19
Tugasan 2: TINJAUAN LITERATUR RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS QGK3013 – KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN TAJUK : ( Ulasan Artikel ) KUMPULAN : UPSI -01 ( A131PJJ ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TELEFON WAN MOHD ZULKIFLY BIN YAACOB D20102041380 0192382480 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MOHD SANI BIN MADON TARIKH SERAH : 2O NOVEMBER 2013 0 | Page

Ulasan ARTIKEL Kesihatan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

artikel

Citation preview

Tugasan 2:TINJAUAN LITERATUR

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

QGK3013 – KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

TAJUK :

( Ulasan Artikel )

KUMPULAN :

UPSI -01 ( A131PJJ )

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. ID NO. TELEFON

WAN MOHD ZULKIFLY BIN YAACOB D20102041380 0192382480

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MOHD SANI BIN MADON

TARIKH SERAH : 2O NOVEMBER 2013

0 | P a g e

1. ARTIKEL/JURNAL :

Kelima-kelima artikel dibawah adalah berkaitan dengan Tema Kesihatan dan Aktiviti Fizikal

yang berkaitan gaya hidup diamalkan pada zaman sekarang yang lebih mementingkan

kemewahan dari segi material sehingga meminggirkan elemen kesihatan diri ,keluarga dan

masyarakat.Artikel tersebut jugak banyak mengaitkan amalan senaman yang telah tidak dititik

beratkan didalam kehidupan seharian.Ia juga banyak menyentuh tentang peningkatan penyakit

kronok akibat dari gaya hidup yang tidak aktif .Selain daripada itu terdapat banyak info dan

maklumat secara fakta tentang jenis-jenis dan kepentingan untuk bersenam.

Artikel 1

Tajuk : Kesejahteraan Melalui Gaya Hidup Sihat

Penulis : Norliah Kudus,Pensyarah Kanan Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan,

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)

1 | P a g e

Artikel 2

Artikel 3

2 | P a g e

Artikel 4

Penulis : Dr Ismail Thamby,Pakar Sakit Tuan

Artikel 5

. Membudayakan Amalan Gaya Hidup Sihat,Ruangan Kesihatan 23 Mei 2013

Penulis: Dr. Azhar Bin Dato Razali,Pakar Jantung ,IJN Kuala Lumpur.

3 | P a g e

2.0 RUMUSAN KESELURUHAN ARTIKEL

2.1 Pengenalan

Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya

hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga

keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan

mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang

lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat

diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat.Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh

perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab

masing- masing secara harmoni.Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan

makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman.

Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat.

Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang mengundang

pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya cara

yang terbaik, mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur

kita, di samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis,

darah tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Masyarakat pada masa ini

berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan.

Gaya hidup sedentari adalah corak kehidupan yang dilalui tanpa atau kurang melakukan

aktiviti fizikal.Kehidupan sebegini boleh memudaratkan kesihatan individu.Terdapat pelbagai

kajian yang dijalankan dan telah terbukti bahawa tidak atau kurang melakukan aktiviti fizikal

dikaitkan dengan risiko mendapatkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes

dan obesiti atau kegemukan.Juga, telah terbukti bahawa cara hidup sedentari boleh

meningkatkan risiko mendapat kanser usus, kanser payu dara, penyakit jantung koronari, strok,

tekanan darah tinggi, osteoporosis (kereputan tulang), kemurungan dan keresahan.

Di Malaysia, penyakit jantung koronari merupakan pembunuh nombor satu. Bagi

penyakit diabetes, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tempat

keempat tertinggi di Asia dengan 8% daripada penduduknya menghidap penyakit tersebut.

Laporan juga menunjukkan hampir 18% daripada penduduk dewasa wanita dan 15% penduduk

dewasa lelaki di negara ini memiliki berlebihan berat badan. Antara puncanya, ialah tidak

4 | P a g e

mengamalkan cara hidup yang sihat terutamanya dari segi mengawal makanan/diet dan

melakukan aktiviti fizikal

Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi ll (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk

dewasa negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal. Gejala ini jika tidak

ditangani akan menimbulkan masalah kesihatan awam yang serius.Menyedari hakikat ini,

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Cara Hidup Sihat sebagai antara

langkah untuk mengatasi masalah ini.Sehubungan itu, salah satu daripada komponen yang

diberi penekanan khusus dalam kempen ini bermula sejak tahun 1998 ialah melakukan

senaman dan aktiviti fizikal.

3. Gaya Hidup sihat dan Cergas.

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa

impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.Antara contoh kehidupan

yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang

masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula.Sudah pasti

dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu

matlamat yang perlu dicapai segera.Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan

untuk mencapai matlamat ini.

"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi

fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman

penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan

dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang.Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada

fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti

sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya"

Falls (1980)

Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan

mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.Oleh itu,

setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-

kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu

seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat

melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif

selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

5 | P a g e

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang

seimbang.Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat

khasiat dan vitamin yang diperlukan.Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil

makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan

yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya

seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan

kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan

riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan

perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh.Seseorang itu boleh bersukan seperti

bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang.Jika badan

seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak

yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.Hal ini akan

memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan

pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit

jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui

peralatan moden dalam bidang perubatan.Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat

dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan

sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Secara keseluruhannya,amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk

melahirkan rakyat yang sihat. Jadi,Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang

proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil,

sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi

kenyataan.Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti

jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

4.0 Senaman dalam Gaya hidup yang sihat

Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh

seseorang itu lebih sihat dan menceriakan.Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,

berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung

minggu.Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem

6 | P a g e

peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi.Mereka

yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding

dengan orang yang jarang bersukan.Jelasnya,semakin kerap senaman dilakukan maka

semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada

badan yang cergas.

Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan

berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen

kecergasan fizikal.Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang

banyak.Contoh senaman ialah seperti berlari,berjoging,berjalan,berenang,lompat tali dan

berbasikal.

4.1 Kepentingan Bersenam

Sebenarnya tubuh manusia memerlukan senaman. Ini berguna untuk membina

kemampuan tubuh kita pada tahapnya yang terbaik.Orang yang tidak bersenam hanya

menggunakan 27% keupayaannya.Dengan bersenam keupayaan seseorang boleh ditingkatkan

kepada 56%.Badan yang cergas dapat melakukan aktiviti dengan tidak berasa letih, bahkan

segala kerja dapat disempurnakan dengan penuh keriangan.

Senaman juga boleh menyihatkan organ-organ badan.Tubuh badan yang sihat tidak

mudah dijangkiti penyakit.Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda

ketuaan.Senaman yang dilakukan secara teratur sangat berguna untuk meningkatkan

pembinaan otot.Maka otot-otot akan terbina dengan lebih baik lagi dari segi saiz, kekuatan,

kekenyalan, dan daya tahannya.

Bahaya penyakit seperti serangan jantung boleh dikurangi kerana bersenam

menyebabkan jantung kita bertambah kuat.Jantung yang cergas mampu melakukan kerja yang

lebih daripada jantung yang kurang cergas.Contohnya jantung yang cergas mampu mengepam

darah 25% lebih banyak daripada jantung yang kurang cergas.Sebab itulah orang yang cergas

tidak mudah letih atau lesu.

Selain daripada jantung, senaman memperelok sistem kardiovaskular.Senaman dapat

mempercepat pembentukan kapilari darah yakni saluran darah yang halus pada tisu-tisu yang

aktif.Dengan bersenam lemak dalam saluran darah dapat dikawal daripada menjadi beku. Ia

juga memperbaiki sistem pernafasan kita.

7 | P a g e

Selain itu,aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani

oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan.Kita boleh menjalankan aktiviti seperti

bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika

hujung minggu.Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan

sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi.

Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang

cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan.Jelasnya,semakin kerap senaman

dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas

datangnya daripada badan yang cergas.

Melalui bersenam juga kita membina daya tahan kardiovaskular dengan membantu

jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat serta memberikan kita lebih

tenaga.Selain daripada itu,dengan bersenam kita dapat membina Kekuatan dari segi tulang dan

otot supaya otot kekal kuat, membaiki postur tubuh badan anda serta dapat mencegah penyakit

tulang seperti osteoporosis .

4.2 Tahap-tahap senaman

Pakar sains sukan telah membahagikan mereka yang ingin memulakan program aktiviti fizikal

ini kepada 3 kategori:-

a) Berisiko Rendah

Golongan muda iaitu lelaki yang berumur kurang daripada 45 tahun dan wanita kurang

daripada 55 tahun yang tidak mengalami simptom penyakit jantung dan memiliki tidak lebih

daripada satu faktor risiko seperti merokok, tekanan darah tinggi, memiliki sejarah keluarga

yang menghidap penyakit jantung, tinggi kandungan kolesterol dalam darah, paras glukosa

darah tidak normal, kegemukan dan menjalani kehidupan yang sedentari.Golongan ini boleh

melakukan aktiviti fizikal yang sederhana atau lasak tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan

atau ujian senaman klinikal.

b) Berisiko Sederhana

Golongan ini merupakan individu yang tidak memiliki sebarang simptom penyakit jantung tetapi

berumur lebih daripada 45 tahun bagi lelaki dan 55 tahun ke atas bagi wanita atau mereka yang

memiliki 2 dan lebih daripada faktor risiko di atas.Kumpulan ini boleh melakukan aktiviti fizikal

8 | P a g e

yang sederhana dan tidak memerlukan ujian senaman atau pemeriksaan perubatan, tetapi jika

mereka ingin melakukan aktiviti yang lasak adalah disarankan menjalani ujian dan pemeriksaan

tersebut.

c) Berisiko Tinggi

Golongan ini terdiri daripada klien yang memiliki satu atau lebih symptom seperti sakit

dada, tengkok atau dagu akibat kekurangan bekalan oksigen ke jantung, mudah semput ketika

berehat atau semasa melakukan senaman yang sederhana, pitam, pening, denyutan jantung

yang tidak normal, mudah letih atau lesu dan sembab. Mereka perlu menjalani kedua-dua ujian

senaman dan pemeriksaan perubatan.Apabila memulakan program, jika mengalami

kecederaan atau jatuh sakit, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor,tanpa mengira umur

atau keadaan kesihatan.

Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah klien hendaklah peka serta tahu

tahap kesihatan sendiri sebelum memulakan sesuatu aktiviti senaman. Klien tidak seharusnya

mengalami kelesuan,kesakitan atau semput.Bersenam secara berlebihan serta sikap kurang

bersabar boleh mengakibatkan kecederaan dan boleh memudaratkan mereka.Faktor ini boleh

membantutkan segala usaha klien.

4.3 Jenis-jenis senaman

Senaman Kalistenik

Senaman kalistenik merupakan pergerakan yang dilakukan secara lokomotor dan

secara bukan lokomotor.Ia melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti melompat,

membaling, melontar dan sebagainya.Senaman kalistenik biasanya dilakukan tanpa

menggunakan beban dan sebarang peralatan.Ia bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan

fleksibiliti badan.

Antara aktiviti kalistenik ialah:

a. memalingkan kepala dari kanan ke kiri,

b. mendongakkan kepala ke arah langit serta bumi,

c. memutarkan kedua belah lengan dan juga kedua belah pergelangan kaki,

d. mengilas bahagian atas tubuh badan,

9 | P a g e

e. membongkok dan mengilas tubuh badan dan

f. melakukan berbagai-bagai jenis lompatan

Senaman Kardiovaskular

Senaman kardiovaskular atau latihan aerobik, adalah jenis latihan untuk meningkatkan

“muscular endurance” atau stamina dengan meningkatkan keupayaan jantung untuk

menyalurkan oksigen kepada otot-otot yang memerlukan. Senaman kardiovaskular membantu

mengawal berat badan dengan pembakaran kalori dan lemak jika dilakukan dengan cara yang

betul.Untuk membakar lemak, sekurang-kurang badan kita memerlukan senaman

kardiovaskular selama 24 minit.Senaman kardiovaskular adalah salah satu elemen penting

dalam komponen kesihatan.Seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit

setiap kali.Antara contoh senaman aerobik adalah berlari, berenang, tarian aerobik dan lain-

lain.

Senaman Ketahanan

Senaman ketahanan adalah seperti berjoging, berenang dan berjalan kaki. Senaman

ini disarankan kerana bukan saja baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi

memudahkan anda melakukan aktiviti seperti menaiki tangga

Senaman Keseimbangan

Senaman keseimbangan pula adalah senaman seperti tekan tubi dan mampu

menguatkan otot kaki serta memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk

kekal berfungsi. Manakala Senaman Fleksibiliti  pula adalah senaman regangan badan. Kalau

sendi anda bermasalah, senaman ini sangat sesuai dan contoh senaman fleksibiliti adalah

seperti yoga dan aerobik.

Senaman kekuatan

Senaman kekuatan dijalankan bagi mendapatkan lebih stamina untuk membina otot dan

membuat kerja. Sebenarnya senaman kekuatan ini membantu meningkatkan kadar

metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah.Senaman ini sangat penting

terutama pada mereka yang mengalami masalah lemak yang degil dan mengurangkan risiko

asteoporosis.

10 | P a g e

Apabila hendak bersenam, kita kenalah tahu senaman apa yang bersesuaian mengikut

kemampuan kita dan mulakan dengan perlahan – lahan. Ramai yang tidak faham sehingga

cedera tisu otot dan badan.Oleh itu, janganlah tergesa – gesa nanti badan anda yang merana.

Senaman senamrobik

Senamrobik adalah gerak latihan yang menggunakan muzik. Latihan bagi senaman ini

dikombinasikan dengan pergerakan kaki dan tangan dan pergerakan mensasarkan kepada otot

besar.Tujuannya untuk mencapai kadar nadi optima sesuai dengan umur dan tahap kecergasan

seseorang.Di dalam aktiviti senamrobik yang dilakukan terdapat beberapa pergerakan yang

menjadi asas kepada pergerakan yang lainnya.

Terdapat 4 pergerakan asas yang boleh diklasifikasikan:-

March / bergerak setempat.

Tap / sentuh dengan hujung kaki atau tumit kaki.

Lift / Angkat kaki

Step touch / bergerak selangkah ke sisi

Dan kategori pergerakan asas senamrobik terbahagi kepada 3 bahagian:-

.Aerobik Impak Rendah

.Aerobik Impak Tinggi

.Tiada Impak

Senaman memanaskan badan

Memanaskan badan adalah proses untuk menaikkan suhu badan dan mempercepat

peredaran darah ke seluruh badan.Melakukan senaman kalistenik seperti regangan untuk

menyediakan badan bagi menghadapi senaman aerobik atau senaman yang lebih

berat.Pemanaskan badan adalah sebagai persediaan tubuh badan menjalankan aktiviti

berat.Regangkan otot-otot dan sendi-sendi serta perlahan-lahan meningkatkan kadar nadi yang

dikehendaki sebelum mengerjakan aktiviti-aktiviti yang giat.

11 | P a g e

Cara menyejukkan badan

Bersenam tidak berakhir begitu saja.Jika memanaskan badan adalah penting,

menyejukkan badan selepas bersenam juga penting dan tidak boleh diabaikan.Tempoh

beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu dengan

cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan badan.Menyejukkan

badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid laktik yang terbentuk dalam

sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke hati.Jika berhenti bersenam secara

mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.

5.0 Usaha ke Arah meningkatkan gaya hidup cergas

Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan akan dianjur untuk terus

meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Usaha tersebut termasuk program

pembangunan kecergasan dan aktiviti luar manakala program baru berasaskan kekuatan dan

ketahanan yang boleh menarik penyertaan lebih ramai di kalangan belia akan diperkenal. Bagi

mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidupsihat di kalangan orang ramai, lebih banyak

program kesedaran seperti kempen,program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat

kerja dan taman awam akan diteruskan dalam tempoh Rancangan.

Sebanyak 50 peratus rakyat Malaysia dijangka terlibat secara langsung dalam aktiviti

gaya hidup cergas dan sihat menjelang tahun 2010. Bagi memastikan keberkesanan

pelaksanaan program ini, sejumlah 24,000 jurulatih dan fasilitator dalam sukan massa akan

dilantik dan dilatih melalui kursus yang akan dijalankan di dalam dan luar negara.

Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia terutamanya di

peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di bawah program ini,semua aktiviti sukan

termasuk sukan bermotor, sukan air dan sukan udara akan digalakkan dengan sokongan sektor

korporat melalui penajaan mereka. Program dan aktiviti ini akan meningkat dan menggalakkan

pelancongan sukan dan menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan. Sebagai

sebahagian usaha untuk menggalakkan penyertaan yang lebih ramai dalam aktiviti sukan,

beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan daerah akan dinaik taraf.

12 | P a g e

Langkah akan diambil untuk memastikan penyenggaraan dan penjagaan kemudahan

dilakukan dengan sempurna termasuk penguatkuasaan peraturan dan prosedur mengenai

penggunaan kemudahan tersebut. Di samping itu, personel terlibat dalam penyenggaraan

kemudahan akan diberi latihan berkaitan bagi memastikan mereka cekap dan berupaya untuk

mengurus kemudahan tersebut. Bagi menggalak serta memudahkan penyertaan yang lebih

ramai dalam sukan pada peringkat akar umbi, kompleks sukan pelbagai guna peringkat daerah

akan dibina.Pelbagai kemudahan untuk sukan seperti badminton, sepak takraw dan futsal serta

premis untuk mengadakan mesyuarat dan lain aktiviti berkaitan masyarakat akan disedia di

kompleks tersebut. Satu jawatankuasa bagi pengurusan dan penyenggaraan yang teratur bagi

setiap kompleks akan ditubuhkan di setiap kawasan berkenaan.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya,gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang

dipaparkan tadi.Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan

semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang

masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai

masalah kesihatan timbul kelak.Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik

daripada mengubatinya.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu.

Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati

lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau

menyimpan masalah mereka.Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka

menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.Masyarakat digalakkan

menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga.

Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria

dan menggembirakan.Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi

memperoleh gaya hidup yang sihat ini.

.

Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang

itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini.Pemikiran yang positif menjadikan

seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan

baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat

13 | P a g e

memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.Kepada mereka yang

menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar

motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka.Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami

boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau

melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka

semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

14 | P a g e