TEKS PERHIMPUNAN (Autosaved).docx

Embed Size (px)

Citation preview

Luruskan barisan. Angkat tangan.. jatuhSenang diriSedia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.Yang dihormati Yang berusaha Guru Besar SKKJ2 Puan Sabariah Binti SapariGuru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Akmal Hisam Bin Saini, Guru Penolong Kanan HEM, Puan Rela Binti Tahir, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Fahmi Bin Ibrahim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya dapatlah kita berkumpul bersama-sama dalam perhimpunan rasmi pada hari ini.

Justeru, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon rahmat dan keberkatan daripadaNya.

Bagi rakan-rakan yang bukan beragama Islam, rakan-rakan diminta bertafakur mengikut fahaman agama masing-masing.

Dengan ini majlis menjemput Saudara Aiman Hafiz untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormat dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Aiman Hafiz atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian tiga buah lagu patriotik, iaitu lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Semua diminta bersedia dan menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat.

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian ketiga-tiga buah lagu itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan saudari nurul najihah untuk mengetuai lafaz ikrar. Dengan segala hormat dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ___________________________________atas bacaan ikrar itu tadi.Rakan-rakan diminta duduk dalam keadaan senyap.

Untuk makluman semua guru dan rakan, guru yang bertugas pada minggu ini ialah Puan Rafqah Bt Bahazan dan Puan Halimah Binti Ahmad. Sekiranya rakan-rakan menghadapi masalah, bolehlah berjumpa dengan Cikgu Halimah dan Ustazah Rafqah.

Seterusnya, saya ingin menjemput Puan Aini Nadirah Bt Mad Ali selaku guru bertugas minggu lepas untuk menyampaikan laporan tugasan beliau bersama Puan Rashidah Bt Abdul Wahid.Dengan segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Aini Nadirah atas pesanan dan peringatan itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput Puan Rela binti Tahir untuk menyampaikan piala pusingan bagi Anugerah Kelas Terbersih Dan Terceria Dwimingguan dan Anugerah Murid Teladan Mingguan. Dengan segala hormat dipersilakan.

Bagi Anugerah Kelas Terbersih Dan Terceria Dwimingguan, johan dimenangi oleh kelas __________________dan naib johan dimenangi oleh kelas __________________.

Dijemput wakil kedua-dua kelas untuk menerima piala pusingan.

Seterusnya, Anugerah Murid Teladan Mingguan pada minggu ini dinobatkan kepada _______________________.Dijemput ___________________ untuk naik ke pentas.

Terima kasih kepada Puan Rela Binti Tahir atas penyampaian anugerah itu tadi dan tahniah kepada pemenang.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil serta ________________ kepada pasukan tarian cenderawasik skkj2 yang telah memenangi tempat kelima semasa pertandingan tarian tradisional anjuran majlis guru besar sekolah di sjkc yuk chai pada 28 Ogos 2015. Untuk itu majlis mempersilakan puan guru besar Puan Sabariah Binti Sapari untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada pasukan tarian1. Afiq b Mat Pauzi 2w2. Suria 3w3. Anna Sofea Bt Azlan 4w4. Azim B Mad Fauzi 4w5. Azim Haikal 4w6. Abdul haziq 4w7. Alya Umaira 4w8. Ahmad Irfan 5w9. Anna Adriana Azlan 5w10. Nurul Najihah 5w11. Yasmine Rizal 5w12. Danial Rizal 5wMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang dan sekalung tahniah kepada pasukan tarian kerana telah mengharumkan nama sekolah.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan puan rafqah bt bahazan selaku guru bertugas untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan rafqah.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Guru Besar Puan Sabariah Binti Sapari . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada puan guru besar . Sampai di sini sahaja perhimpunan kita pada hari ini. Rakan-rakan diminta bangun dengan senyap dan beredar ke kelas masing-masing.Sekian, terima kasih.