34
PERANAN DIMAINKAN OLEH KEPIMPINAN SEKOLAH KEARAH MELAHIRKAN WARGA SEKOLAH CEMERLANG DAN BERPRESTASI TINGGI SELARAS DENGAN AGENDA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA YANG DIHASRATKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan transformasi sistem pendidikan pada tahun 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid. Transformasi ini akan melibatkan beberapa perubahan daripada segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah. Selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan. Antara transformasi yang dilakukan oleh KPM ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), LINUS, Satu Murid Satu Sukan dan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Sehubungan itu, warga pimpinan di sekolah iaitu pengetua dan guru besar di sekolah perlu bersedia untuk menyerap segala perubahan yang telah dirancang dan menyampaikan kepada guru- guru secara berkesan. Pengetua dan guru besar perlu menggunakan kebijaksanaan kepemimpinan mereka untuk mengelakkan tekanan dan bebanan kerja ke atas guru serta memberikan mereka kepuasan berkerja. Sejurus, isu kepemimpinan dalam bidang pendidikan menjadi semakin kompleks dalam era dunia tanpa sempadan. Pemimpin-pemimpin sekolah perlu sentiasa proaktif serta 1

tugasab latifah.doc

Embed Size (px)

Citation preview

PERANAN DIMAINKAN OLEH KEPIMPINAN SEKOLAH KEARAH MELAHIRKAN WARGA SEKOLAH CEMERLANG DAN DAN BERPRESTASI TINGGI SELARAS DENGAN AGENDA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA YANG DIHASRATKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

PERANAN DIMAINKAN OLEH KEPIMPINAN SEKOLAH KEARAH MELAHIRKAN WARGA SEKOLAH CEMERLANG DAN BERPRESTASI TINGGI SELARAS DENGAN AGENDA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA YANG DIHASRATKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan transformasi sistem pendidikan pada tahun 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid. Transformasi ini akan melibatkan beberapa perubahan daripada segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah. Selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan. Antara transformasi yang dilakukan oleh KPM ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), LINUS, Satu Murid Satu Sukan dan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Sehubungan itu, warga pimpinan di sekolah iaitu pengetua dan guru besar di sekolah perlu bersedia untuk menyerap segala perubahan yang telah dirancang dan menyampaikan kepada guru-guru secara berkesan. Pengetua dan guru besar perlu menggunakan kebijaksanaan kepemimpinan mereka untuk mengelakkan tekanan dan bebanan kerja ke atas guru serta memberikan mereka kepuasan berkerja.

Sejurus, isu kepemimpinan dalam bidang pendidikan menjadi semakin kompleks dalam era dunia tanpa sempadan. Pemimpin-pemimpin sekolah perlu sentiasa proaktif serta bersedia melengkapkan diri dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi selaras dengan perkembangan dunia pendidikan yang semakin mencabar. Kepemimpinan sekolah sentiasa berhadapan dengan tekanan yang berterusan dalam meningkatkan standard dan penambahbaikan sekolah. Hal ini kerana sekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan. Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepemimpinan yang diamalkan di sesebuah sekolah itu. Kepemimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikan sekolah yang berterusan.Dengan itu, kepemimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan jika ingin melihat sekolah memperoleh kecemerlangan dan prestasi tinggi dalam semua bidang pendidikan.Dalam Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) yang termaktud dalam Akta Pendidikan 1996 yang menyebut Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dengan itu,untuk melahirkan warga sekolah kearah kecemerlangan dan berprestasi tinggi semua bidang pendidikan seleras dengan agenda Transformasi Pendidikan Negara pepimpinan pengetua dan guru besar adalah sangat penting dalam pengurusan sekolah.Kepimpinan dapat diertikan dalam pelbagai maksud. Namun untuk menjadi pemimpin, mestilah ada pengikutnya. Dalam Islam semua manusia adalah pemimpin ( khalifah ) dan setidak-tidaknya sebagai pemimpin kepada diri sendiri.

PENGAPLIKASIAN AGENDA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA DI SEKOLAH PERANAN WARGA SEKOLAH SEBAGAI PEMIMPIN

Setiap warga sekolah bertindak sebagai pemimpin dalam dunia pendidikan perlu faham bahawa sesuatu perubahan yang berlaku tidak seharusnya dibiar berlaku secara rambang. Perubahan ini harus dirancang supaya sumber-sumber yang terdapat di sesebuah sekolah dapat digembleng dengan sebaik mungkin dan objektif transformasi itu tercapai.

Mengikut Kurt Lewin, perubahan organisasi terancang melalui tiga fasa yang jelas dan berkait rapat. Perubahan ini melibatkan fasa kesedaran (unfreezing ), perubahan ( changing ) dan pengukuhan ( refreezing ).

Untuk memberi gambaran yang jelas dengan situasi sebenar di sekolah dalam mencapai kecemerlangan yang berprestasi tinggi ini, saya memilih transformasi dari segi melaksanakan Program 3K di sekolah.Seseorang pemimpin transformasi akan menggubal visi yang tepat dan jelas serta mudah difahami oleh semua warga sekolah. Contohnya seseorang pengetua atau guru besar telah memberitahu kepada guru-guru untuk melaksanakan Program 3K di sekolah dan berhasrat untuk memenangi pertandingan tersebut di peringkat negeri pada tahun hadapan. Apabila faham, barulah guru-guru dapat memikirkan sendiri peranan yang dapat mereka mainkan bagi mencapai visi tersebut. Apabila visi itu berjaya nanti, mereka akan berasa puas hati terhadap sumbangan masing-masing.

Selain visi, pemimpin transformasi juga perlu menggubal srategi bagi mencapai visi yang telah dimaklumkan kepada guru-guru. Pengetua dan guru besar hanya perlu memberitahu guru-guru jalan utamanya sahaja dan merangsang intelektual guru-guru bagi mencadangkan srategi yang boleh dilaksanakan. Dengan cara ini guru-guru berpeluang menyumbang idea masing-masing bagi menceriakan kawasan sekolah seperti mengadakan sudut-sudut tertentu, mural, taman dan sebagainya serta cara perlaksanaannya. Hasilnya, mereka berasa mempunyai tempat dalam hal-hal yang penting dan dipercayai untuk membuat sesuatu keputusan. Sejurus, manusia adalah insan yang lemah dan selalu terlupa. Oleh itu mereka sentiasa perlu diingatkan tentang misi dan visi yang dikongsi dan hendak dicapai bersama-sama. Pengetua dan guru besar akan sentiasa memberi motivasi kepada guru-guru dengan meniup semangat juang bagi merealisasikan visi dan misi tersebut.

Selain itu, pengetua dan guru besar adalah seorang yang bertimbang rasa secara individu. Sebagaimana yang kita sedia maklum, bukan semua guru di sesebuah sekolah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang. Oleh itu,Pengetua dan guru besar sebagai seorang pemimpin akan membimbing guru-guru yang bersemangat untuk mengadakan sesuatu bagi mencapai visi tetapi kurang tahu caranya. Contohnya bagaimana untuk mencari penaja bagi menjayakan salah satu aktiviti program 3K tadi.

Pengetua dan guru besar adalah role model kepada semua guru. Untuk itu beliau tidak hanya bercakap sahaja tetapi perlu menjadi teladan kepada guru-guru lain. Contohnya apabila menjalankan sesuatu aktiviti yang telah dirancang seperti gotong royong membersihkan kawasan sekolah, beliau juga perlu turun padang bersama-sama guru-guru yang lain. Apabila kita inginkan orang bawahan sanggup berkorban, kita juga perlu memulakan pengorbanan itu.

Selain itu, setiap kejayaan yang mengarah kepada pencapaian visi mestilah diraikan sama ada secara formal atau tidak formal. Ganjaran adalah salah satu faktor yang dapat mencipta hubungan positif antara Pengetua dan guru besar dan guru-guru. Menurut Abraham Maslow, pakar psikologi terkenal, manusia mempunyai harga diri dan maruah yang mesti dimuliakan. Perbuatan meraikan kejayaan sangat berguna bagi memperteguhkan lagi keyakinan diri, azam, tekad dan komitmen guru-guru untuk terus bekerja kuat mencapai visi yang ditetapkan.

RUMUSAN

Seseorang pemimpin yang berkesan dalam konteks sekolah adalah seorang yang dapat memperoleh dan mengekalkan pencapaian pelajar. Ini bermakna bahawa pencapaian sesebuah sekolah mestilah memenuhi objektif ataupun ekspektasi stakeholders. Peranan guru besar adalah menyediakan asas yang kukuh dan persekitaran yang kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu pengetua dan guru besar harus bijak memilih stail kepimpinan mereka bagi membuat perubahan.

Menurut kajian Ishak ( 2001 ), kepimpinan dalam kalangan dikatakan salah satu kepimpinan yang baik dan boleh mempengaruhi subordinat. Kepimpinan ini berusaha menjajarkan nilai dan norma organisasi, dan apabila perlu, menyedia dan melakukan perubahan dalaman dan luaran.

Secara umumnya, kepimpinan tersebuti dianggap oleh subordinat sebagai pemimpin yang boleh memberi kepuasan kepada mereka. Ini menyebabkan organisasi atau sekolah menunjukkan prestasi yang tinggi. Selain itu, subordinat kepimpinan transformasi dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh kerana bangga terhadap pemimpin dan organisasi mereka.

Secara amnya kepimpinan ini juga merupakan seorang pemimpin yang mempunyai sifat-sifat dan tingkah laku unggul, berupaya membangkitkan inspirasi orang bawahan, berkebolehan merangsang intelektual subordinat dan mempunyai sifat-sifat bertimbang rasa. Pemimpin ini berupaya membangkit dan mengekalkan komitmen dan kepuasan subordinat.

ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP PROFESION, ETIKA, AKAUANTIBILITI DAN PROFESIONALISME YANG TERDAPAT DI DALAM FILEM PENDEK YENG BERTAJUK THE INVILIGATORCadangan dan Pandangan untuk memperbaiki amalan dalam filem pendek tersebut.Paparan dalam filem pendek "The Invigilator" ini berkisar tentang seorang guru praktikum yang bernama Amira melalui pelbagai dugaan dan cabaran di awal peringkat profesionnya sebagai seorang pendidik di sekolah. Cikgu Amira telah mengetengahkan pelbagai ciri sebagai seorang pendidik. Dalam mengharungi dunia pendidikan untuk menjadi bakal guru, Cikgu Amira telah pun memaparkan dan mengetengahkan sikap profesionlisme sebagai seorang guru, beretika dan juga telah memaparkan nilai berakauntibiliti dirinya.Paparan keseluruhan filem pendek tersebut memberi gambaran bahawa Cikgu Amira menunjukkan kesungguhannya dalam pengajaran malangnya beliau menghadapai pelbagai masalah dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar dalam kelasnya kerana masalah disiplin yang amat ketara pada keseluruhannya kerana mereka melakukan aktiviti mengikut kehendak mereka sendiri sehingga mereka boleh main terup di sekolah. Bilik darjah yang tidak terurus menyebabkan pembelajaran dan pengajaran tidak kondusif. Datang ke sekolah dengan berpakaian tidak diurus dengan baik. Cikgu Cik Amira adalah seorang guru yang dalam latihan perguruan dan sedang menjalani latihan praktikum di sekolah tersebut. Setiap kali beliau memasuki kelas, beliau tidak dapat mengawal pelajar sekolah itu dan mereka langsung tidak menghormati guru atau menghiraukannya.

Kalau kita merujuk kepada akauntibiliti yang ditunjukan oleh Cikgu Amira dari sudut tersebut, keadaan ini menunjukkan beliau mempunyai banyak pengetahuan yang luas dan berketerampilan dalam bidang yang diajar. Walau pun dalam keadaan kelas yang tidak terkawal dengan pelbagai karena pelajarnya. Dengan melalui situasi yang buruk ini Cikgu Amira masih boleh menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pengajaran iaitu akauntibiliti terhadap pelajar dalm kelasnya dengan harapan pengajarannya itu dapat mengubah prestasi dan sikap para pelajarnya ke tahap yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang. Namun malang bagi Cikgu Amira kerana para pelajar dalam kelasnya tidak menghiraukan akan pengajaran beliau. Lebih menyedihkan ialah ada dalam kalangan pelajar menunjukkan bersikap biadap dan buruk terhadapnya. Namun begitu Cikgu Amira cuba menegur pelajar tersebut dengan menerapkan pelbagai nilai akauntibiliti terhadap pelajar iaitu Cikgu Amira cuba untuk membentuk sahsiah pelajar tersebut. Dalam menghadapi situasi sebigini rupa Cikgu Amira tidak harus cepat putus dan sentiasa menunjukan paparan diri sebagai seorang guru yang berintegiri iaitu mempunyai sikap tanggungjawab dalam mendidik anak muridnya. Sejurus Cikgu Amira juga harus memaparkan kesunguhan dalam melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah dan mempunyai keprihatinan terhadap pelajar-pelajar di dalam kelas.

Dalam mengharungi sesi pengajarannya, Cikgu Amira harus mengetengahkan beberapa nilai dan konsep yang patut ada pada seorang guru iaitu berintegriti, berakauntibiliti serta mengamalkan etika keguruan. sebagai mana disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurut dalam ajaran dan tuntuan dalan setiap agama di pentas bumi ini Cikgu Amira harus ingat bahawa sebagai manusia ciptaan Ilahi kita tidak boleh lari daripada segala cabaran dan dugaan yang bakal kita hadapan di bumi ciptaan Maha Esa ini. Mungkin setiap kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu tidaklah disengajakan atau mungkin situasi kelas yang sedemikian rupakan membuat Cikgu Amira terpaksa melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pendidk yang berwawasan. Dalam mengetengahkan pelbagai isu betkaitan etika guru, Cikgu Amira seharusnya memaparkan nilai kesantunan diri dari segi perlakuan bahasa. Merujuk kepada Iimuwan Pendita Za'ba dalam penulisan jurnalnya bertajukMalayan Branch(1950),beliau menyatakan bahawa pengawalan suara merupakan instrumen yang sangat penting dalam etika berkomunikasi dengan seseorang di pentas masyarakat. Beliau juga menekannya bahawa kita sebagai guru yang sanagat dihormati di pentas masyarakat ini tidak boleh sama sekali mengamalkan sikap suka menjerit dan meninggikan suara seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang yang menghadapi masalah pendengaran. Dengan ini saya mencadangkan kepada Cikgu Amira agar menggunakan cara diplomasi atau kemahiran komunikasi dengan bijak di dalam kelasnya. Pada keseluruhan menunjukkan bahawa Cikgu Amira telah gagal mewujudkan hubungan dua hala di antara guru dengan pelajar. Saya dengan yakin menyatakan bahawa sekiranya Cikgu Amira mengguanakan bahasa lembut lebih lembut dan sopan, sudah tentu paparan sikap negatif yang ditunjukan oleh pelajar tersebut akan berubah kearah positif. Selain itu, Sebagai seorang guru yang baru menceburi diri dalam alam profesion keguruan, Cikgu Amira cepat berasa putus asa untuk meneruskan karier sebagai seorang guru. Dalam konteks perkembangan ini, Cikgu Amira seharus tahu akan kod etika keguruan seperti kod etika terhadap murid-murid. Sebagai seorang guru baru, banyak kekangan dan juga cabaran untuk menghadapi pelajar yang tidak bermoral seperti yang dipaparkan di dalam filem tersebut.

Dengan itu, para guru di arus dunia pemodenan pendidikan ini perlulah mengatur diri dan melengkapkan dirinya dengan persediaan yang cukup rapi dalam menghadapi pelbagai ragam pelajar bakal dipertengahkan pada zanam moden ini.

Sejurus, kita sebagai warga pendidik harus faham akan semakin lama tempoh masa kita berada dalam dunia pendidikan ini, semakin banyak pengalaman yang diperoleh. Pengalaman inilah yang akan membina keyakinan pada seseorang guru yang berdiri di hadapan kelas untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran buat kali pertama. Keadaan ini yang dikatakan peringkat perkembangan guru. Menurut Fuller (1969), teori-teori perkembangan guru termasuklah Teori Keprihatinan yang mempunyai tiga pemeringkatan iaitu keprihatinan terhadap diri sendiri, keprihatinan terhadap tugas dan keprihatinan terhadap impak pengajaran. Perkembangan Cikgu Amira masih lagi di peringkat pertama dalam Teori Keprihatinan iaitu keprihatinan terhadap diri sendiri. Di sini Cikgu Amira perlu beri perhatian yang serius terhadap kemampuan dirinya dalam menangani masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Situasi dalam kelas Cikgu Amira membuatkan beliau bimbang terhadap kemampuan dirinya sendiri dalam menghadapi sesi pengajaran dalam kelas. Namun begitu, tahap keperihatinan diri dan kebimbangan terhadap kemampuan diri Cikgu Amira akan berkurangan setelah beberapa bulan pertama mengajar. Akan tetapi jangka masa yang diambil oleh seseorang guru untuk mengatasi masalah ini tidak sama. Mungkin seseorang guru memerlukan masa yang lebih lama berbanding dengan guru yang lain. Bagi kes Cikgu Amira ini, tanda-tanda yang menunjukkan keprihatinan terhadap diri sendiri akan berkurangan apabila cikgu Amira mula lebih memberikan perhatian kepada cara-cara untuk mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik.

Pada pendapat saya, untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang bermasalah ialah mereka ini perlu didikan dengan mengetengahkan konsep nilai rohani berpandukan nilai keagamaan. Perubahan tingkah laku daripada biadap kepada lebih bersopan, daripada malas kepada lebih rajin, daripada suka bermain-main kepada lebih serius adalah perlu diutamakan daripada peningkatan akademik. Lantaran, perubahan sikap akan pasti mempengaruhi perubahan dalam pembelajaran dan seterusnyn dalam pencapaian pelajar dalam peperiksaan.

Dalam pada itu semua warga pendidik perlu ingat bahawa tugas guru merupakan satu amanah yang berat untuk dipikul. Untuk menunaikan amat ini setiap guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu mengajar. Ilmu yang paling bermakna dan besar pengaruhnya ialah pengalaman. Pengalaman menjadikan seseorang guru itu lebih tabah , kuat dan lebih bersedia menghadapi cabaran yang mendatang. Guru perlu lebih kreatif dan menyesuaikan kaedah dengan situasi yang dihadapi.Guru juga perlu belajar daripada kesilapan. Kaedah try dan error juga kadang kala akan membantu guru cuma resikonya tetap ada. Disini saya ingin mengemukakan cadangan dan pandangan yang sedikit sebaik dapat membantu akan masalah dihadapi oleh Cikgu Amira sebagaimana dalam paparan dalam filem tersebut :-

1) Bermula dengan niat.Langkah pertama bermula sebelum memasuki kelas lagi. Seseorang guru itu perlu memperbetulkan niatnya. Niat seorang guru ialah memberikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya. Niat yang baik pula perlu disertai dengan doa tuntutan dalam setiap agama yang dapat mempermudahkan pekerjaan kita.

2) Kenali pelajar-pelajar kita. Setiap pelajar mempunyai karektor yang berbeza dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada pelajar yang tidak boleh ditegur dengan nada kasar atau dimarahi dengan nada tinggi.Tidak seperti zaman dahulu. Memang ada waktunya ego guru tercabar dengan tingkah laku pelajar namun guru perlu bersabar. Memarahi pelajar dengan meninggi suara belum tentu dapat mengubah tingkah laku pelajar, malah mungkin mengakibatkan masalah menjadi lebih teruk. Mungkin hingga ke peringkat guru ditumbuk oleh pelajar yang agresif dan pantang dicabar. Atau mungkin akhirnya menyebabkan guru pula yang bertindak di luar tahap kesabaran .

Bukan bererti guru perlu takut kepada pelajar dan mengikut kehendak mereka. Cuma yang perlu guru lakukan ialah mencari soft spot dalam diri pelajar. Pelajar yang menimbulkan masalah di dalam kelas berkemungkinan merupakan pelajar yang mempunyai masalah keluarga atau masalah dalam mencari identiti sendiri serta terpengaruh dengan persekitaran dan gejal-gejala negatif . Oleh itu, kenali diri mereka dan dekati mereka mengikut kaedah yang paling sesuai.

Sebelum seseorang guru itu memasuki sesebuah kelas, guru itu seharusnya sudah tahu karektor pelajar-pelajarnya. Apapun keadaannya, sebelum memulakan pelajaran, guru perlu menghentikan segala bentuk aktiviti pelajar dan memastikan kehadiran guru disedari oleh pelajar. Pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dimulakan selagi pelajar tidak bersedia untuk menerima pelajaran. Pada waktu ini, guru perlu berdiri di tengah-tengah kelas sebelah hadapan. Pandang setiap pelajar. Lazimnya, ada yang akan menyedari kehadiran guru dan memaklumkan kehadiran guru kepada rakan-rakan yang lain. Setelah semuanya berdiri dan bersedia, pandanglah ketua kelas. Ketua kelas menunggu isyarat daripada guru untuk mengetuai rakan-rakannya memberi salam kepada guru.

Namun sekiranya kehadiran guru tidak dipedulikan, guru perlu mencari kaedah lain dalam memastikan pelajar-pelajar sedar yang guru sudah bersedia untuk mengajar .Tidak salah seandainya guru yang memberi salam dahulu kepada pelajar-pelajar.Salam perlu diberi dengan suara yang lantang dan jelas.Pelajar-pelajar pasti dapat dikejutkan dan akan membalas salam guru. Bagi pelajar-pelajar yang masih meneruskan aktiviti-aktiviti mereka, sedarkan mereka dengan memanggil nama masing-masing. Selagi pelajar tersebut tidak berdiri tegak dan bersedia, jangan benarkan pelajar-pelajar lain duduk. Kalaupun mungkin tidak mahu peduli akan kehadiran guru dan tidak menghormati guru, pelajar-pelajar yang bermasalah ini pasti akan menghentikan aktiviti-aktiviti yang sedang mereka lakukan setelah didesak oleh rakan-rakan yang berdiri.

3) Sayangilah pelajar. Guru ialah ibu bapa pelajar di sekolah. Guru perlu menyayangi pelajar-pelajarnya. Mereka ialah anak-anak didik yang perlu diberi perhatian dan diasuh dengan budi pekerti yang tinggi. Mereka lebih memerlukan kasih sayang bukan disogok oleh arahan demi arahan. .Jika mahu pelajar mempunyai akhlak yang baik, guru perlu menjadi role model yang dapat diteladani oleh pelajar. Guru perlu bercakap dengan pelajar dengan nada yang lembut tetapi tegas . Cara ini lebih berkesan daripada bercakap dengan nada keras dan garang. Pelajar-pelajar sekarang tidak suka dikuasai.Mereka akan cepat melawan. Guru bukanlah diktator tetapi merupakan fasilitator atau pembimbing pelajar.

Panggillah nama pelajar ketika bercakap dengannya. Pelajar lebih mudah memberi perhatian Sebaik-baiknya dengan panggilan nama penuh. Atau guru boleh memanggil pelajar dengan singkatan nama yang disukainya. Tanyalah pelajar tersebut. Namun sekiranya nama tersebut hanya nama gelaran dan yang direka oleh pelajar, lebih baik guru menggunakan nama penuhnya.Jangan mudah menurut kehendak pelajar semata-mata ingin membuatkan pelajar suka kepada kita. Pelajar tersebut mungkin cuba mempermain-mainkan guru.

4) Beri penjelasan kepada setiap teguran. Setiap kali menegur sikap negatif pelajar, seharusnya dia diberi penjelasan kenapa tingkah lakunya merupakan satu kesalahan. Nyatakan kesan yang akan dihadapi oleh dirinya sendiri dan kesan perlakuannya kepada orang lain. Jelaskan juga kenapa dia perlu memberi kerjasama kepada guru supaya tidak mengganggu kelas. Ada kemungkinan, pelajar yang bermasalah tidak ambil peduli kesan yang ditimbulkannya. Mungkin juga mereka memang berniat untuk menganggu kelas. Tujuannya lebih untuk berseronok dan mendapat perhatian daripada guru. Guru perlu tegas dalam hal ini. Tegur dengan baik dan pastikan pelajar yang bermasalah ini tahu bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian. Maklumkan kepada pelajar-pelajar bahawa guru mengambil berat terhadap mereka dan mahu mereka berkelakuan baik.

5) Hargailah pelajar. Setiap kali pelajar akur dengan arahan atau setiap kali pelajar menunjukkan perubahan walaupun sedikit, pujilah dia di hadapan kawan-kawannya. Tunjukkan kepada pelajar tersebut bahawa perubahannya itu menggembirakan semua orang. Pelajar perlu tahu bahawa dia membantu dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih berkesan dan guru amat menghargai tindakan yang diambilnya.

Bagi pelajar yang tidak mengganggu kelas tetapi tidur dalam kelas dan malas hendak membuat latihan atau kerja yang dipinta oleh guru, dengan lembut tetapi tegas, pintalah supaya pelajar tersebut bangun. Beri peluang kepada pelajar supaya lebih cergas dengan mengizinkannya keluar dari kelas dan pergi ke tandas. Minta pelajar membasuh muka dan menghirup udara di luar kelas sebelum masuk ke kelas semula. Nyatakan juga bahawa guru mengharapkan pelajar dapat kembali ke dalam kelas dan mengikuti pelajaran.

Pelajar tersebut mungkin tidak mahu ke tandas. Jika demikian, jangan dipaksa. Sebaliknya pinta supaya pelajar tersebut berdiri dan mengemaskan pakaiannya atau setidak-tidaknya duduk tegak dan membuat kerja yang diberi. Mungkin pada peringkat awal, pelajar tersebut akan tidur semula apabila guru memberi perhatian kepada pelajar lain. Jangan berputus asa. Kembali semula kepadanya.Ulangi tindakan. Yang penting, pelajar akan sedar bahawa dia juga diberi perhatian.

Kemungkinan kaedah di atas membuahkan hasil amat bergantung kepada siapa pelajar kita, dan suasana yang kita hadapi .Masalah mungkin tidak dapat diselesaikan dalam sekelip mata, mungkin juga tidak dapat diselesaikan langsung oleh guru itu sendiri. Namun guru bukan sendirian. Perolehlah bantuan daripada rakan-rakan guru yang lain sekiranya melibatkan masalah yang besar. Jalan terakhir, serahkan tugas mendisplinkan pelajar kepada guru disiplin dan pentadbir sekolah. Namun, guru harus sedar tindakan tersebut ialah tindakan yang terakhir. Biasanya, pelajar yang dihantar kepada guru disiplin akan didenda dengan rotan. Jika pelajar tersebut sering dihantar ke pejabat untuk tindakan disiplin, pastinya sukar untuk membuatnya berubah kerana dia pasti sudah lali dengan hukuman rotan tersebut. Malah guru akan hilang kewibawaan dalam menangani masalah disiplin pelajar-pelajarnya,apatah lagi sekiranya kesalahan pelajar adalah kecil. Guru harus terlebih dahulu cuba untuk menangani pelajar bermasalah dengan cara diplomasi. Guru tidak seharusnya berputus asa.

Gagal atau berhasilnya usaha guru merupakan perkara yang kedua. Yang utamanya ialah guru sudah berusaha. Tidak semua pelajar dapat diselamatkan. Tidak semua pelajar boleh dibentuk. Guru perlu sedar akan hakikat itu.Yang pentingnya, guru meminimumkan jumlah pelajar yang sedemikian Yang pentingnya ialah biarpun tidak cemerlang dalam pelajaran, tetapi biarlah pelajar-pelajar yang keluar daripada alam persekolahan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Kita ingin melahirkan generasi akan datang mengikut acuan kita sendiri. Biarpun mungkin bentuknya tidak cantik tetapi yang pentingnya rasa kuih yang dihasilkan adalah sedap. Mungkin pelajar yang bermasalah ini tidak dapat dibentuk menjadi doktor mahupun peguam ataupun apa-apa pekerjaan kolar putih, namun yang lebih penting ialah mereka dapat menjadi warganegara Malaysia yang dapat menyumbang kepada kemakmuran negara. Menjadi tukang sapu pun, tidak mengapa.Kalau tidak ada tukang sapu, siapa pula yang akan menjalankan kerja-kerja pembersihan? Namun, tukang sapu yang ingin kita hasilkan ialah tukang sapu yang rajin bekerja, yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan yang menghindarkan diri daripada perlakuan jenayah. Mereka ini pasti dapat memberi sumbangan dalam pembangunan negara.

ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP PROFESION, ETIKA, AKAUANTIBILITI DAN PROFESIONALISME YANG TERDAPAT DI DALAM VIDEO KLIP CIKGU SHAARIPaparan video klip memberi gambaran dan komen tentang watak yang dipaparkan oleh Cikgu Shaari merupakan seorang guru yang ternyata tidak mematuhi kod etika keguruan dan perbuatan beliau menjatuhkan imej profesion keguruan.

Pertamanya cikgu Shaari telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap pelajar iaitu beliau seharusnya membimbing dan dan mengajar pelajar-pelajarnya dan bukanya tidur dalam kelas. Cikgu Shaari telah menunjukkan penampilan diri yang tidak boleh dijadikan contoh. Keduanya, dari segi penampilan seorang guru, Cikgu Shaari masuk ke kelas dalam keadaan diri yang tidak terurus, mukanya seperti orang baru bangun tidur dan ini memberikan satu pandangan yang negatif terhadap pelajarnya.

Cikgu Shaari tidak mempunyai akauntibiliti terhadap diri sendiri mahupun terhadap pelajar. Cikgu Shaari tidak komited terhadap tugas beliau sebagai seorang pendidik, melaksanakan tugas secara adil serta memberikan peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar. Apabila akauntibiliti terhadap pelajar tiada maka secara langsung cikgu Shaari tidak mempunyai akauntibiliti terhadap ibu bapa. Seorang guru itu diamanahkan oleh ibu bapa untuk melaksanakan tugas mendidik agar memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna kepada mesyarakat dan negara. Sebagai seorang pendidik, Cikgu Shaari mampunyai akauntibiliti terhadap perkembangan dan kemajuan pelajar-pelajar di sekolahnya. Pengajaran dan didikan yang diberi akan membentuk perwatakan pelajar di samping pendidikan yang diperolehi.

Dalam aspek pengurusan masa, Cikgu Shaari gagal menguruskan masanya sendiri. Cikgu Shaari tidak dapat membahagikan masa peribadinya dengan masa sewaktu bertugas. Kemungkinan Cikgu Shaari mempunyai kerja lain di luar waktu persekolahan. Ini tidaklah melanggar etika keguruan tetapi sekiranya kerja luar tersebut mengganggu kelancaran dan prestasi guru sewaktu masa rasmi bertugas, ini merupakan satu kesalahan besar bagi seorang guru. Pengurusan masa merupakan satu disiplin diri bagi seorang guru. Menurut Good, (1973) pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti di kelas, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat. Cikgu Shaari perlu menggunakan masa dengan bijak dalam merancang PdP dengan baik agar tidak membazirkan masa pelajar.

Kesimpulannya, video klip "Cikgu Shaari" memberi peringatan kepada semua golongan pendidik agar tidak mempunyai sikap seperti "Cikgu Shaari". Bagi memjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim,2007).

Berikut dikemukakan cadangan dan pandangan untuk memperbaiki amalan yang dipaparkan dalam video tersebut:-Pada dasarnya Cikgu Shaari harus faham akan Etika Profesional sebelum melangkah diri ke alam dunia pendidikan untuk menjadi seorang pendidik dan beliau juga harus faham semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.Antara kod etika yang harus dimiliki oleh Cikgu Shaari untuk memartabatkan profesion perguruan adalah seperti berikut:

1. Kod etika tentang garis panduan dan tingkah laku dalam profesion perguruan.2. Cikgu Shaari perlu faham akan Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. 3. Dengan memahami kod etika ini Cikgu Shaari dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.4. Cikgu Shaari juga harus faham akan Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi

Selain memahami tentang Etika Perguruan, Cikgu Shaari juga harus faham maksud akauntabiliti keguruan yang perlu dilaksanakan oleh beliau.

Akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap:-

a) PelajarCikgu Shaari haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Beliau juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Cikgu Shaari perlu ingat bahawa seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Cikgu Shaari hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

b) DiriCikgu Shaari haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, Cikgu Shaari hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Cikgu Shaari juga digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Cikgu Shaari juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

c) SekolahSekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , Cikgu Shaari juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, beliau mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar, Cikgu Shaari juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

d) Masyarakat dan NegaraSebagai seorang guru, Cikgu Shaari hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Cikgu Shaari hendaklah memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Cikgu Shaari hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu Cikgu Shaari hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama dalam kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Cikgu Shaari haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Beliau juga perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu beliau juga hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Beliau juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

e) Profesion KeguruanCikgu Shaari haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Beliau juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

KesimpulannyaDengan dapat memahami prinsip akauntabiliti, Cikgu Shaari dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh sebab perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan seperti dalam paparan dalam video tersebut.Refleksi Bersyukur kepada kehadarat ilahi saya berjaya menyiapkan tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional (EDU3083) yang telah diberikan kepada saya pada 23 Ogos 2014 oleh pensyarah pembimbing PuanLatifah bt. A. Jamil dan perlaksanaan tugas ini bermula mulai pada 18 Ogos 2014 dan tarikh akhir tugasan ini perlu disiap pada 5 September 2014. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkan tugasan ini secara menyeluruh iaitu saya perlu menyiapkan satu esai ilmiah ( tugasan daripada soalan 1) bertajuk Kepimpinan sekolah ke arah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan prestasi tinggi selaras dengan agenda Transformasi Pendidikan Negara yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan. Tugasan ini perlu disiapkan secara kumpulan. Walaupun tugasan ini perlu dilakukan secara kumpulan tetapi saya memilih untuk melaksanakan tugasan ini secara individu kerana melalui pelbagai kekangan daripada rakan dari segi kecepatan untuk menyiapkan tugasan ini. Kadang kala rakan saya tidak menunjukkan kesungguhan dalam menyiapkan kerja krusus ini dengan cepat dan tidak sehaluan dari segi pengurusan masa dan perbincangan. Kadang kala memberi alasan tiada masa untuk duduk berbincang kerana terlalu sibuk tugas-tugas di sekolah. Saya tidak suka membuat kerja saat terakhir. Untuk elak daripada tertimbul masalah salah faham dalam kalangan rakan sekursus ini. Saya mengambil keputusan untuk menyiap kerja tersebut secara individu tanpa menyusahkan sesiapa. Saya juga rasa lebih selesa membuat kerja kursus ini secara individu, dengan merancang masa tanpa menggangu tugasan di sekolah. Saya berharap puan pensyarah faham akan masalah saya ini. Untuk menyiapkan tugasan tajuk tersebut, saya telah menguatkan semangat kejituan diri dengan mengatar langkah merujuk pelbagai sumber daripada pelbagai buku rujukan di pusat sumber sekolah saya dan juga banyak merujuk di sumber teknologi maklumat iaitu Internet. Walaupun saya melaksanakan tugasan ini secara individu saya juga dapat bantuan dan pandangan daripada rakan sekolah dan sekuliah saya yang lain.

Selain tugasan kumpulan tersebut di atas, saya juga perlu menyiapkan tugasan secara individu ( tugasan soalan kedua) iaitu saya perlu membuat ulasan kritis tentang profesion, etika, akuantibiliti dan profesonalisme yang perlu dirujuk di dalam filem pendek bertajuk The Inviligator dan video klip Cikgu Sazali yang dimuatkan di dalam Portal pembelajaran atas talian (PPG on line). Dalam menyiapkan tugasan ini saya telah mengemukakan cadangan dan pandangan untuk memperbaiki amalan tersebut. Untuk menyiapkan tugasan tersebut saya berulang kali menonton video dan filem pendek tersebut untuk memahami akan isi kandang dan perjalanan jalan cerita tersebut dengan merujuk peranan watak dan perwatakan dalam setiap babak cerita tersebut daripada mula hingga akhir cerita itu. Daripada situ, saya dapat faham akan tema yang dipaparkan dalam video dan filem tersebut. Saya memberi pandangan dan pandangan dengan merujuk pelbagai sumber daripada internet dan menyenaraikan segala konsep berkaitan dengan perofesion, etika, akuantibiliti dan profesional . Setelah menyenaraikan segala sumber dapatan tersebut dengan membaca dan memahami konsep tersebut mengaitkannya dengan perwatakan yang dipaparkan dalam video dan filem tersebut. Daripada rujukan daripada sumber-sumber tersebut banyak membantu saya dalam mengetengahkan pelbagai cadangan dan pandangan yang bernas dalam menyiapkan tugasan ini.

Semasa saya menjalankan tugasan ini, masalah yang utama yang saya hadapi ialah kekangan masa dan tugasan harian di sekolah yang begitu banyak. Semua ini tidak menjadi penghalang untuk saya untuk menyiapkan tugasan ini dan yang penting ialah pengurusan masa dengan bijak dan memberi kepercayaaan pada diri serta tahap disiplin yang kuat dan utuh akan membuahkan hasil yang terbaik dalam menyiap tugasan ini dengan jayanya.

Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa tugasan ini sangat-sangat membantu saya untuk melangkah diri kehadapan untuk menghadapai cabaran dunia pendidikan kian mencabar ini. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari daripada penghasilan tugasan ini akan saya ingat dan praktikkan dalam kehidupan saya sebagai seorang pendidkan yang berwawasan tinggi.

Melalui tugasan ini yang banyak merujuk kepada paparan dan kisah-kisah dalam video dan filem pendek ini amat menjadikan saya sebagai seorang guru mempunyai amat bertanggungjawab dalam mendidik anak murid berbangsa Malaysia untuk menjadi pemimpin yang berkarisma pada masa akan datang. Paparan dan video dan filem tersebut juga menginsafkan saya bahawa murid-murid amat memerlukan perhatian dan bimbingan terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas.

Akhirnya semasa berada di bawah bimbingan pensyarah yang sangat prihatin serta tunjuk ajar yang murni iaitu PuanLatifah bt. A. Jamil, membuatkan saya berpuas hati akan tugasan yang dihasilkan. Dalam melaksanakan tugasan ini banyak mengajar saya erti kesabaran dan disiplin yang tinggi kerana guru yang benar-benar berjaya ialah guru yang mengibaratkan dirinya seperti lilin yang terus menyinar diikuti dengan sinaran lilin yang baru. Semoga apa yang saya hasilkan dalam tugasan ini benar-benar berkualiti dan memberi panduan dan nukilan yang amat berguna kepada masyarakat warga pendidikan khasnya dengan izin Tuhan Maha Esa. Hujan lebat kilat menyambar,

Hingga nampak pasar dan pecan

Sebarang pekerjaan tekun dan sabar,

Apa dihajat Tuhan kurniakan.

-Koleksi Pantun Zakaria Hitam

Sekian terima kasih

Baskaran A/L Subramanian

680506-08-5753PAGE 10