11
Teori Konstruktivisme bagi Lev Vygotsky Agnes Chong Tze Yan Cheok Siew Bee P4A

Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MTE 3073

Citation preview

Page 1: Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

Teori Konstruktivisme bagi

Lev VygotskyAgnes Chong Tze Yan

Cheok Siew BeeP4A

Page 2: Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

• Lev Vygotsky (1896-1934) adalah seorang ahli psikologis.• Beliau memberi alternatif kepada idea Piaget tentang

perkembangan kognitif kanak-kanak yang menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.

• Menurut Vygotsky, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial, budaya dan kemahiran berbahasa.

• Beliau menyatakan bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya.

• Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan.

Page 3: Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

• Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran sebaliknya harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di persekitarannya. Contohnya, ibu bapa, guru, adik-beradik, keluarga terdekat dan rakan sebaya mereka.

• Kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka.

• Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak.

• Kanak-kanak kemudian akan menggunakan maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama pada masa akan datang.

Page 4: Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

• Had Atas iaitu peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir.

• Had Bawah pula ialah kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

Had Atas

Had Bawah

Page 5: Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

• Merujuk kepada gambar rajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep “Zon Perkembangan Proksimal” dan “Scaffolding”

• Menurutnya, kanak–kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza.

• Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi kognitif yang sukar ini atau kemahiran-kemahiran yang sukar hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding.

Page 6: Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

• Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman seperti orang dewasa ataupun rakan sebaya yang mahir untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.

• Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan. Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak. Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.

• Dalam teori ini juga menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.

Page 7: Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

Implikasi Teori Lev Vygotsky terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik:

Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran matematik, murid akan diminta membuat satu aktiviti inkuiri penemuan di mana murid haruslah berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk mendapatkan algoritma atau hukum bagi perimeter dan luas sesuatu bentuk 2D dan 3D.

Perkembangan kognitif murid akan lebih terangsang sekiranya pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk diadaptasikan dalam aktiviti inkuiri penemuan tersebut.

Seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru.

Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajaran yang efektif.

Page 8: Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

Mengikut Vygotsky, guru perlulah menggalakkan murid yang lebih pandai untuk memberi bimbingan kepada rakan-rakan yang kurang pandai.

Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh.

Guru haruslah menyediakan lebih banyak contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari.

Guru juga haruslah sentiasa memberikan penerangan yang jelas kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Page 9: Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru yang bertindak sebagai fasilitator.

Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah.

Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang bakal dipelajari.

Page 10: Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

Contoh 1Apabila guru hendak mengajar topik

Ruang dan Bentuk, murid boleh menjalankan aktiviti berkumpulan (murid pelbagai aras).

Tujuan adalah untuk membantu murid yang lemah untuk mencapai kemahiran yang sukar dan belum dikuasai murid.

Page 11: Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

TERIMA KASIH!