18
TAJUK ESEI Apakah tujuan dan kepentingan Kod Etika Kaunselor?. Bincangkan bagaimana dan apakah prinsip-prinsip penting yang perlu diambilkira apabila anda diminta menggubal kod etika. Apakah cadangan dan penyelesaian yang dapat anda kemukakan jika terdapat percanggahan kod etika dengan undang-undang, polisi dan peraturan yang sedia ada?. Tujuan Kod Etika Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan professional mengikut profesion masing-masing. Sebagai contoh, kod etika yang dipakai oleh pakar dan pengamal kaunseling di Amerika Syarikat dinamakan Kod Etika Persatuan Kaunseling Amerika Syarikat atau ACA (American Counseling Association 2005). Manakala kod etika yang digunapakai oleh ahli psikologi di Amerika Syarikat dinamakan Prinsip-prinsip Etika dan Kod Tatalaku Ahli Psikologi Persatuan Psikologi Amerika Syarikat atau singkatannya APA 1

Tugasan Individu Etika 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tujuan dan Kepentingan Etika Kaunseling

Citation preview

Page 1: Tugasan Individu Etika 2015

TAJUK ESEI

Apakah tujuan dan kepentingan Kod Etika Kaunselor?. Bincangkan bagaimana dan

apakah prinsip-prinsip penting yang perlu diambilkira apabila anda diminta

menggubal kod etika. Apakah cadangan dan penyelesaian yang dapat anda

kemukakan jika terdapat percanggahan kod etika dengan undang-undang, polisi dan

peraturan yang sedia ada?.

Tujuan Kod Etika

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan

professional mengikut profesion masing-masing. Sebagai contoh, kod etika yang dipakai oleh

pakar dan pengamal kaunseling di Amerika Syarikat dinamakan Kod Etika Persatuan

Kaunseling Amerika Syarikat atau ACA (American Counseling Association 2005). Manakala

kod etika yang digunapakai oleh ahli psikologi di Amerika Syarikat dinamakan Prinsip-

prinsip Etika dan Kod Tatalaku Ahli Psikologi Persatuan Psikologi Amerika Syarikat atau

singkatannya APA (American Psychology Association 2010). Di Malaysia juga mempunyai

kod etika yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia (Lembaga Kaunselor

Malaysia 2011). Kod etika ini menjadi pegangan bagi setiap pengamalan kaunseling di

Malaysia dan kod ini perlu difahami oleh setiap pengamal kaunseling bersama-sama dengan

Akta Kaunselor 580 (Rafidah Aga Mohd Jaladin dan Lau Poh Li 2013).

Gladding, S.T. (2000) melihat kepada pengertian kod etika ditakrifkan satu set standard atau

piawaian dan prinsip yang dibentuk oleh sesebuah organisasi bertujuan untuk memberi

1

Page 2: Tugasan Individu Etika 2015

panduan kepada ahli mengenai tingkah laku berinteraksi antara ahli dengan orang luar

organisasi berkenaan. Kod etika bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan

juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng

daripada standard perlakuan kaunselor. Kod etika ini menggariskan standard perlakuan

kaunselor dalam menjalin perhubungan professional dengan klien, rakan-rakan kaunselor,

majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat.

Tujuan dan kepentingan Kod Etika Kaunselor (KEK) Lembaga Kaunselor (Malaysia)

mempunyai lima tujuan utama, iaitu untuk:

1. Menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor untuk bertindak secara

profesional. Dengan yang demikian, mereka dapat memberikan perkhidmatan

kaunseling yang terbaik serta memupuk nilai-nilai profesion kaunseling dengan cara

terbaik;

2. Mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta amalan-

amalan yang terbaik;

3. Membolehkan Lembaga Kaunselor (Malaysia) menjelaskan tanggungjawab etika

semua kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor (Malaysia);

4. Memberi sokongan kepada misi Lembaga Kaunselor (Malaysia); dan untuk

5. Menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan mengenai etika yang ditujukan

kepada kaunselor.

Kepentingan Kod Etika Kaunselor :

Setiap profesion yang melibatkan interaksi antara individu, memerlukan satu bentuk

peraturan atau etika yang tersendiri bagi keperluan ahli-ahlinya. Etika memainkan peranan

2

Page 3: Tugasan Individu Etika 2015

yang penting sebagai satu garis panduan atau peraturan untuk menjaga profesionalisma

kaunselor, kepentingan ahli serta perjalanan kaunseling sendiri. Swanson & Van Hoose

(1977) yang menyatakan, “Standard or code of ethics are designed to protect the public and

also to give guidelines to practitioner so that difficulty with the law may be avoided by the

person who follow the profesion’s code”, menguatkan lagi fakta tersebut.

Di antara-antara kepentingan-kepentingan kod etika ialah;

• Memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion kaunseling daripada sebarang

tindakan yang boleh menyebabkan “ public condemnation” (penghinaan masyarakat).

• Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan yang

tidak profesional, atau kecuaian pihak kaunselor.

• Sebagai pengukur kepada “self-regulation” dalam profesion itu sendiri.

• Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara-

perkara yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu sendiri.

• Sebagai sokongan apabila berdepan situasi etika. Ini bermakna kod tidak

menyelesaikan setiap masalah namun sebagai panduan untuk membuat

keputusan/mencari penyelesaian

• Penguatkuasaan kod bermakna kaunselor memandang serius terhadap kebajikan klien

dan orang awam. Di samping itu, kaunselor dapat menjaga reputasi profesion.

• Penggubalan kod memerlukan input ahli dalam penetapan piawai. Berdasarkan isu-isu

yang berlaku, kod dapat digubal.

Prinsip-prinsip penting untuk menggubal kod etika

Prinsip-prinsip asas yang perlu diambil kira dalam menggubal kod etika adalah :

3

Page 4: Tugasan Individu Etika 2015

• BENEFICENCE

• NON-MALEFICENCE

• FIDELITY

• JUSTICE

• AUTONOMY

• VERACITY

a. Autonomi

Berpandukan pada kehendak sendiri atau kebebasan klien untuk memilih arah mereka sendiri.

Menghormati autonomi adalah dengan mengiktiraf hak orang lain untuk memilih dan

bertindak sesuai dengan keinginannya dan berperilaku professional dan mengikut hak orang

lain. Menurut ACA kaunselor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien untuk

menjaga kepentingan dan kebajikan klein; kaunselor harus mengelakkan keterbegantungan

klien dalam membina hubungan kaunseling.

b. Nonmaleficence

Mengelakkan kerugian. ACA menyatakan dalam hubungan kaunseling, kaunselor sedar akan

keakraban dan tanggungjawab yang wujud dalam hubungan kaunseling, mengekalkan rasa

hormat pada klien dan mengelakkan tindakan bagi keperluan peribadi dengan klien menjadi

mangsa.

c. Beneficence

Bermaksud kebaikan, iaitu membuat kebajikan bagi orang lain. Idealnya, kaunseling

memberikan sumbangan untuk pertumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan klien

dalam konteks budaya mereka, sehingga apa-apa perkara yang dilakukan oleh kaunselor

4

Page 5: Tugasan Individu Etika 2015

mendapat pujian terhadap kriteria ini. Menurut ACA, tanggungjawab utama kaunselor adalah

untuk menghormati martabat dan untuk memajukan kesejahteraan klien.

d. Justice

Keadilan, beerti memberikan perlakuan yang sama kepada semua orang. ACA pula

menyatakan, kaunselor memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan mengabdikan

sebahagian daripada kegiatan profesional mereka kepada perkhidmatan yang sebahagiannya

atau tidak ada keuntungan kewangan.

e. Fidelity

Kesetiaan, bermaksud bahawa profesional membuat janji jujur dan menghormati komitmen

mereka kepada mereka yang menerima perkhidmatan. ACA menyatakan ketika kaunseling

bermula dan sepanjang proses kaunseling diperlukan, kaunselor memberitahu klien tentang

tujuan, sasaran, teknik, prosedur, limitasi, potensi risiko dan manfaat perkhidmatan yang akan

dilakukan dan maklumat berkaitan lain. Dengan kata lain melibatkan saling percaya dan

hubungan teraputik di mana klien boleh mencari penyelesaian mereka sendiri.

f. Veracity

Kejujuran, bermaksud kebenaran. Melainkan kaunselor berpura-pura dengan klien,

kepercayaan yang diperlukan untuk membentuk hubungan kerja yang baik tidak akan

berkembang. ACA : “Kaunselor mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa

klien memahami implikasi daripada diagnosis, tujuan penggunaan ujian dan laporan, kos dan

tatacara bayaran. Klien mempunyai hak mengharapkan kerahsiaan dikekalkan dengan

penerangan had yang sepatutnya dan klien boleh menolak setiap perkhidmatan disyorkan dan

diberi nasihat akibat daripada penolakan tersebut.

5

Page 6: Tugasan Individu Etika 2015

Cadangan dan penyelesaian yang dapat anda kemukakan jika terdapat percanggahan

kod etika dengan undang-undang, polisi dan peraturan yang sedia ada

1. Perspektif Undang-undang : Model Fisher (2008)

Fisher (2008) memperkenalkan satu model etika sebagai panduan untuk kaunselor dalam

melaksanakan tugas mereka berkenaan dengan isu-isu kerahsiaan, seperti berikut :

Model Fisher (2008) membantu kaunselor untuk mengekalkan kerahsiaan dalam memberi

perkhidmatan kaunseling dengan lebih berkesan. Berdasarkan kajian kes hipotetikal yang

berikut diaplikasikan model tersebut dalam menyelesaikan isu yang berlaku.

2. Perspektif Undang-undang : Model Corey

Secara umumnya, profesional kesihatan mental mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu :

i) Melindungi keselamatan masyarakat daripada klien yang berpotensi berbahaya.

ii) Melindungi klien daripada ancaman diri sendiri (privasi dan keselamatan klien).

6

Page 7: Tugasan Individu Etika 2015

Justeru kesinambungan antara mengekalkan kerahsiaan klien dan melindungi keselamatan

masyarakat dalam cara yang beretika merupakan satu cabaran untuk kaunselor. Ini juga

merupakan salah satu cabaran etika utama yang dihadapi oleh profesional kesihatan mental di

seluruh dunia.

Corey dan rakan-rakan (2010) memperkenalkan garis panduan umum untuk kaunselor dalam

melaksanakan kewajipan memberi amaran. Model ini merangkumi lapan langkah seperti

berikut :

a) Mendapatkan persetujuan termaklum.

b) Membuat perancangan awal menerusi perundingan.

c) Menyediakan pelan kontijensi.

d) Mendapatkan insuran liabiliti profesional.

e) Melibatkan klien dalam proses perbincangan tentang isu kerahsiaan dan batasannya.

f) Mendapatkan maklumat sejarah klien secara terperinci.

g) Dokumen secara bertulis.

h) Melaksanakan prosedur untuk memberi amaran.

Selain daripada kewajipan memberi amaran, kaunselor bertanggungjawab untuk melindungi

klien dan masyarakat daripada ancaman yang berpotensi diakibatkan oleh klien yang

berbahaya atau berniat untuk membunuh diri. Justeru, garis panduan berikut membantu

profesional dalam mengendalikan klien yang ganas atau berniat untuk membunuh diri :

a) Memeriksa dan memastikan dokumen persetujuan termaklum adalah jelas.

b) Mendapatkan butir-butir dan kontak peguam daripada organisasi profesional.

7

Page 8: Tugasan Individu Etika 2015

c) Mengkaji kod etika organisasi profesional anda (di Malaysia Kod Etika Kaunselor

Lembaga Kaunselor Malaysia digunakapakai) mengenai isu-isu yang berkaitan

dengan perkhidmatan kaunseling.

d) Berkenalan dan mendapatkan kontak profesional yang berpengalaman dalam

menangani klien yang berbahaya atau ganas.

e) Jika keganasan klien di kesan pada peringkat awal temu bual, cuba dapatkan rekod

klinikal daripada profesional kesihatan mental yang pernah berjumpa dengan klien

tersebut, sekiranya klien pernah mendapatkan rawatan kesihatan mental sebelumnya.

f) Mengambil bahagian dalam sekurang-kuranganya satu bengkel berkaitan dengan

penilaian dan pengurusan klien yang berbahaya.

Kajian Kes Suhaya berdasarkan Perspektif Undang-undang Model Fisher (2008)

Suhaya merupakan seorang gadis berbangsa Melayu dan beragama Islam yang berumur 16

tahun dihantar oleh ibu bapa untuk berjumpa dengan kaunselor. Pada sesi pertama, kaunselor

berjumpa dengan Suhaya dan ibu bapa bersama-sama. Kaunselor menjelaskan tentang isu

kerahsiaan dan maklumat yang dibincangkan dengan Suhaya tidak akan didedahkan kepada

ibu bapa tanpa persetujuan Suhaya. Ibu bapa Suhaya menunjukkan pemahaman bahawa

kerahsiaan adalah diperlukan untuk membangunkan kepercayaan antara suhaya dengan

kaunselor.

Pada mulanya, Suhaya berasa ragu-ragu untuk menghadiri sesi kaunseling. Tetapi selepas

menjalankan beberapa sesi dengan kaunselor, dia mendedahkan bahawa dia terfikir untuk

membunuh diri. Ibu bapa Suhaya tidak mengetahui tentang niat membunuh diri, kerana dia

tidak pernah memberitahu mereka atau sesiapa mengenai perkara ini. Menurut Suhaya, ibu

8

Page 9: Tugasan Individu Etika 2015

bapanya tidak menyukai teman lelakinya yang bernama Fitri. Mereka membantah

perjumpaan Suhaya dengan Fitri serta merancang untuk mengatur perkahwinannya dengan

seorang sepupu. Oleh sebab itu, Suhaya telah merancang pelan untuk membunuh diri tetapi

belum berpeluang untuk melaksanakannya.

Penyelesaian isu

Dalam kes kaunseling, kes Suhaya dikategorikan sebagai kaunseling krisis kerana melibatkan

kesan etika dan undang-undang kerahsiaan yang serius. Sebagai kaunselor prfesional,

persediaan untuk berhadapan dengan semua jenis klien termasuk klien yang berniat untuk

membunuh diri adalah amalan yang penting. Aplikasi Model Fisher (2008) dalm kes Suhaya

dijelaskan seperti berikut :

Langkah Pertama : Persediaan

a) Apakah pandangan kod etika terhadap isu ini?

Kod Etika ACA (2005) menyatakan pada perkara B.2.a. Keperluan umum bahawa kaunselor

perlu menyimpan maklumat rahsia tidak lagi terpakai, jika pendedahan diperlukan bagi

melindungi klien atau orang lain yang dikenalpasti daripada kemudaratan yang serius dan dan

yang boleh diramalkan, atau apabila undang-undang mengkehendaki yang maklumat rahsia

mesti didedahkan. Kaunselor hendaklah berunding dengan professional lain apabila mereka

berada dalam keadaan tidak pasti tentang kesalahan sesuatu kekecualian itu. Pertimbangan

tambahan perlu digunakan apabila meneliti isu-isu akhir hayat.

b) Secara amnya, semua agama sama ada Islam, Buddha, Hindu dan Kristian, melarang

penganutnya membunuh diri. Namun, dalam hal ini kaunselor perlu melihat kepada nilai

peribadi klien berkenaan membunuh diri. Dalam kes Suhaya jika mengikut hukum agama

9

Page 10: Tugasan Individu Etika 2015

Islam adalah haram membunuh diri tanpa kebenaran sesuatu. Menurut pandangan Ibnu

Daqiq’ al-A’id hadith ini suatu dalil menyatakan bahawa membunuh diri sendiri atau orang

lain adalah berdosa besar.

c) Drafkan dokumen persetujuan termaklum untuk menghuraikan kerahsiaan dan batasannya

dalam bahasa yang jelas. Bermaksud di sini kaunselor perlu menyediakan draf dokumen

persetujuan termaklum untuk Suhaya.

Langkah Kedua : Memaklumkan Kebenaran Kepada Klien “secara lurus”

Ini merupakan satu bahagian kaunselor dikehendaki untuk menunjukkan profesionalisme

dalam amalan kaunseling. Kaunselor mesti mendidik klien mengenai batasan kerahsiaan dan

memastikan klien memahami konsep ini supaya menerima batasan kerahsiaan itu sebagai

satu syarat sebelum memulakan hubungan teraputik dengan klien.

Langkah Ketiga : Memperoleh Persetujuan Sebelum Membuat Pendedahan

Selepas klien telah memahami kepentingan kerahsiaan dan batasannya, klien dikehendaki

untuk menandatangani dokumen persetujuan termaklum sebagai bukti sebelum kaunselor

membuat sebarang pendedahan (pendedahan hanya dibuat apabila yang dituntut oleh undang-

undang yang tidak dapat dielakkan).

Langkah Keempat : Bertindak secara beretika terhadap permintaan undang-undang

untuk pendedahan. Pada peringkat ini kaunselor perlu maklumkan kepada klien

bahawa pendedahan tanpa persetujuan klien dibuat atas tuntutan undang-undang dan

pendedahan maklumat sulit dihadkan iaitu maklumat yang diperlukan oleh undang-

undang sahaja.

10

Page 11: Tugasan Individu Etika 2015

Langkah Kelima : Mengelakkan pendedahan kerahsiaan yang boleh dielakkan.

Ini bermaksud pendedahan maklumat tertakluk kepada maklumat yang diperlukan oleh

undang-undang sahaja dengan tidak sewenang-wenangnya didedahkan kepada pihak lain

seperti wartawan akhbar atau media sosial yang lain.

Langkah Keenam : Berbincang tentang kerahsiaan.

Pada peringkat ini kaunselor perlu lebih peka dengan isu kerahsiaan iaitu dengan berusaha

meningkatkan pemahaman diri dan amalan yang berkaitan dengan kerahsiaan. Mungkin

kaunselor boleh membuat rujukan dan pembacaan berkaitan isu kerahsiaan dan pendedahan

kepada undang-undang.

Kesimpulan

Kerahsiaan merupakan antara isu etika yang mencabar kepada para kaunselor. Selain

daripada kewajipan kaunselor kepada klien, kaunselor atau ahli psikoterapi juga mempunyai

tanggungjawab kepada agensi mereka, masyarakat, ahli keluarga klien dan kepada diri

mereka sendiri. Justeru, pematuhan kepada kod etika yang dipegang sangat membantu dalam

melaksanakan profesion sebagai seorang kaunselor. Ini secara tidak langsung dapat

meningkatkan profesion kaunselor pada masa akan dating.

11

Page 12: Tugasan Individu Etika 2015

Rujukan.

ACA Code of Ethics 2014.

Akta Kaunselor Malaysia 580. (1998).

Corey, C., Corey, M. S., & Callahan, P. (2003). Issues and ethics in the helping professions.

(6th ed). New York: Brooks / Cole Publishing.

Kod Etika Kaunselor : Lembaga Kaunselor Malaysia.

Rafidah Aga Mohd Jaladin & Lau Poh Li. (2013). Isu Profesional dan Etika. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya

Welfel ER, Ethics in Counseling and Psychotherapy: Standards, Research, and Emerging

Issues, 2nd Ed, 2002, Brooks/Cole

https://masjidassyakirin.wordpress.com

12