takaful_keluarga

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/6/2019 takaful_keluarga

    1/5

    Takaful keluarga

    PengenalanIni merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami takaful keluarga.

    Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul danmemahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepatsebelum menyertai sesuatu pelan takaful.

    Apakah takaful keluarga?

    Takaful keluarga memberikan anda perlindungan serta memperoleh simpanan jangka panjang.Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpakemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangkapanjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaununtuk tujuan simpanan. Anda akan menikmati pulangan pelaburan daripada caruman simpananberdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

    Jika anda menyertai takaful keluarga, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai perseoranganseperti insurans nyawa. Amaun maksimum bagi pelepasan takaful keluarga biasa ialah RM5,000setahun setelah ditolak caruman yang dibayar kepada skim faedah saraan, seperti KumpulanWang Simpanan Pekerja. Bagi pelan perubatan dan pelajaran, pelepasan cukai ialah RM3,000setahun.

    Konsep takaful dan takaful keluarga

    Apabila anda menyertai takaful keluarga, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam danatakaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman andasebagai caruman penyertaan (tabarru) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan.

    Caruman anda dalam bentuk tabarru akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas

    Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk memenuhi tanggungjawab anda dalam salingmembantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upayakekal. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsilebihan bersih daripada dana itu, jika ada.

    Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Pesertaatau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbahyang telah dipersetujui.

    Jenis perlindungan

    Takaful keluarga boleh dibahagikan seperti berikut:

    Keluarga biasa

    -Takaful keluarga individu (perseorangan) Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji,kesihatan dan rider. Anda akan menerima manfaat kewangan jika berlaku kematianatau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (pelaburan) dan keuntunganpelaburan yang akan diberikan sekiranya dituntut, matang atau serahan awal.

  • 8/6/2019 takaful_keluarga

    2/5

    -Takaful keluarga berkumpulan (majikan, kelab, persatuan dan kesatuan) Initermasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan rider.Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini. Anda akanmendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan sekiranya berlaku kematianatau hilang upaya kekal.

    Anuiti

    Pelan yang memberi pendapatan tetap selepas anda bersara.

    Berkaitan pelaburan

    Sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburanseperti unit saham atau sekuriti pendapatan tetap. Perlindungan takaful merangkumikematian dan hilang upaya kekal.

    Takaful keluarga 'rider'merupakan tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. 'Rider'memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri dan hilang upaya, perubatan dankesihatan.

    Manfaat di bawah takaful keluarga

    Sekiranya anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akanmembayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut:

    Daripada AP andaAmaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikhpenerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian.

    Daripada AKP andaJumlah perlindungan risiko atau tabarru.

    Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaat-manfaat berikut:

    Daripada AP andaAmaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya.

    Daripada AKP andaLebihan bersih yang diperuntukkan kepada anda, jika ada.

    Terma dan syarat utama

    Mustahak bagi anda memahami terma-terma yang digunakan dalam takaful keluarga. Jika andatidak pasti dengan maksud sesuatu terma itu, anda hendaklah bertanya kepada ejen anda ataupengendali takaful. Oleh kerana sij il merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yangtermaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa tuntutan dibuat.

    Sebahagian daripada terma-terma penting ialah:

  • 8/6/2019 takaful_keluarga

    3/5

    Caruman Ini ialah ansuran caruman takaful anda yang dibayar kepada pengendali takaful.Anda boleh memilih untuk membayar caruman secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunanataupun tahunan.

    Tempoh tangguh Anda akan dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskanbayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansuran

    caruman takaful yang belum dijelaskan akan ditolak daripada jumlah manfaat takaful anda.

    Tempoh matang Anda boleh memilih sebarang tempoh matang yang sesuai untuk keperluananda. Julat tempoh ini ialah dari 10 tahun hingga 40 tahun.

    Ciri-ciri penting takaful keluarga

    Sebahagian daripada ciri-ciri penting takaful keluarga ialah:

    Terbuka kepada semua individu berumur antara 18 hingga 55 tahun.

    Anda mempunyai pilihan tempoh matang.

    Tidak ada pelucuthakan jika berlaku pembatalan

    Kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian daripada caruman.

    Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful.

    Menyediakan simpanan dan pelaburan jangka panjang.

    Pengecualian

    Takaful keluarga pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:

    Percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja sama ada semasaanda siuman atau tidak.

    Jika anda melanggar undang-undang.

    Jika anda memprovokasi serangan.

    Jika anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

    Jika anda menghidap AIDS atau HIV.

    Sebab-sebab lain yang dilarang oleh undang-undang Syariah.

    Beritahu penama (wasi) anda

    Beritahu penama anda tentang takaful keluarga yang anda sertai, sebarang perubahan yangtelah dibuat dan tempat di mana anda menyimpan dokumen-dokumen tersebut.

    Simpan dokumen-dokumen tersebut di tempat yang selamat. Letakkan maklumat-maklumat asasseperti nama pengendali takaful, jenis pelan, nombor sijil dan nama-nama penama di tempatyang berasingan.

    Pastikan anda memaklumkan alamat penama anda dan pertukaran, jika ada, kepada pengendalitakaful anda.

    Bagaimanakah saya membuat tuntutan?

    Pengendali takaful akan membuat pembayaran kepada anda atau penama anda, bergantungkepada terma dan syarat di dalam sij il anda. Semasa membuat tuntutan:

  • 8/6/2019 takaful_keluarga

    4/5

    Maklumkan kepada pengendali takaful anda dengan segera.

    Untuk tuntutan matang, sediakan salinan sijil takaful keluarga.

    Untuk tuntutan kematian, penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut:

    Salinan sijil kematian yang disahkan; Salinan kad pengenalan simati; Sijil takaful asal;

    Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dan simati; dan

    Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.

    Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang tersedia

    Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan pengendali takafulatau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan,anda hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan aduan itu dengan Unit Aduan pengendali

    takaful berkenaan.

    Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai, andaboleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) atau Bank NegaraMalaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Anda mungkin inginmerujuk kepada pegawai di Unit Aduan pengendali takaful mengenai saluran yang betuluntuk mengendalikan aduan anda.

    Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan anda kepada FMB, ianya hendaklah dibuatdalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad pengendali takaful. FMBmengendalikan pertikaian di antara pihak menuntut dan pengendali takafulnya sendiriatau pengendali takaful pihak ketiga.

    FMB merupakan sebuah badan bebas yang menyediakan saluran pengendalian aduan

    yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna membuat aduan atau menyelesaikanpertikaian mereka sebagai alternatif kepada mahkamah.

    Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan hargaproduk takaful dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedangdirujuk kepada mahkamah.

    Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhad kepada:-

    o RM200,000 bagi pelan takaful motor dan kebakarano RM100,000 bagi pelan takaful yang laino RM5,000 bagi kerosakan harta pihak ketiga

    Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB, anda boleh mengemukakan aduan itukepada BNM.

    Maklumat terperinci tentang cara-cara membuat aduan boleh didapati di dalam buku kecilbertajuk 'Asas-asas Insurans dan Takaful'.

    Perkara yang perlu dan jangan dilakukan

    Apabila memohon untuk menyertai takaful

    http://www.insuranceinfo.com.my/index.php?ch=27&pg=76&ac=854##http://www.insuranceinfo.com.my/index.php?ch=27&pg=76&ac=854##http://www.insuranceinfo.com.my/index.php?ch=27&pg=76&ac=854##
  • 8/6/2019 takaful_keluarga

    5/5

    Untuk memastikan sijil anda sah