Tugasan Individu No. 105

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    1/15

    1

    Soalan no. 105

    Hari Kualiti telah ditetapkan pada 31 Oktober setiap tahun. Sempena Hari Kualiti

    tersebut, huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh sesebuah jabatan serta

    tujuan aktiviti-aktiviti itu dilaksanakan.

    1.0 Pengenalan

    Menurut kamus dewan edisi empat, kualiti ialah darjah kecemerlangan

    biasanya yang tinggi, mutu: barang-barang itu baik ~nya; berkualiti mempunyai

    kualiti, bermutu: ini dapat memberikan gambar yg terang serta jelas dan ~ apabila

    ditayangkan.Definisi kualiti di bawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu

    entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang

    dinyatakan dan yang tersirat.

    Usaha pemupukan budaya inovasi di kalangan kakitangan awam sedang

    dipergiatkan oleh pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

    Malaysia (MAMPU). Dahulu, bagi meningkatkan perkhidmatan kakitangan Kerajaan,

    sektor Kerajaan menyambut Hari Kualiti pada setiap 31 Oktober. Walau

    bagaimanapun, bagi meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam, Hari

    Kualiti telah digantikan kepada Hari Inovasi.

    Hari Kualiti telah ditukar kepada Hari Inovasi selaras dengan pelancaran

    inisiatif Malaysia Inovatif 2010 oleh YAB Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

    pada 27 Januari 2010. Oleh itu, mulai tahun 2010, Hari Kualiti yang disambut oleh

    perkhidmatan awam ditukar kepada sambutan Hari Inovasi dan sebagai tanda

    simbolik, disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Hari Inovasi Perkhidmatan Awam

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    2/15

    2

    akan mengantikan Hari Kualiti (Hari Q) seperti yang ditetapkan di bawah Pekeliling

    Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4 Tahun 1991 bertajuk Garis Panduan

    mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam.

    Inovasi didefinisikan sebagai idea-idea baru dalam aspek kerja untuk

    menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Produktiviti yang digabungkan bersama

    kreativiti dan inovasi mampu melonjak kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan

    awam di Malaysia. Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memaksimumkan

    aplikasi kreativiti dan inovasi ini. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan

    kepuasan hati pelanggan sektor awam yang utama iaitu rakyat. Idea-idea baru harus

    menjadi tanda aras untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia cemerlang di

    peringkat global.

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    3/15

    3

    2.0 Hari Kualiti / Hari Inovasi

    Sambutan Hari Kualiti atau Hari Q adalah merupakan suatu acara tahunan

    dalam kalendar setiap agensi sektor awam sejak Gerakan Budaya Kerja Cemerlang

    dilancarkan pada tahun 1989. Pihak Pengurusan boleh membuktikan komitmen

    terhadap kualiti dengan menganjurkan sambutan Hari Kualiti setiap tahun. Objektif

    sambutan ini ialah untuk mengukuhkan nilai-nilai budaya kualiti di dalam jabatan, di

    samping meningkatkan kesedaran kakitangan terhadap kualiti. Tarikh rasmi

    sambutan ini ialah 31 Oktober setiap tahun.

    Pewujudan Hari Kualiti adalah bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai

    budaya kualiti dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, ia juga bertujuan memberi

    pengiktirafan dan memperbaharui komitmen dan dedikasi pekerja dan pihak

    pengurusan kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi mereka ke

    arah peningkatan kualiti. Hari tersebut adalah merupakan satu acara bagi

    mewujudkan kesedaran para pekerja bahawa satu perubahan telah berlaku dalam

    organisasinya dan pengiktirafan diberi untuk perubahan-perubahan tersebut.

    Perubahan yang dimaksudkan ini adalah dari segi kejayaan dalam usaha-usaha

    peningkatan kualiti keluaran/perkhidmatan yang berkualiti. Agensi-agensi kerajaan

    adalah diminta memilih satu hari yang sesuai pada setiap tahun khusus untuk

    merayakan kejayaan mereka dalam usaha-usaha kualiti.

    Sambutan Hari Kualiti kini telah digantikan dengan Hari Inovasi yang

    ditetapkan pada 31 Oktober setiap tahun bagi menandakan kepentingan budaya

    inovasi dalam mendukung agenda transformasi sektor awam. Jabatan dan agensi

    kerajaan perlu meraikan Hari Inovasi pada setiap tahun dengan mengadakan

    pelbagai program ke arah peningkatan budaya inovasi dalam sektor awam.

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    4/15

    4

    Hari Inovasi juga boleh memuatkan program pengiktirafan bagi kejayaan

    inovasi yang dihasilkan individu dan kumpulan. Jabatan dan agensi kerajaan juga

    boleh merangka program dan aktiviti yang melibatkan pelanggan dalam sambutan

    Hari Inovasi.

    2.1 Perancangan Hari Kualiti / Inovasi

    Perancangan Hari Kualiti/Inovasi adalah untuk meneliti aktiviti-aktiviti yang

    perlu dilakukan pada hari tersebut yang merupakan hari komitmen kepada usaha-

    usaha peningkatan kualiti. Dalam merancang Hari Kualiti/Inovasi, Jawatankuasa

    Penganjur perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

    a. Menentukan jangka masa apabila organisasi bersedia untuk mengadakan

    hari tersebut;

    b. Peruntukan kewangan;

    c. Penglibatan para pekerja di semua peringkat;

    d. Budaya sesebuah organisasi; dan

    e. Tindakan-tindakan lanjutan selepas acara Hari Kualiti/Inovasi.

    Bagi mewujudkan satu budaya kerja yang berteraskan kualiti/inovasi di

    kalangan semua pekerja, beberapa aktiviti hendaklah dilaksanakan untuk

    meningkatkan kualiti dalam sektor awam. Aktiviti-aktiviti ini adalah seperti berikut:

    a) Anugerah Kualiti Perdana Menteri

    Kerajaan telah pun memberi Anugerah Kualiti Perdana Menteri sebagai satu

    tanda penghargaan kepada sesuatu agensi yang telah menunjukkan prestasi

    cemerlang dalam tahun yang berkenaan. Anugerah ini akan disampaikan setiap

    tahun pada 9hb November sempena Hari Kualiti Sedunia.

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    5/15

    5

    b) Panduan Pengurusan dan Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

    Panduan ini menjadi rujukan asas kepada agensi-agensi kerajaan dalam

    usaha mereka untuk menghasilkan perkhidmatan dan keluaran yang berkualiti.

    Berpandukan kepada panduan tersebut, kementerian-kementerian dan jabatan-

    jabatan adalah dikehendaki menyediakan Panduan Pengurusan dan Peningkatan

    Kualiti masing-masing.

    c) Bengkel-bengkel Latihan

    Beberapa Bengkel Pengurusan dan Peningkatan Kualiti telah diadakan bagi

    Penyelaras-penyelaras Kualiti dan Produktiviti dan Pasukan-pasukan Petugas

    mereka. Selepas menghadiri latihan ini, Penyelaras-penyelaras Kualiti dan

    Produktiviti serta pasukan-pasukan petugas mereka adalah dikehendaki

    melaksanakan usaha-usaha peningkatan kualiti di agensi masing-masing. Selain itu,

    mereka juga perlu melatih dan mendidik pegawai-pegawai dan staf di bawah jagaan

    mereka tentang pengurusan yang berkualiti.

    d) Ceramah dan Perbincangan

    Ceramah-ceramah dan perbincangan-perbincangan mengenai pengurusan

    dan peningkatan kualiti dalam perkhidmatan awam hendaklah diberikan iaitu

    bertujuan untuk membantu meningkatkan lagi kesedaran agensi-agensi ini tentang

    pengurusan kualiti.

    e) Pita Video Kualiti

    Sebanyak dua pita video berkenaan dengan pengurusan kualiti telah pun

    disediakan dan digunakan sebagai bahan latihan bagi Bengkel Pengurusan Kualiti.

    Pita-pita video ini adalah berjudul "Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Produktif"

    dan "Pengurusan Produktiviti Dan Kualiti Yang Berkesan".

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    6/15

    6

    f) Pengumuman Melalui Televisyen

    Bagi meningkatkan lagi kesedaran serta menerapkan quality consciousness

    di kalangan orang ramai, tiga pengumuman telah disiarkan melalui televisyen.

    Pengumuman-pengumuman tersebut bertajuk:

    Kualiti-Memenuhi Kehendak Pelanggan

    Kualiti Melalui Pencegahan

    Kos Tidak Memenuhi Kehendak Pelanggan

    g) Siri Panduan Pengurusan Kualiti

    Sebagai sebahagian daripada usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran

    dan pengetahuan tentang kualiti serta menunjukkan cara-cara yang praktikal untuk

    mengurus kualiti dan produktiviti secara berkesan, satu siri Panduan Pengurusan

    Produktiviti telah disediakan. Panduan-panduan ini telah pun diedarkan kepada

    semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    7/15

    7

    3.0 Aktiviti-aktiviti Hari Kualiti / Inovasi

    Ketika sambutan Hari Kualiti/Inovasi, pihak pengurusan boleh menganjurkan

    pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan usaha peningkatan kualiti/inovasi jabatan. Di

    antara aktiviti-aktiviti sempena Hari Kualiti/Inovasi adalah seperti berikut:

    Ucap Utama Hari Kualiti/Inovasi

    Ucapan boleh dilakukan oleh Ketua Jabatan atau pakar kualiti/inovasi yang

    berpengalaman bagi menunjukkan komitmen terhadap usaha-usaha peningkatan

    kualiti/inovasi. Sebelum aktiviti ucap utamana dilakukan, digalakkan supaya suasana

    diceriakan dengan iringan muzik gamelan dan kehadiran hadirin diserikan oleh

    penyambut-penyambut tetamu dengan door gift Hari Kualiti/Inovasi yang unik bagi

    menyerikan lagi suasana pada hari tersebut.

    Ceramah oleh pakar-pakar kualiti/inovasi

    Menjemput penceramah atau pakar-pakar yang berpengalaman bagi

    memberi ceramah yang meliputi aspek-aspek etika kerja, peningkatan perkhidmatan

    yang berkualiti, dan penggunaan teknologi terkini. Ceramah dan perbincangan kerap

    diadakan untuk memberi pengetahuan kepada penjawat-penjawat awam agar dapat

    meningkatkan lagi kualiti dan kesedaran tentang pentingnya kualiti dalam sesuatu

    urusan pekerjaan.

    Contoh ceramah yang boleh disampaikan ialah Penambahbaikan Dalam

    Sistem penyampaian di Sektor Awam di mana penceramah boleh menyentuh

    mengenai pengalaman luas beliau terhadap mutu perkhidmatan awam yang perlu

    dihasilkan oleh penjawat-penjawat awam. Aspek integriti, amanah, kepuasan

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    8/15

    8

    pelanggan, kreativiti dan inovasi merupakan perkara teras yang perlu disemai di

    dalam pengurusan dan amalan setiap kakitangan kerajaan. Penyampaian ceramah

    yang lembut dan berhemah akan memberikan impak positif terhadap sikap yang

    perlu dijiwai oleh semua staf dalam memastikan mutu sistem penyampaian sentiasa

    dipertingkatkan.

    Seminar kualiti/inovasi

    Seminar kualiti/inovasi perlu dijalankan bagi meningkatkan kesedaran

    terhadap pembudayaan kualiti/inovasi serta menyedari peranan masing-masing di

    dalam perlaksanaan tugas dan saling bekerjasama dalam memantapkan hasil kerja.

    Contoh seminar yang boleh dilakukan adalah Bicara Kualiti/Inovasi. Seminar ini

    dapat memberikan sikap keterbukaan pengurusan terhadap beberapa cadangan dan

    pandangan ke arah kebaikan bersama serta semua staf mendapat maklumbalas

    tentang harapan dan saranan yang perlu dicapai.

    Upacara angkat sumpah (Majlis ikrar)

    Majlis ikrar ini perlu sentiasa dijalankan setiap tahun pada Hari Kualiti/Inovasi.

    Majlis ikrar oleh pekerja-pekerja amat diperlukan bagi menunjukkan tanda dedikasi

    mereka ke arah peningkatan kualiti/inovasi.

    Pembentangan pelan kualiti/inovasi pada masa akan datang

    Pembentangan pelan kualiti/inovasi perlu diadakan bagi memastikan setiap

    aktiviti atau program yang akan dijalankan pada masa akan datang mendapat

    perhatian semua warga pekerja atau jabatan. Ini akan menggalakkan semua pihak

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    9/15

    9

    akan cuba mencapai tahap yang telah ditetapkan. Seterusnya akan meningkatkan

    mutu kerja setiap jabatan.

    Pameran/Showcase Kualiti/Inovasi

    Pamera kualiti/inovasi perlu diadakan kepada warga, agensi sektor awam dan

    orang awam bagi memperkenalkan produk atau hasil pengkomersilan dan

    pemasaran produk. Ini dapat menggalakkan minat semua pihak untuk melihat

    produk atau hasil kualiti kerja yang dihasilkan oleh setiap jabatan yang terlibat untuk

    Hari Kualiti/Hari Inovasi.

    Sesi latihan kualiti/inovasi

    Bengkel-bengkel dan latihan perlu diberikan di peringkat atasan sehinggalah

    ke peringkat bawahan. Ini bertujuan meningkatkan lagi tahap kualiti dan pencapaian

    mutu kerja yang lebih baik. Antara latihan yang boleh dilakukan adalah latihan dalam

    bidang 'team building', meningkatkan kemahiran menggunakan Bahasa Inggeris,

    dan kemahiran komunikasi dan penyampaian.

    Memberi cenderamata kualiti/inovasi

    Cenderamata kualiti/inovasi perlu diberikan kepada pihak-pihak yang telah

    bertungkus-lumus bagi menjayakan hari kualiti/inovasi yang telah dijalankan dengan

    lancar dan berjaya. Ini bagi menggalakkan setiap pihak yang terlibat akan terus

    bekerjasama dalam memastikan aktiviti atau program yang dijalankan pada masa

    akan datang akan lebih menarik dan sempurna.

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    10/15

    10

    Penyampaian insentif atau memberi anugerah

    Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada semua kakitangan di

    semua peringkat sebagai mengenang jasa yang telah disumbangkan serta

    memberikan penghargaan yang sama di atas kualiti kerja yang cemerlang seperti

    Anugerah Khidmat Cemerlang kepada pekerja-pekerja yang dicalonkan. Ini akan

    mendorong semangat motivasi kepada kakitangan lain untuk terus bekerja dengan

    gigih dan bersemangat untuk menjadikan organisasi cemerlang, gemilang dan

    terbilang.

    Mengadakan tayangan video dan membuat rakaman video

    Mengadakan tayangan video mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan

    oleh agensi di dalam usaha peningkatan kualiti/inovasi dan mengadakan tayangan

    video mengenai 'success stories' jabatan-jabatan lain serta membuat rakaman video

    mengenai acara pada hari tersebut. Aktiviti seperti ini perlu dijalankan bagi menarik

    semua pihak akan turut serta dalam aktiviti atau program yang telah dijalankan pada

    masa akan datang dengan tayangan koleksi gambar-gambar yang dipaparkan.

    Persembahan oleh Kumpulan Meningkat Mutu Kerja.

    Kumpulan Meningkat Mutu Kerja bagi setiap jabatan yang telah berjaya akan

    mempersembahkan projek mereka pada Hari Kualiti/Inovasi yang telah dijalankan.

    Persembahan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada warga jabatan dan hadirin

    mengenai proses dan semangat berpasukan yang telah diwujudkan oleh mereka

    dalam menghasilkan mutu kerja yang berkualiti.

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    11/15

    11

    Pertandingan atau program lain yang dijalankan

    a) Pertandingan Sepah-sepah Susun (3S)

    Pertandingan yang menarik yang akan melibatkan penyertaaan dari semua

    bahagian. Memastikan semangat berpasukan dan bekerjasama di kalangan para

    pekerja.

    b) Program Deklamasi Sajak

    Penyertaan peserta dari pelbagai jabatan yang terlibat. Tema perlu ditetapkan

    berkisar kepada kualiti/inovasi dan produktiviti. Persembahan ini dapat menarik

    ramai peserta melibatkan diri dengan pelbagai hadiah yang akan disediakan.

    Seterusnya dapat mencungkil ramai peserta yang berbakat dalam bidang ini untuk

    diketengahkan dan persembahan ini dapat menarik ramai pihak menghadiri hari

    kualiti/inovasi.

    c) Treasure Hunt Kualiti/Inovasi

    Pelaksanaan program dapat menarik lebih ramai peserta dengan pelbagai

    aktiviti yang mencabar. Program ini akan menyerlahkan komitmen dan semangat

    pasukan di kalangan ahli kumpulan (lelaki dan wanita) dan dicampurkan dari semua

    bahagian. Setiap peserta perlu melaksanakan pelbagai tugasan yang telah diberikan

    seperti menyusun kerusi, menjawab soalan-soalan mengenai kualit/inovasi dan

    sebagainya.

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    12/15

    12

    4.0 Tujuan Aktiviti-aktiviti Hari Kualiti / Inovasi

    Setiap jabatan begitu aktif dan kreatif dalam usaha merancang program-

    program yang menarik bagi menggalakkan setiap agensi di bawahnya mengambil

    bahagian. Agensi-agensi berkenaan juga begitu komited dalam menjayakan

    program-program yang telah dirancang, di samping melaksanakan program

    kualiti/inovasi masing-masing di peringkat jabatan.

    Program-program kualiti/inovasi yang dilaksanakan telah dapat mewujudkan

    semangat kerjasama di samping mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan warga

    agensi masing-masing. Keinginan untuk menang dalam pertandingan yang diadakan

    sudah pasti mendorong warganya berusaha menghasilkan yang terbaik dalam

    suasana pertandingan yang sihat.

    Hari Q atau inovasi merupakan satu lambang yang menunjukkan komitmen

    dalam memastikan semua kerja yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi serta

    memenuhi kehendak pelanggan. Hari Q atau inovasi perlu dihayati oleh setiap

    warga perkhidmatan awam dan tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja

    tahun demi tahun tanpa membawa sebarang perubahan yang bermakna dan ketara.

    Melalui latihan juga jabatan boleh mendedahkan kepada kakitangannya

    tentang konsep-konsep pengurusan kualiti, dasar-dasar kualiti dan strategi-strategi

    yang digubal oleh jabatan. Kefahaman mengenai perkara ini akan mengukuhkan

    komitmen kakitangan terhadap usaha-usaha jabatan. Pengiktirafan dapat

    mendorong kakitangan untuk terus meningkatkan prestasi kerja pada masa

    hadapan. Pengiktirafan ini juga akan menimbulkan rasa bangga (pride) terhadap

    kerja dan ini adalah faktor motivasi yang kuat.

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    13/15

    13

    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh setiap jabatan sempena hari kualiti/inovasi

    bertujuan bagi memperkukuhkan nilai-nilai budaya kualiti dalam organisasi, supaya

    ianya menjadi penjana kerja yang efisyen dan berkualiti tinggi. Selain itu, pemberian

    pengiktirafan dan memperbaharui komitmen pekerja dan pengurusan ke arah

    peningkatan kualiti secara berterusan.

    Pendekatan yang diserapkan melalui aktiviti minggu kualiti/inovasi ini, bukan

    sahaja memerlukan para pekerja melakukan kerja mengikut prosedur, atau arahan

    yang ditetapkan, tetapi juga digalakkan supaya lebih inovatif dan kreatif dalam

    menjalankan kerja, terutama dalam memikirkan kaedah-kaedah dan pendekatan-

    pendekatan baru yang lebih efektif dan lebih produktif dan cekap. Usaha yang

    berterusan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti adalah penting, kerana daya

    saing negara perlu dipertingkatkan dalam persekitaran ekonomi yang begitu

    mencabar.

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    14/15

    14

    5.0 Kesimpulan

    Pelaksanaan Hari Kualiti/Inovasi adalah satu keperluan yang akan menjamin

    kecemerlangan prestasi perkhidmatan awam. Tindakan ini membolehkan jabatan-

    jabatan menghasilkan keluaran dan perkhidmatan yang berkualiti serta dihargai oleh

    orang ramai. Di samping itu, jabatan-jabatan juga akan dapat mempertingkatkan

    kecekapan dan keberkesanannya dalam menjayakan matlamat operasi masing-

    masing.

    Namun begitu, perlaksanaan Hari Kualiti/Inovasi ini bukanlah satu usaha

    yang mudah, sebaliknya memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang teratur.

    Komitmen pengurusan atasan juga ternyata menjadi satu keperluan yang asasi. Hari

    Kualiti/Inovasi yang telah diadakan perlu menilai pencapaian yang diperolehi hasil

    dari Hari Kualiti/Inovasi. Selain itu, peluang-peluang perlu dikaji untuk memperbaiki

    acara tersebut di masa akan datang. Pihak pengurusan juga boleh membuat publisiti

    tentang acara yang telah diadakan itu untuk mendorong pekerja-pekerja

    menyumbangkan kepada peningkatan kualiti.

    Kecemerlangan sesebuah organisasi berkait rapat dengan tahap disiplin dan

    kualiti kerja warganya. Sesebuah organisasi yang mempunyai warga yang

    berdisiplin dan berkualiti tinggi dapat memastikan segala tugas yang diamanahkan

    dilaksanakan dengan teratur dan tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan. Warga

    yang berdisiplin akan sentiasa dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang

    kerana disiplin merupakan kunci utama ke arah kecemerlangan dan menjadi asas

    yang penting dalam usaha mewujudkan pentadbiran yang beramanah, bersih dan

    cekap.

  • 8/2/2019 Tugasan Individu No. 105

    15/15

    15

    6.0 Bibliografi

    Ismail Yusuf, (2009), Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. Udesa Enterprise,

    Kuala Lumpur.

    Ranjit Singh Mahli, (1985), Panduan Jawapan Peperiksaan Am Kerajaan. Federal

    Publication, Kuala Lumpur.

    Garis Panduan Peningkatan Kualiti

    http://gdnippm.blogspot.com/2009/10/garis-panduan-peningkatan-kualiti.html

    Portal rasmi MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

    Malaysia) http://www.mampu.gov.my

    Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my/

    Pusat Sumber Maklumat INTURA

    http://psmintura.wordpress.com/2011/07/11/membudayakan-inovasi-dalam-sektor-

    perkhidmatan-awam/

    http://gdnippm.blogspot.com/2009/10/garis-panduan-peningkatan-kualiti.htmlhttp://gdnippm.blogspot.com/2009/10/garis-panduan-peningkatan-kualiti.htmlhttp://www.mampu.gov.my/pdf/arkib/um26052010.pdfhttp://www.mampu.gov.my/pdf/arkib/um26052010.pdfhttp://prpm.dbp.gov.my/http://prpm.dbp.gov.my/http://psmintura.wordpress.com/2011/07/11/membudayakan-inovasi-dalam-sektor-perkhidmatan-awam/http://psmintura.wordpress.com/2011/07/11/membudayakan-inovasi-dalam-sektor-perkhidmatan-awam/http://psmintura.wordpress.com/2011/07/11/membudayakan-inovasi-dalam-sektor-perkhidmatan-awam/http://psmintura.wordpress.com/2011/07/11/membudayakan-inovasi-dalam-sektor-perkhidmatan-awam/http://psmintura.wordpress.com/2011/07/11/membudayakan-inovasi-dalam-sektor-perkhidmatan-awam/http://prpm.dbp.gov.my/http://www.mampu.gov.my/pdf/arkib/um26052010.pdfhttp://gdnippm.blogspot.com/2009/10/garis-panduan-peningkatan-kualiti.html