Tujuan disyariatkan berjihad

Embed Size (px)

Citation preview

Tujuan disyariatkan berjihadTujuan berjihad adalah seperti berikut antaranya mempertahankan Islam dan ajarannya, ia merangkumi usaha umat islam untuk membanteras sebarang aktiviti atau gerakan yang dilihat mampu menggugat nama baik Islam dan sebagai umat islam yang celik dan intelek, kita perlulah peka akan propaganda musuh terutamanyadari barat yang cuba untuk melemahkan dan merosakkan akidah umat Islam. Golongan ini dapat mempengaruhi umat Islam dengan pelbagai cara sama ada melalui bidang penulisan, serangan pemikiran, cara hidup (yang kononnya moden) dan ekonomi. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mengembalikan kegemilangan dan keutuhan Islam sebagai agama yang benar dan mentauhidkan Allah swt.Ini dapat dilaksanakan melalui jihad dari segi kata-kata,penulisan,cara hidup dan juga keekonomian. Membela diri dan nasib Umat Islamdaripada kezaliman dan penganiayaan pihak musuh Contoh pembelaan diri yang dimaksudkan ini ialah mengusir penceroboh yang merampas kawasan atau tanah milik Muslimin dan menghalau mereka keluar dari kawasan mereka sendiri. Selain itu, tujuan jihad juga dapat meluaskan syiar Islam dan Jihad juga adalah satu medium untuk meluaskan syiar Islam.Rasullulah s.a.w berjihad di atas dua perkara iaitu mempertahankan diri daripada musuh dan juga menjamin dakwah Islam dapat dijalankan dengan baik dan berkesan tanpa sebarang paksaan atau kekejaman.Berdasarkan erti jihad yang luas,maka tujuan-tujuan jihad juga adalah luas antaranya menundukkan nafsu yang berada dalam diri kita. Muslim dituntut untuk membangun kekuatan ruhani dan moral untuk mengatasi segala cabaran hidup dengan keyakinan. Oleh itu, Muslim perlu berjihad untuk melawan dan mengawal nafsu yang ada dalam dirinya agar tidak mendorong kepada kejahatan. Ini boleh dilakukan dengan melakukan proses pembersihan diri dari sifat-sifat yang keji dan memupuk sifat-sifat yang terpuji melalui ibadah-ibadah yang dianjurkan dan mengamalkan adab yang mulai dalam tingkah laku sosial.Seterusnya,meningkatkan akal dan minda. Muslim perlu berjihad untuk mempertingkatkan mindanya dengan ilmu dan menggunakan akalnya pula untuk kebaikan semua pihak. Ini boleh dicapai dengan membangun sikap terbuka untuk belajar bukan hanya dari tamadun sendiri tapi juga dari tamadun yang lain. Hanya dengan kesediaan untuk menerima dan membangun ilmu pengetahuan dari pelbagai sumber sahaja Muslim benar-benar dapat menjadi rahmat bagi semua pihak.Di samping itu,menasihati golongan yang melakukan kejahatan atau mengikut nafsu. Muslim perlu berjihad untuk membimbing golongan ini dengan penuh hikmah melalui nasihat, teguran atau apa jua aktiviti yang boleh mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Tidak lupa juga,mengatasi golongan yang melakukan kemusnahan ke atas nyawa, harta benda dan alam. Muslim perlu berjihad untuk mencegah golongan ini dari terus melakukan perbuatan meraka yang merosakkan dengan melakukan tindakan penguatkuasaan undang-undang sehingga meraka dapat dihukum sejajar dengan kuasa yang diberikan.