Upload
anugerah-ilahi
View
822
Download
16
Embed Size (px)
Citation preview
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS BINA INSAN GURU FASA 1 2012 KELOLAAN UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
TARIKH : 23 MAC 2012 MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : NUSA CAMP, TAMAN NEGARA, JERANTUT PENGACARA : NIK MUHAMMAD ANUAR BIN NIK MARZUKI MUNIRAH BINTI MOHAMAD
1. a) Yang Berusaha, En Roselan bin Ahmad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
b) Yang Dihormati, En Khazali bin Ismail, Komanden Kem Kursus Bina Insan Guru Fasa 1 2012
c) Yang Dihormati En Sarudin bin Md.Amin, Timbalan Komanden Kem Kursus Bina Insan Guru Fasa 1 2012.
d) Yang Dihormati En. Ahmad Yani bin Mat Yusof, ketua fasilitator, barisan fasilitator dan para perserta Kursus Bina Insan Guru Fasa 1 kumpulan pertama sesi 2012
2. Assalamualaikum dan selamat pagi, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, Kerana dengan limpah kurnia-Nya Dapat kita berkumpul bagi mengikuti majlis perasmian penutup Kursus Bina Insan Guru Fasa 1 2012.
3. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput saudara Mohd Ghazali bin Mohd Desa dari kumpulan 2 untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
-BACAAN DOA-
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mohd Ghazali bin Mohd Desa atas pimpinan doa sebentar tadi.
4. Hadirin-hadirat sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput En. Ahmad Yani bin Mat Yusof, ketua fasilitator Kursus Bina Insan Guru Fasa 1 2012 bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-ucapan En Ahmad Yani-
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.
5. Saudara saudari sekalian, Seterusnya, majlis menjemput En Roselan bin Ahmad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tengku mpuan Afzan untuk memberikan A ucapan perasmian penutup Kursus Bina Insan Guru Fasa 1 2012 . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
-ucapan En Roselan-
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Dengan berakhirnya ucapan
sebentar tadi, maka berakhirlah majlis
perasmian penutup Kursus Bina Insan Guru Fasa 1 2012
Majlis bersurai...
Wabillahitaufik walhidayah wassalam mualaikum warahmatullah...