31
PERBENDAHARAAN MALAYSIA Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan Tumbuhan KERAJAAN MALAYSIA AM 5.7

Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Tatacara Pengurusan

Aset Hidup Tumbuhan (TPT) :

Pelupusan Tumbuhan

KERAJAAN MALAYSIA

AM 5.7

Page 2: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 1/30

KANDUNGAN

TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP TUMBUHAN (TPT) ................................... 2

AM 5.7 Pelupusan Tumbuhan ................................................................................... 2

1. Objektif .......................................................................................................... 2

2. Justifikasi Pelupusan ................................................................................... 2

3. Kuasa Melulus Pelupusan ............................................................................ 2

4. Tumbuhan Di Bawah Akta Kuarantin .......................................................... 3

5. Urusetia Pelupusan ...................................................................................... 3

6. Perakuan Pelupusan Tumbuhan KEW.AT-15 (PPT) ................................... 4

7. Cara Pelupusan ............................................................................................. 4

8. Lembaga Pemeriksa ..................................................................................... 5

9. Pelupusan Tanpa Lembaga Pemeriksa ....................................................... 6

10. Tempoh Pelupusan ....................................................................................... 6

11. Pindaan Kaedah Pelupusan ......................................................................... 6

12. Kaedah Pelupusan ........................................................................................ 6

13. Pelaksanaan Kaedah Pelupusan ................................................................. 7

14. Pelupusan Melalui Kontrak Pusat ............................................................. 12

LAMPIRAN ................................................................................................................ 13

Page 3: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 2/30

TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP TUMBUHAN (TPT)

AM 5.7 Pelupusan Tumbuhan

1. Objektif

1.1 Pelupusan Tumbuhan adalah bertujuan untuk:-

1.1.1 Memastikan agensi Kerajaan tidak menyimpan Tumbuhan yang tidak produktif, tidak digunakan atau tidak diperlukan lagi;

1.1.2 Mengelakkan penyebaran penyakit;

1.1.3 Menjimatkan ruang simpanan/ kawasan; dan

1.1.4 Mendapatkan hasil pulangan terbaik.

2. Justifikasi Pelupusan 2.1 Tumbuhan boleh di lupus berdasarkan justifikasi berikut:-

2.1.1 Rosak;

2.1.2 Mati;

2.1.3 Melebihi had umur/ umur ekonomik;

2.1.4 Percambahan kurang daripada piawaian minimum yang ditetapkan;

2.1.5 Tidak cergas;

2.1.6 Cacat;

2.1.7 Tidak tulen; dan

2.1.8 Tidak digunakan atau tidak diperlukan lagi. 3. Kuasa Melulus Pelupusan

3.1 Kuasa untuk meluluskan pelupusan Tumbuhan adalah seperti berikut:-

3.1.1 Kuasa untuk meluluskan pelupusan adalah tertakluk kepada seksyen 5 Akta Perwakilan Kuasa 1956 yang berkuat kuasa.

Page 4: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 3/30

3.1.2 Pegawai-pegawai yang diwakilkan kuasa di bawah akta ini hanya boleh meluluskan mengikut nilai yang telah ditetapkan dan tidak boleh mewakilkan kuasa selanjutnya kepada mana-mana pegawai lain.

3.1.3 Permohonan pelupusan untuk kelulusan Perbendaharaan Malaysia

hendaklah dikemukakan melalui Unit Pengurusan Aset Kementerian/ Jabatan.

4. Tumbuhan Di Bawah Akta Kuarantin Pelupusan Tumbuhan yang dinyatakan di bawah Seksyen 6, Akta Kuarantin

Tumbuhan 1976 tidak tertakluk di bawah peraturan ini. 5. Urusetia Pelupusan

5.1 Unit Pengurusan Aset di Kementerian/Jabatan adalah bertanggungjawab sebagai Urusetia Pelupusan Tumbuhan.

5.2 Tugas-tugas Urus Setia Pelupusan adalah seperti berikut:-

5.2.1 Menguruskan pelantikan Ahli Lembaga Pemeriksa mengikut

KEW.AT-14 (Lampiran A); 5.2.2 Mendapatkan Perakuan Pelupusan Tumbuhan KEW.AT-15

(Lampiran B); 5.2.3 Mendapatkan Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.AT-16

(Lampiran C) atau Laporan Tanpa Lembaga Pemeriksa KEW.AT-17 (Lampiran D);

5.2.4 Menyemak dan memastikan permohonan pelupusan lengkap dan

teratur; 5.2.5 Mengemukakan permohonan kepada Kuasa Melulus; 5.2.6 Maklumkan kelulusan kepada Jabatan untuk tindakan; 5.2.7 Memohon perlanjutan tempoh pelupusan; 5.2.8 Memohon kelulusan meminda kaedah pelupusan;

Page 5: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 4/30

5.2.9 Melantik dua (2) orang saksi yang terdiri daripada sekurang-kurangnya Pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 17 ke atas bagi pelupusan melalui kaedah pemusnahan;

5.2.10 Mendapatkan Sijil Penyaksian Pemusnahan Tumbuhan

KEW.AT-18 (Lampiran E); 5.2.11 Memperolehi Sijil Pelupusan KEW.AT-19 (Lampiran F) bagi

semua pelupusan yang telah dilaksanakan;

5.2.12 Menghantar KEW.AT-19 kepada Kuasa Melulus; dan

5.2.13 Mengemukakan Laporan Tahunan Pelupusan Tumbuhan KEW.AT-20 (Lampiran G) kepada Kementerian sebelum 15 Februari tahun yang berikutnya.

6. Perakuan Pelupusan Tumbuhan KEW.AT-15 (PPT)

6.1 Perakuan Pelupusan Tumbuhan (PPT) perlu diperolehi bagi menyokong permohonan pelupusan Tumbuhan;

6.2 PPT hendaklah disediakan oleh seorang pegawai teknikal dan disahkan oleh Ketua Jabatan; dan

6.3 PPT dikecualikan bagi kes-kes Tumbuhan yang musnah akibat bencana

alam atau yang disyorkan lupus melalui Laporan Kerosakan/ Kemusnahan Tumbuhan KEW.AT-9.

7. Cara Pelupusan

7.1 Pelupusan Tumbuhan hendaklah dilaksanakan melalui dua (2) cara iaitu:-

7.1.1 Melalui Lembaga Pemeriksa bagi pelupusan Tumbuhan yang mempunyai PPT; dan

7.1.2 Tanpa Lembaga Pemeriksa bagi pelupusan Tumbuhan yang dikecualikan PPT dan Bahan Tanaman yang belum dibuat pengeluaran.

Page 6: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 5/30

8. Lembaga Pemeriksa

8.1 Pelantikan Lembaga Pemeriksa

8.1.1 Lembaga Pemeriksa hendaklah dilantik oleh Ketua Jabatan bagi membuat pemeriksaan ke atas Tumbuhan yang hendak dilupuskan.

8.1.2 Lembaga Pemeriksa hendaklah terdiri daripada:-

(i) Sekurang-kurangnya 2 orang pegawai (seorang pengerusi dan seorang ahli) yang tidak terlibat secara langsung dalam pengendalian Tumbuhan berkenaan; (ii) Pegawai yang mempunyai kepakaran memeriksa

Tumbuhan;

(iii) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan Kumpulan Pelaksana Gred 17 dan ke atas. Sekiranya di Jabatan berkenaan tiada pegawai kumpulan P&P maka kedua-dua pegawai yang dilantik boleh terdiri daripada Kumpulan Pelaksana Gred 17 dan ke atas.

(iv) Pegawai Teknikal dari Kementerian/ Jabatan lain boleh

dilantik jika perlu.

8.2 Tugas-tugas Lembaga Pemeriksa adalah seperti berikut:- 8.2.1 Menyediakan jadual pemeriksaan; 8.2.2 Memberitahu Jabatan untuk membuat persediaan; 8.2.3 Memeriksa Tumbuhan dan rekod yang berkaitan; 8.2.4 Mengesyorkan apa-apa kaedah pelupusan yang sesuai di dalam

Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.AT-16; dan 8.2.5 Menandatangani Laporan Lembaga Pemeriksa dan kemukakan

kepada Urus Setia Pelupusan.

Page 7: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 6/30

9. Pelupusan Tanpa Lembaga Pemeriksa

9.1 Ketua Jabatan hendaklah melantik seorang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Pelaksana Gred 17 dan ke atas atau yang setaraf bagi membuat pemeriksaan Tumbuhan yang hendak dilupuskan. Pegawai yang dilantik hendaklah mempunyai kepakaran memeriksa Tumbuhan dan tidak terlibat secara langsung menguruskan Tumbuhan berkenaan.

9.2 Pemeriksaan dilaksanakan dengan menggunakan borang Laporan Tanpa

Lembaga Pemeriksa KEW.AT-17

10. Tempoh Pelupusan

10.1 Tindakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan. 10.2 Permohonan untuk melanjutkan tempoh pelupusan hendaklah

dikemukakan kepada Kuasa Melulus dua (2) minggu sebelum tamat tempoh.

11. Pindaan Kaedah Pelupusan

Permohonan untuk meminda kaedah pelupusan hendaklah dikemukakan kepada Kuasa Melulus beserta justifikasi sebelum tamat tempoh tindakan pelupusan.

12. Kaedah Pelupusan

12.1 Kuasa Melulus boleh menetapkan kaedah pelupusan yang sesuai dan paling menguntungkan Kerajaan. Kaedah pelupusan adalah seperti berikut:-

12.1.1 Jualan secara:-

(i) Tender; (ii) Sebut harga; dan (iii) Terus.

12.1.2 Hadiah

12.1.3 Musnah secara:- (i) Ditimbus;

(ii) Dibakar; dan (iii) Dibuang.

12.1.4 Kaedah lain pelupusan yang difikirkan sesuai.

Page 8: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 7/30

13. Pelaksanaan Kaedah Pelupusan

13.1 Tender

13.1.1 Tender hendaklah dipelawa dengan menggunakan Kenyataan Tawaran Tender Pelupusan Tumbuhan KEW.AT-21 (Lampiran H).

13.1.2 Tender boleh disertai oleh syarikat atau orang perseorangan

kecuali pegawai yang menguruskan tender dan Tumbuhan berkenaan dengan menggunakan Borang KEW.AT-22 (Lampiran I).

13.1.3 Kenyataan tender yang mengandungi maklumat seperti di

KEW.AT-21 hendaklah diiklankan melalui sekurang-kurangnya satu (1) akhbar harian utama Bahasa Melayu

13.1.4 Deposit tender sebanyak 10% daripada harga tawaran tertakluk

kepada maksima RM10,000 hendaklah disertakan bersama tawaran. Setelah keputusan tender diperolehi deposit tender akan diselaraskan kepada petender yang berjaya atau dikembalikan kepada petender-petender yang gagal.

13.1.5 Harga simpanan adalah berdasarkan nilai semasa di Laporan

Lembaga Pemeriksa KEW.AT-16 13.1.6 Tawaran hendaklah dikemukakan dengan menggunakan

sampul berlakri dan dimasukkan ke dalam peti tender Jabatan pada atau sebelum tarikh dan waktu tutup yang ditetapkan. Tender yang lewat diterima tidak boleh dipertimbangkan.

13.1.7 Tender hendaklah dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Tender

yang dilantik mengikut Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan yang berkuatkuasa secepat mungkin selepas tender ditutup.

13.1.8 Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah memberikan

nombor kod untuk setiap tawaran yang diterima dan menyenaraikannya di dalam Borang Jadual Tender KEW.AT-23 (Lampiran J).

13.1.9 Jadual Tender yang lengkap hendaklah ditandatangan oleh

Jawatankuasa Pembuka Tender dan mengemukakannya bersama-sama dengan dokumen-dokumen tawaran kepada Urusetia Tender.

Page 9: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 8/30

13.1.10 Urus Setia Tender hendaklah membuat penilaian dan perakuan

tender kepada Jawatankuasa Penilaian Tender yang dilantik mengikut Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan yang berkuatkuasa untuk keputusan. Perakuan hendaklah disertakan dengan salinan iklan tender, jadual pembukaan tender dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

13.1.11 Jawatankuasa Penilaian Tender hendaklah menimbang tender-

tender dan memilih tawaran yang tertinggi. 13.1.12 Dalam memilih tawaran yang tertinggi, Jawatankuasa Penilaian

Tender hendaklah memastikan harga tawaran yang diterima tidak kurang daripada 70% harga simpanan. Sekiranya harga tawaran kurang daripada 70% harga simpanan, tawaran hendaklah dirujuk kepada Pegawai Pengawal untuk pertimbangan.

13.1.13 Dalam memproses tender, Pegawai Pengawal hendaklah

memastikan bahawa beliau sendiri atau pegawai-pegawai lain yang menguruskan tender tidak mempunyai sebarang kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak mengenai tender itu. Jika Pegawai Pengawal atau pegawai-pegawai lain yang menguruskan tender mempunyai apa-apa kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak, Pegawai Pengawal atau pegawai-pegawai lain yang berkenaan hendaklah mengisytiharkan kepentingan tersebut secara bertulis dan menarik diri daripada menguruskan tender itu. Pengisytiharan bertulis ini hendaklah disertakan bersama jadual dan analisa tender kepada Jawatankuasa Penilaian Tender.

13.1.14 Pegawai dari Kementerian/ Jabatan yang melupuskan

Tumbuhan tidak dibenarkan menyertai tender kerana mungkin wujudnya kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak.

13.1.15 Petender yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh pada hari pengambilan Tumbuhan. Tumbuhan hendaklah diambil dalam tempoh tidak lebih daripada tujuh (7) hari selepas tarikh pemberitahu keputusan. Jika gagal, deposit tender tidak akan dikembalikan.

13.1.16 Sekiranya petender yang berjaya menolak tawaran maka

deposit tender tidak akan dikembalikan.

Page 10: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 9/30

13.1.17 Jawatankuasa Penilaian Tender hendaklah dimaklumkan mengenai penolakan ini bagi membolehkannya menimbang tawaran-tawaran lain.

13.1.18 Jika tawaran-tawaran lain terlalu rendah, tender boleh dipelawa

semula atau dirujuk kepada Pegawai Pengawal bagi mendapatkan kelulusan.

13.1.19 Sekiranya tiada sebarang tawaran diterima, tender boleh

dipelawa semula atau mohon pinda kaedah pelupusan daripada Kuasa Melulus.

13.2 Sebut Harga

13.2.1 Sebut harga hendaklah dipelawa sekurang-kurangnya kepada 5 syarikat atau orang perseorangan.

13.2.2 Kenyataan Tawaran Sebut Harga seberapa boleh disebarkan

dengan meluas dengan menggunakan Borang KEW.AT-24 (Lampiran K).

13.2.3 Tawaran sebut harga hendaklah menggunakan Borang

KEW.AT-25 (Lampiran L). 13.2.4 Harga simpanan adalah berdasarkan nilai semasa di Laporan

Lembaga Pemeriksa KEW.AT-16. 13.2.5 Deposit sebut harga sebanyak 10% daripada harga tawaran

tertakluk kepada maksima RM5,000 hendaklah disertakan bersama tawaran. Setelah keputusan sebut harga diperolehi deposit sebut harga akan diselaraskan kepada penyebut harga yang berjaya atau dikembalikan kepada penyebut harga yang gagal.

13.2.6 Tawaran hendaklah dikemukakan dengan menggunakan

sampul berlakri dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga Jabatan sebelum tarikh dan waktu tutup yang ditetapkan. Sebut harga yang diterima lewat tidak boleh dipertimbangkan.

13.2.7 Sebut harga hendaklah dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka

Sebut Harga pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. 13.2.8 Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga hendaklah dilantik

mengikut Tatacara Perolehan yang berkuatkuasa.

Page 11: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 10/30

13.2.9 Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga hendaklah menyenaraikan semua tawaran yang diterima dengan menggunakan Borang KEW.AT-26 (Lampiran M) dan menandatangani Jadual Sebut Harga tersebut.

13.2.10 Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga hendaklah

mengemukakan Jadual Sebut Harga kepada Urus Setia untuk menilai dan membuat perakuan kepada Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan untuk pertimbangan dan keputusan selanjutnya.

13.2.11 Dalam memilih tawaran yang tertinggi Jawatankuasa Sebut

Harga hendaklah memastikan harga tawaran yang diterima tidak kurang daripada 70% harga simpanan. Sekiranya harga tawaran kurang daripada 70% harga simpanan, tawaran hendaklah dirujuk kepada Pegawai Pengawal untuk pertimbangan.

13.2.12 Dalam memproses sebut harga, Ketua Jabatan hendaklah

memastikan bahawa beliau sendiri atau pegawai-pegawai lain yang menguruskan sebut harga tidak mempunyai sebarang kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak mengenai sebut harga itu. Jika Ketua Jabatan atau pegawai-pegawai lain yang menguruskan sebut harga mempunyai apa-apa kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak, Ketua Jabatan atau pegawai-pegawai lain yang berkenaan hendaklah mengisytiharkan kepentingan secara bertulis dan menarik diri daripada menguruskan sebut harga itu. Pengisytiharan bertulis ini hendaklah disertakan bersama Jadual dan analisa sebut harga kepada Jawatankuasa Sebut Harga.

13.2.13 Pegawai dari Kementerian/ Jabatan yang melupuskan

Tumbuhan tidak dibenarkan menyertai sebut harga kerana mungkin wujudnya kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak.

13.2.14 Penyebut harga yang berjaya hendaklah diberitahu dengan

serta merta. Sekiranya penyebut harga yang terpilih menolak tawaran, deposit sebut harga tidak akan dikembalikan. Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah menimbang tawaran-tawaran lain atau memutuskan pelawaan sebut harga semula.

13.2.15 Penyebut harga yang berjaya hendaklah membuat pembayaran

penuh pada hari pengambilan Tumbuhan. Tumbuhan hendaklah diambil dalam tempoh tidak lebih daripada tujuh (7)

Page 12: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 11/30

hari selepas tarikh pemberitahu keputusan. Jika gagal, deposit tidak akan dikembalikan.

13.3 Jualan Terus

Pelupusan Tumbuhan melalui kaedah jualan terus boleh dilaksanakan atas sebab-sebab berikut; 13.3.1 Pelupusan secara jualan terus tertakluk kepada jumlah harga

tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000) atau jumlah beratnya tidak melebihi satu ribu kilogram (1000kg) mengikut mana terendah.

13.3.2 Tidak dapat disimpan lama kerana kualitinya akan terjejas akibat

hal yang di luar kawalan.

13.3.3 Perlu dikeluarkan kerana tempat penyimpanan yang terhad. 13.3.4 Kadar harga jualan terus mengikut harga yang ditetapkan oleh

Ketua Jabatan. 13.3.5 Hasil jualan hendaklah direkodkan dan dimasukkan ke dalam

Akaun Hasil Kerajaan.

13.4 Hadiah

13.4.1 Tumbuhan yang boleh dilupuskan secara hadiah adalah Tumbuhan yang masih boleh digunakan/ produktif tetapi tidak diperlukan atau melebihi keperluan;

13.4.2 Pelupusan Tumbuhan secara hadiah boleh dilaksanakan kepada

mana-mana organisasi, pertubuhan atau badan-badan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan pengeluaran hasil, pembiakan bahan tanaman, pemerhatian teknologi dan penyelidikan;

13.4.3 Kaedah pelupusan secara hadiah dilaksanakan berasaskan:-

(i) Permohonan atau keperluan penerima; dan (ii) Kos pengendalian dan pengangkutan hendaklah ditanggung

oleh penerima. 13.4.4 Cadangan pelupusan secara hadiah hendaklah disokong dengan

Surat Permohonan daripada pemohon; dan

Page 13: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 12/30

13.4.5 Surat Akuan Penerimaan hendaklah diperolehi daripada penerima dan dikemukakan kepada Kuasa Melulus beserta Sijil Pelupusan Tumbuhan KEW.AT-19.

13.5 Musnah

13.5.1 Pelupusan secara musnah boleh dilaksanakan ke atas

Tumbuhan yang tiada nilai jualan atau yang boleh menyebabkan kemusnahan kerana berpenyakit dan sebagainya;

13.5.2 Mendapat kelulusan tempat pemusnahan daripada Pihak

Berkuasa yang berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain;

13.5.3 Mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh

Pihak Berkuasa yang berkenaan; dan 13.5.4 Sijil Penyaksian Pemusnahan Tumbuhan KEW.AT-18 hendaklah

disediakan selepas tindakan selesai.

13.6 Kaedah-kaedah lain pelupusan hendaklah mendapat kelulusan daripada Pegawai Pengawal atau Ketua Pengarah Jabatan.

14. Pelupusan Melalui Kontrak Pusat

Jika terdapat pelupusan melalui kontrak pusat, Kementerian/ Jabatan hendaklah menggunakan peraturan berkenaan.

Page 14: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7

M.S. 13/30

LAMPIRAN

Page 15: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran A

M.S. 14/30

KEW.AT-14

No. Rujukan: Tarikh: Kepada: …………………………………….

…………………………………….

(Gelaran jawatan pegawai yang dilantik)

LANTIKAN SEBAGAI LEMBAGA PEMERIKSA PELUPUSAN TUMBUHAN Saya sebagai Ketua Jabatan dengan ini melantik tuan/puan sebagai Pengerusi/Ahli

Lembaga Pemeriksa untuk memeriksa Tumbuhan yang dicadang untuk dilupuskan bagi

tempoh selama ……………………… (tahun) mulai dari ………………………… hingga

…………………………..

2. Laporan pemeriksaan hendaklah disediakan dengan menggunakan borang

Laporan Lembaga Pemeriksa (KEW.AT-16) dan dikemukakan kepada Urusetia

Pelupusan Jabatan dalam tempoh dua (2) minggu selepas pemeriksaan dijalankan.

……………………………………..

(Tandatangan Ketua Jabatan)

Nama : ………………………………..

Jawatan : ……………………………….

Tarikh : ............................................

Cap Jabatan :

Page 16: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran B

M.S. 15/30

Page 17: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran C

M.S. 16/30

Page 18: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran D

M.S. 17/30

Page 19: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran E

M.S. 18/30

KEW.AT-18 KEMENTERIAN/JABATAN :_________________________________________

SIJIL PENYAKSIAN PEMUSNAHAN TUMBUHAN Disahkan Tumbuhan seperti maklumat berikut telah dimusnahkan. Jenis Tumbuhan : …………………………………………

Kuantiti : …………………………………………

Secara* : (Timbus/Bakar/Buang/Lain-lain*)

Tarikh : …………………………………………

Tempat : …………………………………………

……………………………….. …………………………….

Tandatangan Tandatangan

Nama : ………………………… Nama : …………………….

Jawatan : ………………………… Jawatan : …………………….

Tarikh : ………………………… Tarikh : …………………….

Cap : Cap :

* Sila nyatakan : ________________________________

* Pilih mana yang berkenaan

Page 20: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran F

M.S. 19/30

KEW.AT-19

KEMENTERIAN/JABATAN :_________________________________________

SIJIL PELUPUSAN TUMBUHAN

Merujuk surat kelulusan No.Rujukan………………………..…… bertarikh…………..….., saya mengesahkan tindakan pelupusan telah dilaksanakan seperti berikut:- 1. Tumbuhan berikut telah dipindahkan/ dihadiahkan.

Bilangan ……..……… dipindahkan/ hadiah kepada …………………… (Surat

Akuan Terima disertakan).

2. Tumbuhan berikut telah dijual.

Bilangan ……..…… No. Resit ………………………………… (Salinan resit

disertakan).

3. Tumbuhan berikut telah dimusnahkan.

Bilangan ……..….....…….................... (Sijil Penyaksian Pemusnahan disertakan).

Tandatangan Ketua Jabatan : ……………………………………………….

Nama : ……………………………………………….

Jawatan : ……………………………………………….

Tarikh : ……………………………………………….

Cap Jabatan/Pusat/Stesen : ……………………………………………….

Page 21: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran G

M.S. 20/30

KEW.AT-20

LAPORAN TAHUNAN PELUPUSAN TUMBUHAN

TAHUN:……………….

KEMENTERIAN/JABATAN/JABATAN/PTJ :…………………………………………………..............................................…….

BIL JABATAN/ PUSAT/ STESEN JUMLAH NILAI

SEMASA (RM)

HASIL PELUPUSAN

(RM)

JUMLAH NILAI SEMASA SECARA (RM)

JUALAN PINDAHAN MUSNAH

Tandatangan : ……………………………………………. (Ketua Jabatan) Nama : …………………………………………….

Jawatan : …………………………………………….

Tarikh : …………………………………………….

Cap Jabatan :

Page 22: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran H

M.S. 21/30

KEW.AT-21

No.Tender : KENYATAAN TAWARAN TENDER PELUPUSAN TUMBUHAN KERAJAAN 1. Tender adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat

untuk membeli tumbuhan seperti berikut:

Bil Keterangan Tumbuhan Kuantiti Harga Simpanan

Deposit Tender

1.

2.

3.

2. Tumbuhan boleh dilihat pada ______________hingga _____________di antara

jam_____________hingga___________ di ____________________________.

3. Tender akan ditutup pada _______________ jam 12.00 tengahari.

4. Tawaran boleh dibuat dengan menggunakan Borang Tender Pelupusan

Tumbuhan Kerajaan (KEW.AT-22) yang boleh diperolehi di alamat

________________________________________________________________

Tempoh sah laku tawaran adalah 60 hari bermula dari tarikh tender ditutup.

5. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan

sampul berlakri dan ditanda dengan No.Tender ___________ dan dihantar

melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat :

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Page 23: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran H

M.S. 22/30

6. SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN TENDER

6.1 Tumbuhan akan dijual tertakluk kepada harga simpanan. 6.2 Petender adalah dikehendaki menyertakan deposit tender sebanyak 10%

daripada harga tawaran atau tertakluk kepada maksima RM10,000.

Deposit tender hendaklah dalam bentuk kiriman wang/ wang pos/ draf

bank atas nama ___________________________________________.

(Kementerian/Jabatan).

6.3 Tawaran tanpa/kurang deposit tender tidak akan dipertimbangkan.

6.4 Semua tumbuhan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is-basis).

6.5 Semua perbelanjaan berkaitan pembelian tumbuhan seperti kos menggali,

menebang, mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh

pembeli sendiri.

6.6 Petender yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh pada hari

pengambilan Tumbuhan. Tumbuhan hendaklah diambil dalam tempoh

tidak lebih daripada tujuh (7) hari selepas tarikh pemberitahu keputusan.

Jika gagal, deposit tender tidak akan dikembalikan.

6.7 Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas tumbuhan yang telah dijual.

Page 24: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran I

M.S. 23/30

KEW.AT-22

BORANG TENDER PELUPUSAN TUMBUHAN

Nama Individu/ Syarikat :

No Kad Pengenalan/ Pendaftaran Syarikat:

Alamat :

________________________________________

________________________________________

________________________________________

Kepada :

________________________________________

________________________________________

________________________________________

(Nama dan Alamat Kementerian/ Jabatan)

Tuan, Tawaran Untuk Tender No. …………………/…………… Merujuk kepada perkara di atas, saya/syarikat berminat menyertai tender tersebut. 2. Tawaran saya/syarikat adalah seperti berikut:-

Bil. Keterangan Tumbuhan Kuantiti Harga Tawaran (RM)

Page 25: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran I

M.S. 24/30

3. Bersama-sama ini disertakan deposit tender (sebanyak 10%) daripada harga

tawaran Tumbuhan di atas atau RM10,000 mengikut mana yang terendah) yang

bernilai Ringgit Malaysia __________________________________ (RM___________)

dalam bentuk kiriman wang/ wang pos/ draf bank no. __________________________

atas nama _________________________________________ (Kementerian/Jabatan).

4. Saya/ syarikat memahami dan bersetuju dengan semua syarat-syarat yang

ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan _____________________________

Nama/Cap Syarikat _____________________________

Page 26: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran J

M.S. 25/30

KEW.AT-23

JADUAL TENDER PELUPUSAN TUMBUHAN KERAJAAN

(Untuk dipamer di Papan Kenyataan)

Bil Kod Petender Harga (RM)

Nota : Harga tawaran di atas adalah harga yang tercatat di dalam dokumen tender yang

diterima sebelum diperiksa. Kerajaan adalah tidak terikat menerima mana-mana

tender yang dijadualkan.

____________________________

(Tandatangan Pengerusi)

Nama : ……………………………

Jawatan : ……………………………

________________________ _________________________

(Tandatangan Ahli) (Tandatangan Ahli)

Nama : …………………….... Nama : ……………………....

Jawatan : ……………………… Jawatan : ………………………

Tarikh : ______________________

Page 27: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran K

M.S. 26/30

KEW.AT-24

No.Sebut harga :

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN TUMBUHAN KERAJAAN Kementerian/Jabatan : ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________

1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli Tumbuhan seperti berikut:

Bil Keterangan Tumbuhan

Kuantiti Harga Simpanan (RM)

Deposit Sebut harga (RM)

2. Tumbuhan boleh dilihat pada ____________ dan/ hingga ______________ di antara jam ___________ hingga ________ di __________________________.

3. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut harga Pelupusan Tumbuhan Kerajaan (KEW.AT-25) yang boleh diperolehi di alamat:- ___________________________________________________________

___________________________________________________________ ___________________________________________________________ Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 60 hari dari tarikh sebut harga ditutup.

4. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan ditanda No.Sebut harga ________/___________dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat:-

________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ 5. Tarikh tutup sebut harga pada ____________ jam 12.00 tengahari. Sebut harga

yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. ______________________ (Tandatangan Ketua Jabatan) Nama : Jawatan : Tarikh : Cap :

Page 28: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran K

M.S. 27/30

SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA 1. Tumbuhan akan dijual tertakluk kepada harga simpanan. 2. Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak

10% daripada harga tawaran atau RM5,000 mengikut mana yang terendah.

Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk kiriman wang/wang pos/draf bank

sahaja atas nama _____________________________ (Kementerian/ Jabatan).

3. Tawaran tanpa/kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

4. Semua Tumbuhan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat

(as-is-where-is basis).

5. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian Tumbuhan seperti kos menggali,

menebang, mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli

sendiri.

6. Penyebut harga yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh pada hari

pengambilan Tumbuhan. Tumbuhan hendaklah diambil dalam tempoh tidak lebih

daripada tujuh (7) hari selepas tarikh pemberitahu keputusan. Jika gagal, deposit

tidak akan dikembalikan.

7. Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas Tumbuhan yang telah dijual.

Page 29: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran L

M.S. 28/30

KEW.AT-25

BORANG SEBUT HARGA PELUPUSAN TUMBUHAN KERAJAAN

Nama Individu/Syarikat :

No Kad Pengenalan/Pendaftaran Syarikat:

Alamat :

________________________________________

________________________________________

________________________________________

Kepada :

________________________________________

________________________________________

________________________________________

(Nama dan Alamat Kementerian/Jabatan)

Tuan,

Tawaran Untuk Sebut Harga No. …………………/……………

Merujuk kepada perkara di atas, saya/syarikat berminat menyertai sebut harga tersebut.

2. Tawaran saya/syarikat adalah seperti berikut:-

Bil. Keterangan Tumbuhan Kuantiti Harga Tawaran (RM)

Page 30: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran L

M.S. 29/30

3. Bersama-sama ini disertakan deposit sebut harga sebanyak 10% daripada harga

tawaran Tumbuhan di atas atau RM5,000 (mengikut mana yang terendah) yang bernilai

Ringgit Malaysia _____________________________________ (RM___________)

dalam bentuk kiriman wang/wang pos/draf bank no. __________________________

atas nama ____________________________________________________________.

(Kementerian/Jabatan)

4. Saya/syarikat memahami dan bersetuju dengan semua syarat-syarat yang

ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan : _____________________________

Nama/Cap Syarikat : _____________________________

Page 31: Tatacara Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan (TPT) : Pelupusan

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 5.7 Lampiran M

M.S. 30/30

KEW.AT-26

JADUAL SEBUT HARGA PELUPUSAN TUMBUHAN KERAJAAN

(Untuk dipamer di Papan Kenyataan)

Bil Kod Penyebut harga Harga (RM)

Nota : Harga tawaran di atas adalah harga yang tercatat di dalam dokumen sebut harga

yang diterima sebelum diperiksa. Kerajaan adalah tidak terikat menerima mana-

mana sebut harga yang dijadualkan.

____________________________

(Tandatangan Pengerusi)

Nama : .……………………………

Jawatan : ……………………………

________________________ __________________________

(Tandatangan Ahli) (Tandatangan Ahli)

Nama : …………………….. Nama : ……………………..

Jawatan : ……………………… Jawatan : ………………………

Tarikh : ______________________