Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    1/29

    ARTIKEL 1

    OBESITI DI KALANGAN PELAJAR

    1.0  Pengenalan

    Kesihatan yang baik tidak dapat dijual beli.Apabila sihat, sudah pasti kita berpeluang melakukan

    aktiviti harian dengan sempurna dan kehidupan lebih bermakna.Kesihatan dan penampilan

    merupakan aspek yang sering dikaitkan dengan berat badan seseorang. Badan yang sihat dengan

    penampilan yang menarik akan membuatkan seseorang merasa lebih yakin bila berhadapan

    dengan masyarakat. Kegemukan atau berat badan berlebihan dianggap sebagai isu yang memberi

    kesan ke atas kesihatan dan penampilan seseorang. (Kementerian Kesihatan, 1998) dalam Modul

    Pencegahan Obesiti. Senario terkini ,kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak

    adalah masalah yang kian meningkat di Malaysia.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh

    Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) pada tahun 2005 mencatatkan 27% atau setiap satu dari

    empat rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Kajian

    syarikat maklumat pasaran TNS Asia panel tidak lama dahulu mendapati bahawa Malaysia

    mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding

    negara lain di Asia (Utusan Malaysia Online, 2007). Malaysia menduduki tempat pertama dalam

    kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan

    tempat keenam di negara Asia Pasifik. Maklumat ini berdasarkan laporan Dewan Rakyat 2011.

    . Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (2006) menunjukkan

    prevalens berlebihan berat badan telah meningkat kepada 29.1% berbanding 16.6% manakala

    prevalens obesiti meningkat kepada 14.0% berbanding 4.4% pada tahun 1996.Di Malaysia ,

    peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga sepuluh

    tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8

    peratus.Keadaan ini lebih kritikal apabila mereka meningkat dewasa.Modul PencegahanObesiti,(2011) 2.0 Definisi obesiti Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), obesiti

    bermaksud kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan..Obesiti berlaku

    apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers,2004).Obesiti didefinisikan

    sebagai kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampingan terhadap

    parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dan kesan psikologi. Obesiti juga

    ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunya pengumpulan atau penyimpanan lemak yang

    berlebihan dalam badan. .Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai obesiti sekiranya peratus

    lemak di dalam badan melebihi 25 peratus bagi lelaki dan 35 peratus bagi wanita (Clinical Practice

    Guidelines on Management of Obesity,2004) Seseorang boleh dikatakan obes apabila indeks jisim

    badan(BMI)melebihi kadar 40/35. Berat badannya melebihi 30% drpd julat normal bg tinggi bdn, jantina dan umurnya. Terdapat cara untuk periksa bahawa kita di tahap mana, overweight, normal

    dan underweight.

    Rujuk cara pengiraannya seperti di bawah.

    BMI = Berat Badan (kg)

    Tinggi X Tinggi (m2) Interpretasi BMI Formula BMI = ( Berat dalam Kilograms / ( ketinggian dalam

    Meter x ketinggian dalam Meter) ) Bawah 18.5 = Kurang Berat 18.5 -

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    2/29

    24.9 = Normal 25 – 29.9 = Berat berlebihan(gemuk) 30 – 34.9 =

    Obesiti kelas 1 35 - 39.9 = Obesiti kelas 2 > 40 - =

    Obesiti kelas 3 Sumber WHO (1998) : Klasifikasi berat badan dengan BMI Kanak-kanak dan remaja

    Kanak-kanak dan remaja boleh dikategorikan sebagai berlebihan berat badan atau obes

    berdasarkan Piawai Pertumbuhan BMI WHO 2007 bagi kanak-kanak dan remaja (5 hingga 19

    tahun) seperti berikut: Jadual 1.1: Tafsiran BMI Kanak-Kanak dan Remaja mengikut rujukan WHO

    Sasaran Petunjuk Kanak-kanak dan remaja (5 hingga 19 tahun) Ø +1 SD Berlebihan berat badan Ø

    +2 SD Obesiti Secar Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak

    didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian. Ukuran Lilitan

    Pinggang Ukuran lilitan pinggang berkait rapat dengan kandungan lemak pada bahagian abdomen

    (tengah badan) yang juga dikenali sebagai lemak viseral tubuh. Ukuran lilitan pinggang yang tinggi

    merupakan salah satu faktor risiko kepada diabetes jenis 2 dan penyakit kardiovaskular seperti

    penyakit jantung koronari, serangan jantung (penyakit jantung iskemik), tekanan darah tinggi dan

    beberapa penyakit lain.Individu dewasa yang mempunyai ukuran lilitan pinggang yang lebih

    daripada 90 cm (35 inci) bagi lelaki dan lebih daripada 80 cm (32 inci) bagi wanita adalah berisiko

    untuk mendapat penyakit di atas (WHO /IASO /IOTF, 2000) Sumber : Modul Pencegahan Obesiti

    (2011) Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam

    badan seseorang.Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit nutrisi dan terjadi apabila tisu-tisu

    lemak menjadi keterlaluan.Apa yang lebih menakutkan, obesiti boleh menganggu dan

    mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang

    kritikal.Selain daripada kegiatan fizikal dan sosial terhad , jangka hayat penghidap obesiti

    dibimbangi juga semakin pendek. Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan

    kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian. 3.0 Statistik

    obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia Hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik dari

    university Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi kajian bertajuk ‘ Prevalence of obesity among

    children’ (2008) menunjukkan peningkatan kadar obesiti sehingga 30 peratus di kalangan kanak-

    kanak berusia 6 hingga 12 tahun, berbanding tahun-tahun sebelumnya. Berdasarkan Kajian

    Keutamaan Nutrisi dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10)mendapati kadar kegemukan kanak-

    kanak meningkat daripada 6.6 peratus kepada 13.6 peratus.Kajian juga menunjukkan 25 daripada

    100 pelajar di negara ini dibimbangi akan mengalami masalah kegemukan pada tahun 2020.Ia

    berdasarkan trend peningkatan 1% kes obesiti pelajar setiap tahun.Satu kajian di Kuala Lumpur

    membabitkan 5, 995 kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga 10 tahun mendapati murid lelaki

    mengalami peratusan berat paling tinggi iaitu 9.7 peratus berbanding 7.1 peratus murid

    perempuan.. Prevalens berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja

    semakin meningkat dengan mendadak di seluruh dunia (WHO, 1998). Kajian oleh Bong & Safurah

    (1996) melaporkan 8% kanak-kanak sekolah rendah adalah berlebihan berat badan. Kajian di

    kalangan kanak-kanak 6 - 12 tahun di Malaysia menunjukkan peningkatan masalah berlebihan

    berat badan daripada 11.0% kepada 12.8% dan obesiti daripada 9.7% kepada 13.7%, masing-

    masing pada tahun 2002 dan 2008 (Ismail et al., 2003 ,2009) Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi

    Kebangsaan III (2006) pula mendapati di kalangan kanak-kanak 6-12 tahun prevalens berlebihan

    berat badan/obesiti adalah 22.4% manakala di kalangan remaja 13-17 tahun prevalens berlebihan

    berat badan / obesity adalah 21.4%.

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    3/29

    4.0 Penyebab Obesiti Kegemukan dan obesiti mempunyai kaitan dengan cara pemakanan.

    Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, menunjukkan

    bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalah gemuk ataupun obesiti.

    Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat badan yang berlebihan, dan seorang

    daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut dijalankan pada tahun 2002 dan tahun 2008.

    Penemuan kajian tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara dalam bilangan kegemukan dan

    obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun juga

    menunjukkan peratus kegemukan dan obesiti. Statistik yang membimbangkan ini, jika dibiarkan,

    akan menyebabkan negara ini menuju ke arah negara gemuk. Kegemukan dan obesiti ialah

    penyebab utama kepada penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, penyakit darah

    tinggi dan sebagainya. Ini juga akan meningkatkan kos perubatan untuk rakyat Malaysia.

    4.1 Amalan pemakanan tidak sihat Amalan makan makanan yang mengandungi lebih tenaga

    berbanding yang digunakan merupakan antara faktor utama obesiti (Denise Walker,2006). Berat

    badan akan bertambah apabila seseorang makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar

    oleh badan . Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan

    kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam

    beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan

    dan tahun.Semakin pesat sesebuah negara, semakin banyak kemudahan yang disediakan.

    Segalanya berada di hujung jari. Kebanyakan ibu bapa selalu menggunakan makanan sebagai tanda

    kasih dan sayang. Tapi kalau mereka betul-betul sayangkan anak , janganlah masak atau belikan

    anak-anak makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Kasihanilah mereka kerana yang susah

    nanti mereka juga.Selain itu, makanan segera sewenang-wenangnya boleh dipesan dan dihantar

    terus ke rumah.Restoran makanan segera yang boleh didapati dengan mudah mendorong anak-

    anak untuk mengunjunginya. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam),

    Datuk Dr. Shafie Ooyub pengambilan minuman berkarbonat dan makanan segera yang berlebihan

    menjadi antara penyumbang kepada masalah obesiti.

    4.2 Faktor genetik Peranan faktor genetik atau keturunan dalam mempengaruhi status

    berat telah menjadi satu penemuan penting dalam kajian obesiti. Walau

    bagaimanapun,pengaruh genetik dan kaitannya dengan berat badan masih sukar untuk dijelaskan.

    Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.Penyelidikan yang dibuat di

    Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal

    mempunyai 10% peluang menjadi gemuk.Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah

    seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan.dan akan meningkat menjadi 70-

    80% jika kedua-duanya menghidap obesiti. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini,

    beberapa kes kecacatan genetik di kenal pasti sebagai punca 'hyperphagia' (makan berlebihan) dan

    obesiti yang bermula dari usia kanak-kanak. Kecacatan genetik merangkumi sindrom obesiti

    seperti sindrom Lawrence Moon Biedl, sindrom Prader Willi, sindrom trisomi 21, sindrom

    Wiedemann Beckwith dan lain-lain. Faktor kecacatan genetik yang menyebabkan obesiti

    biasanya disebabkan perubahan atau mutasi kepada beberapa gen seperti gen leptin dan

    perubahan pada keronsong gen leptin. Kesan genetik kepada kejadian obesiti umumnya lebih

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    4/29

    banyak dipengaruhi oleh faktor bukan genetik seperti amalan pemakanan dan kurang aktiviti

    fizikal. Faktor keturunan ini, walau bagaimanapun sering dijadikan alasan kepada kejadian obesiti

    dan alasan untuk tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya. 4.3 Cara hidup

    tidak aktif Kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia mengamalkan cara hidup yang

    sedentari (Poh et al. 2008) berpunca daripada pembangunan yang pesat dan peningkatan

    penggunaan peralatan yang mengehadkan penggunaan tenaga manusia.Kurang aktiviti fizikal atau

    cara hidup sedentari boleh didefinisikan sebagai pergerakan anggota badan yang minima yang

    bersamaan dengan kadar metabolisme rehat. Tingkah laku seperti duduk dan tidur dengan lama,

    menggunakan lif berbanding tangga, memandu berbanding berjalan kaki menyumbang kepada

    penggunaan tenaga yang minimum dan menyumbang kepada masalah obesiti.Teknologi masa kini

    menyebabkan pergerakan yang minimum diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja dan

    meminimumkan penggunaan tenaga. Persekitaran masa kini yang semakin sibuk menyebabkan

    kekangan masa untuk bersukan dan kenaikan kos hidup menyebabkan persekitaran dan

    kemudahan yang tidak mencukupi untuk bersukan atau berekreasi dan seterusnya menggalakkan

    kehidupan sedentari. Ianya juga merujuk kepada amalan tingkah laku fizikal yang pasif seperti

    menonton televisyen, membaca, menggunakan komputer, berbual melalui telefon, memandu

    kereta, bermeditasi dan makan. Masa kini, teknologi canggih menjadikan kanak-kanak

    menghabiskan masa di hadapan televisyen dan bermain games.Kanak-kanak mesti dipaksakan

    membebaskan diri mereka daripada teknologi multi media dan dipaksa turun beriadah atau

    bersenam.

    4.4 Ketidak seimbangan tenaga Imbangan tenaga adalah keadaan di mana tenaga yang

    diambil dalam bentuk makanan/minuman adalah seimbang dengan tenaga yang digunakan oleh

    tubuh, iaitu tenaga untuk proses metabolisme asas dan aktiviti fizikal. Dalam keadaan pengambilan

    tenaga adalah sama/ seimbang dengan penggunaan tenaga tidak berlaku penambahan berat

    badan.Seseorang dikatakan mempunyai imbangan tenaga positif apabila tenaga yang diambil

    melalui makanan melebihi daripada tenaga yang digunakan oleh tubuh.Tenaga yang berlebihan

    tersebut tidak digunakan dan akan ditukarkan kepada bentuk lemak dan disimpan dalam tisu

    adipos di bawah kulit. Pertambahan lemak ini akan menyebabkan peningkatan berat badan

    individu. Peningkatan berat badan adalah petunjuk kepada imbangan tenaga positif. Imbangan

    tenaga positif perlu semasa ibu hamil, kerana tenaga berlebihan ini diperlukan bagi menampung

    pertumbuhan janin. Pada peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja juga perlu imbangan tenaga

    positif untuk proses tumbesaran. Bagi orang dewasa, imbangan positif dalam jangka masa

    berpanjangan boleh menyebabkan berat badan bertambah. Imbangan negatif pula terjadi apabila

    pengambilan makanan adalah kurang daripada tenaga yang digunakan seharian. Dalam keadaan ini

    tenaga yang diperlukan untuk aktiviti seharian akan diambil dari simpanan lemak tubuh.

    Penggunaan lemak tubuh ini menyebabkan penyusutan lemak tubuh dan seterusnya penurunan

    berat badan individu tersebut. 4.5 Faktor Psikososial Faktor psikososial (seperti tekanan

    perasaan, rendah keyakinan diri, diskriminasi pekerjaan dan beberapa bentuk stigma sosial)

    merupakan faktor yang perlu diambil kira di dalam pencegahan obesiti kerana berbanding faktor

    genetik. Faktor psikososial merupakan faktor yang boleh diubah. Faktor psikososial dipengaruhi

    oleh aspek psikologi individu dan ianya dipelajari melalui pelbagai pengalaman hidup. Rasa lapar

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    5/29

    dan selera Rasa lapar adalah maklum balas psikologi kepada keperluan mengambil makanan yang

    dihasilkan oleh rangsangan otak. Ianya boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti saiz dan

    komposisi hidangan yang diambil sebelumnya, corak pengambilan makanan individu, status fizikal

    dan mental individu. Faktor psikologi seperti bau serta interaksi persekitaran amat mempengaruhi

    pengambilan makanan individu. Individu yang mengehadkan pengambilan makanan pada setiap

    hidangan akan merasa kelaparan yang lebih tinggi untuk beberapa hari tetapi ianya semakin lama

    akan semakin hilang dari hari ke hari. Pada peringkat tertentu, kelaparan tidak terkawal akan

    menyebabkan pengambilan makanan berlebihan melebihi kekurangan kalori yang dihadapi.

    Kapasiti perut juga boleh beradaptasi kepada kuantiti yang lebih besar sehinggakan kuantiti

    hidangan biasa tidak lagi menyebabkan rasa kenyang. Selera juga boleh menyebabkan individu

    mula mengambil makanan walaupun tanpa rasa lapar. Tidak seperti kelaparan, selera adalah

    merupakan sesuatu yang dipelajari daripada pengalaman. Selera meningkatkan kelaparan dan

    individu boleh berselera tanpa rasa lapar. Salah satu contoh adalah dari pemerhatian dan bau

    makanan, selera boleh meningkat dan seterusnya menggalakkan individu menikmati hidangan atau

    menambah saiz makanan. Bau dan penglihatan boleh meningkatkan lagi selera walaupun pada

    masa tersebut kelaparan individu tersebut telah diatasi. Pemilihan makanan juga mempengaruhi

    rasa kenyang. Sesetengah makanan menyebabkan rasa kenyang yang berpanjangan berbanding

    makanan yang lain. Secara umumnya makanan serat yang tinggi mengekalkan rasa kenyang yang

    lebih berpanjangan berbanding nutrien yang lain. 4.6 Faktor personaliti dan kognitif Personaliti

     juga menyumbang kepada tingkah laku pengawalan berat badan iaitu individu yang tidak percaya

    kepada keupayaan diri dalam mengawal berat badan akan berhadapan dengan masalah tersebut.

    Kawalan diri dan keupayaan individu menguruskan hidup juga mempengaruhi tingkah laku

    pengawalan berat badan. Sesetengah individu mengambil makanan sebagai salah satu cara

    mengurangkan tekanan dan menenangkan diri. Masalah lain seperti makan dengan terlalu banyak

     juga berkaitan dengan masalah personaliti seperti kemurungan, tekanan dan lain-lain yang jelas

    menunjukkan ianya berkaitan dengan pengambilan makanan.

    4.7 Metabolisme rendah Kadar metabolisme yang rendah akan mengakibatkan tenaga

    yang masuk ke dalam tubuh lambat menjadi glikogen menyebabkab menjadi lemak.Mereka yang

    mengalami masalah obesiti mempunyai metabolisme yang rendah kerana mereka tidak bersenam

    atau mengamalkan diet yang seimbang.Ini sekali gus mendedahkan mereka untuk mengalami

    masalah obesiti yang lebih serius.

    4.8 Masalah penyakit Sebilangan kecil kanak-kanak menjadi obes disebabkan penyakit

    lain seperti; Ø Hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid) Ø Human growth hormone deficiency

    (kekurangan hormon pertumbuhan) Ø Cushing's syndrome' atau jangkitan, trauma atau

    ketumbuhan di 'hypothalamus' 5.0 Implikasi obesiti Masalah obesiti di kalangan kanak-

    kanak sebenarnya mendedahkan mereka bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal badan, malahan

    turut memberi kesan kepada psikologi dan kesihatan mental. 5.1 Masalah Kesihatan Fizikal

    Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan

    seperti seperti serangan pelbagai penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian awal. ·

    Masalah serangan penyakit jantung koronari · Penyakit darah tinggi/hipertensi · Paras

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    6/29

    kolesterol yang tinggi · Penyakit kencing manis/ Diabetes Mellitus · Masalah pernafasan (

    asma) serta masalah tidur (sleep apnea syndrome) · Komplikasi sendi dan tulang seperti

    osteoarthritis, gout dan kesakitan tulang pinggul · Bertambah gemuk apabila semakin dewasa

    · Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder) 5.2 Kesihatan Mental dan Psikologi

    Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit "gila" atau

    masalah otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan

    berlebihan atau obesiti hasil interaksi sosial. Obesiti kalangan kanak-kanak khususnya berusia

    bawah tujuh tahun mungkin kelihatan comel. Namun apabila mereka mula memasuki alam

    persekolahan, ia boleh memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan sosial mereka apabila

    diejek rakan sekelas. Malah anak juga mungkin kurang ceria dan tidak bersemangat mengikuti

    pelbagai aktiviti di sekolah lantaran selalu diejek. Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang kanak-

    kanak yang "besar" badannya bersekolah, pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek. Ini

    mungkin akan meninggalkan kesan psikologi kepada kanak-kanak tersebut, menyebabkan tahap

    keyakinan dirinya semakin rendah. Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga

    mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan

    hidup individu yang berbadan besar.

    6.0 Langkah-langkah pengurusan berat badan Lebih 155 juta kanak-kanak sekolah mengalami

    masalah berlebihan berat badan dan mereka ini diramalkan generasi pertama yang mempunyai

     jangka hayat yang lebih pendek berbanding ibu bapa mereka. Ianya jelas menunjukkan suatu

    tindakan yang komprehensif perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. (IASO,2009).Anak-anak

    adalah tanggungjawab ibu bapa, bukan pihak ketiga seperti guru, pengasuh, mahupun orang gaji.

    Oleh yang demikian ibu bapa yang betul-betul sayangkan anak mereka, mestilah mengambil berat

    dan mengawal berat badan anak-anak bagi mencegah obesiti. Menyedari peningkatan masalah

    berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia, Lembaga Promosi Kesihatan

    Malaysia (MySihat) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pelbagai

    organisasi berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan obesiti melalui

    pengupayaan pertubuhan-pertubuhan.

    6.1 Peranan Ibu bapa Penjagaan pemakanan anak-anak patut dimulakan sejak bayi.

    Penyelidikan telah menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi

    yang mempunyai berat badan berlebihan. Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi

    pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi

    kesan pada berat bayi. Ibu bapa juga sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka

    dalam memupuk cara pemakanan yang sihat. Kanak-kanak patut didedah kepada cara pemakanan

    serta gaya hidup yang sihat sejak usia muda.

    § Amalan Makan Secara Sihat a) Pastikan anak-anak mengambil sarapan setiap pagi.

    Kanak-kanak yang tidak bersarapan ibarat meneruskan puasa sepanjang malam dan tidak

    mendapat zat makanan diperlukan untuk memulakan aktiviti harian.

    b) Jangan makan terlalu banyak waktu malam. Ini kerana kita sering berehat bersama

    keluarga selepas itu dan tidak melakukan aktiviti lasak menyebabkan badan tidak berpeluang

    menggunakan kalori yang dihasilkan daripada pencernaan makanan itu.

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    7/29

    c) Pastikan makanan seimbang daripada pelbagai jenis dan sumber. Penjagaan pemakanan

    tidak bermaksud mengehadkan pemakanan kanak-kanak. Makanan berkhasiat diperlukan untuk

    meningkatkan keupayaan fizikal dan mental mereka untuk belajar (seperti membina kemahiran

    bertutur dan menguatkan daya ingatan).

    d) Jangan kerana sayangkan anak, segala pilihan makanan diserahkan kepada mereka.

    Jangan takut untuk berkata “tidak”. Mungkin perasaan kasihan timbul dalam diri tetapi percayalah

    ia akan menjadi kebiasaan. Lambat laun mereka akan faham dengan keadaan tersebut.

    e) Tanya anak setiap hari apa yang mereka makan di sekolah. Jika makanan ringan ada

    dalam senarai mereka, pujuk dan gunakan pendekatan psikologi dengan mengatakan ia tidak sihat

    untuk badan.

    f) Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa

    dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan

    makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan.

    g) Pujian akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses

    pengurangan berat badan. Oleh itu, seringlah memuji mereka.

    h) Ubah sedikit demi sedikit menu makanan harian di rumah. Pastikan makanan yang dipilih

    berserat tinggi dan kandungan lemaknya rendah Jangan sesekali anda mengasingkan menu anak

    yang obes. Pastikan menu yang dimakan adalah sama dengan ahli keluarga yang lain sebagai tanda

    sokongan dan mengelakkan mereka rasa disisihkan § Tingkatkan Aktiviti Fizikal Di zaman cyber dan

    teknologi canggih ini, amatlah penting untuk ‘mengerah’ anak anak untuk keluar rumah dan

    melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah seperti bersukan, bermain dengan jiran

    dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari. Kawal

    masa untuk PS3, wii dan telefon bimbit. Kawal waktu dan penggunaan alat permainan elektronik

    dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak sikap malas. Pastikan seluruh keluarga

    menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari. Ia bukan sahaja menyihatkan malah mereka

    pasti gembira melakukannya bersama-sama Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum di

    sekolah. Selain itu, hadkan aktiviti sedentari dengan:   Hadkan aktiviti sedentari kepada 2 jam

    dalam sehari. Contohnya menggunakan komputer, menonton televisyen, duduk atau berbaring

    kecuali waktu tidur.  Selalu mencuba untuk melakukan aktiviti mudah seperti regangan, bangun

    tubi semasa menonton televisyen atau menggunakan komputer. Peningkatan aktiviti fizikal adalah

    penting bagi mencegah peningkatan berat badan dan obesiti.

    Sumber : Modul Pencegahan Obesiti (2011)

    6.2 Peranan Agensi Kerajaan dan Sekolah Kementerian kesihatan dan Kementerian

    Pelajaran telah mengambil langkah untuk menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin

    Sekolah Sihat yang meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama dan minuman

    bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah. Usaha ini dianggap sebagai langkah untuk

    menggalakkan pemakanan berkhasiat dalam kalangan pelajar. . Selain daripada minuman

    berkarbonat, makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok yang mengandungi garam yang tinggi,

    gula-gula serta makanan ringan yang kurang sihat juga patut dilarang dijual dalam kawasan

    sekolah. Selain itu, minuman jus atau minuman isotonik mungkin dianggap sebagai pilihan yang

    lebih sihat, tetapi produk tersebut juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. Minuman tersebut

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    8/29

     juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah. Selain di dalam kawasan sekolah, kawasan di luar

    sekolah juga patut dipantau bagi mengelakkan wujudnya penjaja yang menjual makanan ringan

    yang tidak berkhasiat seperti ais krim. Kebanyakan penjaja ini merupakan penjaja yang tidak

    berlesen yang mempunyai cara penyimpanan makanan yang baik. Garis panduan yang disediakan

    itu juga perlu merangkumi juga buffer zone, iaitu kawasan luar sekolah dalam jarak yang tertentu

    dilarang menjual berkhasiat. Pihak sekolah juga patut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi

    memantau penjual makanan ringan tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan

    Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid dapat menikmati manfaat bersukan bagi melahirkan insan

    yang sihat dan cergas. Justeru, pelbagai aktiviti sukan telah diperkenalkan bagi menarik minat

    murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar

    Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan dimulakan

    di peringkat sekolah. Laporan oleh Unites States Health and Human Service (2001)

    menyatakan bahawa sekolah adalah lokasi utama strategi pencegahan dan penurunan kewujudan

    sindrom kegemukan dan obesiti di kalangan pelajar. Sekolah menyediakan pelbagai peluang untuk

    pelajar melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat / baik serta

    mengukuhkan kefahaman berkaitan diet sihat dan faedah aktiviti fizikal. Guru sebagai role model

    disarankan untuk meningkatkan kesedaran diri mengenai kepentingan nutrisi yang baik dan sihat

    serta gaya hidup yang aktif demi kesejahteraan hidup; bersama ibu bapa dan masyarakat untuk

    menekankan kepentingan program dan polisi aktiviti fizikal dan nutrisi yang dikendalikan oleh

    pihak sekolah; menekankan kepentingan penerimaan saiz badan dan amalan kawalan berat badan

    yang tidak sihat dan meningkatkan sensitiviti guru untuk menangani masalah yang

    dihadapi oleh pelajar gemuk. Guru sebagai role model perlu menampilkan diri sebagai

    individu yang mempunyai bentuk badan yang ideal di kaca mata pelajar dan mampu

    mempengaruhi serta mengubah sikap di samping memotivasikan pelajar ke arah yang lebih positif.

    Ke arah itu, guru perlu mengamalkan diet yang seimbang dan penglibatan dalam aktiviti fizikal yang

    baik supaya imej diri mereka dapat diperbaiki dan dikekalkan dan mampu berfungsi dengan

    lebih baik.

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    9/29

    ARTIKEL 2

    LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI 

    Apakah tindakan wajar yang patut diambil untuk membendung obesiti daripada terus menular dalam

    kalangan kanak-kanak? Disini terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini.

    PEMAKANAN YANG SEIMBANG

    Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan

    pemakanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat

    mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan

    makanan, misalnya vitami, protei, lemak dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan,

    sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh

    badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula.

    Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan

    makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana

    susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam

    minuman dan kuih-muih. Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat,

    mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan

     jadual makan. Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak yang mengambil minuman

    ini berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para pengkaji dari Amerika Syarikat yang diterbitkan

    oleh The British Medikal Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangkan minuman bersoda

    dan jeruk yang berisiko mengganggu kesihatan. Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak jugadisebabkan oleh punca lain. Misalnya tabiat menonton televisyen yang terlalu lama. Rancangan yang

    menarik seperti kartun dan telenovela membuatkan kanak-kanak mengurangkan aktiviti di luar rumah.

    Keadaan demikian mendorong tubuh kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk.

    MAKANAN YANG SESUAI

    Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Hal demikian kerana diet pemakanan yang sihat

    sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan

    lebih baik. Tentu ramai dalam kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapantelevisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktivitri separti ini

    sebenarnya tidak bagus untuk tubuh anda. Aktiviti ini dopanggil sebagai aktiviti statik kerana hanya

    duduk dan tidak sedikitpun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin

    boleh mendatangkan kegemukan. Juteru, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda

    boleh melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan,

    mengemas rumah atau mencuci kereta pada waktu lapang dan aktiviti lain yang dirasakan sesuai dengan

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    10/29

    keupayaan anda. Oleh itu, dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot

    kita menjadi kuat.

    AMALAN SENAMAN YANG EFEKTIF

    Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau

    ad penyakit tentu ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti

    anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap

    haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya

    amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali.

    Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

    Kenapa perlu bersenam? Anda tahu atau tidak mengapa kita perlu bersenam? Disini terdapat banyak

    faedah. Antaranya adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga akan terhindar daripada pelbagai

    penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan kelembutan

    (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam

    dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah pengerasan arteri serta menurunkan

    tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar. Bersenam juga dapat

    menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Hal demikian dapat membantu mencegah atau

    memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh

    yang boleh menyebabkan patah pinggan atau kecederaan yang lain.

    MENGUBAH TABIAT

    Seseorang obesity perlu mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan seperti

    tekanan perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya.seseoarang itu perlu mengelakkan

    perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak di pengaruhi dengan perkara-perkara yang

    menyebabkan kegemukan.pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan

    kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa menonton televisyen dan

    sebagainya.selain itu,pesakit hanya perlu menimbang berat badan mereka sekali seminggu untuk

    melihat perubahan yang berlaku.hal demikian kerana apabila mereka mengetahui berlaku sedikit

    perubahan ke atas diri sendiri ,mereka akan lebih yakin untuk meneruskan matlamat untukmenguruskan berat badan.mereka juga perlu memantau jumlah dan jenis pemakanan dan minuman

    yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan.hal ini

    kerana jika perkara tersebut tidak dititikberatkan minda akan lebih cenderung untuk tidak mematuhi

    pemakanan yang seimbang.mereka juga memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga dan kawan

    kerana golongan tersebut dapat menberi semangat untuk lebih yakin dengan berat badan mereka.

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    11/29

     

    UBAT-UBATAN

    Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga sepuluh peratus berat

    badan.terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu lipase inhibator.sejenis ubat untuk menhaklang enzim

    lipase didalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke

    dalam tubuh.bagaimanapun,ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan

    memasuki system penghadaman makanan.selain itu,terdapat juga ubat untuk mengekalkan paras

    hormone adrenalin dan serotonin.dengan memakan ubat ini,ia akan mengawal fingsi selera makan

    dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang.kesan sampingannya ialah

    hipertensi,sukar tidur,jantung berdebar,panas dan sebagainya.ubat ini tidak digalakkan makan selalu

    kerana mengundang kesan sampingan .ubat yang ketiga adalah ubat kencing manis.ia boleh bertindak

    terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitivity sel terhadap hormone insulin.ubat yang keempat

    merupakan ubat antikemurungan.walaupaun ia boleh menurunkan berat badan ,ia tidak digunakan

    untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.penggunaan ubat-

    ubatan juga tidak digalakkan keran akan membahayakan kesihatan.di samping itu,individu juga boleh

    mengambil produk herba seperti yang kita semua tahu iaitu Jus mate 5.produk tersebut dapat

    membantu golongan yang mengalami masalah obesity.terbukti perubatan Dr. Rozmey membawa

    kepada kejayaan kerana ramai yang menggunakan produk ini telah Berjaya mengurangkan berat badan

    mereka.oleh itu .individu yang mengalami obesity disarankan mendapatkan khidmat nasihat pakar

    pediatric,pakar pemakanan atau pakar diet adalah satu keadaan yang kompleks.nasihat pakar penting

    bagi mengelak penggunaan teknik-teknik diet yang mungkin memberi kesan buruk.

    KESIMPULAN

    Obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan

    mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang terlibat

    perlu mengambil langkah – langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka

    kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing –masing.

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    12/29

    ARTIKEL 3

    OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

    1. Pendahuluan

    Peningkatan kadar kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes di

    kebanyakan Negara maju dan membangun sangat membimbangkan. Ini adalah disebabkan oleh cara

    hidup yang diamalkan terutama dari segi pemakanan serta kurang melakukan aktiviti seperti bersenam

    atau bersukan.Menurut statistic Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan,15.1 peratus rakyat

    Malaysia mengalami masalah obesiti. Keadaan ini telah meletakkan Malaysia pada kedudukan nombor

    enam di Asia mengalahkan beberapa buah Negara Asia Barat. Selain itu, juga dilaporkan bahawa hampir

    setengah juta remaja berumur 18 tahun ke bawah mengalami masalah obesiti. Masalah obesity bukan

    sahaja berlaku di Negara kita ,malah boleh dikatakan kebanyakan Negara di dunia mengalaminya.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2012, menganggarkan lebih kurang 22 juta kanak-

    kanak di seluruh dunia mengalami masalah berat badan dan ini bermakna masalah obesiti di kalangan

    kanak kanak telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Kelaziman yang

    telah meningkat pada kadar yang membimbangkan.Di peringkat global,pada tahun 2013, bilangan

    kanak-kanak berlebihan berat badan di bawah usia lima tahun dianggarkan lebih 42 juta.

    Obesiti selalunya dikaitkan dengan kegemukan akibat makan terlalu banyak Obesiti merupakan

    pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Ia akan menjadi satu penyakit apabila

    tisu-tisu lemak menjadi terlalu banyak. Obesiti jika tidak di kawal boleh mengakibatkan kecederaan

    organ-organ dalam badan seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti

    penyakit jantung ,tekanan darah tinggi dan diabetes. Orang yang mengalami masalah obesiti tidak dapat

    menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang berat akan membataskan pergerakan

    mereka.

    Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti lazimnya akan mengalami berat badan apabiladewasa kelak. Kenapa obesiti berlaku pada kanak-kanak? Ia adalah kerana perubahan cara

    hidup,kurang melakukan aktiviti fizikal serta perubahan dalam tabiat pemakanan.

    Isu obesiti di kalangan pelajar bukan sahaja hangat dibincangkan di dalam media tetapi juga menerusi

    Pendidikan Kesihatan yang diajar di sekolah.Sehubungan itu, Ewles dan Simnet (1986) juga menyatakan

    bahawa pendidikan yang diusahakan seringkali bertujuan untuk mencapai satu atau lebih matlamat

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    13/29

    kesihatan. Pendidikan Kesihatan mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu peka atau sedar

    terhadap kesihatan,menyampaikan pengetahuan,menimbulkan kesedaran diri,mengubah

    sikap,membuat keputusan,mengubah tingkahlaku dan mengubah status social. Dengan adanya

    matlamat-matlamat ini diharapkan agar masalah obesity yang berlaku di kalangan pelajar atau kanak-

    kanak di seluruh dunia dapat di atasi.

    2. ULASAN DARI LIMA ARTIKEL.

    Berdasarkan penelitian yang dibuat terhadap lima artikel yang telah dibaca mendapati masalah obesity

    di kalangan kanak-kanak dan remaja sangat membimbangkan kerana jumlahnya semakin meningkat dari

    tahun ke tahun. Data yang diperolehi daripada CDC (Centers for Disease Control and Prevention)

    mendapati 17% peratus kanak-kanak dan remaja berumur antara 2 hingga 19 tahun di Amerika Syarikat

    adalah obes ,berbanding dengan data yang diperolehi dari NHANES (National Health and Nutrition

    Examination Survey) yang telah dijalankan antara tahun 1976-1980 dan 2007 – 2008 menunjukkan

    perubahan dari 6.5 % kepada 19% di kalangan kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun,manakala yang

    berumur 12 hinnga 19 tahun peningkatan jumlah obes adalah dari 5.0 % kepada 19.6%.

    Dalam satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Youfa Wang dan Barry M Popkin [1] dan Carlos

    Monteiro[2](2000),mendapati peningkatan berat badan kalangan orang dewasa dan kanak-kanak

    kebanyakkannya berlaku Negara-negara yang sedang membangun dan Negara-negara berpendapatan

    tinggi.

    Obesiti mempunyai etiologi kompleks yang berkaitan dengan kedua-dua genetik dan faktor

    persekitaran,di mana berlakunya ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga dan tenaga yang

    digunakan.Obesiti di kalangan pelajar atau kanak-kanak mungkin dapat dihindari dengan adanya

    kesedaran terhadap kesihatan di kalangan ibu bapa serta masyarakat sekeliling. Semua pihak perlu peka

    terhadap masalah ini dan mengambil tindakan yang wajar untuk menanganinya. Menurut Nyberg et

    aI(2011) punca obesity dalam kalangan kanak-kanak adalah pelbagai seperti tabiat makan yang tidak

    sihat,kurang aktiviti fizikal dan gaya hidup sedentari. Beliau juga telah mengenal pasti bahawa

    pengetahuan, sikap, kegemaran, cara penjagaan dan pengawalan, teladan ,kesediaan dan kecekapan ibu

    bapa untuk berubah merupakan faktor-faktor yang boleh diubah demi mempengaruhi tabiat makan dan

    aktiviti fizikal dan seterusnya perkembangan berat badan anak-anak mereka.

    2.1 FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG OBESITI

    A.Cara Hidup

    Kanak-kanak dan remaja masa kini kurang melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan banyak pergerakan

    anggota badan seperti berlari,melompat dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan dapatan hasil kajian

    yang dinyatakan dalam kelima-lima artikel .Menonton television dan bermain permainan komputer

    menyebabkan kanak-kanak lebih selesa duduk di rumah.Ini menyebabkan mereka kurang atau tidak

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    14/29

    melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan. Pengurangan tahap aktiviti fizikal menyumbang kepada

    pengurangan penggunaan tenaga yang turut mempengaruhi kadar rehat metabolism. Ketidak

    seimbangan ini mengakibatkan pengumpulan lemak berlebihan dalam badan.

    Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Wang et.al(2000)mendapati

     jumlah kanak-kanak dan remaja yang mengalami berat badan berlebihan di

    kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar

    B. Pemakanan .

    Pemakanan merupakan faktor kedua menyumbang kepada masalah obesiti. Hill &

    Trowbridge(1998);Kiess et al(2001)menyatakan bahawa tabiat makan dan corak aktiviti fizikal kanak-

    kanak dipengaruhi oleh amalan ibu bapa dan persekitaran keluarga.Makanan segera atau makanan

    sejuk beku segera begitu sinonim dengan kehidupan masa kini atau kehidupan moden yang dikatakan

    banyak membantu meringankan tugas wanita yang bergelar ibu terutama mereka yang bekerja.

    Mungkin ramai yang tidak menyedari kebanyakan makanan segera adalah penyumbang kepada kalori

    yang tinggi dalam diet seharian mereka.Selain itu,produk tenusu seperti susu segar, keju atau dadih

    yang memang sinonim dengan protein,kalsium dan vitamin B juga mengandungi lemak. Justeru,kita

    disyorkan untuk mengambil susu rendah lemak.

    C. Genetik.

    [3]Kanak-kanak lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan jika ibu dan bapa juga berhadapan

    dengan masalah obesity.Jika seorang ibu atau bapa mengalami berat badan berlebihan,kebarangkalian

    anak mereka juga akan mengalami masalah yang sama 50 %. Jika kedua ibu bapa berhadapan dengan

    masalah obesity,kemungkinan sebanyak 80% anak mereka juga menjadi individu yang memiliki berat

    badan berlebihan.

    D.Persekitaran.

    Persekitaran juga dilihat mampu mempengaruhi kanak-kanak untuk menjadi gemuk. Sebagai contoh,

    kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang menganggap gemuk sebagai symbol keindahan

    atau kemakmuran,maka kanak-kanak tersebut akan cenderung untuk untuk menjadi gemuk dan tidak

    akan mengalami masalah psikologi selagi tiada pengaruh dari luar terhadap kepercayaan itu. Selain itu,

    kanak-kanak yang tidak mempunyai adik-beradik juga berisiko untuk menjadi obes ini kerana kurangmelakukan aktiviti fizikal atau bermain dan gaya hidup sedentary seperti menonton televisyen dalam

     jangka masa yang panjang.

    2.2 KESAN ATAU KOMPLIKASI OBESITI

    Obesiti atau kegemukan jika tidak dikawal akan menimbulkan banyak masalah kesihatan pada

    seseorang individu. Kanak-kanak obes berhadapan dengan risiko menghidap penyakit tinggi

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    15/29

    kolesterol,diabetes jenis 2,penyakit jantung,masalah tulang dan sendi. Selain itu, kanak-kanak obes

     juga[4] berisiko tinggi terhadap stigmatisme social yang menyebabkan perkembangan akademik dan

    social yang lemah.Menurut jurnal nutrisi(2010) bagi kanak-kanak perempuan yang obes,mereka akan

    mengalami tahap kematangan lebih awal akibat berlakunya perubahan hormone dengan cepat di mana

    mereka akan datang haid lebih cepat daripada kanak-kanak biasa. Selain itu,kanak-kanak yang obes juga

    berkemungkinan mempunyai IQ yang rendah berbanding dengan kanak-kanak normal.

    2.3.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI.

    Bagi mengatasi masalah ini, ibubapa,guru-guru dan semua pihak perlu sama-sama berganding bahu

    untuk cari jalan penyelesaian kerana obesiti merupakan satu perkara serius yang harus ditangani

    dengan segera. Guru-guru menyampaikan ilmu pengetahuan di sekolah melalui pendidikan

    kesihatan,ibubapa pula berperanan sebagai model untuk kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengubah sikap

    terlebih dahulu dengan mengubah cara pemakanan iaitu mengamalkan tabiat pemakanan yang

    seimbang dan menghindari makanan yang berisiko menyebabkan penyakit. Makanan berkhasiat

    diperlukan untuk untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental kanak-kanak untuk belajar. Amalan

    pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan bercirikan bijirin penuh serat,jenis

    protein yang betul,sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serta dan antioksidan yang tinggi

    serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

    Jika di sekolah guru-guru pendidikan jasmani akan membawa kanak-kanak untuk bersenam dan

    bermain di padang, di rumah pula ibubapa perlu luangkan masa untuk membawa anak-anak mereka

    keluar untuk beriadah secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan anak-

    anak. Masyarakat setempat juga perlu peka dengan masalah obesity dan mengambil inisiatif untuk

    sama-sama mengatasinya seperti menganjurkan ceramah-ceramah,kempen hidup sihat, mengadakan

    karnival sukan atau larian . Ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah ahli-ahli masyarakat sedar akan

    kepentingan menjaga kesihatan diri dan mampu mengubah sikap kepada yang lebih positif dengan

    menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan atau budaya di kalangan mereka. Selain itu, saringan

    BMI Berasaskan Penilaian Sekolah merupakan salah satu strategi yang digunakan dalam menyediakan

    maklumat berkenaan pemeriksaan dan pengawasan untuk mengurangkan obesity dan berat badan

    berlebihan di kalangan kanak-kanak dan remaja.

    Selain itu, pihak sekolah juga perlu membuat pemantauan terhadap penjualan makanan ringan

    sama ada di koperasi sekolah,di kantin atau di kawasan luar sekolah. Di sekolah melalui mata pelajaran

    PJPK, murid-murid akan diajar mengenai kesihatan diri dan keluarga,gaya hidup sihat yang berkaitan

    dengan amalan pemakanan yang sihat dan tidak sihat.Pengetahuan yang diperolehi melalui mata

    pelajaran PJPK di sekolah sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan

    seterusnya cuba mengubah tingkah laku atau tabiat pemakanan serta gaya hidup seharian mereka.

    Penggunaan media bercetak pendidikan yang digunakan dalam satu kajian oleh Ruzita Abd Talib

    et al(2013) telah mendapat penerimaan positif dari subjek sasaran (kanak-kanak) di mana mereka

    menyukai buku panduan kecil berwarna warni dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap

    pengetahuan mereka berkenaan pemakanan yang betul.

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    16/29

    5.RUMUSAN

    Obesiti atau berlebihan berat badan merupakan satu masalah yang serius kerana ia oleh menyebabkan

    pelbagai penyakit seperti kardiovaskular, kencing manis,darah tinggi dan sebagainya.Golongan obes

    selalunya individu yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali ganda berbanding berat

    badan ideal. Berdasarkan bacaan dari lima artikel, saya mendapati semua menyatakan pemakanan,persekitaran ,genetic dan cara hidup merupakan factor yang menyumbang kepada obesity pada

    kalangan kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia. Kefahaman berkenaan trend obesity kanak-kanak

    adalah penting kerana ia mempunyai banyak kesan buruk terhadap kesihatan kanak –kanak atau orang

    dewasa. Sepanjang abad lalu, banyak penyelidikan berkenaan nutirisi telah dibuat dengan memberi

    tumpuan kepada kemiskinan dan kurang pemakanan terutama di Negara-negara membangun.

    Pemakanan merupakan punca utama kepada masalah ini. Ibu bapa, guru-guru ,pengusaha kantin

    sekolah dan masyarakat setempat seharusnya peka terhadap masalah ini yang mana ia berkait rapat

    dengan masalah kesihatan kanak-kanak atau pelajar sekolah. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu

    diberi perhatian dari peringkat awal lagi. Ibubapa tidak boleh lepas tangan dalam hal ini dengan

    meletakkan tanggungjawab mengawasi pemakanan anak-anak kepada guru semata-mata. Mereka

    sepatutnya bertanya pada anak mereka berkenaan makanan yang di makan semasa berada di kantin

    sekolah. Ibubapa perlu memantau pemakanan anak-anak dan menggalakkan mereka untuk melakukan

    aktiviti fizikal ,bersukan atau bermain. Ibu bapa yang gemuk mempunyai risiko tinggi untuk mendapat

    anak gemuk kerana mereka mengalami factor persekitaran dan factor genetic yang sama. Faktor genetic

    tidak boleh diubah.oleh itu, kita perlu perlu memberi tumpuan kepada factor persekitaran untuk

    mencegah obesity. Dalam satu kajian lain yang dijalankan di Mexico, kanak-kanak yang tinggal di

    kawasan Bandar menghabiskan sejumlah besar masa dengan menonton televisyen atau menonton

    video sambil makan makanan ringan .Disamping itu, siaran TV termasuk promosi pengiklanan komersial

    boleh mempengaruhi pengambilan tenaga melalui penggunaan makanan ringan.

    Guru Pendidikan Kesihatan perlu menggunakan pendekatan atau kaedah yang sesuai dalam

    menyampaikan ilmu agar dapat menimbulkan kesedaran akan perlunya menjaga kesihatan dengan cara

    mengawal pemakanan .

    Selain itu, dorongan dan galakkan perlu diberikan kepada murid-murid untuk membuat pilihan atau

    keputusan agar mereka dapat menentukan apa yang terbaik untuk mencapai tahap kesihatan yang

    baik.

    Kesedaran diri yang timbul dari pengetahuan yang diterima seharusnya disusuli dengan perubahan

    sikap pada diri seseorang itu.Sebagai contoh, untuk menangani masalah obesiti, seseorang perlumengawal pemakanan serta mengambil makanan yang seimbang seperti yang disyorkan dalam pyramid

    makanan disamping melakukan senaman atau aktivit fizikal secara teratur dan berdisiplin. Selain

    itu,kanak-kanak perlu mengekalkan berat sepanjang tumbesaran kerana ini boleh memperbaiki semula

    kesihatan mereka. Pernyataan ini sesuai dengan pernyataan yang disebut oleh Nyberg et al(2011)

    bahawa pengetahuan,sikap,kegemaran penjagaan dan pengawalan,teladan, kesediaan dan kecekapan

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    17/29

    ibu bapa untuk berubah merupakan factor-faktor yang boleh diubah demi mempengaruhi tabiat makan

    dan aktiviti fizikal dan seterusnya perkembangan berat badan anak-anak mereka.

    Penggunaan buku panduan kesihatan juga dapat membantu memberi kesedaran kepada kanak-

    kanak tentang pentingnya mengambil makanan dengan cara yang betul.Ia juga sesuai untuk digunakan

    dalam program pendidikan dan promosi pemakanan yang mensasarkan obesity kanak-kanak.

    Kanak-kanak merupakan asset Negara yang sangat bernilai kerana mereka adalah generasi

    pelapis yang akan menerajui Negara kita di masa hadapan.Oleh itu, dengan adanya Pendidikan

    Kesihatan dan Pendidkan Jasmani di sekolah-sekolah maka guru-guru dapat mencapai matlamat

    masyarakat sihat bukan sahaja di kalangan murrid-murid sekolah ,bahkan ibubapa serta masyarakat

    setempat melalui penyebaran ilmu. Apa yang penting ialah setiap ahli dalam sesebuah masyarakat

    harus bertindak dan berazam untuk sama-sama mengubah cara hidup agar dapat dicontohi oleh anak-

    anak jika mahu terus menikmati hidup yang selesa hasil dari kesihatan yang berpanjangan.

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    18/29

    ARTIKEL 4

    NASI LEMAK = OBESITI??

    ISU obesiti di kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan hingga menu tradisi di kantin

    sekolah iaitu nasi lemak turut menerima tempiasnya.

    Maka timbul persoalan, di manakah silapnya dan apakah yang akan terjadi jika masalah obesiti

    atau kegemukan ini dibiarkan berlarutan? Berdasarkan statistik, sebanyak 73.8 peratus pelajar

    mempunyai pengetahuan mengenai pemakanan seimbang namun hanya 11.2 peratus yang

    mengamalkannya. Maka banyak pihak menuding jari ke pihak sekolah kerana tidak memantau

    makanan yang dijual di kantin sekolah. Ada pihak menyatakan kantin sekolah menjual nasi

    lemak serta makanan yang tidak berkhasiat lain sebagai pelajar menghadapi masalah obesiti.

    Isu murid-murid obesiti ini tidak harus mempersalahkan penjual nasi lemak, penjual jajan dan

    kantin sekolah semata-mata. Banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah

    obesiti ini. Namun yang demikian masalah obesity dikalangan murid-murid sekolah sering

    dikaitkan dengan nasi lemak sehingga penjual nasi lemak ditarik lesen penjualan. Namun adabanyak pihak yang membangkang pendapat mengatakan nasi lemak punca kepada masalah

    obesiti. Sekarang kementerian telah menetapkan 15 makanan yang dilarang di kantin sekolah.

    Dan yang pasti bahawa nasi lemak tidak tergolong daripada menu yang dilarang tersebut.

    Budaya pemakanan yang tidak sihat sememangnya pendorong kepada masalah obesiti.

    Berdasarkan 15 jenis makanan termasuk minuman yang dilarang dikantin sekolah

    Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan sebanyak 30 peratus rakyat

    akan mengalami obesiti pada tahun ini. Ketua Pegawai LPKM, Dr. Yahya Saba

    menyatakan bahawa angka itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahuntahun

    sebelum ini, dan jika tahap kesedaran mengenainya tidak diberi perhatian secara serius,peratusannya mungkin bertambah. Statistik menunjukkan obesiti dalam kalangan orang dewasa

    negara ini meningkat mend adak dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006 dan senario ini

    membimbangkan pelbagai pihak.(Fokus SPM ,2011)

    Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan

    pengambilan nasi lemak di kantin sekolah semata-mata. Obesiti disebabkan oleh pelbagai

    punca dan amat tidak wajar menuding ,jari kepada satu-satu jenis makanan yang

    menyumbang kepada masalah tersebut. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad

    Zarkashi, pengambilan makanan segera seperti piza, burger dan sebagainya di luar sesi

    persekolahan dan di rumah turut menjadi punca kegemukan . Selain makanan segera, ada

     juga kalangan murid yang membeli makanan ringan di luar pagar sekolah yang

    sememangnya tidak membawa sebarang khasiat. Secara umum, obesiti membabitkan

    pengambilan makanan berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Aspek pemakanan

    kanak-kanak perlu diberi perhatian sejak mereka dalam kandungan lagi. Kajian mendapati

    pertambahan berat badan ketika ibu mengandung juga merupakan satu daripada faktor

    penyebab obesiti kanak-kanak.

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    19/29

    Perkembangan teknologi pada masa ini turut mempengaruhi kecenderungan kanak-kanak

    mengisi masa yang ada. Hal ini menyebabkan mereka lebih gemar melakukan aktiviti di

    dalam rumah yang mengehadkan pergerakan mereka seperti menonton televisyen dan bermain

    komputer selain permainan elektronik. Perubahan persekitaran sosial termasuk kesibukan ibu

    bapa bekerja yang tidak memantau pemakanan anak-anak menyebabkan anak-anak

    mengalami masalah obesiti dan kesihatan. Kita juga harus melihat perspektif yang lebih luastermasuk industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran pemasaran dengan

    menampilkan label makanan yang menarik di samping menawarkan pelbagai hadiah iringan.

    Pengaruh iklan terhadap kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak negara telah

    mengharamkan kempen atau pengiklanan makanan yang kurang berkhasiat.

    Selain itu pemakanan, obesiti turut dikaitkan dengan faktor genetik. Buktinya, ada individu yang

    mengadu bahawa mereka mengalami masalah kegemukan walaupun mengawal tabiat

    pemakanan. Secara tuntas, satu pendekatan yang menyeluruh perlulah diambil untuk

    menangani masalah tersebut. Kita khuatir jika langkah segera tidak diambil, generasi akan

    datang berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.

    ARTIKEL 5

    1.0 PENDAHULUAN DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN.

    1.1 Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluanpertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang

    mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:-  

    i. Kesihatan Diri dan Keluarga 

    ii. Gaya Hidup Sihat 

    iii. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. 

    1.2 Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui

    tunjang yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran danpengalaman Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapatmengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik

    supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitarandan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yangkondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkanpotensi individu ke tahap optimum. ( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 ) 

    1.3 Wikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan suatu

    proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secaramendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu,

    keluarga dan komuniti. 

    1.4 Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu tahapatau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurnadari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakitatau tidak upaya. Definisi ini melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan, iaitu aspek

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    20/29

    negatif (penyakit tidak sihat, cedera, cacat, tidak upaya atau lemah ), dan aspek positif(kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial). 

    1.5 Perkataan “kesihatan” dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris lamauntuk perkataan heal (hael) yang bermaksud keseluruhan (whole) . Ia merujuk kepadakesihatan yang menyeluruh, iaitu berkaitan individu secara keseluruhan termasuklah

    integriti, sihat atau kesejahteraan. 1.6 Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain.Kesihatan holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi tersebut. Dimensi kesihatan bagi individu adalah seperti kesihatan fizikal,mental, emosi, sosial, rohaniah dan seksual. 

    1.7 Matlamat Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkanpengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan

    gaya hidup sihat. ( wikipedia.org). Objektif pendidikan kesihatan dirancang dan digubalagar murid-murid boleh mencapai perkara-perkara seperti berikut : 

    a. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat danpersekitaran. 

    b. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitandengan kesihatan. 

    c. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan danpengalaman. 

    d. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian. 

    e. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secarakeseluruhan. ( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )

    1.8 .Objektifnya pula adalah untuk :

    a. Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid. b. Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat. 

    c. Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan. 

    d. Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan. 1.9 Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusiamelalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor;pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperolehpengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams(1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal danmatlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

    1.10 Similarly, Ewles dan Simnett (1999) menyenaraikan lima pendekatan yang

    berkaiatan iaitu 

    a. Pendekatan medis (preventif). Pendekatan ini dikonsepkan pada keberadaanpenyakit. Hal ini digunakan untuk mencegah penyakit dan kematian imunisasi. b. Pendekatan Perilaku. Pendekatan ini bertujuan untuk mendorong masyarakat agarmengamalkan perilaku sihat yang mendorong masyarakat bebas membuat pilihan

    tentang perubahan perilaku yang berkaitan penambahbaikan tahap kesihatan. 

    c. Pendekatan edukasis. Pendekatan ini mengutamakan proses belajar melalui dialogdan diskusi dengan mengintegrasikan kehidupan dengan model pendidikan. 

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    21/29

    d. Pendekatan perubahan sosial merupakan suatu pendekatan ini harus menjaminbahwa sihat lebih mudah dicapai dan memberikaan perhatian bahawa kesihatan adalah

    untuk semua. e. Pendekatan berpusat pada klien pula merupakan pendekatan berdasarkan hubunganseimbang antara pemudahcara dengan individu klien yang lebih mendorong klien

    membuat pilihan positif.

    2.0 DEFINISI OBESITI DAN PANDANGAN MENURUT EWELES DAN SIMNETT(1986). 

    2.1 Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan

    masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak didalam tubuh meningkat (Myers, 2004). 

    2.2 Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yangdigunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakandengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggidalam unit meter kuasa dua (m2 ). 

    Formula BMI ialah : Kurus Kurang 20.6 

    Normal 20.7 - 26.4 Gemuk 26.5 - 30.9 

    Obesiti 31.0 - 45.2 

    Bahaya Lebih 45.3 

    Jika kita ingin mengetahui berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri beratbadan yang ideal atau tidak, bolehlah menggunakan pengiraan BMI seperti berikut: 

    Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m): 

    BMI = berat(kg) 

    ------------------------------  

    tinggi(m) x tinggi(m) 2.3 Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi

    tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut meraka, dalammelaksanakan tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untukmencapai tujuan-tujuan berikut : 

    a. Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yangsedang dihadapinya. 

    b. Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segalasesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu ataumasyarakat itu. 

    c. Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar penerangan

    dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran ini, diharapkan orang yangmenerima atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah nasibnya. 

    d. Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebihpositif. Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan

    tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yangdididik itu tercapai. 

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    22/29

    3.0 FAKTA, KAJIAN DAN ANALISA BERKAITAN OBESITI DI KALANGANPELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA.

    3.1 Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular dikalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti

    merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulindan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan pendudukdewasa di Asia. 

    3.2 Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanakberumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur

    10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalahobesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun. 

    3.3 Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untukmenjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudanmasalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)  3.4 Standard Pengiraan Obesiti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan

    Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dankanak-kanak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satustandard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telahdilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards. 

    3.5 PETALING JAYA 17 April – Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiappelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu

    bapa. Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatanmasalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat. Menteri Kesihatan,

    Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporanpelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anakkerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes. Beliau

    bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen PanelPenasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013, di sini

    hari ini. Tambahnya, langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasadipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Aprillalu adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup lebih sihat.

    4.0 PUNCA-PUNCA OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA.

    4.1 Secara umumnya faktor- faktor yang menyebabkan obesity adalahseperti keturunan dan faktor genetik, tiada senaman yang mencukupi, nutrisi yang tidak

    seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak, hormon, pengambilan

    ubat/ rawatan dan jangkitan virus. 4.2 Melalui kajian antara faktor obesity di kalangan pelajar di Malaysia adalahseumpama: 

    a. Makan makanan rendah/bebas lemak. Pasti anda berasa pelik mengapa

    makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnyamenjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya

    kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    23/29

    membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makananyang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. 

    b. Tidur terlalu sedikit/banyak. Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yangtidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan

    meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan puncagemuk yang utama. c. Minuman bergas. Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tinminumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus.Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera

    makan seseorang. d. Mengelak waktu makan. Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17%

    rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untukkurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabilaanda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransangseseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan

    seterusnya adalah tinggi. e. Makan terlalu cepat. Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic

     Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akanmakan secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yangsecukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.  

    4.3 Minuman manis antara punca utama obisiti dikalangan pelajar di Malaysia. a. Baru-baru ini kecoh seketika akan pengharaman penjualan minuman bergas

    (berkarbonat) di sekolah-sekolah oleh Kerajaan Malaysia, meskipun pada hakikatnyaminuman bergas sudah lama tidak dijual di kantin-kantin di kebanyakan sekolah.  

    b. Sekali lagi di sini, mengapa mesti minuman karbonat dipersalahkan, sedangkan

    penjualan ‘minuman-minuman manis’ yang lain masih lagi dihalalkan? Apakah yangmembezakan komposisi nutrien minuman bergas dan minuman-minuman yang lain

    seperti milo ais, sirap bandung, atau teh tarik? 

    c. Berbeza dengan teh tarik yang mungkin sebahagian kecil nilai kalorinya hadirberpunca daripada sumber lemak dan protein, minuman ringan hanya mengandungigula ringkas semata-mata, dan kalori yang wujud dalam minuman ini juga datangdaripada gula semata-mata. Kebiasaannya minuman ringan tidak mengandungi protein

    dan lemak. Perumpamaan untuk komposisi minuman ringan adalah seperti berikut: Airkosong + Gula + Perisa + Karbonat = Minuman ringan/bergas.

    d. Lebih gula, lebihlah dahaganya. Ini kerana gula yang terkandung dalam

    minuman ringan adalah merupakan karbohidrat ringkas yang sudah diproses (refinedcarbs). Pengambilan karbohidrat ringkas seperti ini akan menggalakkan pembebasaninsulin dengar kadar yang banyak dan mendadak dari pankreas yang berfungsi untukmembawa gula ringkas tadi masuk ke dalam sel, lalu menukarkannya kepada glikogen

    di sana.

    e. Ini sekaligus akan membuatkan paras gula dalam darah jatuh secara

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    24/29

    mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan masih memerlukan ‘sumbermakanannya’ – ini mengakibatkan anda akan berasa lebih dahaga (tidak puas dengan

    apa yang diminum tadi). Akibatnya, sama ada anda akan menambah lagi minumanringan ini, atau menghabiskan terus sebotol yang dibeli. 

    f. Oleh kerana gula merupakan karbohidrat yang sudah diproses, maka badantidak akan mengambil masa yang lama untuk mencernakannya. Sifat gula yang

    mengandungi tinggi glycemix index (G.I) akan membuatkan ia cepat memasuki alirandarah dalam bentuk glukosa, dan dibawa ke serata sel dalam tubuh badan melaluidarah dengan bantuan hormon yang kita kenali sebagai insulin.

    g. Sel tidak memerlukan terlalu banyak glukosa untuk menjalankan fungsinya, lalu

    apakah yang akan berlaku jika ia menerima terlalu banyak glukosa? Glukosa yangberlebihan akan ditukarkan kepada glikogen dan disimpan sementara di dalam selsehinggalah ia akan digunakan kelak. Namun, persoalan seterusnya akan timbul,apakah yang akan berlaku jika paras glikogen di dalam sel menjadi terlalu tinggi?

    Glikogen tersebut akan dibawa dan disimpan didalam hati, dan HANYA akan digunapakai apabila badan berada pada fasa lapar, seperti puasa, dan bersukan berintensititinggi (kardio).

    5.0 KESAN-KESAN OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DIMALAYSIA.

    5.1 Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai

    penyakit contohnya seperti diabetis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistempernafasan, kegagalan system perkumuhan, kanser dan sebagainya. 5.2 Begitu juga dengan sindrom metabolik. Ia dipercayai berpunca daripadaberat

    badan yang berlebihan (obesiti), ukur lil it perut yang berlebihan (buncit),hipertensi, paras kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan peningkatan paras

    glukos dalam darah (diabetes atau prediabetes). 5.3 Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin CheKadir, lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik. 

    5.4 Tambah beliau lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jikamempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 smbagi lelaki. 

    5.5 Masalah obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh kerana disifatkansebagai ‘virus’ yang memberi tekanan emosi dan menimbulkan kegelisahan. 

    5.6 Apabila kegemukan dialami oleh seseorangpelajar , persepsi terhadap dirinya

     juga berubah, termasuk hilang daya tarikan, malah menjadi bahan cemuhan dikalangan rakan.

    6.0 CARA MENANGANI MASALAH OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DIMALAYSIA.

    6.1 Secara umumnya pihak sekolah telah mengalurkan beberapa langkah danantaranya adalah: 

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    25/29

    a. Pertama – Akui yang anda telah memungkiri janji dengan sendiri. Tetapi jangan

    salahkan diri anda. Ini bukan soal moral, hanya ianya tidak menjadi kalau anda tidak

    mengenalpasti atau mencari janji yang dimungkiri dan mengakuinya.b. Kedua – Kenalpasti impak kemungkiran tersebut ke atas kehidupan anda dan

    mengambil tanggungjawab ke atasnya (bukan menyalahkan masakan ibu).

    c. Ketiga – Perbaharui janji dan komited untuk mengotakannya.d. Keempat - Laksanakan. Just Do It (macam kata Nike) 

    6.2 Panduan semasa menyediakan makanan merupakan antara elemen penting

    dan berkesan. Panduan ini merangkumi aspek seperti: 

    a. Kikis dan buang lemak yang kelihatan pada bahan masakan 

    b. Kurangkan memasak menggunkan bahan berminyak. Gunakan cara kukus,bakar, rebus, panggang, tumis atau gunakan gelombang mikro. 

    c. Ubah suaikan resepi masakan dengan mengurangkan santan, susus, dagingdikurangkan dan ditambahkan kekacang untuk serat.Tambhkan bawang, rempah,

    herba, jus limau nipis, cuka atau perasa asli tanpa lemak. 

    d. Kikis dan buang air rebusan yang berlemak. e. Sayur dan buah penting untuk diet seimbang. Ia mempunyai rasa yang murnidan mempunyai kepelbagaian warna, rupa yang menarik. Jadikan ia sebagaisebahagian daripada menu harian yang juga merupakan sumber utamaf. Karbohidrat kompleks, Serat, Vitamin terutama A, C dan E dan juga sumbergaram mineral terutama kalium dan kalsium. Sama sekali tidak mengandungi kolestrol

    dan amat rendah kandungan Lemak, kalori dan Natrium. Kebaikan boleh menjadi snekyang mudah disediakan, menghilang dahaga dan lapar, merangsang serta melawaskansistem penghadaman, mencegah sembelit, mengurangkan penyakit dalam sistempenghadaman dan beerapa jenis kanser. 

    6.3 Pakar pemakanan, Dr Che Ridzuan Hashim Rozaini berkata, terdapat limapetua mengekalkan kesihatan sempurna iaitu menerusi pengambilan makananseimbang, minum air secukupnya, melakukan riadah, tidak merokok dan cukup rehat. 6.4 Cara diet yang betul secara asas perlu diamalkan oleh pelajar yang mengalami

    masalah obesiti seperti beberapa panduan diet yang betul di bawah; 

    a. Ambil protein yang mencukupi. Tubuh secara puratanya memerlukan 30 gramprotein dalam sehari. (makan berprotein daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan

    kekacang). b. Elakkan perut daripada lapar . Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi

    seperti tekanan atau stress. Anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakanbuah-buahan seperti epal. Hidangkan buah-buahan di atas meja makan anda. 

    c. Usah abaikan lemak. Tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit,mineral, serat dan vitamin. Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cumapastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal. Ambillah juga jenis lemak yangbaik seperti kekacang dan minyak zaitun. Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsimenjaga otot dalam tubuh anda. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuranuntuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh. 

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    26/29

    6.5 Pelajar perlu menambah karbo selepas senaman. Perkara asas yang paling

    penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan

    setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas darisesi senaman anda. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot beradadalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan.

    6.6 Jangan tidur ketika lapar. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan

    pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untukanda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil

    sebelum tidur.

    6.7 Kitaran Kalor i merupakan salah satu langkah yang boleh di lakukan i dengan

    memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dariberlakunya metabolisma yang rendah ini. Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kaloriuntuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga

    menjadikan diet anda lebih menarik.

    6.8 Jadualkan ‘Cheat Day’ dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih

    boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekaldengan diet yang sihat pada hari-hari lain. Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan tidak terkawal. 

    6.9 Saratkan dengan serat kerana serat  juga merupakan nutrien yang penting

    dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan danyang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Sekurang-kurangnyaanda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkanberat badan. Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu

    menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi sepertispan yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa

    perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambilsetiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalampisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear. Oat mengandung beta-glukan, yangmembantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita bolehmembiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas

    susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkanparas kolesterol.

    6.9 Kawal pengambi lan minuman yang manis (menyebabkan pengambil kalori

    yang berlebihan tanpa anda sedari) Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis inidengan air suam atau air kosong.

    6.10 Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product) dengan kerap, cuma pastikan

    anda memilih dari variasi rendah lemak. 

    6.11 Jangan berlapar dalam jangka masa yang panjang. Makanan memberi kita

    tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    27/29

    terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Inimenyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan

    berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini,walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapimetabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada

    tahap yang sama lagi

    6.12 Pelajar boleh ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan

    kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit danmenghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.

    Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapanpenghadaman.

    6.13 Minum lapan gelas air setiap hari.Air mengurangkan selera makan anda

    secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalamtubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak

    akan makan dengan banyak.

    6.14. Para pelajar perlu mengelakkan minum minuman yang bergas. Minuman

    bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.Setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

    6.15 Kurangkan pengambilan garam.Pengambilan garam yang tinggi menggalakanpenangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda

    menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.  

    6.16 Para pelajar diseru agar mengambil sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka

    yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding denganmereka yang mengambilnya.Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di

    dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 

    6.17 Makanlah dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita

    makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

    6.18. Kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil. Kunyahlah makanan

    kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudahdihadam.

    6.19. Makan dengan kerap. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripadamakan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. Jika anda terasa inginmakan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah.Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

    6.20 Pelajar perlu kurangkan pengambilan marjerin, butter  dalam makanan dan

     jangan simpan ianya di dalam peti ais anda.

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    28/29

    6.21  Amalkan beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing seperti:

    a. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet.

    b. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untukbeberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lifc. Renang adalah latihan menyeluruh.

    d. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yangkaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.e. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Inidapat mencantik dan merampingkan peha. 

    6.22  Ambi l makanan yang berempah kerana sesetengah rempah seperti cili, biji

    sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahajameningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

    6.23 Pilih lebih banyak biji rin dan kekacang dalam makanan. Bijirin penuh adalah

    sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat

    kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

    6.24 Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan

    berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak,tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan.Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah

    beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuatatau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga bolehmembuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda.  6.25 Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Pelajar lebih berjaya dalam

    penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif

    mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran andauntuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

    6.26 Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam

    makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, andaboleh menumisnya dengan sedikit minyak atau hindari minyak atau lemak haiwan.

    6.21 Ketika memilih pi ring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring

    cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yangterakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.  6.22 Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari. Ini kerana jika dilakukan setiap

    hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahuntanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari. 6.23 Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda. Ada sebab mengapa restoran

    makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka.Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi,sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakanalas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning danoren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera.  

  • 8/17/2019 Artikel Qgk3013-Kesihatan Dan Kesejahteraan

    29/29

    6.24 Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3. Pelajar disarankan memakan

    hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid

    lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampumenurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga bolehmenurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

     Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalamiaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakandengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.

    7. RUMUSAN 

    8.1 Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik

    sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dansekolah secara amnya. Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, stafsokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibubapa dan komuniti sekitar sudah pastiakan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat.  

    .2 Guru Besar atau Pentabdir haruys memainkan peranan utama dalammenerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komunitisekitar. Program-program yang dirancang atau inigin dilaksanakan biarlah melibatkansemua pihak kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dankesedaran timbul. 

    8.3 Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya meng