Upload
ainiss-nizri
View
62
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
EDU 3107 BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK(INTERVENSI KAUNSELING KANAK-KANAK)
PENSYARAH:PN. MAHZAM BT. MOHD SAAD
DISEDIAKAN OLEH:NOR AIN NIZRI
FARAEZREEN OSMANNUUR AINI MOHD SOBLI
MAHIRAH DALILA MD ZAIN NOR IZATY HANANI MOHD TAHIR
Terapi Bermain
Main dan Perkembangan Kanak-Kanak
Sejak lahir, main merupakan aktiviti yang
utama dalam perkembangan kanak-kanak dari
aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi.
Pengalaman Belajar Kanak-kanak Yang Optimum
Pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum
merangkumi tiga kriteria yang utama, iaitu :
a) Pembelajaran melalui pengalaman langsung.
b) Penglibatan diri secara aktif.
c) Kebebasan belajar berdasarkan gaya belajar,
gaya berfikir, minat kanak-kanak serta masa
yang mencukupi.
Sehubungan ini, main merupakan salah satu
pengalaman belajar kanak-kanak yang
optimum kerana mampu memenuhi kriteria-
kriteria yang dinyatakan di atas.
Konsep Main & Ciri-cirinya Main hanya menjadi bermakna jika mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
a) Main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan
dilaksanakan semata-mata untuk kepuasan.
b) Main hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta
dan tidak dipaksa.
c) Main hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas
tekanan.
d) Main hendaklah mengandungi unsur khayalan agar dapat
memenuhi keperluan atau kepuasan pemain.
e) Main merupakan aktiviti fizikal, atau psikologikal, atau kedua-
duanya dan hendaklah disertai oleh peserta secara aktif.
Jenis-jenis main
Main diri sendiri.
(solitary Play)
Main selari
(parallel play)
Main asosiatif
(associative play)
Main koperatif
(cooperative
play)
Main Diri-Sendiri
Merupakan sesuatu aktiviti fizikal atau
psikologikal atau kedua-duanya yang
dilaksanakan oleh kanak-kanak bersendirian
tanpa peserta yang lain.
Mildred Patern (1932), main diri sendiri mula
diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak
pada umur dua tahun.
Main Selari
Merupakan aktiviti main yang berlaku apabila
dua atau lebih dua orang kanak-kanak
bermain sendirian secara berasingan dalam
aktiviti main yang sama, di tempat yang
sama, pada masa yang sama.
Main Asosiatif
Merupakan sejenis pola main yang mana dua
atau sekumpulan kanak-kanak yang
melibatkan diri mereka dalam aktiviti main
secara berasingan tetapi berbeza dengan
main selari, main asosiatif melibatkan
kerjasama dan komunikasi di antara satu
sama lain.
Bagi main asosiatif ini, kebanyakan masa
adalah tertumpu kepada perkongsian dan
pinjam-meminjam alatan main, bergilir-gilir
menjalankan aktiviti main, berkomunikasi
serta saling membantu diantara mereka.
Patern (1932) main asosiatif ini banyak dapat
diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak
berumur antara 3-4 tahun.
Main Koperatif
Pola main koperatif dapat dilihat apabila dua
atau lebih orang kanak-kanak dalam
lingkungan 4 – 5 tahun melibatkan diri mereka
dalam aktiviti permainan yang mempunyai
matlamat tertentu.
• Misalnya sekumpulan kanak-kanak bekerjasama
membina sebuah bangunan di kelilingi oleh dinding
dengan pasir di pantai.
• Dalam permainan ini :
- 2 orang kanak-kanak dalam kalangan mereka
mungkin ditugaskan membina bangunan, seorang
kanak-kanak lain mungkin ditugaskan mencari dan
menyediakan bahan-bahan membina, manakala
seorang kanak-kanak mungkin ditugaskan untuk
membina dinding mengelilingi bangunan.
Definisi Terapi Bermain
Persatuan terapi bermain mentakrifkan terapi
bermain sebagai penggunaan secara sistematik
model tereotikal untuk membentuk proses
interpersonal. Ini dilakukan apabila terapis
bermain terlatih menggunakan kuasa terapeutik
bermain, untuk menolong klien mencegah atau
menyelesaikan masalah psikososial dan mencapai
pertumbuhan serta perkembangan optimum.
Menurut Carmichael (2006), terapi bermain
merupakan suatu pendekatan yang
berstruktur dan teoritikal kepada terapi
berasaskan komunikasi normal dan proses
pembelajaran kanak-kanak.
Rasional Terapi Bermain
Terapis menggunakan terapi bermain untuk
menolong kanak-kanak menggambarkan apa
masalah yang dihadapi oleh mereka dan
bukan melalui bahasa verbal untuk
menyatakan fikiran dan perasaan mereka.
Dalam terapi ini, objek mainan (toys) dan
main merupakan perkataan kanak-kanak dan
bahasa mereka.
• Melalui aktiviti bermain, terapis dapat membantu
kanak-kanak belajar tingkah laku positif apabila
mereka mengalami defisit kemahiran emosi-
sosial.
• Yang pentingnya ialah hubungan positif dijalinkan
antara terapis dengan kanak-kanak semasa sesi
terapi bermain membawa pengalaman emosi
positif yang perlu untuk pemulihan.
• Terapi ini juga boleh digunakan untuk
memperkembang kognitif dan memberikan
persepsi untuk menyelesaikan konflik dalaman
pemikiran negatif kanak-kanak.
Kegunaan Terapi Bermain Carmichael (2006), terapi bermain sesuai
digunakan untuk kanak-kanak berumur 3 – 12
tahun.
Pelan rawatan melalui terapi bermain digunakan
sebagai intervensi asas untuk pelbagai keadaan
kesihatan seperti pengurusan marah, kesedihan,
trauma, modifikasi gangguan tingkah laku :-
kebimbangan, depresi, ADHD, autisma,
perkembangan kognitif, sosial & fizikal yang
kurang kondusif, pembelajaran lewat dan tingkah
laku bermasalah.
Manfaat Terapi Bermain Menolong kanak-kanak :-
a) Menjadi lebih bertanggungjawab dan membentuk lebih
strategi berkesan.
b) Membangun penyelesaian baru dan kreatif untuk masalah.
c) Memupuk hormat dan penerimaan kendiri dan orang lain.
d) Belajar mengalami emosi yang dinyatakan.
e) Memupuk empati dan menghormati fikiran dan perasaan
orang lain.
f) Belajar kemahiran sosial baru dan kemahiran rasional
dengan keluarganya.