Upload
ngoduong
View
243
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
TRANSFORMASI EKONOMI
TEMPATAN KOMUNITI
PESISIR PANTAI
PENGKALAN NELAYAN SEMENTA
KLANG, SELANGOR
Ke arah komuniti pesisir
yang berdaya tahan,
Penyunting:
Khairul Hisyam Kamarudin, PhD
menarik & lestari
Julai 2017
Dengan kerjasama: Sukarelawan Perikanan (SUPER) Kawasan Sementa
Daerah Klang, Selangor
2
Diterbitkan oleh:
Razak School of UTM of Engineering and Advanced Technology
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: (6)03-2180 5138 l Fax: (6)03-2180 5380
Email: [email protected]
ISBN 978-967-13383-8-4
Dicetak di Malaysia
Cetakan Pertama 2017
Perpustakaan Negara Malaysia
Transformasi Ekonomi Tempatan Komuniti Nelayan Pesisir Pantai
Copyright © Razak School of UTM, Kuala Lumpur
Semua hakcipta terpelihara.
Tiada sebarang bahagian pada penerbitan ini dibenarkan untuk diterbit semula,
disimpan dalam bentuk yang dapat dicapai semula atau dipindah menerusi apa jua
bentuk dan cara sama ada elektronik, mekanikal, mesin cetak, rakaman atau
selainnya, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit.
3
PROJEK:
KAJIAN TRANSFORMASI EKONOMI TEMPATAN PESISIR PANTAI DI
KOMUNITI PENGKALAN NELAYAN SEMENTA
PENASIHAT PROJEK
DR. KHAIRUL HISYAM KAMARUDIN
(UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA)
PENGLIBATAN PELAJAR
MUHAMAD SUKRI BIN ARPAN NORDIN
MUHAMMAD FIRDAUS BIN HISHAMUDDIN
SITI ZUBAIDAH BINTI YASO
NURFARAHIN BINTI AHMAD SABRI
AHMAD SAZALI BIN HAJI MD SHAARANI
PUVANESVARAN A/L AYAR SAMY
FATIN NAJIHAH BINTI TAJARUDDIN
NUR IZZATI AMNI BINTI ZUBER
FITRIANI BT NASRUL
SHARMILA DEVI A/P T KULASINGAM
GEORGE WISE ANAK AJOM
SHAZWANI BINTI SALEHHUDDIN
NUR AIN BINTI MOHD ANUAR
SITI NUR HENEZA BINTI HASMI
LUQMAN HAKIM BIN JAMIL
(UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU, PROGRAM MBA-LUAR KAMPUS,
PUTRAJAYA)
4
PRAKATA
Kajian ini pada dasarnya dijalankan sebagai memenuhi latihan dan pendedahan di
lapangan bagi para pelajar program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti
Malaysia Terengganu. Justeru, sebuah komuniti nelayan tradisional yang menghuni kawasan
pesisir pantai di Sementa, daerah Klang, Selangor telah dipilih sebagai kes kajian. Fokus
latihan dan penelitian terhadap komuniti (kes) adalah melibatkan kajian Transformasi Ekonomi
Tempatan (local economic transformation) komuniti nelayan di Sementa, Klang. Latihan dan
pendedahan yang diperoleh menerusi kajian ini penting bagi mempersiap para mahasiswa
dengan ilmu kemasyarakatan di samping memperkaya pengetahuan berkaitan kelestarian alam
sekitar, sosial dan pengurusan sumber untuk pembangunan dan transformasi ekonomi
tempatan.
Selain memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada mahasiswa yang terlibat,
kajian ini juga turut mensasarkan untuk membantu barisan pentadbir komuniti di dalam
merancang atau merangka tindakan yang bersesuaian untuk membangunkan komuniti nelayan
secara lestari demi manfaat sosial dan ekonomi jangka panjang. Dapatan kajian ini juga diharap
akan digunapakai oleh pihak komuniti bagi lebih mendalami isu dan potensi yang ada pada
komuniti dan bagaimana data-data yang dipersembahkan dapat memberi maklumat kepada
pembuat keputusan di peringkat yang lebih tinggi.
Penyunting
Dr. Khairul Hisyam Kamarudin
Sekolah Razak UTM
Kuala Lumpur, Julai 2017
5
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr.
Khairul Hisyam Kamarudin, Pensyarah bagi subjek Coastal Community Development
(SOC5200) dan juga selaku Penasihat Program Kajian Transformasi Ekonomi Tempatan di
Komuniti Pengkalan Nelayan Sementa, daerah Klang kerana telah bersama-sama kami di
dalam memberikan cadangan dan menyumbangkan idea untuk menghasilkan laporan ilmiah
ini.
Tidak lupa ucapan terima kasih ditujukan kepada pihak Pusat Pengajian Perniagaan
Dan Pengurusan Maritim (PPPPM) dan UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. kerana telah
memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian lapangan di samping bantuan
kewangan bagi memastikan program yang dirancangkan ini dapat berjalan dengan jayanya.
Terima kasih juga kepada wakil Penduduk Pengkalan Nelayan Sementa iaitu Encik
Imran Mohammad Nooh yang merupakan Pengerusi Sukarelawan Perikanan (SUPER)
Sementa. Tidak lupa juga kepada semua penduduk yang terlibat dalam menjayakan program
dan kaji selidik yang dijalankan. Akhir sekali terima kasih juga kepada lima belas (15) graduan
Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Malaysia Terengganu Kampus Putrajaya yang
bertungkus lumus menjayakan program ini dan bersama-sama penasihat projek di dalam
menyediakan laporan kajian ini.
6
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK
M/SURAT
PRAKATA
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
SENARAI GAMBAR
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
1 PENDAHULUAN 10
1.1 Tujuan laporan 10
1.2 Matlamat dan Objektif 11
1.3 Kandungan laporan 12
1.4 Ahli Kumpulan 12
2 LATAR BELAKANG KOMUNITI 12
2.1 Ringkasan mengenai Sukarelawan Perikanan (SUPER) 12
2.2 Latar Belakang Komuniti 13
2.3 Komuniti Nelayan Sementa, Klang 14
2.3.1 Sejarah ringkas 14
2.3.2 Peta lokasi 15
2.3.3 Bilangan penduduk 16
2.3.4 Aktiviti ekonomi utama 16
2.3.5 Kemudahan fizikal dan Eminiti 17
2.4 Isu, Masalah dan Potensi Komuniti 18
2.4.1 Isu & potensi ekonomi (foto) 18
2.4.2 Isu & potensi sosial (foto) 23
2.4.3 Isu & potensi alam sekitar (foto) 24
3 ANALISIS FIZIKAL KOMUNITI NELAYAN 25
3.1 Pendekatan analisis (kaedah peta minda, pembahagian
kumpulan, peta, rekod dan maklumat)
25
3.1.1 Jenis 26
7
3.1.2 Kondisi 26
3.1.3 Fungsi 27
3.1.4 Lain-lain 28
3.2 Dapatan Analisis Fizikal 28
4 ANALISIS TRANSFORMASI SOSIO-EKONOMI
KOMUNITI
30
4.1 Pendekatan kajian lapangan & analisis data (carta alir method) 30
4.2 Profile Responden (frequency tables & bar charts) 31
4.3 Transformasi Kehidupan Nelayan 36
4.4 Cadangan Pembangunan Komuniti Nelayan 51
5 PENUTUP DAN RUMUSAN 52
5.1 Analisi SWOT 52
5.2 Refleksi 54
RUJUKAN 59
8
SENARAI GAMBAR
GAMBAR TAJUK MUKA
SURAT
1 Sepanduk Program Kajian Transformasi Ekonomi Tempatan di
Komuniti Pengkalan Nelayan Sementa, Klang, Selangor pada 1 April
2017
11
2 Ahli kumpulan seramai 15 orang 13
3 Logo Sukarelawan Perikanan (SUPER) 14
4 Penasihat program, Dr. Khairul menyampaikan cenderahati kepada
En. Imran Mohammad Nooh, Pengerusi SUPER Sementa
14
5 Lokasi Pengkalan Nelayan ,Kampung Sementa 15
6 Lokasi penempatan penduduk di Pengkalan Nelayan Sementa 16
7 Jeti LKIM Pengkalan Nelayan Sementa 17
8 Bengkel membina bot fiber oleh pengusaha tempatan 19
9 Tempat membaiki enjin dan bot serta pembersihan badan bot 20
10 Penghasilan sauh yang dilakukan di bengkel membuat sauh 21
11 Sekumpulan Penyelidik di hadapan Pasar Ikan Segar 22
12 Penternakan Obor-Obor di dalam Kolam Fiber 23
13 Kaedah peta minda melalui status, fungsi semasa/ kegunaan, bahan
binaan dan kondusi perumahan di Kampung Nelayan Sementa
25
14 Kedudukan serta peta topo Pengkalan Nelayan Sementa 26
15 Kondisi rumah serta jeti di pengkalan Sementa. 27
16 Fungsi Rumah (Bengkel serta tempat tinggal) 28
17 Bumbung rumah tinggi 29
18 Kerangka SWOT 52
19 Para penyelidik dengan Dr Khairul di lokasi penyelidikan 54
20 Sesi temuduga yang sedang berjalan antara penyelidik dengan Para
Nelayan
54
21 Menikmati juadah yang disediakan 55
22 Penerangan oleh pengusaha bot 55
23 Sedang sibuk dengan sesi temuduga dan menjawab soalan dengan
penduduk nelayan dan pemberian cenderahati kepada penemuduga
56
24 Ikan segar hasil tangkapan Nelayan Sementa 56
25 Sesi perbincangan dengan wakil wanita berkenaan dengan perniagaan
belacan
57
26 Membuat lawatan ke kunci air 57
27 Membuat laporan serta menganalisa data yang diperolehi 58
28 Majlis penutup serta pemberian cenderamata kepada yang terlibat 58
9
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
4.1 Carta Alir Kajian 30
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina, Bangsa, Agama, Umur dan Taraf
Perkahwinan
31
4.2 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi Dicapai 32
4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Utama Sebelum dan Selepas,
Asal Usul dan Anggaran Pendapatan Sebelum dan Terkini
33
4.4 Pendapat Mengenai Hasil Tangkapan Ikan 36
4.5 Pendapat Mengenai Pendapatan Sebagai Nelayan 37
4.6 Pemilikan rumah/tempat tinggal sebelum 37
4.7 Pemilikan rumah/tempat tinggal selepas 38
4.8 Pemilikan Kenderaan Sebelum 38
4.9 Pemilikan Kenderaan Selepas 39
4.10 Pemilikan Peralatan Dalam Rumah Sebelum 39
4.11 Pemilikan Peralatan Dalam Rumah Selepas 40
4.12 Pemilikan tanah/ lot sebelum 41
4.13 Pemilikan tanah/lot sebelum 41
4.14 Mempunyai Pekerjaan Sampingan Sebelum 42
4.15 Mempunyai Pekerjaan Sampingan Selepas 42
4.16 Peranan Positif Agensi dalam Menggalakkan Pembangunan Komuniti 43
4.17 Kemahiran Yang Anda Miliki Sebelum 43
4.18 Kemahiran Yang Anda Miliki Selepas 44
4.19 Adakah anak-anak mewarisi kemahiran anda 45
4.20 Siapakah yang memainkan peranan utama memimpin komuniti
merancang/membangun komuniti anda?
45
4.21 Adakah anda dilibatkan dengan proses perancangan/pembuatan keputusan
mengenai projek ekonomi komuniti?
46
4.22 Adakah perniagaan/aktiviti ekonomi paling cepat berkembang di komuniti
anda?
46
4.23 Apakah perniagaan/aktiviti paling cepat merosot di Komuniti anda? 47
4.24 Apakah ciri-ciri yang menarik tentang komuniti anda yang boleh menarik
perniagaan?
48
4.25 Cadangan bagi menggalakkan pembangunan komuniti anda 49
5.1 Analisi SWOT bagi kajian ini 53
10
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Tujuan Kajian
Laporan ini disediakan bagi memenuhi keperluan pengajaran kursus Pembangunan Komuniti
Pesisir (Coastal Community Developmet, SOC5200) terhadap perkara-perkara berikut:
i. Membantu penduduk di kawasan nelayan menghasilkan tindakan pembangunan yang
lestari dalam mengatasi isu-isu pembangunan tempatan dan seterusnya membantu
komuniti menjana ekonomi dan pendapatan, serta menerapkan kesedaran dan sikap
prihatin terhadap pertumbuhan negara.
ii. Memberi peluang kepada Mahasiswa dan Mahasiswi untuk memantapkan pengajian
sosial bagi meningkatkan lagi pemahaman mereka tentang aspek pembelajaran khidmat
sosial kepada penduduk kampung disamping memberikan penekanan khusus terhadap
peranan individu sebagai ahli komuniti. Sekaligus, merapatkan hubungan ukhwah di
antara mahasiswa dan mahasiswi dengan komuniti.
iii. Membantu komuniti mengenal pasti potensi pembangunan yang boleh diketengahkan
bagi meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup penduduk di kawasan Kampung Nelayan
Sementa. Maka, inisiatif telah diambil bagi memberikan satu pengalaman yang baru
kepada para pelajar tentang kehidupan masyarakat yang berbeza. Program libatsama
komuniti ini secara tidak langsung menyuntik semangat dan keazaman dalam
diri pelajar dan melahirkan pelajar yang prihatin terhadap komuniti penduduk kawasan
persisiran pantai.
Oleh yang demikian, bagi pelaksanaan program yang berunsurkan pendidikan dan
kesedaran ini, komuniti nelayan pesisir pantai di Pengkalan Nelayan Sementa telah dijadikan
kes kajian untuk para pelajar mempelajari ilmu baharu tentang pembangunan dan transformasi
ekonomi melalui proses libatsama komuniti.
11
1.2 Matlamat dan Objektif Kajian
Matlamat dan objektif bagi Kajian Transformasi Ekonomi Tempatan di Komuniti Nelayan
Pesisir di Pengkalan Nelayan Sementa adalah seperti berikut:
i. Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswa Sarjana Pentadbiran Perniagaan
menimba ilmu dengan melihat tatakerja dan beberapa prosedur untuk membangunkan
komuniti di kawasan pesisir pantai menerusi pendekatan “learning by doing”, selaras
dengan objektif kursus (SOC5200).
ii. Program ini memberi impak yang besar kepada mahasiswa dan mahasiswi Sarjana
Pentadbiran Perniagaan bagi membangunkan kemahiran, pengetahuan dan nilai murni
melalui aktiviti-aktiviti khidmat komuniti yang dijalankan.
iii. Melahirkan mahasiswa yang mampu membina sikap prihatin terhadap penduduk
kampung di persisiran pantai disamping mewujudkan integrasi sosial antara mahasiswa
mahasiswai dengan komuniti nelayan/desa.
Gambar 1: Sepanduk Program Kajian Transformasi Ekonomi Tempatan di Komuniti
Pengkalan Nelayan Sementa, Klang, Selangor pada 1 April 2017
(Sumber: Kerja lapangan 2017)
12
1.3 Kandungan Laporan
Seramai 15 orang pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Malaysia Terengganu
Kampus Putrajaya dan seorang pensyarah merangkap penasihat program terlibat di dalam
kajian lapangan (perbincangan dan kaji selidik Ketua Isi Rumah, KIR) yang dijalankan di
Pengkalan Nelayan Sementa yang terletak di Klang, Selangor pada 1 April 2017. Kumpulan
pelajar ini telah mendapat kerjasama penuh dari pentadbir komuniti (SUPER) dalam
menghasilkan suatu Pelan Tindakan melalui libatsama komuniti dan menjalankan analisis bagi
mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT) komuniti (aspek ini akan
dikupas lanjut pada bab 4 dan bab 5).
Secara keseluruhannya, laporan ini mempunyai 5 bab dimana pada bab 1 yang juga
berperanan sebagai bab pengenalan, akan menghuraikan berkenaan latar belakang komuniti,
diikuti bab 2 yang mengupas permasalahan yang dihadapi penduduk dan potensi-potensi
ekonomi yang dapat dikembangkan untuk pembangunan komuniti (bab 3). Bab 4 pula
menjalankan analisis fizikal ke atas komuniti nelayan dan seterusnya bab 5 akan
membincangkan hasil analisis berkenaan transformasi sosio-ekonomi komuniti di Pengkalan
Nelayan Sementa.
Di dalam menghasilkan laporan kajian, peranan pengkaji universiti serta agensi
kerajaan adalah lebih kepada sebagai pemudahcara untuk membantu komuniti mengenalpasti
dan mencadangkan tindakan-tindakan yang dapat menghasilkan iklim yang sesuai untuk
perkembangan keusahawanan tempatan seperti menambahbaik infrastruktur fizikal dan
menjalankan kajian penilaian dan pelan tindakan, manakala komuniti dan usahawan tempatan
atau usaha sama pelabur luar berperanan mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup
komuniti tempatan secara keseluruhannya.
1.4 Ahli Kumpulan
Ahli kumpulan bagi kajian ini adalah terdiri dari lima belas (15) graduan Sarjana Pentadbiran
Perniagaan Universiti Malaysia Terengganu Kampus Putrajaya sepertimana senarai berikut :
1) Muhamad Sukri Bin Arpan Nordin
2) Muhammad Firdaus Bin Hishamuddin
3) Siti Zubaidah Binti Yaso
4) Nurfarahin Binti Ahmad Sabri
13
5) Ahmad Sazali Bin Haji Md Shaarani
6) Puvanesvaran A/L Ayar Samy
7) Fatin Najihah Binti Tajaruddin
8) Nur Izzati Amni Binti Zuber
9) Fitriani Bt Nasrul
10) Sharmila Devi A/P T Kulasingam
11) George Wise Anak Ajom
12) Shazwani Binti Salehhuddin
13) Nur Ain Binti Mohd Anuar
14) Siti Nur Heneza Binti Hasmi
15) Luqman Hakim Bin Jamil
Gambar 2: Ahli kumpulan seramai 15 orang
(Sumber: Kerja lapangan 2017)
14
BAB 2
LATAR BELAKANG KOMUNITI
2.1 Ringkasan mengenai Sukarelawan Perikanan (SUPER)
Jabatan Perikanan Malaysia telah mewujudkan sistem pengezonan penangkapan ikan bagi
mengurus kawasan penangkapan ikan. Kawasan pengezonan ini terbahagi kepada Zon A, Zon
B, Zon C2 dan Zon C3. Sistem pengezonan ini diwujudkan bagi pemuliharaan, pengawalan
dan pemajuan penangkapan ikan dalam menguruskan sumber perikanan agar sentiasa mampan.
Walau bagaimanapun, isu-isu pelanggaran Akta Perikanan masih berlaku terutamanya di
kawasan nelayan tradisi (Zon A).
Gambar 3 : Logo Sukarelawan Perikanan (SUPER)
(Sumber : Jabatan Perikanan Malaysia)
Masalah pencerobohan vesel-vesel pukat tunda ke kawasan pantai nelayan tradisional
dianggarkan berjumlah 1,500 insiden setahun manakala kes tangkapan hanya sekitar 300 kes
tangkapan direkod setiap tahun oleh pihak berkuasa. Namun rekod menunjukkan hanya sekitar
200 aduan yang dilaporkan oleh nelayan. Dengan perkembangan teknologi terkini, aktiviti
penguatkuasaan menjadi kurang berkesan kerana pergerakannya mudah dikesan oleh
penceroboh.
Oleh itu, penglibatan komuniti setempat secara berterusan dalam menjaga kawasan
mereka amat diperlukan seperti konsep SUKARELAWAN PERIKANAN (SUPER). Jabatan
Perikanan melihat program ini dapat menjadikan nelayan berdikari dalam menjaga sumber
15
perikanan di kawasan masing-masing berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Gambar 4: Penasihat program, Dr. Khairul Hisyam menyampaikan cenderahati kepada
En. Imran Mohammad Nooh, Pengerusi SUPER Sementa
(Sumber: Kerja lapangan 2017)
2.2 Latar Belakang Komuniti
Kampung Pengkalan Nelayan Sementa merupakan sebuah penempatan yang terletak hampir
di muara Sungai Sementa Besar dan/atau hampir ke muka kuala. Majoriti penduduk di kawasan
tersebut adalah kaum Melayu yang menyara hidup dengan menangkap ikan dan pelbagai
aktiviti ekonomi yang berasaskan hasil laut dan perikanan. Di samping itu, aktiviti sampingan
penduduk ialah berniaga di pasar ikan dan kedai makan, membuat dan membaiki bot,
membawa kaki pancing untuk menangkap ikan, bertukang, dan sebagainya. Corak fizikal
perkampungan nelayan dipengaruhi oleh rupa bumi tempatan seperti sungai, muara, dan tidak
mempunyai penduduk yang padat.
2.3 Komuniti Nelayan Sementa, Klang
Komuniti Nelayan Sementa sebahagian besarnya adalah terdiri daripada kaum Melayu dan
menetap di kawasan sekitar Sementa. Namun, ada juga sebilangan kecil terdiri daripada
16
penduduk luar dan bukan berasal dari Selangor. Ada dari kalangan responden yang ditemui
berasal dari Perak dan Kelantan namun telah lama menetap dan mencari rezeki di Sementa.
Antara faktor yang menyebabkan mereka berpindah ke Kampung Nelayan Sementa adalah
disebabkan faktor pekerjaan dan juga berkahwin dengan pasangan yang berasal dari negeri
Selangor.
2.3.1 Sejarah Ringkas
Kampung Nelayan Sementa terletak di Klang, Selangor merupakan salah sebuah lokasi penting
bagi pendaratan hasil tangkapan nelayan serta jeti bagi membawa pemancing ke tempat
memancing berdekatan Pelabuhan Klang dan pulau-pulau yang berdekatan. Di sebalik peranan
yang dimainkan, komuniti nelayan di Sementa masih dibelenggu dengan isu kekurangan
kemudahan infrastruktur serta berhadapan risiko bencana terutama kejadian air pasang besar
yang merosakkan harta benda selain menjejaskan aktiviti harian penduduk. Kejadian air pasang
besar lazimnya berlaku setiap hujung tahun iaitu sewaktu cuti perayaan Deepavali (sekitar
Oktober) dan akan berulang pada awal tahun (Januari hingga Febuari). Maklumat awal potensi
berlakunya air pasang besar dan banjir diperoleh menerusi bacaan paras air laut dan kejadian
air pasang yang dibekalkan kepada komuniti oleh pihak Jabatan Laut. Notis jadual air pasang
dan surut telah ditampal pada notis makluman bersebelahan kedai makan dan kedai menjual
ikan, yang strategik dan menjadi tumpuan penduduk dan pelawat yang datang ke pengkalan.
Sewaktu kajian lapangan dijalankan pada 1 april 2017, maklumat berkaitan sejarah
tempat turut dinyatakan kepada responden. Hasil temubual mendapati kawasan sekitar
pengkalan dahulunya dikenali sebagai “Kampung Kapar” yang ada berkaitan dengan Kampung
Sementa dimana kampung ini dibuka oleh Tok Acob dengan beberapa orang pengikutnya yang
berasal dari negara seberang (Sumatera). Mereka pada masa itu tinggal di tepi sungai yang
belum diketahui namanya. Pada suatu hari, datanglah sekumpulan lanun-lanun singgah di
tempat orang-orang Tok Acob tinggal, lanun-lanun itu menunjukkan perangai lanunnya dengan
berlagak sombong dan bongkak serta merampas harta benda orang-orang Tok Acob. Maka
timbul pergaduhan yang sengit di antara orang-orang Tok Acob dengan lanun-lanun dan
mengakibatkan ramai yang mati berkaparan di tepi-tepi sungai. Maka dengan peristiwa ini
sungai itu dinamakan Sungai Kapar dan sempena nama Sungai Kapar, maka kampung ini
dinamakan “Kampung Kapar” hingga sekarang. Mengikut sejarah Kampung Kapar diterokai
oleh Tok Acob dengan tiada diketahui keluasannya dan mengikut sumber sejarah Tok Acob
telah menerokai dari Kampung Sungai Serdang hingga ke Kampung Sementa termasuk
17
Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Bukit Kapar. Pekan Kapar kini mempunyai wajah
baru dengan bangunan-bangunan perniagaan baru sepanjang jalan utama pekan tersebut.
(Sumber: Bahron Zaman bin Majid - http://jkkkgkapar.blogspot.my)
Oleh yang demikian, adalah wajar bagi suatu kajian berbentuk penilaian terhadap isu
serta permasalahan yang berlaku di komuniti nelayan di Sementa dapat dijalankan supaya
bukan sahaja dapat menyalurkan informasi kepada komuniti, malah dapat dikongsikan bersama
pihak-pihak yang berkepentingan. Kajian yang dicadangkan ini juga, dapat memberi
pendedahan langsung kepada para pelajar yang mengikuti kursus “SOC5200 Pembangunan
Komuniti Pesisir” mengenai proses perancangan dan kajian komuniti secara amali.
2.3.2 Peta lokasi
Gambar 5: Lokasi Pengkalan Nelayan ,Kampung Sementa
(Sumber : https://www.google.com/maps/place/Pengkalan+Nelayan+Sementa/ )
Jeti Nelayan Kg Perepat Sementa ini terletak kira – kira 18 KM daripada Bandar terdekat
iaitu Bandar Shah Alam,, 21 KM daripada Bandar Kelang, 30 KM daripada bandar Ijok
dan 34 KM daripada Bandaraya Kuala Lumpur. Jeti nelayan ini merupakan salah satu
daripada jeti-jeti nelayan yang berada di sekitar Daerah Kelang di bawah pemantauan
Jabatan Perikanan serta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Perlabuhan Kelang.
18
Gambar 6 : Lokasi penempatan penduduk di Pengkalan Nelayan Sementa
(Sumber : https://www.google.com/maps/place/Pengkalan+Nelayan+Sementa/ )
2.3.3 Bilangan Nelayan
Jumlah nelayan yang berada di Pengkalan Nelayan, Kampung Sementa ini adalah seramai
lapan puluh (80) orang yang mana di antara mereka adalah penduduk asal di sekitar Kapar,
Selangor dan ada yang datang daripada daerah yang berdekatan. Namun begitu tidak semua
nelayan tinggal di kampung nelayan tersebut.
2.3.4 Aktiviti ekonomi utama
Aktiviti ekonomi utama penduduk Pengkalan Nelayan Sementa adalah aktiviti perikanan. Hasil
tangkapan dan pendaratan ikan di pengkalan nelayan ini amatlah di nantikan dan lokasinya
popular bagi pelanggan tegar yang mementingkan keenakan ‘ikan segar’ dengan harga yang
berpatutan. Namun semuanya bergantung kepada nasib juga. Nelayan akan naik ke darat
mengikut waktu mereka. Jadi tangkapan yang segar ini pastilah menjadi habuan kepada
pelanggan. Kebiasaannyapara nelayan akan membawa hasil tangkapan ikan di awal pagi dan
di sebelah petang. Pelbagai jenis ikan yang sentiasa menjadi habuan nelayan adalah ikan
19
jenahak, ikan kerapu, ikan pari, ikan belanak besar, ikan duri, ikan terubuk, ikan bawal, ketam,
udang dan sebagainya. Perkhidmatan membersihkan ikan juga ada disediakan seperti di buang
sisik, di belah perut dan di potong mengikut citarasa pelanggan.
Kawasan Pangkalan Nelayan Sementa tidaklah luas, menjadikan lokasi ini sesuai untuk
program kajian berskala kecil. Selain menjalankan kajian, pelajar juga boleh melawat ke
beberapa aktiviti ekonomi lain yang ratanya berkait rapat dengan aktiviti perikanan yang
diusahakan penduduk antaranya seperti berikut:
a) Bengkel kimpalan, pembuatan sauh;
b) Pembuatan bot fiber;
c) Bengkel membaiki enjin bot;
d) Kedai menjual ikan segar;
e) Restoran/kedai makan; dan
f) Kedai menjual umpan memancing dan obor-obor.
2.3.5 Kemudahan Fizikal dan Eminiti
Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan di kwasan Pengkalan Nelayan Sementa
oleh pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan. Antara
kemudahan tersebut termasuklah jeti pengkalan nelayan, surau, kedai makan, pasar ikan dan
tandas.
Gambar 7 : Jeti LKIM Pengkalan Nelayan Sementa
(Sumber: Kerja lapangan 2017)
20
2.4 Isu, Masalah dan Potensi Komuniti
Komuniti nelayan di Sementa terdiri daripada nelayan persisir pantai iaitu merupakan nelayan
tradisional yang beroperasi dalam jarak 5 batu nautika dari pantai dan menggunakan bot enjin
sangkut. Golongan ini sinonim dengan taraf hidup dan taraf pendidikan yang rendah.
Tambahan pula, kekurangan melakukan pekerjaan sampingan turut memberi kesan kepada
penghidupan nelayan. Komuniti nelayan Sementa masih dibelenggu dengan masalah
kemiskinan dimana sebilangan besar mereka masih memperoleh anggaran pendapatan di
bawah RM500 hingga RM2000 sebulan. Situasi ini makin terkesan apabila berlakunya
peningkatan dalam kos input operasi menangkap ikan serta kos sara hidup berikutan kenaikan
harga keperluan harian.
Punca pendapatan yang tidak menentu adalah disebabkan oleh keadaan pasang surut air
yang tidak menentu menyukarkan para nelayan turun ke laut. Selain itu, para nelayan juga
menghadapi masalah untuk membaiki enjin bot yang rosak kerana para nelayan tidak
mempunyai kemahiran membaiki enjin bot dan kos pembaikan enjin dan bot juga antara isu
paling besar perlu ditangani. Aktiviti yang paling cepat berkembang dan juga cepat merosot
adalah sumber perikanan dan yang berkaitan denganya seperti pelancongan pantai dan kedai
menjual umpan dan peralatan memancing. Manakala aktiviti perniagaan berasaskan kemahiran
tertentu masih mampu bertahan dan berpotensi untuk dikembangkan bagi tujuan pembangunan
ekonomi.
Ciri yang menarik di Komuniti Nelayan Sementa adalah komuniti yang bersatu padu
dan mempunyai tenaga belia aktif yang sanggup bekerja. Keupayaan modal insan ini dapat
dikembangkan dengan lebih baik sekiranya golongan ini berpeluang mendapat latihan
kemahiran yang bersesuaian seperti kemahiran membaiki bot, membuat jaring, IKS dan
sebagainya. Secara tidak langsung, ianya dapat membantu meningkatkan sosio-ekonomi
penduduk.
2.4.1 Isu, Masalah dan Potensi Ekonomi
Terdapat lima (5) aktiviti perusahaan/perniagaan yang dijalankan di Pengkalan Nelayan
Sementa iaitu :
perusahaan membuat bot fiber;
Perusahaan Pembersihan Bot dan Membaiki Enjin Bot;
21
Perusahaan Membuat Sauh;
Pasar Ikan; dan
Penternakan dan penjualan obor-obor
a) Perusahaan Membuat Bot Gentian Kaca (Fiberglass)
Terdapat pengusaha membina bot fiber yang membuka bengkelnya di sini. Namun begitu
kekurangan pengetahuan tentang pemasaran membantutkan perjalanan perniagan ini yang
hanya bergantung kepada permintaan segelintir komuniti nelayan setempat yang tahu
mengenai perusahan membina bot beliau. Perusahaan ini berpotensi untuk dikembangkan
dengan meningkatan promosi pelancongan pantai melalui aktiviti spot fishing pada waktu ini
yang sangat-sangat memerlukan bot-bot fiber yang lebih tahan serta ringan daripada bot-bot
kayu untuk membawa para pemancing ke lubuk-lubuk ikan yang banyak berada disekitar
kawasan perairan kuala serta Selat Melaka serta Perlabuhan Kelang.
Gambar 8 :Bengkel membina bot fiber oleh pengusaha tempatan
(Sumber : Kajian Lapangan 2017)
b) Perusahaan Pembersihan Bot dan Membaiki Enjin Bot
Kegiatan membersihkan bot juga adalah berpotensi untuk dibangunkan. Kedua-dua aktiviti ini
berkait rapat yang mana jika diiklankan serta dipromosikan dengan cara yang betul boleh
meningkatkan lagi pendapatan pengusaha kerana kualiti serta mutu kerja tangan yang
dihasilkan bermutu dan berkualiti. Aktiviti ketiga yang berkaitan adalah kerja-kerja membaiki
22
injin bot yang dilakukan disini. Ketiga-tiga aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti utama jika
dibangunkan dan dengan perancangan yang teliti. Bantuan- bantuan yang diperlukan oleh
pengusaha adalah daripada pembiayaan dan juga pengetahuan tentang cara mempromosikan
serta membuat pemasaran bagi perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti nelayan di
daerah Sementa, Meru, Perlabuhan Kelang dan Kuala Selangor.
Gambar 9: Tempat membaiki enjin dan bot serta pembersihan badan bot
(Sumber: Kajian lapangan 2017)
c) Perusahaan Membuat Sauh
Perusahan milik Encik Ahmad Mohd Som ini berpotensi untuk dimajukan serta dibangunkan
dengan memasukkan teknogi terkini dalam pembuatan sauh yang mana boleh menjana
pendapatan yang lebih serta merubah komposisi ekonomi pengkalan nelayan ini. Buat masa
ini, Encik Ahmad banyak memfokuskan aktiviti kimpalan dan pembuatan sauh bagi memenuhi
tempahan oleh rakan nelayan yang tinggal di sekitar pengkalan. Selain itu, Encik Ahmad
sendiri masih meneruskan pekerjaan harian beliau sebagai nelayan pantai. Sekiranya mendapat
insentif dan peluang yang sesuai, Encik Ahmad berminat untuk mengembangkan lagi aktiviti
ini melalui penyediaan bengkel kimpalan yang lebih teratur dan mempelajari proses pembuatan
pelbagai jenis sauh serta lain-lain aktiviti berkaitan kimpalan.
23
Gambar 10: Penghasilan sauh yang dilakukan di bengkel membuat sauh
(Sumber : Kerja Lapangan 2017)
d) Pasar Ikan Segar
Terdapat sebuah pasar yang membeli ikan secara langsung daripada nelayan dan menjualnya
juga secara langsung kepada para pembeli. Konsep perniagaan yang diamalkan adalah dengan
mengekalkan sumber tangkapan nelayan tempatan, tidak membeli ikan daripada kawasan luar
dan juga tidak menjual ikan ke pasaran luar. Di antara sepsis ikan segar yang lazimnya dijual
di pasar ini adalah seperti ikan Jenahak, Merah, Pari, Perapu, Kertang, Kembung dan beberapa
jenis ikan lain serta udang, sotong dan ketam. Pasar ini bersaiz kecil dan bergantung daripada
hasil yang dibawa naik oleh para nelayan. Namun begitu, ramai pelanggan atau peraih ikan
yang membeli ikan–ikan segar di sini datangnya dari jauh dan luar kawasan. Sebilangan besar
mereka adalah pelanggan tetap, pengusaha kedai makan dan suri rumah dan tidak cerewet dari
24
segi harga jualan kerana agak murah berbanding di pasar di luar Sementa selain berpuas hati
dengan kualiti ikan yang dijual di sini.
Gambar 11 : Sekumpulan Penyelidik di hadapan Pasar Ikan Segar
(Sumber : Kajian Lapangan 2017)
Pasar ini berpotensi untuk dimajukan dengan beberapa penambahbaikkan kepada keadaan
pasar dengan prasarana yang lebih moden dan besar seperti peti sejuk beku yang besar, alatan
penimbang digital, tempat membasuh tangan dan peralatan dan tandas moden dan selesa.
Namun ia memerlukan modal, oleh yang demikian sumbangan bantuan kewangan adalah
diperlukan untuk membangunkan pasar ini kepada yang lebih moden dan canggih.
e) Penternakan dan Penjualan Obor-Obor
Di kawasan pengkalan nelayan Sementa terdapat sebuah tempat yang menjaga dan menyimpan
obor-obor yang di usahakan oleh nelayan sendiri. Menurut salah seorang daripada nelayan di
Sementa ini mengatakan bahawa mereka akan menangkap obor-obor ini untuk bagi tujuan
pengkomersialan. Di pasaran juga obor-obor ini boleh dikatakan mendapat sambutan yang
mengalakkan. Pelanggan utama yang gemar membeli obor-obor ini adalah para pengusaha
kedai ikan hiasan dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.
25
Obor-obor kini kian popular sebagai haiwan peliharaan yang menjadi trend baharu
memelihara obor-obor di rumah. Penjualan obor-obor sebagai haiwan peliharaan dilihat
mempunyai potensi besar sebagai bidang perniagaan baharu dalam industri perikanan hiasan
di negara ini. Pasaran haiwan laut yang mempunyai nilai eksotik ini telah berkembang luas di
pasaran Amerika Syarikat dan Jepun.
Gambar 12 : Tangki yang menyimpan obor-obor sebelum dijual kepada pembeli/pengusaha
kedai ikan hiasan
(Sumber : Kajian lapangan 2017)
.
2.4.2 Isu, Masalah dan Potensi Sosial
Semasa lawatan kerja lapangan, didapati Pengkalan Nelayan Sementa tidak ketinggalan dari
arus pembangunan kerana penduduk disediakan dengan kemudahan infrastuktur dan
kemudahan asas yang selesa dan tersedia. Ini berikutan lokasinya yang berhampiran dengan
Bandar Klang yang pesat membangun. Komuniti nelayan kurang menggunakan peluang-
peluang pendidikan yang disediakan untuk meningkatkan tahap pendidikan diri dan anak-anak
mereka (Nor Hayati, 2011). Kekurangan menggunakan peluang-peluang tersebut adalah
disebabkan oleh masalah kekurangan modal, teknologi, pengetahuan, kemahiran dan motivasi.
Walau bagaimanapun penyediaan peluang sosial perlu ditambahbaik, terutamanya
dalam aspek penyediaan peluang-peluang pekerjaan, pendidikan dan kemahiran kepada
golongan belia dalam komuniti nelayan Sementa. Selain itu, saiz penduduk yang relatifnya
kecil memudahkan pihak pentadbir komuniti memantau sebarang isu dan masalah yang berlaku
26
berkaitan sosial. Sesama mereka juga saling mengenali satu sama lain menjadikan proses
perbincangan dan amalan saling menasihati menjadi lebih mudah dilakukan.
2.4.3 Isu, Masalah dan Potensi Alam Sekitar
Dari segi faktor geografi, persisir pantai Klang adalah berada dalam lingkungan
perairan selat yang sibuk dengan aktiviti perkapalan dan pelabuhan. Masalah pencemaran
adalah isu yang perlu ditangani bagi memastikan kemandirian sumber dan stok hidupan marin
terpelihara daripada penyusutan. Akibat daripada kesan pencemaran ini menyebabkan projek
ternakan kerang yang diusahakan oleh komuniti nelayan bersama Jabatan Perikanan tidak
berjaya.
Gambar 13: Kejadian hakisan pantai dan status hutan simpan kekal bagi memelihara hutan
bakau di pengkalan nelayan Sementa
(Sumber : Kajian lapangan 2017)
Keberadaan Pengkalan Nelayan Sementa dalam ekosistem paya bakau adalah salah satu
ciri yang menarik dan perlu dipelihara. Hutan paya bakau tersebut yang juga telah diwartakan
sebagai “Kawasan Hutan Simpan Kekal Kapar”, mempunyai pelbagai peranan, fungsi dan
kegunaan terutama bagi melindungi kepelbagaian biologi marin dan bakau yang bernilai tinggi.
Hutan paya bakau berupaya menstabilkan kawasan pinggir pantai, melindungi daripada
hakisan ombak, angin kencang dan ribut, melindungi kawasan pantai dan sungai dan
merupakan kawasan yang kaya dengan habitat marin. Kawasan ini berpotensi untuk dijadikan
sebagai tempat pelancongan dan penyelidikan.
27
BAB 3
ANALISIS FIZIKAL KOMUNITI NELAYAN
3.1 Pendekatan Analisis: Penghasilan Peta Minta
Kaedah menghasilkan peta minda bagi merekod dan menyampaikan maklumat yang diperoleh
menerusi tinjauan di lapangan ini dibuat bagi mengenalpasti status dan kualiti perumahaan atau
bangunan yang dibina di Kampung Nelayan Sementa. Status rumah melihat sama ada ianya
berpenghuni atau tidak berpenghuni. Selain itu juga, penyelidik ingin mengenalpasti fungsi
rumah tersebut untuk kegunaan tempat kediaman, stor, bengkel atau untuk persinggahan
nelayan untuk berehat setelah pulang membawa hasil tangkapan ikan di Pengkalan Sementa.
Berdasarkan temubual di beberapa orang penghuni rumah tersebut kebanyakkan
nelayan menjadikan rumah mereka sebagai tempat persinggahan sahaja berbanding menetap
disitu. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai rumah di sekitar Sementa dan Meru, Klang.
Nelayan disini kebanyakkan tidak mendiami rumah disini. Selain itu juga penyelidik mendapati
kebanyakkan rumah yang dibina disini adalah rumah kayu berbanding konkrit atau konkrit.
Manakala kondisi rumah tersebut kebanyakannya berada dalam keadaan sederhana baik.
Gambar 13 : Kaedah peta minda melalui status, fungsi semasa/ kegunaan, bahan binaan dan
kondusi perumahan di Kampung Nelayan Sementa
(Sumber: Kerja lapangan 2017)
28
3.1.1 Jenis
Gambar yang ditunjukkan di bawah memaparkan perletakan serta keadaan binaan dan rumah
yang terdapat di Pengkalan Nelayan Sementa dari udara. Corak petempatan komuniti adalah
berjajar dengan bangunan/rumah dan jeti dibina selari dengan sungai. Sewaktu kajian lapangan
dijalankan, sejumlah lebih 80 buah rumah atau jeti direkodkan oleh kumpulan pengkaji.
Gambar 14: Kedudukan serta peta topo Pengkalan Nelayan Sementa
(Sumber: Kerja lapangan 01/04/2017 di Pengkalan Nelayan Sementa)
Gambar 14: Kedudukan dan corak petempatan di Pengkalan Nelayan Sementa
(Sumber: Kerja lapangan 2017)
3.1.2 Kondisi
Kondisi rumah-rumah dan bangunan di pengkalan ini boleh dikategorikan kepada tiga (3) iaitu
berada dalam keadaan baik, uzur/usang dan yang baru sahaja diperbaiki. Semua rumah
diletakkan di atas batang – batang kayu sebagai kaki rumah. Hal ini kerana petempatan ini
dibina di atas kawasan rizah sungai milik Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dengan kelulusan
menduduki sementara (TOL). Justeru, material binaan kekal terutama besi dan konkrit adalah
tidak dibenarkan.
29
Gambar 15 : kondisi rumah serta jeti di pengkalan Sementa.
(Sumber: Kerja lapangan 2017)
Beginilah keadaan rumah-rumah serta jeti-jeti di Pengkalan Sementa. Ada yang uzur dan
ada yang baru. Rumah- rumah yang keseluruhannya beratapkan zink dan berdindingkan kayu.
3.1.3 Fungsi
Fungsi rumah yang terdapat di kampung Pengkalan Sementa terdiri daripada stor dan bengkel
untuk menyimpan peralatan memancing, kolam udang, serta tempat tinggal. Selain itu, ada
yang terdapat dua fungsinya seperti rumah dan bengkel. Kebanyakan rumah yang terdapat di
kampung nelayan sementa berfungsi sebagai stor dan tempat berteduh sementara oleh nelayan
dan kaki pancing.
30
Gambar 16 : Fungsi Rumah (Bengkel serta tempat tinggal)
(Sumber: Kerja lapangan 2017)
3.1.4 Lain-lain
Kampung Nelayan sementa terdapat beberapa kekurangan kemudahan seperti tandas di
halaman sendiri. Bahan binaan terutama bagi struktur yang dibina menggunakan kayu kurang
berkualiti pula sering mengalami kerosakkan apabila berlaku kejadian air pasang besar dan
musim tengkujuh dimana akan berlaku banjir dan penduduk mengalami kerugian dan perlu
mengeluarkan modal tertentu bagi membaiki kerosakan bangunan dan harta-benda.
3.2 Dapatan Analisis Fizikal
Dapatan analisis fizikal mendapati rumah-rumah yang terdapat di pengkalan nelayan Sementa
memerlukan bantuan dan insentif bagi membaiki rumah yang using dan rosak, yang tidak
selamat untuk diduduki selain bermungkinan akan roboh dan mendatangkan kecederaan atau
kematian. Selain itu, terdapat keadaan rumah yang agak baik tetapi tidak berpenghuni
disebabkan tujuan utama pembinaan adalah sebagai tempat berehat apabila pulang dari
menangkap ikan, menyimpan pukat dan lain-lain alatan menangkap ikan sebelum pulang ke
rumah masing-masing.
31
Gambar 17 : Bumbung rumah tinggi bagi membenarkan bot terapung pada ketika air pasang
(Sumber: Kerja lapangan 2017)
Bumbung setiap rumah tinggi disebabkan pada musim tengkujuh bot- bot yang terdampar di
hadapan rumah akan mencecah sehingga ke bumbung apabila berlaku air pasang besar dan bagi
melindungi bot bot tersebut.
32
BAB 4
ANALISIS TRANSFORMASI SOSIO-EKONOMI KOMUNITI PESISIR PANTAI
4.1 Pendekatan Kajian
Rajah 4.1 : Carta Alir Pendekatan Kajian
(Sumber: Ilustrasi pengkaji)
Analisis data
Kenal pasti isu ekonomi, sosial dan alam sekitar
setempat
Sintesis dan rumusan
KOMUNITI DI PENGKALAN NELAYAN SEMENTA
Kumpul data
Cadangan
Pembentukan matlamat dan objektif kajian
Perancangan
kajian lapangan
Temubual
Pengamatan
Kajian lapangan &
pengumpulan dan analisis
data
Kuantitatif
Borang kaji selidik Ketua Isirumah
SWOT
Analisis
Kualitatif
Descriptive analysis Frequency analysis
33
Dapatan analisa soal selidik respondan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu maklumat profil
respondan dan transformasi ekonomi dan kehidupan nelayan persisir pantai. Pembahagian ini
bertujuan untuk menjadikan huraian analisis soal selidik respondan akan lebih fokus dan jelas.
4.2 Profil Responden (frequency tables & bar charts)
Dalam kajian ini responden dipilih secara persampelan rawak (random sampling). Data kaji
selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS, V23).
Pada Bahagian 1, adalah berdasarkan analisis deskripsi yang dilakukan terhadap profil
responden yang merangkumi jantina, bangsa, agama, kategori umur, taraf perkahwinan, tahap
pendidikan, pekerjaan utama (sebelum dan semasa), asal usul, anggaran pendapatan bulanan
(sebelum dan kini) dan maklumat isi rumah.
Jadual 4.1: Profil responden yang terlibat dalam kajian lapangan
Jantina Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Valid Lelaki 10 76.9 76.9 76.9
Perempuan 3 23.1 23.1 100.0
Total 13 100.0 100.0
Bangsa Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Valid Melayu 12 92.3 92.3 92.3
Melayu (Deli) 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Agama Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Valid Islam 13 100.0 100.0 100.0
Umur Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Valid 18-25 Tahun 1 7.7 7.7 7.7
26-35 Tahun 5 38.5 38.5 46.2
36-45 Tahun 3 23.1 23.1 69.2
46-55 Tahun 3 23.1 23.1 92.3
>55 Tahun 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
34
Taraf Perkahwinan Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Valid Bujang 5 38.5 38.5 38.5
Berkahwin 8 61.5 61.5 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Populasi dalam kajian ini adalah komuniti nelayan yang berada dalam Pengkalan
Nelayan Sementa, Klang, Selangor iaitu seramai tiga belas (13) responden. Jadual 4.1
menunjukkan bahawa 76.9% atau 10 orang daripada keseluruhan jumlah responden adalah
lelaki dan 23.1% atau 3 orang responden perempuan dipilih dalam soalan selidik ini. Profil
bangsa dan agama jelas menunjukkan semua responden adalah berbangsa melayu dan
beragama Islam. Bilangan responden paling ramai adalah golongan belia yang berumur di
antara 26 hingga 35 tahun iaitu seramai 5 orang atau 38.5%, diikuti respondan yang berumur
36 hingga 45 tahun dan 46 hingga 55 tahun masing-masing seramai 3 orang atau 23.1%.
Manakala respondan yang berumur 18 hingga 25 tahun adalah paling sedikit iaitu 1 orang atau
7.7%. Ini berkemungkinan dalam lingkungan umur tersebut, sebahagian dari mereka masih
melanjutkan pelajaran. Responden yang berumur lebih 55 tahun juga adalah paling sedikit iaitu
1 orang atau 7.7%. Pada peringkat ini, umur tersebut dikategorikan sebagai warga emas atau
pesara tetapi masih meneruskan kelangsungan hidup untuk mencari rezeki. Bilangan responden
yang telah berkahwin iaitu 61.5% atau 8 orang manakala 38.5% atau 5 orang masih bujang.
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi Dicapai
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tiada Pendidikan Formal 2 15.4 15.4 15.4
Sekolah Rendah 4 30.8 30.8 46.2
Sekolah Menengah 7 53.8 53.8 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Jadual 4.2 menunjukkan peratusan tertinggi adalah responden yang berpendidikan hingga di
peringkat Sekolah Menengah iaitu 53.8% atau 7 orang. Hal ini kerana jika ditinjau kembali
pekerjaan responden ada yang bekerja di sektor swasta dan kerajaan. Diikuti 30% atau 4 orang
responden mencapai tahap pendidikan rendah. Hanya 2 orang responden atau 15.4% tiada
35
pendidikan formal. Tahap pendidikan adalah amat penting bagi meningkatkan sosioekonomi
masyarakat dengan mengubah cara berfikir dan cara hidup yang lebih baik dan terjamin.
Jadual 4.3: Jenis Pekerjaan Utama Responden (Sebelum dan Semasa), Asal Usul dan
Anggaran Pendapatan Bulanan (Sebelum dan Semasa)
Pekerjaan Utama Sebelum Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tidak Bekerja 5 38.5 38.5 38.5
Nelayan 3 23.1 23.1 61.5
Berniaga 1 7.7 7.7 69.2
Kerja Swasta 2 15.4 15.4 84.6
Lain-lain 2 15.4 15.4 100.0
Total 13 100.0 100.0
Pekerjaan Utama Selepas Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Nelayan 6 46.2 46.2 46.2
Berniaga 4 30.8 30.8 76.9
Kerja Kerajaan 1 7.7 7.7 84.6
Kerja Swasta 1 7.7 7.7 92.3
Lain-lain 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Asal Usul Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Lahir & membesar di sini 5 38.5 38.5 38.5
Berpindah ke sini 7 53.8 53.8 92.3
Bukan penduduk tempatan 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Anggaran Purata Pendapatan Sebelum Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Bawah 500 4 30.8 30.8 30.8
501-1500 3 23.1 23.1 53.8
1501-2000 2 15.4 15.4 69.2
2001-2500 1 7.7 7.7 76.9
Tiada Pendapatan 2 15.4 15.4 92.3
>5000 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
36
Anggaran Purata Pendapatan
Sebelum Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Bawah 500 1 7.7 7.7 7.7
501-1090 4 30.8 30.8 38.5
1091-1500 1 7.7 7.7 46.2
1501-2000 3 23.1 23.1 69.2
2001-2500 1 7.7 7.7 76.9
2501-3000 1 7.7 7.7 84.6
3001-4000 1 7.7 7.7 92.3
>5000 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Jadual 4.3 menunjukkan taburan pekerjaan utama sebelum bagi responden yang
tertinggi adalah bekerja sebagai Nelayan iaitu 23.1% iaitu 3 orang. Diikuti berkerja swasta dan
lain-lain pekerjaan memperolehi taburan yang sama iaitu 15.4% atau 2 orang. Bilangan
responden yang berniaga pula paling rendah iaitu 7.7% atau 1 orang. Manakala yang tidak
bekerja pula iaitu 38.5% atau 5 orang. Hal ini disokong dengan taburan umur responden semasa
kajian selidik ini dijalankan yang sebahagian besarnya berumur 18 hingga 35 tahun.
Perbandingan sebelum dan selepas adalah dalam lingkungan tempoh 10 tahun. Bagi tempoh
10 tahun yang lepas, responden masih menikmati zaman kanak-kanak dan berada di alam
persekolahan.
Taburan pekerjaan utama selepas pula menyaksikan responden yang bekerja sebagai
nelayan merupakan pekerjaan utama dengan taburan tertinggi iaitu 6 orang atau 46.2%.
Pertambahan bilangan nelayan adalah disebabkan anak mewarisi pekerjaan bapa dan tidak
memiliki kemahiran lain selain daripada menangkap ikan. Sejajar dengan perkembangan
ekonomi, seramai 4 orang atau 30.8% menjalankan perniagaan. Manakala yang bekerja swasta
dan lain-lain menyusut iaitu 7.7% atau 1 orang. Terdapat perubahan pola pekerjaan di mana 1
orang atau 7.7% bekerja dengan Kerajaan.
Tidak semua responden merupakan penduduk asal Sementa, Selangor. Hanya 5 orang
atau 38.5% yang lahir dan membesar di sini. Mereka ini tidak pernah keluar daripada kelompok
komuniti nelayan Sementa. Manakala Seramai 7 orang atau 53.8% adalah terdiri daripada
penduduk dari luar kawasan yang berpindah dan membina penempatan di Sementa. Hanya 1
37
orang atau 7.7% bukan penduduk tempatan tetapi telah berhijrah dan terus menetap di sini. Ini
berkemungkinan berlaku perpindahan penduduk luar ke kawasan ini disebabkan kawasan ini
berpotensi untuk pengembangan kemahiran sebagai sumber pendapatan yang lumayan.
Taburan pendapatan sebelum menunjukkan seramai 4 orang atau 30.8% memperoleh
pendapatan di bawah RM500 sebulan. Seramai 3 orang atau 23.1% memperoleh pendapatan
diantara RM501 hingga RM1500 sebulan diikuti 2 orang atau 15.4% memproleh pendapatan
di antara RM1501 hingga RM2000 sebulan. Dalam pada itu seramai 1 orang atau 7.7%
memperoleh pendapatan di antara RM2000 hingga RM2500 sebulan. Namun begitu, terdapat
1 orang atau 7.7% memperoleh pendapatan tertinggi iaitu melebihi RM5000 sebulan. Manakala
2 orang atau 15.4% tiada punca pendapatan.
Terdapat peralihan jumlah pendapatan sebelum dan selepas yang begitu ketara..
Responden yang memperoleh pendapatan di bawah RM500 sebulan telah berkurang kepada 1
orang atau 7.7.%. Manakala yang memperoleh pendapatan di antara RM501 hingga RM1500
sebulan meningkat kepada 5 orang atau 38.5%. Turut berlaku peningkatan seramai 3 orang
atau 23.1% memperoleh pendapatan bulanan di antara RM1501 hingga RM2000. Wujudnya 3
lapisan taburan pendapatan yang baru iaitu seramai 1 orang atau 7.7% masing-masing
memperoleh pendapatan bulanan di antara RM2001 hingga RM2500, RM2501 hingga
RM3000 dan RM3001 hingga RM4000. Pendapatan tertinggi masih kekal melebihi RM5000
sebulan iaitu 1 orang atau 7.7%. Ini menunjukkan peningkatan ekonomi telah berlaku di mana
semua responden mempunyai sumber pendapatan berbanding sebelumnya
4.3 Transformasi Ekonomi dan Kehidupan Nelayan Pesisir Pantai
Pada Bahagian 2, adalah berdasarkan analisis deskripsi yang dilakukan terhadap Transformasi
Ekonomi dan Kehidupan Nelayan Sementa merangkumi hasil tangkapan ikan, pendapatan,
pemilikan rumah/tempat tinggal, pemilikan kenderaan, pemilikan peralatan dalam rumah,
pemilikan tanah/lot tanah, pendapatan sampingan, kepenglibatan agensi dalam pembangunan
komuniti, kemahiran, warisan kemahiran, peranan pemimpin komuniti, perniagaan/aktiviti
paling cepat berkembang dan merosot, bentuk sokongan dan bantuan yang diperlukan, ciri
tarikan tempat komuniti yang menarik perniagaan dan cadangan bagi menggalakkan
pembangunan komuniti.
38
Jadual 4.4 : Pendapat Mengenai Hasil Tangkapan Ikan
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Berkurang Berbanding
Dahulu 7 53.8 53.8 53.8
Hasil Tangkapan
Sama/Tidak Banyak
Berubah
1 7.7 7.7 61.5
Hasil Tangkapan
Bertambah 1 7.7 7.7 69.2
Tidak Pasti 4 30.8 30.8 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Seramai 7 orang atau 53.8% responden berpendapat bahawa hasil tangkapan ikan semakin
berkurangan berbanding dahulu disebabkan pencemaran, stok sumber marin semakin merosot
dan kemasukkan bot besar menjejaskan hasil tangkapan nelayan. Manakala 1 orang atau 7.7%
menyatakan bahawa hasil tangkapan masih sama disebabkan faktor musim. Terdapat 1 orang
atau 7.7% menyatakan hasil tangkapan bertambah. Berbanding 4 orang atau 30.8% pula tidak
pasti mengenai hasil tangkapan ikan.
Jadual 4.5 : Pendapat Mengenai Pendapatan Sebagai Nelayan
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Berkurang Berbanding
Dahulu 4 30.8 30.8 30.8
Pendapatan Tidak
Banyak Berubah 3 23.1 23.1 53.8
Tidak Pasti 6 46.2 46.2 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Seramai 4 orang atau 30.8% berpendapat bahawa pendapatan sebagai nelayan telah
berkurang berbanding dahulu dan berkait rapat hasil tangkapan yang semakin berkurangan.
Walau bagaimanapun faktor musim turut mempengaruhi jumlah pendapatan nelayan.
Manakala 3 orang atau 23.1% masih mengekalkan pendapat bahawa jumlah pendapatan tidak
39
banyak berubah manakala selebihnya 6 orang atau 46,2% berpendapat tidak pasti. Ini
kemungkinan ‘identiti nelayan’ itu sendiri telah semakin menghilang dan tumpuan beralih
kepada pekerjaan di daratan berbanding lautan.
Jadual 4.6 : Pemilikan rumah/tempat tinggal sebelum (di peringkat awal bekerja)
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Rumah Sendiri 7 53.8 53.8 53.8
Sewa 2 15.4 15.4 69.2
Tidak dinyatakan 4 30.8 30.8 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Dahulunya status pemilikan rumah menunjukkan majoriti responden iaitu 7 orang atau
53.8% memiliki rumah sendiri. Manakala 2 orang atau 15.4% menyewa rumah dan 4 orang
atau 30.8% tidak dinyatakan dalam kajian lapangan ini. Ini berkemungkinan mereka pada
ketika itu tidak mempunyai kediaman sendiri dan tinggal bersama keluarga.
Jadual 4.7 : Pemilikan rumah/tempat tinggal selepas (semasa)
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Rumah Sendiri 12 92.3 92.3 92.3
Sewa 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Namun sekarang, status pemilikan rumah telah meningkat iaitu 92.3% atau 12 orang
memiliki rumah sendiri manakala hanya 1 orang atau 7.7% masih menyewa. Secara relatifnya
pemilikan rumah sendiri mencerminkan tingkat kesejahteraan hidup yang lebih baik.
40
Jadual 4.8 : Pemilikan Kenderaan Sebelum
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Motosikal 5 38.5 38.5 38.5
Kereta 1 7.7 7.7 46.2
Bot 1 7.7 7.7 53.8
Pilihan 2,3,5 1 7.7 7.7 61.5
Pilihan 3,5 1 7.7 7.7 69.2
Tiada pemilikan 3 23.1 23.1 92.3
Pilihan 1,2,5 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk : P1-Basikal, P2-Motosikal, P3-Kereta, P4- Lori dan P5- Bot
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Status pemilikan kenderaan pada tempoh sebelumnya menunjukkan 7 orang atau 53%
memiliki sekurang-kurangnya 1 kenderaan untuk kegunaan harian. Motosikal adalah
kenderaan yang paling banyak dimiliki. Seramai 3 orang atau 23.1% memiliki lebih daripada
1 kenderaan. Manakala 3 orang atau 23,1% pula tiada pemilikan kenderaan. Jenis kenderaan
yang paling banyak dimiliki adalah motosikal dan bot.
Jadual 4.9 :Pemilikan Kenderaan Selepas
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Motosikal 4 30.8 30.8 30.8
Kereta 3 23.1 23.1 53.8
Bot 1 7.7 7.7 61.5
Pilihan 2,5 2 15.4 15.4 76.9
Pilihan 2,3 1 7.7 7.7 84.6
Pilihan 3,5 1 7.7 7.7 92.3
Pilihan 1,2,3,5 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk : P1-basikal, P2-Motosikal, P3-Kereta, P4- Lori dan P5-Bot
Sumber: Kajian lapangan (2017)
41
Peningkatan ekonomi secara jelas dapat dilihat berdasarkan perbandingan status
pemilikan kenderaan sebelum dan selepas. Kini, semua responden memiliki kenderaan sendiri.
Seramai 8 orang atau 61.6% memiliki sekurang-kurangnya 1 kenderaan manakala 4 orang atau
30.8%% memiliki 2 kenderaan dan 1 orang atau 7.7% pula memiliki 4 kenderaan. Jenis
kenderaan yang paling banyak dimiliki adalah motosikal dan bot.
Jadual 4.10 :Pemilikan Peralatan Dalam Rumah Sebelum
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Bekalan Elektrik 2 15.4 15.4 15.4
Tandas 1 7.7 7.7 23.1
Semua yang dinyatakan 1 7.7 7.7 30.8
Tidak dinyatakan 4 30.8 30.8 61.5
Pilihan 1,2,3,9,10 1 7.7 7.7 69.2
Pilihan 1,2,4,10 1 7.7 7.7 76.9
Pilihan 1,2,3 1 7.7 7.7 84.6
Pilihan 1,2,3,4,8,10 1 7.7 7.7 92.3
Pilihan 1,4,8,9 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk : P1- Bekalan elektrik, P2- Bekalan air paip, P3- Tandas pam/curah, P4- TV, P5 – Astro, P6- Talian
Internet, P7- Telefon rumah, P8-Telefon bimbit, P9- Komputer dan P10 – Peti Ais
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Sebelumnya, rata-rata responden tidak memiliki peralatan dalam rumah yang lengkap.
Begitu juga dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air paip masih belum
dibekalkan sepenuhnya kepada penduduk. Kedua-dua kemudahan asas ini mempengaruhi
pemilikan peralatan rumah yang lain. Seramai 5 orang atau 38.5% mendapat kemudahan
bekalan elektrik dan bekalan air paip dan juga memiliki peralatan rumah yang lain. Manakala
hanya 2 orang atau 15.4% mendapat kemudahan elektrik dan 1 orang atau 7.7% hanya
mendapati kemudahan bekalan air paip. Seramai 4 orang atau 30.8% tidak dinyatakan dalam
soal selidik ini. Walau bagaimanapun penyediaan dan penggunaan tandas masih ditahap
rendah. Pemilikan peti ais juga sangat rendah iaitu 4 orang atau 30.8% sahaja yang mempunyai
peti ais. Kegunaan peti ais ini penting bagi industri perikanan untuk menyimpan hasil
tangkapan agar tidak rosak dan busuk.
42
Jadual 4.11 : Pemilikan Peralatan Dalam Rumah Selepas
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Bekalan Elektrik 2 15.4 15.4 15.4
Semua yang dinyatakan 2 15.4 15.4 30.8
Tidak dinyatakan 1 7.7 7.7 38.5
Pilihan 1,2,3,4,9,10 1 7.7 7.7 46.2
Pilihan 1,2,3,9,10 1 7.7 7.7 53.8
Pilihan 1,2,4,10 1 7.7 7.7 61.5
Pilihan 1,2,3,4,5,8,10 2 15.4 15.4 76.9
Pilihan 1,2,3,4,8,9,10 1 7.7 7.7 84.6
Pilihan 1,2,3,4,8,10 2 15.4 15.4 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk : P1- Bekalan elektrik, P2- Bekalan air paip, P3- Tandas pam/curah, P4- TV, P5 – Astro, P6- Talian
Internet, P7- Telefon rumah, P8-Telefon bimbit, P9- Komputer dan P10 – Peti Ais
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Status pemilikan peralatan dalam rumah selepas itu telah memperlihatkan peningkatan.
Seramai 12 orang atau 92.3% menikmati kemudahan bekalan elektrik dan bekalan air paip di
kediaman masing-masing. Begitu juga dengan pemilikan peti ais di mana 8 orang atau 61.6%
sudah memiliki peti ais. Walau bagaimanapun, keciciran penerimaan kemudahan asas masih
berlanjutan di mana seramai 2 orang atau 15.4% hanya mendapat bekalan elektrik dan 1 orang
atau 7.7% masih belum menyediakan kemudahan tandas di kediamannya.
Jadual 4.12: Pemilikan tanah/ lot sebelum
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Lot Tanah Untuk Rumah 2 15.4 15.4 15.4
Tiada Pemilikan 9 69.2 69.2 84.6
Tidak dinyatakan 2 15.4 15.4 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Status pemilikan tanah pada peringkat awal atau sebelumnya, adalah sangat rendah
dengan hanya 2 orang atau 15.4% sahaja yang memiliki tanah lot untuk kediaman. Sementara
43
9 orang atau 69.2% tiada pemilikan tanah manakala 2 orang atau 15.4% tidak dinyatakan status
pemilikan.
Jadual 4.13 : Pemilikan tanah/lot semasa
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Lot Tanah Untuk Rumah 5 38.5 38.5 38.5
Tiada Pemilikan 6 46.2 46.2 84.6
Tidak dinyatakan 2 15.4 15.4 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Seramai 5 orang atau 38.5% memiliki lot tanah kediaman, dan 6 orang atau 46.2% tiada
pemilikan lot tanah. Hal ini kerana masih ramai responden yang membuat penempatan di
sekitar pengkalan nelayan Sementa yang berada dalam rizab sungai di bawah seliaan Jabatan
Pengaliran dan Saliran. Manakala yang tidak dinyatakan iaitu kekal 2 orang atau 15.4%.
Jadual 4.14 : Mempunyai Pekerjaan Sampingan Sebelum
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Ya 1 7.7 7.7 7.7
Tidak 9 69.2 69.2 76.9
Tidak dinyatakan 3 23.1 23.1 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Hanya seorang atau 7.7% sahaja yang mempunyai pekerjaan sampingan untuk
menambah sumber pendapatan. Manakala 9 orang atau 69.2% tidak menjalankan pekerjaan
sampingan dan 3 orang atau 23.1% tidak dinyatakan. Pekerjaan sampingan dapat menjana
sumber pendapatan sampingan masyarakat.
44
Jadual 4.15 :Mempunyai Pekerjaan Sampingan Selepas (semasa)
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Ya 3 23.1 23.1 23.1
Tidak 9 69.2 69.2 92.3
Tidak dinyatakan 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Tidak banyak peningkatan yang berlaku ke atas jumlah responden yang menjalankan
pekerjaan sampingan iaitu 3 orang atau 23.1%. Ini berkemungkinan disebabkan tiada
kemahiran selain pekerjaan sedia ada mungkin membataskan mereka daripada melakukan
pekerjaan sampingan. Malah juga disebabkan kurangnya dorongan dan bantuan daripada
pihak-pihak berkaitan.
Jadual 4.16 : Peranan Positif Agensi dalam Menggalakkan Pembangunan Komuniti
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tidak Memainkan Peranan 4 30.8 30.8 30.8
Kurang Memberi Peranan 1 7.7 7.7 38.5
Neutral 5 38.5 38.5 76.9
Membantu 2 15.4 15.4 92.3
Sangat Membantu 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Skala : 1- tidak memainkan peranan, 2- kurang memberi peranan, 3- neutral, 4- membantu dan 5- sangat
membantu.
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Hasil daripada tinjauan pendapat, seramai 4 atau 30.8% menyatakan agensi tidak
memainkan peranan positif dalam menggalakkan pembangunan komuniti nelayan. Sementara
1 orang atau 7.7% pula menyatakan agensi kurang memberi peranan. Seramai 2 orang atau
15.4% menyatakan peranan positif agensi membantu manakala 1 orang atau 7.7% menyatakan
peranan agensi sangat membantu. Selebihnya iaitu 5 orang atau 38.5% pula menyatakan
peranan agensi adalah sederhana atau neutral.
45
Sebelum ini, hanya 7 kemahiran yang dikenalpasti dimiliki oleh responden. Seramai 3
orang atau 23.1% hanya mahir menangkap ikan berbanding 3 orang atau 23.1% memiliki
kemahiran yang pelbagai selain mahir menangkap ikan. Sementara 1 orang atau 7.7% masing-
masing mahir dalam berniaga dan bertukang bot/rumah. Seramai 4 orang atau 30.8% tidak
menyatakan kemahiran sebelum dan hanya 1 orang atau 7.7% tidak memiliki apa-apa
kemahiran.
Jadual 4.17 : Kemahiran Yang Anda Miliki Sebelum
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tiada Kemahiran 1 7.7 7.7 7.7
Menangkap Ikan 3 23.1 23.1 30.8
Berniaga 1 7.7 7.7 38.5
Bertukang Bot/Rumah 1 7.7 7.7 46.2
Pilihan 2,3,7 1 7.7 7.7 53.8
Tidak dinyatakan 4 30.8 30.8 84.6
Pilihan 2,3,4,7 1 7.7 7.7 92.3
Pilihan 2,5,6 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk : P1- Tiada kemahiran, P2- menangkap ikan, P3- berniaga, P4- memasak, P5- bertukang bot/rumah,
P6- kimpalan, P7- memproses hasil laut, P8- bertani/berkebun, P9- menternak, P10- buat kraftangan/menjahit,
P11- urut traditional dan P12- lain-lain.
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Bidang kemahiran responden telah berlaku peningkatan yang ketara di mana majoriti
responden mahir menangkap ikan. Seramai 5 orang atau 38.5% hanya mahir menangkap ikan
manakala 5 orang atau 38.5% bukan sahaja mahir menangkap ikan malah memiliki pelbagai
kemahiran yang lain. Kemahiran bertukang bot/rumah masih kekal iaitu 1 orang atau 7.7%.
Terdapat bidang kemahiran baru yang wujud iaitu kimpalan dan membuat kraftangan/menjahit.
46
Jadual 4.18 : Kemahiran Yang Anda Miliki Selepas
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tiada Kemahiran 1 7.7 7.7 7.7
Menangkap Ikan 5 38.5 38.5 46.2
Bertukang Bot/Rumah 1 7.7 7.7 53.8
Kimpalan 1 7.7 7.7 61.5
Pilihan 2,5,10 2 15.4 15.4 76.9
Pilihan 2,3,4,7 1 7.7 7.7 84.6
Pilihan 2,3,5,7 1 7.7 7.7 92.3
Pilihan 2,5,6 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk : P1- Tiada kemahiran, P2- menangkap ikan, P3- berniaga, P4- memasak, P5- bertukang bot/rumah,
P6- kimpalan, P7- memproses hasil laut, P8- bertani/berkebun, P9- menternak, P10- buat kraftangan/menjahit,
P11- urut traditional dan P12- lain-lain.
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Seramai 2 orang atau 15.4% menyatakan anak-anak mewarisan kemahiran mereka
manakala 11 orang atau 84.6% pula menyatakan anak-anak tiada yang berminat mewarisi
kemahiran mereka. Terdapat juga responden yang menyatakan alasan anak-anak mereka masih
kecil.
Jadual 4.19 : Adakah anak-anak mewarisi kemahiran anda
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Valid Ya 2 15.4 15.4 15.4
Tiada 11 84.6 84.6 100.0
Total 13 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (2017)
47
Jadual 4.20 : Siapakah yang memainkan peranan utama memimpin komuniti
merancang/membangun komuniti anda?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tiada 3 23.1 23.1 23.1
Ketua Kampung/AJK 5 38.5 38.5 61.5
Agensi Kerajaan 2 15.4 15.4 76.9
Semua yang dinyatakan 2 15.4 15.4 92.3
Pilihan 2,3 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk : P1 –Tidak ada (sendiri-sendiri), P2- Ketua Kampung & AJK, P3 – Agensi Kerajaan, P4- Agensi
Swasta, P5- NGO.
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Secara keseluruhan 10 orang responden atau 77% menyatakan Ketua Kampung/AJK,
Agensi Kerajaan dan Swasta memainkan peranan penting di dalam membangun dan
mentransformasikan komuniti tersebut. Namun begitu, Seramai 3 orang atau 23.1%
berpendapat sebaliknya. Ini berkemungkinan, mereka ini tidak merasai manfaat daripada
projek/program yang dibangunkan atau tidak terlibat dalam perancangan.
Penglibatan atau libatsama komuniti setempat adalah faktor penting dalam menjayakan
sesebuah projek/program pembangunan dan transformasi komuniti. Seramai 2 atau 15.4%
menyatakan bahawa mereka tidak pernah melibatkan diri dalam proses
perancangan/pembuatan keputusan. 2 orang atau 15.4% lagi menyatakan mereka kurang
terlibat atau tidak aktif dan 5 orang atau 38.5% terlibat secara sederhana. Manakala selebihnya
iaitu 2 orang atau 15,4% terlibat secara aktif dan sangat aktif.
48
Jadual 4.21 : Adakah anda dilibatkan dengan proses perancangan/pembuatan keputusan
mengenai projek ekonomi komuniti?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tidak Memainkan Peranan 2 15.4 15.4 15.4
Kurang Memberi Peranan 2 15.4 15.4 30.8
Neutral 5 38.5 38.5 69.2
Membantu 2 15.4 15.4 84.6
Sangat Membantu 2 15.4 15.4 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk : P1 –Tidak ada (sendiri-sendiri), P2- Ketua Kampung & AJK, P3 – Agensi Kerajaan, P4- Agensi
Swasta, P5- NGO.
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Jadual 4.22 : Adakah perniagaan/aktiviti ekonomi paling cepat berkembang di komuniti
anda?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Sumber Perikanan 4 30.8 30.8 30.8
Lain-lain 1 7.7 7.7 38.5
Pilihan 1,2,4,5,7 1 7.7 7.7 46.2
Pilihan 1,3 2 15.4 15.4 61.5
Tidak dinyatakan 2 15.4 15.4 76.9
Pilihan 1,6 1 7.7 7.7 84.6
Pilihan 1,3,7 1 7.7 7.7 92.3
Pilihan 1,2,3,5,6,7 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk : P1- Sumber Perikanan, P2- Sumber Pertanian, P3- IKS Produk yang diproses, P4- Pertukangan, P5-
Kedai umpan/alat pancing, P6- Pelancongan Pantai, P7- Kedai Makan dan P8- Lain-lain.
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Seramai 10 atau 77% bersetuju bahawa sumber perikanan merupakan aktiviti ekonomi
yang paling cepat berkembang diikuti perniagaan kedai makan, sumber pertanian, IKS produk
yang diproses, kedai umpan/alat pancing, pelancongan pantai dan pertukangan. Seramai 4
orang atau 30.8% menyatakan sumber perikanan satu-satunya aktiviti ekonomi yang
berkembang pesat manakala 8 orang atau 61.6% menyatakan selain sumber perikanan terdapat
49
lain-lain perniagaan/aktiviti yang juga cepat berkembang. Sebab-sebab berkembangnya
ekonomi adalah faktor permintaan yang tinggi.
Jadual 4.23 : Apakah perniagaan/aktiviti paling cepat merosot di Komuniti anda?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Sumber Perikanan 3 23.1 23.1 23.1
IKS Produk Yang Di
Proses 1 7.7 7.7 30.8
Pertukangan 1 7.7 7.7 38.5
Lain-lain 1 7.7 7.7 46.2
Pilihan 3,6 1 7.7 7.7 53.8
Pilihan 4,5 1 7.7 7.7 61.5
Tidak dinyatakan 5 38.5 38.5 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk : P1- Sumber Perikanan, P2- Sumber Pertanian, P3- IKS Produk yang diproses, P4- Pertukangan, P5-
Kedai umpan/alat pancing, P6- Pelancongan Pantai, P7- Kedai Makan dan P8- Lain-lain.
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Seramai 3 orang atau 23.1% menyatakan aktiviti sumber perikanan adalah paling cepat
merosot. Ini berkemungkinan ada kaitan dengan faktor pencemaran, musim yang menyebabkan
penyusutan jumlah tangkapan. Selain itu 1 orang atau 7.7% menyatakan 4 perniagaan/aktiviti
dijangka akan cepat merosot adalah IKS produk yang di proses, pertukangan, kedai umpan/alat
pancing dan pelancongan pantai.
Persepsi terhadap ciri-ciri yang menarik pada komuniti
Terdapat ciri-ciri menarik tentang komuniti Pengkalan Nelayan Sementa yang boleh
diketengahkan untuk menjana pembangunan ekonomi melalui aktiviti perniagaan baru (Jadual
4.24). Ciri-ciri menarik yang utama disusun mengikut kekerapan tertinggi dan terendah
responden iaitu sumber alam yang berpotensi (10 orang), lokasi yang strategik (6 orang),
komuniti bersatu padu (4 orang) tenaga belia aktif dan sanggup bekerja (3 orang), dekat dengan
pantai (3 orang), penduduk kemahiran yang pelbagai (3 orang), kurang pencemaran/bencana
(3 orang) dan lain-lain adalah hasil tangkapan yang segar (1 orang).
50
Jadual 4.24 : Apakah ciri-ciri yang menarik tentang komuniti anda yang boleh menarik
perniagaan?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Sumber Alam Berpotensi 3 23.1 23.1 23.1
Tenaga Belia Aktif dan
Sanggup Bekerja 1 7.7 7.7 30.8
Lain-lain 1 7.7 7.7 38.5
Semua yang dinyatakan 2 15.4 15.4 53.8
Pilihan 1,4 1 7.7 7.7 61.5
Pilihan 1,4,7 2 15.4 15.4 76.9
Pilihan 1,2,3 1 7.7 7.7 84.6
Pilihan 2,4 1 7.7 7.7 92.3
Pilihan 4,5 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk Ciri : P1- Lokasi yang strategic, P2- Komuniti bersatu padu, P3- Dekat dengan pantai, P4- Ada sumber
alam berpotensi, P5- Penduduk kemahiran yang pelbagai, P6- Tenaga belia aktif dan sanggup bekerja, P7-
Kurang pencemaran/bencana dan P8- Lain-lain.
Sumber: Kajian lapangan (2017)
Cadangan menggalakkan pembangunan komuniti
Sebanyak 7 jawapan telah disenaraikan, dan responden boleh memberi lebih daripada 1
jawapan bagi menzahirkan bentuk cadangan yang diperlukan bagi tujuan menggalakkan
projek/program pembangunan ekonomi dan meningkatkan sosio-ekonomi. Cadangan utama
disusun berdasarkan kekerapan tertinggi hingga terendah responden iaitu menaiktaraf
perusahaan perikanan (8 orang), menambah jumlah bantuan modal atau pinjaman kepada
semua pengusaha/peniaga (8 orang), memperbanyakkan lagi bantuan dari Jabatan Perikanan
seperti alatan menangkap ikan dan pemasaran produk hasil laut (7 orang), menggalakkan
pemasaran hasil laut ke dalam dan luar kawasan kampung (5 orang), memperkenalkan produk
berkaitan laut seperti ‘sport fishing’ dan produk hasil laut (4 orang),
memperbanyakkan/menaiktaraf pusat pengumpulan hasil laut dan mencari pasaran eksport
baharu dan mempelbagaikan jenis produk ekonomi/pelancongan di kawasan kampung supaya
tidak tertumpu menangkap ikan sahaja (3 orang).
51
Jadual 4.25 : Cadangan bagi menggalakkan pembangunan komuniti anda
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Menggalakan Pemasaran
Hasil Laut Ke Dalam dan
Luar Kawasan Kampung
1 7.7 7.7 7.7
Menambah Jumlah Bantuan
Modal/ Pinjaman Kepada
Semua Pengusaha/Peniaga
2 15.4 15.4 23.1
Memperbanyakkan Lagi
Bantuan dari Jabatan
Perikanan Seperti Alatan
Menangkap Ikan &
Pemasaran Produk Hasil
Laut
1 7.7 7.7 30.8
Semua Yang Dinyatakan 2 15.4 15.4 46.2
Pilihan 1,2,3,5,6 1 7.7 7.7 53.8
Pilihan 1,7 1 7.7 7.7 61.5
Pilihan 1,4,7 2 15.4 15.4 76.9
Pilihan 1,5,6,7 1 7.7 7.7 84.6
Pilihan 2,7 1 7.7 7.7 92.3
Pilihan 1,2,4,5,6,7 1 7.7 7.7 100.0
Total 13 100.0 100.0
Petunjuk : P1- menaiktaraf perusahaan perikanan, P2- menggalakkan pemasaran hasil laut ke dalam dan luar
kawasan kampung, P3- mempelbagaikan jenis produk ekonomi/pelancongan di kawasan kampung supaya tidak
tertumpu menangkap ikan sahaja, P4- memperkenalkan produk berkaitan laut seperti ‘sport fishing’ dan produk
hasil laut, P5- menambah jumlah bantuan modal atau pinjaman kepada semua pengusaha/peniaga, P6-
memperbanyakkan/menaiktaraf pusat pengumpulan hasil laut dan mencari pasaran eksport baharu dan P7-
memperbanyakkan lagi bantuan dari Jabatan Perikanan seperti alatan menangkap ikan dan pemasaran produk
hasil laut
Sumber: Kajian lapangan (2017)
52
4.3.1 Transformasi Kehidupan Nelayan
Masyarakat nelayan mengalami transformasi sosial ekonomi akibat penetrasi
pembangunan dan pasar. Transformasi sosial ekonomi yang terjadi membawa perubahan
signifikan ekonomi nelayan, kerana nelayan harus mengkonstruksikan ekonomi baru yang
dianggap dapat mempertahankan penghidupan nelayan pada kondisi survival dan sesuai
dengan perubahan yang terjadi. Penelitian ini mendalami bagaimana transformasi nelayan
pada masyarakat nelayan di Pengkalan Nelayan di Sementa. Hasil penelitian menunjukkan
masyarakat nelayan di Sementa kurang mengalami transformasi ekonomi yang pesat. Di
era ekonomi pasar merupakan suatu alternatif ekonomi nelayan yang dibangun untuk tetap
bertahan dengan situasi krisis dan ketidakpastian ekonomi serta mata pencaharian yang
bersifat fluktuatif. Ditinjau dari keterjaminan ekonomi nelayan di Sementa perlu mendapat
transformasi yang lebih baik untuk menjamin masa depan nelayan apabila tiba musim
tengkujuh yang tidak membolehkan nelayan untuk mencari rezeki. Pada situasi tersebut
nelayan mencari alternative lain apabila tiba waktu tengkujuh, nelayan mencari rezeki
dengan membuat ikan masin, ikan kering dan ikan jeruk untuk di komersialkan.
4.4 Cadangan Pembangunan Komuniti Nelayan
Cadangan pembangunan komuniti nelayan yang boleh kita cadangkan ialah pembaikan
keperluan asas seperti rumah yang lebih kukuh seperti rumah batu kerana ada beberapa
komuniti nelayan yang masih tinggal disitu. Selain itu pembaikan sistem pengairan suapaya
dalam bekalan air yang bersih dan melalukan aktiviti harian. Bekalan elektrik yang
berfungsi harus dijana agar komuniti dikawasan tersebut dapat menggunakan bekalan
dengan secukupnya ibarat mereka tinggal di kawasan bandar. Jalan harus diturap atau
diperbaiki supaya lebih mudah pergerakan jika berlaku kecemasan. Aspek keselamatan
juga perlu dikuatkuasakan dari segi keselamatan pesisiran pantai seperti pendatang asing
tanpa izin yang boleh mengancam komuniti atau hasil tangkapan komuniti.
53
BAB 5
PENUTUP DAN RUMUSAN
5.1 Analisis SWOT
SWOT adalah akronim untuk kekuatan (Strenghts), kelemahan (Weakness),
peluang (Opportunities), dan ancaman (Threats) dari lingkungan eksternal perusahaan.
Menurut Jogiyanto (2005:46), SWOT digunakan untuk menilai kekuatan-kekuatan dan
kelemahan-kelemahan dari sumber-sumber daya yang dimiliki perusahaan dan
kesempatan-kesempatan eksternal dan tantangan - tantangan yang dihadapi. Menurut
David (Fred R. David, 2008,8), semua organisasi memiliki kekuatan dan kelemahan dalam
perniagaan. Kekuatan dan kelemahan internal, digabungkan dengan peluang dan ancaman
dari eksternal dan pernyataan misi yang jelas, menjadi dasar untuk penetapan tujuan dan
strategi. Tujuan dan strategi yang ditetapkan adalah untuk memanfaatkan kekuatan internal
dan mengatasi kelemahan dalam sesebuah organisasi.
Gambar 18 : Kerangka SWOT
Sumber : Ilustrasi pengkaji (2017)
54
5.1.1 Analisis berdasarkan Kajian terhadap Komuniti Pengkalan Nelayan Sementa
Jadual 5.1 : Analisis SWOT bagi komuniti nelayan di Pengkalan Nelayan Sementa
S [KEKUATAN]
(internal positif)
a) Mempunyai penduduk yang bersatu
padu dan memiliki daya usaha
mempelbagaikan aktiviti ekonomi
b) Kemudahan disediakan (Jalan raya, air
dan elektrik)
c) Tempat yang strategik (tumpuan
pelawat dan pelanggan membeli ikan
segar)
W [KELEMAHAN]
(internal negatif)
a) Liputan telefon dan internet/WIFI yang lemah
b) Kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar
yang masih lemah
c) Kekurangan sumber teknologi seperti alatan
menangkap ikan
d) Kurang pemantauan dari pihak berkuasa
O [PELUANG]
(external positif)
a) Mempunyai kerjasama dari pelbagai
pihak dan agensi
b) Terdapat aktiviti berkaitan nelayan
yang boleh dikembangkan bagi
menarik pelancong
c) Terdapat sokongan kuat dari SUPER
untuk aktiviti perikanan
T [ANCAMAN]
(external negatif)
a) Kekurangan bantuan alatan dan perkhidmatan
b) Pembangunan yang dijalankan telah memberi
kesan kepada alam sekitar
c) Aktiviti perikanan terjejas semasa musim laut
bergelora
d) Keadaan air pasang-surut dan angin laut kuat
menjejaskan peluang nelayan turun ke laut.
Sumber: Kajian lapangan (2017)
55
5.2 Refleksi
Gambar 19 : Para penyelidik dengan Dr Khairul Hisyam di pengkalan nelayan Sementa
(Sumber : Kajian Lapangan 2017)
Gambar 20 : Sesi temuduga yang sedang berjalan antara penyelidik dengan para nelayan
(Sumber : Kajian Lapangan 2017)
56
Gambar 21 : Kumpulan pengkaji berhenti rehat pada waktu tengahari dan berbincang bagi
aktiviti sesi petang
(Sumber : Kajian Lapangan 2017)
Gambar 22: Penerangan oleh pengusaha bot gentian kaca
(Sumber : Kajian Lapangan 2017)
57
Gambar 23 : Sesi temubual berpandukan soal-selidik sedang berlangsung bersama
responden dan pemberian cenderahati setelah selesai temubual
(Sumber : Kajian Lapangan 2017)
Gambar 24 : Ikan segar hasil tangkapan para nelayan yang dipasarkan di pasar ikan di
pengkalan nelayan Sementa
(Sumber : Kajian Lapangan 2017)
58
Gambar 25 : Sesi perbincangan bersama wakil wanita berkenaan dengan perniagaan
membuat belacan (Sumber : Kajian Lapangan 2017)
Gambar 26 : Lawatan kumpulan pengkaji ke kunci air di pengkalan nelayan Sementa
(Sumber : Kajian Lapangan 2017)
59
Gambar 27 : Perbincangan berkenaan penulisan laporan serta strategi menganalisa data
yang diperolehi daripada kajian lapangan yang berlangsung di bilik mesyuarat Kompleks
Belia Daerah Klang (Kompleks Rakan Muda – berhampiran pengkalan)
(Sumber : Kajian Lapangan 2017)
Gambar 28 : Majlis penutup serta pemberian cenderamata kepada wakil komuniti yang
terlibat menyokong kajian yang dijalankan
(Sumber : Kajian Lapangan 2017)
60
RUJUKAN
Bahron Zaman bin Majid - http://jkkkgkapar.blogspot.my
David, Fred R., 2006. Manajemen Strategis. Edisi Sepuluh, Penerbit Salemba Empat,
Jakarta
Jogiyanto, 2005, Sistem Informasi Strategik untuk Keunggulan Kompetitif, Penerbit
Andi Offset, Yogyakarta.
http://www.my-rummy.com/klang/Pekan_Kapar.html
61
MENGENAI PENYUNTING
Khairul Hisyam Kamarudin (lahir tahun 1981
di Ajil, Terengganu) merupakan pensyarah kanan
di Universiti Teknologi Malaysia, kampus Kuala
Lumpur. Beliau memulakan kerjaya bersama UTM
semenjak April 2006, dan setelah proses
penstrukturan semula, telah menyertai Sekolah
Razak UTM bermula April 2012. Beliau memiliki
Ijazah Kedoktoran di bidang Perancangan
daripada Oxford Brookes University, UK;
memegang Ijazah Sarjana Sains, Sarjana Muda dan
Diploma di bidang Perancangan Bandar & Wilayah
dari Universiti Teknologi Malaysia. Dengan minat mendalam terhadap pengajaran dan
penyelidikan, kebanyakan minat Dr. Khairul bertumpu kepada kajian pelancongan luar
bandar lestari, pembangunan komuniti berdaya tahan terhadap bencana, penglibatan
komuniti dalam perancangan dan pembangunan wilayah dan luar bandar. Baru-baru ini, Dr.
Khairul telah dilantik sebagai salah seorang pengkaji bagi penyediaan Garis Panduan Bandar
Berdaya Tahan Bencana dan salah seorang penulis kepada Dasar Pembangunan Luar Bandar-
TN50. Beliau juga merupakan penulis bagi buku berjudul “Introduction to Sustainable
Community Based Rural Tourism” terbitan UTM Press tahun 2016, penyunting bagi buku
berjudul “Exploring Pathways for Sustainable Rural Development in Malaysia” (2015, UTM
Press), dan juga penulis bersama bagi buku berjudul “Pembangunan Mapan Orang Asli”
(2007, UTM Press). Beliau juga turut aktif menghasilkan penulisan ilmiah lain bagi kegunaan
pelajar di universiti selain menyumbang artikel penyelidikan di jurnal dan persidangan.