topik 5 pengurusan bilik darjah psv

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psv pengurusan bilik darjah

Citation preview

Slide 1

PENGURUSAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUALIsi Kandungan Persediaan Guru Aktiviti individu, kumpulan dan aktiviti kelas Aktiviti dalam bilik darjah Aktiviti luar bilik darjah Projek Seni

Jenis Aktiviti Semasa Proses P&PKelasIndividuBerkumpulanPEMAHAMAN TENTANG JENIS AKTIVITIRUMUSANGuru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran.Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti.

Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan.

Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran PSV di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain.Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju.AKTIVITI INDIVIDUAKTIVITI INDIVIDUMerupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana murid berpeluang untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Murid lebih banyak berinteraksi dengan bahan di pusat-pusat pembelajaran. Aktiviti individu juga turut memberi peluang kepada murid mendapatkan perhatian secara personal daripada guruSambunganPeluang untuk mengukuhkan nilai murni seperti berdikari dan kerajinan adalah tinggiPeluang untuk murid menumpukan kebolehan istimewa yang ada padanya bagi meningkatkan kefahaman tentang sesuatu konsepMurid adalah bebas untuk mencuba dan meneroka dengan gaya tersendiriSambunganMurid berpeluang untuk mengaplikasikan akan kemahiran berfikir seperti membuat perbandingan, menganalisis dan menyelesaikan masalah.Murid dapat bergiat secara aktif untuk menjalankan aktiviti binaan dari bongkah, bermain dengan doh ataupun bermain suai pasang.Contoh-contoh aktiviti individuMelukis gambarMenggunting / menampalMenguntai manik / bungaMembaca buku kecil / buku bacaanMenyusun bongkahAKTIVITI KUMPULANAKTIVITI KUMPULANMerupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama13SambunganMurid-murid dapat belajar melalui rakan sebaya mereka dalam aktiviti ini.Aktiviti kumpulan mampu memupuk kemahiran sosial dan penyelesaian masalah.Ianya juga boleh menerapkan nilai-nilai murni

Contoh-contoh aktiviti kumpulanCantuman puzzleMain pondokBerkebunPenerokaanKolajCapanMenyusun hurufMenyusun perkataanMenyusun gambar bersiriAKTIVITI KELASAKTIVITI KELASMelibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama secara serentak. Aktiviti kelas dapat memupuk kemahiran bersosialAktiviti ini juga mampu memupuk nilai murni seperti kerjasama, hormat-menghormati, keadilan dan semangat bermasyarakat.Dalam masa yang sama juga, aktiviti kelas mampu memupuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.SambunganAktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan maklumat, memberi arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan membuat refleksi pada akhir pembelajaran.Antara aktiviti yang boleh dijalankan secara kelas adalah menyanyi beramai-ramai, berlakon, mendengar cerita dan menonton pertunjukkan boneka.

Contoh-contoh aktiviti kelasBerceritaCircle time (perbualan pagi, pesanan, hasil kerja, rumusan selepas pembelajaran, penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan)Nyanyian / gerakanLawatan (pengalaman secara langsung)

Aktiviti dalam kelas

PENGURUSAN AKTIVITI DALAM BILIK DARJAHPENGENALANMelalui Pembelajaran Dalam Bilik Darjah (PDBD), sesi pengajaran dan pembelajaran perlu menyeronokkan pelajar supaya mereka minat untuk belajar.

Guru perlu merancang aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti juga perlulah sentiasa berubah-ubah.

Biasanya aktiviti dijalankan secara individu, kumpulan atau kelas.FAKTOR YANG MEMPENGARUHI1. Iklim bilik darjahFaktor fizikalFaktor sosialFaktor emosi

2. Kesihatan pelajar

3. Teknik pengajaran1. IKLIM BILIK DARJAHAspek Fizikal-Penyusunan meja adalah teratur-Kebersihan kelas-Unsur pengudaraan & pengcahayaan yang baikAspek Sosial-Merujuk kepada perhubungan & corak interaksi di antara murid dengan murid.-Murid dapat berinteraksi dalam pembelajarannya dengan mudah.Aspek EmosiMenarik minat murid, masyarakat, guruBerfungsi sebagai pemangkin untuk kembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatifWujudkan suasana interaksi sesama muridGalakkan pendedahan pelbagai budaya2. KESIHATAN PELAJARMemainkan peranan penting dalam P&P.

Guru perlu mengetahui tahap kesihatan pelajar, misalnya pelajar yang mempunyai alahan terhadap sabun tidak boleh diberikan tugasan membersih alatan seni.

Pelajar yang mempunyai masalah penglihatan juga tidak boleh diletakkan di bahagian belakang bengkel seni ketika P&P dijalankan.3. TEKNIK PENGAJARANP&P yang membosankan akan menyebabkan pelajar tidak berminat dengan PSV.

Guru PSV sepatutnya kreatif dalam mencipta atau mempelbagaikan aktiviti P&P.

Perancangan & pelaksanaan aktiviti hendaklah sesuai dengan tahap usia murid. Misalnya aktiviti kolaj untuk murid tahun 3 dengan murid tahun 6 berbeza.AKTIVITI PENGURUSAN LUAR BILIK DARJAHPENGENALANDiperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual.

Untuk memastikan PLBD dilaksanakan dengan lebih berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu guru menjalankan PLBD. PENGERTIAN PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBD seperti berikut:

Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.OBJEKTIF PLBDObjektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah:

Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas.

Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan.

Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual.

Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar.Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan.

Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat.

Menerapkan nilai-nilai murni. MODEL PLBDTiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD:

Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.

Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah.

Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang & berintergrasi ilmu) PERANCANGAN PLBDSebelum PLBD Semasa PLBD Selepas PLBDSEBELUM PLBDMenetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap dan kemahiran).

Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD.

Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa.

Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD.

Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi .

Membuat tempahan tempat dan pengangkutan.Memastikan bas mempunyai insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu.

Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid.

Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid

Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan

Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti

Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing

Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid

Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audio dll).

Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan.

Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat.

Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan.

Memahami peraturan dan aturcara lawatan.

Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan.

Memahami keperluan-keperluan keselamatan.SEMASA PLBDMenyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga.

Memberi bantuan bila diperlukan.

Mengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat.

Membuat pemerhatian secara langsung.

Mengumpul dan merekod maklumat.

Mematuhi peraturan-peraturan lawatan.

Berkerjasama dalam kumpulan. SELEPAS PLBDMemberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid.

Membimbing murid membuat rumusan.

Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti).

Menyusun maklumat yang dikumpul.Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan.

Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain.

Menyediakan laporan.

Menghantar / membentang hasil / laporan.

Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada). Aktiviti luar kelasMurid-murid mampu meneroka sendiri bahan berdasarkan pengajaran yang telah dijalankan oleh guru.Membuat binaan ; murid akan membawa sendiri bahan dari rumah seperti kotak tisu, botol dan akan berfikir terlebih dahulu produk yang akan dilakukan. Ini membolehkan mereka berimaginasi tentang apa yang bakal dihasilkan nanti.Membawa kerja PSV yang tidak disiapkan lagi ke rumah membolehkan mereka berkarya dengan lebih kreatif pabila mendapat bantuan/ idea dari keluarga dan mewujudkan kemesraan..

Contoh aktiviti luar kelasLukisanMontajAssemblajGosokan KolajWau

Aktiviti di luar kelas

PROJEK SENI VISUALJENIS-JENIS PROJEK SENI VISUALPENGENALANTATACARA PENGANJURAN PROJEK SENIPrepared by felix joseph liwasa pgsr psv

45PROJEK SENI VISUALProjek Seni Visual merupakan satu aktiviti yang biasanya di jalankan di luar bilik darjah. Ia melibatkan semua pelajar untuk menjalankan suatu kajian tentang sesuatu perkara atau melaksanakan pelbagai jenis aktiviti untuk memperkembangkan kemahiran mereka di dalam pengaplikasian unsur-unsur seni serta prinsip rekaan dalam menghasilkan sesebuah karya seni.PENGENALAN46Tatacara Penganjuran PROJEK SENI VISUAL (Lawatan)Mengumpul MaklumatMesyuarat(Pembentukan AJK)Perancangan penetapan lokasi, tarikh, jenis projek seni, objektif, rancang aktiviti dan bajetPenyediaan Kertas kerjaProjekPemakluman projekKelulusan Projek & BajetPenetapan Jadual KerjaMesyuarat(pembahagian Tugas kepada AJKPerlaksanaanProjekPelaporan dan Post mortemTindakan susulan(Penambahbaikan)Perancangan SemulaLulus / TidakPendokumentasianLaporan ProjekMulaTamatPengurusan4748

Pengurusan PROJEK SENI VISUAL (Lawatan)4849JENIS-JENIS PROJEK SENI LAWATANSEMINAR, BENGKEL & KURSUS SENI PAMERAN SENIPERTANDINGAN SENIKEMBARA VISUALPESTA SENI KANAK-KANAKMINGGU SENI VISUAL4950LAWATAN

Lawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelas yang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatu tempat, kawasan, bangunan atau apa-apa yang memberi ilmu pengetahuan. Aktiviti ini menjadi satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar kerana mereka berpeluang untuk meneroka kawasan atau perkara baru.

KELEBIHANKELEMAHAN5051KELEBIHAN LAWATAN

Hubungan pelajar dengan guru akan menjadi lebih intim.Pelajar mempelajari konsep mengurus sesuatu aktiviti dengan lebih efektif.Pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.Pengurusan aktiviti dapat dirancang dengan lebih teratur dan sistematik melalui penerapan sikap bekerjasama.Mengatasi masalah kebosanan dan menarik minat pelajar untuk belajar Pendidikan Seni Visual.Memupuk semangat keyakinan diri, setia kawan, disiplin diri dan patriotisme.Mendedahkan pelajar tentang alam semulajadi, kebudayaan dan membuat apresiasi.Mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan minda dalam seni.Pelajar akan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.5152KELEMAHAN LAWATAN

Memerlukan tenaga kerja yang ramaiJangka masa yang lama diperlukan untuk merancang dan melaksanakan program.Peserta perlu membuat penelitian setiap aktiviti yang dirancangkan.Memerlukan perancangan masa yang sistematik agar perjalanan aktiviti semasa lawatan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Memerlukan kos yang tinggi.Memerlukan persefahaman yang utuh antara semua peserta agar lawatan berjalan dengan lancar dan selamat.

52Seminar, BENGKEL DAN KURSUS SENI

Seminar, bengkel dan kursus eni boleh diertikan sebagai satu bentuk pengajaran akademik(perbahasan masalah secara ilmiah). Ia dilaksanakan di peringkat sekolah, universiti mahupun sebuah organisasi oleh golongan profesional. Ia biasanya berfokuskan kepada suatu topik dan peserta yang hadir akan melibatkan diri secara aktif. Seminar dilaksanakan dalam bentuk dialog, persembahan hasil kajian,dalam bentuk formal, sesi debat atau sesi perkongsian ilmu dan pengalaman.KELEBIHANKELEMAHAN53Kelebihan seminar,Bengkel dan kursus seni

Pelajar akan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang seni.Pelajar akan dapat berkongsi pengalaman bersama-sama dengan peserta lain.Meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah.Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam aktiviti merancang dan menjalankan seminar.Mampu mengatasi masalah kognitif (Knowing, Learning & Understand).Sesi komen atau diskusi memberi lebih banyak peluang menguji dan bertanya soalan sesama peserta untuk memahami lebih lanjut tentang sesuatu prinsip atau teknik.

54Kelemahan seminar, bengkel dan kursus seni

Topik yang akan disampaikan atau dibincangkan oleg ahli panel perlu bersesuaian dengan audien agar tidak membosankan.Memerlukan perancangan yang rapi dan sistematik serta kerjasama yang utuh dari semua ahli jawatankuasa penganjur.Memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan penempahan dewan, peralatan seminar, jamuan, publisiti dan sumbangan kepada panel profesional.Panel profesional yang ingin dijemput perlu dimaklumkan awal kerana jadual seminar akan berubah sekiranya jadual para panel bercanggah.Memerlukan masa yang lama dalam merancang seminar.Kurang publisiti menyebabkan tiada penyertaan.

55Pameran seni

Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas. Jenis-jenis pameran adalah seperti Pameran Tetap (Permanent Exhibition), Pameran Temporer (Temporary Exhibition) dan Pameran Keliling (Traveling Exhibition). Pameran yang diselenggarakan umumnya menampilkan karya seni rupa moden dan kontemporer (lukisan, patung, grafik, kriya, desain, photografi, arsitektur, dll) dari Malaysia dan seluruh negara.KELEBIHANKELEMAHAN56Kelebihan pameran seni

Mesej komunikasi lebih mudah diterimadan difahami melalui pengamatan terhadap hasil karya yang dipamerkan.Pelajar akan dapat menjalankan apresiasi seni dan menghargai para pengkarya serta tokoh-tokoh seni tahahair dan dunia.Pelajar dapat menimba ilmu dan meningkatkan kreativiti mereka.Suatu pengalaman pembelajaran yang dapat mencetuskan idea baru.Pelajar dapat memahami secara mendalam tentang unsur seni dan prinsip rekaan.Pameran yang melibatkan demonstrasi pembuatan sesuatu hasil karya dapat diperhatikan oleh orang ramai.Menarik minat pelajar untuk menghasilkan sesuatu karya.

57Kelemahan pameran seni

Memerlukan pelajar menetapkan tema yang sesuai untuk pameran agar dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang.Ruang letak atau ruang pameran memerlukan lokasi yang luas dan selesa.Penetapan lokasi perlu sesuai.Memerlukan kos yang tinggi.Memerlukan perancangan yang sistematik agar pengunjung yang datang dapat mengamati pameran secara berkesan.Pemilihan hasil karya pameran perlu tepat dan berkualiti tinggi.Memerlukan penterjemah seni yang bijak menilai seni untuk menerangkan suatu hasil karya yang dipamerkan.Publisiti secara besar-besaran perlu dilaksanakan bagi mempromosi pameran yang ingin diadakan.

58pertandingan seni

Pengertian pertandingan adalah suatu perlawanan atau peraduan untuk mencapai sesuatu kejayaan. Seni pula membawa maksud karya yang dicipta dari dengan bakat. Oleh itu Pertandingan seni merupakan suatu peraduan mencipta karya dari bakat yang ada pada seseorang individu.

KELEBIHANKELEMAHAN59KeLEBIHAN PERTANDINGAN SENI

Dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni.Menarik minat pelajar untuk belajar dan mendalami pengetahuan dalam mata pelajaran seni visual.Dapat memahirkan pelajar dalam teknik dan kaedah penciptaan sesuatu karya.Pelajar akan dapat menghargai seni dan menjalankan apresiasi.Pelajar dapat mengisi masa lapang dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah.Meningkatkan fahaman pelajar tentang unsur seni dan prinsip rekaan.Memberi peluang kepada semua pelajar untuk menzahirkan idea dalam bentuk penghasilan karya seni.Pelajar dapat belajar untuk menyampaikan mesej melalui karya yang dihasilkan.60KeLemahan PERTANDINGAN SENI

Penganjur perlu membuat penelitian awal dan kajian awal berkenaan minat peserta.Kurang penilai/pengadil yang berkemahiran dan berpengalaman dalam menilai hasil karya seni peserta. (jika dijalankan di peringkat sekolah)Masa yang terhad.Kurang penglibatan peserta sekiranya kurang publisiti.

61KEMBARA VISUAL

Kembara Seni bertujuan untuk melaksanakan eksplorasi dan eksperimentasi untuk meningkatkan pengalaman estetik. Para pelajar akan dapat mengggunakan pelbagai media, alat, bahan dan teknik untuk menterjemahkan pengalaman persepsi dan pengalaman estetik dalam bentuk visual.

KELEBIHANKELEMAHAN62Kelebihan KEMBARA VISUAL

Pelajar dapat melihat secara realiti objek-objek dan bahan alam semulajadi dengan jelas dan kajian lebih terperinci berbanding visual secara maya, kaca TV atau skrin komputer.Pendidikan dan pengalaman langsung diperolehi dan ia banyak membantu kekusutan ilmu di bilik darjah Melatih pelajar untuk menghayati dan menghargai alam sekitar warisan sepanjang zaman. Pelajar akan dapat mentafsirkan alam semualajadi yang dilihat menerusi penghasilan beberapa karya Seni Visual seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya. Keseronokan dalam pembelajaran.63Kelemahan KEMBARA VISUAL

Memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.Para pelajar sukar dikawal kerana terlalu teruja dan seronok.Memerlukan bantuan rakan sekerja untuk turut serta sebagai guru pengiring namun tugas guru sangat banyak dan adakalanya guru-guru tidak dapat turut serta.Kembara visual memerlukan pemilihan lokasi yang sesuai dan strategik.

64Pesta seni kanak-kanak(pskk)

Pesta Seni Kanak-Kanak dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam seni visual tetapi secara tidak langsung mewujudkan satu lagi aktiviti para pelajar sekolah di mana para pengunjung dapat menyaksikan pameran pelbagai hasil karya seni visual pelukis. KELEBIHANKELEMAHAN65Kelebihan pskk

Para pelajar dapat mencungkil bakat dalam bidang seni visual.Pameran hasil karya seni visual dapat dijalankan secara besar-besaran.Pelajar dan guru akan mengetahui cara pengurusan pesta seni kanak-kanak secara menyeluruh.Melibatkan masyarakat setempat.Keyakinan diri serta apresiasi seni dapat ditingkatkan.

66Kelemahan pskk

Memerlukan perbelanjaan yang tinggi.Tanpa kerjasama yang baik di kalangan guru-guru dan para pelajar mengakibatkan pesta kanak-kanak tidak dapat dijalankan dengan lancar.Memerlukan masa untuk memilih hasil karya yang terbaik yang dihasilkan oleh para pelajar.Kurang guru berpengalaman untuk menilai hasil karya.Tugas guru semakin banyak dan mengakibatkan kurang pembabitan guru secara menyeluruh.

67Minggu seni VISUAL

Minggu Seni Visual dilaksanakan di peringkat sekolah bagi menarik minat para pelajar untuk mendalami pembelajaran seni visual di dalam bilik darjah. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti aktiviti melukis, mewarna, membuat hasil kraf, membuat arca dan sebagainya. KELEBIHANKELEMAHAN68KelEBIHAN MINGGU SENI VISUAL

Aktiviti yang dirancang melibatkan semua pelajar.Menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya.Penerapan seni visual secara menyeluruh kerana semua pihak turut terlibat.Pengurusan yang terancang.Dapat melibatkan semua guru.Memartabatkan seni visual di peringkat sekolah.Tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

69KelEMAHAN MINGGU SENI VISUAL

Masa yang terhad kerana aktiviti P & P tidak boleh diganggu.Kurang guru opsyen PSV yang mahir mengendalikan minggu seni visual.Para pelajar kurang didedahkan dengan pelbagai bidang seni dan aktiviti-aktiviti seni. Komitmen kerja guru semakin bertambah. Minggu seni visual diadakan dengan seadanya.Tempat dan lokasi aktiviti terhad mengikut suasana persekitaran sekolah. Pelajar pasif tidak berminat untuk mengikuti aktiviti seni.Kurang mendapat sokongan dari pihak pentadbiran kerana menanggap seni visual merupakan m/pelajaran elektif semata-mata.

70SEKIAN, TERIMA KASIH