17
NAMA KURSUS : GXEX1414 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA NAMA PENSYARAH : PUAN FARIDAH BINTICHE HUSAIN KUMPULAN : 15 TAJUK :LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE MUZIUM SENI ASIA ( KEISTIMEWAAN MUZIUM SENI ASIA ) KETUA KUMPULAN : MANISAH BINTI BAHARUDIN (AEE140016) AHLI KUMPULAN : 1. NURAIDA BINTI ZAINAL (AEE140044) 2. ROSSALIND SADAN (AEL140017) 3. NURUL NURIZZANI BINTI OTHMAN (AEL140016) 4. CLERENCE ANAK CLEMENT (AEE140008) 5. SHARUL SYAFIE BIN ZARIMAN (AEK140033) 1

Titas Esaimen Latest

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tti

Citation preview

_x0001_

NAMA KURSUS : GXEX1414 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIANAMA PENSYARAH : PUAN FARIDAH BINTICHE HUSAINKUMPULAN : 15TAJUK :LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE MUZIUM SENI ASIA ( KEISTIMEWAAN MUZIUM SENI ASIA ) KETUA KUMPULAN : MANISAH BINTI BAHARUDIN (AEE140016)AHLI KUMPULAN :1. NURAIDA BINTI ZAINAL (AEE140044)2. ROSSALIND SADAN (AEL140017)3. NURUL NURIZZANI BINTI OTHMAN (AEL140016)4. CLERENCE ANAK CLEMENT (AEE140008)5. SHARUL SYAFIE BIN ZARIMAN (AEK140033)6. TING LI (AEB140015)7. HII YIN YANG (AEB140003)

1.0 LOKASI LAWATAN ILMIAH1.1 NAMA TEMPAT: MUZIUM SENI ASIA UNIVERSITI MALAYA1.2 LOKASI: UNIVERSITI MALAYA 50603 KUALA LUMPUR

2.0 LAWATAN DIJALANKAN PADA :2.1 TARIKH: 17 OKTOBER 2014 2.2 HARI: JUMAAT2.3 MASA: 10.00 PAGI 12.00 TENGAH HARI

3.0 OBJEKTIF KAJIAN3.1 Untuk mengenal pasti keistimewaan Muzium Seni Asia.3.2 Untuk memperoleh maklumat tentang kaedah penjagaan artifak dan monumen.3.3 Untuk mengetahui artifak yang terdapat di Muzium Seni Asia.

4.0 PENGENALANAlhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T dan salam sejahtera diucapkan kerana kami dapat menyiapkan laporan lawatan ilmiah TITAS pada kali ini. Laporan lawatan ilmiah pada kali ini dapat kami siapkan dengan sempurna walaupun perlu menyiapkan tugasan yang lain pada waktu yang sama. Kami telah mengadakan lawatan ilmiah pada kali ini di Muzium Seni Asia Universiti MalayaNamun begitu, kami tetap berusaha menghasilkan laporan lawatan ilmiah dengan sebaik mungkin dengan bantuan ahli kumpulan yang sangat membantu. Kerjasama antara ahli kumpulan sangat membantu kami menyiapkan laporan lawatan ilmiah pada waktu yang telah ditetapkan. Disini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Faridah binti Husain kerana telah banyak memberi bantuan serta tunjuk ajar kepada kami dalam menghasilkan laporan lawatan ilmiah pada kali ini.Kami amat berbangga kerana dapat menyiapkan laporan lawatan ilmiah pada waktu yang ditetapkan. Akhir sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan laporan lawatan ilmiah ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Encik Abdul Aziz bin Abdul Rashid iaitu pemangku ketua Muzium Seni Asia kerana telah memberi komitmen yang baik kepada kami.

4.1 LATAR BELAKANG MUZIUM SENI ASIA Muzium Seni Asia yang dikendalikan oeh Universiti Malaya merupakan muzium dalam universiti yang mempunyai lebih 6000 artifak yang kebanyakannya datang dari tiga tamadun utama. Muzium ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 1980. Muzium ini menyimpan lebih 2000 kepingan seramik yang dikumpul dari Malaysia, Thailand, Khmer, Vietnam, China, Jepun, India dan Iran. Muzium ini merupakan bangunan tiga tingkat yang terletak di antara Fakulti Undang-undang dan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.Item pertama pada rekod muzium ini ialah gangsa kepala Buddha dari Chiengsen (1500-1550 M). Artifak ini diberikan kepada muzium oleh Kun Krassri Nimanamhasmida pada tahun 1954. Sumbangan artifak ini menandakan permulaan muzium ini. Pada masa itu, muzium ini berpangkalan di kampus university di Singapura. Selepas itu, kampus Universiti Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1962 setelah Singapura keluar daripada Malaysia. Barang-barang artifak juga diperoleh secara berperingkat-peringkat. Barang-barang ini ditambah pada setiap tahun. Barang-barang ini juga diperoleh daripada sumbangan individu dan sesetengah pihak. Terdapat juga artifak yang diperolehi daripada pelajar luar negara yang menghadiahi artifak dari negara asal mereka kepada muzium di universiti ini. Hal ini demikian kerana mereka berpendapat perlu menyumbang bagi menghargai sumbangan university kepada mereka dalam member peluang menyambung pelajaran di sini. Muzium Seni Asia ini dibuka setiap hari kecuali pada cuti umum dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

4.2 KEISTIMEWAAN MUZIUM SENI ASIA4.2.1 Koleksi jarang diperolehi yang terdapat di Muzium Seni Asia : Kendi ( kapal air yang luas ) yang berasal dari abad ke-11. Sawankhalok iaitu patung tembikar pemburuan gajah di Thailand pada abad ke-14 hingga abad ke-15. Mempunyai artifak unik yang diperoleh dari Thailand, Jepun, dan Myanmar.4.2.2 Program yang dianjurkan oleh pihak muzium : Pameran Batik yang berdasarkan artifak. Kelas-kelas melukis. Persembahan wayang kulit dalam Bahasa Inggeris. Persembahan nasyid. Pameran Seni Khat.

4.3 KAEDAH PENJAGAAN ARTIFAK DAN MONUMEN.Terdapat pelbagai kaedah dan teknik untuk memelihara warisan sejarah ini. Antaranya ialah : Konservasi ( conservation)Merupakan kaedah baik pulih dalam usaha untuk memulihkan semula artifak kepada seni bina yang asal. Bahan yang hampir sama dengan artifak asal akan digunakan bagi menyempurnakan rupa artifak tersebut. Bahan kimia khusus akan digunakan bagi tujuan pembersihan dan mengikut standard yang ditetapkan. Preservasi ( preservation)Merupakan pengawasan dan penjagaan sesebuah monumen serta tapak bersejarah. Ia bertujuan bagi menjaga monumen agar tidak mengalami kerosakan dengan menggunakan kaedah saintifik mengikut prosedur tertentu. Juga merupakan ruangan yang dapat memanjangkan usia artifak iaitu pada suhu 20-22 darjah Celsius sepanjang masa, kadar RH yang stabil, 40-60 % kelembapan dan penjagaan ruang cahaya yang minimum dan pemeriksaan artifak secara berkala. Restorasi ( restoration)Kerja membaik pulih dengan mengekalkan keaslian seni bina. Kerja membaik pulih ini dilakukan bagi mengembalikan keaslian bentuk artifak. Ia juga bagi mengekalkan keaslian artifak yang telah berkurun lama.

4.4 ANTARA ARTIFAK YANG TERDAPAT DI MUZIUM SENI ASIA Porselin Khmer Khmer adalah nama lama bagi Kemboja. Pengeluaran porselin Khmer bermula pada abad ke-9 pada masa pemerintahan Raja Jayavarman II pada 802 Masihi dan berakhir sekitar abad ke-14. Satu perkara yang unik tentang porselin Khmer adalah reka bentuk haiwan pada bagian-bagian artifak seperti pemegang, kaki, muncung atau seluruh objek. Satu contoh yang baik adalah menjadikan bentuk paruh burung atau batang gajah sebagai muncung untuk cerek. Hudo ( Topeng Masyarakat Kenyah dan Kayan di Sarawak)Hudo ialah topeng yang dihasilkan dan digunakan oleh sebahagian masyarakat di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kenyah dan Kayan untuk tujuan kepercayaan mahupun sebagai hiburan semata-mata. Mereka memakai topeng ini semasa upacara menuai hasil pertanian, pesta dan menyambut tetamu di rumah mereka. Topeng : Wajah PalsuSeni membuat topeng telah wujud sejak zaman Paleolitik. Penemuan awal yang dilakukan di tapak-tapak arkeologi 30 000 tahun lama di Teyjal dan Dordogne. Lukisan gua di Loourdes, Perancis menunjukkan bahawa orang-orang yang telah menjadi topeng muka menggambarkan binatang liar dan berhantu. Dipercayai bahawa orang yang memakai topeng akan diberikan kekuatan yang luar biasa.

Guanyin Dehua Porselin Dehuan berasal dari era Utara Song pada abad ke-17 dan abad ke-18. Merupakan kualiti terbaik daripada porselin yang dihasilkan di Dehua. Pengeluaran imej spiritual seperti imej Guanyin bermula sekitar tempoh Caishen atau Dewa Kekayaan sejak tahun 1610. Porselin Jepun ( Kakiemon )Kakiemon porselin dihasilkan di kawasan Arita. Kakiemon daripada keluarga Sakaida dianggap orang pertama menghasilkan porselin enamel menggunakan teknik dan warna overglaze di Jepun. Warna khas untuk barang Kakiemon ialah merah, biru, kuning dan hijau kebiruan.

5.0 AKTIVITI YANG DILAKUKAN 5.1.1 TAKLIMAT RINGKASTaklimat ringkas telah diberikan kepada kesemua ahli kumpulan sebelum sesi lawatan ke dalam muzium seni asia dijalankan. Taklimat telah diberikan oleh Encik Aziz yang merupakan salah seorang pegawai bertugas di muzium tersebut. Taklimat adalah berkisarkan tentang kedudukan pameran didalam muzium dan pameran-pameran terkini yang terdapat di dalam muzium.5.1.2 LAWATAN DISEKITAR MUZIUMKesemua ahli kumpulan telah menjalankan lawatan disekitar kawasan pameran di dalam muzium seni asia. Sesi lawatan ini turut diisi dengan pencarian maklumat dan menangkap foto sebagai bukti lawatan telah dijalankan. 5.1.3 TAKLIMAT Selepas sesi lawatan selesai, Encik aziz selaku wakil pegawai muzium seni asia telah menjalankan sesi taklimat ringkas mengenai sejarah, latar belakang dan keistimewaan muzium seni asia, taklimat ini telah dijalankan di aras dua muzium dan telah melibatkan keseluruhan ahli kumpulan. Banyak maklumat telah berjaya diperoleh oleh ahli kumpulan sepanjang sesi taklimat ini dijalankan.5.1.4 SESI SOAL JAWAB Selepas sesi taklimat dijalankan, ia telah diteruskan dengan sesi soal jawab. Ahli-ahli kumpulan telah mengutarakan beberapa persoalan mengenai muzium seni asia kepada Encik Aziz dan beliau telah memberikan jawapan yang bernas sekaligus menjawab segala kemusykilan kami.

6.0 REFLEKSIKeberhasilan tugasan kami adalah datangnya daripada usaha dan kegigihan yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan kami yang lain. Ahli kumpulan kami telah menunjukkan kerjasama yang sangat bagus walaupun kali pertama bergandingan, walaupun kerja kursus ini memerlukan ahli seramai 10 orang. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Puan Faridah binti Hussain kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan sepanjang menyiapkan tugasan ini.Setelah berbincang dengan ahli kumpulan kami dengan sebulat suara untuk memilih tema sosiobudaya dalam lawatan ilmiah yang bertajuk Keistimewaan Muzium Seni Asia. Kami sepakat memilih tema ini kerana tema ini dapat memberikan kami pembelajaran untuk mengenali sosiobudaya bangsa lain. Sepanjang menjalankan lawatan ilmiah ini, kami telah dapat mengesan kekuatan diri daam menyiapkan tugasan ini. Antara kekuatan yang kami kenalpasti ialah kerjasama antara ahli kumpulan dimana kami saling memahami komitmen masing-masig dari segi mencari masa untuk menyiapkan tugasan ini bersama-sama. Bukan itu sahaja, kami juga dapat mengetahui artifak yang telah berkurun lamanya serta fungsi barang yang digunakan pada masa itu. Lawatan ilmiah ini sedikit sebanyak member kami ilmu tambahan untuk mempelajari artifak yang digunakan pada masa dahulu dan ukirannya yang begitu unik sehingga terhasilnya seni sesuatu artifak itu.Secara tuntasnya, kami amat berharap lawatan ilmiah yang telah kami jalankan ini mencapai matlamat dan bertepatan dengan kriteria-kriteria yang dikehendaki. Diharap pensyarah dapat menegur sekiranya terdapat kesalahan dalam lawatan ilmiah ini agar kami dapat memperbaiki kelemahan diri dan melakukan yang lebih baik.

7.0 KESIMPULANSebagai kesimpulan,aktiviti lawatan Muzium Seni Asia pada 17 Oktober 2014 memberi banyak pengetahuan kepada kami dan rakan-rakan tentang artifak dan koleksi-koleksi yang terdapat disana. Artifak yang dipamerkan begitu menarik dan unik serta mempunyai rekaan yang begitu mengagumkan.Koleksi barang yang terdapat disana adalah diperolehi secara pembelian dan terdapat juga yang diberi oleh pelajar luar negara. Sebanyak 7 ribu artifak yang terdapat di Muzium tersebut. Disamping itu, dipamerkan juga Boneka Arnab Packing, Rantai-rantai Manik, Toping Muka Palsu dan Penambat Mimpi serta beberapa alatan muzik seperti gong, bonang, gambang dan gendang. Dalam pada itu, Encik Aziz juga menerangkan beberapa perkara penting yang berkaitan seperti aktiviti yang mereka anjurkan untuk menarik perhatian orang agar melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Oleh itu, barang-barang tersebut adalah amat penting agar generasi yang seterusnya agar dapat mengenali artifak tersebut dan memastikan ia terus terpelihara.

8.0 LAMPIRAN Ahli Kumpulan Bersama Encik Aziz Topeng HudoPorselin Jepun ( Kakiemon)

10