1.0 PENGENALAN
Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah satu sistem pendidikan yang menyediakan
latihan-latihan khusus untuk kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain.
Vokasional membawa maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk menjadi
pekerja mahir pada suatu hari nanti. Apabila seseorang pekerja itu diiktiraf sebagai pekerja
mahir, secara tidak langsung, golongan ini akan dipertanggungjawabkan untuk membentuk
dan melahirkan lagi pekerja mahir yang baru.
Selain itu dalam sistem pendididikan, Pendidikan Teknik dan Vokasional mempunyai
perbezaan daripada sistem pendidikan umum kerana sistem pendidikan teknik dan
vokasional lebih menekankan aspek kemahiran teknikal dan juga pengetahuan teknikal.
Diantara faktor yang menyebabkan pendidikan teknik dan vokasional dianggap
semakin penting adalah kerana ia bersangkut paut dengan corak pembangunan ekonomi
sesebuah negara. Perkembangan ekonomi sesebuah negara daripada mudah kepada
perindustrian yang lebih kompleks dan pelbagai menyebabkan ia memerlukan lebih banyak
pekerja berpengetahuan dan berkemahiran yang kompleks dan khusus kepada pekerjanya.
Latihan juga merupakan satu langkah yang memberikan kemahiran untuk pekerjaan yang
khusus adalah menerusi pendidikan yang bercorak teknik dan vokasional. Menerusi sistem
pendidikan juga, sebarang pengubahsuaian dan latihan semula yang diperlukan boleh
dijalankan.
1
Berdasarkan keratan akhbar yang dipilih daripada Berita Harian bertarikh Rabu, 8
April. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan peningkatan keseluruhan 650
000 pelajar dalam program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjelang tahun 2025.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia selaras dengan Lonjakan
Keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025
PPPM (PT), untuk meningkatkan graduan TVET berkualiti.
Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Putrajaya (JPTP) akan melancarkan satu inisiatif iaitu
Program Transformasi Universiti yang berdasarkan program Transformasi Syarikat Berkaitan
Kerajaan (GLC). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah
mengariskan 10 lonjakan bagi menyokong lima aspirasi sistem iaitu akses, ekualiti, kualiti,
kecekapan dan perpaduan. PPTM juga memberi penekanan dalam melahirkan graduan
holistik dan seimbang, yang berilmu dan berakhlak agar memperolehi keupayaan untuk
menyumbang kepada negara dan dunia
3.0 KAJIAN TUGASAN
Berdasarkan kajian tugasan ini, saya ingin mendapat maklumat mengenai TVET
menjelang tahun 2020 sebagai negara perindustrian yang maju iaitu Wawasan 2020. Saya
juga ingin mengetahui mengapakah TVET perlu berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam melahirkan pekerja berpengetahuan(K-Worker) bagi mencapai Wawasan
2020. Semua hal tersebut adalah penting dan saling berkait rapat antara satu sama lain.
Keratan akhbar diatas merupakan salah satu kaedah yang dianjurkan bagi melestarikan
TVET untuk negara kita menuju Wawasan 2020.
3
4.0 HURAIAN DAN ULASAN
SIistem pendidikan negara perlu berusaha terus menerus dalam memupuk pelajar
dengan kemahiran, latihan dan memenuhi ilmu pengetahuan untuk mereka bersedia
apabila berdepan landskap saingan global. Gabungan usaha sama dengan pemimpin industri
yang menawarkan pekerjaan, latihan dan kaunseling kerjaya bagi menyediakan pelajar ke
alam pekerjaan sebenar nyata membuahkan hasil amat memuaskan. Dengan perubahan
kepada pekerjaan yang berasaskan ilmu dan pengetahuan, kerajaan perlu berusaha
meningkat dan memgasah bakat yang ada pada pelajar. Dalam konteks ini, iaitu peluang
untuk menjalinkan kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT), perniagaan dalam
sektor swasta dan kerajaan haruslah dimanfaatkan sepenuhnya.
Pendidikan Tenik dan Vokasional (PTV) telah dibangunkan bagi menyediakan modal
insan yang berkemahiran, kebolehpasaran dan kebolehkerjaan agar dapat membantu
menyokong pembangunan ekonomi negara serta menyediakan akses dan ekuiti pendidikan
kepada semua murid. Ketika ini, sistem Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET)
di Malaysia berupaya menyediakan modal insan dan tenaga kerja yang dihasilkan menerusi
graduan pada peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan yang ditawarkan di politeknik.
4
TVET
Wawasan 2020
K-WorkersFalsafah
Pendidikan Kebangsaan
Graduan politeknik dan vokasional ini menyediakan pekerja mahir dan separuh mahir serta
kelas pertengahan.
Kelebihan TVET tidak dinafikan kerana pengajian yang ditawarkan menyediakan
keseimbangan di antara kemahiran umum dan khusus, latihan teori dan amali, tumpuan
kepada industri, skim latihan untuk pelajar dan pengajian sepanjang hayat. Kewujudan
politeknik kini menjadi tumpuan ibu bapa yang merasakan anak mereka boleh mendapatkan
pekerjaan selepas menamatkan pengajian sama ada pada peringkat sijil mahupun diploma.
Sudah tiba masanya program yang ditawarkan oleh politeknik itu sendiri dinilai
menerusi sistem bintang sebagai dorongan untuk melahirkan modal insan berkualiti yang
dijangka bermula 2010 dan mengenal pasti politeknik terbaik serta menubuhkan pusat
kecemerlangan teknologi dan bidang yang menjadi kekuatan. Penyediaan tenaga pengajar
berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan yang mempunyai pengalaman dalam sektor
industri turut menjadi faktor penting sekali gus memudahkan proses pembelajaran dan
menarik minat pelajar.
Kemahiran amat diperlukan untuk membolehkan graduan terus bersaing dalam
pasaran pekerjaan di negara ini. Lebih-lebih lagi pada ketika ekonomi Malaysia yang
mengalami transformasi daripada latar belakang sektor pertanian yang kukuh dan
berasaskan pengeluaran kepada ekonomi pelbagai sektor. Perkara ini menjadi cabaran
kepada graduan bagi memastikan kemahiran mereka terus kekal dan relevan apatah lagi
dalam membangunkan kemahiran dalam k-ekonomi, ada peranan yang perlu dimainkan
pelajar, IPT, majikan serta pembuat dasar.
Sebagaimana contoh pada keratan akhbar yang dipilih adalah salah satu usaha yang
diwujudkan oleh KPM untuk meningkatkan kualiti graduan TVET menjelang tahun 2020.
PPPM (PT) mensasarkan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi pada peringkat global.
Sekiranya PPPM (PT) dapat dilaksanakan sebaiknya, ia bakal menjadikan Malaysia sebagai
pusat pendidikan tinggi bukan sahaja di rantau ini malah pada peringkat global. Selain itu,
usaha menaik taraf sekolah vokasional kepada kolej vokasional dan penstrukturan semula
subjek vokasional di sekolah menengah telah dilaksanakan, strategi pembangunan lestari di
dalam TVET seharusnya diberikan perhatian yang sewajarnya bagi membangunkan program
TVET di dalam negara.
5
Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) memainkan peranan yang penting dalam
membentuk tenaga kerja manusia yang dapat memenuhi pasaran kerja di dalam sektor
perindustrian. Usaha KPM dan semua pihak yang terlibat dalam meningkatkan kualiti
graduan TVET ini dapat menlahirkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
atau “K-Worker”.
K-worker atau pekerja berpengetahuan adalah individu-indivu yang mempunyai
kompetensi tinggi untuk memahami dan mepelajari ilmu-ilmu atau isu-isu baru serta
menciptakan peluang yang positif pada setiap situasi baru. K-worker juga bekerja
berasaskan “leaning skill” dan “capability” yang mereka miliki menyebabkan mereka tetap
inovatif dalam pelbagai situasi yang berubah dengan cepat. Elemen-elemen ini amat penting
dalam pendidikan TVET di negara kita kerana ia dapat melahirkan lebih ramai lagi individu
atau pekerja yang berpengetahuan untuk negara kita membangun dan menuju kearah
wawasan 2020.
Namun begitu, sistem TVET ini perlulah berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) kerana ini satu usaha kearah melestarikan pembangunan insan selain
daripada memberi tumpuan kemahiran dan kecekapan, kesedaran rakyat, sikap dan nilai-
nilai yang perlu dimiliki. Ini bahawa TVET memainkan peranan yang penting untuk
pembangunan negara dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan adalah tepat
untuk menuju wawasan 2020.
6
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Bagi melahirkan pekerja atau graduan yang berkemahiran sistem
TVET ini amat penting di Malaysia kerana ia dapat memenuhi permintaan yang tinggi dalam
sector. TVET juga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan dan membentuk
seseorang individu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mencapai gelaran K-
Worker.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) harus di pupuk dan disemai kepada system ini
untuk menuju kearah melestarikan pembangunan insan selain daripada memberi tumpuan
kemahiran dan kecekapan, kesedaran rakyat, sikap dan nilai. Dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan TVET, ini mampu memajukan dan membangunkan negara kita dan ia juga
adalah sebagai penentu masa depan negara.
Untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu sebagai sebuah negara perindustrian yang
maju pekerja yang berpengetahuan atau k-worker amatlah penting dan perlu
dipertingkatkan lagi jumlah ini dan Sistem TVET haruslah diperkuat lagi agar negara kita
mampu melahirkan graduan dan pekerja yang berkualiti tinggi. Oleh itu, semua pihak yang
terlibat perlulah berkerjasama untuk mencapai matlamat tersebut.
7
6.0 RUJUKAN
Wikipedia.http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020
Admin. August 27, 2014. Kerajaan perkasa TVET.
http://www.didikmalaysia.my/cn/?p=580
Afinde, Dec 14, 2013. Pendidikan Umum Dan TVET
http://www.slideshare.net/afinde/pendidikan-umum-dan-tvet
abemiusa, Jan 01, 2013. PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
http://www.slideshare.net/abemiusa/pendidikan-teknik-dan-vokasional-sinopsis
8
7.0 LAMPIRAN
Keratan akhbar bertajuk “PPPM (PT) tekankan TVET”
Keratan akhbar bertajuk “Pendidikan teknikal, vokasional diutamakan”
9