Upload
taufiq-desa
View
152
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bmm3112
Citation preview
Bahasa dalam Hikayat Abdullah
Disediakan oleh :Muhammad Hafizzi bin Kamaronzaman
Aspek yang dilihat :-1. Jenis Aksara2. Sistem Ejaan3. Morfologi4. Sintaksis5. Semantik6. Kosa Kata
Jenis AksaraKarya Hikayat Abdullah telah menggunakan
tulisan Jawi dalam penulisannya.
Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ف) , nga ( غ ) , ga .( چ ) dan ca ( ث ) nya , ( ک )
Sistem EjaanSebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh
Melayu, sistem ejaan Arab dieja menggunakan tanda-tanda baris.Contohnya seperti berikut :-
( maka) َم�گ( dia ) ِدَي�
Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi seperti berikut :-
( maka ) َمک(dia ) دَي
MorfologiImbuhan
Dari aspek imbuhan, penulisan karya Hikayat Abdullah telah menggunakan imbuhan meN-,contohnya :-
Contoh 1
Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cekap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal kecil; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.”
( halaman 69)
Contoh 2
Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang banyak gunanya.”
(Halaman 119)
SintaksisPenulisan Hikayat Abdullah menggunakan
ayat yang panjang-panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya.
Ayat-ayat panjang yang digunakan dalam penulisan karya Hikayat Abdullah ini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada waktunya pembaca terpaksa mengulangi pembacaan.
Contoh 1
Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku, dan cermin mata itu kupakai, nescaya banyak kali sudah aku terperosok ke dalam limbah dan parit yang penuh pada tiap-tiap lorong dan jalan; seperti kecuali kebanyakan kelakuan orang yang tiada memegang suluh itu terperosok ia kesana ke mari, jatuh bangun coreng-coreng berlumur dengan Lumpur dan orang, dan patah riuk kaki tangannya di hadapanku.
( halaman 16)
Contoh 2
Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.”
( halaman 69)
SemantikSecara umum kita berpendapat bahawa makna
sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat.
Dalam bahasa Melayu kebiasaannya, apa yang diucapkan atau dituliskan tidak serupa dengan apa yang dimaksudkan.
Dalam karya Hikayat Abdullah, maksud atau pun perkara yang disampaikan hanya melalui makna tersurat, secara terus atau secara langsung berdasarkan kepada masyarakat Melayu ketika itu.
Perkara pokok disampaikan secara terus tanpa menggunakan sebarang simbolik ataupun kiasan.
Contoh
“ Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang banyak gunanya.”
Kosa Kata Kata AsliDalam karya Hikayat Abdullah, penulisannya
masih menggunakan kata asli dalam tulisannya.
Bahasa yang digunakan pula ialah bahasa lama dan struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat.
Contoh penggunaan kata-kata asli yang terdapat dalam karya ini ialah ‘maka’, ‘beberapa lamanya’, ‘maka adalah’, ‘akan dia’ dan ‘maka apabila’.
Contoh :-
-Maka beberapa lamanya dalam hal yang sedemikian, maka datanglah seorang orang Arab Syaid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad, maka adalah ia itu aulia, maka sangatlah dipermulia orang akan dia dalam Melaka; maka segala laki-laki dan perempuan pun pergilah berguru kepadanya darihal perkara agama Islam. Maka bondaku juga tiada pergi, sentiasa duduk menangis terkenangkan anak-anaknya yang mati itu. Maka adalah rumahku itu berhadapan dengan rumah tempat tuan itu tinggal; maka disuruhnya panggil bapaku, diperiksanya akan hal bondaku itu duduk menangis-nangis. Maka oleh bapaku segala hal anak-anaknya habis mati itu; maka kata tuan itu, “ Baiklah, pergi engkau katakan kepada isterimu janganlah ia menangis, insya-Allah nanti diberi Allah kepadanya seorang anak laki-laki; maka apabila beranak kelak, engkau namakan dengan namaku.” Maka pulanglah bapaku serta mengatakan kepada bondaku akan segala perkataan tuan itu; maka bondaku pun berhentilah daripada menangis dan dukacita.
(Halaman 9 & 10)
Kata Pinjaman- Dalam penghasilan karya Hikayat Abdullah, terdapat
banyak penggunaan kata pinjaman Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
- Contoh kata pinjaman Bahasa Inggeris -character (halaman 5), enjineer (halaman 6), secretaries governments (halaman 6), electricity (halaman 115), arithmetic (halaman 117), commission (halaman 165).
- Contoh kata pinjaman Bahasa Arab
-syaaban (halaman 1), khatib ( halaman 4 ),
sayid (halaman 35)
SEKIAN, TERIMA KASIH