31
TEORI PERTUKARAN PEMIMPIN-PENGIKUT DALAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN AHLI KUMPULAN 8: VANITHA A/P MUNUSAMY VIKNESWARI A/P PERUMAL

Teori LMX

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teori kepimpinan

Citation preview

Page 1: Teori LMX

TEORI PERTUKARAN PEMIMPIN-PENGIKUT DALAM KEPIMPINAN

PENDIDIKAN

AHLI KUMPULAN 8:VANITHA A/P MUNUSAMY

VIKNESWARI A/P PERUMAL

Page 2: Teori LMX

DEFINISI

Page 3: Teori LMX

Satu pendekatan yang melihat konsep kepimpinan sebagai satu proses yang berpusatkan interaksi antara pemimpin dan pengikutnya.

Menekankan perbezaan cara pemimpin bagi memimpin kumpulan dalaman (in-group) dan kumpulan luaran (out-group).

Teori ini menentukan bagi membawa semua pengikutnya dalam kumpulan.

Menjelaskan cara para pemimpin kumpulan mengekalkan kedudukan mereka melalui satu perjanjian pertukaran yang dilakukan secara tersirat dengan pengikut-pengikutnya.

Page 4: Teori LMX

Pengikut Pemimpin

Perhubungan

‘Dyadic’

Teori Pemimpin-Pengikut

Page 5: Teori LMX

KONSEP

Page 6: Teori LMX

Yukl (dalam Dionne, 2000) LMX menjelaskan bagaimana pemimpin dan pengikut mengembangkan hubungan yang saling mempengaruhi antara satu sama lain dan menegaskan peranan pengikut di dalam suatu organisasi. LMX tidak hanya melihat sikap dan tingkah laku pemimpin dan pengikutnya tetapi menekankan pada kualiti hubungan yang terbentuk. 

Landy dan Conte (2007) Hubungan dalam kumpulan ini dapat mengurangkan jumlah pengunduran diri pengikut dari organisasi kerana adanya hubungan yang baik antara pemimpin dan pengikut.

Page 7: Teori LMX

Robbins (2007)Pada kumpulan dalaman, pengikut lebih dipercayai, mendapatkan perhatian lebih besar dari penyelia dan mendapatkan hak-hak khusus.

Graen dan Uhl-Bien (1995)Terdapat tiga domain menjadi dasar dalam mewujudkan hubungan pada LMX iaitu hormat, kepercayaan dan kewajipan. Hubungan antara pemimpin dan pengikut tidak dapat terbentuk tanpa adanya saling menghormati terhadap kemampuan orang lain, tanpa adanya rasa percaya dengan yang lain dan tidak mengira bahawa pengaruh kewajipan akan berkembang menjadi suatu hubungan kerja.

Page 8: Teori LMX

DIMENSI KEPIMPINAN

Page 9: Teori LMX

Pemimpin mempunyai hubungan istimewa dengan lingkungan dalaman dengan memberi tanggungjawab yang tinggi, pengaruh keputusan dan kebenaran mengurus sumber.

Kumpulan dalaman memberi perhatian kepada kedudukan mereka. Mereka bekerja bersungguh-sungguh dan lebih komited dalam menjalankan tugasan. Mereka juga berharap dapat berkongsi lebih banyak kerja yang melibatkan pentadbiran sebagai memberi kesetiaan kepada pemimpin mereka.

Kumpulan luaran diberi pilihan atau pengaruh pada tahap yang rendah sahaja. Mereka kurang sesuai dengan pemimpin mereka dan biasanya bekerja tanpa motivasi tertentu.

Page 10: Teori LMX

HUBUNGAN MENEGAK

Page 11: Teori LMX

Merujuk kepada keupayaan pemimpin membentuk satu hubungan kerja secara individu dengan setiap orang bawahannya.

Pertukaran yang meliputi kedua-dua proses dan isi kandungan antara pemimpin dan pengikutnya dapat mentakrifkan hubungan mereka.

Cth : Seorang GB baru berpindah ke sebuah sekolah, perlu berkenalan dengan warga sekolahnya. Beliau perlu mewujudkan hubungan profesional dan saling berinteraksi dengan mereka.

Seorang pemimpin yang baik sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan orang bawahannya dengan mengambil berat kebajikan dan perasaan serta saling bertukar pendapat.

Page 12: Teori LMX

Perhubungan ‘dyadic’

Pemimpin

Pengikut

Page 13: Teori LMX

KUMPULAN DALAMAN

Page 14: Teori LMX

Seorang pemimpin dan pengikutnya membentuk satu hubungan yang unik. Hubungan dalaman ditentukan oleh sikap saling mempercayai, hormat-menghormati, saling menyukai dan saling mempengaruhi.

Cth : - Apabila seorang GB mengenali semua orang bawahannya, beliau mewujudkan satu hubungan yang unik berdasarkan ciri-ciri tadi. Kakitangan yang sesuai dan sepadan dengan GB itu tergolong dalam kumpulan dalaman. - Kumpulan ini adalah kumpulan kakitangan yang bersedia menerima dan melaksanakan tugas yang diberi oleh GB. - Kumpulan ini mendapat lebih banyak maklumat dan perhatian yang khusus daripada GB kerana kesediaan mereka menjalankan tugas yang lebih banyak daripada yang lain.

Page 15: Teori LMX

Cth: Ada guru yang inginkan perhatian penuh daripada

GB dengan meminta kerja lebih daripada tugas yang sebenar.

Ini bertujuan untuk mendapat kelebihan dalam mendapat pangkat, kepercayaan dan hak keistimewaan berbanding guru-guru yang lain.

Dalam mendapat APC, guru yang rapat dengan GB diberi keutamaan dicadangkan dalam proses itu.

Individu yang rapat dengan GB mendapat kepercayaan yang penuh daripada beliau melaksanakan satu tugas berbanding individu yang kurang rapat dengan GB.

Dalam hak keistimewaan, guru yang rapat dengan GB menerima keutamaan dalam permohonan cuti dan kebajikan.

Page 16: Teori LMX

Cadangan: Sebagai seorang pemimpin yang baik, haruslah

bertanggungjawab pada pengikutnya dalam segala hal seperti kebajikan, tingkah laku anggota di bawahnya.

Penyeliaan yang kerap dan tegas harus dilakukan pada anggota bawahannya supaya tidak melanggar etika kerja seperti rasuah, tidak memberi tumpuan sepenuhnya dalam tugas dll.

Pemimpin haruslah membimbing anggota bawahannya ke jalan yang baik seperti memberi motivasi bagi meningkatkan prestasi kerja.

Page 17: Teori LMX

Pemimpin perlu membuat keputusan dengan tegas dan tepat.

Sebelum membuat keputusan, pemimpin perlu berbincang dan berkongsi pendapat dengan anggota yang lebih berpengalaman supaya keputusan yang diambil itu memberi manfaat bagi organisasi.

Bagi mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan pekerja, pemimpin sentiasa peka pada masalah pekerjanya.

Sikap yang peramah perlu ada pada pemimpin supaya pekerja bawahan berasa selesa untuk berbincang, meminta bantuan dan tunjuk ajar.

Page 18: Teori LMX

Pemimpin perlu menerima segala pendapat dan teguran dengan fikiran yang terbuka dan menilai segala sebelum membuat keputusan.

Pemimpin perlu mempunyai perwatakan dan penampilan yang baik supaya dapat menjadi contoh dan meningkatkan daya keyakinan pekerja.

Page 19: Teori LMX

KUMPULAN LUARAN

Page 20: Teori LMX

Hubungan unik yang diwujudkan oleh pemimpin dengan pengikutnya adalah berdasarkan komunikasi rasmi mengenai huraian kerja sahaja.

Cth : Guru menerima tugasan daripada GB, maka kerja itu

sahajalah yang dilaksanakannya. Guru itu tidak berminat melakukan kerja tambahan yang

berkaitan yang di luar daripada bidang kerjanya itu.

Kumpulan pekerja seperti ini dikategorikan berada dalam kumpulan luaran.

Mereka kurang memberikan kerjasama kepada pemimpin dan organisasi.

Mereka kurang mendapat maklumat dan perhatian daripada pemimpin.

Page 21: Teori LMX

PERKONGSIAN KEPIMPINAN

Page 22: Teori LMX

APLIKASI

Page 23: Teori LMX

1. Boleh digunakan dalam semua peringkat pengurusan dan organisasiCth : peringkat atas/ bawah, sekolah, pejabat dll

2. Mengarahkan pengurus untuk menilai kepimpinan mereka dari perspektif hubunganCth : GB dapat menilai dirinya dengan kualiti hubungan guru-gurunya

3. Membolehkan pengurus mengetahui bagaimana kumpulan dalaman dan kumpulan luaran yang diperkembangkan unit tugasan masing-masing. Cth : GB dapat melihat cara bekerja guru-guru di bawah kedua-dua kumpulan ini.

Page 24: Teori LMX

4. Boleh digunakan untuk menjelaskan bagaimana individu membina rangkaian kepimpinan seluruh organisasiCth : GB membina hubungan secara menyeluruh di sekolah (guru, staf, pekerja)

5. Pengurus yang sentiasa prihatin mengenai kebajikan stafnya maka organisasi dapat berkembang dengan baik.Cth : GB menghormati keputusan/ pandangan yang dibuat oleh guru-gurunya dengan mengkaji dan memahami terlebih dahulu masalah/ pendapat guru-gurunya.

Page 25: Teori LMX

KEKUATAN

Page 26: Teori LMX

1. Merupakan teori deskriptif yang menunjukkan bahawa adalah penting untuk GB mengenal pasti kewujudan kumpulan dalaman dan kumpulan luaran dalam sebuah sekolah.

2. Teori ini adalah unik kerana ia adalah pendekatan yang menerima konsep kepimpinan secara dyadic (perhubungan 2 hala) dalam proses kepimpinan

3. Teori ini menarik perhatian kita kepada pentingnya komunikasi dalam kepimpinan

4. Terdapat banyak kajian yang menyokong cara teori ini beroperasi dan kaitannya dengan pembentukan organisasi yang berkesan.

Page 27: Teori LMX

KELEMAHAN

Page 28: Teori LMX

1. Teori ini bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan keadilan- Ia tidak adil dan memberikan diskriminasi terhadap kumpulan yang tidak menerima perhatian khusus Cth : Secara tidak sengaja GB menyokong pembangunan kumpulan istimewa iaitu kumpulan dalaman di sekolah dengan memberi banyak peluang, nampaknya tidak adil dan diskriminasi.

2. Idea yang asas dalam teori ini masih belum dikembangkan sepenuhnya.- Gagal menyatakan cara-cara yang jelas bagi membina kualiti pertukaran pemimpin-pengikut yang baik dan bagaimana ahli-ahlinya ditubuhkanCth : GB boleh mengenal pasti kumpulan guru dari segi personaliti, kemahiran interpersonal/ kemahiran bekerja. Tetapi tidak mengetahui cara proses ini dijalankan.

Page 29: Teori LMX

3. Soalan-soalan berbangkit mengenai pengukuran pertukaran pemimpin dan ahli sekerja dalam teori ini- Bagaimanakah pertukaran pemimpin anggota yang berkualiti tinggi diciptakan?- Apakah cara untuk mencapai membina kepercayaan, hormat, dan kewajipan? - Apakah garis panduan?

Tiada penjelasan yang tepat bagi soalan-soalan tersebut dalam teori ini.

Oleh kerana pelbagai skala dan tahap analisis, pengukuran pertukaran pemimpin anggota sedang dipersoalkan

Page 30: Teori LMX

KESIMPULAN

Page 31: Teori LMX

Kesimpulan

Sensitif dan prihatin pada keperluan atau keinginan.

Tidak adil pada semua pekerja.Menjaga kebajikan.Tidak bertindak mengikut perasaan.Optimis pada keupayaan orang lain.Hormat, sopan dan tertib.Komunikasi yang efektif.