23
 

tugasan teknologi pengajaran

Embed Size (px)

Citation preview

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 1/23

 

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 2/23

1.0 Pengenalan

Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara

lisan ataupun bertulis. Ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Oleh itu,

 peranan visual dalam pembelajaran adalah sangat penting. Walaubagaimanapun, sebahagaian besar daripada kejayaan kerana

 bahan visual, adalah berdasarkan kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan

kesesuaian teknik yang digunakan.

Prinsip visual pula berkaitan dengan kaedah ataupun cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yangdihasilkan menarik dan berkesan. Ini adalah sangat penting untuk seseorang guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran

 ber kesan berlaku dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Prinsip ini tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu

 peraturan yang rigid tetapi pengetahuan tentangnya dapat membantu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik.

Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan beberapa jenis prinsip-prinsip reka bentuk visual iaitu Simplisiti, Domain, Pola,

Seimbang, variasi dan harmoni. Saya akan menggunakan gambarajah-gambarajah yang berkaitan untuk menghuraikan enam

 prinsip reka bentuk visual ini.

Kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan demi menghasilkan generasi yang berupaya menangani

masalah dan cabaran yang dihadapi. Sebagai seorang guru, kita mesti ingin meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam

 proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan empat ciri reka bentuk yang dapat

meningkatkan kemahiran berfikir bersertakan alamat laman web.

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 3/23

2.0 Prinsip Reka Bentuk

Prinsip visual berkaitan dengan cara atau kaedah menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang

dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid tetapi pengetahuan

tentangnya dapat membantu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik dan berkesan. Prinsip visual dibincangkan

dalam pelbagai cara, khususnya dari sudut istilah yang digunakan. Namun, intipatinya tidak jauh berbeza. Prinsip reka bentuk

 pertama yang akan saya bincangkan ialah simplisiti.

2.1 SIMPLISITI

Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan yang harus memungkinkan kefahaman yang jelas dan cepat. Ini bermakna

apabila kita melihat gambar dan tulisan yang dipersembahkan pada satu masa, kita akan terus dapat tahu apa yang

ditunjukkan dalam gambar. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Contohnya

mempersembahkan gambar dengan tulisan yang jelas dan senang dibaca. Untuk prinsip simplisiti, tulisan yang rumit ataupun

 bentuk ukiran kerrawang adalah kurang sesuai. Hal demikian kerana tulisan jenis ukiran susah dibaca dengan jelas dan

cepat. Ini telah melanggar prinsip simplisiti yang berunsurkan mudah, jelas dan cepat difaham apabila kita melihat sesuatu

gambar.

Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip simplisiti adalah seperti gambar di bawah:

Gambar 1

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 4/23

Gambar 1 menunjukkan seekor harimau . Gambar ini sesuai digunakan untuk murid bagi mata pelajaran Sains atau

Bahasa Inggeris. Gambar harimau ini sangat jelas disertakan dengan  perkataan “tiger” yang dilihat. Gambar ini menepati

 prinsip simplisiti yang bermakna sesuatu rekaan yang harus memungkinkan kefahaman yang jelas dan cepat. Gambar yang

 berwarna juga jelas dan cepat difaham oleh pembaca. Walau bagaimanapun, perkataan “tiger” yang mempunyai corak

mungkin sukar dibaca untuk murid tahun 1.

Gambar 2

Gambar 2 menunjukkan sehelai kain yang digulung. Ayat “Gulung dengan kemas” merupakan arahan atau ajaran yang

disampaikan bersama gambar. Gambar ini sesuai digunakan untuk semua murid dalam matapelajaran Kemahiran Hidup,

Aktiviti Kokurikulum dan Bahasa Malaysia. Gambar ini senang, cepat dan jelas dilihat. Perkataannya juga senang, jelas dan

cepat dibaca. Ciri-ciri yang terdapat pada gambar ini juga menepati prinsip simplisiti yang bermaksud sesuatu rekaan yang

 perlu memungkinkan kefahaman yang jelas dan cepat. Para pembaca dapat memahami arahan dengan cepat.

2.2 DOMINAN

Dominan boleh disama ertikan dengan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau

item utama (key element) mestilah ditonjolkan supaya dapat dilihat dan dibaca maksudnya oleh penonton atau pembaca

dengan mudah. Item utama ini mestilah menguasai item-item lain yang menyokongnya.

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 5/23

  Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan. Antaranya ialah:

(a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third). Peraturan Satu Pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia

menyaring (scan) sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada

tempat-tempat lain.

(b) Warna dan bentuk yang kontras.

(c) Saiz yang lebih besar.

(d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama.

(e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama.

(f)  Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kapas.(g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip dominan adalah seperti gambar di bawah:

Gambar 3

Gambar 3 meggunakan garis-garis yang menunjukkan ke arah item utama. Garis-garis digunakan untuk menghubungkaitakan

 bahagian otak dengan nama bahagian. Ini juga menyenangkan pembaca untuk mengetahui bahagian otak. Ini kerana jika

hanya nama bahagian ditulis sahaja tanpa garisan yang menunjukkan ke arah bahagian sebenar, pembaca tidak akan tahu

 bahagian mana yang hendak ditunjukkan. Jadi prinsip dominan sangat membantu guru dalam proses pengajaran dan

 pembelajaran.

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 6/23

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 7/23

Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip pola adalah seperti gambar di bawah:

Gambar ini menunjukkan rekaan visual jenis pola yang berbentuk segi tiga. Susunan makanan telah menarik penglihatan

 pembaca ke arah item yang tertinggi sekali. Gambar ini juga menggerakkan penglihatan pembaca mengikut aliran dari

 bawah ke atas. Tambahan pula gambar ini berwarna dan berserta perkataan yang menjelaskan setiap aliran. Jadi bahan ini

sesuai dijadikan sebagai bahan p&p guru.

2.4 SEIMBANG

Setiap benda dalam dunia ini perlu seimbang. Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam

rekaan sesuatu visual; ia juga perlu seimbang, jika tidak ia juga akan turut tumbang, iaitu rekaannya Nampak janggal dan

tidak menarik. Oleh itu, elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk, tidak kira sama

ada antara bahagian kiri dengan kanan ataupun atas dengan bawah. Dengan cara ini, mata kita akan rasa selesa semasa

memandang sesuatu rekaan visual.

Terdapat dua jenis seimbang, iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.

(a)  Seimbang formal

Seimbang formal bermakna pembahagaian yang sama bahagi (bisymmetrical)

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 8/23

  Anatara dua bahagian visual; sama ada bahagian kiri dengan kanan ataupun

 bahagian atas dengan bawah. Jika digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-

 jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis dan beratnya di kedua-

dua belah papan jongkang-jongkit ini.

(b)  Seimbang tidak formal

Bermakna pembahagian yang tidak sama rata (asymmetrical) antara item kiri

dengan kanan ataupun atas dengan bawah sesuatu rekaan visual. Jika

digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi bebanan yang ada di kiri kanan papan

 jongkang-jongkit, bukan daripada jenis atau bahan yang sama , cuma beratnya sama sahaja.

Dalam rekaan visual, kita tidak boleh menyukat berat menggunakan timbangan. Dalam hal ini, penggunaan

 penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan. Sebagai panduan, elak meletakkan objek yang gelap di atas

objek yang cerah ataupun objek yang besar di atas objek yang kecil. Objek yang gelap lebih berat daripada objek yang

cerah. Begitu juga dengan objek yang lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil. Oleh itu, hukum graviti perlu

diaplikasikan di sini.

Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip seimbang adalah seperti gambar di bawah:

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 9/23

 

Gambar ini telah menunjukkan reka bentuk jenis seimbang formal. Elemen grafik ini disusun dengan beratnya yang

seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk atas dengan bawah. Bahan p&p ini menepati ciri-ciri prinsip seimbang formal.

Tambahan pula gambar ini berwarna dan dapat menarik minat murid.

2.5 VARIASI

Mengikut kamus depan muka surat 1787(edisi keempat), variasi bermaksud bentuk dan lain-lain yang tidak

seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dalam bentuk, rekacipta dan lain-lain. Elemen-elemen yang digunakan

dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Tentulah

membosankan kalau sesuatu elemen itu digunakan berulang kali. Kita perlu pelbagaikan elemen-elemen yang digunakan

supaya ia dapat member kesegaran dan menimbulkan minat. Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap

visual.

Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip variasi adalah seperti gambar di bawah:

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 10/23

Gambar ini menunjukkan ciri-ciri reka bentuk jenis prinsip variasi. Dalam gambar ini, anjing ini seolah-olah sedang

mengejar seekor burung. Gambar ini sesuai digunakan untuk latihan bina ayat Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Gambar ini dapat menarik penglihatan pembaca kerana kedua-dua ekor binatang ini seolah-olah hidup dan sedang bergerak.

2.6 HARMONI

Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan perasaan. Bayangkan ketika berada di pantai pada waktu

senja. Warna langit yang jingga begitu harmonis dengan deruan ombak dan lambian lembut daun kelapa. Kesemuanya

 bagaikan bersatu menyambung senja yang dating.

Begitu halnya dengan rekaan grafik. Kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah

fikiran. Ini membolahkan mata dan fikiran penonton atau pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual.

Harmoni juga memberikan rasa yakin dan pasti kepada pembaca atau penonton kerana mereka dapat melihat

hubungan antara elemen-elemen, aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Konsep harmoni boleh melalui cara

 pengulangan bentuk, huruf dan warna.

Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip harmoni adalah seperti gambar di bawah:

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 11/23

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 12/23

 

  Soalan 2

(baca topik 8.5 untuk meneliti jenis-jenis kemahiran berfikir dan aktiviti-aktivit yang menggalakkan kemahiran tersebut sebelum

menjawab soalan ini) 

 Anda perlu mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran internet, cari slot-slot, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam bahan

tersebut UNTUK dipadankan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang ternyatakan dalam muka surat 166

hingga 177. 

Walaupun itu, saya cadangkan pelajar boleh juga fokuskan kepada 12 kemahiran mikro Pemikiran Kritis pada muka surat 168 atau

lebih senang empat contoh serta penerangan yang telah diberikan pada muka surat 168,iaitu, kemahiran membanding dan membeza,

kemahiran mengklasifikasi, kemahiran perhubungan bahagian-keseluruhan dan menerangkan sebab. 

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 13/23

CARA PENULISAN

(1) PENGENALAN: sebutkan alamat laman web, organisasi dan bahan yang dirujuk untuk tugasan ini. Nytakan mengapa

bahan ini terpilih dengan mengaitkan dengan kesesuaian isi kandungan untuk menggalakkan kemahiran berfikir secara

kritis atau kreatif. Sebutkan juga sasaran bahan, objektif pembelajaran bahan dan adakah anda berpendapat bahawa

bahan tersebut bersesuaian untuk memupuk kemahiran berfikir pada tahap yang sesuai dengan sasarannya. Kalau tidak

mengapa?

(2) Untuk setiap ciri reka bentuk yang akan dibincang, anda boleh mengikuti format berikut:

Contoh bahan yang dimuat turun dari internet

kemahiran berfikit yang ingin dipadankan. Berikan definisinya, ciri-cirinya, kepentingannya atau lain yang dirasai perlu.

o  Jelaskan di bahagian sini, lokasi atau aktiviti bahan dan bagaimana ianya berkaitan dengan ciri-ciri

kemahiran befikir yang anda padankan.

*ulangi untuk setiap ciri reka bentuk yang akan dibincangkan.

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 14/23

 

Idiom We think this means… 

 A little bird told me

Back to square one

Cash cow

Deep pockets but short arms

Elbow grease

Fools rush in where angels fear to tread (walk)

Game on!

Here today, gone tomorrow

Just what the doctor ordered

Knight in shining armour

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 15/23

 

House: Year Group:

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 16/23

 

Idiom We think this means… 

Light at the end of the tunnel

Make a pig’s ear of things 

Not my cup of tea

On the tip of your tongue

Pull up your socks

Raining cats and dogs

Sit on the fence

Watch paint dry

You can’t unring a bell 

Zip it!

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 17/23

 

English Idioms

Exactly what you

need

 A friend who helps

you

Something you do

not like

People who do

things without

thinking

Hope for the

future.

If someone doesn’t

want to say where

information came from

Whatever you’re

doing, you need to

start again

Something you

can nearly, but not

quite, remember

Make a mess. Accept a

challenge

 A person who is

wealthy but

does not share

Something that is very

boring or dull

 A product or business

that makes lots of

money.

Some things do

not lost very long

Something that

will be hard work

and needs lots of

effort

Something you

have done that

cannot be

changed

Try harder! Really raining

heavily

Not taking sides in

an argument

Be quiet please!

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 18/23

 

Jumbled Sentences.

The down sat on the log frog .

 ______________________________________

fat very was The cat .

 ______________________________________

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 19/23

 

little The ran and ran and ran dog .

 ______________________________________

fox the bird after ran The .

 ________________________________

mud pig the fat in sat The .

 _____________________________________

FHW 10/04

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 20/23

 

hear with my __________________.

smell with my _____________.

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 21/23

 

see with my ____________.

taste with my ____________.

feel with my ___________.

---------------------------------------------

ears hands tongue eyes nose

  http://www.slideshare.net/Infantfaire/reduce-reuse-recycle-7144917 

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 22/23

harmoni

variasi

8/14/2019 tugasan teknologi pengajaran

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-teknologi-pengajaran 23/23

 

dominan