Upload
amutha-rakwan
View
259
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
1/21
Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7 _ JPN WP
Tahun 2011
Tajuk : 63- Apakah rasionalnya pelaksanaan MS
ISO 9000 dalam perkhidmatan awam?
Jelaskan hubungan MS ISO 9000 dengan TQM.
Nama: Aziz Bin Ismail
790527-07-5543
Jabatan : SMK Puterijaya Jalan Pasar, Pudu, 55100
Kuala Lumpur
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
2/21
Isi Kandungan
Pengenalan1
Rasional Perlaksanaan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam..6
Hubungan MS ISO 9000 dengan Total Management Quality ( TQM) 9
Kesimpulan16
Bibliografi..17
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
3/21
Pengenalan
Definisi MS ISO 9000.
ISO atau International Organisation for the Standardisation adalah satu
standard bertulis yang menetap dan menerangkan elemen-elemen asas yang
perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan
oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan. Pelaksanaan
standard bagi sistem ini akan memastikan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan
dapat menepati spesifikasi yang telah ditetapkan untuk produk atau perkhidmatan
tersebut pada setiap kali ianya dihasilkan.
Dalam ISO 9000 kualiti adalah ditafsirkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-
sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang
dinyatakan dan yang tersirat. Ciri-ciri dan sifat-sifat ini ditentukan mengikut kehendakpelanggan. Pelangganlah yang akan menilai sama ada perkhidmatan yang dihasilkan
memenuhi ciri-ciri yang mereka tetapkan. Oleh itu. kualiti bermakna memenuhi
kehendak pelanggan. Dalam Perkhidmatan Awam, antara ciri-ciri perkhidmatan
berkualiti yang dapat memenuhi kehendak pelanggan termasuklah menepati masa,
ketepatan fakta, layanan mesra, keselesaan, kecekapan, kebolehpercayaan, informatif
dan mudah diperolehi.
.
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
4/21
Definisi Total Management Quality (TQM)
Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau Total Quality Management (TQM)
diperkenalkan sejak tahun-tahun 1920-an lagi, bila mana kaedah statistik mula
digunakan dalam pengawalan kualiti di kilang-kilang di Amerika Syarikat. Konsep ini
kemudiannya mendapat sambutan di kalangan pengurus-pengurus korporat di Jepun
mulai 1950-an yang ketika itu giat membangunkan sektor industrinya. Namun begitukonsep ini telah berkembang dengan pesat dalam tahun-tahun 1980-an apabila timbul
kesedaran di seluruh dunia tentang pentingnya kualiti dalam kehidupan manusia.
TQM ialah satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan
pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam
organisasi. Proses ini bertujuan membawa perubahan yang menyeluruh ke arah
melahirkan budaya organisasi yang cemerlang. Oleh itu TQM dapat dilihat sebagai
proses transformasi budaya, melalui mana ciri-ciri budaya yang sedia ada akan
diubahsuai,ditukar atau diperkukuh dengan ciri-ciri baru yang lebih baik. Ciri-ciri itu
meliputi sikap dan nilai, sistem dan prosedur,amalan-amalan operasi, struktur
organisasi dan sebagainya.
Definisi Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan
Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk
perkhidmatan awam. Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian
Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA
melaksanakan MS ISO 9000 dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21
Ogos 1999.
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
5/21
Kepentingan Standard MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam.
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kualiti
sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Sektor Awam. Salah satu program
tersebut adalah pelaksanaan standard MS ISO 9000 dengan tujuan untuk
memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memberi fokus kepada
kehendak dan ekspektasi pelanggan. MS ISO 9000 merupakan satu standard bertulisyang menetap dan menyenaraikan keperluan-keperluan asas yang perlu ada dalam
SPK sesebuah agensi. Standard SPK MS ISO 9000 mengkehendaki agensi mengenal
pasti kehendak pelanggan, merancang dan mengawal proses yang perlu dilaksanakan
bagi memenuhi kehendak pelanggan, menyediakan latihan yang sesuai dan
secukupnya bagi anggota yang terlibat dalam SPK dan menjalankan pengauditan bagi
memastikan keberkesanan proses-proses dalam SPK mencapai matlamatnya.
Dalam hubungan ini, standard MS ISO 9000 juga merupakan blueprint bagi
melaksanakan inovasi dalam tindakan penambahbaikan dan peningkatan sistem
penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi
berkenaan. Agensi-agensi Sektor Awam adalah disaran untuk mendapatkan pensijilan
MS ISO 9000 yang merupakan pemacu dalam menghasil dan membangunkan SPK
yang cekap dan berkesan. Agensi-agensi Sektor Awam juga harus membangunkan
SPK yang dapat memenuhi lima ciri utama bagi meningkatkan keupayaan pihak
pengurusan dalam membuat keputusan, mengawal input-input yang digunakan dalamproses kerja, mengelakkan pembaziran dan meningkatkan produktiviti. Ciri-ciri tersebut
adalah:
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
6/21
i) pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ianya berlaku
ii) kajian semula yang berterusan ke atas proses-proses yang kritikal dan membuat
tindakan pembetulan sebagai usaha ke arah inovasi dan penambahbaikan
iii) mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama
kali dan setiap kali
iv) semua kerja adalah berasaskan kepada dasar, peraturan dan undang-undang
serta prosedur yang didokumenkan dan
v) mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan-tindakan
yang telah dilaksanakan
Pelaksanaan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam
Pelaksanaan standard MS ISO 9000 di agensi-agensi Sektor Awam telah
bermula sejak tahun 1996 melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil.2 Tahun 1996 bertajuk Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam
Perkhidmatan Awam, bertarikh 11 Julai 1996. Pelaksanaan MS ISO 9000 pada ketika
itu adalah berasaskan salah satu pensijilan berikut iaitu MS ISO 9001 atau MS ISO
9002 atau MS ISO 9003 versi 1994.
Selaras dengan penambahbaikan standard oleh ISO dalam tahun 2000,
pelaksanaan standard MS ISO 9000 di Agensi-Agensi Sektor Awam Malaysia telah
beralih kepada pensijilan MS ISO 9001:2000. Arahan peralihan kepada pensijilan MS
ISO 9001:2000 telah dikeluarkan melalui Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
(SPKPA) Bil. 2 tahun 2002 bertajuk Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO
9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam, bertarikh 16 Disember 2002.
Pada bulan Oktober 2008, ISO telah mengeluarkan Standard ISO 9001:2008
yang merupakan penambahbaikan kepada standard ISO 9001:2000. Penambahbaikan
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
7/21
ini meliputi penerangan dan penjelasan yang lebih terperinci terhadap beberapa
keperluan standard tertentu. Berikutan itu, Jabatan Standard Malaysia telah
mengeluarkan Standard MS ISO 9001:2008 untuk diterima pakai oleh semua organisasi
di Malaysia termasuk agensi-agensi Sektor Awam. Perubahan tersebut akan
menyebabkan semua pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000 akan luput pada akhir
tahun 2010. Selaras dengan perubahan tersebut, Agensi-Agensi Sektor Awam Malaysia
dikehendaki mengambil salah satu tindakan berikut:
i) bagi agensi yang telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000, agensi
berkenaan dikehendaki beralih kepada pensijilan MS ISO 9001:2008 selewat
lewatnya pada akhir tahun 2010 bagi mengekalkan status pensijilan ISO
ii) bagi agensi yang belum mendapat pensijilan MS ISO 9000:2000, agensi
berkenaan dikehendaki untuk terus mendapatkan pensijilan mengikut standard
MS ISO 9001:2008; dan
iii) bagi agensi yang sedang dalam tindakan tetapi masih belum mendapat
pensijilan MS ISO 9000:2000, agensi berkenaan dikehendaki untuk terus
mendapatkan pensijilan mengikut standard MS ISO 9001:2008.
Bagi agensi yang memerlukan bantuan dalam membangunkan SPK berasaskan
standard-standard MS ISO 9001:2008, agensi berkenaan boleh melantik perunding
swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan mematuhi
peraturan-peraturan perolehan yang ditetapkan. Bagi agensi yang hendak
mendapatkan pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2008 pula, perlu melantik badan
pensijilan yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia dan mematuhi
peraturanperaturan perolehan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Agensi yang telah mendapat pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2008, perlu
mempamerkan logo Jabatan Standard Malaysia bersama-sama logo badan pensijilan di
dalam semua dokumen yang berkaitan.
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
8/21
Rasional Perlaksanaan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam.
Rasional perlaksanaan MS ISO 9000 dalam perkhidmatan awam adalah untuk
memastikan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak
pelanggan. Di samping sebagai asas peningkatan pengurusan sistem kualiti organisasi
serta menjadi asas kepada peningkatan keberkesanan dan kecekapan organisasi.
Perlaksanaan ISO 9000 dalam perkhidmatan awam ini dapat meningkatkan:
1. Kecekapan dan keberkesanan kerja
2. Menggalakkan pendekatan kualiti yang universal
3. Memastikan tahap kualiti yang diterimapakai
4. Memastikan pelanggan mendapat kepuasan5. Menyediakan perancangan kualiti
6. Menggalakkan pematuhan kualiti
7. Mengukuhkan disiplin diri
8. Memperkukuhkan sistem kawalan dalaman
9. Menggalakkan penilaian diri ( refleksi)
10.Memastikan konsistensi
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
9/21
Perlaksanaan ISO 9000 dalam perkhidmatan awam ini mendatangkan pelbagai faedah.
Antaranya ialah seperti berikut:
1. Menyediakan latihan untuk kakitangan
2. Mengurangkan tindakan pembetulan
3. Pengenalpastian tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan
langkah-langkah yang perlu diambil
4. Menyediakan kaedah dokumentasi secara tersusun amalan-amalan pengurusan
dan cara bekerja
5. Mengenalpasti dan mengatasi masalah-masalah serta mengelakkannya
daripada berulang
6. Membolehkan staf menjalankan tugas dengan betul pada kali pertama dan pada
setiap kali
7. Membolehkan organisasi membuktikan kualiti perkhidmatan yang diberikan
sistem penghasilan perkhidmatan adalah terkawal.
8. Membantu pengurusan membuat keputusan dengan lebih baik
Apabila kita membincangkan mengenai mengurangkan tindakan pembetulan yang
diambil selepas berlakunya sesuatu masalah ia membawa maksud bahawa
perlaksanaan ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam ini dapat mengelakkan pihak
pengurusan daripada terpaksa melibatkan diri dalam aktiviti operasi harian organisasi.
Ini adalah kerana staf dibekalkan dengan panduan dan cara bekerja yang Iengkap ISO
9000 juga membolehkan organisasi mengenalpasti tugas-tugas yang patut dijalankan
serta memperincikan langkah-langkah yang perlu diambil. Ini dicapai melalui
perancangan yang dibuat sebelum sesuatu tugas dilaksanakan dan menyediakan
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
10/21
prosedur, standard serta garis panduan untuk membantu staf mengetahui tugas
sebenar yang perlu dilakukan;
ISO 9000 yang dilaksanakan turut memberi kaedah bagi mendokumenkan secara
tersusun amalan-amalan pengurusan dan cara-cara bekerja. Dokumen ini boleh
dijadikan sebagai asas untuk program latihan kepada staf dan asas bagi
penambahbaikan prestasi. Dokumen-dokumen yang disediakan mengandungi amalan-
amalan dan cara bekerja yang kemaskini. Di samping itu ISO 9000 ini membolehkan
organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalah-masaiah serta mengelakkannya
daripada berulang. Ini dilakukan dengan mewujudkan langkah-langkah bagi mengesan
tindakan-tindakan yang tidak mematuhi amalan dan spesifikasi, mengenalpasti
puncanya dan merancang serta melaksanakan tindakan pembetulan.
Perlaksanaannya juga membolehkan staf menjalankan tugas-tugas mereka
dengan betul pada kali pertama dan pada setiap kali (right the first time and every time).
Ini boleh dicapai dengan mengadakan arahan kerja, kawalan yang berkesan, sumber
yang sesuai dan mencukupi, latihan, motivasi dan persekitaran yang
memberangsangkan. Selain daripada itu perlaksanaan ISO 9000 dalam perkhidmatan
awam ini juga membolehkan organisasi membuktikan kepada mana-mana pihak yang
membuat penilaian ke atas organisasi tersebut mengenai kualiti perkhidmatan yang
diberikan dan sistem bagi menghasilkan perkhidmatan ini adalah terkawal. Ini dilakukan
dengan cara mengenalpasti, mewujud, dan menyenggara rekod-rekod aktiviti yang
mempunyai kesan ke atas kualiti dan membolehkan pihak pengurusan membuat
keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting hasil daripada audit dalaman,
semakan pengurusan dan kawalan dokumen.
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
11/21
HUBUNGAN ISO 9000 DENGAN TQM ( Total Management Quality)
ISO 9000 menyediakan asas yang kukuh bagi pelaksanaan Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (TQM). TQM adalah satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan
kepada falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan,
melibatkan semua aspek dalam organisasi dan memberi penekanan kepada kerja
berpasukan. Antara aspek-aspek utama organisasi yang menjadi tumpuan TQM ialah
aspek sokongan pengurusan, perancangan strategik kualiti dan pengurusan
proses. ISO 9000 juga memberi penekanan kepada aspek-aspek ini terutamanya
aspek pengurusan proses. Sistem kualiti dan sistem kepastian kualti yang diwujudkan
melalul pelaksanaan ISO 9000 akan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
pengurusan proses yang diberi tumpuan oleh TQM. Dengan yang demikian,
pelaksanaan ISO 9000 boleh memantapkan usaha-usaha ke arah pelaksanaan TQM.
Konsep TQM dan Ciri-Cirinya
Menyentuh mengenai konsep yang dipegang oleh TQM ini, apa yang jelas ialah
pengurusan jenis ini adalah lebih berorientasikan kepada pelanggan dan akitivitinya
adalah berterusan serta melibatkan semua aspek dalam organisasi yang bertujuanuntuk membawa perubahan yang menyeluruh ke arah melahirkan organisasi yang
cemerlang yang berjaya membawa organisasi mencapai kualiti menyeluruh dalam
segala aspek operasinya. Pada tahap ini kualiti akan dipamerkan melalui kecekapan
pentadbiran, kebolehan pekerja, kelicinan operasi dan sebagainya.
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
12/21
Perkara yang seterusnya yang perlu disentuh bila membicarakan mengenai TQM
ini adalah mengenai ciri-cirinya. Dalam hal ini, cirinya yang pertama ialah dari aspek
matlamat itu sendiri. Dalam aspek ini, terdapat tiga matlamat sebenar TQM dan yang
pertamanya ialah kepuasan hati pelanggan, output tanpa cacat (Zero Defect) dan
output yang sentiasa tepat. Ciri TQM yang kedua ialah fokus. Dalam hal ini,
pengurusan jenis ini nampaknya adalah lebih memfokuskan mengenai beberapa
perkara. Perkara yang pertama yang difokuskan oleh pengurusan jenis ini adalah
sistem dan operasi, budaya organisasi, pelanggan dan juga pembekal. Pemfokusan
mengenai perkara-perkara yang sebegini adalah penting bagi mengelakkan
ketidakcekapan daripada berlaku. Selain itu, ciri yang seterusnya ialah strategi yang
digunakan bagi melaksanakan polisi pengurusan ini. Strategi yang pertama ialah
Penambahbaikan yang berterusan. Langkah atau strategi yang pertama ini boleh
dilakukan dengan mewujudkan Team Work dalam organisasi yang berkenaan. Selain
itu, peranan pihak pengurusan juga adalah amat penting dalam melaksanakan tujuan
ini. Ini kerana pengurusan adalah bertanggungjawab terhadap seluruh organisasi.
Strategi yang seterusnya ialah pengawalan kos kualiti. Ini boleh dilakukandengan menggunakan sumber yang ada dengan seoptimum yang mungkin bagi
mengelakkan daripada berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat mengelakkan
daripada penghasilan output yang tidak berkualiti. Strategi yang terakhir pula adalah
Tindakan Pencegahan. Boleh dilakukan dengan cara memperbaiki proses-proses
kerja supaya peluang-peluang untuk terjadinya kesilapan atau kecacatan dapat dikawal
sepenuhnya.
Ciri yang terakhir TQM adalah pelaksana. Dalam hal ini ia adalah lebih merujuk
kepada siapakah yang akan melaksanakan tugas-tugas yang telah dirancangkan bagi
mencapai matlamat yang telah dinyatakan tadi. Untuk itu, terdapat tiga aktor yang
berperanan dalam melaksanakan tujuan ini, iaitu pihak Pengurusan Atasan, Semua
Pekerja (Total Participation) dan Team Work.
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
13/21
Program dalam ISO Ke Arah Mencapai Taraf TQM.
Terdapat beberapa program di dalam ISO dalam usaha mencapai taraf TQM seperti
program Pensekitaran Berkualiti (5S), Kawalan Mutu Kerja (KMK) dan sebagainya.
Salah satu program yang amat penting dan perlu dipraktikkan ialah program
Persekitaran Berkualiti atau dikenali juga sebagai program 5S. Program ini diasaskan
di negara Jepun dan diamalkan di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Ia terdiri
daripada 5 jenis dan saling bergantungan di antara satu sama lain. Salah satunya ialah
proses SEIRI dalam bahasa Jepun yang bermaksud asing. SEIRI ini adalah satu proses
mengasingkan bahan-bahan yang diperlukan atau yang digunakan daripada bahan-
bahan yang tidak perlukan. Kemudiannya bahan-bahan yang tidak diperlukan tadi akan
dibuang atau dihapuskan. Proses persekitaran berkualiti yang kedua pula ialah
SEITON yang bermaksud susun. SEITON adalah satu proses menyusun dengan
teratur bahan-bahan yang diperlukan yang merupakan lanjutan daripada proses SEIRI
tadi. Seterusnya adalah proses SEISO yang bermaksud bersih. Proses ini adalah
seperti membersihkan kesemua peralatan, mesin dan tempat kerja. Ini adalah untuk
menjaga kebersihan di sekitar organisasi tersebut.
Proses yang keempat dalam program persekitaran berkualiti ini ialah proses
SEIKETSU yang bermaksud standard. Proses ini bertujuan untuk mempastikan bahawa
kebersihan serta peralatan tersusun atau terkawal pada setiap masa. Proses terakhir
dalam program persekitaran berkualiti ini ialah proses SHITSUKE yang bermaksud
disiplin. Proses ini bertujuan untuk memastikan bahawa segala peraturan penjagaan
kebersihan dan etika kerja dipatuhi pada setiap masa.Program Persekitaran Berkualiti
ini sememangnya mempunyai kaitan rapat dengan standard ISO. Ini boleh dilihat
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
14/21
melalui proses-proses di dalam program itu sendiri yang dengan jelas menekankan
kepentingan kualiti bagi mendapatkan pengikhtirafan ISO yang diidamkan oleh semua
syarikat. ISO turut menekankan aspek kualiti di dalam standardnya sama ada kualiti
dalam sesuatu produk, perkhidmatan, reka bentuk syarikat dan sebagainya.
Bagi menerangkan lebih jelas lagi tentang perkaitan antara program ini dengan
standard ISO ialah dengan merujuk kepada satu contoh organisasi antarabangsa yang
menjadikan program persekitaran berkualiti ini sebagai salah satu aset penting bagi
organisasi tersebut. Syarikat Aiwa Co., Ltd dari Tokyo, Jepun yang terkenal sebagai
satu jenama yang mengeluarkan produk elektronik seperti radio, video, VCD, CD-ROM,
DAT dan sebagainya akan dijadikan contoh tersebut. Organisasi antarabangsa yang
berpusat di negara Jepun ini mempraktikkan program persekitaran berkualiti yang
merupakan salah satu program dalam ISO ke setiap organisasinya di seluruh dunia.
Sedikit sebanyak melalui program ini, salah satu organisasi antarabangsa yang amat
terkenal di dunia itu sememangnya cuba untuk menempatkan dirinya sebagai satu
syarikat yang menjalankan proses TQM dengan sempurna. Selain itu, pengaplikasian
program 5S ini akan turut memantapkan lagi status syarikat tersebut yang telah
mendapat beberapa pengikhtirafan antarabangsa terhadap kualiti organisasinya.
Di antara contoh pengiktirafan antarabangsa kepada syarikat ini ialah sebagai
contoh Aiwa Singapore Pte. Ltd telah dianugerahkan standard ISO 9001 pada April
1993 di atas keunikan rekabentuk dan susunatur organisasinya. Seterusnya, syarikat
Aiwa Electronic Malaysia, Sdn. Bhd. di Johor Bahru juga turut dianugerahkan standard
kualiti iaitu ISO 9002 pada Disember 1993 di atas keberkesanannya dalam pengeluaran
produk dan perkhidmatan. Sementara itu, syarikat Aiwa Co., Ltd di Jepun pula
mendapat pengikhtirafan ISO 14001 pada September 1999. Keadaan ini jelas
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
15/21
menunjukkan bahawa syarikat ini sememangnya telah diikhtiraf sebagai satu syarikat
berkualiti melalui beberapa contoh pengikhtirafan tadi.
Syarikat Sirim Sabah Berhad juga mempraktikkan program ini ke dalam sistem
pengurusan organisasinya. Melalui program ini, syarikat itu dikatakan berkemungkinan
akan mencapai tahap TQM selepas pengikhtirafan ISO 9000. Oleh itu, jelas
menunjukkan bahawa program persekitaran berkualiti ini sememangnya adalah amat
berkait rapat dengan standard ISO sekaligus TQM.
Faedah-Faedah Total Quality Management (TQM) kepada Organisasi.
Total Quality Management sebenarnya banyak memberikan faedah-faedah kepada
syarikat. Ini bukan sahaja aspek faedah dalaman yang melibatkan golongan pekerja
serta organisasi tetapi juga faedah luaran. Melalui TQM, syarikat sebenarnya dapat
mengenal pasti dan mengatasi masalah-masalah dan kesilapan lepas daripada
berulang. Ini dapat dilakukan dengan mewujudkan langkah-langkah bagi mengesan
tindakan yang tidak mematuhi amalan dan spesifikasi, mengenal pasti punca-punca
dan merancang serta melaksanakan tindakan-tindakan pembetulan. Melalui cara ini,
pekerja dalam syarikat sebenarnya akan lebih berwaspada serta bersungguh-sungguh
dalam melakukan sesuatu perkara.
Justeru, pengaplikasian sistem Pengurusan Kualiti Menyeluruh ini adalah satu
langkah bijak bagi mengelakkan masalah-masalah sebelum ini daripada berulang.
Selain daripada itu, Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) juga sebenarnya dapat
meningkatkan keyakinan pelanggan dan meningkatkan moral pekerja. Melalui
pengamalan sistem TQM ini, pelanggan akan menjadi lebih yakin dan tanpa was-was
untuk memilih hasil produk dan perkhidmatan syarikat. Ini kerana, mereka menyedari
akan kualiti sistem kerja dan penghasilan produk serta perkhidmatan yang diberikan.
Manakala pekerja pula, tentunya akan lebih bersemangat dan berwaspada dalam
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
16/21
memenuhi komitmen dalam syarikat di samping mengekalkan prestasi organisasi. Ini
kerana, mereka sedar akan bakal saingan yang lain yang bakal menggugat syarikat
mereka seandainya tidak bekerja keras untuk menyumbangkan usaha optimum bagi
memantapkan prestasi syarikat.
Faedah seterusnya ialah wujudnya budaya saing dalam pasaran. Ini kerana
melalui budaya TQM ini tentunya akan membangkitkan lagi citra individu pekerja untuk
saling berlumba mencipta kecemerlangan dan mencapai matlamat syarikat. Apabila
sesebuah organisasi mengamalkan TQM dan menyedari adanya syarikat lain
mengamalkan sistem kerja yang sama, maka ini sudah tentu akan membangkitkan
semangat mereka untuk saling bersaing antara satu-sama lain. Hal ini, semestinya
telah mewujudkan satu bentuk persaingan yang positif antara organisasi dan organisasi
lain dalam pasaran.
Melalui TQM ini, syarikat juga sebenarnya dapat memastikan tahap pencapaian
dan produktiviti syarikat dari masa ke semasa. Melalui pengetahuan tahap syarikat ini,
pihak pengurusan tentunya akan dapat menilai dan mengambil langkah perlu dan
bernas bagi meningkatkan sistem kerja bagi mencapai matlamat organisasi.Sehubungan dengan itu, pekerja seharusnya sedar akan peranan dan tanggungjawab
mereka terhadap syarikat. Seandainya prestasi syarikat merundum jatuh, maka adalah
menjadi kewajipan pekerja menggembleng tenaga bersama pihak pengurusan untuk
menaikkan semula prestasi dan keunggulan syarikat.
Faedah TQM seterusnya kepada syarikat ialah kemudahan atau mempunyai
kelebihan untuk mendapat tender. Ini kerana, syarikat lain sama ada organisasi swasta
atau kerajaan sememangnya memerlukan organisasi yang benar-benar mampu untuk
menjalankan tawaran dalam sesuatu tender. Contohnya, dalam sektor pembinaan dan
pembuatan atau pun penyediaan perkhidmatan, tentunya pihak lain akan lebih senang
untuk membuka tawaran tender kepada organisasi yang diiktiraf akan keberkesanannya
dalam tawaran tersebut. Maka, ini sebenarnya memberi keutamaan kepada organisasi
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
17/21
yang mengamalkan sistem atau budaya kerja TQM. Oleh itu, kebarangkalian organisasi
yang mengamalkan TQM ini adalah tinggi bagi memperolehi satu kenyataan tawaran
tender berdasarkan rekod dan prestasi syarikat sebelum ini.
Carta aliran di bawah menunjukkan perlaksanaan TQM dalam hubungannya
dengan kepuasan pelanggan.
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
18/21
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya , dapatlah dikatakan di sini bahawa perlaksanaan MS
ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam adalah tepat dan memiliki beberapa signifikan
tersendiri yang menjadikannya rasional untuk dilaksanakan serta diimplimentasikan. MS
ISO 9000 menjadi kayu ukur kepada organisasi mahupun syarikat yang beroperasi
dalam melihat sejauh mana mereka mampu memenuhi standard yang ditetapkan. Ini
membolehkan sesebuah organisasi atau syarikat itu berusaha sebaik mungkin dalam
menggerakkan organisasi mahupun syarikat mereka. Dalam Perkhidmatan Awam,
perlaksanaan ISO 9000 membolehkan kepuasan pelanggan menjadi perkara pokok. Ini
sekaligus menunjukkan bahawa kualiti produk atau perkhidmatan hanya tercapaiapabila mereka berjaya melaksanakan semua elemen penting yang terkandung dalam
standard ISO tersebut.
Hubungan di antara MS ISO 9000 dengan TQM ( Total Management Quality)
memantapkan lagi keupayaan sesebuah organisasi atau syarikat itu untuk mencapai
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
19/21
tahap kualiti yang tinggi khususnya kualiti ke atas kepuasan pelanggan. Pelaksanaan
ISO 9000 akan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan proses yang
diberi tumpuan oleh TQM. Dengan yang demikian, pelaksanaan ISO 9000 boleh
memantapkan usaha-usaha ke arah pelaksanaan TQM. Secara keseluruhannya,
dapatlah dikatakan bahawa Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) merupakan satu
gaya pengurusan baru pada masa kini dan dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
kerja. Walau bagaimanapun, usaha sesebuah organisasi yang ingin mendapatkan TQM
yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah kerana organisasi itu perlu melalui
beberapa peringkat sebelum mencapai status TQM yang amat diidamkan oleh
kebanyakan organisasi atau syarikat khususnya di negara kita.
Bibliografi
www.bharian.com.my
www.wiikpedia.org.com
http://azamri.tripod.com
www.ppkt.kk.usm.my
www.sabah.gov.my
www.script.com.my
http://www.bharian.com.my/http://azamri.tripod.com/http://www.ppkt.kk.usm.my/http://www.sabah.gov.my/http://www.bharian.com.my/http://azamri.tripod.com/http://www.ppkt.kk.usm.my/http://www.sabah.gov.my/8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
20/21
Zaidatol Akmaliah. 1990. Pentadbiran Pendidikan, Fajar Bakti, Kuala Lumpur
8/2/2019 Tugasan Individu Kursus Induksi Siri 7
21/21