2
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan adalah berusaha maju ke arah memajukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya menuju ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa depan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. 1 Tanggungjawab terhadap pelajaran 1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. 1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 1.4 Membimbing dan mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar tanpa sebarang bayaran. 1.5 Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan

Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan adalah

berusaha maju ke arah memajukan warganegara yang berilmu, yang taat

setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa

pentingnya menuju ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang

percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip

Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami

kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak

zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada

masa depan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab

membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya,

maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk

membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan

yang setinggi-tingginya.

1 Tanggungjawab terhadap pelajaran

1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar

daripada hal-hal lain.

1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira

faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial,

keturunan atau agama.

1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar

kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

1.4 Membimbing dan mengajar seseorang pelajar dalam darjah

sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar tanpa

Page 2: Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia

sebarang bayaran.

1.5 Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan

tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada

pelajar.

1.6 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui

pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus

ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya

pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

2 Tanggungjawab terhadap ibu bapa

2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anakanak mereka.

2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang

erat.

2.3 Merahsiakan maklumat yang diberi oleh ibu bapa mengenai

keadaan rumah tangga dan anak-anak mereka kecuali

mereka yang berhak.

2.4 Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anakanak secara

teliti dan bijaksana.