Upload
phamhanh
View
258
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
BPPDP BIL. (07) 2017, EDISI JULAI
Disember 2016
____________________
Kementerian Pendidikan kaji beban buku dibawa murid ke sekolah
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan akan
pergi ke beberapa sekolah rendah di negara ini untuk mengkaji jumlah buku yang dibawa murid setiap hari ke sekolah.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan jumlah buku yang dibawa murid sekolah tidak terlalu berat seterusnya membebankan mereka setiap hari.
Sumber: Berita Harian, 23 Julai 2017
Maklumat dan Pertanyaan
Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya
Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284
Tiga kementerian laksana Pelan
Pembangunan Pendidikan STEM
Datuk P. Kamalanathan
Kementerian Pendidikan menubuhkan satu jawatankuasa khas
yang turut dianggotai wakil Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bagi melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, pelan pembangunan pendidikan itu yang sedang diusahakan akan kelihatan lebih lebih holistik dan inklusif dengan memfokuskan terhadap lapan bidang utama.
Beliau berkata, lapan bidang tersebut melibatkan dasar, pengajaran dan pembelajaran, fasiliti, program kesedaran kerjaya, kerjasama strategik, data serta penyelidikan, pengkomersialan serta inovasi.
“Untuk memastikan pendidikan STEM benar-benar didedahkan kepada murid, kaedah pengajaran pasif dalam kelas perlu diubah menjadi pembelajaran aktif yang menekankan idea-idea kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),”
Pengukuhan STEM merupakan inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, namun hanya 47 peratus pelajar mengikuti aliran STEM di negara ini.
Sumber: Utusan Malaysia, 5 Julai 2017
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 2
Kata Kunci Kejayaan
“Orang yang boleh menggunakan dan menyimpan wang adalah orang
yang paling bahagia, kerana ia memiliki kedua-dua kesenangan” (Samuel Johnson)
Komunikasi berterusan bantu ibu bapa tingkat pengetahuan tentang KBAT
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan meminta agar ibu bapa dan
pihak sekolah berkomunikasi secara berterusan dalam usaha memahami kaedah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dipelajari anak mereka sekolah.
Menterinya, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, perubahan yang dilakukan itu merupakan anjakan paradigma untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan memerlukan pembabitan serta sokongan pelbagai pihak.
Kaedah berfikir dan cara menjawab dalam KBAT bermula dari peringkat prasekolah di tadika sehingga ke sekolah kebangsaan dan menengah yang dilaksanakan secara berterusan.
“Dalam konteks ini pihak sekolah dan PIBG boleh memainkan peranan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa bagi memahamkan KBAT yang dipelajari anak-anak mereka di sekolah”
Sumber: Utusan Malaysia, 21 Julai 2017
Elaun kos sara hidup guru pelatih belum muktamad
YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan masih dalam
peringkat perbincangan dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan elaun sara hidup guru pelatih sebagai pinjaman bagi pengambilan tahun depan.
Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan kelak. Beliau berkata setakat ini penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) akan terus menerima elaun sara hidup RM430 sebulan tahun ini.
"Kerajaan kini masih menanggung yuran pengajian berjumlah lebih RM20,000 untuk setiap seorang pelajar IPG dan keputusan mengenai pemotongan elaun sara hidup masih dalam peringkat perbincangan.”
Sekiranya terdapat sebarang keputusan dicapai hasil daripada perbincangan ini, KPM akan umumkan dalam tempoh satu hingga dua bulan nanti,
Mahadzir menjelaskan perbincangan bersama pihak PTPTN masih di tahap awal dan sebarang keputusan hanya akan melibatkan pengambilan baharu untuk sesi pengajian bagi tahun 2018.
Sumber : Berita Harian, 18 Julai 2017
Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar bagi JULAI 2017
Maklumat bahan rujukan dan peminjaman
koleksi layari laman sesawang berikut:
http://librarykpm.moe.gov.my
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017
20172017 3
2. ARTIKEL AKHBAR
BIL BERITA HARIAN,
UTUSAN MALAYSIA,
NEW STRAITS TIMES
BILANGAN
TAJUK
BAHAN
JUMLAH 158
3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN
BIL JUMLAH KOLEKSI
YANG DITERIMA
BILANGAN
DIKATALOG
43 43
Jumlah Kumulatif sehingga 31 Julai 2017:
192,045
1. PEROLEHAN
BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH
1. Koleksi Umum 0
2. Koleksi KPM 1
3. Koleksi Tesis 42
4. Koleksi CD-ROM 47
5. Koleksi Jurnal 0
6. Koleksi Risalah/
Hadiah/Sumbangan 0
JUMLAH 90
ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR
BAGI BULAN JULAI 2017
1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/
Sukatan Mata Pelajaran
- 03 isu
2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
- 11 isu
3. Pengurusan Pendidikan
- 02 isu
4. Keselamatan/ Disiplin Murid
- 02 isu
STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI
BAGI BULAN JULAI 2017
Bilangan Pengguna 114
Pendaftaran Baharu 11
Pinjaman Buku/CD/Bahan
KPM
3
Rujukan Tesis 37
JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY KPM
SEHINGGA 31 JULAI 2017
39,357 orang
Perkhidmatan Kaunter
Senyum Selalu
SEDIA BANTU 03-8884 6425
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 4
Wujudkan subjek Perlembagaan
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan mata
pelajaran asas mengenai Perlembagaan diwujudkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menerapkan pemahaman yang lebih tinggi dalam kalangan golongan muda mengenai sejarah negara.
Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, subjek itu penting untuk menjaga hak-hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan dan perkara-perkara yang telah dipersetujui ketika pembentukan Malaysia.
Menurutnya, di sekolah, pendidikan mengenai Perlembagaan boleh diserapkan ke dalam mata pelajaran Sejarah manakala di IPT diwajibkan kursus Perlembagaan kepada pelajar.
“Selain golongan muda di sekolah dan IPT, taklimat secara berkala mengenai Perlembagaan juga harus diberikan kepada golongan profesional, kakitangan kerajaan serta kelompok masyarakat”
“Perkara ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pertikaian demi pertikaian oleh sesetengah pihak tentang hak keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan. Mereka ini buat begitu kerana tidak faham,” katanya.
Tambah Ibrahim, pengenalan mata pelajaran asas Perlembagaan merupakan penentu kelangsungan negara pada masa depan terutama dalam mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Sumber : Utusan Malaysia, 15 Julai 2017
!
WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis
8.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Ditutup pada Sabtu, Ahad dan
cuti umum
KEAHLIAN
Keahlian adalah percuma
Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia
Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)
Agensi Kerajaan
Penyelidik
Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:
Membawa kad matrik dan surat pengesahan
Melengkapkan borang pendaftaran
Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik
Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Sirkulasi
Bilik Mesyuarat
Peti Pemulangan Buku (24 Jam)
Khidmat Nasihat dan Kepakaran
Bilik Tayangan
Informatif, Tepat &
Mesra
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5
Informasi
YGMB perkenal produk baharu lebih komprehensif
Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berusaha
memperkasakan aspek kebajikan dengan merangka produk baharu bagi mewujudkan skim perlindungan komprehensif yang memenuhi keperluan para guru.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, produk baharu yang akan dilancarkan pada bulan depan itu menyaksikan lebih banyak faedah dan manfaat diterima oleh guru yang menjadi ahli YGMB.
“Pada masa ini dengan hanya membayar RM10, ahli YGMB
mendapat 16 manfaat tetapi kita berasa apa yang kita tawarkan ini
tidak cukup melindungi guru.”
“Jadi, kita merancang satu skim dengan nilai terbaik yang memberi manfaat berganda,” katanya dalam sidang akhbar selepas program peningkatan profesionalisme bertajuk ‘Peranan Guru Muda 1Malaysia dalam Memperkasa Transformasi Pendidikan’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya, Jengka Maran, Pahang.
Sumber : Utusan Malaysia, 21 Julai 2017
ISU SEMASA JULAI 2017
Guru perlu buat laporan polis sekiranya dibuli murid – Mahdzir
Tiada arahan murid cuti kerana guru bertugas luar kawasan – Mahdzir
Mengulas pengedaran surat pemberitahuan di media sosial yang memaklumkan murid kelas peralihan, darjah satu dan dua bagi sesi pagi dan petang direhatkan pada 18 dan 19 Julai kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, Mahdzir berkata pemberitahuan itu disediakan secara 'pandai-pandai' oleh pengetua atau pihak sekolah berkenaan.
Elaun kos sara hidup guru pelatih belum muktamad
Guru didakwa tumbuk murid, ibu buat laporan polis
Tindakan tegas jika guru terlibat Daish
Kementerian Pendidikan kaji beban buku dibawa murid ke sekolah
Lapan murid sekolah antara 14 ditahan kerana bergaduh
Malaysia, Brunei jalin kerjasama
pendidikan berkaitan minyak dan gas
Sumber : Utusan Malaysia/ Berita Harian
Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, April 2017
Bahasa Melayu indah dan mudah untuk dipelajarI
Keunikan, keindahan serta mudah dipelajari, itulah yang
menjadi tarikan kepada orang luar khususnya para peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) untuk mempelajari Bahasa Malaysia dan Indonesia.
Selain itu, majoriti peserta pertandingan tahunan yang menawarkan hadiah utama piala Perdana Menteri memberitahu Utusan Online, mereka tidak menghadapi cabaran besar untuk
untuk mempelajari bahasa ini. Menurut peserta dari Jerman,
Benedikt Aspaches, 25, berbeza dengan bahasa ibundanya bahasa Melayu mempunyai lenggok yang lebih lembut sehingga membuatkan penuturnya kelihatan lebih mesra dan
mudah untuk didekati.
“Bahasa Jerman agak keras dan tegas menjadikan penuturnya kelihatan agak garang serta boleh menimbulkan salah faham
bagi mereka yang tidak biasa dengannya.
“Keadaaan ini tidak timbul dengan bahasa Melayu yang lebih lembut sifatnya menjadikan komunikasi antara penuturnya lebih berkesan,” kata mahasiswa Jurusan Ilmu Politik dan Ilmi Asia Tenggara Universiti
Goethe, Frankfut.
Bagi mahasiswa Jurusan Bahasa Melayu dan Indonesia, Universiti Bahasa Asing Hankuk, Seok Dahye, 25, pula, sepatutnya halangan untuk menguasai bahasa Melayu bagi
dirinya ialah penguasaan perbendaharaan katanya.
Gadis yang mempelajari bahasa Melayu sejak berusia 12 tahun ini berkata, dirinya agak beruntung kerana mempunyai ramai kenalan dari Malaysia dan Indonesia yang membantu dia
menguasainya.
“Pun begitu bahasa Melayu dari segi nahu serta tata bahasa lebih mudah untuk difahami berbanding bahasa Inggeris dan
Korea.
“Ini adalah kelebihan bahasa ini dengan bahasa-bahasa utama dunia yang lain” jelas gadis yang menggemari lagu-lagu
berbahasa Melayu ini.
Sumber : Utusan Malaysia, 24 Julai 2017
Benedikt dan Dahye merupakan sebahagian dariapada 20 peserta yang bersaing dalam
Kategori Antarabangsa PABM edisi ke-11 ni.
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5
INFO SEMASA BPPDP
TAHNIAH
Ucapan Tahniah dan
penghargaan kepada tiga pegawai Pengurusan
Tertinggi BPPDP yang telah dinaikkan pangkat.
YBhg Dato’ Sulaiman bin Wak
Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia
(Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
YBrs. Dr. Habibah binti Abdul Rahim
Pengarah BPPDP
Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim
Timbalan Pengarah (DP) BPPDP
NOTA ILMIAH
PENEMPATAN GURU
BARU JULAI 2017
KPM memaklumkan bahawa bagi
penempatan guru baharu, iaitu guru yang
keluar dari IPGM dan IPTA akan dibuat
pada bulan Julai 2017. Jumlah mereka
adalah dianggarkan seramai 1,175 orang
meliputi seramai 746 orang untuk
ditempatkan di sekolah rendah dan seramai
429 orang untuk ditempatkan di sekolah
menengah.
Dalam hal ini juga, KPM ingin menjelaskan
bahawa bagi penempatan baru ini, semua
calon tersebut hendaklah akur terhadap
penempatan mereka kerana ia dibuat
berdasarkan kepentingan perkhidmatan di
seluruh negara. Mana-mana calon yang
menolak arahan penempatan tersebut
boleh dianggap menolak tawaran sebagai
guru.
KPM telah menetapkan bahawa
kekosongan jawatan di sesebuah negeri
akan diberi keutamaan untuk penempatan
guru-guru yang mohon bertukar
khususnya dalam kes-kes sakit kronik,
ancaman keselamatan, mengikut
pasangan, tempoh berkhidmat di sesebuah
sekolah termasuk kes-kes yang
dikategorikan sebagai duka lara.
PENGURUSAN PENEMPATAN DAN
PERTUKARAN GURU SECARA BERPUSAT
(ONE STOP CENTER)
KEBAJIKAN GURU
Bermula pada Januari 2018, KPM telah
menetapkan bahawa semua urusan pertukaran dan penempatan guru akan dilaksanakan secara berpusat atau One Stop Center. Semua urusan pertukaran dan penempatan guru antara negeri hanya akan dilaksanakan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM sebagai urus setia, dan tidak lagi dilaksanakan oleh bahagian-bahagian operasi yang lain di KPM. Manakala urusan pertukaran dan penempatan guru di semua jenis sekolah di sesebuah negeri pula akan hanya dibuat oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing.
Langkah penambahbaikan proses kerja pertukaran dan penempatan guru secara berpusat ini bertujuan untuk;
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya di mana tempoh masa yang akan digunakan untuk proses tersebut dapat disingkatkan.
Memudahkan rujukan dilaksanakan oleh pihak pengurusan tertinggi KPM dan juga pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam urusan tersebut.
Pengurusan data guru dan data pergerakan guru dapat dipantau secara tepat melalui satu pusat seterusnya dapat mengelakkan percanggahan terhadap data tersebut.
Memudahkan guru berurusan secara setempat, tidak lagi terpaksa bergerak untuk mencari tempat-tempat yang berbeza bagi menyelesaikan urusan mereka. Hal ini juga dapat mengurangkan karenah birokrasi di samping memudahkan aduan dan maklumbalas guru-guru terlibat yang akan dikendalikan di satu pusat sahaja.
KPM amat berharap dengan langkah-langkah yang diambil tersebut akan dapat menyelesaikan banyak masalah khususnya berkaitan ketidakpuasan yang timbul dalam kalangan guru-guru kita.
Sumber : Utusan Malaysia, 19 Julai 2017
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 6
Maklumat Perancangan Pendidikan
TN50: Pendidikan holistik bangunkan bakat Membina Kanak-kanak Generasi Gemilang
Transformasi Nasional
Sistem pendidikan holistik yang berupaya
membangunkan bakat individu adalah antara aspirasi disuarakan golongan kanak-kanak pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata generasi masa depan tidak mahu individu dibezakan berdasarkan kepandaian, sebaliknya bakat mereka digilap untuk lebih menyerlah dalam bidang diceburi.
Dialog ini turut dihadiri oleh, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
.
7 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017
Sesi berkenaan disertai lebih 500 kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah, antaranya Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Malaysia, anggota Mini Parlimen dan murid sekolah sekitar Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perkara lain dibangkitkan ialah mengenai menangani isu keselamatan kanak-kanak, termasuk membabitkan kesihatan mental dan pemerdagangan manusia.
Bertemakan 'TN50 Membina Kanak-kanak Generasi Gemilang', sesi dialog itu antara lain bertujuan memberi peluang kepada golongan kanak-kanak sebagai antara kumpulan sasar Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menyuarakan harapan dan aspirasi menjelang TN50.
Sementara itu, Rohani berkata, sekretariat akan mengumpulkan pandangan kanak-kanak yang ditulis dan juga luahan hati yang disampaikan dalam bentuk lukisan
TN50 (KANAK-KANAK)
* Pengurusan penggunaan gajet dengan pintar.
* Tiada lagi gelandangan.
* Pertingkatkan kemudahan psikologi dalam kalangan masyarakat.
* Sifar buli.
* Murid tidak digred ikut kepandaian.
Sumber : Utusan Malaysia, 21 Julai 2017
Kajian Penyelidikan Pendidikan
8
POLA INTERAKSI SOSIAL DALAM
KALANGAN MURID PELBAGAI
ETNIK DI SEKOLAH MENENGAH
SAINS DI NEGERI SABAH
NORDIN BIN BULA (Ed.D)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
Kajian ini untuk mengkaji Pola Interaksi Sosial
dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Sekolah
Menengah Sains di Sabah. Kajian tinjauan semasa
digunakan terhadap 257 orang murid sebagai
sampel kajian yang terdiri dari murid tingkatan
satu, dua dan empat di Sekolah Menengah Sains
Sabah di Kota Kinabalu dan Lahad Datu. Responden
dipilih berdasarkan rawak berlapis. Instrumen
kajian menggunakan set soal selidik. Data dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS versi 16.0.
Analisis statistik inferens menggunakan ujian-t dan
Anova Sehala. Hasil ujian-t mendapati terdapat
perbezaan antara murid lelaki dan perempuan dari
segi interaksi sosial. Analisis Anova Sehala
mendapati tidak terdapat perbezaan atau sebarang
penghalang interaksi dalam kalangan murid lelaki
dan perempuan dari segi tahun akademik, wilayah
asal, etnik yang berbeza serta pegangan agama.
Dapatan kajian ini memberikan impak positif
terhadap pola interaksi sosial dalam kalangan
murid pelbagai etnik di Sekolah Menengah Sains di
Sabah dalam usaha untuk melahirkan warganegara
yang bertoleransi dan bertanggungjawab.
Kajian yang sangat baik bagi mengukur tahap
pola intraksi sosial murid daripada pelbagai
etnik sebagai asas bagi melihat perpaduan
dalam kalangan murid.
Kata Kunci : Pola, Interaksi Sosial, Murid,
Etnik, Sekolah Berasrama Penuh
Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian, BPPDP
ABSTRAK KAJIAN
Ringkasan sampel sekolah
Sekolah Menengah Sains Sabah (SMES merupakan
sekolah perintis kepada penubuhan Sekolah
Berasrama Penuh Malaysia di Sabah dan Sarawak.
Terletak berhampiran dengan Kelab Golf dan Desa
Kinabalu, sekolah ini asalnya dibina bagi
menempatkan pelajar matrikulasi sains Universiti
Kebangsaan Malaysia dan sebahagian bangunan
sekolah ini diduduki oleh Sekolah Menengah Agama
Kota Kinabalu (SMAKK). Sekolah Menengah Sains
Sabah sebelum ini dikenali sebagai Sekolah
Berasrama Penuh Sabah (SBPS) dan merupakan
Sekolah Kluster Kecemerlangan Gred A yang dinilai
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. SMESH kini
menduduki kedudukan pertama sebagai sekolah
terbaik di Sabah. Murid sekolah ini terdiri daripada
pelbagai etnik yang mampu membina hubungan baik
melalui aktiviti yang dilaksanakan secara bersama.
Contoh ABM atas talian
Jurnal
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017
Berita KPM dan Aktiviti Utama BPPDP
Malaysia, Brunei jalin kerjasama
pendidikan berkaitan minyak dan
gas
Malaysia dan Brunei bersetuju menjalin
kerjasama dalam beberapa bidang termasuk berkaitan pendidikan mengenai minyak dan gas bermula di peringkat sekolah.
YB DATO’ SERI MAHDZIR KHALID
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri
Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Suyoi Othman di sini hari ini. Pertemuan itu diadakan sempena Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) yang berlangsung selama empat hari 24-27 Julai 2017 di Jakarta, Indonesia.
Menurut Mahdzir, jika kerjasama itu berjaya direalisasikan, Malaysia bersedia mewujudkan sebuah kampus khas di Pengerang, Johor.
Sumber : Utusan Malaysia, 24 Julai 2017
Unjuran Keperluan Guru
Bengkel Kerja Unjuran Keperluan Guru
KPM Bagi Zon Selatan Tahun 2017
Bengkel Kerja Unjuran Keperluan Guru KPM Bagi
Zon Selatan Tahun 2017 telah dilaksanakan pada 3 hingga 5 Julai 2017 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan. Seramai 32 orang pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah hadir ke bengkel ini untuk menyelaras unjuran keperluan guru berasaskan sekolah bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk memenuhi keperluan guru di setiap daerah dan negeri masing-masing. Sehubungan dengan itu, bengkel kerja kali ini telah melibatkan pegawai-pegawai daripada JPN dan PPD bagi negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Justeru, bengkel ini merupakan satu platform untuk bersama-sama dalam menyediakan unjuran enrolmen, kelas dan guru mengikut daerah dan negeri. Hasil bengkel akan dapat membantu mengenalpasti sekiranya terdapat kekurangan atau lebihan guru pada peringkat JPN dan PPD serta keperluan guru pada masa akan datang.
Gambar wakil JPN dan PPD negeri Johor, Melaka dan
Negeri Sembilan pada 5 Julai 2017
Sumber : Sektor Unjuran, BPPDP
Sumber : Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP, 25 April 2017
Program
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 9
PENGHARGAAN DAN UCAPAN TAHNIAH
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 10
1
Merealisasikan BPPDP sebagai ‘Nadi dan Payung’ Kementerian Pendidikan Malaysia
Amanat Sempena Perhimpunan Bulanan dan Majlis Serah Tugas Pengurusan Tertinggi BPPDP
YBhg Dato’ TKPPM menyampaikan dokumen serah tugas kepada YBrs. Dr. Habibah binti Abdul Rahim,
Pengarah BPPDP
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP) merupakan salah satu Bahagian KPM yang penting dalam menentukan dasar dan hala tuju Pendidikan Negara. Oleh itu, BPPDP mempunyai peranan dan fungsi dalam memastikan dasar-dasar yang diperakukan oleh Kementerian dapat dilaksanakan. Komitmen dan kerjasama antara BPPDP dengan Pengurusan Tertinggi KPM, Bahagian, Kementerian dan agensi lain dalam pengubalan dasar baharu, perancangan pembangunan dan penyelidikan pendidikan telah mencapai banyak kejayaan.
“BPPDP hendaklah berpegang teguh kepada dasar yang telah ditetapkan dan membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaannya” ujar YBhg Dato’ Sulaiman bin Wak, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) baharu, yang juga mantan Pengarah BPPDP semasa Majlis Serah Tugas dan Perhimpunan Bulanan Bahagian pada 14 Julai 2017.
Majlis tersebut turut meraikan dan perlantikan YBrs. Dr. Habibah binti Abdul Rahim yang mengantikan beliau sebagai Pengarah BPPDP. Manakala Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim di naikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Dasar dan Pembangunan).
Intipati Ucapan Dasar
Pengarah BPPDP
YBrs. Dr. Habibah Abdul Rahim Perhimpunan Bulanan BPPDP
Jumaat, 14 Julai 2017
Setiap warga BPPDP perlu berpegang kepada tujuan asal BPPDP ditubuhkan. Jika BPPDP disebut-sebut sebagai ‘nadi dan payung kementerian’, jadi itulah peranan yang perlu kita mainkan dan fungsi yang perlu kita laksanakan.
Ekspektasi orang terhadap BPPDP amat tinggi dan ekspektasi itu penting kerana ekspektasi itu akan mendorong kita untuk menunaikan tanggungjawab kita dengan melaksanakan peranan dan fungsi kita agar dapat memenuhi keperluan dan permintaan stakeholders.
Setiap unit, sektor di BPPDP mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza tetapi penting dalam menyokong antara satu sama lain. Besar atau kecil peranan kita sebagai warga BPPDP, impaknya adalah besar kerana setiap yang kita lakukan pasti akan memberikan impak kepada sistem pendidikan negara.
Hasil kerja BPPDP perlulah berdasarkan kepada bukti (evident based) dan kualiti kerja kita perlulah mantap sepertimana yang kita selalu beri tunjuk ajar kepada bahagian lain seperti dalam Mesyuarat Pemantapan Kualiti. Oleh itu, hasil kerja BPPDP juga perlu lebih mantap daripada orang lain.
Amanah dan tanggungjawab yang diberi perlu digalas dan menjadi sebahagian daripada ramuan yang akan membentuk komitmen kita atas tugas dan tanggungjawab. Komitmen yang tertanam daripada sikap amanah inilah yang akan dicernakan menerusi amalan-amalan kita.
Kita harus selalu merujuk kepada yang lebih tahu sebelum membuat sesuatu keputusan. Bukan pengarah sahaja yang memikul tanggungjawab tetapi semua di BPPDP perlu melaksanakan tugas dan memainkan peranan untuk mendokong fungsi BPPDP.
Sumber: Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP
Harapan : komitmen dan sokongan daripada semua warga BPPDP.
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 11
1
Pemerkasaan STEM
Ekspo & Forum STEM, Florida, Amerika Syarikat
Ekspo & Forum STEM kali ke-6 anjuran National
Science Teachers Association (NSTA) telah diadakan di Gaylord Palms Resort & Convention Center, Florida, Amerika Syarikat pada 12 – 14 Julai, 2017. Ekspo kali ini telah menghimpunkan kumpulan pendidik, pentadbir dan wakil-wakil syarikat yang mengambil bahagian dalam pameran peralatan dan sumber-sumber dalam membantu menjayakan implementasi STEM di sekolah dan komuniti. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah diwakili oleh Dr Rosli Ismail, Ketua Sektor Penyelidikan dan Penilaian dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Dr Ihsan Ismail, selaku pengurus STEM Kebangsaan (KPM) telah menghadiri forum dan ekspo selama tiga hari ini bagi mendapatkan maklumat terkini secara langsung berkaitan bagaimana implementasi pendidikan STEM yang mengintegrasi pelbagai disiplin ilmu seterusnya menghapuskan sempadan yang memisahkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Selain itu, pelibatan wakil negara dalam forum kali ini dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman terhadap bagaimana pendidikan STEM dapat diaplikasi, khususnya dalam menangani persoalan dan masalah kontekstual yang lebih kompleks menggunakan kemudahan dan teknologi terkini.
Konferens Pendidikan STEM,
Sydney, Australia.
Persidangan Pendidikan STEM (STEM
Education Conference) kali ke-4 yang diadakan
di InterContinental Sydney, Australia pada 26-27
Julai, 2017 telah dianjurkan oleh Informa
Australia. Persidangan ini melibatkan
pembentangan lebih daripada 30 pakar dalam
bidang pendidikan STEM seluruh dunia.
Penglibatan wakil Malaysia, Datin Kasmah binti
Abu Bakar dan Puan Nor Aidillina Mohd Ramli
sebagai peserta persidangan adalah untuk
mendapatkan maklumat terkini mengenai
kurikulum STEM serta kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid yang berminat untuk
menceburkan diri dalam profesyen berkaitan
STEM. Bagaimana kita boleh menghasilkan
mereka yang inovatif dalam STEM melalui
program-program pendidikan berkualiti turut
menjadi fokus utama persidangan.
Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian BPPDP
Sumber : UPEB BPPDP 2017
MESYUARAT JAWATANKUASA
TEKNIKAL BERSAMA KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA DAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
(KPMKPT) BILANGAN 1 TAHUN 2017
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama
KPM-KPT Bil.1/2017 telah diadakan pada 11 Julai 2017 di Bilik Mesyuarat Utama, Blok E8, KPM. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan dan menyelesaikan sebarang isu pelaksanaan sesuatu dasar/program/aktiviti berkaitan pendidikan yang melibatkan kerjasama kedua-dua Kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) demi kepentingan pendidikan di Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM dan YBhg. Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPT. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh semua Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah dan Setiausaha Bahagian KPM, Penasihat Undang-Undang (PUU) KPM, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Timbalan Ketua Pengarah KPT, Pengarah dan Setiausaha Bahagian KPT, Penasihat Undang-Undang (PUU) KPT dan Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri Pendidikan dan YB Menteri Pendidikan Tinggi.
Sebanyak 2 kertas cadangan telah dibentangkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Islam, KPM dan 1 kertas makluman dibentangkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia, KPT. Mesyuarat tersebut telah berjalan dengan lancar dan berjaya menyelesaikan beberapa isu yang memerlukan kerjasama antara kedua-kedua kementerian.
Kolaboratif terbaik dalam menangani isu antara KPM dan
KPT demi kepentingan pendidikan di Malaysia
Sumber : Sektor Dasar BPPDP 2017
INFO KESELAMATAN
Selamat Menyambut
Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 12