Upload
phungquynh
View
245
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SA/TU/2012
TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
BIL. 1/2012
____________________________________
12 JANUARI 2012 (KHAMIS)
IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
SA/TU/2012
Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara
Majlis,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yg Berusaha En. Chang Hon Fong,
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Yg Berusaha Tn. Hj. Ismail bin Talib
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Pegawai-pegawai kanan Jabatan,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
sekalian.
SA/TU/2012
MUKADIMAH
1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur
dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita
bersama-sama berkumpul pada pagi ini di
Majlis Perhimpunan Ibu Pejabat Jabatan Kimia
Malaysia bagi Bulan Januari 2012.
Terima kasih kepada Pengarah dan
semua pegawai serta kakitangan Bahagian
Forensik sebagai penganjur majlis
perhimpunan pada kali ini.
2. Terlebih dahulu saya ingin
menyampaikan berita gembira yang
SA/TU/2012
dinantikan. Dengan bangganya dimaklumkan
bahawa Bahagian Forensik Ibu Pejabat dan
Makmal Cawangan Pulau Pinang dan Bintulu
telah berjaya mendapat akreditasi ASCLD/LAB
International. Syabas dan tahniah kepada
Pengarah Bahagian Forensik dan Pengarah
Kimia Cawangan Pulau Pinang dan Bintulu
serta semua pegawai dan kakitangan yang
terlibat.
3. Ketibaan tahun baru selalunya sangat
dinanti-nantikan dan akan menyemarakkan
berbagai emosi seperti keriangan, harapan dan
azam baru. Tidak ketinggalan juga kekhuatiran
atau kebimbangan. Ini adalah kerana tahun
SA/TU/2012
2012 ini akan membawa bersama berbagai
cabaran dan harapan untuk kita.
4. Pada kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada
semua warga Kimia Malaysia. Semoga
kedatangan tahun baru ini akan dapat
menyuntik azam baru di hati sanubari kita
semua untuk berusaha lebih gigih lagi bagi
meningkatkan kualiti dan produktiviti
perkhidmatan ke tahap yang lebih tinggi.
PRESTASI 2011
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,
SA/TU/2012
5. Seorang pujangga pernah berkata
“Study the past, if you would divine the
future”. Maksudnya, untuk maju kehadapan,
kita perlu merenung perkara yang lepas
dengan mempelajari daripada kelemahan-
kelemahan dan kejayaan.
Dalam konteks Kimia Malaysia, mari kita
soroti peristiwa tahun lalu untuk dijadikan
panduan bagi kita maju kehadapan dengan
lebih yakin dan cemerlang berbekalkan nilai-
nilai utama seperti profesionalisme, dedikasi,
integriti, akauntabiliti, ketelusan, produkttif,
inovatif dan komunikasi berkesan.
SA/TU/2012
6. Saya ingin memaklumkan beberapa
pencapaian kita pada tahun 2011. Kejayaan
Jabatan untuk mengekalkan pensijilan dan
akreditasi dalam standard antarabangsa telah
banyak meningkatkan imej Jabatan dan
negara Malaysia di mata dunia. Tahniah kita
ucapkan kepada semua pegawai yang
bertungkus-lumus memastikan standard
practice kita sentiasa mematuhi ISO 9001, ISO
IEC 17025, ISO 18001 dan ASCLD/LAB.
7. Pada tahun pertama pelaksanaan
Rancangan Malaysia Kesepuluh, saya gembira
kerana Jabatan berjaya mengekalkan
momentum dan mengikut jadual pelaksanaan
SA/TU/2012
projek yang ditetapkan. Tahun 2011 juga
menyaksikan Jabatan Kimia Malaysia telah
berjaya melepasi 10 daripada 11 Key
Performance Indicator yang ditetapkan
Kementerian. Antara KPI tersebut adalah:
a) Kaedah-kaedah Analisis Baru
Sasaran : 12 kaedah
Pencapaian : 50 kaedah (417%)
b) Penulisan Saintifik
Sasaran : 20 penulisan
Pencapaian : 23 penulisan (115%)
SA/TU/2012
c) Pembagunan Sumber Manusia (talent)
Sasaran : 600 orang
Pencapaian : 1,681 orang (281%)
d) Projek-projek Komuniti
Sasaran : 10 aktiviti
Pencapaian : 14 aktiviti (140%)
e) Program Kesedaran Sains
Sasaran : 50 aktiviti
Pencapaian : 147 aktiviti (294%)
f) Kepuasan Pelanggan
Sasaran : 99%
Pencapaian : 99.6%
SA/TU/2012
Untuk makluman tuan-puan, semua sasaran
tersebut telah ditetapkan oleh Yang Berhormat
Menteri MOSTI sendiri untuk mencabar
kemampuan warga Kimia. Dahulunya, saya
agak sedikit risau tetapi sekarang melihat hasil
usaha gigih kita selama ini telah membuktikan
kesemua cabaran tersebut dengan bangganya
dapat dicapai malah melebihi 100%. Syabas
dan tahniah!
8. Satu lagi inisiatif yang membuktikan
komitmen Jabatan terhadap perkhidmatan
berpaksikan pelanggan ialah dengan
terlaksana impian kita untuk mempunyai
SA/TU/2012
'Mobile Laboratory' atau Makmal Bergerak
untuk membolehkan kita memberi
perkhidmatan analisis Kimia walau di mana
kita berada. Dengan kecanggihan teknologi ini
dijangka kita dapat meningkatkan keupayaan
teknikal dan bidang kerja baru,
mempercepatkan pengeluaran laporan Kimia
dan seterusnya meningkatkan kepuasan
pelanggan. Saya dimaklumkan 'Majlis
Pelancaran Makmal Bergerak' ini akan
diadakan pada pagi ini. Jadi, saya berharap
semua warga Kimia dapat turut serta
menyaksikan detik sejarah ini.
SA/TU/2012
9. Tahun 2011 juga agak mencabar kerana
peruntukan kewangan Jabatan dikurangkan
hampir 9% daripada tahun sebelumnya tetapi
sayangnya kita hanya belanjakan 95% sahaja
daripada jumlah peruntukan RM96,835,480.33
sedangkan pada 2010 kita membelanjakan
hampir 97% daripada peruntukan keseluruhan
RM106,450,300.00. Ini menunjukkan bahawa
kita tidak menggunakan sepenuhnya
peruntukan yang kita sendiri pohon. Oleh
sebab itu baki wang tersebut terpaksa
dipulangkan kepada pihak kementerian. Saya
harap pada tahun 2012 ini perancangan
perbelanjaan hendaklah dimantapkan betul-
betul supaya wang yang diperuntukkan dapat
SA/TU/2012
diguna untuk kemajuan Jabatan. Untuk
makluman, jumlah peruntukan tahun 2012 ini
hampir 10% berkurang daripada tahun 2011.
10. Pelbagai usaha juga telah dijalankan
pada tahun 2011 untuk memastikan kualiti,
prestasi kerja dan motivasi pekerja meningkat.
Antara usaha tersebut adalah Kajian Kepuasan
Pekerja yang meliputi beberapa aspek seperti
kepuasan terhadap iklim organisasi, kepuasan
dalam bekerja dan kemudahan fizikal yang
disediakan. Majoriti daripada 314 responden
berpuas hati dengan ketiga-tiga aspek tadi.
Walau bagaimanapun, kita tidak menyangkal
bahawa terdapat peratusan kecil yang kurang
SA/TU/2012
berpuas hati, maka sebab itulah Pihak
Pengurusan mengambil inisiatif menjalankan
Kajian Kepuasan Pekerja ini dan berusaha
untuk menyediakan kemudahan yang optimum
kepada semua warga kerja.
11. Usaha lain adalah program penerapan
nilai-nilai murni yang bertujuan untuk
membentuk warga kerja Kimia Malaysia yang
berbudi bahasa dan berakhlak mulai. Namun
begitu, kesan daripada pelaksanaan program
ini selama hampir tiga tahun belum
memuaskan. Ini terbukti melalui indeks
keseluruhan Audit Nilai yang dicapai tidak
banyak ber ubah iaitu berada disekitar 75%.
SA/TU/2012
12. Keadaan ini diburukkan lagi dengan
pertambahan bilangan kes tatatertib daripada
hanya 6 orang pada tahun 2010 kepada 12
orang di tahun 2011. Kebanyakan kes
tatatertib tersebut adalah daripada kes tidak
hadir bertugas dan penipuan; iaitu
mengemukakan sijil cuti sakit palsu. Situasi ini
tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menjadi
barah jika tidak dibendung.
Saya minta semua Pengarah, Ketua
Seksyen dan Ketua Unit memantau pegawai
dan kakitangan masing-masing. Saranan saya
kepada seluruh warga Kimia, sama-samalah
kita berusaha untuk merubah diri kita untuk
SA/TU/2012
menjadi insan yang lebih baik dan sebagai
peringatan, saya tegaskan di sini sekali lagi
bahawa saya tidak akan berkompromi dengan
sebarang salah laku di kalangan pegawai dan
kakitangan Jabatan.
PERANCANGAN 2012
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
13. Apakah pula yang akan kita hadapi pada
tahun 2012? Berikut adalah sedikit peringatan
untuk makluman dan tindakan kita semua;
a) Memastikan Rancangan Malaysia
Kesepuluh pada tahun kedua ini berjalan
SA/TU/2012
seperti yang dijadual atau boleh kita 'advance'
sedikit;
b) Memastikan prestasi kerja dan KPI
Jabatan dipantau secara bulanan supaya
sentiasa peka dengan prestasi semasa; dan
c) Memastikan setiap warga Kimia
melaksanakan inisiatif-inisiatif baru melalui
inovasi samada dalam pengurusan mahupun
teknikal serta meningkatkan keupayaan diri
supaya lebih baik dalam semua segi.
14. Sebaga Ketua Jabatan, ini adalah sedikit
amanat saya untuk tahun baru kepada seluruh
warga kerja Jabatan Kimia Malaysia samada di
SA/TU/2012
Ibu Pejabat mahupun cawangan-cawangan
negeri;
Pertama sekali, ingatlah akan matlamat
serta misi kita dan budayakanlah nilai-nilai
murni dan etika kerja dalam diri seperti sikap
berbudi bahasa, profesional dan kerja
berpasukan atau teamwork; kerana 'no man is
an island'. Kita juga mesti berkebolehan untuk
berkomunikasi dengan baik supaya dapat
melakukan perubahan dalam gaya hidup;
berkomunikasi bukan sahaja pandai bercakap
tetapi juga mesti menjadi pendengar yang baik!
Oleh itu, kita perlu menghisab diri dan
bertanya pada diri sendiri, “Mengapakah saya
bekerja dalam profesion ini dan mengapa saya
SA/TU/2012
memilih Jabatan Kimia?”. Mungkin ada yang
menjawab “Aku bekerja hanya untuk mendapat
gaji” tetapi pernahkah kita ikhlas dalam
melaksanakan kerja. Bagi saya, ia sepatutnya
menjadi pegangan hidup.
PENUTUP
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,
15. Sebelum saya mengakhiri ucapan pada
pagi ini, ingin saya berkongsi suatu cerita
pendek mengenai keikhlasan bekerja yang
dipetik dari 'Unknown Author'.
Cerita ini adalah mengenai seorang
tukang kayu tua yang ingin bersara dari
pekerjaannya. Maka hasrat untuk bersara
SA/TU/2012
diberitahu kepada majikannya. Oleh kerana
sayang untuk melepaskan Tukang Kayu itu,
maka Majikan tersebut meminta Tukang Kayu
untuk menyiapkan sebuah rumah lagi, iaitu
yang terakhir. Tukang Kayu bersetuju tetapi
kerjanya dibuat hanya sekadar untuk siap,
tidak teliti seperti kebiasaannya. Apabila rumah
tersebut siap, Majikan mengajak Tukang Kayu
melihat rumah tersebut dan memberikan kunci
rumah kepada beliau. Rupa-rupanya rumah
tersebut adalah hadiah dari Majikan untuk
Tukang Kayu. Alangkah kesalnya Tukang
Kayu kerana tidak membina rumah tersebut
dengan baik dan cantik, rupa-rupanya rumah
tersebut adalah untuk dirinya sendiri.
SA/TU/2012
16. The moral of the story is that we build
our lives a day at a time, often putting less than
our very best into its construction. When we
realize we have to live in the house we have
built, we are shocked! If only we could do it all
over again, we would have done it much
differently. But we cannot turn back the clock.
YOU, are the carpenter of your own lives.
Each day, you hammer a nail, place a board,
erect a wall. “Life is a do-it-yourself project,”
someone has said. Your attitude and the
choices you make today build the “house” you
live in tomorrow.
SA/TU/2012
Mengambil petikan dari Confucius:
“When it is obvious that the goals cannot be
reached, don’t adjust the goals, adjust the
action”
Dengan semangat 1Malaysia dan 1KIMIA saya
akhiri ucapan saya pada pagi ini dengan lafaz
Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.