13
1.0 PENGENALAN Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah satu sistem pendidikan yang menyediakan latihan-latihan khusus untuk kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain. Vokasional membawa maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk menjadi pekerja mahir pada suatu hari nanti. Apabila seseorang pekerja itu diiktiraf sebagai pekerja mahir, secara tidak langsung, golongan ini akan dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan melahirkan lagi pekerja mahir yang baru. Selain itu dalam sistem pendididikan, Pendidikan Teknik dan Vokasional mempunyai perbezaan daripada sistem pendidikan umum kerana sistem pendidikan teknik dan vokasional lebih menekankan aspek kemahiran teknikal dan juga pengetahuan teknikal. Diantara faktor yang menyebabkan pendidikan teknik dan vokasional dianggap semakin penting adalah kerana ia bersangkut paut dengan corak pembangunan ekonomi sesebuah negara. Perkembangan ekonomi sesebuah negara daripada mudah kepada perindustrian yang lebih kompleks dan pelbagai menyebabkan ia memerlukan lebih banyak pekerja berpengetahuan dan berkemahiran yang kompleks dan khusus kepada pekerjanya. Latihan juga merupakan satu langkah yang memberikan kemahiran untuk pekerjaan yang khusus adalah menerusi pendidikan yang bercorak teknik dan vokasional. Menerusi sistem pendidikan 1

tvet wawasan2020

Embed Size (px)

DESCRIPTION

uthm tvet

Citation preview

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah satu sistem pendidikan yang menyediakan

latihan-latihan khusus untuk kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain.

Vokasional membawa maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan pelajar yang

mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk menjadi

pekerja mahir pada suatu hari nanti. Apabila seseorang pekerja itu diiktiraf sebagai pekerja

mahir, secara tidak langsung, golongan ini akan dipertanggungjawabkan untuk membentuk

dan melahirkan lagi pekerja mahir yang baru.

Selain itu dalam sistem pendididikan, Pendidikan Teknik dan Vokasional mempunyai

perbezaan daripada sistem pendidikan umum kerana sistem pendidikan teknik dan

vokasional lebih menekankan aspek kemahiran teknikal dan juga pengetahuan teknikal.

Diantara faktor yang menyebabkan pendidikan teknik dan vokasional dianggap

semakin penting adalah kerana ia bersangkut paut dengan corak pembangunan ekonomi

sesebuah negara. Perkembangan ekonomi sesebuah negara daripada mudah kepada

perindustrian yang lebih kompleks dan pelbagai menyebabkan ia memerlukan lebih banyak

pekerja berpengetahuan dan berkemahiran yang kompleks dan khusus kepada pekerjanya.

Latihan juga merupakan satu langkah yang memberikan kemahiran untuk pekerjaan yang

khusus adalah menerusi pendidikan yang bercorak teknik dan vokasional. Menerusi sistem

pendidikan juga, sebarang pengubahsuaian dan latihan semula yang diperlukan boleh

dijalankan.

1

2.0 KERATAN AKHBAR YANG BERKAITAN DENGAN TVET

2

Berdasarkan keratan akhbar yang dipilih daripada Berita Harian bertarikh Rabu, 8

April. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan peningkatan keseluruhan 650

000 pelajar dalam program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjelang tahun 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia selaras dengan Lonjakan

Keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025

PPPM (PT), untuk meningkatkan graduan TVET berkualiti.

Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Putrajaya (JPTP) akan melancarkan satu inisiatif iaitu

Program Transformasi Universiti yang berdasarkan program Transformasi Syarikat Berkaitan

Kerajaan (GLC). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah

mengariskan 10 lonjakan bagi menyokong lima aspirasi sistem iaitu akses, ekualiti, kualiti,

kecekapan dan perpaduan. PPTM juga memberi penekanan dalam melahirkan graduan

holistik dan seimbang, yang berilmu dan berakhlak agar memperolehi keupayaan untuk

menyumbang kepada negara dan dunia

3.0 KAJIAN TUGASAN

Berdasarkan kajian tugasan ini, saya ingin mendapat maklumat mengenai TVET

menjelang tahun 2020 sebagai negara perindustrian yang maju iaitu Wawasan 2020. Saya

juga ingin mengetahui mengapakah TVET perlu berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dalam melahirkan pekerja berpengetahuan(K-Worker) bagi mencapai Wawasan

2020. Semua hal tersebut adalah penting dan saling berkait rapat antara satu sama lain.

Keratan akhbar diatas merupakan salah satu kaedah yang dianjurkan bagi melestarikan

TVET untuk negara kita menuju Wawasan 2020.

3

4.0 HURAIAN DAN ULASAN

SIistem pendidikan negara perlu berusaha terus menerus dalam memupuk pelajar

dengan kemahiran, latihan dan memenuhi ilmu pengetahuan untuk mereka bersedia

apabila berdepan landskap saingan global. Gabungan usaha sama dengan pemimpin industri

yang menawarkan pekerjaan, latihan dan kaunseling kerjaya bagi menyediakan pelajar ke

alam pekerjaan sebenar nyata membuahkan hasil amat memuaskan. Dengan perubahan

kepada pekerjaan yang berasaskan ilmu dan pengetahuan, kerajaan perlu berusaha

meningkat dan memgasah bakat yang ada pada pelajar. Dalam konteks ini, iaitu peluang

untuk menjalinkan kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT), perniagaan dalam

sektor swasta dan kerajaan haruslah dimanfaatkan sepenuhnya.

Pendidikan Tenik dan Vokasional (PTV) telah dibangunkan bagi menyediakan modal

insan yang berkemahiran, kebolehpasaran dan kebolehkerjaan agar dapat membantu

menyokong pembangunan ekonomi negara serta menyediakan akses dan ekuiti pendidikan

kepada semua murid. Ketika ini, sistem Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET)

di Malaysia berupaya menyediakan modal insan dan tenaga kerja yang dihasilkan menerusi

graduan pada peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan yang ditawarkan di politeknik.

4

TVET

Wawasan 2020

K-WorkersFalsafah

Pendidikan Kebangsaan

Graduan politeknik dan vokasional ini menyediakan pekerja mahir dan separuh mahir serta

kelas pertengahan.

Kelebihan TVET tidak dinafikan kerana pengajian yang ditawarkan menyediakan

keseimbangan di antara kemahiran umum dan khusus, latihan teori dan amali, tumpuan

kepada industri, skim latihan untuk pelajar dan pengajian sepanjang hayat. Kewujudan

politeknik kini menjadi tumpuan ibu bapa yang merasakan anak mereka boleh mendapatkan

pekerjaan selepas menamatkan pengajian sama ada pada peringkat sijil mahupun diploma.

Sudah tiba masanya program yang ditawarkan oleh politeknik itu sendiri dinilai

menerusi sistem bintang sebagai dorongan untuk melahirkan modal insan berkualiti yang

dijangka bermula 2010 dan mengenal pasti politeknik terbaik serta menubuhkan pusat

kecemerlangan teknologi dan bidang yang menjadi kekuatan. Penyediaan tenaga pengajar

berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan yang mempunyai pengalaman dalam sektor

industri turut menjadi faktor penting sekali gus memudahkan proses pembelajaran dan

menarik minat pelajar.

Kemahiran amat diperlukan untuk membolehkan graduan terus bersaing dalam

pasaran pekerjaan di negara ini. Lebih-lebih lagi pada ketika ekonomi Malaysia yang

mengalami transformasi daripada latar belakang sektor pertanian yang kukuh dan

berasaskan pengeluaran kepada ekonomi pelbagai sektor. Perkara ini menjadi cabaran

kepada graduan bagi memastikan kemahiran mereka terus kekal dan relevan apatah lagi

dalam membangunkan kemahiran dalam k-ekonomi, ada peranan yang perlu dimainkan

pelajar, IPT, majikan serta pembuat dasar.

Sebagaimana contoh pada keratan akhbar yang dipilih adalah salah satu usaha yang

diwujudkan oleh KPM untuk meningkatkan kualiti graduan TVET menjelang tahun 2020.

PPPM (PT) mensasarkan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi pada peringkat global.

Sekiranya PPPM (PT) dapat dilaksanakan sebaiknya, ia bakal menjadikan Malaysia sebagai

pusat pendidikan tinggi bukan sahaja di rantau ini malah pada peringkat global. Selain itu,

usaha menaik taraf sekolah vokasional kepada kolej vokasional dan penstrukturan semula

subjek vokasional di sekolah menengah telah dilaksanakan, strategi pembangunan lestari di

dalam TVET seharusnya diberikan perhatian yang sewajarnya bagi membangunkan program

TVET di dalam negara.

5

Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) memainkan peranan yang penting dalam

membentuk tenaga kerja manusia yang dapat memenuhi pasaran kerja di dalam sektor

perindustrian. Usaha KPM dan semua pihak yang terlibat dalam meningkatkan kualiti

graduan TVET ini dapat menlahirkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi

atau “K-Worker”.

K-worker atau pekerja berpengetahuan adalah individu-indivu yang mempunyai

kompetensi tinggi untuk memahami dan mepelajari ilmu-ilmu atau isu-isu baru serta

menciptakan peluang yang positif pada setiap situasi baru. K-worker juga bekerja

berasaskan “leaning skill” dan “capability” yang mereka miliki menyebabkan mereka tetap

inovatif dalam pelbagai situasi yang berubah dengan cepat. Elemen-elemen ini amat penting

dalam pendidikan TVET di negara kita kerana ia dapat melahirkan lebih ramai lagi individu

atau pekerja yang berpengetahuan untuk negara kita membangun dan menuju kearah

wawasan 2020.

Namun begitu, sistem TVET ini perlulah berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) kerana ini satu usaha kearah melestarikan pembangunan insan selain

daripada memberi tumpuan kemahiran dan kecekapan, kesedaran rakyat, sikap dan nilai-

nilai yang perlu dimiliki. Ini bahawa TVET memainkan peranan yang penting untuk

pembangunan negara dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan adalah tepat

untuk menuju wawasan 2020.

6

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Bagi melahirkan pekerja atau graduan yang berkemahiran sistem

TVET ini amat penting di Malaysia kerana ia dapat memenuhi permintaan yang tinggi dalam

sector. TVET juga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan dan membentuk

seseorang individu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mencapai gelaran K-

Worker.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) harus di pupuk dan disemai kepada system ini

untuk menuju kearah melestarikan pembangunan insan selain daripada memberi tumpuan

kemahiran dan kecekapan, kesedaran rakyat, sikap dan nilai. Dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan TVET, ini mampu memajukan dan membangunkan negara kita dan ia juga

adalah sebagai penentu masa depan negara.

Untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu sebagai sebuah negara perindustrian yang

maju pekerja yang berpengetahuan atau k-worker amatlah penting dan perlu

dipertingkatkan lagi jumlah ini dan Sistem TVET haruslah diperkuat lagi agar negara kita

mampu melahirkan graduan dan pekerja yang berkualiti tinggi. Oleh itu, semua pihak yang

terlibat perlulah berkerjasama untuk mencapai matlamat tersebut.

7

6.0 RUJUKAN

Wikipedia.http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020

Admin. August 27, 2014. Kerajaan perkasa TVET.

http://www.didikmalaysia.my/cn/?p=580

Afinde, Dec 14, 2013. Pendidikan Umum Dan TVET

http://www.slideshare.net/afinde/pendidikan-umum-dan-tvet

abemiusa, Jan 01, 2013. PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis

http://www.slideshare.net/abemiusa/pendidikan-teknik-dan-vokasional-sinopsis

8

7.0 LAMPIRAN

Keratan akhbar bertajuk “PPPM (PT) tekankan TVET”

Keratan akhbar bertajuk “Pendidikan teknikal, vokasional diutamakan”

9

Keratan akhbar bertajuk “Pelajar TVET dijangka meningkat”

10