10
SERIES IU_MLK/1112/06 JUMAAT/FRIDAY 2 DISEMBER 2011 6 MUHARRAM 1433H MAKAN dan minum adalah fitrah semula jadi manusia. Sejak di alam janin, seterusnya saat mula mengenal dunia, sehinggalah ke penghujung usianya, rantaian hidup manusia tidak pernah terpisah daripada makan dan minum. Tetapi sekiranya terkurang atau terlebih ia akan mengundang penyakit, malah apabila tersalah makan dan minum akan mengakibatkan diri merana PLEASE TAKE ONE AS YOUR COPY SUBUH ZUHUR ASAR MAGHRIB ISYAK 05.39AM. 01.03PM 04.26PM 07.02PM 08.16PM Hati-hati Pilih Makanan Perception Hadis : Keistimewaan Memeluk Islam ! Ajoi yang Femes Komik 5 Perkara Sebelum 5 Perkara Today?

The Raise Week 7 Semester 2 2011

Embed Size (px)

DESCRIPTION

The Raise, publish by BIP, Usrah Institution Malaca Campus

Citation preview

Page 1: The Raise Week 7 Semester 2 2011

SERIES IU_MLK/1112/06 JUMAAT/FRIDAY 2 DISEMBER 2011 6 MUHARRAM 1433H

MAKAN dan minum adalah fitrah semula jadi manusia. Sejak di alam janin, seterusnya saat mula mengenal dunia, sehinggalah ke penghujung usianya, rantaian hidup manusia tidak pernah terpisah daripada makan dan minum. Tetapi sekiranya terkurang atau terlebih ia akan mengundang penyakit, malah apabila tersalah makan dan minum akan mengakibatkan diri merana

PLEASE TAKE ONE AS YOUR COPY

SUBUH

ZUHUR

ASAR

MAGHRIB

ISYAK

05.39AM.

01.03PM

04.26PM

07.02PM

08.16PM

Hati-hati Pilih Makanan Perception Hadis : Keistimewaan Memeluk Islam ! Ajoi yang Femes Komik 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Today?

Page 2: The Raise Week 7 Semester 2 2011

Oleh itu, Islam melihat makan dan minum adalah suatu aspek yang sangat penting dan harus diberikan perhatian sepanjang waktu supaya yang dimakan dan diminum memberikan kesihatan, bukannya penyakit. "Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata." (Al-Quran, surah al-Baqarah: ayat 168) Ayat di atas bersifat perintah terhadap manusia supaya memakan hanya yang halal iaitu makanan yang menepati syarak. Ia juga sebagai satu panduan kepada umat Islam dalam menilai serta memilih makanan dan minuman. Kepentingan makanan halal dan baik itu disebut Allah di dalam al-Quran lebih 1,400 tahun lampau, menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Imam Ibnu Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim, mentafsirkan

makanan yang baik sebagai yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal. Dalam Islam, makan dan minum bukan hanya semata-mata bersifat tabiat, bahkan ia sebagai ibadat. Makanan yang halal diredai Allah dan mendapat ganjaran, manakala makanan haram dimurkai dan menjejaskan hubungannya dengan Allah. Nabi s.a.w menjelaskan: "Seorang lelaki musafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Allah, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya." (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi)

2

Page 3: The Raise Week 7 Semester 2 2011

Daripada peristiwa di atas, dapatlah kita fahami, dengan makanan halal ibadat seseorang akan diterima Allah, sedangkan makanan haram menyebabkan ibadat jadi rosak, malah doanya tidak diperkenankan dan diri dekat dengan azab. At-Tirmizi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w, bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram, api nerakalah yang lebih utama baginya." Sahabat, Abdullah bin Abbas pula berkata: "Tidak diterima solat seseorang yang di dalam tubuh badannya terdapat benda yang haram." Sekiranya makanan halal disukai Allah, usaha untuk mendapatkannya juga dirahmati dan diberkati. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Sesiapa berusaha untuk keluarganya daripada harta yang halal, dia berkedudukan seperti seorang yang berjihad pada jalan Allah." Di negara berbilang kaum dan agama, seperti Malaysia, masyarakat Islam sewajarnya lebih prihatin dengan aspek ini, bahkan memikul tanggungjawab untuk menyebarluaskan konsep pemakanan halal lagi bermutu ini.

Makanan yang haram tidak hanya daripada babi atau anjing dan haiwan mati yang tidak disembelih (bangkai), malah ada lagi beberapa jenis haiwan yang diharamkan seperti haiwan liar bertaring dan burung berkuku mencengkam. Ini sesuai dengan pesanan Nabi Muhammad s.a.w seperti dilaporkan al-Bukhari, yang melarang (umat Islam) memakan semua haiwan buas yang bertaring dan burung yang memiliki kuku yang mencengkam. Bukan semua jenis minuman halal, bahkan sesetengahnya diharamkan, seperti arak dan darah. Dalam al-Quran, pada ayat 173 surah al-Baqarah, Allah mengharamkan darah, manakala pada ayat 90 surah al-Maidah turut dijelaskan mengenai arak.

Dalam sesetengah kes pula ada bahan makanan dan minuman yang asalnya harus, tetapi apabila disalah guna, ia menjadi haram. Contoh paling ketara ialah dadah dan ubat batuk, sepatutnya bagi tujuan perubatan, tetapi disalah guna menjadi haram.

3

Page 4: The Raise Week 7 Semester 2 2011

Majlis Fatwa Kebangsaan (1982) menjelaskan, sebarang penyalahgunaan termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya haram. "Dadah hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan yang sah mengikut syarak." Sheikh Yusuf al-Qardawi, dalam kitab Halal dan Haram dalam Islam, berkata: "Hukum berkenaan haramnya narkotik disepakati oleh kalangan ahli fiqah dan ia dikenali sebelum ini sebagai al-khabaith (suatu bahan yang keji)." Begitupun, dalam persoalan halal haram makanan dan minuman, beberapa konsep perlu diberikan perhatian: * Punca makanan seperti daging yang digunakan. Konsep haiwan yang haram dimakan dalam Islam seperti haiwan bertaring serta hidup dua alam dan haiwan yang jijik seperti cicak. * Kaedah penyembelihan haiwan yang menepati syarak. Lebih menakutkan sekiranya orang bukan Islam menyembelih

haiwan yang dijual dipasaran terbuka, sedangkan antara syarat penyembelihan dalam Islam, penyembelih mesti orang Islam. • Cara pengurusan dan pemprosesan makanan mesti terhindar daripada najis dan tidak bercampur dengan bahan haram di sisi Islam, termasuk dari segi pengangkutan tidak bercampur dengan bahan makanan yang haram. • Ramuan dalam makanan dipastikan suci, misalnya tidak mengandungi alkohol dan minyak daripada lemak babi. • Peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses makanan, seperti kuali, periuk dan pisau, tidak pernah digunakan untuk memasak makanan yang haram mengikut syariat Islam. • Persekitaran yang bersih, terutama di bahagian dapur. Dalam surah al-Baqarah, ayat 172, menegaskan: "Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya."

4 tazkirah.yolasite.com

Page 5: The Raise Week 7 Semester 2 2011

One day, the father of a very wealthy family took his son on a trip to the country with the express purpose of showing him how poor people live. They spent a couple of days and nights on the farm of what would be considered a very poor family. On their return from their trip, the father asked his son, "How was the trip?" "It was great, Dad." "Did you see how poor people live?" the father asked. "Oh yeah," said the son. "So, tell me, what you learned from the trip?" asked the father. The son answered: "I saw that we have one dog and they had four. We have a pool that reaches to the middle of our garden and they have a creek that has no end. We have imported lanterns in our garden and they have the stars at night... Our patio reaches to the front yard and they have the whole horizon. We have a small piece of land to live on and they have fields that go beyond our sight. We have servants who serve us, but they serve others. We buy our food, but they grow theirs. We have walls around our property to protect us; they have friends to protect them." The boy's father was speechless. Then his son added, "Thanks Dad for showing me how poor we are." Isn't perspective a wonderful thing? Makes you wonder what would happen if we all gave thanks for everything we have, instead of worrying about what we don't have. Appreciate every single thing you have, especially your friends!

5 www.funnythreat.co.cc

Page 6: The Raise Week 7 Semester 2 2011

Had

is

6

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.” (al-Bukahri) Huraian Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.

ii.islam.gov.my

Page 7: The Raise Week 7 Semester 2 2011

Can you see both the young woman and the old woman in this classic optical illusion? If you need some help, the eye of the old woman is the ear of the young woman. The old woman's mouth is the young woman's necklace.

7

Page 8: The Raise Week 7 Semester 2 2011

Ajoi Yang Femes Ajoi dan Sumardi sedang berborak dan macam biasa kalau tak bertekak bukan Ajoi dan Sumardi ler tu…Kali ni Ajoi mengatakan kepada Sumardi bahawa satu Malaysia kenal dia. Ajoi: Siti Nurhaliza pun kenal aku …! Sumardi: Tipulah endok.. cuba kau buktikan Selesai konsert, Ajoi dan Sumardi pergi ke belakang stage jumpa Dato Siti Nurhaliza. Ternyata Dato Siti memang kenal dengan Ajoi…Siap main cubit-cubit lagi “Saya memang suka la lawak you tu Ajoi…kira saya peminat awak la nombor satu tau” Sumardi terkesima tapi dia masih belum pasrah.. Sumardi: Ala tu kebetulan jer.. cuba ko cakap lagi siapa orang terkenal yang kenal ko.. Kebetulan Tan Sri Syed Mokhtar lalu dan Ajoi pun menyapa ..”Tan Sri..! lama tak jumpa!” Tan Sri Mokhtar: “Ohh Ajoi, saya nak balik ni. Jom la datang rumah, borak-borak minum kopi” Ajoi: Terima kasih Tan Sri, tapi hari saya bz sikit… Sumardi tercengang namun masih tidak puas hati.. Ajoi: Hah! Lu tengok..kan aku dah cakap. Sumardi: Ok Joi.. kalau lu memang terkenal satu Malaysia, tentu DS Najib pun kenal! Ajoi: Ok jom kita tengok dia berucap kat stadium tu.. Sumardi: Ok.. (takkan kenal kot..) Selepas setengah jam menunggu, kemudian tepuk tangan kedengaran gemuruh selepas DS Najib selesai berucap. Ajoi tiba-tiba meluru dan bersalam dengannya. Yang memeranjatkan Sumardi ialah DS pun berjabat tangan tak lepas-lepas sambil main cucuk-cucuk pinggang lagi. Lepas tu sambil letak kat bahu Ajoi, mereka turun dari stage. Lepas tu, Ajoi pun mendapatkan Sumardi tapi dia tengok Sumardi pengsan. Selepas membuat CPR…(buwek) Sumardi pun sedar. Ajoi: La.. pesal lu pengsan lak? Sumardi: Diaorang kenal ko, satu hal Joi… yang buat aku pengsan bila aku dengar penonton belakang aku berkata… “EH SAPA TU YANG BERJALAN SEBELAH AJOI TU….!”

8

Page 9: The Raise Week 7 Semester 2 2011

9

Bukanlah yang terbaik itu yang tidak pernah jatuh.

Tetapi yang terbaik itu adalah yang apabila jatuh, dia

bingkas berusaha untuk naik semula. - Hilal Asyraf

Page 10: The Raise Week 7 Semester 2 2011

® 2011. SEGALA HAKCIPTA DAN PENULISAN BOLEH DITERBITKAN SEMULA. Digalakkan sama sekali menerbitkan semula dengan apa jua cara sekalipun. TERIMA KASIH. Biro Informasi & Penerbitan (Kampus Melaka), Institusi Usrah, Multimedia University, Jalan Ayer Keroh Lama, 75450 Melaka. Jika ada sebarang artikel/komik yang boleh dikongsi bersama sila hantarkan kepada : Email : [email protected]

“Dakwah Tanggungjawab Kita Bersama”