6
ULASAN ARTIKEL STRATEGI KE ARAH NEGARA MAJU SUMBER: DEWAN MASYARAKAT (NOVEMBER 2012) Melalui artikel yang telah saya fahami dan teliti, saya telah dapat mengenalpasti dua isu yang diutarakan dalam artikel tersebut. Isu yang pertama ialah pembentangan dan analisis Belanjawan 2013. Isu yang kedua pula adalah harapan rakyat ditunaikan melalui belanjawan 2013. ISU 1 : Pembentangan Belanjawan 2013 Pembentangan Belanjawan 2013 ini menjadi tumpuan orang ramai kerana merupakan belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU) yang akan berlangsung pada awal tahun 2013. Ramai juga yang beranggapan Belanjawan ini untuk memberikan keyakinan atau keselesaan kepada rakyat menjelang PRU-13. Selain itu, terdapat juga ura-ura menyatakan pembentangan ini untuk membuktikan kekukuhan ekonomi pada era Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Daripada perspektif yang berbeza, iaitu matlamat utama Belanjawan 2013 sebenarnya sebuah kerangka dan tumpuan pembangunan manusia yang menjadi pencetus penting pembangunan ekonomi Negara dan turut berperanan dalam mengimbangi keperluan manusia dan industri. Belanjawan 2013 ini adalah antara usaha untuk meringankan beban rakyat dan mendepani peningkatan kos sara hidup yang tinggi

Ulasan Artikel

Embed Size (px)

DESCRIPTION

HE

Citation preview

Page 1: Ulasan Artikel

ULASAN ARTIKEL

STRATEGI KE ARAH NEGARA MAJU

SUMBER: DEWAN MASYARAKAT (NOVEMBER 2012)

Melalui artikel yang telah saya fahami dan teliti, saya telah dapat mengenalpasti

dua isu yang diutarakan dalam artikel tersebut. Isu yang pertama ialah pembentangan

dan analisis Belanjawan 2013. Isu yang kedua pula adalah harapan rakyat ditunaikan

melalui belanjawan 2013.

ISU 1 : Pembentangan Belanjawan 2013

Pembentangan Belanjawan 2013 ini menjadi tumpuan orang ramai kerana

merupakan belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU) yang akan

berlangsung pada awal tahun 2013. Ramai juga yang beranggapan Belanjawan ini

untuk memberikan keyakinan atau keselesaan kepada rakyat menjelang PRU-13.

Selain itu, terdapat juga ura-ura menyatakan pembentangan ini untuk membuktikan

kekukuhan ekonomi pada era Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul

Razak. Daripada perspektif yang berbeza, iaitu matlamat utama Belanjawan 2013

sebenarnya sebuah kerangka dan tumpuan pembangunan manusia yang menjadi

pencetus penting pembangunan ekonomi Negara dan turut berperanan dalam

mengimbangi keperluan manusia dan industri.

Belanjawan 2013 ini adalah antara usaha untuk meringankan beban rakyat dan

mendepani peningkatan kos sara hidup yang tinggi terutama dalam kalangan rakyat

yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mengira agama dan bangsa.

Belanjawan 2013 dibahagikan kepada dua, iaitu belanjawan jangka pendek dan jangka

panjang. Kerajaan menjaga kepentingan Negara bangsa dengan memberikan Bantuan

Rakyat 1 Malaysia (BRIM2.0). Implikasinya, pemberian bantuan dan rebat tertentu

untuk dinikmati rakyat pada masa terdekat. Rakyat menyambut dengan baik kerana

bantuan diberikan kepada semua etnik di Malaysia. Antara pendekatan yang lain ialah

RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3000 sebulan dan rebat

Page 2: Ulasan Artikel

RM200 kepada mereka yang berumur 21 tahun hingga 30 dan bergaji di bawah

RM3000 sebulan layak membeli telefon pintar 3G.

Sementara itu, bagi tempoh jangka masa yang panjang, Belanjawan 2013

memberikan penekanan khusus kepada cabaran mendepani gelombang ekonomi dunia

dan serantau yang tidak menentu. Oleh itu, antara kaedahnya ialah kerajaan

mempertingkat pendapatan rakyat bukan sahaja daripada sumber domestik, malah

menggiatkan usaha menarik pelaburan dari luar Negara supaya melabur di Negara ini.

Misalnya, menjadikan China sebagai rakan dagang Malaysia. Intihanya, usaha tersebut

menyelamatkan Malaysia daripada terjejas teruk akibat krisis di zon euro dan

kegawatan AS. Didasari dengan fakta, iaitu sokongan daripada peningkatan domestic

yang terus kukuh berdasarkan pemulihan krisis ekonomi din zon euro.

Dalam pada itu, Belanjawan 2013 adalah untuk memperlihatkan kemampuan

kerajaan untuk membawa Negara keluar daripada belenggu krisis ekonomi serantau.

Antara langkah yang diambil diperlihatkan berlandaskan keutamaan yang ditekankan

kerajaan untuk meningkatkan prasarana merangkumi perumahan, pengangkutan,

subsidi dan pendidikan. Selain itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang

dilaksanakan oleh kerajaan menjadi wadah penting untuk memantapkan ekonomi

Negara.

Faktor seterusnya Belanjawan 2013 adalah untuk mengecilkan jurang defisit

antara pendapatan dengan perbelanjaan rakyat. Antara caranya ialah kerajaan

beriltizam untuk mengurangkan defisit berkala sebanyak 4.5 peratus kepada 4.0

peratus, dan terus berusaha untuk mengurangkannya iaitu kepada 3.0 peratus

menjelang tahun 2015. Justeru, kerajaan memberikan pelepasan cukai daripada

RM4000 sebelum ini bagi pendidikan tinggi anak-anak kepada RM6000 bagi yang

menyertai Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Di samping itu, Belanjawan 2013

memperuntukkan sebanyak RM251.6 bilion, iaitu pecahannya dibahagikan kepada

RM201.9 billion untuk belanja mengurus dan RM49.7 bilion untuk pembangunan.

Dengan berbuat sedemikian, dapat mengelakkan Malaysia daripada terperangkap

dalam bebanan hutang yang tinggi serta membuktikan kestabilan fiskal untuk

merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Page 3: Ulasan Artikel

ISU 2 : HARAPAN RAKYAT DITUNAIKAN

Setiap kali menjelangnya pembentangan belanjawan, berbagai-bagai andaian

dan harapan rakyat dilontarkan menerusi pelbagai medium untuk menarik perhatian

kerajaan. Tamsilnya, isu kenaikan harga rumah yang membelenggu rakyat di seluruh

Negara. Harga rumah yang melambung menjadi isu penting kepada sebahagian besar

mereka yang tergolong dalam golongan kakitangan awam dan swasta. Lantaran itu,

strategi kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini dengan memberikan peruntukan

sebanyak RM1.9 bilion untuk membina 123 000 buah unit rumah yang dilaksanakan di

bawah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA), Syarikat Perumahan Negara Berhad

(SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara Berhad. Sejajar dengan itu, kerajaan

mensasarkan lebih banyak rakyat Malaysia memiliki rumah pertama menerusi Skim

Rumah Pertamaku dengan meningkatkan had pendapatan peminjam perseorangan

daripada RM3000 kepada RM5000 sebulan atau pinjaman RM10000 sebulan bagi

pasangan yang berkahwin.

Seterusnya, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM38.7 bilion kepada

bidang pendidikan. Antara usahanya ialah meningkatkan kompetensi, dan kualiti guru.

Sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan bagi meningkatkan kemahiran guru dalam

mata pelajaran teras melalui pendekatan Higher Thinking Skills. RM1 bilion di bawah

Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan, dan Penyelenggaraan Sekolah khusus

bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan,

pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Menyedari kepentingan

pendidikan awal kanak-kanak, RM1.2 bilion diperuntukkan bagi tujuan pendidikan

prasekolah, termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran,

Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional.

Harapan rakyat seterusnya ialah banyak kanak-kanak OKU daripada keluarga

berpendapatan rendah yang tidak mendapat pendidikan awal kerana kekurangan taska

OKU. Oleh itu, kerajaan menjalankan projek perintis taska OKU bagi enam kategori

kanak-kanak OKU yang merangkumi kanak-kanak sindrom down, autism, penglihatan,

pekak dan bisu, fizikal dan OKU yang menghidapi masalah pembelajaran.

Sementalahan, kerajaan juga peka terhadap keperluan kemahiran dalam bidang

Page 4: Ulasan Artikel

teknikal apabila memperuntukkan sebanyak RM3.7 bilion untuk belanja melatih pelajar

dalam bidang teknikal dan vokasional. RM44o juta diperuntukkan kepada Perbadanan

Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberikan pinjaman kepada pelatih untuk

menjalani latihan kemahiran. Implikasinya, seramai 40000 orang pelatih di peringkat

Sijil Kemahiran Malaysia tahap satu hingga lima diberi peluang.

Lain daripada itu, rakyat berharap agar kadar jenayah di Malaysia berkurang.

Antara usaha kerajaan ialah memperuntukkan RM591 juta kepada Polis Diraja Malaysia

(PDRM) untuk menambah jumlah anggota bagi mengurangkan kadar jenayah. 1000

buah motosikal disediakan untuk kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal bagi memantau

kawasan perumahan. RM70 juta pula diperuntukkan untuk menambah bilangan

anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) sebanyak 10000 orang bagi membantu

polis membanteras jenayah. PDRM turut mendapat peruntukkan sebanyak 496 unit

system kamera litar tertutup (CCTV) yang melibatkan 25 Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) di seluruh Negara.

Di samping itu, isu memerangi rasuah dan mempertingkatkan integrity turut

menjadi harapan rakyat tidak dilupai dalam Belanjawan 2013. Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima peruntukkan sebanyak RM276 juta

bagi memerangi rasuah. Antara strateginya dengan menambah 150 jawatan tambahan

pada setiap tahun sehingga mencapai jumlah 5000 orang anggota yang disasarkan

suruhanjaya tersebut. Dengan berbuat demikian, kerajaan memperbaik kedudukan

Negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Implikasinya, kedudukan ini

menyebabkan pemeringkatan Malaysia merosot daripada kedudukan ke-60 (daripada

183 buah Negara) kepada kedudukan ke-56 pada tahun 2012.

Kesimpulannya, pembentangan Belanjawan 2013 bukan sahaja untuk

meningkatkan ekonomi dan pendapatan Negara, tetapi juga pembangunan manusia

serta menyediakan persekitaran sosial yang aman dan harmoni. Pembangunan

manusia, misalnya menerusi peruntukkan yang besar dalam bidang pendidikan adalah

pelaburan jangka masa panjang untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja

berpelajaran, tetapi kreatif serta mempunyai kemahiran yang tinggi sejurusnya

membawa Malaysia memasuki fasa baharu sebagai Negara industri Wawasan 2020.

Page 5: Ulasan Artikel