Tugasan 2 ( penerangan blog)

  • View
    70

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

1. PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044TUGASAN 2 PENERANGAN BLOGZARIDA BT AHMAD M20121000799PM DATO DR ABD LATIF HJ GAPOR1 2. Pembinaan Blog Wordpress WordPress ialah satu alat penerbitan percuma dalam talian. Ia merupakan satu perisian berasaskan web yang membolehkan sesiapa sahaja membina serta menyelenggarakan atau menyunting laman web atau blog. Pada asalnya, tujuan Wordpress adalah sebagai satu cara mudah untuk membina blog (http://www.mcbuzz.com/wordpress/what-is-wordpress/). Masa yang diambil untuk pembinaan blog ini adalah selama 1 Minggu yang bermula pada 23/10/2013 29/10/2013. Saya membina blog menggunakan WordPress kerana cara penggunaannya mudah tanpa perlu sebarang pembayaran bagi pendaftaran. Berbanding dengan Blogger, WordPress lebih senang untuk dikendalikan dan digunakan terutamanya bagi pengguna baru. Selain itu, saya ingin mencuba sesuatu yang baru kerana ramai pengguna lebih memilih untuk menggunakan laman Blogger. Alamat blog saya ialah www.zarida22.wordpress.com. Blog saya ini bertemakan matapelajaran Sains Sekolah Rendah.Blog saya ini mengandungi lima halaman iaitu Home, About, Bahan PdP, Tugasan KPT6044 dan Video pilihan.Dibahagian muka hadapan (Home) terdapat video untuk mempromosikan blog saya. Video tersebut telah saya upload di youtube. Melalui video ini saya berharao agar 2 3. blog saya ini akan dikunjungi oleh pembaca-pembaca blog untuk menafaatkan ilmu bersama-sama terutama pelajar-pelajar saya.Bahagian halaman About mengandungi serba sedikit berkenaan dengan biodata diri saya. Ianya memaparkan pengenalan diri saya untuk dikongsi bersama pembaca.3 4. Paparan di bahagian Bahan PdP memaparkan bahan-bahan pembelajaran yang boleh dikongsi bersama pembaca. Bahan-bahan pdp yang saya pilih adalah bahan pdp untuk matapelajaran Sains sekolah rendah. (i)Bahan yang pertama adalah berkaitan dengan Cara Manusia Bernafas. Bahan ini telah saya hasilkan sendiri. Bahan ini telah saya upload di slideshare. Bahan pembelajaran ini sesuai untuk digunakan oleh guru Sains Tahun 4. Seterusnya saya menyediakan set soalan berkaitan dengan tajuk yang telah dipaparkan dalam slide.4 5. (ii)Bahan pembelajaran yang kedua adalah tentang proses kitaran hidup ramarama. Video pembelajaran ini ingin saya kongsikan untuk tatapan pembaca kerana video ini amat sesuai digunakan semasa proses pembelajaran. Ini kerana video ini menggunakan animasi yang sesuai dan dapat menarik minat murid untuk belajar.Seterusnya di mukasurat ketiga adalah berkaitan dengan Tugasan KPT6044 yang telah dihantar melalui slideshare. (i)Tugasan 1 : Ulasan Jurnal (daripada TOJET) Hubungan Antara Kompetensi Guru Ict , Tingkat Keyakinan Dan Kepuasan TerhadapProgramLatihanIct:KajianKesDiKalanganPelajarPascasiswazah. Oleh: Zaidatun Tasir , Khawla Mohammed El Amin Abour , Noor Dayana Abd Halim, Nor Azman Harun, Universiti Teknologi Malaysia.5 6. (ii)Tugasan 2 Penerangan Blog Tugasan 2 mengandungi penerangan yang berkaitan dengan cara bagaimana pembinaan bolg ini saya laksanakan.(iii)Tugasan 3- Kaedah Tinjauan Saya telah menjalankan kajian secara tinjauan yang bertajuk Penggunaan Internet di kalangan Pelajar Sekolah Rendah. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Sampel kajian adalah terdiri daripada 2 orang murid. Saya menjalankan kajian ini secara temubual dengan respondan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar sekolah rendah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menggunakan internet. Pelajar sekolah rendah juga didapati cenderung mengggunakan internet untuk hiburan dan juga pembelajaran.6 7. (iv)Tugasan 4- Pembacaan Kendiri (Merujuk Teks)Dalam ruangan ini saya memaparkan tugasan 4 yang merupakan tugasan pembacaan kendiri yang melibatkan bab 2 dalam buku Instructional media and technologies for learning Bagi halaman video pula saya memaparkan video-video pilihan yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca. Antaranya video lagu Tegar yang bertajuk Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang. Video ini diharap dapat menjadi motivasi kepada pembaca blog saya untuk mencipta kejayaan. Video Klip Lagu Tegar7 8. Saya juga turut memaparkan video Upin-Ipin dan juga filem animasi terbitan Filem Negara Malaysia yang bertajuk Hikayat Sang Kancil dan Monyet. Filem animasi Upin Dan IpinFilem animasi Hikayat Sang Kancil dan Monyet8