132
TAMADUN ISLAM KPLI Oleh: PUAN HASNAH BT HAJI AHMAD. JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM). IPG KRM

Tamadun Islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tamadun Islam

TAMADUN ISLAM KPLI

Oleh:

PUAN HASNAH BT HAJI AHMAD. JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN

MORAL (JAPIM).IPG KRM

Page 2: Tamadun Islam

PEMARKAHAN

Pembentangan tajuk yang ditetapkan (Kumpulan & Individu)

40%

Ujian -(50 soalan)(Individu)

50%

Sahsiah & Kehadiran(Individu)

10%

Jumlah 100%

Page 3: Tamadun Islam

Pembahagian Tajuk

Unit 1Konsep Asas Tamadun

Kuliah & Perbincangan

Unit 2Tamadun Islam dan Peradaban Manusia

Pembentangan & Perbincangan(Kumpulan 1 )

Unit 3Pencapaian Dan Kesan Tamadun Islam

Pembentangan & Perbincangan(Kumpulan 2 )

Unit 4Isu-Isu Semasa

Pembentangan & Perbincangan(Kumpulan 3 )

Page 4: Tamadun Islam

PENGENALAN TAMADUN• Dari perspektif semasa:

Kemudahan asas dari segi metirial. Pencapaian yg tinggi dlm bidang sains dan

teknologi. Pembangunan perbandaran dan penempatan.

• Dari perspektif etimologi:

Kehalusan budi pekerti (perlakuan, pemikiran).

Kehidupan beragama.

Page 5: Tamadun Islam

Tamadun juga bermaksud : • Kemajuan. • Menuju ke taraf kota / bandar

yang serba maju.• Kehalusan budi yang terpuji.• Menggambarkan kehidupan yang

beragama.

Page 6: Tamadun Islam

Rengkasnya…• Tamadun.• Pencapaian tatasusila dan moral

yang tinggi.• Kemajuan sains dan teknologi.• Kemajuan penempatan• Kemudahan yang sempurna

Page 7: Tamadun Islam

Istilah lain yang sama1. Hadharah.

Ertinya peradaban Ibnu Khaldun: “sekumpulan manusia yang

tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau tanah pertanian”.

2. Umran . Ertinya kemajuan

3. Thaqafah. Ertinya kebudayaan

Page 8: Tamadun Islam

TAKRIF DAN KONSEP TAMADUN Daripada perspektif Islam, takrif yang dikemukakan melalui madaniyyah, umran, hadarah dan tamaddun meskipun masing-masing agak berbeza, tetapi sebenarnya menemui titik persamaan daripada segi konsep tamadun, iaitu meletakkan unsur agama yang berpaksi kepada akidah, syariah dan akhlak sebagai asas dan dasar dalam pembinaan dan perkembangan tamadun.

Page 9: Tamadun Islam

Perspektif tamadun oleh sarjana barat:

a) Arnold Toynbee: tamadun ialah suatu sistem masyarakat yand dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

b) J.K Fieblemen: tamadun ialah kepandaian dan mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat terhadap material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi keperluan tertentu .

Page 10: Tamadun Islam

Menurut Perspektif sarjana Islam:

a) Ibn Khaldun:

Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkaykan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, peralatan rumahtangga dan sebagainya.

.

Page 11: Tamadun Islam

b) Muhammad Rasyid Redha: Agama adalah asas tamadun. Ini kerana

peningakatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya

Page 12: Tamadun Islam

Ciri Ciri Tamadun Islam -

1. Konsisten – Proses tamadun Islam adalah berterusan-

sehingga kini sudah 14 kurun .– Islam yang dibawa oleh Rasulullah mampu

bertahan sehingga hari kiamat. – Ini merupakan antara keunikan tamadun

Islam. - Sistem perundangan dalam tamadun

Islam tetap berpandukan al-Quran dan al-sunnah.

– Perintah serta larangan Allah adalah mutlak tanpa berubah mengikut arus zaman.

– Ciri Islam yang begitu konsisten berupaya menghadapi cabaran zaman.

Page 13: Tamadun Islam

2. Terbuka dan Rasional

– Tamadun Islam yang mengalami proses pembinaan yang agak lama tentunya memberi ruang kepada peradaban-peradaban lain untuk diasimilasikan supaya sesuai dengan resam dan budaya penganutnya.

– Islam menerima tatacara yang tidak bertentangan dengan syariat Allah.

– Islam bersifat terbuka untuk menerima pembaharuan yang dapat memperkukuh sistem-sistem yang wujud dalam Islam.

– Islam juga bersifat rasional terutamanya berkaitan dengan persoalan semasa yang tidak melibatkan hukum bersifat mutlak.

– Perbincangan(musyawarah) digalakkan dalam untuk meleraikan sesuatu masalah.

Page 14: Tamadun Islam

3. Bersifat semasa – Islam masih bertahan sehingga kini

disebabkab ia dapat disesuaikan dengan perubahan semasa.

–Sistem-sistem yang wujud dalam Islam berupaya menerima unsur-unsur peradaban lain yang tidak bertentangan dengan Islam.

–Pembudayaan serta gabungan akal dan keimanan melahirkan perkara-perkara baru sesuai dengan kehendak zaman.

–Ch; sistem perbankan dan kewangan diubahsuai supaya menepati syariat Islam.

Page 15: Tamadun Islam

4. Sesuai dengan fitrah manusia

– Berupaya membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

– Islam mengajar manusia agar menghargai diri, masyarakat dan alam.

– Manusia memerlukan keseimbangan dari segi rohani dan jasmani.

– Fitrah manusia memang memerlukan imbangan yang menghubungkan elemen kemanusiaan dengan aspek-aspek ketuhanan.

– Hubungan tersebut ialah hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam sekeliling.

Page 16: Tamadun Islam

5. Sempurna/syumul

– Islam adalah sempurna dan menyempurnakan keperluan manusia.

– Meliputi segala aspek kehidupan termasuklah sosial, ekonomi, perundangan, politik dan sebagainya.

– Kepelbagaian ini sepatutnya digunakan oleh umat Islam untuk membina kembali tamadun ini.

Page 17: Tamadun Islam

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN KEBUDAYAAN

– Cara berpakaian.– Cara makan.– Cara hidup.– Cara belajar.– Cara …….– Cara ………

Page 18: Tamadun Islam

KESAN CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

Dapat dilihat dari segi:1. Seni bina.cth: Masjid2. Kesenian.Cth :seni khat dan awan larat yg

menghiasi bangunan, kitab,alat-alat perhiasan sprv tembaga, kaca dll.

3. Kota raya.Cth: Menukarkan nama bandar,

mendirikan kota raya dll.4. Sains dan ilmi pengetahuan.Cth:Sumbangan dalam berbagai bidang

sains tulin dan sains sosial.

Page 19: Tamadun Islam

Masjid Brunai Darussalam.

Page 20: Tamadun Islam
Page 21: Tamadun Islam

Kesan yang diutamakan dalam matlamat Tamadun Islam

• Mendapat keredaan Allah.• Dapat berbuat baik kepada

manusia dan alam sekitar .

Page 22: Tamadun Islam

PRINSIP TAMADUN ISLAM yang utama. Di antaranya ialah :

1. Memelihara keselamatan jiwa dan nyawa.

2. Memelihara akal fikiran.3. Memelihara maruah dan keturunan. 4. Memelihara keselamatan harta benda. 5. Memelihara hak dan kebebasan.

Page 23: Tamadun Islam

1. Memelihara keselamatan jiwa dan

nyawa.

• Nyawa sangat berharga. Tanpa nyawa, jasad manusia tidak berharga.

• Tamadun Islam mengutamakan pemeliharaan nyawa sendiri dan nyawa orang lain.

• Segala bentuk tingkah laku yang menjejaskan nyawa samada cedera , cacat atau hilang anggota adalah di tegah.

• Banyak dalil dari al-Quran yang menegah membunuh dan mencederakan.

Page 24: Tamadun Islam
Page 25: Tamadun Islam

Comelnya…….

Page 26: Tamadun Islam
Page 27: Tamadun Islam

2. Memelihara Akal• Akal membezakan antara manusia

dengan makhluk lain.• Menjaga kebersihan akal adalah

sangat dituntut.• Apabila seseorang telah mengidap

sakit gila, sasau , kurang masak, mabuk – maka keseluruhan hidupnya tidak bermakna

Page 28: Tamadun Islam

Cara memelihara akal :Disuruh:• menuntut ilmu (/)• Mengkaji diri sendiri dan kejadian alam

dengan petunjuk kitab Allah (/) • Belajar ilmu agama secara berguru (/) Dilarang:• Diharamkan semua t. laku yang boleh

merosakkan akal spr :- minum minuman keras (X)

penyalahgunaan dadah (X)

Page 29: Tamadun Islam
Page 30: Tamadun Islam
Page 31: Tamadun Islam
Page 32: Tamadun Islam
Page 33: Tamadun Islam

2. Memelihara maruah dan keturunan

• Allah meletakkan taraf manusia lebih tinggi dari makhluk yang lain. Bermula dari Nabi Adam a.s. sebagai penghuni syurga. Diutuskan sebagai “Khalifah” di dunia.

• Keistimewaan manusia adalah wujudnya kombinasi yang unik iaitu roh, jasad. Akal, istiqamah. Semuanya membolehkan manusia menjaga maruah diri

• Sesiapa yang tidak boleh menjaga maruah akan turunlah taraf manusianya dari taraf yang mulia kepada taraf yang hina.

• Islam telah menyediakan cara memelihara maruah seperti :

Memelihara keturunan dengan menentukan cara perkahwinan yang sah. Juga untuk menyalurkan naluri keinginan seks ke jalan yang halal.

Page 34: Tamadun Islam
Page 35: Tamadun Islam

3. Memelihara keselamatan harta benda

• Manusia mempunyai fitrah mahukan kekayaan dan kesenangan.

• Islam menggalakkan seseorang itu mencari kekayaan dan lari dari kemiskinan

• Harta adalah amanah Allah kepada pemiliknya dan akan di soal di hari akhirat kelak tentang penjagaannya dan penggunaannya.

Page 36: Tamadun Islam

• Cara pemilikan harta juga perlu pada jalan yang halal dan bersih (bukan curi, rompak, tipu, judi, harta anak yatim dsb).

• Bagi mereka yang dianugerahkan kekayaan yang lebih , diwajibkan zakat dan juga sedekah agar mereka yang kurang bernasib baik dapat merasai nikmat Allah itu.

• Orang kaya yang tidak mengeluarkan zakat , seolah-olah harta mereka adalah tidak bersih kecuali mereka berbuat demikian.

Page 37: Tamadun Islam

4. Memelihara hak dan kebebasanDua kategori:

1. Hak Allah- Kebebasan bertaklid / mengikut kepercayaan tanpa merosakkan akidah . - Bebas mencari bukti kewujudan Allah.- Bebas mengawal diri dari kesesatan dalam mencari kebenaran..

Page 38: Tamadun Islam

2. Hak dan Kebebasan Manusia

1.Kebebasan bergerak.Bebas mencari kehidupan-ekonomi, sosial, politik, pendidikan dsb asalkan tigak melanggar syariat.

2.Kebebasan bersuara.Bebas mengeluarkan hasrat hati selagi tidak mencemari batas-batas akidah, syarak dan akhlak.

Page 39: Tamadun Islam

3. Kebebasan berpersatuan.Bebas berkumpul, berorganisasi dan bergaul selagi tidak mencemari batas-batas akidah, syarak dan akhlak

4. Kebebasan beragama.Seseorang Islam tidak boleh memaksa orang lain supaya memeluk Islam kecuali berdakwah dan memberi penerangan tentang Islam. Mereka boleh memeluk Islam secara suka rela dan ikhlas.

Page 40: Tamadun Islam
Page 41: Tamadun Islam

Berikut adalah sumber-sumber Tamadun

Islam:

1. Wahyu (Al-Quran , As-Sunnah)2. Akal fikiran.3. Penemuan dan Penciptaan baru,4. Pengubahsuaian dan

Penyempurnaan semula.

Page 42: Tamadun Islam

1. WAHYU• Wahyu yang pertama diturunkan jelas menyarankan

agar manusia berusaha untuk membaca dan menulis bagi membasmi buta huruf, mencari dan meningkatkan pengetahuan

• Maksud Ayat al-Quran:“Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menciptakan.

Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan pena( tulis baca) . Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahui”

Al-’Alaq : ayat 1-5

Page 43: Tamadun Islam

2. AKAL FIKIRAN• sumber penting dlm pembentukan Tamadun

Islam.• dapat menjangkau perkara yang nyata dan

perkara ghaib.• mencetuskan semangat dan dapat meningkatkan

kerohanian.• meneroka alam, menyeberangi lautan,

mengeluarkan hasil bumi, mengusahakan pertanian,mendapatkan punca rezeki yang ada di langit , dibumi , di perut bumi, di udara, di lautan

• Geledah semua hasil tersebut untuk mencipta benda-benda yang berfaedah.

Page 44: Tamadun Islam

3. PENEMUAN DAN PENCIPTAAN BARU,

• Berasaskan perintah Allah dalam al-Quran dan kekuatan akal banyak penemuan hasil alam yang mencipta berbagai kemajuan, kemudahan dan keperluan hidup.

• Selain itu hasil tamadun Islam seperti kedoktoran dan biologi, kimia dan fizik, teknologi, geografi, astronomi, matematik dan sebagainya.

Page 45: Tamadun Islam

4. PENGUBAHSUAIAN DAN PENYEMPURNAAN SEMULA.

• Hasil dari penemuan itu perkembangan TI sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pengubahsuaian dan penyempurnaan semula dan tidak bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak.

• Lahir pengarang dan penterjemah yang sangat berkalibar dan diberi kedudukan yang istimewa.

• Semua hasil tersebut telah dibukukan dan disimpan di Baitul Hikmah di Baghdad.

• Sehingga peperangan Salib.• Namun khazanah itu tetap unggul.

Page 46: Tamadun Islam

PERINSIP AKIDAH MENJADI ASAS PEMBENTUKAN

KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM

• Semua kegiatan penerokaan ilmu, penulisan buku dan usaha penterjemahan giat dilakukan kan

• Segala pengetahuan asing yang tidak bercanggah dengan dengan akidah, akhlak dam syariah Islam terus digalakkan oleh Islam dan memperkembangkannya. Ilmuan Islam sendiri terpaksa belajar ilmu asing dari penduduk tempatan sehingga perbendaharaa Islam semakin kaya dan berkembang.

Page 47: Tamadun Islam

Matlamat tamadun islam

• Matlamat Umum:

Mengangkat Islam sebagai al-deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif.

Page 48: Tamadun Islam

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

• Matlamat khusus :

1. Hubungan manusia dengan pencipta.2. Hubungan manusia sesama manusia.3. Hubungan manusia terhadap alam .

Page 49: Tamadun Islam

1. Hubungan manusia dengan pencipta

1. Menghidupkan rasa perhubungan dengan pencipta (Allah).

2. Satu bentuk hubungan yg unik, berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai atau dapat dibandingkan dengan sebarang bentuk hubungan lain.

Page 50: Tamadun Islam

2. Hubungan manusia sesama manusia.

• Tidak terbatas sesama agama sahaja.

• Mementingkan hubungan baik,saling menghormati, bertoleransi , berdisiplin dll.

Page 51: Tamadun Islam

3. Hubungan manusia terhadap alam .

• Haiwan• Tumbuh-tumbuhan• Tidak merosakkan atau

memusnahkan alam sekitar , membunuh menyiksa dll.

Page 52: Tamadun Islam

SEKIAN .TERIMA KASIH.

SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM DENGAN

BERSUNGGUH-SUNGGUH.11 Januari 2011

Page 53: Tamadun Islam

PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM

1. INTELEKTUALi. Definisi ilmu: - Pengetahuan dan kepandaian (dalam

perkara dunia , akhirat, zahir, batin dll)ii. Pembahagian ilmu:

1. Ilmu dunia 2. Ilmu Akhiratiii. Kesepaduan ilmu:

-Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat saling bersepadu dan berkaitan antara satu sama lain.

Page 54: Tamadun Islam

Pencapaian dan sumbangan intelektual Islam dapat di lihat dalam perkembanganbidang-bidang berikut :

• Bidang Sains Tulin• Bidang Sains Sosial • dan Bidang Seni

Page 55: Tamadun Islam

Kelebihan manusia yang diberi oleh Allah ialah :

Dikurniakan akal fikiran, alam yang sesuai dengan keperluan hidup dan wahyu sebagai panduan hidup. Juga mencari ilmu pengetahuan untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain.

Page 56: Tamadun Islam

Tahap orang yang berilmu atau cendekiawan menurut perspektif Islam ialah orang yang :

- dikurniakan beberapa darjat daripada Allah

- takut dan takwa kepada Allah. - berakal dan bijak.

Page 57: Tamadun Islam

2. Sumbangan intelektual Islam dalam bidang ilmu:

Bidang Sains Tulin:i. Sains &Matematik – Al-Khawarizmiii. Perubatan – Ibnu Sina dan Ar-Raziiii. Astronomi – Az-Zarqaliiv. Fizik- Ibnu Haitham

Page 58: Tamadun Islam

Bidang Sains Sosial :

i. Psikologi – Al-Ghazali.ii. Falsafah - Al-Farabi.iii. Sejarah – Ibnu Khaldun.iv. Pendidikan – HAMKAv. Geografi – Ibnu Batutah

Page 59: Tamadun Islam

Bidang Seni:i. Seni Bina.ii. Seni Khat.iii. Seni ukir.iv. Seni Suara.v. Seni sastera

Page 60: Tamadun Islam

• Naluri manusia sukakan keindahan.

• Seni Islam mementingkan nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak.

• Contoh seni yang dilarang dalam Islam seperti lukisan yang boleh menaikkan nafsu syahawat.

Page 61: Tamadun Islam

Berikut adalah di antara mereka yang memberi sumbangan yang besar dalam tamadun Islam ialah :

• Jabar Ibnu Hayyan• Al-Khawarizmi • ar-Razi• Ibnu Khaldun

• Ibnu Rusyd • Al-Battani• Ibnu Sina • Al-Ghazali• Al-Farabi • HAMKA , dll

Page 62: Tamadun Islam

Tokoh (1) Ibnu Sina

Page 63: Tamadun Islam

IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA

Nama : Abu Ali Hussien bin Abdullah b. Hassan b. Ali b. Sina

Gelaran : AVICENNA Keturunan : Turki T/Lahir : 370H/980M di Turki. M/Dunia : 438H /1037M Umur : 58 tahun

Page 64: Tamadun Islam

1. Biodata; Hussin Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin

Sina Lahir 980M / 424H di Bukhara Keturunan turki Terkenal dalam bidang kedoktoran dan

falsafah Islam

2. Sifat peribadi; Kreatif, gigih, dan tekun dalam

menerokai ilmu khasnya ilmu perubatan . Bersungguh-sungguh mempelajari ilmu Mampu menggabungkan ilmu sains

dengan perkara ghaib . Akalnya cerdas

Page 65: Tamadun Islam

3. Pendidikan: 3.1. Belajar sejak usia 5 tahun di Bukhara . 3.2. Belajar : Ilmu Tafsir , Al-Quran , Fikah ,Usuluddin ,

Tasawwuf , Ilmu Mantic, Matematik, Geografi, Sains, Fizik dan Astronomi

3.3. Hafaz al-Quran umur 10 tahun 3.4. Mempelajari ilmu kedoktoran semasa umur

17 tahun. 3.5. Menjadi doktor ketika berumur 17 tahun

setelah mendapat galakan daripada Ibnu Yahya.

Menghasilkan ‘kitab’ dalam bidang perubatan iaitu Qanun Fi at-Tib ketika berusia 18 tahun.

3.6. Banyak membaca buku semasa bertugas di perpustakaan ( buat rujukan dan fakta hafaz

Page 66: Tamadun Islam

4. Sumbangan;

• Menghasilkan kitab al-qanun fit-tib (membincangkan masalah kedoktoran secaraspekulatif dan praktikal )

• Menghasilkan banyak risalah dalam bidang kedoktoran

• Menjalankan kajian dalam bidang biologi dan fizik (diikitraf pemikirannya mendahului zamannya)

• Membawa pemikiran: ( ilmu logic adalah salah satu cabang sains yang berhubung dengan kajian jiwa )

Page 67: Tamadun Islam

• Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Page 68: Tamadun Islam

• Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Page 69: Tamadun Islam

• Qanun Fi At-Tib karangannya merupakan buku kedoktoran yang muktabar dan menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan dari generasi ke generasihinggalah sekarang. Ia telah diterjemahkan ke berbagai bahasa asing seperti bahasa Latin dan Inggeris

•Dia juga menghasilkan beratus-ratus risalah mengenai bidang perubatan yang menjadi rujukanpara doktor.Selain daripada Qanun Fi At-Tib, hasil karangan beliau yang masyhur ialah :

a) Kitab Al-Najah dan Kitab Al-Isyarah yang berkaitan dengan alam tabie

b) Kitab As-Syifa’ dalam bidang perubatan

Page 70: Tamadun Islam

5. KETOKOHAN

- Ahli Falsafah Islam- Ahli Perubatan Terkenal di mana beliau

telah menghuraikan sebanyak 760 jenis penyakit dan kaedah pengubatanya.- Perdana Menteri di Hamzan setelah beliau menjadi doktor dan mampu menyembuhkan penyakit beberapa pemerintah di sana.- Pakar dalam bidang Anatomi.

Page 71: Tamadun Islam

TOKOH (2) AL-KHAWARIZMI

Page 72: Tamadun Islam

AL-KHAWARIZMI

BIODATA.• Tokoh yang bernama lengkap Abu Ja’far

Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi (780-846 M) ini merupakan intelektual muslim yang banyak menyumbangkan karyanya di bidang matematik, geografi, musik, dan sejarah. Dari namanyalah istilah algoritma diambil.

• Lahir di Khawarizmi, Uzbekistan, pada tahun 194 H/780 M. Kepandaiandankecerdasannya megiktiraf beliau masuk ke lingkungan Dar al-Hukama (Rumah Kebijaksanaan), sebuah lembaga penelitian dan pengembangan ilmu pengetahuan yang didirikan oleh Ma’mun Ar-Rasyid, seorang khalifah Abbasiyah yang terkenal.

Page 73: Tamadun Islam

• Hisab al-Jabr wa al-Muqabla (Pengutuhan Kembali dan Pembandingan) dan Al-Jama’ wa at-Tafriq bi Hisab al-Hind (Menambah dan Mengurangi dalam Matematik Hindu) adalah dua di antara karya-karya Al-Khawarizmi dalam bidang matematik yang sangat penting. Kedua karya tersebut banyak menguraikan tentang persamaan (linear dj& quadratic); penghitungan integrasi dan persamaan dengan 800 contoh yang berbeza; tanda-tanda negatif yang sebelumnya belum dikenal oleh bangsa Arab.

• Dalam Al-Jama’ wa at-Tafriq, Al-Khawarizmi menjelaskan tentang selok-belok kegunaan angka-angka, termasuk angka no dalam kehidupan sehari-hari. Karya tersebut juga diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Al-Khawarizmi juga diyakini sebagai penemu angka no l.

Page 74: Tamadun Islam

• Sumbangan Al-Khawarizmi dalam ilmu ukur sudut juga luar biasa. Tabel ilmu ukur sudutnya yang berhubungan dengan fungsi sinus dan garis singgung tangen telah membantu para ahli Eropah memahami lebih jauh tentang ilmu ini.

• Selain matematik, Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai astronomi. Di bawah Khalifah Ma’mun, sebuah pasukan astronomi yang dipimpinnya berhasil menentukan ukuran dan bentuk bundaran bumi. Penelitian ini dilakukan di Sanjar dan Palmyra. Hasilnya hanya selisih 2,877 kaki dari ukuran garis tengah bumi yang sebenarnya. Sebuah perhitungan luar biasa yang dapat dilakukan pada saat itu. Al-Khawarizmi juga menyusun buku tentang penghitungan waktu berdasarkan bayang-bayang matahari.

Page 75: Tamadun Islam

• Al-Khawarizmi juga seorang ahli geografi. Bukunya, Surat al-Ardl (Bentuk Rupa Bumi), menjadi dasar geografi Arab. Karya tersebut masih tersimpan di Strassberg, Jerman.

• Selain ahli di bidang matematik, astronomi, dan geografi, Al-Khawarizmi juga seorang ahli seni muzik. Dalam salah satu buku matematiknya, Al-Khawarizmi menuliskan pula teori seni muzik. Pengaruh buku ini sampai ke Eropah dan dianggap sebagai perkenalan muzik Arab ke dunia Latin. Dengan meninggalkan karya-karya besar nya sebagai ilmuwan terkemuka dan terbesar pada zamannya, Al-Khawarizmi meninggal pada tahun 262 H/846 M di Bagdad

Page 76: Tamadun Islam

.SUARA MINDA mengajak pelajar sekalain

mencontohi keperibadian AL-KHAWARIZMI yang ternyata disegani oleh masyarakat eropah malah seluruh duia.Bakal-bakal saintis muda harus mencontohinya dan kita tidak semestinya harus mengagungkan tokoh-tokoh ilmuan lain yang natijah nya mengambil iktibar daripada kisah sejarah Ilmuan Islam. Kita harus berbangga dengan mereka.

Page 77: Tamadun Islam

• Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

• Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Page 78: Tamadun Islam

TOKOH (3) IBNU RUSYD

Page 79: Tamadun Islam

• Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad (lahir 1126 dan meninggal dunia 1198) adalah ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains.

• Dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme.

Page 80: Tamadun Islam

Biografi• Ibnu Rushd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di

Cordova (sekarang Sepanyol). Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.

• Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.

• Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal At- Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.

Page 81: Tamadun Islam

• Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rushd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cordova.

• Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.

Page 82: Tamadun Islam

• Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Cordova. Kehadirannya di Cordova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.

• Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.

Page 83: Tamadun Islam

Sumbangan Kematiannya merupakan

kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.

Page 84: Tamadun Islam

Falsafah dan ilmu logik• Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan

hasil kerja Aristotle yang dilupai barat. Melalui terjemahan dari bahasa latin oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotel mula diketahui ramai di barat.

• Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah dari aliran rasmi mazhab Ash'ari. Ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap Ibnu Rushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah barat.

Page 85: Tamadun Islam

• Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad. Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (The Decisive Treatise), beliau menekankan pentingkan berfikir secara analitikal untuk menterjemah Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama' Islam di mana penekanan pentafsiran Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith.

Page 86: Tamadun Islam

• Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut.

• Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya.

Page 87: Tamadun Islam

• Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.

Page 88: Tamadun Islam

Perubatan• Karya besar lain yang pernah dihasilkan oleh

Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine.

• Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.

Page 89: Tamadun Islam

• Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

Page 90: Tamadun Islam

• Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Ibnu Rushd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.

Page 91: Tamadun Islam

Kemasyarakatan• Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu

Rushd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.

• Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya.

Page 92: Tamadun Islam

• Sarjana serba boleh• Karya-karya lain Ibnu RushdMabadil

termasuk Pengantar Ilmu Falsafah, Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.

• Beliau juga telah menulis sebuah buku muzik yang diberi judul "De Anima Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini membuktikan betapa Ibnu Rushd begitu terpengaru dan tertarik oleh ilmu logik yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle.

Page 93: Tamadun Islam

TOKOH (4) AL-FARABI

Page 94: Tamadun Islam

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.

 Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke

Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

 

 

Page 95: Tamadun Islam

• Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).

Page 96: Tamadun Islam

Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.

Page 97: Tamadun Islam

 

 

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.

 

Page 98: Tamadun Islam

Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

 

Page 99: Tamadun Islam

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. 

Page 100: Tamadun Islam

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah. Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. 

Page 101: Tamadun Islam

• Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.

 • Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak

pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.

 • Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai

falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

 

Page 102: Tamadun Islam

• Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.

 • Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah

buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.

Page 103: Tamadun Islam

• Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya. 

• Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. 

Page 104: Tamadun Islam

• Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

Page 105: Tamadun Islam

TOKOH (5) AL-GHAZALI

Page 106: Tamadun Islam

• Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi'i

• (Lahir di Thus; 1058 / 450 H – meninggal di Thus; 1111 / 14 Jumadil Akhir 505 H ketika berumur 52–53 tahun) adalah seorang filosof dan teologi muslim Persia, yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan.

• Ia berkuniah Abu Hamid karena salah seorang anaknya bernama Hamid. Gelar beliau al-Ghazali ath-Thusi berkaitan dengan ayahnya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing dan tempat kelahirannya yaitu Ghazalah di Bandar Thus, Khurasan, Persia (Iran). Sedangkan gelar asy-Syafi'i menunjukkan bahwa beliau bermazhab Syafi'i.

Page 107: Tamadun Islam

• Ia berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya mempunyai cita-cita yang tinggi yaitu ingin anaknya menjadi orang alim dan saleh. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli pikir, ahli filsafat Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia.

• Ia pernah memegang jawatan sebagai Naib Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 14 Jumadil Akhir tahun 505 Hijriah bersamaan dengan tahun 1111 Masehi di Thus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Page 108: Tamadun Islam

• Sifat Pribadi

Imam al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujjah. Ia digelar Hujjatul Islam karena kemampuannya tersebut.

Ia sangat dihormati di dua dunia Islam yaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam. Ia berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Imam al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan..

Page 109: Tamadun Islam

• Ia juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan mengembara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu pengetahuan. Sebelum beliau memulai pengembaraan, beliau telah mempelajari karya ahli sufi ternama seperti al-Junaid Sabili dan Bayazid Busthami.

• Imam al-Ghazali telah mengembara selama 10 tahun. Ia telah mengunjungi tempat-tempat suci di daerah Islam yang luas seperti Mekkah, Madinah, Jerusalem, dan Mesir

Page 110: Tamadun Islam

• Ia terkenal sebagai ahli filsafat Islam yang telah mengharumkan nama ulama di Eropa melalui hasil karyanya yang sangat bermutu tinggi. Sejak kecil lagi beliau telah dididik dengan akhlak yang mulia. Hal ini menyebabkan beliau benci kepada sifat riya, megah, sombong, takabur, dan sifat-sifat tercela yang lain. Ia sangat kuat beribadat, wara, zuhud, dan tidak gemar kepada kemewahan, kepalsuan, kemegahan dan mencari sesuatu untuk mendapat ridha Allah SWT.

Page 111: Tamadun Islam

Karya :

Bidang Teologi:Al-Munqidh min adh-Dhalal Al-Iqtishad fi al-I`tiqad Al-Risalah al-Qudsiyyah Kitab al-Arba'in fi Ushul ad-Din Mizan al-Amal Ad-Durrah al-Fakhirah fi Kasyf Ulum al-

Akhirah. Bidang Tasawuf:Ihya Ulumuddin (Kebangkitan Ilmu-Ilmu

Agama), merupakan karyanya yang terkenal Kimiya as-Sa'adah (Kimia Kebahagiaan)Misykah al-Anwar (The Niche of Lights)

Page 112: Tamadun Islam

Bidang Filsafat:Maqasid al-Falasifah Tahafut al-Falasifah, buku ini membahas

kelemahan-kelemahan para filosof masa itu, yang kemudian ditanggapi oleh Ibnu Rushdi dalam buku Tahafut al-Tahafut (The Incoherence of the Incoherence).

Bidang Fiqah:Al-Mushtasfa min `Ilm al-Ushul

Bidang Logika:Mi`yar al-Ilm (The Standard Measure of Knowledge) al-Qistas al-Mustaqim (The Just Balance) Mihakk al-Nazar fi al-Manthiq (The Touchstone of

Proof in Logic)

Page 113: Tamadun Islam

Pendidikan• Pada tingkat dasar, beliau mendapat

pendidikan secara gratis dari beberapa orang guru karena kemiskinan keluarganya. Pendidikan yang diperoleh pada peringkat ini membolehkan beliau menguasai Bahasa Arab dan Parsi dengan fasih. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap ilmu, beliau mula mempelajari ilmu ushuluddin, ilmu mantiq, usul fiqih,filsafat, dan mempelajari segala pendapat keeempat mazhab hingga mahir dalam bidang yang dibahas oleh mazhab-mazhab tersebut. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dengan Ahmad ar-Razkani dalam bidang ilmu fiqih, Abu Nasr al-Ismail di Jarajan, dan Imam Harmaim di Naisabur.

Page 114: Tamadun Islam

• Oleh sebab Imam al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu, beliau telah dilantik menjadi mahaguru di Madrasah Nizhamiah (sebuah universitas yang didirikan oleh perdana menteri) di Baghdad pada tahun 484 Hijrah. Kemudian beliau dilantik pula sebagai Naib Kanselor di sana. Ia telah mengembara ke beberapa tempat seperti Mekkah,Madinah,Mesir dan Jerusalem untuk berjumpa dengan ulama-ulama di sana untuk mendalami ilmu pengetahuannya yang ada. Dalam pengembaraan, beliau menulis kitab Ihya Ulumuddin yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pemikiran manusia dalam semua masalah.

Page 115: Tamadun Islam

3.PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP PERTUMBUHAN SAINS MODEN DI EROPAH

i. Kerajaan Islam di Sepanyolii. Penterjemahan buku-buku

intelektual Islam.iii. Penubuhan universiti-universiti di

Eropah

Page 116: Tamadun Islam

3.PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP PERTUMBUHAN SAINS MODEN DI EROPAH

i. Kerajaan Islam di Sepanyolii. Penterjemahan buku-buku

intelektual Islam.iii. Penubuhan universiti-universiti di

Eropah

Page 117: Tamadun Islam

4.SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG EKONOMI

i. Prinsip Ekonomi Islam.ii. Sistem perbankan secara Islam.iii. Takaful.iv. Ar-Rahnu.v. Pasaran saham yang halal

Page 118: Tamadun Islam

5.SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG POLITIK.

i. Syura.ii. Sifat-sifat kepimpinan.iii. Konsep Negara

Page 119: Tamadun Islam

TASAWWUR1. AQIDAHi. Definisiii. Mengenal Allah.iii. Kepentingan aqidah.iv. Tugas manusia mencari

kebenaran aqidah

Page 120: Tamadun Islam

2. SYARIAHi. Definisi.ii. Pembahagian syariah: Ibadah. Muamalah. Ekonomi. Munakahat. Siasah. Jinayah

Page 121: Tamadun Islam

3. AKHLAKi. Definisi.ii. Kepentingan akhlak dlm kehidupan

harian.iii. Hubungan antara manusia dengan

pencipta.iv. Hubungan sesama manusia.v. Hubungan manusia dengan alam sekitar.vi. Pendidikan akhlak diperingkat awal

Page 122: Tamadun Islam

TAMADUN ISLAM DAN PERADABAN MANUSIA

”MANUSIA”Asal kejadian manusia menurut Islam: Berasal dari tanah dan bermula dari

Nabi Adam Alaihissalam.

Page 123: Tamadun Islam

Potensi manusia.1) Dinamis -Meningkat dari segi rohani dan jasmani .

2) Kreatif -Mempunyai daya cipta dari bahan yang Allah ciptakan .

3) Inovatif - Menerima perubahan .

Page 124: Tamadun Islam

Manusia ada keperluan yang tersendiri dan semula jadi. Iaitu keperluan rohani dan keperluan jasmani.

Keperluan rohani setiap manusia dapat dicapai melalui ” wujdan” . Wujdan ialah naluri cinta dan rindu kepada Allah.

Page 125: Tamadun Islam

Matlamat Tamadun Islam di antaranya menerangkan cara hubungan manusia dengan Pencipta (Allah) melalui Rukun Islam dan Rukun Iman.

Rukun Islam lima perkara:

1.Mengucap dua kalimah syahadat2.Solat lima waktu.3.Puasa pada bulan Ramadan.4.Zakat.5.Haji.

Page 126: Tamadun Islam

Rukun Iman enam perkara:

1.Percaya kepada Allah,2.Percaya kepada Malaikat, 3.Percaya kepada Kitab suci, 4.Percaya kepada Rasul,5.Percaya kepada Hari kiamat 6.Percaya kepada Qada dan Qadar

Page 127: Tamadun Islam

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

“ Bahawa dalam tubuh manusia ada sepotong daging. Apabila ia baik , maka baiklah seluruh bahagian tubuh yang lain. Apabila ia rosak maka rosaklah (jahatlah) seluruh tubuh yang lain . Ia adalah hati

Page 128: Tamadun Islam

KONSEP KEKELUARGAAN ISLAM

Pembentukan keluarga – bermula dari perkahwinan yang sah.

Perkahwinan merupakan :1. Fitrah semula jadi manusia yang ada hawa

nafsu.2. Merupakan ibadat.3. Dapat membentuk institusi keluarga yang

teratur. 4. Mengembangkan zuriat dan keturunan.

Page 129: Tamadun Islam

BerkahwinPerkahwinan adalah

fitrah semulajadi kehidupan . Hukum berkahwin dalam Islam adalah wajib. Di antara tujuannya ialah memelihara keturunan dan menutup pintu-pintu maksiat dan mengelakkan zina.

Page 130: Tamadun Islam

• ”Kerukunan rumahtangga dapat dicapai melalui perkongsian tanggungjawab antara suami isteri ” .

– Suami ada tanggungjawab masing-masing

Page 131: Tamadun Islam

Isteri juga ada tanggungjawab masing-

masing

Page 132: Tamadun Islam

Tanggungjawab Terhadap Jiran

• Wujudkan persaudaraan• Tidak melakukan kerosakan harta dan

perasaan jiran.• Ucap tahniah atau takziah pada waktu

yg sesuai.• Menghadiri majlis yang tidak

bertentangan dengan Islam• Untuk jiran bukan Islam mempunyai

kewajipan yang sama.