Teori Watson

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teori watson

Citation preview

Teori Pelaziman Tingkah Laku J.B WatsonTeori pelaziman klasik seterusnya iaitu Teori Pelaziman Tingkah Laku J.B Watson. J.B. Watson merupakan seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat dan merupakan orang yang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia. Kajian beliau banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Antara teori yang terkenal iaitu kajian beliau tentang emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik.Menurut Noriati A. Rashid et al (2009), Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal. Selain itu,Watson terkenal dengan kajiannya berkaitan pelaziman dan kawalan emosi manusia iaitu uji kaji tentang Albert (1920). Dalam eksperimen ini kanak-kanak Albert dibiarkan bermain tikus putih. Ketika Albert sedang bermain, Watson membunyikan ketukan yang kuat. Gandingan dua perkara ini dibuat berulang-ulang kali. Oleh itu, Albert terkejut dan terus menjadi takut kepada tikus putih.Justeru, Albert mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang mengejutkan. Oleh itu, persepsi Albert akan menjadi takut kepada semua benda putih yang berbulu termasuk rambut Watson dan muka Santa Klaus.Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapat bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melalui pelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap seorang bayi berusia 9 bulan dengan seekor tikus putih.Watson juga memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut.Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu. Inibermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja.Oleh itu,seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan murid. Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya menyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak menarik atau membosankan. Sama seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik bagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Guru juga perlu menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi mendorong mereka berminat untuk belajar.