5
As salamu'alaikum shbt yg di hormati. Ramai sgt yg mohon tip utk bahagiakan rumahtangga. Saya postkan semula tip utk bahagiakan rumahtangga: 1.Taat perintah Allah, terutamanya menjaga solat fardhu & sunat. 2. Kenali pasangan dgn mendlm- buat apa yg dia suka & elak melakukan apa yg dia benci. Apa yg kita kenal sblm kahwin sering berbeza dgn situasi selepas kahwin. 3. Byk tolak ansur & cuba fahami p asangan-- suami fahami persepsi wanita & isteri cuba fahami persepsi lelaki. Persepsi lelaki & wanita amat berbeza! 4. Berlapang dada & boleh terima teguran pasangan. Tegurlah dgn hikmah. Puji kebaikannya sblm menegur kesilapannya! Ramai di antara kita yg tak boleh di tegur!!! 5. Sentiasa redha meredhai sbb kita tak sempurna. Suami & isteri punyai kelemahan masing2. 6. Tolong menolong-- terutamanya suami, bantulah kerja rumah. 7. Jadi jiran yg baik agar semua jiran syg kpd kita. 8. Suami usha utk tampankan diri & isteri cantikkan diri semata mata utk pasangan, baru ngam! 9. Bentuk sifat tawaduk. Sifat ego yg sering robekkan rtangga. 10. Sering bergurau senda & buat lawak (lawak bodoh pun takpe). 11. Cemburu yg bertempat, tanda beriman. Elak cemburu buta. 12. Mendorong & memotivasikan pasangan utk majukan diri. 13. Sentiasa didik mendidik & pesan memesan. Insan mudah lupa. 14. Cari titik persamaan sbg pengerat kasih syg. Ikut kajian: pasangan bahagia punyai lebih drp 13 persamaan! 15. Sentiasa maafkan pasangan sblm tidur. Elak tidur dlm keadan marah

Tip Rumahtangga Bahagia

  • Upload
    aba-jid

  • View
    10

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kebahagian perlu dicari, dipupuk dan diusahakan.

Citation preview

Page 1: Tip Rumahtangga Bahagia

As salamu'alaikum shbt yg di hormati. Ramai sgt yg mohon tip utk bahagiakan

rumahtangga. Saya postkan semula tip utk bahagiakan rumahtangga:

1.Taat perintah Allah, terutamanya menjaga solat fardhu & sunat.

2. Kenali pasangan dgn mendlm- buat apa yg dia suka & elak melakukan apa yg dia

benci. Apa yg kita kenal sblm kahwin sering berbeza dgn situasi selepas kahwin.

3. Byk tolak ansur & cuba fahami pasangan-- suami fahami persepsi wanita & isteri

cuba fahami persepsi lelaki. Persepsi lelaki & wanita amat berbeza!

4. Berlapang dada & boleh terima teguran pasangan. Tegurlah dgn hikmah. Puji

kebaikannya sblm menegur kesilapannya! Ramai di antara kita yg tak boleh di

tegur!!!

5. Sentiasa redha meredhai sbb kita tak sempurna. Suami & isteri punyai

kelemahan masing2.

6. Tolong menolong-- terutamanya suami, bantulah kerja rumah.

7. Jadi jiran yg baik agar semua jiran syg kpd kita.

8. Suami usha utk tampankan diri & isteri cantikkan diri semata mata utk pasangan,

baru ngam!

9. Bentuk sifat tawaduk. Sifat ego yg sering robekkan rtangga.

10. Sering bergurau senda & buat lawak (lawak bodoh pun takpe).

11. Cemburu yg bertempat, tanda beriman. Elak cemburu buta.

12. Mendorong & memotivasikan pasangan utk majukan diri.

13. Sentiasa didik mendidik & pesan memesan. Insan mudah lupa.

14. Cari titik persamaan sbg pengerat kasih syg. Ikut kajian: pasangan bahagia

punyai lebih drp 13 persamaan!

15. Sentiasa maafkan pasangan sblm tidur. Elak tidur dlm keadan marah atau rajuk.

Malaikat rahmat akan tinggalkan rumah kita.

16. Bentuk ritual romantik sbg pemangkin kasih syg.

17. Jadi cermin yg jujur kpd pasangan. Jgn biarkan kemungkaran.

18. Jadi perawat yg setia kpd pasangan- fizikal, mental, rohani.

19. Sentiasa membelai & memuji & menghargai pasangan.

20. Sentiasa berkomunikasi secara berhikmah & menyejuk jiwa.

21. Usha agar menjadi kebanggaan pasangan- serlahkan kehebatan.

22. Berterusan mencari ilmu ttg agama, rumahtangga, dll

Page 2: Tip Rumahtangga Bahagia

23. Sentiasa doa mendoakan pasangan secara positif.

24. Sentiasa hantar gelombang & aura positif kpd pasangan.

25. Overhaul diri agar jadi org baru yg Allah redha & pasangan syg.

26. Sentiasa fokus kpd memberi khidmat terbaik kpd pasangan & bkn sekadar

mengharap bantuan drpnya.

27. Azam utk sama2 masuk syurga.

28. Hormati & sayangi keluarga pasangan spt kel sendiri.

29. Cari org tengah bila gagal rungkaikan konflik.

30. Sentiasa bertawakkal kpd Allah.

Keluarga bahagia adalah HAK kita semua. Moga Allah rahmati & lindungi keluarga

kita semua. Aamiin, Wassalam.

PESANAN BUAT SUAMI - SILA SHARE UTK SUAMI ANDA

1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-

sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang

dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami

kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah

dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari

emak anda..

Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan

semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada

suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk

tersandar kekenyangan macam maharaja.

Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari

kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak

dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan

Page 3: Tip Rumahtangga Bahagia

rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua

sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in

advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih

berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak

mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau

semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek

mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun

secara bergurau.

7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan

masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta

pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor,

dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik

penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah

sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja

rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada

tetamu di rumah saja.

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan

banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki

untuk kepentingan diri sendiri.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak

yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak

buat?

Page 4: Tip Rumahtangga Bahagia

11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak

menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti?

Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda

mengambil berat tentang dirinya.

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah

ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah

timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya

laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.

Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka,

besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu

suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan

buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri

balas sepuluh kali

15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta

maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak

ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh

menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya,

janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah 

mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”