46
Istilah Allah Bukan Hak Milik Ekslusif Agama Islam 2015 1) Pengenalan Polemik isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam telah lama di Malaysia iaitu semenjak keputusan mesyuarat kabinet untuk mengharamkan pihak lain menggunakan kalimah Allah pada 16 Mei 1986. Namun ianya kembali berbangkit apabila pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew bertegas untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar terbitannya serta memohon Mahkamah Tinggi untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah Allah. Isu ini kemudian semakin bertambah rumit apabila dipolitikkan pihak berkepentingan dan juga apabila timbul campurtangan pertubuhan-pertubuhan pendesak seperti PERKASA dan PEKIDA yang lebih gemar membuat provokasi berbanding untuk menyelesaikan isu ini secara diplomasi. Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 1

titas 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Istilah Allah Bukan Hak Milik Ekslusif Agama Islam

Citation preview

Istilah Allah Bukan Hak Milik Ekslusif Agama Islam

Istilah Allah Bukan Hak Milik Ekslusif Agama Islam2015

1) Pengenalan

Polemik isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam telah lama di Malaysia iaitu semenjak keputusan mesyuarat kabinet untuk mengharamkan pihak lain menggunakan kalimah Allah pada 16 Mei 1986. Namun ianya kembali berbangkit apabila pengarang akhbar Herald The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew bertegas untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar terbitannya serta memohon Mahkamah Tinggi untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah Allah. Isu ini kemudian semakin bertambah rumit apabila dipolitikkan pihak berkepentingan dan juga apabila timbul campurtangan pertubuhan-pertubuhan pendesak seperti PERKASA dan PEKIDA yang lebih gemar membuat provokasi berbanding untuk menyelesaikan isu ini secara diplomasi.

Gambar 1: Pertubuhan Pekida yang membuat provokasi berkenaan isu pengunaan kalimah Allah

Sepertimana yang kita ketahui,Zaman ini adalah zaman orang menuntut hak dan kebebasan. Di sana sini riuh rendah golongan itu dan ini menuntut apa yang didakwa hak mereka, yang mesti diserahkan dan dibebaskan dari belenggu itu dan ini.Baru-baru ini Negara kita Malaysia telah kecoh dengan isupenggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan islam. Ini berikutankeputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya . Perkara ini seterusnya telah menjadikan banyak pihak ingin bersuara antaranya Ahli-ahli agama ,ahli poliktik dan sebagainya.

Gambar 2: Penerbitan oleh Herald-The Catholic Weekly berkenaan mahkamah membenarkan pengunaan kalimah Allah bagi golongan bukan Islam

Setelah isu ini dibahas hampir dua tahun masih ramai lagi yang keliru tentang penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Antara sebabnya ialah wujudnya pandangan yang diberikan oleh beberapa cendekiawan yang digelar ulama yang mengatakan bahawa terdapat dalil dalam al-Quran yang membenarkan hal tersebut. Dan tiadanya dalil yang menyokong larangan penggunaan oleh bukan Islam.Sebelum pergi lebih jauh perlu difahami terlebih dahulu maksud persoalan di atas. Ia bukan persoalan tentang siapakah Tuhan orang bukan Islam, kerana jelas bagi kita Tuhan bagi semua umat manusia hanya satu iaitu Allah. Ia juga bukan berkaitan dengan orang Arab bukan Islam di negara-negara Arab kerana persoalan ini muncul dalam konteks Malaysia, dan hanya relevan dengan negara-negara bukan Arab. Maka maksud persoalan di atas adalah merujuk kepada orang bukan Islam di Malaysia bukan di negara-negara Arab. Perbezaan konteks ini sangat penting kerana ia juga bermakna perbezaan bahasa yang digunakan oleh bangsa yang berlainan.Perlu juga ditegaskan dengan kalimat menggunakan di atas yang dimaksudkan adalah menamakan atau menggunakan nama Tuhan orang Islam bagi merujuk Tuhan mereka. Di sini dapat disimpulkan bahawa faham pluralisme agama terkandung dalam usaha ini. Apa yang menjadi persoalan di sini adalah penggunaan istilah yang sama dan pemberian nama yang sama bagi Tuhan yang berlainan.Oleh itu, dalam masalah ini, Insyallah akan kami nyatakan hujah-hujah golongan yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam, hujah golongan yang menentang sama sekali penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam dan seterusnya apa-apa yang berkaitan dengan isu ini.

2) Dalil Yang Menyokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Bukan Islam

Dalam hal kefahaman hukum dari teks dan nas ini, ia tergolong dalam kategori hukumzhonni. Hasilnya, ilmuan berbeza pendapat dalam menentukan hukum yang paling tepat. Namun begitu, dari perspektif hukum aqidah yang berdasarkan kepada teks, hukum yang lebih kukuh adalah harus atau dibenarkan bagi Kristian atau lain-lain penganut agama lain untuk menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan.Ulama yang mengharuskan bersandar kepada dalil dan teks berikut, antaranya:Dalil daripada Al-Quran Firman Allah surah al-Ankabut ayat 63 :Ertinya:Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: ""Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?"" Tentu mereka akan menjawab:""Allah"".Katakanlah: ""Segala puji bagi Allah"", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami (nya)Imam Fakhruddin Ar-Razi berkata ketika mengulas ayat dari surah Yunus dan Ankabut ini:Ertinya: Ini menunjukkan mereka yang ditujukan pertanyaan dan kata-kata ini ( iaitu puak kafir musryik), mereka telah pun sentiasa mengetahui tentang Allah dan sentiasa mengiktirafNya (sebagai tuhan). (Rujuk Tafsir Al-Kabir, 17/86).

Firman Allah surah Al-An'am ayat 136 :Ertinya:Dan mereka memperuntukkan bagi Allah satu bahagian dari tanaman dan ternak yang telah diciptakan Allah, lalu mereka berkata sesuai dengan persangkaan mereka: ""Ini untuk Allah dan ini untuk berhala-berhala kami"". Maka saji-sajian yang diperuntukkan bagi berhala-berhala mereka tidak sampai kepada Allah; dan saji-sajian yang diperuntukkan bagi Allah, maka sajian itu sampai kepada berhala-berhala mereka. Amat buruklah ketetapan mereka itu.Sahabat besar nabi, Imam Ibn Abbas r.a ketika mengulas ayat ini berkata ::,"Dari keyakinan dan iman puak-puak kafir ini apabila ditanya siapa yang menciptakan langit?, dan siapa yang menciptakan bumi?, dan siapa yang menciptakan gunung?. Mereka telah menjawab : ALLAH, namun begitu mereka mensyirikkan.Ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,Allah menyebut: (maksudnya)..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.(Surah al-Hajj ayat 40).Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah.

Dalil daripada sunnahAl-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!). Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

3) Perbincangan (isu-isu)

Muzakarah Fatwa Malaysia telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka? Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan.

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada Tuhan Bapa iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah Theos bukannya Allah.

Gambar 3: Akidah Triniti di dalam ajaran agama KristianPerkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yahweh.Pada 31 Disember 2007, Paderi Lawrence Andrew telah menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri telah memperbaharui permit cetakan akhbar Herald-The Catholic Weekly tanpa larangan menggunakan kalimah Allah namun sebaliknya pihak KDN menegaskan bahawa larangan itu masih kekal. Mesyuarat kabinet pada 3 Januari 2008 mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain sepertimana yang telah diputuskan sejak tahun 1986. Kemudian pada 19 Mac 2008 pihak Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah Allah. Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membenarkan permohonan pihak Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald The Catholic Weekly. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah. Penterjemahan kepada Bahasa Malaysia sebagai lambang kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat Kristian Katolik juga tidak boleh diterima. Perlu diketahui bahawa bahasa Malaysia berasal daripada Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa ketika perlembagaan digubal, istilah Malaysia belum wujud. Oleh itu, apabila kita merujuk kepada bahasa Malaysia ia sudah tentu merujuk kepada bahasa Melayu yang sekaligus merujuk kepada masyarakat Melayu Islam. Justeru peristilahan-peristilahan khusus yang telah menjadi syiar dan perlambangan kepada masyarakat Melayu Islam sudah tentu tidak sekali-kali boleh diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan agama yang lain.

Gambar 4: Contoh-contoh bible dalam cd diterjemahkan dalam bahasa melayu

Memaksakan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan Kristian Katolik yang bertutur dalam bahasa Melayu di negara ini juga, secara logiknya sudah pasti memberi kesan negatif terhadap konsep ketuhanan dalam agama Kristian. Telah dimaklumi bahawa kalimah Allah itu adalah kalimah yang didominasi oleh umat Melayu Islam secara politik dan kebudayaan yang terdiri daripada 60% penduduk Malaysia berbanding hanya 9.1% penganut Kristian pelbagai mazhab. Bukankah dengan penggunaan peristilahan yang sama bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut Kristian berbahasa Melayu sendiri? Justeru, penterjemahan yang lebih tepat seperti Tuhan sepatutnya digunakan oleh Gereja Katolik bagi menjamin kepercayaan agama Kristian sentiasa terpelihara selain mengelakkan kekeliruan

4) Tindak-balas

Isu ini telah mendapat liputan luas media massa dan alternatif serta berbagai reaksi telah ditunjukkan. Berbagai pihak sama ada parti politik, badan bukan kerajaan, golongan agama, pendakwah bebas, mahupun orang perseorangan memberi reaksi masing-masing. Kemuncak daripada isu ini ialah berlakunya tindakan membakar dan sabotaj melibatkan beberapa buah gereja pada hari Jumaat, 8 Januari 2009 bermula 12.15 tengah malam.

1.Gereja Katolik Metro Tabernacle di di Desa Melawati, Kuala Lumpur hangus terbakar. Gereja ini sudah beroperasi sejak 12 tahun lepas (1998) dan mempunyai 1,500 penganut. Pemimpin gereja Metro Tabernacle Mejar (B) Peter Yeow mendapat panggilan telefon mengenai kebakaran tersebut pada kira-kira pukul 12 malam Khamis. Gereja itu terletak di bahagian hujung lot rumah kedai ,dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.2.Gereja Assumption terletak di sebelah Hospital Assunta di Petaling Jaya Old Town . Gereja ini menjadi sasaran jam 4 pagi, 8 Januari 2009. Bom petrol dibaling ke dalam kawasan perkarangan gereja, tetapi botol tidak pecah dan tidak berlaku kebakaran.3.Gereja Life Chapel di Seksyen 17, Petaling Jaya berlaku kerosakan kecil di bahagian luar bangunan . 4.Gereja di Kampung Subang, Shah Alam ,Selangor. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan molotov cocktail yang dibaling ke arah gereja di Kampung Subang itu tidak meletup.5.Gereja Good Shepherd Lutheran di Jalan Othman, Petaling Jaya. Pederi Augustine Mutusamy, 43 melihat dua kesan terbakar pada dinding bangunan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed menyatakan pihak polis sedang menyiasat.6.Gereja All Saints di sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Jalan Taming Sari, Taiping, Perak.Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah menyatakan bom api dilemparkan tetapi hanya kerosakan kecil.7.Gereja St Louis bersebelahan SMK Convent juga dibaling dengan botol mengandungi bahan bakar, tetapi hanya mengakibatkan kerosakan kecil.8.Gereja Baptist Melaka di Durian Daun, telah disimbah dengan cat hitam. Nanyang Siang Pau menyatakan polis Melaka mengesahkan perkara itu. 9.Gereja Good Shepherd di Lutong, Miri, Sarawak turut dibaling batu dan tingkapnya pecah.Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud menyifatkan pelakunya sebagai pengecut. 10.Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di Lakeview Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan rosak pintu depannya terkena simbahan petrol. Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mahu bilangan 21 buah kamera CCTV sekarang ditambah di Seremban bagi mengelak sebarang sabotaj. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh menyifatkan kes ini sebagai provokasi sahaja, bukan sabotaj. 11.Kuil Sikh, Gurdwara Sahib di Sentul, Selangor telah dibaling dengan batu dan pintu kaca telah pecah ketika sekumpulan sukarelawan sedang membersihkan kuil itu pada jam 6.15 petang. Kuil itu berusia 100 tahun. Sewaktu prosiding kes Herald, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Jagir Singh telah mencelah perbicaraan. Perkataan 'Allah' dalam kitab suci Sikh - Sri Guru Granth Sahib Ji adalah dari Tuhan dan tidak patut dipinda-pinda. 12.Gereja Katholik St Elizabeth di Jalan Kota Kecil, di Kota Tinggi. Pintu pagarnya disimbah cat merah pada 14 Januari 2010 jam 6.00 am .Ketua polis daerah Kota Tinggi Supt Osman Mohamed Sebot mengesahkan kejadian tersebut. Dua tong cat, satu cat merah dan coklat ditemui dalam longkang berhampiran. 13.Dan yang terbaru adalah pada 27 Januari 2014 apabila sebuah gereja di Lebuh Farquhar telah diserang dengan 2 biji bom buatan sendiri kira-kira jam 1.40 pagi. Kejadian ini Kejadian ini berlaku kurang 24 jam selepas kain rentang mengandungi perkataan Jesus is the son of Allah (Jesus anak Allah) digantung di luar gereja tersebut.

Isu ini turut menimbulkan ketakutan dalam kalangan umat Islam khususnya yang memikirkan mengenai kesan negatif terutama dalam keadaan generasi muda hari ini yang agak lemah dan cetek mengenai ilmu agama. Ini membabitkan hal akidah umat Islam yang terancam jika isu kalimah Allah tidak ditangani dengan berkesan. Ustaz Dr Zaharudin Abd Rahman dalam temubual dengan Berita Harian berkata dari sudut hukum asal, Kristian memang harus menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka. Cuma apabila disebutkan dari sudut hak pemerintah untuk menyekat demi menjaga keharmonian Islam di tanahair ini, kita perlu faham dan sedar, umat Islam semakin bimbang kerana anak-anak kita mungkin lemah pendidikan dan penghayatan Islamnya, malah ibubapa juga lemah agamanya. Justeru, dengan kerancakkan menggunakan nama Allah bagi God di dalam Bible, ia mungkin bakal memeriahkan kekeliruan di kalangan yang sudah jahil di kalangan Islam hingga akhirnya mudah mereka dimurtadkan.Sementara itu Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang telah mengeluarkan kenyataan yang mana menyebut bahawa Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini. Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah. Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Gambar 5: Petikan dari apple-biru.blogspot.com berkenaan penjelasan dari Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib berhubung pengunaan Kalimah Allah.

5) Punca

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2008 yang bersidang pada 11-12 Jun 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Kalimah Allah Dalam Buku Terbitan Penganut Kristian. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :Penggunaan, pernyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan samada media elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru atau memesongkan akidah kepada umat Islam sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989 dan lain-lain istilah agama Islam yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.Kesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989. Antara-antara hujah ulamak : Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada Tuhan Bapa iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah Theos bukannya Allah. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syariyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.Fatwa yang longgar oleh sesetengah agamawan dan kawalan tidak menyeluruh oleh pihak berwajib merupakan antara faktor penyebab timbulnya kekeliruan berhubung isu penggunaan kalimah Allah di dalam Bible bahasa Melayu. Demikian dinyatakan Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden II ISMA ketika menyampaikan ceramah mengenai penjelasan isu kalimah Allah di dalam Bible bahasa Melayu. Ceramah yang diadakan di Masjid Kariah Taman Panchor Jaya, Seremban ini telah dihadiri lebih 300 orang masyarakat setempat.Dalam pada itu, Ustaz Muhammad Fauzi membawa hadirin untuk sama-sama berfikir mengenai tujuan sebenar Bible dalam bahasa Melayu diterbitkan jika bukan untuk mengembangkan dakyah Kristian kepada orang Melayu. Adakah masyarakat Cina dan India akan membaca Bible dalam bahasa Melayu sedangkan Bible ada diterjemahkan dalam bahasa Cina dan Tamil. Penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak juga mempunyai Bible dalam bahasa mereka sendiri. Mereka juga lebih mudah membaca Bible dalam bahasa Inggeris memandangkan kesukaran mereka untuk memahami bahasa sastera Bible dalam bahasa Melayu, tambah beliau. Menjawab soalan hadirin berkenaan kedudukan istimewa agama Islam di negara ini, Ustaz Muhammad Fauzi menjelaskan bahawa perkara ini adalah sebahagian konsep asas Malaysia yang mesti dihormati oleh setiap warganegara Malaysia. Jika kita duduk di negara Barat seperti Amerika atau Australia, ada konsep atau undang-undang yang kita mesti patuhi seperti tidak boleh mengumandangkan azan dengan kuat. Kalau kita tak setuju pun kita tak boleh lawan sebab memang itu peraturan di sana, samalah juga dengan konsep atau peraturan negara Malaysia yang mesti dipatuhi, ujarnya lagi. Beliau memetik Perkara 11(4), Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam. Jelas di sini katanya, mana-mana anasir atau cubaan untuk mengembangkan agama mereka kepada umat Islam perlu disekat dan dihentikan.

Gambar 6: Perlembagaan yang menjaga kekebalan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia

Ustaz Fauzi yang juga merupakan penulis bagi buku yang bertajuk Melayu dan Islam ini berkata lagi, kesan isu ini akan memberi kekeliruan kepada generasi hadapan yang mana meraka akan mudah terpengaruh dengan anasir yang sebegini.

6) Kesan

Keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald The Catholic Weekly merupakan suatu tamparan yang hebat kepada usaha memartabatkan agama Islam sebagai Agama Negara. Masyarakat Islam arusperdana melihat penghakiman ini sebagai suatu perkara yang akan menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan umat Islam. Penghakiman ini juga dilihat menghakis keistimewaan agama Islam sebagai agama Persekutuan.Sebenarnya pendirian umat Islam bukanlah hendak memadam kalimah Allah di dalam kitab-kitab suci agama lain tetapi hanyalah berkisar di sebalik undang-undang yang berkuatkuasa di dalam negara dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini jelas kerana agama Sikh umpamanya yang menggunakan kalimah Allah di dalam bahasa asal kitab suci mereka tidak pernah dihalang daripada membaca ataupun mengamalkan ajaran di dalam kitab asal mereka. Malah pendirian yang diambil oleh umat Islam bukanlah peperangan antara kitab suci tetapi lebih kepada memberi makna dan tafsiran yang jelas kepada peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan yang disanjung oleh segenap warganegara Malaysia. Permasalahan yang timbul ialah penerbitan Herald- The Catholic Weekly ini boleh digapai oleh orang ramai termasuklah orang Islam. Ia sudah tentu diedarkan dan tiada jaminan ia tidak akan sampai kepada orang Islam.Walaupun usaha beberapa Majlis Islam negeri-negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Trengganu, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Kedah serta Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) gagal mencelah di dalam kes ini, namun usaha ini haruslah diberi penghargaan yang tinggi kerana khususnya Majlis Agama telah menjalankan tanggungjawab statutori mereka di dalam mempertahankan agama Islam dan MACMA yang merupakan NGO tunggal berbuat demikian. Namun persoalan lain pula, di manakah Majlis-Majlis Agama Islam negeri lain? Adakah mereka juga bersekongkol dan bersetuju kalimah Allah ini boleh digunakan oleh pihak Gereja di dalam penerbitan mereka? Majlis-Majlis Agama mempunyai tanggungjawab statutori menasihati Sultan di dalam hal ehwal agama malah menjaga agama juga diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Agama.Hanya Islam sahaja satu-satunya agama yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tiada agama lain disebut secara spesifik di dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan hanya disebut sebagai boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni dalam negara sahaja. Ini adalah jaminan Perlembagaan bahawa pengamalan agama lain oleh orang bukan Islam dibenarkan tertakluk kepada Perkara 11(4) iaitu berkaitan sekatan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.Umat Islam adalah umat majoriti di negara kita. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Makna boleh diamalkan dengan aman dan damai ialah agama lain selain agama Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan selagi ia tidak menghakis kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan iaitu Islam. Inilah kedudukan istimewa Islam.Kedudukan istimewa Islam ini bolehlah di fahami kerana terdapat peruntukan-peruntukan yang lain yang memberi kelebihan kepada Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, antaranyaa) Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.;b) Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Kerajaan Persekutuan diberikuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam seperti masjid, sekolah agama dan juga bagi tujuan pembagunan syiar Islam;c) Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan Kerajaan Negeri berkuasa membuat undang-undang bagi mentadbir urusan agama Islam.d) Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar kes-kes dan persoalan mengenai agama Islam dan Mahkamah Sivil tidak boleh campurtangan, membatalkan ataupun tidak menghiraukan keputusan Mahkamah Syariah.Penghakiman Hakim Datuk Lau Bee Lan itu memberi kesan yang amat ketara terhadap orang Islam. Ini bermakna orang bukan Islam bebas menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mereka tersebut selagi ianya adalah di edarkan di kalangan orang bukan Islam. Persoalan yang timbul pula apakah jaminan ianya tidak akan diedarkan kepada orang Islam? Penerbitan tersebut tidak hanya diedarkan di gereja sahaja. Kenapakah pihak gereja begitu beria-ia mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tidakkah dengan menggunakan kalimah Allah ini ia akan menggugat kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan?Malah kewujudan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) juga tidak mempunyai signifikan secara realitinya. Enakmen yang telah ujud di beberapa negeri sejak berpuluh tahun masih tidak dilaksanakan. Malah ada negeri yang telah meluluskan enakmen ni masih tidak mewartakan dan memberi tarikh pelaksanaannya. Empat buah negeri pula iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang yang sama walaupun mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri semasa menjadi Perdana Menteri telah berjanji dan mengarahkan negeri-negeri ini menggubal undang-undang tersebut. Sememangnya kepentingan agama Islam seringkali dipinggirkan semasa membuat sebarang tindakan oleh pelbagai pihak. Kenapa kita terlalu abai dalam perkara ini?Dalam keadaan yang agak tegang ini saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya dengan kadar yang segera memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Lau Bee Lan ini serta memohon menggantung perintah yang dikeluarkan itu. Saya juga menyeru supaya pihak Kerajaan melaksanakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam dan bagi negeri-negeri yang belum menggubal undang-undang tersebut hendaklah berbuat demikian dengan kadar segera.Majlis Raja Raja Melayu sebagai ketua agama negeri-negeri juga perlu membuat ketetapan yang tegas berkaitan dengan perkara ini selaras dengan sumpah jawatan baginda mempertahankan Islam pada setiap masa. Malah Yang Di Pertuan Agong menurut Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan juga boleh merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi pentafsiran Perkara 3 tersebut.

Perkara 130 tersebut menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka. Oleh yang demikian jika Yang di Pertuan Agong merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan isu ini mungkin akan meredakan ketegangan yang dihadapi oleh umat Islam sekarang.Tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang pihak Gereja menggunakan kalimah Allah adalah kerana KDN sebagai salah sebuah organ kerajaan perlu mempertahankan ikrar Yang Di Pertuan Agong semasa menaiki tahkta iaitu mempertahankan Islam pada setiap masa. Oleh itu segala tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan perlulah sejajar dengan ikrar mempertahankan Islam ini. Secara mudahnya, setiap urusan kerajaan adalah disifatkan sebagai Urusan Seri Paduka Baginda (sebagaimana tertera di dalam sampul surat jabatan kerajaan). Oleh yang demikian adalah tidak masuk akal, urusan tersebut mencabul ikrar yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda itu.Kementerian Dalam Negeri perlu segera merayu keputusan kes ini kerana ia melibatkan kedudukan agama Islam di Malaysia apatah lagi keputusan mahkamah tertinggi di dalam negara perlu bagi menyelesaikan kedudukan ini secara muktamad.

Gambar 7: Kesan pengunaan kalimah Allah

Gambar 8: Kesan pengunaan kalimah Allah

Gambar 9: Kesan pengunaan kalimah Allah

Contoh kesan secara langsung yang akan berlaku dalam Negara ini jika pergunaan kalimah allah digunakan dalam golongan orang bukan islam

7) Peranan

Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) boleh memainkan peranan untuk mengadakan forum bagi membincangkan isu kalimah Allah yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, sejak jawatankuasa itu ditubuhkan empat tahun lalu, ia telah mengadakan dialog berterusan bagi mewujudkan persefahaman dan keharmonian antara penganut agama. Selain itu, institusi pengajian tinggi juga harus memainkan peranan berhujah isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini memandangkan mereka mempunyai kepakaran ilmu berasaskan penyelidikan berserta nas yang tepat. Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Tan Sri Dr Rais Yatim berkata menerusi fakta yang tepat dan kepakaran yang ada di sesebuah universiti, isu itu dapat disampaikan secara lebih jelas kepada masyarakat.Pihak kerajaan juga harus lebih tegas dalam membuat penguatkuasaan bagi menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Pertimbangan dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.Institusi agama dan juga alim ulama juga harus berperanan aktif untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia akan bahayanya kalimah Allah digunakan oleh pihak bukan Islam. Peranan ulama dalam memberikan penerangan kepada masyarakat adalah sangat penting supaya masyarakat tidak keliru mengenai isu ini. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

8) Kesimpulan

Secara kesimpulannya, mengikut pandangan ulama-ulama muktabar, hukum menggunakan kalimah Allah bg agama lain adalah harus dan kalimah Allah bukanlah hak milik mutlak agama Islam. Namun atas maslahah ummah di Malaysia, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak boleh dibenarkan. Ini kerana agama Kristian adalah agama missionary iaitu agama yang giat mengembangkan dakwah mereka kepada umat manusia. Justeru, demi menjaga akidah orang Islam di Malaysia daripada termakan dakyah pihak missionary ini, tindakan menghalang kalimah Allah daripada digunakan bukan Islam adalah jalan terbaik. Ia boleh membawa kepada kekeliruan kepada masyarakat awam Islam khususnya di Malaysia. Ia boleh menimbulkan prasangka seolah-olah tuhan yang disembah oleh orang-orang Kristian adalah sama dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. Ini membuka pintu kepada murtad yang dicela oleh Islam itu sendiri. Berdasarkan peruntukan Perkara 11 (4), adalah wajar larangan kalimah ALLAH digunakan bagi orang-orang kafir atau bukan Islam. Ia demi menjaga maslahat umat Islam itu sendiri.Oleh yang demikian, dari sudut menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di Malaysia secara umumnya sahaja, larangan penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian dan bukan Islam adalah suatu yang praktikal. Umat Islam di Malaysia yang mempunyai banyak ruang kelemahan dari sudut pendidikan agama dan sebagainya, seharusnya tidak terdedah kepada kekeliruan yang lebih besar seperti berkongsi nama tuhan yang sama dengan penganut agama lain.

9) Cadangan Yang Perlu Diambil Kerajaan

Secara tuntasnya, setiap anggota masyarakat perlu memperkukuhkan penghayatan Islam dalam diri dan keluarga masing-masing selain menyokong keputusan muzakarah Fatwa Kebangsaaan. Media pula hendaklah membantu menjadikan mana-mana tokoh ilmuwan Islam sebagai role model dan bukan artis.Kerajaan Malaysia seharusnya menghalang penggunaan kalimah Allah demi untuk menjaga keharmonian dan hubungan antara kaum di Malaysia. Ini kerana dibimbangi jika ianya dibenarkan, akan berlaku rusuhan dan ketegangan antara kaum. Perkara ini seharusnya dielakkan demi keharmonian negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Dalam pada itu, setiap ngo tidak seharusnya menggunakan pendekatan provokasi, malah harus lebih bertoleransi dalam memberi pemahaman kepada masyarakat tentang isu ini. Pendekatan provokasi hanya akan menimbulkan ketegangan antara setiap anggota masyarakat. Para ulama pula perlu sepakat menghalang penggunaan nama Allah bagi terjemahan di dalam bible versi Melayu.Manakala pihak kerajaan juga perlu segera melaksanakan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam dan bagi negeri-negeri yang belum menggubal undang-undang tersebut hendaklah berbuat demikian dengan kadar segera.Majlis Raja Raja Melayu sebagai ketua agama negeri-negeri juga perlu membuat ketetapan yang tegas berkaitan dengan perkara ini selaras dengan sumpah jawatan baginda mempertahankan Islam pada setiap masa. Malah Yang Di Pertuan Agong menurut Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan juga boleh merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi pentafsiran Perkara 3.

10) Lampiran Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3

Lampiran 4

Lampiran 5

Lampiran 6

Tamadun Islam dan Tamadun AsiaPage 32