14
PROPOSAL PENERBITAN MAJALAH TRAVELOG “Destinasi Borneo” UNTUK

Travelog Destinasiku Borneo

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh format kertas kerja untuk program travelog bagi siaran rtm.

Citation preview

Page 1: Travelog Destinasiku Borneo

PROPOSAL PENERBITAN

MAJALAH TRAVELOG

“Destinasi Borneo”

UNTUK

Page 2: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

1

TAJUK CADANGAN: DESTINASI BORNEO

KONSEP : TRAVELOG

KATEGORI : KEMBARA MAJALAH (PELANCONGAN)

DURASI : 30 MINIT X 13 EPISOD

BAHASA : BAHASA MALAYSIA

FORMAT : HD

PENULIS : A.KAZAR

PENGARAH : ROY ROMANI fdam

PENERBIT : SHAMSUL AMBIA MOHD DAUD

TAGLINE : JELAJAH DESTINASI TERSEMBUNYI BORNEO

LOGLINE : Borneo meliputi kawasan Sabah dan Sarawak

mempunyai banyak lokasi berpotensi untuk dibangunkan sebagai

destinasi pelancongan yang baru. Labuan contohnya terdapat Pulau

Kuraman, Rusukan Besar dan Rusukan Kecil diwartakan sebagai Taman Laut

Labuan pada 1994 menyimpan khazanah laut yang unik dan tersendiri.

Manakala Long Pasia di Sabah memiliki air terjun yang dikenali sebagai Air

Terjun Maga yang terletak di Ulu Padas adalah syurga alam semulajadi

tersembunyi.

RASIONAL : Rancangan kembara majalah pelancongan ini antaranya

memberi tumpuan kepada tempat yang menarik dan unik seperti jarang

mendapat liputan media sebelum ini malah menyentuh aspek ekonomi, sosio

budaya dan corak kehidupan masyarakat tempatan. Lokasi unik yang

menjanjikan panorama alam semulajadi yang menarik ini masih bebas

daripada sebarang pencemaran dan pembangunan berpotensi sebagai

produk eko-pelancongan baharu.

Page 3: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

2

PENGENALAN KONSEP DAN IDEA

2014 adalah Tahun Melawat Malaysia yang telah dilancarkan oleh

Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini. Demi menarik ramai lagi pelancong

ke negara kita produk dan lokasi pelancongan yang menarik haruslah

diketengahkan kerana setiap destinasi menawarkan keunikannya yang

tersendiri.

Negara Malaysia secara keseluruhannya masih mempunyai lokasi

untuk potensi eko pelancongan namun masih belum lagi diketahui umum.

Sabah dan Sarawak khususnya mempunyai lebih 10 taman Negara

diwartakan oleh Jabatan Hutan sebagai kawasan terpelihara dan kaya

dengan flora dan fauna. Program Destinasi bakal menyingkap dan membawa

penonton ke dunia khazanah yang tesembunyi ini. Sekaligus membuka mata

kita bahawa masih ada lagi sumber yang dijaga dan jauh dari arus

pembangunan.

Menggunakan laluan darat, laut dan sungai krew Destinasi

memperlihatkan keunikan dan keindahan alam semulajadi yang jarang sekali

dilihat dan berpotensi tinggi sebagai destinasi pelancongan yang baru. Di

Limbang contohnya terdapat Gunung Buda yang mempunyai lebih 700 gua

dan banyak lagi yang belum dieksplorasi. Padahal lokasi ini tidak begitu jauh

dari Taman Negara Mulu, salah satu tumpuan peneroka gua di dunia.

Terdapat etnik tempatan di kawasan persekitaran yang jarang kita dengar

kerana mereka ini golongan minoriti. Maka itu tercetuslah idea untuk program

ini.

Page 4: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

3

KONSEP RANCANGAN

Berkonsepkan Travelog Pelancongan, Sejarah, Ekonomi,

sosiobudaya masyarakat tempatan. Menjelajah tempat menarik dan

unik. Lokasi yang mempunyai potensi eko pelancongan.

Pelbagai lokasi jelajah pulau kawasan darat sehingga ke dasar laut

pasti memberi perspektif baru akan keindahan dan tarikan Sabah dan

Sarawak yang tersembunyi.

Bergaul dan menyingkap masyarakat peribumi yang telah

mendiami sesuatu tempat sejak dahulu lagi. Perkampungan Melayu

etnik Kedayan Brunei contohnya yang terletak di Labuan, kehidupan

harian mereka, ekonomi penduduk, makanan, persediaan

memburu/memperoleh sendiri makanan dan kemudian memasak

bersama pengacara dan tetamu jemputan atau ADUN masyarakat.

Melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah dan

‘tersembunyi’. Meneroka kawasan yang mempunyai unsur-unsur

sejarah dan mempelajari apakah kisah di sebaliknya.

Turut membicarakan topik-topik berkaitan serta terkini. Dengan

pihak berkenaan, NGO.

Page 5: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

4

FORMAT DAN KANDUNGAN

RANCANGAN

Terbahagi kepada TIGA segmen, bermula dengan visual

panorama yang mengasyikkan di lokasi tertentu diikuti pengacara

sedang melakukan aktiviti atau berada di tempat yang menarik.

Pengacara bakal membincangkan atau memberi hint untuk episod

tersebut. Selain memberi intipati rancangan menarik untuk episod

tersebut.

Untuk setiap episod, penonton dibawa melihat tempat dan tempat

tarikan tersembunyi dan jarang diketahui umum. Di samping

menyinggah di lokasi menarik, kawasan perkampungan tempatan yang

menyingkap sejarah serta keunikan etnik dan budaya.

Bersama pakar atau jurupandu hos akan ke lokasi ‘tersembunyi’ yang

mempunyai potensi eko pelancongan. Dari darat sehingga ke dasar

laut.Dengan pengacara sepontan dan bersahaja menyampaikan

maklumat.

Hos bergaul dengan penduduk tempatan. Menyingkap kehidupan

harian, ekonomi dan sosio budaya. Di samping itu ada demo masakan

Page 6: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

5

unik tempatan. Hos akan merasa makanan dan melihat bagaimana

makanan dibuat serta diperolehi, sama ada ditanam atau diperoleh dari

alam persekitaran.

Turut menemuramah, bersama pihak berkaitan mengenai isu atau

topik atau diketengahkan bersama NGO, badan kerajaan yang terlibat

dalam keselamatan, pembangunan dan pemuliharaan.

Page 7: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

6

KONSEP PENERBITAN

Tempo atau “phase” perjalanan cerita perlu ditonjolkan dalam keadaan

yang lebih aktif dan pantas.

Melalui penggunaan muzik tema dan montaj yang menarik.

Penggunaan kaedah Kamera Pelbagai (MCP) dan digarap dalam

bentuk suntingan yang aktif boleh menghidupkan rancangan

Pengacara yang menarik dan berperibadi serta berkemampuan

memberi dan memproses maklumat dengan spontan.

Elemen mempromosi pelancongan dengan gambaran yang unik dan

melalui visual panorama yang estetik dan mengasyikkan.

Page 8: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

7

CADANGAN KANDUNGAN SIRI

PILOT

1. Marin/Pulau

a/ CSR Petronas-Pemuliharaan Penyu di Pulau Rusukan Besar.

b/ Gugusan Taman Laut Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan

Kecil.

2. Penglibatan APMM sebagai salah satu agensi yang melindungi

keselamatan perairan Sabah dan Sarawak.

3. Episod Segmen Makanan Unik di Labuan

a/ Sayur Daun Paha-Paha

- Uniknya sayur ini tumbuh secara liar di hutan...antara sayur

tempatan yang hanya terdapat di Labuan. Rasanya lemak manis.

Masakan lemak atau tumis. Paling sedap dimasak bersama sayur

Nangka dan Rebung. Sayur ini lebih sedap berbanding sayur

Cangkok Manis.

b/ Ikan Belais

- Ikan ini cukup terkenal di Labuan. Kaedah penangkapannya juga

unik terutama bagi masyarakat nelayan pantai di sekitar Tanjung

Aru, Labuan. Rupa bentuk ikan ini seakan-akan ikan Kitang di

Sarawak. Masyarakat tempatan cukup menggemari ikan ini. Biasa

di masak rebus kunyit atau seakan-akan masak ikan pindang di

Semenanjung.

c/ Kuih Lamban

- Sejenis kuih tradisional masyarakat tempatan Labuan terutama

kalangan kedayan Labuan. Ia diperbuat daripada pulut yang

Page 9: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

8

ditanak bersama santan kelapa. Pulut yang ditanak tadi dibungkus

menggunakan daun kelapa, (seperti ketupat tradisional masyarakat

Kampung Rajang/Jerigeh di Sarawak) kemudian dikukus. Ada

yang berinti dan ada juga yang kosong. Perlukan kemahiran dan

teknik membungkus kuih lamban ini.

3. Tempat Menarik/Bersejarah

a/ Pulau Burung, Labuan.

- Dipercayai pulau ini pernah ditemui kesan tinggalan pra-sejarah

awal Labuan. Ada sejarahnya tersendiri.

b/ 6 terowong Misteri/Tinggalan Sejarah.

- Setiap terowong ini berlainan kedudukannya di sekitar Labuan.

Ada antara kedudukan terowong ini kawasan berhampirannya

mempunyai sejarah/cerita tersendiri seperti kubur tinggalan British

c/ Pusat Maklumat Chimney.

- Ada menara yang dinamakan chimney...baru menerima anugerah

The Green Apple dari kerajaan Britain. Juga menyimpan sejarah

tersendiri.

d/ Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2, lokasi Jalan Purun,

Labuan

3. Tugu tempat bersemadinya 3,908 kubur mangsa perang dunia

kedua (1942-1945) yang terkorban di Borneo (kubur mangsa

perang terbesar di dunia)

4. Daripada jumlah di atas, 2,156 askar tidak dikenali identiti mereka.

5. Manakala 1,752 yang diketahui identiti mereka adalah terdiri

daripada:

6. 1,522 anggota tentera

7. 220 tentera udara

Page 10: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

9

8. 5 pelaut (navy officer)

9. 4 orang awam

10. 814 anggota tentera British

11. 858 anggota tentera Australia

12. 43 tentera India

13. 36 tentera tanah melayu

Page 11: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

10

CADANGAN PENGACARA

Page 12: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

11

CONTOH PENDEKATAN DAN

‘ATURAN PROGRAM PILOT’

SCENE SEGMENT VISUAL / SKRIP DURASI

INTRO – LOKASI PILIHAN PELANCONGAN LABUAN YANG MENARIK

VISUAL PANAROMA ESTETIK. KITA SEDANG BERADA DI ATAU SAYA SEDANG MENCARI… INTIPATI MENARIK DESTINASIKU LABUAN PADA KALI INI. CUT TO MONTAJ PROGRAM

.30

MONTAJ .30

HOSTING SEGMENT 1 HOS BERLATARKAN LOKASI MENARIK MENERANGKAN MENGENAI TEMPAT PENGAMBARAN DAN INTIPATI RANCANGAN EPISOD

EPISOD KALI INI KREW DESTINASI BERADA DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

.30

PENERANGAN LANJUT MENGENAI LOKASI

VO HOS MENERANGKAN MENGENAI LOKASI, FAST CUT..LOKASI MINGGU INI KITA AKAN MELIHAT KEUNIKAN PULAU KARUMAN, SATU-SATUNYA TEMPAT PEMULIHARAAN PENYU.KEMUDIAN KITA AKAN KE KAMPUNG MELAYU BRUNEI KEDAYAN UNTUK….APA MAKANAN RUTIN YANG UNIK DAN LUAR BIASA.

1 ½

JUGA SELIT TEMURAMAH DENGAN PAKAR /INDIVIDU BERKAITAN

MENCERITAKAN MENGENAI LOKASI MENARIK DAN TARIKAN SEDIA ADA DAN PERANCANGAN AKAN DATANG.

2.00

HOS KE LOKASI-LOKASI BERDEKATAN

FILLER VISUAL BERKAITAN 2.00

ASPEK KEHIDUPAN DAN SOSIO EKONOMI

1.00

FAST CUT – PENGACARA SEDANG MELAKUKAN SESUATU..MENARIK SELEPAS INI

.30

BREAKER 1 .06

HOSTING SEGMENT 2

BEAUTY SHOT LANDSKAP SEKARANG KITA BERADA DI

1.00

Page 13: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

12

LOKASI..BERSAMA..UNTUK MELIHAT TINGGALAN SEJARAH…KUBUR TINGGALAN PERANG DUNIA KEDUA BERSEJARAH TERBESAR.

HOS BERSAMA WARGA TEMPATAN MONTAJ PERJALANAN BERSAMA WAKIL DARI AGENSI BERKAITAN, PIHAK MUZIUM

.30

HOS TIBA DI LOKASI / MENEMURAMAH WAKIL DARI MUZIUM MENGENAI LOKASI YANG DIKUNJUNGI

FAST CUT LOKASI DAN AKTIVITI KAWASAN DESTINASI/TERSEMBUNYI FILLER BERDASARKAN TERMURAMAH – MENCERITAKAN MENGENAI TUGU PERINGATAN PERANG DUNIA KE 2

2.00

LAGI VISUAL LOKASI YANG BERKAITAN

VISUAL PEMANDANGAN DARI UDARA, LANDSKAP INDAH DAN MENARIK

HOS RECAP – SELEPAS INI KITA AKAN MELIHAT PROSES PEMULIHARAAN PENYU DI PULAU KARUMAN

HOS KEMUDIANNYA DIBAWA KE LOKASI SUBJEK PEMULIHARAAN PENYU

PENERANGAN MENGENAI KEMPEN PEMULIHARAAN PENYU DI LABUAN

1.00

MEMBERI TIPS UNTUK SEGMEN BERIKUTNYA

SEGMEN SELEPAS INI KITA AKAN KE DESTINASI TERSEMBUNYI YANG MEMPUNYAI POTENSI EKO PELANCONGAN

.30

BREAKER 2 .06

HOSTING SEGMENT 3 HOS MENYINGGAH KE PERKAMPUNGAN KEDAYAN BRUNEI

BAKAL MENYINGKAP KEHIDUPAN PENDUDUK TEMPATAN.

1.00

VO… SUASANA PEMANDANGAN SEPANJANG PERJALANAN

.30

HOS TIBA DI LOKASI / TEMURAMAH DENGAN KETUA KAMPUNG / PENDUDUK KAMPUNG

MELIHAT LOKASI BERDEKATAN / AKTIVITI / SUASANA BUDAYA / GAYA HIDUP PENDUDUK SETEMPAT FILLER AKTIVITI BERDASARKAN TEMURAMAH

2.00

MELIHAT EKONOMI DESA. BAGAIMANA PENDUDUK MENYARA KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA. JUGA DEMO MASAKAN MAKANAN

MENERANGKAN MENGENAI KEHIDUPAN / PEKERJAAN HARIAN DI PULAU LABUAN/

4.00

Page 14: Travelog Destinasiku Borneo

WAU PRODUCTION SDN. BHD

Disediakan oleh A.Kazar [email protected] +6017-3321435

13

UNIK ETNIK KEDAYAN BRUNEI. PENDUDUK KAMPUNG MEMASAK MASAKAN/ MULA MEMASAK DENGAN TELATAH MENARIK DAN SANTAI

HOS MEMBUAT KESIMPULAN / ULASAN AKAN APA YANG DILIHAT SEMASA SEGMEN TERSEBUT

VISUAL BERKAITAN 2.00

MAKAN BERSAMA TETAMU BEAUTY SHOT/ SUASANA MUHIBAH

1.00

HOS / ARTIS TEMPATAN MEMBUAT KESIMPULAN MENGENAI PERJALANAN BELIAU DAN APA YANG TELAH DIPELAJARI

HOS RECAP PENGALAMAN .30

HOS PULANG BALIK KE LOKASI ASAL, MEMBUAT RONDAAN TERAKHIR HOSTING RECAP DAN CLOSING

HOS MEMBUAT KESIMPULAN MENGENAI PENGALAMAN BELIAU AKAN LOKASI DAN APA YANG TELAH DIPELAJARI

1.30

ENDING CREDIT 1.00

JUMLAH DURASI 24.00 SAAT

- TAMAT -