Upload
vunga
View
235
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
TEKS UCAPAN ALUAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
2
MAJLIS AMANAT MENTERI DAN
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN
PELANCARAN PORTAL MY AZZAHRA
25 JANUARI 2019 (JUMAAT)
2.30 PETANG
AUDITORIUM, ANGKASA
3
Terima kasih Tuan Pengacara Majlis.
Bismillahiirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakaatuh,
Salam Sejahtera dan Salam
Negaraku Malaysia
4
SALUTASI DILETAK ATAS ROSTRUM
1) Alhamdulillah, segala puji dan
syukur saya panjatkan ke hadrat
ALLAH S.W.T kerana dengan izin-
Nya jua dapat kita bersama-sama
dalam Majlis Amanat Menteri
Pembangunan Usahawan Bersama
5
Koperasi dan Pelancaran Portal
MyAzZahra.
2) Pertama sekali, saya ingin
mengambil kesempatan di sini
untuk mengucapkan tahniah dan
syabas kepada MyANGKASA Az
Zahra Sdn Bhd, yang merupakan
6
syarikat bersekutu kepada
MyANGKASA Holdings Sdn Bhd
kerana mengambil inisiatif
mewujudkan portal yang
mengumpulkan jaringan koperasi-
koperasi khususnya koperasi kredit
didalam satu platform.
7
3) Anggota koperasi yang layak kini
boleh membuat permohonan
pembiayaan koperasi secara atas
talian. Anggota koperasi hanya
perlu melihat promosi terkini dari
panel-panel koperasi kredit dan
membuat segala urusan secara
atas talian.
8
4) Sistem ini melengkapkan dan
mentransformasi persekitaran
proses pembiayaan konvensional,
kepada kaedah kewangan digital
sepenuhnya bagi menggalakkan
pemohon mengakses maklumat
tawaran pembiayaan dengan
mudah, tepat dan jelas. Kita tak
9
mahu koperasi-koperasi kredit
ketinggalan dari arus kemajuan
teknologi masa kini. Kita mahu
koperasi berjalan seiring dengan
teknologi-teknologi yang diguna
pakai oleh bank-bank di Malaysia.
10
5) Jalinan kerjasama ini adalah
sebahagian daripada rancangan
berterusan ANGKASA melalui anak
syarikatnya MyAngkasa Holdings
Sdn Bhd bagi menyokong
keperluan masa kini ke arah
kewangan digital.
11
6) Portal MyAzZahra merupakan sistem
yang menerima dan memproses
permohonan. Kelulusan
pembiayaan juga dapat dilakukan
secara cepat, efisien, telus dan
berintegriti selain dapat
mengekang kes-kes penipuan dan
kecuaian. Anggota koperasi boleh
12
melengkapkan proses permohonan
pembiayaan walau di mana
mereka berada kerana semuanya
boleh dilakukan secara atas talian.
7) Baru-baru ini, Pengerusi Majlis
Penasihat Kerajaan (CEP) Yang
Amat Berhormat Tun Daim Zainudin
13
ada menyatakan dalam
ucapannya pada Program Dialog
Perwira tentang Teknologi 5G dari
negara luar. Ya, kita harus
berwaspada terhadap
pembangunan Teknologi 5G oleh
negara luar dan seharusnya
mengelakkan isu pencerobohan
14
maklumat digital kepada syarikat
dari negara luar. Kita beruntung
kerana ada syarikat tempatan
yang membangunkan sistem
teknologi maklumat kerana syarikat
tempatan pastinya tertakluk
kepada Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010. Oleh itu, risiko
15
kebocoran maklumat dapat
dikurangkan.
8) Sehingga kini koperasi bersaiz besar
di Malaysia adalah koperasi kredit
yang memberikan perkhidmatan
pembiayaan seperti pinjaman
peribadi kepada ahlinya. Oleh
16
yang demikian, adalah menjadi
tanggungjawab ANGKASA untuk
menyokong dan menggalakkan
aktiviti kredit agar koperasi dapat
memberi perkhidmatan kepada
anggotanya yang dalam
kesempitan supaya dapat
menambah baik taraf hidup,
17
ekonomi serta sosial. Jika kita tidak
membantu mereka, pastinya kita
membuka ruang kepada agensi
peminjam di luar untuk mengambil
kesempatan ke atas mereka.
9) Buat masa ini, sumbangan sektor
koperasi kepada Keluaran Dalam
18
Negara Kasar (KDNK) adalah
antara 3.0 hingga 4.0 peratus atau
RM40 bilion yang dianggap satu
jumlah yang kecil. Saya percaya
dengan adanya Portal MyAzZahra
ini bakal merancakkan lagi aktiviti
kredit bila mana kita
mengumpulkan gerakan koperasi
19
kredit di dalam satu platform untuk
bersaing secara sihat dan telus.
10) InsyaAllah, saya percaya
dengan inisiatif ini bakal memberi
manfaat kepada 6.5 juta ahli dari
lebih 14,000 koperasi.
20
11) Oleh itu, saya menyeru kepada
koperasi-koperasi khususnya
koperasi kredit untuk bersama-
sama, bersatu dan memberikan
sokongan padu kepada Portal
MyAzZahra. Kukuhkan pertalian
sesama kita dan menjadikan
gerakan koperasi kredit ini dilihat
21
dengan begitu signifikan dan
mampu memberi impak besar
kepada gerakan koperasi. Koperasi
tidak seharusnya berkerja secara
bersendirian (SILOS) kerana ia
hanya akan merugikan koperasi.
Koperasi perlu bekerjasama bukan
sahaja berkongsi kepakaran dan
22
kemahiran bahkan maklumat-
maklumat yang boleh membantu
koperasi terus berkembang.
Kerjasama ini melibatkan jaringan
kerjasama strategik antara koperasi
dengan koperasi serta koperasi
dengan organisasi bukan koperasi.
Dalam konteks ini, kerjasama antara
23
ANGKASA dengan MyANGKASA
AzZahra adalah contoh yang
paling singnifikan yang wajar
dicontohi.
Koperasi juga boleh mencontohi
syarikat tenusu dari New Zeland
yang terkenal iaitu Fonterra yang
24
bukan sahaja berjaya di negara
sendiri bahkan mempunyai
cawangan di 13 buah negara
merangkumi benua Asia dan Timur
Tengah. Kejayaan ini adalah atas
usaha syarikat ini menjalinkan
kerjasama strategik dengan
syarikat-syarikat di negara
25
berkenaan sehingga berjaya
membuka cawangan mereka dan
menjadi jenama peneraju dalam
kategori masing-masing iaitu seperti
Anlene, Anmum Materna dan
Fernleaf yang sinonim dengan
rakyat Malaysia.
26
Dalam konteks koperasi sendiri,
Koperasi Desjardins yang
merupakan koperasi kredit terbesar
di Kanada perlu dicontohi koperasi-
koperasi di Malaysia. Penubuhan
Koperasi Desjardins bukan semata-
mata untuk memenuhi keperluan
material anggota tetapi dilihat
27
pada skop yang lebih besar iaitu
cara meningkatkan kebajikan untuk
individu lain serta membangunkan
komuniti masyarakat mengikut
potensi mereka. Agenda-agenda
strategik Koperasi Desjardins
mendasari kemajuan mereka
melalui kemajuan teknologi
28
maklumat bagi mengelak
gangguan dan pencerobohan
maklumat kepada sektor
perniagaan termasuklah industri
kewangan.
Kejayaan seperti ini yang patut
koperasi contohi agar jenama
29
koperasi dapat bersaing dengan
jenama luar dan mampu memberi
produk berkualiti untuk pasaran
tempatan mahupun global.
12) Bukan itu sahaja, saya juga ingin
meminta semua pihak-pihak terlibat
seperti SKM, MKM, Bank-Bank
30
Koperasi, Bank-Bank Komersial dan
Kementerian Pembangunan
Usahawan untuk turut menyokong
usaha ini dan memudahkan proses-
proses berkaitan. Bantulah kami
untuk berkembang dan
menjadikan koperasi sebagai
31
penyumbang kepada KDNK
Negara.
13) Akhir kata, saya berharap usaha
ini dapat memberi kebaikan
kepada semua pihak. Saya juga
mendoakan agar Portal MyAzZahra
32
akan terus bertransformasi dari
semasa ke semasa.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah,
Wassalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
TERIMA KASIH.