolehkan pada suatu benda yang apabila dia mengalami

kerugian (kewangan atau sebaliknya) sekiranya benda tersebut dirosakkan atau

hilang.

Kepentingan Boleh Takaful mestilah wujud pada permulaan dan pada masa

berlaku kerugian – sekiranya tidak, perlindungan Takaful adalah tidak sah. Beberapa

contoh mereka yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful adalah:

1. Individu yang hayat dan badannya mempunyai Kepentingan Boleh Takaful

yang tidak boleh dipersoalkan pada apa jua jumlahnya.

2. Pasangan yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap hayat dan

harta benda sesama mereka.

3. Seseorang itu mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap kanak-kanak

atau bayi di bawah umur majoriti ketika perlindungan Takaful mula berkuat

kuasa, dan juga terhadap sesiapa yang di bawah jagaannya sepenuh masa

atau sebahagian daripadanya.

7

Page 8: TAKAFUL ZAIMAH

4. Pemiutang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap hayat si

penghutang (setakat jumlah hutang) tetapi penghutang tidak mempunyai

kepentingan terhadap hayat si pemiutang.

2. Prinsip Indemniti

Indemniti boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme yang digunakan oleh Pengendali

Takaful untuk menyediakan pampasan dalam usaha untuk mengembalikan peserta

kepada kedudukan kewangan yang sama selepas kerugian sepertimana yang

dinikmati sebelum kerugian.

Kontrak Takaful menjanjikan kebaikan kepada peserta sekiranya berlaku

kerugian atau kerosakan. Apabila kerugian berlaku, jumlah yang peserta boleh dapat

kembali dipanggil 'ukuran ganti rugi‟. Prinsip indemniti memerlukan Pengendali

Takaful mengembalikan peserta kepada kedudukan kewangan yang sama seperti

yang dia telah dinikmati sebelum kerugian.

3. Prinsip Subrogasi

Prinsip Subrogasi merujuk kepada hak Pengendali Takaful untuk berada di tempat

peserta, sesudah pembayaran tuntutan daripada pihak ketiga, sehingga peserta

berhak untuk kembali pulih. Hak subrogasi walau bagaimanapun, dilaksanakan oleh

Pengendali Takaful sebelum pembayaran kerugian. Prinsip ini adalah turutan

daripada Prinsip Indemniti.

4. Prinsip Sumbangan

Prinsip Sumbangan boleh ditakrifkan sebagai hak orang yang dilindungi untuk

meminta orang lain yang mempunyai perlindungan yang sama tetapi tidak

semestinya bertanggung jawab kepada peserta yang sama untuk berkongsi kos

bayaran indemniti. Prinsip Sumbangan adalah satu lagi yang turutan Prinsip

Indemniti. Oleh itu, ia hanya terpakai kepada kontrak indemniti sahaja. 44

5. Sebab Terhampir

Prinsip ini ditakrifkan sebagai punca yang terdekat dan terkuat serta aktif yang

ditetapkan yang membawa kepada akibat, tanpa gangguan daripada mana-mana

tindakan yang bermula dan bergerak secara aktif daripada sumber baharu dan

bebas.

Kerugian tidak mungkin disebabkan daripada satu kejadian. Ia mungkin

sebab-sebab yang serentak atau sebab-sebab berturutan yang mungkin berlaku

dalam turutan atau dalam turutan yang terputus. Oleh itu, punca kerugian perlu ada

8

Page 9: TAKAFUL ZAIMAH

kerana hanya risiko khusus yang dilindungi (tidak termasuk risiko seperti yang

dinyatakan dalam sijil Takaful) boleh diberi pampasan.

Apabila berlaku kerugian, tanggungjawab atau beban untuk membuktikan

bahawa kerugian yang berlaku adalah daripada peril yang dilindungi terletak pada

Peserta. Sebaliknya, tanggungjawab membuktikan bahawa kerugian tersebut

dikecualikan daripada perlindungan sebabkan oleh pengecualian tertentu di dalam

sijil adalah terletak pada Pengendali Takaful.

6. Tabarru '(Derma)

"Tabarru" (dari segi harfiah bermaksud derma), adalah tanggungjawab bersama dan

prinsip jaminan bersama yang jelas menyatakan bahawa wang yang dikutip akan

digunakan untuk tujuan membantu "peserta lain yang memerlukan bantuan mengikut

terma-terma yang dipersetujui selagi terma-terma itu tidak bercanggah dengan

syariah. "

Dalam perniagaan Takaful, tabarru '(dermaTakaful) adalah satu kontrak di

mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada

carumannya (untuk dana Takaful) bagi menyediakan bantuan kepada peserta lain.

Dengan cara ini, dia memenuhi kewajipan bagi jaminan bersama dan saling

membantu seandainya peserta lain mengalami kerugian. Konsep ini juga telah

menghapuskan unsur gharar daripada kontrak Takaful.

1.5 CIRI-CIRI TAKAFUL

Berdasarkan kepada pepatah perundangan konsep fi qh yang terkemuka iaitu

konsep al-asl fi al-ashya’ al-ibahah (semua adalah dibenarkan kecuali ditetapkan

sebaliknya), kontrak takaful am mengasimilasi empat prinsip utama insurans am

seperti di bawah ini, dalam amalannya yang merangkumi konsep keadilan semasa

berurusan seperti yang digalakkan Syariah. Prinsip insurans am lain juga diguna

pakai dalam kontrak dan amalan takaful am selagi ia tidak bertentangan dengan

Syariah.

Ciri 1: Kepentingan Boleh Lindung (Kepentingan Boleh Insurans)

Prinsip ini merupakan elemen penting untuk memastikan kesahihan sesuatu kontrak

takaful. Ia juga mencegah bahaya moral di kalangan peserta. Kepentingan boleh

lindung wujud apabila ada hubungan antara peserta dengan perkara yang

dikontrakkan, biasanya timbul daripada beberapa situasi seperti berikut:

9

Page 10: TAKAFUL ZAIMAH

1. Keempunyaan harta.

Empunya harta kerugian dari segi kewangan apabila hartanya rosak atau

musnah.

2. Potensi liabiliti undang-undang.

Kepentingan boleh lindung juga boleh wujudapabila berlaku kerugian dari

segi kewangan yang timbul daripada liability undang-undang. Contohnya,

majikan mempunyai liabiliti undang-undang untuk membayar pampasan

kepada pekerjanya jika berlaku kemalangan semasa bekerja.

3. Hak di bawah kontrak.

Kepentingan boleh lindung boleh ditentukan sekiranya wujud peruntukan

dalam kontrak bahawa satu pihak adalah bertanggungjawab atas mana-mana

kerugian atau kerosakan kepada harta benda dan liabiliti pihak ketiga.

Ciri 2: Penuh Percaya

Ini ialah prinsip asas dalam perniagaan takaful oleh kerana bentuk dan variasi yang

timbul daripada kontrak asas yang digunakan oleh pengendali takaful menghendaki

pendedahan dan ketelusan yang lebih daripada semua pihak yang terlibat dalam

kontrak. (Mat Hassan Abu Bakar, 2003).

Antara yang dititiberatkan ialah semua pihak dalam kontrak takaful hendaklah

mendedahkan semua maklumat penting pada masa permulaan kontrak dan

sepanjang membuat tuntutan. Kegagalan mendedahkan dan/atau memberi

gambaran salah mana-mana fakta penting boleh menyebabkan kontrak terbatal.

Memberi gambaran salah di pihak pengendali takaful boleh juga menyebabkan

hukuman jenayah di bawah undang-undang.

Ciri 3: Prinsip Indemniti

Prinsip ini memastikan peserta tidak memperoleh lebih daripada amaun sebenar

kerugian untuk menghindarkan peserta daripada membuat keuntungan daripada

tuntutan. Skim takaful menyediakan pampasan kewangan untuk mengembalikan

peserta yang ditimpa bencana kepada kedudukan kewangan yang sama seperti

yang dinikmati pada waktu yang paling hampir sebelum beliau ditimpa kerugian.

Hanya kontrak takaful harta benda dan takaful liabiliti tertakluk kepada prinsip

ini. Sijil takaful kesihatan dan takaful kemalangan diri bukanlah kontrak indemniti

kerana tidak ada pembayaran wang yang boleh mengganti rugi kehilangan nyawa.

10

Page 11: TAKAFUL ZAIMAH

Ciri 4: Prinsip Subrogasi

Dalam proses membayar ganti rugi kepada peserta, skim takaful berhak untuk

menuntut ganti rugi daripada pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap kerugian

itu. Dalam hal ini, peserta menerima pampasan daripada pihak ketiga melalui

pengendali takaful. Prinsip ini memperkukuh prinsip indemniti dengan cara

menghalang peserta daripada mengutip bayaran sebanyak dua kali daripada

kerugian yang sama dan mendapat keuntungan daripada kerugian itu.

Antara ciri-ciri utama operasi Takaful adalah seperti berikut:

1. Pengendali bukanlah yang menanggung risiko, para Peserta yang saling

melindungi antara satu sama lain.

2. Pengendali Takaful bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak para

Peserta untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful.

3. Semua caruman (premium) yang dibayar oleh peserta akan terkumpul dalam

dana Takaful untuk pembayaran manfaat Takaful.

4. Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam urus niaga yang

diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah.

1.2 ANALISIS PERBEZAAN TAKAFUL DENGAN INSURANS KONVENSIONAL

Menurut Mohd Fadzli Yusof (1996), insurans boleh difahami sebagai satu kaedah

iaitu satu kumpulan orang berikrar untuk mengumpul serta menggembleng usaha

dan sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan

tanggungmenanggung sesama mereka, jika ditakdirkan mana-mana di antara

mereka ditimpa musibah. Melalui pakatan ini, orang yang dilanda malang itu akan

mendapat manfaat perlindungan yang biasanya berupa sejumlah wang. Dengan

adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang

terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan.

Mohammad Muslehuddin (1988) pula berpendapat perkataan insurans

asalnya bermaksud satu kumpulan yang membuat “kutu” bagi meringankan beban

kewangan individu dan menghindari kesulitan perbelanjaan. Menurut beliau, konsep

insurans secara ringkas dan umum ialah persediaan yang dibuat oleh sekumpulan

orang yang masing-masing menghadapi kerugian kecil sebagai sesuatu yang tidak

dapat diduga. Apabila kerugian serupa itu terkena ke atas salah seorang daripada

mereka yang menganggotai kumpulan itu, maka kerugian itu akan diagih di antara

mereka.

11

Page 12: TAKAFUL ZAIMAH

BIL ISU BERKAITAN TAKAFUL INSURANS

1 Inti pati Niat Niat adalah untuk mewujudkan

kedua-dua perhubungan

rohani dan undang-undang

Niat adalah untuk

mewujudkan hubungan

undang-undang sahaja

2 Isi kandungan Isi kandungan mestilah

dibenarkan Syariah

Isi kandungan mestilah

dibenarkan oleh Common

Law.

3 Jaminan Pengendali Takaful hanya

Pengurus Kumpulan Wang

atau Dana. Peserta saling

menjamin antara satu sama

lain

Syarikat yang menyediakan

jaminan

4 Kumpulan Wang

atau Dana

Kumpulan Wang atau Dana

adalah milik Peserta dan

diuruskan oleh Pengendali

Takaful bagi pertimbangan

yang sah terhadap

perkhidmatan yang diberikan

Kumpulan Wang adalah

milik Syarikat walaupun aset

diasingkan dan dikekalkan di

antara pemegang saham

dengan pemegang polisi

5 Bayaran

sumbangan /

premium

Sumbangan dianggap sebagai

derma (tabarru)

Premium yang dibayar

mewujudkan suatu

kewajipan terhadap

penanggung insurans ke

atas kontrak jual beli

6 Unsur Larangan Model Islam adalah

berdasarkan prinsip-prinsip

Islam dan bebas daripada

sebarang unsur-unsur haram

Polisi insurans berkisar

unsur-unsur Gharar, Riba

dan Maisir

7 Keuntungan Keuntungan dikongsi antara

Peserta dengan Pengendali

Dalam insurans keuntungan

adalah mengikut budi bicara

Syarikat

8 Kontrak Gabungan kontrak tabarru'

(derma) dan agensi atau

kontrak perkongsian

Kontrak pertukaran (jual dan

beli) antara penanggung

insurans dengan pihak

12

Page 13: TAKAFUL ZAIMAH

keuntungan diinsuranskan

9 Pendekatan

Risiko

Konsep perkongsian risiko

dalam kalangan Peserta

Konsep pemindahan risiko

daripada pihak

diinsuranskan kepada

syarikat insurans

10 Manfaat Dibayar daripada kumpulan

wang atau dana bersama yang

ditakrifkan di bawah

indemniti/ganti rugi yang

ditanggung oleh peserta

Dibayar daripada kumpulan

wang atau dana yang

dimiliki secara sah oleh

syarikat

11 Keuntungan /

Bonus

Menyatakan dari awal lagi

bagaimana keuntungan yang

akan dikongsi di antara

peserta dengan pengendali

Boleh menawarkan bonus

atau keuntungan secara

umum sahaja terutamanya

dengan polisi keuntungan

penyertaan

12 Pelaburan

Kumpulan Wang

atau dana

Aset kumpulan wang atau

dana takaful dilaburkan dalam

instrumen yang patuh Syariah

Tiada sekatan selain

daripada alasan-alasan

yang disebabkan oleh

peraturan kehematan

1.3 KEPENTINGAN TAKAFUL KEPADA EKONOMI ISLAM DAN ULASAN

TERHADAP ISU TERSEBUT

Pertumbuhan perniagaan takaful pada tahun-tahun mendatang terus

memberangsangkan. Ini disokong oleh peningkatan kesedaran orang ramai

terhadap produk takaful, ditambah pula dengan saluran pengagihan yang lebih

cekap dan pelbagai yang membolehkan akses lebih luas kepada lebih banyak

segmen penduduk. Sektor takaful telah muncul sebagai komponen penting

sistem kewangan dan berjaya berintegrasi dengan komponen-komponen lain

sistem kewangan Islam.

Persekitaran yang kondusif melalui penyediaan rangka kerja

perundangan, pengawalseliaan dan syariah yang kukuh akan terus memudahkan

industri takaful mengekalkan pertumbuhan yang pesat. Inovasi produk dan

perkhidmatan pelanggan yang cemerlang akan terus menjadi pemboleh utama

pertumbuhan industri takaful pada masa hadapan.

13

Page 14: TAKAFUL ZAIMAH

Menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), industri takaful akan

dibangunkan sebagai salah satu komponen penting dalam sistem kewangan

menjelang tahun 2010. Dalam tempoh RMK-9, objektif utama ialah untuk

membangun sebilangan pengendali takaful yang kukuh dan bermodal tinggi serta

menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan takaful yang lengkap. Langkah

akan diambil untuk meningkatkan keupayaan pengendali takadul memanfaatkan

ciri-ciri unik takaful.

Usaha ini termasuk memastikan terdapatnya individu dan kumpulan

pengurusan yang terlatih dan berkaliber tinggi dengan kepakaran yang

diperlukan dari segi pematuhan syariah dan pembangungan produk. Lesen

takaful tambahan akan dikeluarkan kepada pihak yang layak untuk meningkatkan

lebih persaingan serta memperluas lagi perniagaan takaful bagi mencapai

sasaran 20 peratus daripada keseluruhan industri insurans.

Pengendali takaful Malaysia juga digalakkan untuk meningkatkan

penglibatan mereka di peringkat global melalui penyertaan ekuiti atau kepakaran

pengurusan dengan rakan asing dalam bidang ini. Dengan penubuhan Persatuan

Takaful Malaysia, usaha bagi meningkatkan pengurusan pasaran industri takaful

dan memperkukuh perlindungan pengguna akan dapat dilaksanakan dengan

lebih berkesan dan cekap.

Saluran penyampaian alternatif seperti banktakaful, penasihat kewangan

dan internet akan terus dibangunkan. Profesionalisme agensi pelaksana akan

dipertingkat bagi memastikan perkhidmatan pengguna yang lebih baik. Bagi

melindungi kepentingan dan meningkatkan keyakinan orang awam terhadap

industri takaful, inisiatif berkaitan kawal selia dan pengawasan akan bertumpu ke

arah memperkukuhkan keteguhan kewangan dan kemampanan industri ini.

Kawal selia mengenai keperluan mampu bayar dan kecukupan modal

yang merupakan aspek penting kepada penyeliaan berhemat akan diperkemas.

Usaha kawal selia dan penyeliaan masa depan akan juga ditumpukan ke arah

memperkukuh amalan tadbir urus dan memupuk lebih budaya pengurusan risiko

dalam industri takaful. Peningkatakn rangka kerja perundangan khususnya yang

berkaitan dengan perlindungan pengguna akan dilaksanakan.

Di peringkat antarabangsa, wawasan kerajaan memperkembangkan

takaful di peringkat global menjadi pendorong kepada pengendali takaful

Malaysia untuk meningkatkan kehadiran mereka di peringkat global. Kapasiti

14

Page 15: TAKAFUL ZAIMAH

yang bertambah baik dan kewujudan sumber-sumber, khususnya sumber

manusia adalah penting bagi mempercepat kemajuan usaha-usaha ini.

Bagi pengawal selia, pengharmonian amalan takaful am merentasi

sempadan ekonomi antarabangsa yang berbeza-beza dan pembangunan rangka

kerja pengawalseliaan dan penyeliaan dan amalan terbaik dalam takaful adalah

antara inisiatif penting perlu dilaksanakan bagi menggalakkan lagi kemajuan

industri takaful.

Melangkah ke hadapan, inovasi produk akan terus menjadi faktor penting

ke arah mencapai pertumbuhan industri takaful yang memberangsangkan.

Permintaan yang tinggi terhadap perlindungan insurans memerlukan produk

takaful yang berbagai-bagai agar keperluan yang berubah-ubah dan pelbagai

risiko dalam industri dapat dipenuhi. Sebagai contoh, pengurusan risiko

malapetaka telah mendapat perhatian yang lebih meluas di seluruh dunia

berikutan bilangan bencana alam dan serangan pengganas baru-baru ini yang

tidak pernah berlaku dahulu.

Takaful perlindungan cuaca yang menyediakan perlindungan kewangan

kepada petani mungkin berguna, terutamanya dalam usaha kita memperkasakan

sektor pertanian dan industri berkaitan. Cabaran kini terletak di bahu pengendali

takaful yang mengorak langkah untuk mengurangkan risiko baru, seperti risiko

malapetaka serta risiko besar dan khusus, risiko liabiliti dan risiko-risiko lain yang

sekarang ini dilanggan oleh insurans konvensional, sebagai usaha untuk

mendapatkan lebih banyak bahagian

Pada pendapat saya selain itu, cabaran untuk menyediakan persekitaran

yang kondusif untuk inovasi produk yang lebih banyak dan pada masa yang

sama memastikan mekanisme mengurangkan risiko tersedia perlu diberi

perhatian oleh pengawal selia. Usaha mewujudkan industri takaful yang berdaya

tahan dan kukuh dalam ruang lingkup sistem kewangan Islam yang dinamik,

walaupun merupakan tugas yang mencabar, namun ia adalah pengalaman yang

berharga. Sektor kewangan Islam yang cekap hasil daripada usaha ini akan

menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara

keseluruhannya.

Takaful menawarkan kedua-dua keuntungan kewangan melalui skim

perlindungan dan keuntungan dari segi kerohanian. Beberapa manfaat lain adalah

seperti berikut:

15

Page 16: TAKAFUL ZAIMAH

1. Takaful membolehkan peserta untuk menunaikan tanggungjawab sosial

terhadap masyarakat dan keluarga.

2. Takaful juga membolehkan bantuan kewangan bagi yang kurang bernasib

baik dan mereka yang memerlukan melalui konsep tabarru' di mana

sebahagian daripada sumbangan itu akan diagihkan kepada kumpulan wang

berisiko.

3. "Tabarru" juga membolehkan peserta untuk menyucikan diri mereka serta

mencapai ketenangan fikiran.

4. Menggalakkan nilai-nilai moral dan etika berurusan dalam semua aktiviti

perniagaan dan operasi kerana ianya bebas daripada unsur-unsur yang

dilarang seperti riba, gharar dan maysir serta lain-lain unsur yang dilarang

dalam urusan kewangan.

5. Memberi perlindungan dan keselamatan untuk keluarga dan kumpulan

daripada sebarang musibah.

16

Page 17: TAKAFUL ZAIMAH

TUGASAN 2: QAWAID FIQHIYYAH

2.1 MENGKAJI DAN MENGANALISIS KAEDAH FURU’ QAWAID FIQHIYYAH

YANG TERBIT DARIPADA 5 KAEDAH ASAS

2.1.1 Definisi Qawaid Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah merupakan kaedah yang bersifat umum meliputi sejumlah

masalah fiqh dan melaluinya dapat diketahui hukum masalah fiqh yang berada

dalam lingkupnya. Qawaid fiqhiyyah secara langsungnya didasarkan dan

disandarkan kepada dalil-dalil dari al-Quran dan Sunnah dapat dijadikan sebagai

dalil dalam menetapkan hukum. Kaedah fekah iaitu kaedah-kaaedah yang bersifat

umum, yang mengelompokkan masalah-masalah fekah secara terperinci menjadi

beberapa kelompok, juga merupakan pedoman yang memudahkan penyimpulan

hukum bagi suatu masalah, iaitu dengan cara menggolongkan masalah-masalah

yang serupa dibawah satu kaedah.

Menurut Mustafa Zarqa (1998), ia merupakan satu disiplin ilmu yang amat

penting untuk dipelajari oleh setiap mukallaf walaupun hanya secara umum. Wajar

bagi penuntut ilmu menguasai sekurang-kurangnya asas penting dan beberapa

kaedah utama daripada kaedah-kaedah fiqh tersebut. Perkataan qawa’id dari segi

bahasa bermaksud asas rumah dan selainnya.

Dalam bahasa Arab, kalimah qawaid mempunyai maksud-maksud lain seperti

seorang perempuan yang duduk, pemalas, undang-undang dan kalimah ini juga turut

membawa makna ibu negeri. Manakala dari aspek istilah syarak pula, menurut

Mustafa Ahmad al-Zarqa’ dalam kitabnya al-Madhal al-Fiqhu al-‘Ammu, kalimah

qawaid membawa makna hukum yang dipraktikkan ke atas keseluruhan masalah

juz’iyyat. (Abdul Latif  Muda dan Rosmawati Ali, 2000)

Ada juga dalam kalangan ulama Usul Fiqh yang menjelaskan pengertian

qawaid dari segi istilah dengan makna hukum kulli atau bersifat umum yang

dipraktikkan ke atas semua hukum juz’i untuk mengetahui hukum daripadanya.

(Muhammad Idris Abdur Rauf  al-Marbawi, 1990) .

17

Page 18: TAKAFUL ZAIMAH

2.1.2 KAEDAH FIQH ASAS DAN PECAHANNYA

KAEDAH ASAS 1

د� ها) اص� (األ�م�ور� ب�م�ق�

SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT

Kaedah Pecahan 1 PENERANGAN

العبرة بالحقائق والمعاني

ال باأللفاظ والمباني

(Dikira sesuatu pada hakikat dan

makna bukan pada lafaz dan

perkataan)

Sesuatu perkara diambil kira menurut

tujuan dan makna ia dilaksanakan,

bukan lafaz atau perkataan luarannya.

Apabila sesuatu perbuatan dilakukan

dan padanya terdapat perbezaan antara

niat dengan lafaz yang diucapkan, maka

yang dikira adalah niat selagi niat itu

dapat diketahui.

Contoh: seseorang yang menderma

darah, kemudiannya mendapat bayaran

daripadanya, maka ia dikira sebagai jual

beli bukannya derma. Begitu juga jika

wujud pinjaman berasaskan faedah

tetapi diberi nama Islam, ia tetap riba.

Kaedah Pecahan 2 PENERANGAN

لو اختلف اللسان والقلب،

فالعبرة بما في القلبJika bercanggah apa yg terbit dari

hati dan lidah, dikira hati

Segala perbuatan dan ucapan lisan tiada

nilainya di sisi syarak jika tidak

disertakan dengan niat di hati.

Contoh: seorang yang berniat di hati

untuk solat zohor, namun di lidahnya

menyebut solat Asar, sah solatnya

kerana yang dikira apa yang terniat di

hati.

Kaedah Pecahan 3 PENERANGAN

أنه ال يشترط مع نية

القلب التلفظ

Lafaz niat untuk sesuatu amalan tidak

wajib diucapkan tetapi hukumnya sunat

kerana sudah memadai tercetusnya niat

di hati.

18

Page 19: TAKAFUL ZAIMAH

Tidak disyaratkan lafaz bagi niat di hati Contoh: seorang jurutera yang mencipta

sebuah mesin berniat untuk

sedekahkanya kepada orang awam. Ia

tidak perlu melafazkan niatnya untuk

memastikan amalannya sahih.

KAEDAH ASAS 2

ك# ال� با�لش% ي-ن� ال� ي�ز� الي�ق�KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN

Kaedah Pecahan 1 PENERANGAN

األصل في األشياء اإلباحةAsal setiap perkara adalah harus

.

Setiap sesuatu yang tiada dalil yang

mengharamkannya, maka harus untuk

kita memanfaatkannya.

Contoh: penciptaan mesin-mesin untuk

memudahkan urusan kehidupan

manusia adalah harus selagi tidak

bertentangan dengan syarak

Kaedah Pecahan 2 PENERANGAN

األصل بقاء ما كان على ما

كانAsal kekal sesuatu mengikut

apa yang sebelumnya

Sesuatu perkara yang berlaku pada

masa lalu dikekalkan keadaannya seperti

itu selagi tiada dalil mengubahnya.

Contoh: Orang yang makan dan minum

pada akhir malam dan ia syak tentang

naik fajar (subuh)maka puasanya sah

sebab asalnya malam masil kekal dan

jika ia syak tentang jatuh matahari atau

tidak maka terbatallah puasanya sebab

yang asal hari siang masih kekal.

Kaedah Pecahan 3 PENERANGAN

من شك أفعل شيئا أم

ال فألصل أنه لم يفعل

Siapa yang ragu-ragu sama ada telah

Siapa yang sangsi sama ada dia

melakukan sesutau perkara tau tidak,

maka hukum yang lebih kuat adalah dia

tidak melakukannya.

Contoh: seseorang yang ragu-ragu sama

ada dia telah berwuduk atau belum,

19

Page 20: TAKAFUL ZAIMAH

membuat sesuatu atau belum, maka

asalnya adalah tidak melakukan

maka mengikut hukum asalnya, dia

belum berwuduk dan dia mestilah

mengambil wuduk.

Kaedah Pecahan 4 PENERANGAN

األصل في كل حادث

تقديره بأقرب زمان

Asal pada setiap yang berlaku dikira

pada waktu yang hampir

Jika berlaku pertelingkahan berkaitan

dengan masa sesuatu peristiwa,

keputusannya disandarkan pada waktu

yang paling hampir ia berlaku.

Contoh: sekumpulan doktor berjaya

melakukan pembedahan pemisahan bayi

kembar siam. Setahun kemudian, salah

seorang daripadanya mati. Kumpulan

doktor itu tidak boleh

dipertanggungjawabkan kerana peristiwa

kematian itu perlu dirujuk pada faktor lain

dalam masa yang terdekat.

KAEDAH ASAS 3

ي-ر ل�ب� الت�ي-س� ة� ت�ج- ق% الم�ش�KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN

Kaedah Pecahan 1 PENERANGAN

الضرورة تبيح المحظورات

Darurat mengharuskan perkara haram

Keadaan yang merbahaya/ mudarat

membolehkan seseorang itu melakukan

perkara yang ditegah.

Contoh: seorang doktor lelaki dibolehkan

yang merawat pesakit perempuan yang

cedera parah pada bahagian auratnya.

Kaedah Pecahan 2 PENERANGAN

الضرورة تقدر بقدرها

darurat diambil dengan kadarnya

Sesuatu keadaan darurat yang

menyebabkan diharuskan melakukan

perkara yang ditegah, maka keharusan

itu dinilai dengan kadar mudarat

berkenaan dan tidak boleh melampaui

batas.

20

Page 21: TAKAFUL ZAIMAH

Contoh: seorang pesakit perempuan

cedera pada bahagian betisnya, maka

doktor lelaki dibenarkan merawat pada

bahagian yang perlu sahaja.

Contoh lain, seorang yang tersesat di

padang pasir dan hanya menjumpai

bangkai untuk dimakan, dia dibenarkan

untuk memakannya sekadar untuk

menghilangkan rasa lapar sahaja

Kaedah Pecahan 3 PENERANGAN

الحكم يتبع المصلحة

الراجحة

Hukum mengikut kemaslahatan

yang rajih

Hukum sesuatu amalan adalah

berdasarkan kepada kemaslahatan yang

lebih besar dan kuat.

Contohnya: diharamkan arak dan judi

walaupun ada manfaat yang sedikit.

Tetapi meninggalkannya akan membawa

kemaslahatan yang lebih besar dan

banyak.

Kaedah Pecahan 4 PENERANGAN

إذا ضاق األمر اتسع

وإذا اتسع األمر ضاق Jika sesatu menjadi sempit,

hukumnya diluaskan dan jia

sesuatu menjadi longgar, hukumnya

disempitkan

Apabila sesuatu perkara itu menjadi

sukar sehingga ia menyukarkan urusan

manusia, maka hukum perlaksanaanya

boleh bertukar menjadi longgar. Begitu

juga apabila sesuatu perlaksanaan itu

tiada sebab untuk dilonggar/diringankan,

maka ia kembali kepada hukum asalnya.

Contoh: seorang doktor yang terpaksa

mengetuai operasi pembedahan pesakit

kritikal dari pukul 12pm hingga pukul

6pm, dia boleh mejamakkan (tanpa

qasar) solat zohor dan asarnya pada

waktu asar. Namun ketika waktu biasa,

dia perlu menunaikan solat seperti waktu

asalnya (waktu biasa).

KAEDAH ASAS 4

21

Page 22: TAKAFUL ZAIMAH

ال ر� ي�ز� ر� الض�BAHAYA MESTI DIHILANGKAN

Kaedah Pecahan 1 PENERANGAN

الضرر ال يزال بالضررBahaya tidak dihilangkan dengan

bahaya

Walaupun bahaya mesti dihilangkan,

namun bukanlah dengan cara

menimbulkan bahaya yang sama taraf

dengannya. Apatah lagi yang lebih

besar.

Contoh: seorang doktor tidak boleh

mengambil darah pesakit A untuk

diberikan kepada pesakit B jika tindakan

tersebut mendatangkan mudarat kepada

pesakit A.

Kaedah Pecahan 2 PENERANGAN

يختار أخف الضررينHendaklah dipilih yang

paling ringan mudaratnya

Apabila terdapat dua kemudaratan atau

bahaya yang berlaku serentak dalam

satu masa, hendaklah dipilih untuk

melakukan kemudaratan yang lebih

ringan bagi menghindari mudarat yang

lebih besar.

Contoh: seorang jurutera diberi

kepercayaan untuk membina sistem jana

kuasa elektrik sama ada berasaskan

diesel atau nuklear. Boleh jadi kedua-

dua jenis sistem jana kuasa ini

mempunyai mudarat. Maka dia perlu

memilih mudarat yang lebih ringan.

Kaedah Pecahan 3 PENERANGAN

درء المفاسد مقدم على

جلب المصالح

Apabila berlaku pertentangan antara

perkara yang membawa kemaslahatan

dan perkara yang memdatangkan

bahaya, usaha mencegah bahaya lebih

diutamakan dari mendapatkan maslahat.

22

Page 23: TAKAFUL ZAIMAH

Hilangkan kerosakan diutamakan dari

mencapai maslahat

Contoh: sebuah stesen TV mendapat

bayaran untuk mengiklankan rokok.

Dengan wujudnya iklan rokok akan

meningkatkan lagi bilangan perokok dan

ia membawa mudarat yang lebih besar.

Oleh itu, tindakan pengiklanan tersebut

perlu dielakkan.

Kaedah Pecahan 4 PENERANGAN

الضرر يدفع بقدر اإلمكان

Mudarat ditolak sekadar yang mampu

Kemudaratan harus dijauhkan menurut

batas-batas kemampuan manusia. Ini

bermaksud bahawa kita mesti cuba

melakukan usaha-usaha menjauhkan

mudarat seoptimum yang mungkin.

Contoh: asal hukum solat adalah secara

berdiri. Namun bagi pesakit yang tidak

mampu berdiri, dia boleh bersolat duduk.

Jika tidak mampu, boleh baring dan

seterusnya.

KAEDAH ASAS 5

�ة ك%م� ح� �الع�اد�ة� مADAT DIJADIKAN HUKUM

Kaedah Pecahan 1 PENERANGAN

العبرة بالغالب الشائع ال

بالنادر

Yang dikira ialah pada kebiasaan yang

dominan dan meluas,

bukan pada yangg ganjil

Adat kebiasaan yang diiktiraf Syarak

mestilah digunakan secara meluas dan

dominan. Adapun kebiasaan yang

terpencil, itu tidak dikira.

Contoh: adat kebiasaan menetapkan

kaedah barang sewaan dimanfaatkan.

Di Malaysia, seorang penyewa rumah

boleh memanfaatkan rumah dengan

membawa keluarganya dan menerima

tetamu.

23

Page 24: TAKAFUL ZAIMAH

Kaedah Pecahan 2 PENERANGAN

المعروف عرفا كالمعروف

شرطا

Yang terkenal menurut uruf, seperti

yang disyaratkan menurut syarak

Sesuatu adat yang telah berleluasa

mempunyai kekuatan hukum apabila ia

dinyatakan sebagai syarat dalam

sesuatu urusan.

Contoh: adat kebiasaan menunjukkan

bahawa pemberian wang hantaran

adalah satu kemestian. Jika seorang

perempuan mensyaratkan agar wang

hantaran jika ingin menikahinya, maka

syarat itu perlu dipenuhi walaupun

menurut asal pensyariatan nikah, hanya

diwajibkan mahar (mas kahwin).

Kaedah Pecahan 3 PENERANGAN

تغير األحكام بتغير األزمان

Berubahnya hukum mengikut

perubahan masa

Apabila berubahnya masa, ia membawa

kepada perubahan nilai kemaslahatan

manusia. Kaedah ini dikhususkan untuk

hukum ijtihad yang dibina atas adat (`urf)

sahaja. Ertinya, sesuatu hukum

diasaskan atas prinsip adat akan

berubah apabila berubahnya adat.

Contohnya: suasana masyarakat moden

yang runtuh akhlak, maksiat berleluasa

mewajibkan seseorang yang ingin

berkahwin mengikuti kursus kahwin dan

menjalani ujian saringan HIV walaupun

pada asal hukum nikah, ia tidak

diwajibkan.

2.2 GRAFIK KAEDAH FIQH ASAS DAN PECAHANNYA

KAEDAH ASAS 1

24

Page 25: TAKAFUL ZAIMAH

د� ها) اص� (األ�م�ور� ب�م�ق�

SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT

25

العبرة بالحقائق والمعاني ال باأللفاظ والمباني

Dikira sesuatu pada hakikat dan makna bukanpada lafaz dan perkataan

Sesuatu perkara diambil kira menurut tujuan dan makna ia dilaksanakan, bukan lafaz atau.perkataan luarannyaApabila sesuatu perbuatan

dilakukan dan padanya terdapat perbezaan ,antara niat dengan lafaz yang diucapkan maka yang dikira adalah niat selagi niat itu .dapat diketahui

,Contoh: seseorang yang menderma darah kemudiannya mendapat bayaran daripadanya, maka ia dikira sebagai jual beli bukannya derma. Begitu juga jika wujud pinjaman berasaskan faedah tetapi diberi .nama Islam, ia tetap riba

Page 26: TAKAFUL ZAIMAH

26

Segala perbuatan dan ucapan lisan tiada nilainya di sisi syarak jika tidak disertakan dengan niat di hati. Contoh: seorang yang berniat di hati untuk solat zohor, namun di lidahnya menyebut solat Asar, sah solatnya kerana yang dikira apa yang terniat di hati.

لو اختلف اللسان والقلب، فالعبرة

بما في القلب Jika bercanggah apa yang terbit

dari hati danlidah, dikira hati

Lafaz niat untuk sesuatu amalan tidak wajib diucapkan tetapi hukumnya sunat kerana .sudah memadai tercetusnya niat di hati

Contoh: seorang jurutera yang mencipta sebuah mesin berniat untuk sedekahkanya kepada orang awam. Ia tidak perlu melafazkan niatnya untuk memastikan.amalannya sahih

أنه ال يشترط مع نية القلب التلفظ

Tidak disyaratkan lafaz bagi niat di

hati

Page 27: TAKAFUL ZAIMAH

KAEDAH ASAS 2

ك# ال� با�لش% ي-ن� ال� ي�ز� الي�ق�

KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN

27

األصل في األشياء اإلباحةAsal setiap perkara adalah harus

,Setiap sesuatu yang tiada dalil yang mengharamkannya .maka harus untuk kita memanfaatkannya Contoh: penciptaan mesin-mesin untuk memudahkan urusan kehidupan manusia adalah harus selagi tidakbertentangan dengan syarak

األصل بقاء ما كان على ما كان Asal kekal sesuatu mengikut

apa yang sebelumnya

Sesuatu perkara yang berlaku pada masa lalu dikekalkan .keadaannya seperti itu selagi tiada dalil mengubahnya Contoh: Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak tentang naik fajar (subuh)maka puasanya sah sebab asalnya malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh matahari atau tidak maka terbatallah puasanya sebab.yang asal hari siang masih kekal

Page 28: TAKAFUL ZAIMAH

KAEDAH ASAS 3

ي-ر ل�ب� الت�ي-س� ة� ت�ج- ق% الم�ش�KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN

28

Keadaan yang merbahaya/ mudarat membolehkan seseorang itu melakukan perkara yang ditegah. Contoh: seorang doktor lelaki dibolehkan yang merawat pesakit perempuan yang cedera parah pada bahagian auratnya

ة تبيح ر و ر الضات ر و ظ ح الم

D a ru ra t m e n g h a ru s k a n p e rk a rah a ra m

Sesuatu keadaan darurat yang menyebabkan diharuskan melakukan ,perkara yang ditegah maka keharusan itu dinilai dengan kadar mudarat berkenaan dan tidak boleh .melampaui batas

Contoh: seorang pesakit perempuan cedera pada bahagian betisnya, maka doktor lelaki dibenarkan merawat pada bahagian yang perlu .sahaja

Contoh lain, seorang yang tersesat di padang pasir dan hanya menjumpai bangkai untuk dimakan, dia dibenarkan untuk memakannya sekadar untuk menghilangkanrasa lapar sahaja

ا ه ر د ر بق د ة تق ر و ر الضD a ru ra t d ia m b il d e n g a n k a d a rn y a

Hukum sesuatu amalan adalah berdasarkan kepada kemaslahatan yang lebih besar .dan kuat

:Contohnya diharamkan arak dan judi walaupun ada manfaat yang sedikit. Tetapimeninggalkanny a akan membawa kemaslahatan yang lebih besar.dan banyak

ة لح ص م يتبع الم ك الحة ح اج الر

H u k u m m e n g ik u t k e m a s la h a ta ny a n g ra jih

Apabila sesuatu perkara itu menjadi sukar sehingga ia menyukarkan urusan manusia, maka hukum perlaksanaanya boleh bertukar menjadi longgar. Begitu juga apabila sesuatu perlaksanaan itu tiada sebab untuk ,dilonggar/diringankan maka ia kembali kepada hukum .asalnya

Contoh: seorang doktor yang terpaksa mengetuai operasi pembedahan pesakit kritikal dari pukul 12pm hingga pukul 6pm, dia boleh mejamakkan (tanpa qasar) solat zohor dan asarnya pada waktu asar. Namun ketika waktu biasa, dia perlu menunaikan solat seperti waktu asalnya.(waktu biasa)

ر م اق األ ا ض إذر م ع األ ا اتس إذ و ع اتس

اق ض ,J ik a s e s a tu m e n ja d i s e m p it h u k u m n y a d ilu a s k a n d a n jia

,s e s u a tu m e n ja d i lo n g g a rh u k u m n y a d is e m p itk a n

Page 29: TAKAFUL ZAIMAH

KAEDAH ASAS 4

ال ر� ي�ز� ر� الض�BAHAYA MESTI DIHILANGKAN

29

الضرر ال يزال بالضرر Bahaya tidak

dihilangkan denganbahaya

Walaupun bahaya ,mesti dihilangkan namun bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya yang sama .taraf dengannya Apatah lagi yang .lebih besar Contoh: seorang doktor tidak boleh mengambil darah pesakit A untuk diberikan kepada pesakit B jika tindakan tersebut mendatangkan mudarat kepada.pesakit A

يختار أخف الضررينHendaklah dipilih yang

paling ringanmudaratnya

Apabila terdapat dua kemudaratan atau bahaya yang berlaku serentak ,dalam satu masa hendaklah dipilih untuk melakukan kemudaratan yang lebih ringan bagi menghindari mudarat yang lebih .besar Contoh: seorang jurutera diberi kepercayaan untuk membina sistem jana kuasa elektrik sama ada berasaskan diesel atau nuklear. Boleh jadi kedua-dua jenis sistem jana kuasa ini mempunyai mudarat. Maka dia perlu memilih mudarat yang lebih .ringan

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Hilangkan kerosakan diutamakan dari

mencapai maslahat

Apabila berlaku pertentangan antara perkara yang membawa kemaslahatan dan perkara yang memdatangkan bahaya, usaha mencegah bahaya lebih diutamakan dari mendapatkan .maslahat Contoh: sebuah stesen TV mendapat bayaran untuk mengiklankan rokok. Dengan wujudnya iklan rokok akan meningkatkan lagi bilangan perokok dan ia membawa mudarat yang lebih ,besar. Oleh itu tindakan pengiklanan tersebut perludielakkan

الضرر يدفع بقدر اإلمكان

Mudarat ditolaksekadar yang mampu

Kemudaratan harus dijauhkan menurut batas-batas kemampuan manusia. Ini bermaksud bahawa kita mesti cuba-melakukan usaha usaha menjauhkan mudarat seoptimum yang.mungkin

Contoh: asal hukum solat adalah secara berdiri. Namun bagi pesakit yang tidak mampu berdiri, dia boleh bersolat duduk. Jika tidak mampu, boleh baring danseterusnya

Page 30: TAKAFUL ZAIMAH

KAEDAH ASAS 5

�ة ك%م� ح� �الع�اد�ة� مADAT DIJADIKAN HUKUM

TUGASAN 3: REFLEKSI

30

العبرة بالغالب الشائع ال بالنادر

Yang dikira ialah pada kebiasaan yang dominan

,dan meluasbukan pada yangg ganjil

Adat kebiasaan yang diiktiraf Syarak

mestilah digunakan secara meluas dan dominan. Adapun

kebiasaan yang terpencil, itu tidak

.dikira

Contoh: adat kebiasaan

menetapkan kaedah barang sewaan

dimanfaatkan. Di Malaysia, seorang penyewa rumah

boleh memanfaatkan rumah dengan

membawa keluarganya dan

.menerima tetamu

المعروف عرفا كالمعروف شرطا

Yang terkenal menurut uruf, seperti yang

disyaratkan menurutsyarak

Sesuatu adat yang telah berleluasa

mempunyai kekuatan hukum

apabila ia dinyatakan sebagai syarat dalam

.sesuatu urusan

Contoh: adat kebiasaan

menunjukkan bahawa pemberian

wang hantaran adalah satu

kemestian. Jika seorang perempuan mensyaratkan agar wang hantaran jika ,ingin menikahinya

maka syarat itu perlu dipenuhi walaupun

menurut asal ,pensyariatan nikah hanya diwajibkan

.mahar (mas kahwin)

تغير األحكام بتغير األزمان

Berubahnya hukummengikut perubahan masa

Apabila berubahnya masa, ia membawa kepada perubahan nilai kemaslahatan

.manusia

Contohnya: suasana masyarakat moden ,yang runtuh akhlak maksiat berleluasa

mewajibkan seseorang yang ingin berkahwin mengikuti

kursus kahwin dan menjalani ujian

saringan HIV walaupun pada asal

hukum nikah, ia tidak.diwajibkan

Page 31: TAKAFUL ZAIMAH

الحم||د لل||ه رب{ الع||المين حم||دا ي||وافى نعم||ه و يك||افىء

{نا لك الحمد كما ينبغى لجالل وجهك الك||ريم و مزيده. يا رب

عظيم سلطانك. و الصالة و السالم على سيدنا و حبيبنا و

ش|فيعنا و زخرن|ا و موالن|ا محم|د و على آل|ه الط|اهرين و

أصحابه األكرمين و من تبعهم باإلحسان إلى يوم الدين.

Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat

juga saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan.

Di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi

subjek ini di atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh pembelajaran.

Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang begitu

cekal dan tabah sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana banyak

berkorban masa, tenaga dan kewangan. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada

individu dan institusi yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung

kerana telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu.

Begitu juga kepada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan

nasihat yang membina, kerana banyak dugaan serta cabaran yang telah saya

tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar maklumat yang diperolehi ini

dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat kepada pembaca

ataupun kepada individu yang berminat. Semoga tugasan yang tidak seberapa ini

dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu-ilmu Islam hendaknya.

PENGALAMAN PERMULAAN MENULIS TUGASAN

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan

muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus

ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus

yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama.

31

Page 32: TAKAFUL ZAIMAH

Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya

untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak

mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini

dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan

melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan.

PENGALAMAN SEMASA MENULIS TUGASAN

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah

mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan

pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat

membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang

untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan

tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan.

Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan

semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu sekali. Kolaborasi-kolaborasi

tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea,

pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi

seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.

PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI MENULIS TUGASAN

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa

perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran

pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam

subjek ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan

mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer. Ini kerana,

secara keseluruhannya amali dan tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan

komputer selaras dengan tajuk kursus ini.

Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan

kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh

menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti

dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.

32

Page 33: TAKAFUL ZAIMAH

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang

pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam

melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan

tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan

melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung.

Tambahan pula, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi,

saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir

bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan

menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga,

saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya

mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk

menyiapkan tugasan ini.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai

kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit

pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah

supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan

berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang

berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih

bermanfaat.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang

diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari

sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada

pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

RUJUKAN

Mat Hassan Abu Bakar (2003). Apa Itu Ekonomi Islam. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

33

Page 34: TAKAFUL ZAIMAH

Mohd Fadzli Yusof (1996). Takaful: Sistem Insurans Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Sobri Salamon (1989). Ekonomi Islam, Pengenalan Sistem & Kemungkinan. Selangor: Ar-Rahmaniah Badan Dakwah & Kebajikan Islam Malaysia.

Mohammad Muslehuddin (1969). Insurans dan Hukum Islam (Insurance and Law). Diterjemahkan oleh Izuddin Hj. Mohamed & Abdul Rahman Rukaini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris)

Buku Panduan Asas Takaful (2007) . Kuala Lumpur: Islamic Banking Finance Institute Malaysia Sdn. Bhd (IBFIM).

Mustafa Ahmad al-Zarqa’. 1998. Al-madkhal al-Fiqhu al-‘Ammu. Damshik : Dar al-Qalam.

Abdul Latif  Muda dan Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Muhammad Idris Abdur Rauf  al-Marbawi.1990. Kamus Marbawi. Cet. 2. Kuala Lumpur : Darul Nu’man

34