5
TEKS UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHRILIN (TIMB. MENTERI KERJA RAYA) SEMPENA SEMINAR JATI DIRI REMAJA: “PERGAULAN BEBAS” MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN KESIHATAN. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaiku warahmatullahi wabarakatuh. Yang berusaha En. Halim Abd. Rahman Penyelia Ko-kurikulum Pendidikan Daerah Papar Merangkap Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Papar Yang berbahagia En. Salleh Eddris Pengetua SMK Pengalat, Papar Yang berbahagia Pn. Noorziean Md. Tairuddin Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Daerah Papar Guru-guru pemimpim Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Papar, puan-puan dan adik-adik remaja yang dihormati sekalian. 1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menjayakan Seminar Jati Diri Remaja: “Pergaulan Bebas” Menurut Perspektif Islam dan Sudut Kesihatan. Semoga melalui seminar seumpama ini, matlamat kita untuk melahirkan remaja Islam solehah selaku generasi pemimpin masa hadapan Negara melalui program yang melibatkan puteri-puteri Islam di daerah Papar akan dapat dicapai,

Teks Ucapan Perasmian Yang Berhormat

Embed Size (px)

Citation preview

TEKS UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHRILIN (TIMB. MENTERI KERJA RAYA) SEMPENA SEMINAR JATI DIRI REMAJA: PERGAULAN BEBAS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN KESIHATAN.

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaiku warahmatullahi wabarakatuh.

Yang berusaha En. Halim Abd. RahmanPenyelia Ko-kurikulum Pendidikan Daerah PaparMerangkap Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Papar

Yang berbahagia En. Salleh EddrisPengetua SMK Pengalat, Papar

Yang berbahagia Pn. Noorziean Md. TairuddinPengerusi Pergerakan Puteri Islam Daerah Papar

Guru-guru pemimpim Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Papar, puan-puan dan adik-adik remaja yang dihormati sekalian.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menjayakan Seminar Jati Diri Remaja: Pergaulan Bebas Menurut Perspektif Islam dan Sudut Kesihatan. Semoga melalui seminar seumpama ini, matlamat kita untuk melahirkan remaja Islam solehah selaku generasi pemimpin masa hadapan Negara melalui program yang melibatkan puteri-puteri Islam di daerah Papar akan dapat dicapai, sesuai dengan slogan wawasan 2020 negara kita iaitu menjadi Negara maju dengan acuan sendiri.

2. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana Seminar Jati Diri Remaja ini atas usaha melaksanakan program yang bermanfaat bagi adik-adik remaja daerah Papar ini. Mudah-mudahan kerjasama erat ini akan berterusan pada masa-masa akan datang sebagai satu wadah perjuangan melahirkan puteri-puteri Islam yang menepati syariat agama, sekaligus menjadi kebanggaan dalam mempamerkan jati diri bangsa dan Negara kita.

3. Hadirin yang saya hormati,Dalam proses pembangunan sesebuah masyarakat dan Negara, setiap aspek penting mestilah tidak boleh dipinggirkan. Pembinaan sesebuah masyarakat adalah berteraskan kepada pembinaan ummah secara individu dan bersepadu. Pembinaan masyarakat meliputi keseluruhan tatacara kehidupan sama ada dari sudut fizikal, mental, moral, kerjasama, saling ingat-memperingati dan kebertanggungjawaban. Salah satu asset terpenting yang boleh menjamin kemajuan sesebuah masyarakat ialah golongan remaja. Mereka ini perlu digilap dan dibentuk dengan acuan yang terbaik untuk melahirkan satu model yang ideal dan berkualiti sesuai dengan cita-cita murni dan aspirasi Negara menuju wawasan kegemilangan.

4. Adik-adik remaja yang dikasihi,Seperti yang kita sedia maklum, alam remaja merupakan satu tempoh yang datang hanya sekali sepanjang tempoh kehidupan seseorang manusia. Tempoh tersebut merupakan zaman yang paling manis, mencabar dan paling kekal dalam ingatan semua peristiwa dan kenangan yang berlaku pasa zaman remaja banyak mempengaruhi kehidupan remaja dalam menempuh zaman dewasanya. Oleh itu, janganlah adik-adik remaja mencalitkan zaman yang indah ini dengan perlakuan dan kenangan yang sia-sia seperti terlibat dengan gejala sosial yang amat berleluasa akhir-akhir ini. Saya secara peribadinya, amat sedih apabila membaca laporan-laporan berita yang menulis tentang adik-adik remaja terutamanya gadis-gadis remaja yang terlibat dengan gejala buang bayi dan gejala lari daripada rumah. Ini adalah suatu permasalahan yang amat besar yang melanda masyarakat kita, dan amat merugikan Negara.

5. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan dalam memastikan permasalahan yang melanda remaja negara kita pada hari ini dapat dibenteras dan dibendung secara bersepadu. Usaha-usaha ini bukanlah terletak sepenuhnya dibahu kerajaan semata-mata, namun ini merupakan tanggungjawab kita sebagai satu masyarakat untuk memberikan apa jua sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada program pendidikan seperti seminar atau aktiviti fizikal seperti sukan dengan satu tujuan jelas iaitu melahirkan remaja pewaris Negara yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

6. Akhir kata, suka saya mengingatkan semua adik-adik remaja agar kita sentiasa beramal dengan pekerti dan akhlak yang mulia dan menghargai zaman remaja yang hanya datang sekali sahaja. Marilah kita renungkan dan menghayati hadis Rasulullah s.a.w yang diwasiatkan untuk golongan remaja yang bermaksud:

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain: hidup kamu sebelum mati, sihat kamu sebelum sakit, kelapangan sebelum sibuk, muda sebelum tua dan kaya sebelum kamu papa.

Dan kita semua selaku masyarakat iaitu para ibubapa, guru dan ahli keluarga perlu sama-sama menggalas tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa kita untuk menjadi insan yang Berjaya didunia dan diakhirat.

Dan sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah kepada Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Papar dan Pejabat Pelajaran Daerah Papar kerana menyahut seruan kerajaan dalam mendidik dan melahirkan modal insan yang seimbang berdasarkan acuan kita sendiri. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya merasmikan Seminar Jati Diri Remaja: Pergaulan Bebas Menurut Perspektif Islam dan Sudut Kesihatan.

Sekian, terima kasih.