Upload
rkartina
View
70
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
EDU 3053
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
sesebuah Negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah
merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah Negara. Selain itu,
pendidikan juga asas pembinaan Negara bangsa dan pengukuhan perpaduan.Pendidikan
menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli
masyarakat yang Berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan Negara.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan satu usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia melengkapkan system pendidikan dalam konteks memenuhi
pendidikan bertaraf antarabangsa dan mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi
keperluan abad ke-21 supaya dapat bersaing di peringkat global melalui anjakan
transformasi pendidikan. Kemahiran pembelajaran abad ke-21 diberi penekanan dengan
mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dan inovasi melalai kemahiran teknologi
maklumat dan media berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi. Ini dapat direalisasikan oleh
guru yang mempunyai ciri-ciri guru abad ke-21.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan hasil penglibatan
masyarakat dan pendidikan meluas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Pelan ini
dibangunkan dengan tiga objektif iaitu :
a) Memahami prestasi dan cabaran semasa system pendidikan Malaysia dengan
memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan , meningkatkan kualiti,
merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid,
serta menoptimumkan kecekapan system.
b) Menujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan system pendidikan
secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.
c) Menggariskan system transformasi sistem pendidikan yang komprehensif
merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan
baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi
perkhidmatan awam.
Dalam anjakan ke-7 PPPM, Kementerian ada menyatakan bahawa memanfaatkan
ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. ICT akan membantu memperkukuh
proses pengajaran dan pemudahcara di semua sekolah. Murid akan memperoleh akses
kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut
kadar kendiri dan mempunyai pilihan pengajian yang lebih luas melalui program jarak jauh.
1
Kemudahan ICT akan menjadi sebahagian daripada kehidupan murid di sekolah, tanpa
jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan dilengkapi
kemahiran yang perlu bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna.
Impak pelaksanaan transformasi PPPM ini memberi kesan yang mendalam terhadap
semua pihak. Namun pihak yang mengalami kesan yang paling ketara adalah murid dan
guru. Murid akan mendapat manfaat yang signifikan dalam perkembangan pendidikan
mereka tanpa mengira latar belakang. Murid akan belajar dalam persekitaran yang
kondusif,dan akan berasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di
sekolah. Apabila menamatkan persekolahan murid akan mempunyai pengetahuan dan
kemahiran bertaraf dunia nilai moral yang tinggi dan berupaya bersaing dengan rakan
sebaya dari Negara lain.
2.0 MODEL ASSURE
Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell pada tahun 1989. Model
ASSURE mendapat namanya daripada hasil akronim huruf awal bagi setiap perkataan
seperti berikut, iaitu A yang mewakili Analyse learner yang bermaksud analisis murid, S
mewakili State objectives yang bermaksud nyatakan objektif, S yang seterusnya mewakili
Select method, media and materials yang bermaksud pilih kaedah, media dan bahan, U bagi
mewakili Utilise media and materials yang bermaksud gunakan media dan bahan, R
mewakili Require leaner response/ participation yang bermaksud memerlukan penglibatan
murid dan yang terakhir E bagi mewakili Evaluate and revise materials iaitu nilai dan semak
semula bahan pengajaran dan pembelajaran.Menurut Noriati et al., model ASSURE dapat
membantu para guru merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media bagi
setiap mata pelajaran. Berikutan itu, penulis dapat merancang satu sesi pengajaran bagi
mata pelajaran dengan mengaplikasikan model tersebut melalui 6 langkah seperti berikut:
Rajah 1 : Enam langkah Model Assure
2
NILAI DAN
SEMAK SEMULA
LIBATKAN PELAJAR DALAM
PEMBELAJARAN
GUNAKAN MEDIA
DAN BAHAN
SUMBER
PILIH KAEDAH, MEDIA & BAHAN
NYATAKAN
OBJEKTIF
ANALISIS PELAJAR
ANALISIS PELAJAR
Langkah pertama dalam Model ASSURE ini adalah analisis pelajar / analyse learner. Dalam
langkah ini, murid dijadikan golongan / kumpulan sasaran yang akan diperhatikan dalam
sesuatu tempoh atau waktu pengajaran dan pemudahcaraan. Menurut Noriati A. Rashid et
al. terdapat 3 faktor utama dalam menganalisis murid iaitu, ciri-ciri umum murid, pengalaman
sedia ada murid dan gaya belajar murid.
Ciri-ciri umum murid termasuklah jantina, umur, taraf sosiekonomi murid, pekerjaan
ibu bapa murid, kesihatan, persekitaran, budaya dan sebagainya. Guru harus mempunyai
pengetahuan yang cukup mengenai latar belakang murid. Pengetahuan guru terhadap
perkara-perkara ini dapat membantu guru menyediakan isi pelajaran yang bersesuaian
dengan diri murid.
Seterusnya, pengalaman sedia ada murid. Pengalaman sedia ada murid bermaksud
pengetahuan atau ilmu yang sudah ada dalam minda seseorang murid. Guru harus menilai
atau menguji tahap pengetahuan sedia ada murid seseeorang untuk menetapkan aras
kemahiran atau pengetahuan murid. Ini boleh menyenangkan tugas guru untuk
menyediakan latihan atau isi pelajaran yang sesuai dengan kefahaman murid agar isi
pelajaran senang difahami.
Gaya belajar murid bermaksud cara belajar murid. Gaya belajar terdapat banyak
jenis. Contohnya, terdapat murid yang lebih cenderung ke arah kinestetik, logikal-
matematik,ruang, muzik dan sebagainya. Pengetahuan guru mengenai kecenderungan atau
gaya belajar murid boleh menjadikan unsur atau gaya penyampaian p&p menarik dan
berkesan.
MENYATAKAN OBJEKTIF
Langkah kedua adalah menyatakan objektif. Dalam langkah ini, guru menetapkan objektif
pembelajaran pada setiap sesi pengajaran dan pemudahcaraan. Ini akan menyediakan tjuan
yang jelas tentang apa yang akan dipelajari oleh murid dan apa yang akan disampaikan oleh
guru. Penetapan objektif pelajaran akan menimbulkan rasa ingin tahu dan menarik terhadap
apa yang akan murid pelajari daripada guru. Ini akan merangsangkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan berkesan.
Objektif yang dinyatakan pula haruslah bersepadanan dengan kandungan yang akan
diajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana,
3
ketidaksepadanan objektif dengan isi kandungan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
akan menyebabkan berlaku kekeliruan pada murid dan akhirnya mereka tidak memberikan
perhatian sepenuhnya. Oleh itu, sebelum menetapkan objektif, guru telah meneliti setiap
aspek yang akan diajar dan diuji bagi mengetahui tahap pencapaian para murid.
PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN
Langkah ketiga ialah memilih kaedah, media dan bahan. Langkah ini amat penting
dipertimbangkan ketika merangka sesuatu sesi pengajaran dan pemudahcaraan. Guru
haarus mengambil berat ketiga-tiga unsur ini ketika merangka isi pelajaran yang sesuai.
Penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai penting untuk memastikan apa yang diajar
oleh guru itu difahami dan sampai kepada murid. Kaedah yang digunakan haruslah sesuaia
dengan tahap, umur, pengalaman sedia ada murid, budaya , persekitaran dan sebagainya.
Antara contoh kaedah yang terdapat adalah. Contohnya aktiviti permainan boleh digunakan
sebagai kaedah untuk menarik perhatian dan menigkatkan minat pada permulaan pelajaran.
Sebagai mengembangkan pelajaran guru boleh melaksanakan kaedah sumbang saran atau
perbincangan. Lantaran itu,pelajar dapat mencambahkan maklumat baru.
Jika diteliti dengan lebih terperinci, format atau bentuk media adalah fizikal paparan
mesej. Format media termasuklah carta flip, slaid,audio, video, filem, computer multimedia
dan sebagainya. Sehubungan itu, guru perlu memilih media dalam bentuk aliran atau
senarai semak. Guru perlu memilih media berdasarkan kumpulan sasaran, situasi
pengajaran bagi setiap format yang disediakan.
GUNA MEDIA DAN BAHAN SUMBER
Langkah seterusnya adalah gunakan media dan bahan sumber. Berdasarkan ASSURE
terdapat 5 prinsip yang guru patut ikuti semasa menggunakan mediadan bahan sebagai
sumber pengajaran dan pemudahcaraan.
Pertama adalah menyemak atau pratonton bahan media yang hendak digunakan
dalam kelas. Guru harus menyemak sama ada bahan yang digunakan itu sesuai atau tidak
gari segi isinya, masanya dan sebagainya. Melalui langkah ini, guru boleh membetulkan apa
sahaja kesilapan atau ketidaksesuaian dalam bahan media yang dipilih untuk dijadikan
bahan bantu belajar.
4
Kedua adalah membuat penyediaan bahan media yang akan digunakan dalam
kelas. Penyuntingan atau penapisan terhadap bahan media,video,audio atau gambar yang
dipilih. Penyuntingan dilakukan agar “content knowledge” dalam bahan media yang dipilih
bersesuaian dan selari dengan apa yang diajar oleh guru. Setelah langkah pra tonton
dilakukan maka bahan tersebut boleh ditentukan sama ada dapat digunakan sebagai bahan
bantu mengajar berkaitan tajuk yang dipilih. Oleh itu, guru merancang langkah-langkah
penggunaannya dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan supaya bahan tersebut
dapat diguna pakai dengan sebaik mungkin.
Ketiga, guru menyediakan persekitaran yang kondusif untuk penggunaan bahan
media yang dipilih. Bahan dan sumber yang hendak digunakan disusun dengan kemas agar
ia senang diakses dan digunakan dengan selamat. Guru harus memastikan bahawa murid-
murid di dalam kelas mengambil giliran atau masa-masa yang tertentu sahaja untuk
menggunakan bahan atau sumber tersebut dan tidak boleh digunakan sesuka hati. Hal ini
mampu memberi manfaat dari segi percambahan pemikiran apabila mereka berinteraksi
sesama rakan untuk menghasilkan satu peta minda yang berkualiti.
Keempat adalah menyediakan pelajar. Guru menyediakan murid untuk mendapat
manfaat daripada bahan sumber dengan membentuk kumpulan kecil yang terdiri daripada 4
hingga 5 orang murid supaya mereka mampu berkolaborasi antara satu sama lain semasa
melakukan aktiviti kumpulan yang dirancang. Selepas menonton video atau mendengar
audio sebagai proses persediaan atau set induksi, murid-murid dikehendaki untuk membina
peta minda berkaitan punca-punca pencemaran yang terdapat dalam kad gambar yang
diedarkan. Ini dapat merangsangkan lagi momentum pembelajaran yang efektif di dalam
bilik darjah.
Kelima adalah menyediakan pengalaman pembelajaran murid. Secara tidak
langsung para murid akan mendapat pengalaman melalui pelaksanaan aktivti yand berunsur
aspek kolaborasi di mana perbincangan dalam kumpulan diadakan. Hal ini demikian kerana,
kaedah perbincangan yang dipilih mampu memberi peluang kepada murid untuk berkongsi
pengetahuan dan pangalaman maka pembelajaran kontruktivisme akan berlaku apabila
para murid menerima dan mengasimilasi pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia
ada untuk membentuk pengalaman pembelajaran yang baharu. Pasa masa yang sama,
guru berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing kepada setiap kumpulan bagi
memastikan aktiviti tersebut berjalan secara lancar.
5
LIBATKAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN
Dalam langkah ini. guru harus memastikan segala strategi dan aktiviti pengajaran dirancang
bagi memastikan penglibatan murid secara aktif seperti membuat latihan, perbincangan,
latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Pembelajaran yang melibatkan pelajaran secara aktif
akan menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Ini telah disokong oleh semua teori
pembelajaran seperti teori kognitif dan teori behavioris.
Pengalaman kejayaan pelajar terhadap pembelajaran akan meningkatkan motivasi
pelajar terhadapaktiviti pembelajaran. Namun begitu, jika bahan media yang dibina oleh
guru tidak melibatkan aktiviti yang aktif oleh pelajar akan menyebabkan objektif dan sasaran
guru tidak akn tercapai. Oleh itu guru perlulah membina bahan atau media yang kreatif
sebagai menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pemudahcaraan.
Secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir di kalangan pelajar. Justeru itu,
bahan media yang berasaskan model ASSURE perlu digunakan oleh guru sebagai
merancangtingkah laku dan minda pelajar dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan
Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai pula dapat membantu dan
mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses pelajar, gambar, foto, slaid, gambar bersiri
dan video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan dapat menjana idea dan juga
menjalankan aktiviti penyelesaian masalah.
NILAI DAN SEMAK SEMULA
Komponen yang terakhir dalam Model ASSURE ialah menilai dan menyemak semula
bahan. Kedua-dua komponen ini merupakan aspek penting kepada pembangunan kualiti
pengajaran dan ia melibatkan langkah yang berterusan . Penilaian seharusnya dilakukan
oleh guru sepanjang pengajaran pembelajaran bagi memastikan pilihan objektif, media dan
bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.
Oleh itu, penilaian perlu dilakukan oleh guru bagi mengetahui pencapaian kemahiran
mereka seperti yang dikehendaki oleh guru. Penilaian semasa pengajaran juga mempunyai
tujuan diagnostik yang direka sebagai mengesan dan memperbaiki masalah yang boleh
mengganggu pencapaian objektif pengajaran pembelajaran. Menurut Yusup (2006),
terdapat beberapa aspek yang boleh digunakan antaranya:
Adakah objektif pembelajaran tercapai?
Adakah bahan media yang digunakan dapat membantu pengajaran pembelajaran?
6
Apakah kesemua pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan menggunakan
media?
Berapakah bilangan pelajar yang menggunakan bahan media dengan betul?
Adakah suasana pembelajaran berada dalam keadaan yang kondusif?
3.0 PERANCANGAN REKA BENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DENGAN MENGAPLIKASIKAN MODEL ASSURE DALAM KONTEKS
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum
pembelajaran dan pemudahcaraankepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian
pembelajaran (Noriati A. Rashid et al., 2012). Menurut Baharuddin Aris et al. (2002), reka
bentuk pengajaran ialah satu proses sistematik yang mana elemen-elemen seperti guru,
pelajar, media, bahan pengajaran dan persekitaran pembelajaran diberikan penekanan dan
peranan tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada asasnya, reka bentuk pengajaran menetapkan perkara yang hendak diajar dan
cara atau kaedah yang digunakan agar pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Terdapat tiga kateori reka bentuk pengajaran iaitu yang pertama reka bentuk pengajaran
sebagai satu proses, yang kedua reka bentuk pengajaran sebagai satu disiplin dan yang
ketiga reka bentuk pengajaran sebagai satu sains. Briggs (1977), berpedapat reka bentuk
pengajaran sebagai satu proses. Hal ini demikian kerana, beliau percaya reka bentuk
pengajaran merupakan pembinaan perancangan pengajaran yang sistematis dengan
mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran. Hal ini merangkumi proses
menganalisis keperluan pembelajaran dan matlamat pembelajaran, membina sistem
penyampaian untuk menyampaikan matlamat pembelajaran, menyediakan bahan dan
aktiviti pengajaran, melaksanakan perancangan pengajaran dan pembelajaran, dan akhir
sekali membuat penilaian pengajaran dan aktiviti pembelajaran.
Di bawah kategori reka bentuk pengajaran sebagai satu disiplin pula, Duffy dan
Jonassen (1991) menyatakan bahawa reka bentuk pengajaran merupakan satu cabang ilmu
pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran,
termasuk proses pelaksanaan strategi pengajaran. Teori ini juga menentukan kaedah-
kaedah yang dianggap paling sesuai digunakan bagi memastikan pembelajaran berlaku.
Kategori reka bentuk pengajaran sebagai satu sains pula mendefinisikan reka bentuk
merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk memasak, melaksana, menilai,
7
dan menyelenggara situasi yang dapat membentuk, melaksana, menilai, dan
menyelenggara situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran
yang berskala kecil mahupun besar pada semua peringkat. Menurut Richey (1986), reka
bentuk pengajaran jenis ini mencakupi seluruh proses pengajaran seperti mereka bentuk,
mengembangkan, dan menguruskan pembelajaran.
Di samping itu, Yusuf Hashim (1998) berpendapat bahawa reka bentuk pengajaran
merupakan satu proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang
mengandungi empat bidang iaitu reka bentuk sistem pengajaran, reka bentuk strategi, reka
bentuk mesej, dan ciri-ciri pelajar. Beliau juga menyatakan bahawa Gustafson (1991), telah
membahagikan reka bentuk pengajaran kepada tiga tumpuan iaitu model yang
berorientasikan bilik darjah, model yang berorientasikan produk, dan model yang
berorientasikan sistem.
Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka
bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara
sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan
media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah.
Pakar pendidikan kebanyakan Negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak
memerlukan kemahiran selain 3M (menulis, membaca dan mengira)setelah mereka tamat
alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi, abad ke-21 keperluan bagi melahirkanmodal
insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting.
Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang
selaras dengan falsafah pendidikan Kebangsaan yang membolehkan murid Malaysia
bersaingpada peringkat antarabangsa. Bagi mencapai hasrat tersebut, kurikulum
kebangsaan digubal untuk melahirkan murid Malaysia yang seimbang. Bagi mencapai
hasrat tersebut, Kurikulum Kebangsaa digubal untuk melahirkan murid Malaaysia yang
seimbang, dinamik, proaktif, patriotic, penyayang serta mempunyai kemahiran berfikir dan
berkomunikasi.
ANALISIS PELAJAR
8
Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah
deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latar belakang dan sebagainya. Maklumat yang
dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media. Maklumat tersebut boleh
diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar
akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.
Contohnya, guru memasuki kelas tahun 3 Cemerlang buat pertama kali. Masing-
masing guru dan murid-murid tidak mengenal satu sama lain. Apabila mengadakan sesi suai
kenal, guru harus berbual dengan mesra memperkenalkan diri sendiri kemudian meminta
mereka memperkenalkan diri mereka. Cara guru bertutur dan gaya badan guru yang mudah
didampingi akan mewujudkan suasana yang mesra dan murid juga berasa senang hati
untuk berkomunikasi. Semasa memperkenalkan diri murid dan guru berkongsi serba sedikit
latar belakang keluarga. Hal ini membantu guru untuk membuat satu kesimpulan yang
umum terhadap cara pembelajaran dan persekitaran murid-murid kelas 3 Cemerlang.
Dalam langkah analisis pelajar ini juga ia berkaitan dengan pengetahuan dan
kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi
daripada ujian kemasukan dan juga interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan
murid. Murid sebelum ini tentu pernah mendapat maklumat daripada buku rujukan dan
mendapat pendedahan melalui majalah dan TV, namun begitu tahap pengetahuan setiap
murid berbeza antara satu sama lain. Guru tidak boleh menyimpulkan tahap ilmu semua
pelajar adalah sama kerana latar belakang setiap murid mempengaruhi tahap ilmu mereka
yang berbeza.
Sebagai contoh, dalam pengajaran bertemakan keselamatan jalan raya, guru
mengaju soalan terhadap tajuk keselamatan jalan raya terhadap murid-murid. Dalam sesi
penyoalan itu, guru boleh mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada setiap murid. Guru
menggunakan pendekatan deduktif terhadap murid-murid yang dikenal pasti lemah atau
kurang berminat dalam pembelajaran bahasa supaya mereka mampu memahami perkara
yang diajar secara ringkas dan mudah. Guru juga menggunakan media seperti gambar,
tayangan slaid , video, bahan konkrit dan seumpamanya untuk merangsang pembelajaran
murid-murid. Penggunaan media dan bahan bantu belajar ini dapat merangsangkan sesi
pengajaran dan pemudahcaraan murid-murid di dalam bilik darjah.
MENYATAKAN OBJEKTIF
9
Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada
perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif
pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru
telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh
pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang baru untuk dipelajari.
Guru harus memastikan bahawa objektif pembelajaran yang ditetapkan untuk
sesuatu sesi pembelajaran itu sesuai dengan isi pelajaran dan tahap pengetahuan murid di
dalam sekumpulan sasaran. Pernyataan objektif secara khusus berdasarkan pencapaian
yang dirancang adalah amat penting bagi membantu guru mereka bentuk pembelajaran
dengan memuatkan isi-isi pembelajaran yang bersesuaian dan berkesan terhadap
pembelajaran murid. Objektif yang dinyatakan juga secara tidak langsung dapat
memudahkan murid untuk mengetahui tujuan utama mereka mempelajari sesuatu topik
tersebut. Apabila mereka mengetahui tujuannya, murid-murid pasti dapat memberikan
respon sepanjang pembelajaran dan pemudahcaraan berlaku sama ada dengan bertanya
soalan atau memberi pendapat apabila ditanya. Tindak balas dan respon yang diberikan
oleh murid ini secara tidak langsung dapat menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan
membolehkan murid yang kurang memahami topik yang dipelajari bertambah faham
berdasarkan perbincangan yang berlaku antara guru dengan rakan-rakannya.
Objektif pembelajaran secara tidak langsung menjadi garis panduan bagi guru untuk
mereka bentuk pengajaran yang sesuai. Misalnya, guru menetapkan objektif pembelajaran
bagi pengajaran Bahasa Melayu Tahun 3 iaitu murid mengemukakan pandangan dengan
menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang sesuai daripada pelbagai sumber secara
bertatasusila berkaitan peribahasa. Guru juga menerangkan objektif tersebut kepada murid-
murid supaya mereka tahu dan jelas berkaitan hala tuju pembelajaran pada hari berkenaan.
Semasa guru menjelaskan kepentingan penggunaan peribahasa, guru menerapkan
ilmu kemahiran kehidupan dalam pengajaran agar murid-murid tahu kepentingan peribahasa
yang dipelajari itu. Guru menggunakan topic peribahasa untuk melaksanakan aktiviti main
peranan di dalam kelas. Setiap kumpulan diminta melakukan sketsa selama 5 minit yang
berkaitan dengan peribahasa yang diberi oleh guru. Aktiviti ini dapat mengintegrasikan
elemen-elemen kemahiran abad ke-21 seperti kreatif, kritis, komunikasi dan kolaborasi.
Intipati daripada peribahasa dan sketsa yang dipelajari menjadi unsur pembangunan diri
10
murid secara menyeluruh. Pemahaman terhadap peribahasa dan maksudnya akan dijadikan
pedoman dalam kehidupan murid di mana ia merangsangkan pembangunan jasmani,
emosi, rohani,intelek dan sosial (JERIS).
PILIH KAEDAH MEDIA DAN BAHAN
Dalam langkah ini, pemilihan kaedah, media dan bahan bantu belajar merupakan unsur
yang amat penting dalam menjayakan sesi pengajaran dan pemudahcaraan yang berkesan.
Pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, bahan dan sumber perlu berdasarkan
kepada tahap pengetahuan, kemahiran dan ilmu serta kebolehan murid agar objektif
pembelajaran tercapai.
Guru boleh memilih bahan media yang sedia ada, kemudian menyesuaikannya
dengan objektif pengajaran. Bahan media yang dipilih terdapat beberapa seperti
audio,video, grafik dan sebagainya. Guru boleh memperolehi media daripada laman
sesawang yang sedia ada atau membina bahan media yang tersendiri mengikut kreativiti
guru untuk mata pelajaran yang berkenaan. Namun begitu, pemilihan yang tepat harus
dilakukan kerana tidak semua media yang sedia ada bertepatan dengan objektif
pembelajaran.
Sebagai contoh, sekiranya guru ingin mengajar tatabahasa dalam Bahasa Melayu
maka guru akan memilih bahan sumber yang menggunakan bahasa Melayu terkini dan
sesuai dengan latar masa dan tahap penguasaan para murid. Hal ini demikian kerana,
seperti yang diketahui umum, tatabahasa Bahasa Melayu sering mengalami perubahan.
Oleh itu, penulis meneliti aspek bahasa sebelum memilih dan menggunakan bahan yang
sedia ada. Semasa pemilihan bahan, guru harus mengambil kira aspek kumpulan sasaran
iaitu murid serta tahap penguasaan mereka.
Contohnya guru menayangkan video mengenai suku kata kepada murid-murid tahun
4. Video yang digunakan haruslah sesuai dari segi tempoh masanya tidak terlalu lama atau
pendek kerana ia akan menyebabkan kebosanan atau ketidak fahaman. Video yang
mempunyai unsur kecindan dan dan visualisasi yang menarik seperti kartun, warna warni
dan sebagainya. Penggunaan video yang berbentuk ceramah tidak sesuai kerana murid
tahun 4 sukar faham dan berasa bosan dan tidak menarik.
11
GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi
penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran
dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Bahasa Melayu juga sesuai diguna pakai. Media
dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk
pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian
dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para
pelajar.
Selalunya dalam situasi kini, guru kerap menggunakan buku teks dan buku aktiviti
ketika menagajar mata pelajaran Bahasa seperti Bahasa Melayu misalnya. Penggunaan
bahan pembelajaran yang sama secara berterusan kadang-kala akan menyebabkan murid
berasa kurang bersemangat dan bosan untuk mengikuti pelajaran. Guru harus
menggunakan bahan dan media yang berlainan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian
tajuk atau tema yang diajar. Ini akan memberangsangkan minat pelajar untuk mempelajari
dan meneroka bahan-bahan yang baharu.
Apabila guru mengajar tajuk tatabahasa bagi murid tahun 4, guru boleh berinovasi
dan menggunakan kreativiti mengaplikasikan media terkini seperti Aplikasi Web 2.0 sebagai
bahan bantu belajar di dalam bilik darjah atau makmal computer. Aplikasi web 2.0
merupakan landasan pembelajaran yang berkesan yang mengintegrasikan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi terkini kea rah pemngajaran dan pemudahcaraan yang
lebih berkesan dan mantap.
Menurut Bruffee 1993, pembelajaran kolaboratif adalah situasi di mana dua atau
lebih manusia belajar bersama-sama. Guru boleh merangka p&p menggunakan aplikasi web
2.0 seperti Socrates, Piratepad dan banyak lagi. Pembelajaran ini juga dikenali sebagai
pembelajaran kolaboratif melalui ICT, di mana murid dapat menjalankan perbincangan dan
perkongsian maklumat untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Gaya belajar ini boleh
memupuk semangat bantu-membantu sesama murid-murid, belajar bersama-sama serta
berkongsi pendapat. Pembelajaran kolaboratif ini mendatangkan banyak kebaikan positif
tanpa disedari oleh murid. Pembelajaran koperatif seperti Jigsaw, Think-Pair &Share, Round
Robin dan sebagainya merupakan antara contoh pembelajaran abad ke-21 secara
berkumpulan. Gaya belajar ini dapat meningkatkan kemahiran interpersonal,
12
berkomunikasi, penyelesaian masalah, kemahiran berfikir dan menilai kekuatan serta
kelemahan.
LIBATKAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN
Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti
pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan
sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul.
Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa
bentuk mikroorganisma melalui internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada
pelajar.
Guru mengkoordinasikan strategi pengajaran berpusatkan murid di dalam kelas
untuk mewujudkan penglibatan aktif murid. Contohnya guru mengajar mengenai
pencemaran alam sekitar. Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Guru
menayangkan video menenai pencemaran alam sekitar. Setiap kumpulan kecil diberi tajuk
yang berlainan untuk menghasilkan peta minda I-Think mengenai punca, kesan dan cara
mengelak pencemaran alam sekitar. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit. Setiap
kumpulan harus membentangkan hasi perbincangan mereka. Sewaktu pembenatang,
murid-murid lain mencatat nota yang dibentangkan di dalam buku nota Bahasa Melayu.
Guru selaku pembimbing memberi ulasan terhadap penyampaian mereka di samping
memberi pujian dan kata-kata semangat kepada kumpulan-kumpulan yang
menyempurnakan tugasan mereka dengan cemerlang. Guru juga telah memberi aktiviti
pemulihan kepada beberapa murid yang dikenal pasti mempunyai kelemahan terutamanya
dalam kemahiran lisan kerana objektif utama sesi pembelajaran dan pemudahcaraan
tersebut fokus kepada kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Satu lagi model yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah kelas berbalik atau
‘flipped classroom’. Dalam situasi di atas pula, guru memberi tugasan prabacaan melalui e-
pembelajaran mengenai pencemaran alam sekitar, dan murid menyiapkan tugasan di
rumah. Waktu pengajaran di bilik darjah digunakan untuk menjalankan aktiviti pengukuhan,
perbincangan dan aktiviti kumpulan. Justeru guru berperanan sebagai fasilitator dan
pembimbing manakala kaedah pembelajaran berpusatkan murid dan bahan diamalkan.
NILAI DAN SEMAK SEMULA
Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun
program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program
13
atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan
pencapaian murid mengikut keperluan.
Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan
keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk
mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah
proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan
mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.
Pembelajaran pelbagai mod atau dikenali sebagai Blended Learning merujuk keada
penyepaduanpendekatan pengajaran bersemuka dan pendekatan pengajaran dibantu
teknologi. Kaedah ini bukan sekadar menggunakan teknologi sebagai alat bantuan mengajar
malah sebagai strategi pengajaran dan pendekatan pedagogi baharu. Masa kelas
pengajaran dibahagikan berasaskan computer dan guru. Semasa sesi berasaskan
computer, murid menggunakan perisian web 2.0 seperti Blendspace,Emodo, Socrative dan
sebagainya untuk belajar mengikut kemampuan dan gaya belajar kendiri. Guru kemudian
menilai dan menyemak data yang trekasil daripada perisian untk mengenal pasti bidang
yang murid memerlukan bimbingan tambahan.
4.0 KEBERKESANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MEDIA TERKINI DALAM
MENINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Sejak kebelakangan ini, system Negara telah menjadi perkara yang semakin menarik
perhatian dan menjadi perbahasan orang ramai. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi
dengan menyuarakan kebimbangan akan keupayaan system pendidikan melengkapkan
generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Menyedari hakikat bahawa system pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang
panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan. Oleh itu,
Kementerian perlu mengambil tindakan yang berani dan pantas kerana perubahan yang
dihasratkan adalah penting dan mensti dilaksanakan dengan segera.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mendukung hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini juga
merujuk system pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran
khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka
menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan. Melalui penggunaan
teknologi komunikasi dan media terkini, pelajar dapat menguasai sepenuhnya kemahiran
14
literasi dan numerasi pada peringkat paling asas. Murid juga dapat mempelajari banyak
perkara dari aspek sejarah, geografi dan manusia melalui pengaksesan internet.
Penggunaan internet juga dapat mengembanglan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang-bidang lain seperti muzik, seni dan sebagainya.
Pakar pendidikan kebanyakan negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak
memerlukan kemahiran selain 3M (Menulis, Membaca, Mengira) setelah mereka tamat alam
persekolahan. Dalam dunia globalisasi abad ke-21, keperluan bagi melahirkan modal insan
berkualiti tinggi menjadi semakin penting.Teknologi komunikasi dan media dapat
menyediakan peluang kepada setiap murid untuk belajar cara memperoleh ilmu
pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) dan membolehkan mereka menghubungkan
pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid juga dapat menguasai
pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.
Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk
mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
Kebanyakan negara menerima hakikat bahawa kurikulum perlu merangkumi
kemahiran dan kompetensi baharu yang terarah kepada keperluan abad ke-21 dan
seterusnya, namun masih belum ada kesepakatan tentang apakahsebenarnya kemahiran
dan kompetensi ini. Kementerian Pendidikan Singapura menyatakan bahawa seseorang
yang dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21 adalah individu yang mempunyai keyakinan
diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif, dan merupakan
warganegara yang perihatin.
Di Finland, matlamat teras abad ke-21 adalah ke arah perkembangan diri, identiti
dan internasionalisme budaya, kemahiran media dan komunikasi, warganegara partisipatori,
tanggungjawab terhadap persekitaran, dan memastikan kesejahteraan diri dan masa
hadapan yang lestari.Teknologi maklumat dan media terkini dapat membantu murid
memperkukuh proses pengajaran dan pemudahcaraan. Mereka akan dapat belajar
mengikut kadar kendiri dan mempunyai pilihan pengajian yang lebih meluas. Teknologi
maklumat dan media merapatkan jurang pemisah antara pelajar luar bandar dengan bandar.
Penggunaan laman sesawang seperti Facebook,Youtube, Scribd, Slideshare dan lain-lain
lagi merupakan antara laman yang boleh digunalan oleh pelajar sebagai alat belajar kendiri
dan memupuk amalan ‘self-learning’ dalam diri mereka.
15
Murid juga dapat peluang mempunyai pembelajaran yang kaya, dari segi akademik
dan bukan akademik supaya mereka boleh berjaya dalam kehidupan. Lebih banyak projek
dan tugasan berasaskan kolaboratif dapat dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir
aras tinggi murid (KBAT) dan keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan.
Guru juga dapat melaksanakan projek berasaskan komuniti dan aktiviti rentas sekolah yang
dapat dilakukan bagi memupuk interaksi dengan pelajar dari semua latar belakang. Murid
akan mempunyai lebih banyak peluang untuk belajar pada kadar kendiri dan mengejar minat
mereka dalam aliran akademik, vokasional dan teknikal. Pengetahuan yang mereka dapat
akses dan kumpul melalui kemudahan ICT dapat mengembangkan skop pembelajaran
beberapa kali ganda lebih luas daripada stail pengajaran tradisional yang hanya berasaskan
buku. Penggunaan laman sesawang seperti Blendspace,Edmodo,Socrative dan PiratePad
merupakan cara alaf baharu pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri atau lebih dikenali
sebagai ‘self-learning’. Laman-laman sesawang ini merupakan laman social yang berfungsi
secara utamanya sebagai alat atau bahan bantu belajar kepada pelajar.
Pembelajaran pelbagai mod (blended learning) merujuk penyepaduan pendekatan
pengajaran bersemuka dan pendekatan pengajaran dibantu teknologi. Pendekatan kedua
biasanya menyediakan murid dengan beberapa elemen kawalan ke atas masa, tempat,
kadar, dan gaya pembelajaran. Model ini bukan sekadar menggunakan teknologi sebagai
alat bantuan mengajar (contohnya tayangan video untuk menjelaskan sesuatu konsep),
malah sebagai strategi pengajaran dan pendekatan pedagogi baharu. Tiada satu model
tunggal untuk menunjukkan contoh bagaimana pembelajaran pelbagai mod beroperasi.
Antara amalan yang lazim ialah membahagikan masa kelas pengajaran antara aktiviti
pengajaran berasaskan komputer dan yang berasaskan guru. Semasa sesi berasaskan
komputer, murid menggunakan perisian pembelajaran adaptif untuk belajar mengikut
kemampuan, dan melalui gaya pembelajaran pilihan mereka. Guru kemudian menganalisis
data yang terhasil daripada perisian untuk mengenal pasti bidang yang murid memerlukan
bimbingan tambahan.
Satu lagi model yang semakin popular ialah kelas berbalik (flipped classroom). Guru
memberi tugasan ‘prabacaan’ melalui kuliah dalam talian atau pelajaran melalui e-
pembelajaran, dan murid menyiapkan tugasan di rumah. Waktu pengajaran di bilik darjah
kemudiannya digunakan untuk aktiviti kumpulan, tugasan dan perbincangan. Justeru, guru
berperanan bukan sahaja sebagai seorang pensyarah, tetapi juga sebagai seorang
fasilitator dan pembimbing.
16
5.0 RUMUSAN
Guru berperanan memudah dan mencetus inspirasi pembelajaran dan kreativiti murid.
Matlamat PPPM bukan sahaja untuk memanfaatkan potensi ICT bagi meningkatkan
pemikiran yang mendalamserta menambah baik kualiti keseluruhan pendidikan. Hasrat ini
bukan sahaja setakat mengajar murid untuk mampu menggunakan fungsi asas ICT seperti
mencari maklumat dan sebagainya. ICT dalam pendidikan seharusnya dapat membantu
murid meningkat kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Jelaslah model ASSURE mempunyai peranan penting dalam membangunkan
pengajaran pembelajaran yang berkualiti. Dengan menggunakan model ASSURE sebagai
panduan reka bentuk pengajaran guru, ia akan dapat membantu guru merancang
rancangan pengajaran yang rapi dan sistematik. Dalam masa yang sama juga penggunaan
model ASSURE ini akan menimbulkan minat pelajar untuk beralih kepada bahan lain, dan
memberi kefahaman kepada pelajar dan mengubah persepsi pelajar bahawa pengajaran
pembelajaran yang selalu dianggap sebagai membosankan.Berdasarkan model ini
pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat
pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
17