7
DEFINISI Satu pendekatan yang melihat konsep kepimpinan sebagai satu proses yang berpusatkan interaksi antara pemimpin dan pengikutnya. Menekankan perbezaan cara pemimpin bagi memimpin kumpulan dalaman (in-group) dan kumpulan luaran (out-group). Teori ini menentukan bagi membawa semua pengikutnya dalam kumpulan. Menjelaskan cara para pemimpin kumpulan mengekalkan kedudukan mereka melalui satu perjanjian pertukaran yang dilakukan secara tersirat dengan pengikut-pengikutnya. KONSEP A. Yukl (dalam Dionne, 2000) LMX menjelaskan bagaimana pemimpin dan pengikut mengembangkan hubungan yang saling mempengaruhi antara satu sama lain dan menegaskan peranan pengikut di dalam suatu organisasi. LMX tidak hanya melihat sikap dan tingkah laku pemimpin dan pengikutnya tetapi menekankan pada kualiti hubungan yang terbentuk. B. Landy dan Conte (2007) Hubungan dalam kumpulan ini dapat mengurangkan jumlah pengunduran diri pengikut dari organisasi kerana adanya hubungan yang baik antara pemimpin dan pengikut. C. Robbins (2007) Pada kumpulan dalaman, pengikut lebih dipercayai, mendapatkan perhatian lebih besar dari penyelia dan mendapatkan hak-hak khusus. D. Graen dan Uhl-Bien (1995)

Teori Lmx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

LMX

Citation preview

Page 1: Teori Lmx

DEFINISI

Satu pendekatan yang melihat konsep kepimpinan sebagai satu proses yang berpusatkan interaksi antara pemimpin dan pengikutnya. Menekankan perbezaan cara pemimpin bagi memimpin kumpulan dalaman (in-group) dan kumpulan luaran (out-group). Teori ini menentukan bagi membawa semua pengikutnya dalam kumpulan. Menjelaskan cara para pemimpin kumpulan mengekalkan kedudukan mereka melalui satu perjanjian pertukaran yang dilakukan secara tersirat dengan pengikut-pengikutnya.

KONSEP

A. Yukl (dalam Dionne, 2000)

LMX menjelaskan bagaimana pemimpin dan pengikut mengembangkan hubungan yang saling mempengaruhi antara satu sama lain dan menegaskan peranan pengikut di dalam suatu organisasi. LMX tidak hanya melihat sikap dan tingkah laku pemimpin dan pengikutnya tetapi menekankan pada kualiti hubungan yang terbentuk. 

B. Landy dan Conte (2007)

Hubungan dalam kumpulan ini dapat mengurangkan jumlah pengunduran diri pengikut dari organisasi kerana adanya hubungan yang baik antara pemimpin dan pengikut.

C. Robbins (2007)

Pada kumpulan dalaman, pengikut lebih dipercayai, mendapatkan perhatian lebih besar dari penyelia dan mendapatkan hak-hak khusus.

D. Graen dan Uhl-Bien (1995)

Terdapat tiga domain menjadi dasar dalam mewujudkan hubungan pada LMX iaitu hormat, kepercayaan dan kewajipan. Hubungan antara pemimpin dan pengikut tidak dapat terbentuk tanpa adanya saling menghormati terhadap kemampuan orang lain, tanpa adanya rasa percaya dengan yang lain dan tidak mengira bahawa pengaruh kewajipan akan berkembang menjadi suatu hubungan kerja.

Page 2: Teori Lmx

DIMENSI KEPIMPINAN

Pemimpin mempunyai hubungan istimewa dengan lingkungan dalaman dengan memberi tanggungjawab yang tinggi, pengaruh keputusan dan kebenaran mengurus sumber.

Kumpulan dalaman memberi perhatian kepada kedudukan mereka. Mereka bekerja bersungguh-sungguh dan lebih komited dalam menjalankan tugasan. Mereka juga berharap dapat berkongsi lebih banyak kerja yang melibatkan pentadbiran sebagai memberi kesetiaan kepada pemimpin mereka.

Kumpulan luaran diberi pilihan atau pengaruh pada tahap yang rendah sahaja. Mereka kurang sesuai dengan pemimpin mereka dan biasanya bekerja tanpa motivasi tertentu.

Merujuk kepada keupayaan pemimpin membentuk satu hubungan kerja secara individu dengan setiap orang bawahannya. Pertukaran yang meliputi kedua-dua proses dan isi kandungan antara pemimpin dan pengikutnya dapat mentakrifkan hubungan mereka. Contoh : Seorang Guru Besar baru berpindah ke sebuah sekolah, perlu berkenalan dengan warga sekolahnya. Beliau perlu mewujudkan hubungan profesional dan saling berinteraksi dengan mereka.

Seorang pemimpin yang baik sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan orang bawahannya dengan mengambil berat kebajikan dan perasaan serta saling bertukar pendapat.

Perhubungan 'Dyadic'

KUMPULAN DALAMAN

Seorang pemimpin dan pengikutnya membentuk satu hubungan yang unik. Hubungan dalaman ditentukan oleh sikap saling mempercayai, hormat-menghormati, saling menyukai dan saling mempengaruhi.

Pemimpin

Pengikut

Page 3: Teori Lmx

Contoh :

Apabila seorang Guru Besar mengenali semua orang bawahannya, beliau mewujudkan satu hubungan yang unik berdasarkan ciri-ciri tadi. Kakitangan yang sesuai dan sepadan dengan Guru Besar itu tergolong dalam kumpulan dalaman.

Kumpulan ini adalah kumpulan kakitangan yang bersedia menerima dan melaksanakan tugas yang diberi oleh Guru Besar.

Kumpulan ini mendapat lebih banyak maklumat dan perhatian yang khusus daripada Guru Besar kerana kesediaan mereka menjalankan tugas yang lebih banyak daripada yang lain.

Cth:

Ada guru yang inginkan perhatian penuh daripada Guru Besar dengan meminta kerja lebih daripada tugas yang sebenar. Ini bertujuan untuk mendapat kelebihan dalam mendapat pangkat, kepercayaan dan hak keistimewaan berbanding guru-guru yang lain. Dalam mendapat APC, guru yang rapat dengan Guru Besar diberi keutamaan dicadangkan dalam proses itu. Individu yang rapat dengan Guru Besar mendapat kepercayaan yang penuh daripada beliau melaksanakan satu tugas berbanding individu yang kurang rapat dengan Guru Besar. Dalam hak keistimewaan, guru yang rapat dengan Guru Besar menerima keutamaan dalam permohonan cuti dan kebajikan.

Cadangan:

Sebagai seorang pemimpin yang baik, haruslah bertanggungjawab pada pengikutnya dalam segala hal seperti kebajikan, tingkah laku anggota di bawahnya.

Penyeliaan yang kerap dan tegas harus dilakukan pada anggota bawahannya supaya tidak melanggar etika kerja seperti rasuah, tidak memberi tumpuan sepenuhnya dalam tugas dan lain-lain.

Pemimpin haruslah membimbing anggota bawahannya ke jalan yang baik seperti memberi motivasi bagi meningkatkan prestasi kerja.

KUMPULAN LUARAN

Hubungan unik yang diwujudkan oleh pemimpin dengan pengikutnya adalah berdasarkan komunikasi rasmi mengenai huraian kerja sahaja.

Cth :

Guru menerima tugasan daripada GB, maka kerja itu sahajalah yang dilaksanakannya.

Page 4: Teori Lmx

Guru itu tidak berminat melakukan kerja tambahan yang berkaitan yang di luar daripada bidang kerjanya itu.

Kumpulan pekerja seperti ini dikategorikan berada dalam kumpulan luaran.

Mereka kurang memberikan kerjasama kepada pemimpin dan organisasi.

Mereka kurang mendapat maklumat dan perhatian daripada pemimpin.

PERKONGSIAN KEPIMPINAN

APLIKASI

1. Boleh digunakan dalam semua peringkat pengurusan dan organisasiCth : peringkat atas/ bawah, sekolah, pejabat dll

2. Mengarahkan pengurus untuk menilai kepimpinan mereka dari perspektif hubunganCth : GB dapat menilai dirinya dengan kualiti hubungan guru-gurunya

3. Membolehkan pengurus mengetahui bagaimana kumpulan dalaman dan kumpulan luaran yang diperkembangkan unit tugasan masing-masing. Cth : GB dapat melihat cara bekerja guru-guru di bawah kedua-dua kumpulan ini.

4. Boleh digunakan untuk menjelaskan bagaimana individu membina rangkaian kepimpinan seluruh organisasi

Cth : GB membina hubungan secara menyeluruh di sekolah (guru, staf, pekerja)

5. Pengurus yang sentiasa prihatin mengenai kebajikan stafnya maka organisasi dapat berkembang dengan baik.

Cth : GB menghormati keputusan/ pandangan yang dibuat oleh guru-gurunya dengan mengkaji dan memahami terlebih dahulu masalah/ pendapat guru-gurunya.

KEKUATAN

1. Merupakan teori deskriptif yang menunjukkan bahawa adalah penting untuk GB mengenal pasti kewujudan kumpulan dalaman dan kumpulan luaran dalam sebuah sekolah.

2. Teori ini adalah unik kerana ia adalah pendekatan yang menerima konsep kepimpinan secara dyadic (perhubungan 2 hala) dalam proses kepimpinan

Page 5: Teori Lmx

3. Teori ini menarik perhatian kita kepada pentingnya komunikasi dalam kepimpinan

4. Terdapat banyak kajian yang menyokong cara teori ini beroperasi dan kaitannya dengan pembentukan organisasi yang berkesan.

5. Teori ini bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan keadilan- Ia tidak adil dan memberikan diskriminasi terhadap kumpulan yang tidak menerima perhatian khusus Cth : Secara tidak sengaja GB menyokong pembangunan kumpulan istimewa iaitu kumpulan dalaman di sekolah dengan memberi banyak peluang, nampaknya tidak adil dan diskriminasi.

KELEMAHAN

1. Teori ini bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan keadilan- Ia tidak adil dan memberikan diskriminasi terhadap kumpulan yang tidak menerima perhatian khusus Cth : Secara tidak sengaja GB menyokong pembangunan kumpulan istimewa iaitu kumpulan dalaman di sekolah dengan memberi banyak peluang, nampaknya tidak adil dan diskriminasi.

2. Idea yang asas dalam teori ini masih belum dikembangkan sepenuhnya.- Gagal menyatakan cara-cara yang jelas bagi membina kualiti pertukaran pemimpin-pengikut yang baik dan bagaimana ahli-ahlinya ditubuhkanCth : GB boleh mengenal pasti kumpulan guru dari segi personaliti, kemahiran interpersonal/ kemahiran bekerja. Tetapi tidak mengetahui cara proses ini dijalankan.

3. Soalan-soalan berbangkit mengenai pengukuran pertukaran pemimpin dan ahli sekerja dalam teori ini- Bagaimanakah pertukaran pemimpin anggota yang berkualiti tinggi diciptakan?- Apakah cara untuk mencapai membina kepercayaan, hormat, dan kewajipan? - Apakah garis panduan?

Tiada penjelasan yang tepat bagi soalan-soalan tersebut dalam teori ini.

Oleh kerana pelbagai skala dan tahap analisis, pengukuran pertukaran pemimpin anggota sedang dipersoalkan

KESIMPULAN