24
TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR ZULKIFLI BIN MAMAT KOD PENYELIDIKAN: 03-08-36-07 FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2008

TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

ZULKIFLI BIN MAMAT

KOD PENYELIDIKAN: 03-08-36-07

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008

Page 2: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

ZULKIFLI BIN MAMAT NO. PEKERJA : K0I037 Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UPSI 30 SEPTEMBER 2008

Page 3: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

PENGHARGAAN

ii

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.

Saya amat bersyukuir kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya maka telah diberi

kekuatan kepada saya untuk menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna.

Setinggi penghargaan keluarga saya yang memberi inspirasi dan sokongan dalam

menyiapkan dan menyempurnakan penyelidikan ini. Ucapan terima kasih juga kepada

Pusat Pengurusan dan Penyelidikan, Pusat ICT, pihak Bendahari, dekan, timbalan dekan,

pegawai tadbir dan juruteknik yang terlibat dalam memberikan kerjasama sebaik

mungkin. Akhir sekali, penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan

kerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan

penyelidikan ini.

ZULKIFLI BIN MAMAT

Penyelidik

Page 4: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

iii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan tekanan dan burnout serta mengenalpasti kesan-kesan tekanan yang dialami oleh kaunselor sekolah-sekolah menengah empat daerah di negeri Pahang. Seramai 200 orang responden telah mengisi dan menjawab borang soal selidilc yang terdiri dari 82 orang responden lelaki dan 118 orang responden perempuan. Maklumat-maklumat kajian diperolehi dengan menggunakan satu set borang soal selidik. Data tersebut -dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS versi 11. Pembolehubah-pembolehubah tunggal dilaporkan dalam bentuk peratus, min, median dan kekerapan. Manakala perkaitan angkubah bebas dan angkubah bersandar diuji dengan menggunakan Ujian-t dan Kolerasi Pearson (r). Dapatan kajian menunjuklcan faktor-faktor tekanan seperti perhubungan kerja dan persekitaran terdapat hubungan yang signifikan di antara kaunselor lelaki dengan kaunselor perempuan. Manakala faktor-faktor yang menyebabkan burnout seperti bidang kerja, tekanan kerja dan konflik peranan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kaunselor lelaki dengan kaunselor perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan di antara kaunselor yang mempunyai masalah tekanan yang tinggi terhadap masalah fisiologi dan psikologi. Ini menggambarkan kaunselor di sekolah-sekolah menengah empat daerah di negeri Pahang mengalami tekanan dan burnout yang sangat tinggi. Oleh itu, sebagai usaha untuk mengurangkan masalah tekanan dan burnout dalam kalangan kaunselor tersebut, adalah dicadangkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap beban tugas serta kebajikan mereka.

Page 5: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

Stress an Burnout Among Counselor In Secondary School of Pahang Darul Makmur District

This research is to identify the causes of the pressures faced by the counselors at secondary school in the four district in Pahang Darul Makmur. It is also to identify the effects of the problems that is experienced by these counselors. A total of200 respondents were chosen to fill in the survey form in which 82 respondents are male counselors and 118 respondent are female counselors. This information is obtained using the survey

forms which then analyzed through SPSS version 11. The using variable is reported in the form of percentage, min, median and frequency. The relation berween the free variable and leaning variable is tested using the t-test and Pearson Correlation. The findings of the research shows that there is a significant different between the male counselors and female counselors in the pressure that is coused by the jobs and environment. While causes that caused the burnout like work, work pressure and conflict also show a significant different between female counselors and male counselors. The findings also shows that there is a relation between counselor who are facing pressure towards pysiology and psychology problems. This shows that the counselors in secondary schools in the four district of negeri Pahang Darul Makmur is feeling the pressure and burnout at a high level As such, an effort to reduce the pressure among the counselors in the Pahang Darul Makmur, a consideration needs to be taken by the Ministry of Education.

Page 6: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

V

ISIKANDUNGAN MUKA SURAT

PENGAKUAN i PENGHARGAAN ii ABSTRAK iii SENARAIJADUAL viii SENARAI RAJAH ix SENARAI SINGKATAN x

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN

1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kaj ian 3 1.3 Pendekatan Teori 6

1.3.1 Kerangka Teoritikal Tekanan 6 1.3.1.1 Model Rangka Tekanan Kerja Dalam Organisasi 7

1.4 Pernyataan Masalah 11 1.5 Persoalan Kajian 12 1.6 Tuj uan Kajian 13

1.6.1 Tujuan Umum 13 1.6.2 Tujuan Khusus 13

1.7 Hipotesis Kajian 14 1.7.1 Hipotesis Umum 14 1.7.2 Hipotesis Khusus 14

1.8 Defmisi Pembolehubah 15 1.8.1 Defmisi Konsep 15

"1.8.1.1 Tekanan 15 1.8.1.2 Burnout 17 1.8.1.3 Kaunselor 19

1.8.2 Defmisi Operasional 21 1.8.2.1 Tekanan 21 1.8.2.2 Burnout 22 1.8.2.3 Kaunselor 22

1.9 Kepentingan Kajian 23 l.l0 Rumusan 25

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 2.2 Tekanan

2.2.1 Kajian Luar Negara 2.2.2 Kajian Dalam Negara

26 26 26 34

Page 7: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

vi

2.3 Burnout 39 2.3.1 Kajian Luar Negara 39 2.3.2 Kajian Dalam Negara 42

2.4 Rumusan 45

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 3.2 Reka bentuk Kajian 3.3 Alat Kajian

3.3.1 Bahagian A: Maklumat Diri 3.3.2 Bahagian B: Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Tekanan 3.3.3 Bahagian C: Kesan-Kesan Tekanan

3.4 Tempat Kajian 3.5 Subjek Kajian

3.5.1 Populasi 3.5.2 Sampel Kajian

3.6 Prosedur Kajian 3.7 Penganalisaan Data

3.7.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 3.7.2 Kaedah Pemarkatan 3.7.3 Pengujian Hipotesis

3.8 Rumusan

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 55 4.2 Keputusan Kajian 56

4.2.1 Latar Belakang Responden 56 4.2.2 Faktor-Faktor Tekanan Dan Burnout 57

4.2.2.1 Faktor Perhubungan Kerja Dengan Rakan-rakan Member! Tekanan Kepada Kaunselor 57

4.2.2.2 Faktor Persekitaran Memberi Tekanan Kepada Kaunselor 59 4.2.2.3 Faktor Tekanan Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor 60 4.2.2.4 Faktor Bidang Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor 62 4.2.2.5 Faktor Konflik Peranan Memberi Burnout Kepada Kaunselor 63

4.2.3 Kesan Fisiologi 64 4.2.3.1 Penyakit Akut Yang Dialami Oleh Kaunselor 65 4.2.3.2 Penyakit Kronik Yang Dialami Oleh Kaunselor 67

4.2.4 Kesan Psikologi 68 4.4 Keputusan Pengujian Hipotesis Kajian 69 4.5 Rumusan 74

46 46 47 48 48 49 49 50 50 50 50 51 51 52 53 54

Page 8: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

vii

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 76 5.2 Perbincangan 76

5.2.1 Latar Belakang Responden 76 5.2.2 Tekanan Dari Segi Faktor Perhubungan Kerja 77 5.2.3 Tekanan Dari Segi Faktor Persekitaran 77 5.2.4 Burnout Dari Segi Faktor Tekanan Kerja 78 5.2.5 Burnout Dari Segi Faktor Bidang Kerja 79 5.2.6 Burnout Dari Segi Faktor Konflik Peranan 80 5.2.7 Kesan Fisiologi 80 5.2.8 Kesan Psikologi 81

5.2 Rumusan Kajian 82 5.3 Implikasi Kajian 84 5.4 Cadangan 85 5.5 Rumusan 87

RUJUKAN 88

LAMPIRAN A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 93 B Borang Soal Selidik 94

Page 9: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

viii

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Tekanan Dan Burnout 51

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Ciri-ciri Demografi 56

Jadual 4.2 Faktor Perhubungan Kerja Dengan Rakan-rakan Memberi 57 Tekanan Kepada Kaunselor

Jadual 4.3 Faktor Persekitaran Memberi Tekanan Kepada Kaunselor 59

Jadual 4.4 Faktor Tekanan Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor 60

Jadual 4.5 Faktor Bidang Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor 62

Jadual 4.6 Faktor Konflik Peranan Memberi Burnout Kepada Kaunselor 63

Jadual 4.7 Penyakit Akut Yang Dialami Oleh Kaunselor 65

Jadual 4.8 Penyakit KronikYang Dialami Oleh Kaunselor 67

Jadual 4.9 Kesan Psikologi yang Dialami Oleh Kaunselor 68

Jadual 4.10 Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki 70 Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor Perhubungan Kerja

Jadual 4.11 Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki 70 Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor Persekitaran

Jadual 4.12 Masalah Tekanan Dengan Masalah Fisiologi .. 71

Jadual 4.13 Masalah Tekanan Dengan Masalah Psikologi 72

Jadual 4.14 Perbandingan Skor-Skor Burnout Di Antara Kaunselor Lelaki 72 Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor Tekanan Kerja

Jadual 4.1.5 Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki 73 Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor Bidang Kerja

Jadual 4.16 Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki 74 Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor Konflik Peranan

Page 10: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

SENARAI RAJAH

Rangka Tekanan Kerja Dalam Organisasi

Rangka Kewujudan Tekanan

Page 11: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

SENARAI SINGKATAN

df Darjah Kebebasan

K Kekerapan

n Bilangan Sampel

p Aras Signifikan

r Pekali Kolerasi

SD Standard Deviation

SDT Sederhana Tekanan

Sig. Signifikan

ST Sedikit Tekanan

STN Sangat Tekanan

SPSS Statistical Package for Social Science

TT Tiada Tekanan

t Perbezaan Dua Sampel

% Peratus

< Kurang Daripada

> Lebih Daripada

Page 12: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.1 Pengenalan

Dalam zaman moden ini, tekanan atau stress adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan

daripada hidup. Di mana-mana sahaja seseorang itu alcan menghadapi tekanan, tidak kira

sama ada ketika belajar di sekolah ataupun universiti, bekerja di pejabat, bermain di

padang, berada di dalam ataupun di luar rumah mahupun ketika sedang memandu

kenderaari, Setiap individu juga memberikan reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza

kepada tekanan yang dialaminya. Ada individu yang mampu menghadapi tekanan dengan

mudah, tetapi tidak kurang juga yang terpaksa dibantu, diberi sokongan dan bantuan

ketika menghadapi tekanan.

Apa yang pasti, tekanan ialah salah satu punca kepada hampir semua masalah dan

kecelaruan psikologi. Tekanan yang berlebihan akan mengakibatkan perasaan bimbang,

gelisah, runsing, sedih dan kadang-kadang menimbulkan berbagai-bagai masalah

Page 13: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

2

psikosomatik. Seseorang individu yang sedang dalam situasi sebegini ada kemungkinan

bertindak di luar batas norma masyarakat akibat daripada terjejasnya kemampuan berfikir

secara rasional. Rohany mengatakan, "Apabila berlakunya krisis, seseorang itu tidak

mampu berfikir dengan baik. Keupayaan berfikir juga terjejas kerana gangguan emosi

yang serius. Sesuatu kejadianyang berlaku dalam situasi beginijuga biasanya dikaitkan

dengan persepsi ancaman kepada kehidupan atau integriti diri seseorang" (Berita

Harian, 6 Jun 1994, hal. 21, dalam HairunnajaNajmuddin, 2004).

Dunia pendidikan hari ini jauh berbeza dengan dunia pendidikan tiga puluh tahun

yang lalu. Tanggungjawab seorang guru hari ini, bulcan hanya sekadar mengajar murid

membaca, menulis dan mengira. Kerjaya perguruan sekarang lebih memerlukan

komitmen dan kekuatan dalaman yang tinggi bagi meneruskan kerjaya yang semakin luas

skop peranan dan tugasnya. Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan

sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya

peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan,

pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Junaidah, 1995). Justeru itu,

dengan pelaksanaan berbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan

peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.

Guru pada hari ini memikul banyak beban tugas sampingan yang kadang-kadang

apabila difikirkan bagai tidak logik untuk dipertanggungjawabkan ke atas seorang guru.

Guru yang sudah sedia terbeban dengan tugas harian ini kadangkala terpaksa berhadapan

dengan kerenah pihak pentadbir yang inginkan kesempurnaan dalam setiap tugasan yang

Page 14: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

3

diberikan.. Hasil daripada bebanan tugas ini maka tidak hairanlah ramai dalam kalangan

guru sekarang mengalami tekanan yang boleh membawa kepada gejala 'burnout'

sebagaimana yang ditulis oleh Rohany (2003), salah satu bidang pekerjaan yang dikenal

pasti sebagai pekerjaan yang berpotensi menjadikan pekerjanya burnout ialah bidang

perguruan. Menurut Kryriacou dan Sutcliffe (1978) dalam Haberman M. (2005), burnout

terjadi apabila guru-guru tidak dapat mengawal tekanan dan akhirnya memberi kesan

kepada harga diri dan kesejahteraan diri. Manakala menurut Pines dan Aronson dalam

Farber (1983), berpendapat bahawa burnout dicirikan sebagai kehabisan tenaga fizikal,

perasaan tidak berdaya dan tidak berharapan, keletihan emosi dan kewujudan konsep

kendiri dan silcap negatif terhadap pekerjaan, kehidupan dan orang lain.

Tugas guru yang semakin kompleks sesuai dengan perubahan zaman ini memaksa

pihak pentadbir cuba bersaing antara selcolah untuk menaikkan nama selcolah masing-

masing dan untuk menjayakannya, ia secara langsung melibatkan guru. Jika pihak

pentadbir faham dengan beban kerja yang ditanggung oleh guru, mereka akan membantu

guru untuk menangani tugas mereka dan memberi penghargaan ke atas setiap sumbangan

yang telah diberikan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Manusia sentiasa menghadapi pelbagai bentuk masalah, sama ada di rumah, di dalam

perjalanan ke bandar, di tempat kerja, di sekolah, di tempat-tempat beribadat, di tempat

membeli belah dan sebagainya. Masalah ini dikenali sebagai tekanan hidup. Kebanyakan

Page 15: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

4

masa tekanan hidup ini boleh dihadapi dengan mudah. Adakalanya memerlulcan bantuan

daripada rakan-rakan untuk mengatasinya dan ada juga bentuk tekanan yang

menyebabkan masalah kepada perjalanan kehidupan seharian manusia. Charleswort dan

Nathan (1982) menamakan abad ke 20 sebagai "Abad Tekanan". Ini kerana tekanan

hidup merupakan satu punca masalah kepada kehidupan yang paling kerap dihadapi oleh

manusia pada zaman ini. Malahan di Malaysia, pakar sakit jiwa berkata yang "penyakit

jiwa seperti tekanan jiwa, perasaan kesugulan, ketagihan arak, ubat-uhatan dan dadah

serta cemas dan khuatir kian meningkat sejak 10 tahun yang lepas" (Utusan Malaysia,

23/11/88 hlm.9).

Dengan itu, adalah amat perlu untuk kita mengkaji fenomena ini agar dapat

memahaminya dengan lebih jelas dan dapat membantu kita mengelakkan diri daripada

tekanan. Cox (1978) menyatakan bahawa setiap orang akan memberi tindakbalas yang

berlainan terhadap satu bentuk tekanan yang sama. Selye (1978) menyatakan pada

asasnya, terdapat empat bentuk tekanan iaitu tekanan yang berlebihan, kurang tekanan,

tekanan yang baik dan berguna serta tekanan yang memudaratkan. Setiap orang

mendekati sesuatu rangsangan daripada pelbagai sudut, ada yang melihatnya sebagai

tekanan yang tidak memberi apa-apa manfaat dan ada yang menggunakan tekanan yang

dihadapi dengan sepenuhnya. Oleh itu, manusia perlu mengetahui faktor-faktor yang

menyebabkan tekanan, kesan-kesannya serta cara mengurus tekanan yang dihadapi.

Tekanan telah dikenalpasti sebagai punca kepada hampir semua masalah dan

kecelaruan psikologi. Seseorang yang terlalu kerap menghadapi tekanan umpamanya

Page 16: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

5

akan mengalami kemurungan, kerunsingan, kesedihan dan beberapa masalah

psikosomatik. Oleh sebab itu, konsep tekanan ini telah menjadi satu perkataan harian

yang digunakan oleh ahli masyarakat, perkara ini harus diberi perhatian yang

secukupnya.

Walau apa jua bentuk tekanan yang dihadapi oleh manusia, satu perkara yang

perlu diingati oleh kita semua bahawa tekanan ini mesti di atasi dengan apa cara jua

sekali pun, kerana jika ia dibiarkan dengan begitu saja, ia akan menyebabkan

kemudaratan kepada kehidupan kita. Kebanyakan guru serta anggota masyarakat

menganggap jawatan sebagai seorang kaunselor ini adalah merupakan pekerjaan yang

paling mudah serta menyeronokkan kerana hanya perlu mendengar luahan perasaan

pelajar-pelajar serta menasihati mereka. Tetapi sejak akhir-akhir ini, mula terdengar

sungutan dan keluhan kanselor mengenai tekanan dalam pekerjaan terutama beban kerja

berlebihan sama ada di peringkat sekolah, zon, jabatan mahupun kementerian. Pandangan

negatif dan sikap tidak mahu membantu pentadbir serta guru-guru terhadap diri mereka,

tempat bekerja yang sempit dan panas, tidak selesa bagi mereka menjalankan tugas, masa

bekerja terlalu panjang serta memenatkan fizikal dan mental mereka. Berdasarkan

sungutan dan keluhan kaunselor, maka penyelidik merasakan kemungkinan besar

kaunselor'di negeri Pahang menghadapi tekanan dan burnout di dalam kerjaya mereka

serta menghadapi tekanan hidup.

Page 17: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

6

1.3 Pendekatan Teori

1.3.1 Kerangka Teoritikal Tekanan

Kita semua mengalami tekanan dalam bentuk-bentuk tertentu dan mempunyai

pengetahuan tentang kewujudan serta kesannya (Wan & Wall, 1975). Tekanan juga

tidak menimbulkan kesan yang serupa kepada setiap individu, bahkan simptom-

simptom kepada tekanan yang dialami juga wujud berlainan (Atkinson, 1987).

Contohnya ada individu yang menghadapi tekanan hilang selera makan, manakala

individu lain pula mendapati selera makannya terus meningkat dan ia .akan terus

makan sama ada ia lapar atau tidak. Walau bagaimanapun, individu didapati sukar

untuk mendefinisikan tekanan (Tay & Smith, 1990). Dalam situasi yang ekstrim,

kewujudannya, punca dan akibatnya agak sukar dikenalpasti dalam kajian Sakhilah

(1999).

Tekanan juga mungkin merupakan ancaman yang paling besar terhadap kualiti

kehidupan manusia (Cox, 1980). Ia boleh menghasilkan kelesuan mental dan fizikal

kepada individu semasa melakukan prestasi tugas (Motowidlo, Packard & Manning,

1986). Prestasi individu yang mengalami tekanan, didapati rendah, kurang berkesan

dan tidak efektif. Individu juga menjadi kurang peka terhadap orang lain dan

menunjukkan sikap-sikap negatif seperti tidak suka membantu dan menjadi

bertambah agresif (Cohen, 1980). Walau bagaimanapun, tekanan juga mempunyai

kesan positif yang boleh membangkitkan minat, prestasi yang lebih baik, seronok

melakukan tugas dan sebagainya (Greare, 1990).

Page 18: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

7

Tekanan yang positif atau 'eustress' merupakan suatu yang baik kerana ianya

dikaitkan dengan perasaan positif dan tubuh badan yang sihat. Manakala tekanan

negatif iaitu 'distress' merupakan yang kurang baik yang dikaitkan dengan perasaan

negatif dan keadaan tubuh badan yang terganggu (Lazarus, 1993) dalam kajian

Sakhilah (1999). Tekanan sebagai penyebab kepada kesengsaraan dan

ketidakfungsian manusia dapat dilihat dalam kejadian harian seperti perkahwinan,

menghadapi peperiksaan dan sebagainya yang boleh menyebabkan kecelaruan emosi

seperti yang dialami oleh individu yang berada di medan pertempuran (Lazarus,

1993).

Ini menggambarkan tekanan itu sebagai suatu yang mengganggu dan

meng.ancam tindakbalas yang tersusun dan teratur oleh individu. Terdapat banyak

teori dan model yang cuba menerangkan kewujudan tekanan dan hubungannya

dengan kehidupan. Walau bagaimanapun, hanya beberapa teori yang bersesuaian

dengan kajian sahaja yang akan dibincangkan. Antaranya teori tersebut ialah model

Rangka Kerja Dalam Organisasi.

1.3.1.1 Model Rangka Tekanan Kerja Dalam Organisasi

Satu model rangka tekanan kerja dalam organisasi yang diutarakan oleh

Matteson dan Ivancevich (1989). Rangka kerja ini menganggap tekanan adalah

satu bahagian sistem yang dinamik dan kompleks dari pengalihan di antara

manusia dengan persekitarannya sama ada dalam alam pekerjaan atau bukan

pekerjaan.

Page 19: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

8

Rangka kerja ini adalah satu pusingan yang mana lingkaran maklum

-balas yang menghubungkan penekan dengan kesan. Model ini menekankan

tekanan ialah fenomena persepsi individu serta bagaimana penekan, tekanan,

perbezaan individu, kesan dan akibat dihubungkan bersama oleh mekanisma

maklumbalas.

Model ini menunjukkan dalam sesebuah organisasi terdapat lima kategori

pembolehubah penekan iaitu faktor pekerjaan, struktur organisasi dan kawalan,

'sistem ganjaran, sistem sumber manusia dan kepimpinan. Selain daripada itu,

.faktor penekan di luar organisasi seperti perhubungannya dengan keluarga

yang lain, masalah ekonomi dan masalah perundangan adalah penting dan

berhubung dengan penekan di dalam dan di luar organisasi akan membentuk

sejumlah tekanan yang signifikan.

Page 20: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

9

Page 21: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

10

antara persepsi individu terhadap permintaan mereka dan persepsinya pada

keupayaan mereka.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi persepsi penilaian kognitif

individu, di antaranya ialah tahap keperluan, sikap dan asuhan, budaya,

pengalaman, pendidikan dan coralc kelakuan. Jilca sesuatu peristiwa dinilai

maka kesan-kesan tekanan menjadi tumpuan utama. Tiga kesan utama tekanan

ialah fisiologi, psikologi dan kelakuan. Kesan fisiologi termasuklah, perubahan

pada tekanan darah serta degupan jantung, kesan psikologi termasuklah luput

semangat pada pekerjaan, kesan kelakuan termasuklah pengurangan upaya

dalam pekerjaan dan penambahan irritabilitu Ranglca kerja ini juga

menekankan bahawa sifat-sifat individu mempengaruhi tekanan.

Akibat kepada tekanan yang berpanjangan, kesihatan dan prestasi

pekerjaan alcan terjejas. Tekanan berlaku apabila keupayaan individu tidak

seimbang atau tidak sepadan dengan penekan persekitaran. Di dalam hubungan

ini, kita boleh menyifatkan tekanan sebagai reaksi individu terhadap penekan

•persekitaran. Reaksi tersebut akan membawa perubahan di dalam kelakuan,

fisiologi dan psikologi individu. Di dalam konteks kerja, penekan persekitaran

yang dirasakan oleh individu merujuk kepada berbagai aspek kerja yang

dihadapinya. Ini termasuklah faktor-faktor seperti persekitaran kerja, bidang

kerja itu sendiri, pendapatan, hubungan rakan-rakan dan sebagainya.

Page 22: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

11

1.4 Pernyataan Masalah

Dunia pendidikan semakin mencabar, menurut Robert (1987) kaunselor mempunyai lima

tanggungjawab yang besar iaitu bertanggungjawab kepada pelajar, tanggungjawab

kepada ibu bapa, tanggungjawab kepada rakan sekerja dan rakan profesional yang lain,

tanggungjawab terhadap selcolah dan masyarakat serta tanggungjawab kepada diri

sendiri.

Sekarang ini, ramai kaunselor mula melahirkan rasa tidak puas hati dengan

pelbagai tugas yang diberikan oleh pihak sekolah, jabatan mahupun kementerian untuk

dilaksanakan oleh mereka. Lebihan kerja ini boleh menyebabkan kaunselor mengalami

tekanan dan burnout dalam pekerjaan. Bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul

akibat tekanan dan burnout, malca beberapa faktor yang boleh menyebabkan tekanan dan

burnout dikenalpasti. Faktor seperti bidang kerja, tekanan kerja, konflik peranan serta

perhubungan kerja didapati mempengaruhi tekanan di kalangan kaunselor. Manakala

burnout pula tertumpu kepada tahap burnout dan perbezaan burnout. Kajian ini juga ingin

melihat sejauhmanakah faktor-faktor yang dinyatakan ini mempengaruhi paras tekanan

dan burnout kaunselor.

Selain faktor-faktor di atas, kaunselor juga dipercayai menghadapi masalah

tekanan dan burnout berikutan masalah peribadi, keluarga, kewangan serta pelbagai

masalah dalam kehidupan harian mereka. Justeru itu, adalah penting untuk menjalankan

kajian ini kerana menurut Matteson dan Ivancevich (1989), tekanan terhadap pekerjaan

dalam sesebuah organisasi menyebabkan masalah kepontengan, bertambahnya kos

Page 23: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

12

pembiayaan kesihatan, pengurangan dalam kualiti dan kuantiti pengeluaran serta akan

mengakibatkan masalah fisiologikal seperti sakit kepala, peningkatan kadar denyutan

jantung serta tekanan darah meningkai

Selain itu, dalam suasana kerancakkan memperkenalkan dan melaksanakan

reformasi pendidikan kini sangat sedikit yang dilakukan untuk meneliti dan memeriksa

sama ada perubahan-perubahan yang dilakukan itu ada kena mengena dengan corak

tingkah laku dan sikap kaunselor. Kesan-lcesan perubahan ini terhadap. kaunselor

merupakan andaian semata-mata. Satu kajian empirikal perlulah dilakukan terhadap

fenomena ini. Di samping itu, sesuai dengan dekad ini yang dianggap sebagai dekad

meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan, apatah lagi sejajar dengan hasrat

kerajaan untuk menghasilkan kaunselor yang bertaraf dunia, maka hal-hal yang

seumpama inilah yang perlu dibongkar dan disingkap.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi melihat dengan lebih jelas tentang kesan tekanan ke atas burnout, persoalan-

persoalan ini perlu diteliti dan dikaji agar ianya dapat menjurus kepada kajian yang lebih

berfokus. Persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah faktor perhubungan kerja dengan rakan-rakan memberi tekanan

-kepada kaunselor?

2. Apakah faktor persekitaran memberi tekanan kepada kaunselor?

3. Adakah tekanan memberi kesan kepada masalah fisiologi kaunselor?

Page 24: TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR

13

4. Adakah tekanan memberi kesan kepada masalah psikologi kaunselor?

5.-Adakah faktor tekanan kerja memberi burnout kepada kaunselor?

6. Adakah faktor bidang kerja memberi burnout kepada kaunselor?

7. Adakah faktor konflik peranan memberi burnout kepada kaunselor?

1.6 Tujuan Kajian

1.6.1 Tujuan Umum

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tekanan dan burnout dalam kalangan kaunselor

di sekolah-sekolah menengah di daerah Kuantan, Pekan, Maran dan Temerloh di

negeri Pahang.

1.6.2 Tujuan Khusus

1. Mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan tekanan dalam kalangan

kaunselor.

2. Mengenalpasti kesan-kesan yang boleh menyebabkan tekanan ke atas kaunselor.

3. Mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan burnout dalam kalangan

kaunselor.