Tugasan Bahasa Arab HBAL1103

Embed Size (px)

Citation preview

  • 1. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa ArabPENGHARGAAN Al-Hamdulillah, dengan izin dan bantuan Allah (s.w.t.) tugasan yang membincangkan Kaedah& Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab bagi subjek Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103ini dapat dilaksanakan dengan baikdan mendapat sokongan serta bantuan daripada pihak-pihak yangberkenaan. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada barisanpenyelia tugasan ini yang tidak jemu-jemu membimbing dan menunjuk ajar dengan penuh kesabaranatas segala dorongan dan motivasi yang diberikan sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Semoga beliaudikurniakan rahmat dan berkat serta memperoleh ganjaran daripada Allah (s.w.t) di dunia dan diakhirat. Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakankajian ini. Akhir kata, kepada Allah ( s.w.t. ) dipohonkan keredaan dan keberkatan atas segala usahayang kerdil ini, beriring harapan semoga tugasan ini dapat menyumbang dalam dunia ilmu yang tiadasempadan. Sesungguhnya Allah Maha Luas ilmu-Nya. 1

2. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab1. PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah bermula dengan guru yangmemiliki kemampuan untuk menyampaikan isi pelajaran, lantas untuk memenuhi tuntutan tersebutseorang guru seharusnya mewujudkan pembelajaran yang mampu merangsang minat para pelajarmengikut tahap pemikiran dan kebolehan mereka masing-masing. Guru mestilah memiliki kepakarandalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti yang berkesan untuk menjayakanproses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dalam tugasan ini perkara utama yang dibincangkan adalah kaedah dan teknik yangberkesan bagi pengajaran nahu Bahasa Arab. Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuaimembolehkan isi pelajaran dapat difahami dengan baik, jelas dan mampu mempengaruhi intelek, emosiserta minat pelajar secara berkesan. Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun danspesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat beberapa kaedah yang seringdiamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk pengajaran nahu Bahasa Arab iaitukaedah tematik, kaedah ajuk hafaz, kaedah semulajadi/terus, kaedah latih tubi, kaedah induktif, kaedahsyarahan dan kaedah kuiz. Selain itu, tugasan ini turut membincangkan teknik pengajaran berserta contoh-contoh yangrelevan bagi setiap kaedah yang digunakan dalam pengajaran nahu Bahasa Arab. Teknik tersebutmerangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarikdan akan memberi ruang untuk membolehkan murid terlibat secara aktif dan mengambil bahagiansepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa merasa jemu dan bosan . 2 3. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab1.1 PENGERTIAN KAEDAH PENGAJARAN Kaedah mengikut Kamus Dewan (1992) bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukumatau prinsip. Menurut Hasan Langgulung (1981) kaedah itu bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Menurut Abu Saleh (1988) kaedah ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun kemudian dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihanyang terancang. Beliau beranggapan kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran tetapi iamerupakan wasilah atau satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran. Seterusnya menurut Mok Soon Sang (1992) pula kaedah ialah cara mendekati sesuatu objektifpelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Mengikut Ahmad Mohd Salleh (2008) pula, kaedah merupakan satu perancangan yangbersistematik secara keseluruhan untuk meyampaikan bahan pengajaran. Ianya merupakan satuprosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.Sesuatu pendekatan memungkinkan beberapa kaedah . Manakala Ee Ah Meng (1991) mentakrifkan kaedah ialah suatu tindakan guru yangbersistematik serta berturutan untuk mencapai objektif spesifik (objektif jangka pendek sesuatupelajaran). Berdasarkan pengertian-pengertian kaedah tersebut, jelaslah bahawa kaedah adalah sesuatu siritindakan yang bersistematik dan tersusun. Manakala kaedah pengajaran adalah langkah-langkah atau kegiatan yang mempunyai urutantertentu. Pengajaran pula merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmupengetahuan atau kemahiran tertentu. Mok Soon Sang (2006) mentakrifkan pengajaran merupakansesuatu aktiviti yang meliputi pengajaran guru disertai dengan aktiviti pelajar. 3 4. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab1.2 PENGERTIAN TEKNIK Mengikut Ee Ah Meng (1991), teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalampengajaran... Manakala Azman Wan Chik (1987) pula berpendapat teknik ialah apa yang kita lihat di dalambilik darjah. Oleh itu, teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan danmenjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Teknik turut merujuk kepada tingkah lakuguru semasa menggunakan sesuatu kaedah pengajaran. Jika guru tidak dapat menguasai teknik-teknikyang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan tercapai.Dalam pengajaran danpembelajaranbahasa, pelbagai teknikbolehdigunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan perenan mereka sertamerancangkan isi, memilih aktiviti, memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yangakan digunakan.Oleh itu, teknik sememangnya satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalambilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Lazimnya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatuobjektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagaiteknik boleh digunakan. Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkanperanan mereka serta merancang isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat sertacontoh-contoh yang akan digunakan.4 5. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab2. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN NAHU BAHASA ARAB Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang wajar diamalkan dalam pengajaran danpembelajaran khususnya untuk pengajaran nahu Bahasa Arab iaitu : Kaedah tematik & teknik bersoal jawab. Kaedah ajuk hafaz & teknik menghafaz dan latih tubi. Kaedah / Teknik Permainan Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi) & teknik penerangan Kaedah Membaca & teknik pengulangan dan latih tubi Kaedah Terus & teknik pengulangan dan latih tubi Kaedah Kod Kognitif & Teknik Penerangan,, kaedah semulajadi/terus, kaedah latih tubi,, kaedah syarahan, kaedah lakonan dan perbualan, kaedahnasyid, kaedah teka-teki dan kaedah kuiz.2.1 Kaedah Tematik (Tariqah Al-Mauduiyah) Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besarsebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil. Kaedah ini dapat membantu gurumemahamkan para pelajar tentang salah satu tajuk yang terkandung dalam nahu Bahasa Arab sebagaicontoh perbezaan kata nama lelaki dengan kata nama perempuan. Contohnya, dalam minggupembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah .Dalam slot pengajaran itu, guru bolehpelbagaikan lagi kepada pengajaran nahu iaitu (Kata Nama). Kata Nama pula dipecahkankepada ( kata nama perempuan) dan ( kata nama lelaki). Antara isi pelajaran yang diajar adalah : 5 6. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab Kata nama lelaki ( ) contohnya ( / tilmizun) yang bermaksud murid lelaki; dan katanama perempuan ( ) contohnya ( / tilmizatun) yang bermaksud murid perempuan. Melaluikaedah ini, pelajar mudah mengecam perbezaan yang wujud antara kata nama lelaki dan kata namaperempuan. Perbezaan tersebut ialah di akhir kata nama perempuan wujud huruf ta marbutoh ( .)Parapelajar berjaya memahami bahawa huruf ta marbutoh ( )pada akhir kata nama tersebut menandakan iaadalah kata nama untuk perempuan ( .) Guru boleh menggunakan gambar yang menarik,kad imbasan dan juga memaparkan Power Point untuk setiap isi pelajaran tersebut.Teknik mengajar : Bersoal jawab Teknik yang sesuai bagi kaedah tematik di atas ialah teknik bersoal jawab iaitu teknik palingpopular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah. Guru-guru memilih teknik ini bukan kerana iapaling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksiberkesan di dalam bilik darjah. Di samping itu, ia menjadi medium yang efektif untuk mengesanpemahaman pelajar tentang isi pelajaran yang disampaikan. Sebagai contoh, untuk tema Tak Kenal Maka Tak Cinta tanda yang tekandung dalam katanama lelaki dan kata nama perempuan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakansoalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Sebagai contoh :Sambil menunjuk ke arah seorang pelajar lelaki guru mengatakan "." . Kemudian guru menunjuk ke arah pelajar perempuan lalu berkata . . Guru mengulangi kata-kata tersebut kepada pelajar yang bernama Andy Erec, Chin Vui Fung,Muhammad Zaqwan & Nur Cahaya.Selepas itu, barulah guru mengajukan soalan seterusnya kepada pelajar-pelajar secara kelas,kumpulan dan diikuti dengan individu.Selepas pelajar-pelajar menjawab soalan itu, guru boleh beralih kepada soalan seterusnya iaitu "." . 6 7. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa ArabSetelah pelajar-pelajar menjawabnya, guru beralih lagi kepada soalan seterusnya. Teknik inidijalankan secara berulang-ulang. Antara soalan seterusnya: . . . . . Teknik soal jawab ini bertujuan untuk merangsang minda murid dan membantu mereka untukmembezakan antara kata nama untuk lelaki dengan kata nama untuk perempuan. Demikianlah kaedah tematik yang digunakan oleh seperti contoh di atas guru menggunakantemaKata Nama ( ,)kemudian dipelbagaikan kepada kata nama lelaki ( ) serta katanama perempuan (.) 2.2 Kaedah Ajuk Hafaz (Tariqah Al-Mulazamah)Kaedah ajuk hafaz ialah memberi peluang kepada pelajar untuk mendengar, memerhati danmempraktikkan sesuatu sebutan bahasa. Kaedah ini sekaligus menghimpunkan teori dan praktik.Kaedah ini secara ringkas mempunyai beberapa ciri antaranya :* Memberi ruang kepada para pelajar untuk melihat dan dalam masa yang sama dapat mendengar sebutan contoh yang dilakukan oleh guru.* Penglibatan pelajar untuk mengikuti dan mengajuk bacaan guru setelah mendengar dengan teliti.* Pelajar berpeluang untuk mendengar, menyebut kemudian menghafal ungkapan tersebut. Sebelum pembelajaran bermula, guru terlebih dahulu telah menyusun ungkapan-ungkapan7 8. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arabtersebut untuk diperdengarkan kepada pelajar dengan mengikut pengkelasan yang sesuai supayakaedah nahu yang terkandung dalam ungkapan-ungkapan tersebut mudah dikenali pelajar. Sebagai contoh, Ismu Al-Isyaroh ( ) yang digunakan untuk menunjuk setiap anggotanbadan yang akan di ajar.. Guru memulakan dengan anggota badan yang jumlahnya hanya satu sahajasambil memperlihatkan kepada murid-murid gambar setiap anggota tersebut menggunakan tayanganPower Point. Guru menyebut dengan jelas setiap anggota tersebut satu persatu kemudian memintamurid mengulangi atau mengajuknya.sambil tunjuk anggota masing-masing sebagai contoh : Anggota badan yang jumlahnya satu sahaja :Guru = Haza anfun () Pelajar= Haza anfun () Guru = Haza famun () Pelajar= Haza famun () Guru = Haza sodrun () Pelajar= Haza sodrun () Kemudian guru teruskan lagi dengan anggota badan yang berpasangan iaitu jumlahnya ada dua:Guru=Hazihi ainun () Pelajar= Hazihi aiun () Guru = Hazihi uzunun () Pelajar= Hazihi uzunun () Guru = Hazihi yadun () Pelajar= Hazihi yadun () Dengan itu mudahlah guru memberi penerangan kepada para pelajar tentang penggunaan haza( & ) hazihi ( )apabila digunakan untuk menunjuk ke arah anggota badan kita. Kesimpulannuakaedah ajuk hafaz ini sebenarnya telah menggabungkan beberapa jenis kemahiran berbahasa sapertiberikut:Kemahiran mendengar 8 9. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa ArabKemahiran bertuturKemahiran menulisPelajar menghafazGuru menyebut pelajar mendengarPelajar mengajuk bacaan guruPelajar menulis ungkapan tersebutPelajar dapat menghafaz setelah dengar, sebut dan tulis.Teknik mengajar : Teknik Menghafaz & Latih Tubi Teknik yang digunakan dalam kaedah ajuk hafaz ini adalah teknik menghafaz dan latih tubi. Inidapat membantu guru mengajar nahu Bahasa Arab sebagai contoh mengajar tentang penggunaan IsmuAl-Isyaroh ( ) ketika ingin menunjuk ke arah anggota badan kita. Teknik menghafaz ini terbahagi kepada empat langkah seperti berikut : Pelajar diminta menumpukan perhatian kepada isi pelajaran yang dipelajari. Contohnya : Anggota badan yang jumlahnya satu sahaja =Haza anfun ( ;) Haza famun (;) Haza sodrun (.) : Anggota badan yang berpasangan/jumlahnya ada dua = Hazihi ainun ( ;) Hazihi uzunun (;) Hazihi yadun (.) Pelajar dilatih untuk menyebut isi pelajaran berulang kali sehingga apayang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untukmenyebutnya sebagai contoh meminta pelajar untuk menyebut setiapanggota badan yang dipelajari masing-masing sebanyak 3 kali. Meminta pelajar mengucapkan isi pelajaran di hadapan guru supaya pelajar laindapat menyemak atau membetulkan kesalahan yang mungkin berlaku. 9 10. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa ArabSebagai contoh, guru meminta pelajar datang ke depan untuk menyebut anggotabadan yang dipelajari sambil tunjuk ke arah anggota masing-masing menggunakankata tunjuk ( ) sama ada haza ( )atau hazihi (.) Mengingatkan isi pelajaran yang dipelajari. Ini merupakan peringkat terakhir dalam proses menghafaz supaya pelajar-pelajar dapat mengecam sama ada menggunakan haza atau hazihi ketika tunjuk ke arah anggota badan yang dipelajari. Selain itu, teknik latih tubi juga sesuai diaplikasi dalam kaedah ajuk hafaz untuk mengajar nahuBahasa Arab. Teknik ini merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut serta menjamin kekekalannya.Teknik latih tubi seperti menyebut perkataan secara berulang kali bagi pelajar aras satu, menyebut ayatsecara berulang kali bagi pelajar aras dua dan membaca ayat berulang kali bagi pelajar aras tiga.supaya pelajar-pelajar mudah mengingati perbezaan antara kata nama lelaki dengan kata namaperempuan di atas. Justeru, kaedah ini sesuai digunakan untuk pengajaran nahu mengikut kesesuaiantajuk yang ingin di ajar dan melihat kepada aras kemampuan pelajar.2.3 Kaedah atau Teknik Permainan (Tariqah Al-Labi) Kaedah permainan juga boleh diaplikasi dalam pengajaran nahu Bahasa Arab. Kaedah inimerupakan kaedah yang menarik dan menyeronokkan pelajar. Lazimnya kaedah ini bertujuanmemenuhi masa yang terluang pada akhir masa pembelajaran. Kaedah ini juga sebagai pengukuhan danulangkaji sebelum pelajar menempuh peperiksaan. Terdapat beberapa panduan bagi guru untuk melancarkan proses perlaksanaan kaedah ini iaitu :Mudah diterangkanPermainan itu hendaklah mudah difahami pelajar. Guru tidak memakan masa yang lama untukmenerangkannya kepada pelajar. Guru perlu menetapkan tempoh atau jangka masa yang jelas.Mudah dilakukanPermainan tersebut hendaklah sesuai dengan struktur bilik darjah dan sebaiknya tidak mengubahbanyak kedudukan seperti meja, kerusi dan lain-lain. 10 11. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa ArabBoleh diubahsuaiPermainan tersebut boleh diubahsuai berdasarkan tahap pencapaian pelajar. Ini bertujuan semua pelajardapat melibatkan diri.Peralatan yang mudahSebaiknya pilih permainan yang mudah dari segi penyediaan bahan, kos yang rendah dan mudahdiperolehi. Adalah lebih baik menggunakan peralatan yang sedia ada di sekolah.Memilih waktu yang sesuaiPermainan boleh dijalankan pada permulaan waktu atau penghujung waktu P&P. Permainan pada permulaan waktu adalah bertujuan sebagai set induksi atau menarik minat pelajar. Permainan pada penghujung waktu bertujuan sebagai pengukuhan dan ulang kaji. Sebagai contoh, guru memilih permainan memancing kad kalimah untuk mengukuh lagikemahiran pelajar menggunakan Ismu Al-Isyaroh ( ) bagi zalika ( )dan tilka ( .)Kedua-duanya untuk tunjuk ke arah objek yang jauh dari kita. Maksud dan ialah itu. Permainan inidijalankan pada penghujung waktu P&P. Permainan yang sesuai untuk mengajar dan ialah permainan memancing kad-kadkalimah. Pelajar diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing yang telah ditentukan olehguru sebelum permainan bermula. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang pelajar. Gurumenyediakan kad-kad kalimah di dalam lima buah kotak untuk setiap kumpulan. Guru meminta pelajarmemancing kad kalimah sehingga terbentuk ayat pendek yang betul. Ayat tersebut mestilah terdiridaripada sama ada atau diikuti dengan peralatan dalam bilik darjah. Daripadapermainan ini, guru boleh menilai sama ada pelajar faham atau tidak tentang penggunaan bagi dan . Kumpulan yang berjaya memadankan kad kalimah dengan betul iaitu untukperkataan yang di akhirnya tiada Ta Marbutoh ( )seperti . ; Manakala puladigunakan untuk perkataan yang di hujungnya terdapat Ta Marbutoh ( )seperti ; Berikut adalah beberapa ayat pendek tersebut yang mengandungi bagi dan : 11 12. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab Selepas tamat permainan tersebut, guru dengan sukacitanya boleh memberikan hadiah kepadapemenang sebagai galakan dan penghargaan kepada semua pelajar. Selain permainan memancing kad-kad kalimah, permainan seperti menjawab teka silang katajuga boleh menjadi pilihan guru. Kumpulan yang terawal menyiapkannya dianggap sebagai pemenang.Selalunya peringkat rendah guru menggunakan gambar-gambar yang menarik manakala di peringkatmenengah guru menggunakan ayat pembayang. Dalam permainan-permainan seperti yang disebutkantadi, guru berupaya mendedahkan kepada pelajar kemahiran membaca dan melatih pelajar mengecamkalimah atau ayat sama ada betul atau salah.2.4 Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi) Kaedah Nahu atau juga dikenali dengan Kaedah Nahu Terjemahan ini membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu Bahasa Arab dan juga melatih pelajar penulisan dengan menggunakan bahasa12 13. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arabyang betul. Kaedah ini juga membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natifdan sebaliknya seterusnya melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas untukdigunakan dalam penulisan. Selain itu, ia turut membolehkan pelajar-pelajar membaca danmenterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan merekamenikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar pelajar-pelajar di peringkat yang tinggi. Berikut adalah beberapa ciri kaedah nahu :Kaedah ini bersifat deduktif .Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan.Merupakan kaedah bacaan iaitu jalan mudah untuk penguasaan bahasa.Teknik Mengajar : Penerangan Terlebih dahulu pelajar pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu. Guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi contoh. Para pelajar hendaklah menghafal undang-undang nahu tersebut. Sebagai contoh undang- undangnahu Bahasa Arab seperti Tanda-Tanda Fleksi bagi Kata Kerja Fleksi (.) Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran nahu senarai perbendaharaan ini disertakan dengan makna dalam bahasa ibunda. Sebagai contoh pembelajaran nahu Bahasa Arab, perbendaharaan kata yang dipelajari disertakan dengan makna dalam Bahasa Malaysia. Pelajar-pelajar kemudianya disuruh membina ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang nahu contohnya nahu Bahasa Arab yang dipelajari.Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibunda atau sebaliknya. Sebagai contohBahasa Arab diterjemah kepada Bahasa Malaysia. 13 14. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab2.5 Kaedah Membaca (Tariqah Al- Qiraah) Kaedah ini sama ada menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan atauakan mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca. Hasilkaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti. Pelajar-pelajar mungkinhabis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami apa yang dibaca. Kaedah ini jugamelahirkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta memahamibahan bacaan lain ataupun menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh membaca serta dapat memahamidan bertutur dalam bahasa yang dipelajari. Tujuan kaedah ini adalah untuk memperkembangkankebolehan mereka membaca dan membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/asing tanpaterjemahan.Teknik Mengajar : Pengulangan dan latih tubi Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir P&P itu pelajar dapat membaca bersendirian. Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan pola-polapertuturan yang mudah. Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami teks yang dibaca. Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks. Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajarmengenali beberapa bentuk kata kerja, kata nama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur 14 15. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arabayat secara aktif tidak diutamakan. Sebagai contoh dalam nahu Bahasa Arab pelajar dapatmengenal kata nama (Al-Ismu) dan kata kerja (Al-Filu).Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajardiperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang dipelajari. Guru akan memperdengarkannyakepada pelajar-pelajar.Bila ini sudah tercapai, pelajar-pelajar dikehendaki cuba membaca buku teks, ini diikuti denganlatihan lisan dan menjawab soalan.2.6 Kaedah TerusKaedah ini bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiranbahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis. Ia dapat membantu pelajar-pelajarmenggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan. Contohnya Bahasa Arabjika dapat dikuasai mudah bagi pelajar bukan berbangsa Arab untuk berhadapan dengan masyarakatarab.Teknik Mengajar : Latih tubi dan PengulanganPelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yanghendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu.Sebutan penutur naratif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar.Terjemahan tidak digunakan langsung.Ia mementingkan pengulangan atau latih-tubi. Seperti yang disebutkan di atas, method ini cubamendekati proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak di mana pengulangan adalah satudaripada elemen yang sangat penting. Begitulah hendaknya seseorang yang belajar BA mestimendengar dan berlatih bertutur sekerap yang mungkin. Selama mana pengulanganberlangsung, sebanyak itulah kemantapan yang dicapai oleh pelajar.Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi,perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.Ia tidak mengajar kaedah-kaedah nahu dan saraf secara langsung, sebaliknya, melatih pelajar memahami ciri-ciri bahasa melalui pemerhatiannya ketika menggunakannya. Kadang-kadang15 16. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab kaedah-kaedah nahu yang asas diterangkan secara ringkas, tetapi bukan dalam bentuk suatu teori yang mendalam. Tujuannya ialah supaya minda pelajar tidak dikongkong oleh kaedah- kaedah nahu/saraf, dimana ini akan melambatkan proses pembelajaran kerana penekanan kepada kaedah nahu/saraf secara lansung pada peringkat permulaan biasanya boleh menyebabkan pelajar beranggapan bahawa bahasa kedua adalah sukar. Ia juga menimbulkan perasaan takut melakukan kesalahan. Belajar melalui kesalahan adalah suatu proses yang tabii dan bersahaja, tetapi akan meninggalkan kesan yang mendalam. Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif, pola-pola ayat yang hendak diajar atau dilatihtubi dahulu sehingga pelajar- pelajar dapat menguasainya. Undang-undang nahu hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat. Sebagai contoh, pengajaran nahu Bahasa Arab akan diajar atau diterangkan oleh guru selepas pelajar menguasai pola- ayat yang mengandungi undang- undang nahu terebut. Proses ini dimulai dengan teknik latih tubi menguasai ayat tersebut barulah disusuli dengan penerangan undang-undang nahu tersebut.Contohnya Tanda Fleksi bagi Kata Kerja Infleksi ( ) yang terkandung dalam ayat-ayat yang dipelajari. Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat. Dengan itu, jelas kepada kita bahawa pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisankerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasapertama/ibunda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur. Pelajar-pelajar pula dihubungterus dengan bahasa yang hendak diajar dan terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh kerana sebutanyang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabunganlinguistic dengan pengajaran bahasa.2.7 Kaedah Kod Kognitif J. B. Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian 16 17. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arabterhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentukabstrak dan bersifat sejagat. Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa yang singkat. Kaedah ini mempunyai andaian berikutterhadap pembelajaran bahasa kedua :Ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasakedua secara sedar.Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmupengetahuan .Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehanmereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna.Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang tertentu, makakebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatik.Ciri-ciri Kaedah Kod Kognitif ini adalah sama dengan ciri pengajaran bahasa melalui kaedahnahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasadibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pulalebih mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa.Teknik mengajar : Teknik peneranganLangkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid-muridmemahami rumus-rumus tatabahasa. Ayatayat pecahan digunakan dan huraian unsur-unsur tatabahasapula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsurtatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untukmemastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi Frasa Kerja ( ) dengan struktur ayat yang mengandungiPrediket Frasa Kerja ( .) Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka17 18. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arabdiberi latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar,bertutur, membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-konsep yang diajar. Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah inimengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa.RUMUSANSetelah mengakhiri tugasan ini dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan kaedah dan teknikyang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untukmembolehkan murid terlibat secara aktif dengan mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran danpembelajaran tanpa merasa jemu atau bosan . Bagi menarik minat dan penyertaan para pelajar, sayatelah memilih enam kaedah iaitu Kaedah tematik & teknik bersoal jawab; Kaedah ajuk hafaz & teknikmenghafaz dan latih tubi; Kaedah / Teknik Permainan; Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi) & teknikpenerangan; Kaedah Membaca & teknik pengulangan dan latih tubi; Kaedah Terus & teknikpengulangan dan latih tubi seterusnya KaedahKod Kognitif &teknikpenerangan.Pemilihan kaedah dan teknik perlu dilakukan secara berhati-hati supaya guru dapat melaksanakanpreses pembentukan pengajaran dan pembelajaran secara mudah dan berkesan. Cara pembelajaran yangberlainan menghasilkan kaedah yang berlainan. Kaedah yang berlainan menghasilkan teknik yangberlainan . Gabungan semua kaedah dan teknik pula akan membentuk strategi pengajaran-pembelajaranyang digunakan oleh guru untuk mencapai objektif dalam setiap pendekatan mereka sama adapendekatan berpusatkan guru, pelajar atau pendekatan berpusatkan bahan Justeru, dalam satu sesi18 19. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arabpengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yangdipilih adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorangguru yang mengajar bahasa asing , persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajarterutamanya bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasatersebut.BIBILIOGRAFIAhmad Mohd Salleh (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Methodologi. Selangor: FajarBakti Sdn.Bhd.Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II : Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.Mok Soon Sang, Lee Shok Mee (1991). Pedagogi 3 : Pengajaran dan Persediaan Mengajar,BahagianA. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Mok Soon Sang (1996). Pedagogi 2 : Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan BudimanSdn.Bhd.Zawawi Bin Ismail, Mohd Abdul Nasir Bin Abdul Latif, Wan Nordin Bin Wan Abdullah, Rosni Samah(2012). HBAL 1103 : Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. Malaysia : Open UniversityMalaysia.19