21
UNIT PELAJARAN 3 TANAMAN GETAH 1 HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan perkembangan industri getah di Malaysia. 2. Membincang jenis klon, penanaman dan pungutan hasil. 3. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi mundur majunya pengeluaran getah. GETAH Hevea brasiliensis (Euphorbiaceae)

Unit 3 Tanaman Getah 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tanaman getah, morfologi, teknik torehan

Citation preview

  • UNIT PELAJARAN 3

    TANAMAN GETAH 1

    HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menerangkan perkembangan industri getah di Malaysia. 2. Membincang jenis klon, penanaman dan pungutan hasil. 3. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi mundur majunya pengeluaran

    getah.

    GETAH

    Hevea brasiliensis (Euphorbiaceae)

  • PENGENALAN Terdapat banyak spesies tumbuhan yang menghasilkan getah asli (lateks), contohnya Guayule, tetapi hanya Hevea brasiliensis (Euphorbiaceae) yang dikira dapat mengeluarkan getah secara ekonomik. Getah ialah sejenis polimer hidrokarbon kenyal yang terhasil daripada sap koloid lateks. Asal Hutan Amazon, Amerika Selatan Tanaman tropika : 1000 km ke utara dan selatan khatulistiwa; 25-35C; 180-250 cm hujan tahun-1; paling tinggi 500 m dari paras laut; 9.3 juta Ha seluruh dunia; 95% daripadanya di benua Asia; Malaysia kini hanya 1.8 juta Ha. Juga dipanggil para rubber (Para = pelabuhan di Brazil). Sejarah Christopher Columbus ialah orang Eropah pertama melihat getah asli di Boin, daerah Topajas, Brazil 1473). Beliau bawa balik cerita orang di Haiti tendang bola diperbuat daripada getah (1496).

    Kasut getah asli pertama (1768).

    Priesley (1770) beri nama rubber kepada getah asli apabila beliau mendapati getah boleh memadamkan tulisan (= rub).

    Charles Goodyear cipta pengolahan getah mentah (proses pemvulkanan dijumpai secara tak sengaja) untuk dijadikan sesuatu barangan (1839).

    Thomas Hancock mencipta tayar padu daripada getah asli (1846) setelah mendapat teknik melembutkan getah dan barangan yg disalut boleh kedap air (1820).

    John Dunlop mencipta tayar pneumatik (1888). Perkembangan di Malaysia Farris, Cross dan Wickhman diarah British East India untuk membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, England (1876). Sebilangan biji ditanam di Sri Lanka dan Asia Tenggara. Hugh Low tanam 9 batang getah di Kuala Kangsar (1877), dan 22 pokok asal di Singapura (1877). Henry Nicholas Ridley

  • (Pengarah Taman Botani di Singapura) edarkan biji getah kepada orang ramai untuk ditanam. Beliau ialah bapa perusahaan getah asli di Malaysia. Pada tahun 1900 terdapat 2500 Ha getah di Asia, Kemudian meningkat kepada 500,000 Ha pada 1910. Tahun 1903 bermulanya penanaman getah asli secara besar-besaran di Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Cramer telah membawa masuk ke PTM pokok jenis Hevea brasiliensis (1912). Institut Penyelidikan Getah Malaysia (MRB) ditubuhkan 1925, terletak di Jalan Ampang, K. Lumpur dengan tujuan: 1. Meningkatkan produktiviti. Berasalkan dari asas genetik yang kecil dikirakan amat sukar. Jadi MRB membawa masuk bahan genetik baru kemudiannya dari Brazil untuk menambah bahan genetik dengan membawa germplasma liar dan lain-lain spesies Hevea (2 ekspedisi 1981; 1995) dari hutan Brazil. Tujuannya ialah hendak mencapai lateks 4,000 kg ha-1th-1 dan kayu 2.0 m3 pk-1. Kini (2010) 80% eksport perabot (Malaysian oak) adalah kayu getah yang ditebang apabila capai umur 15 tahun, atau boleh terus toreh dan tebang kemudian. 2. Kurangkan jangka masa juvana,jadi kitaran hidup singkat. 3. Kurangkan kos pengeluaran. 4. Mengatasi kekurangan pekerja. 5. Memindah teknologi maju yang berkesan.

    Profil Pokok Getah Sempurna

  • Pokok getah IDAMAN 1. Subur dan sihat. 2. Kulit tebal, cepat pulih selepas ditoreh. 3. Batang lurus-tegak, bulat lilitan dan berkulit licin. 4. Dahan kecil, ringan dan mendatar, tidak mudah serkah dalam angin kencang. 5. Sudur (kanopi) berbentuk kun. 6. Daun lebat, lebar, hijau tua berkilat. 7. Pokok rendang, cecah 25-30 m. 8. Keluaran lateks yg tinggi, >4000 kg ha-1 th-1. 9. Komposisi lateks stabil dan lambat membeku. Maklumat - Pokok getah guna banyak CO2 (carbon sequestration) jadi bantu kurangkan gas rumah hijau. Kini sudah mula biak pokok getah transgenik untuk farmaseutikal untuk protein komersil dalam lateks. Pembekal getah asli dunia (juta ton) _______________________________

    1980 1990 2000 Siam 0.5 1.35 2.0 Indon 1.0 1.3 1.5 Msia 1.5 1.2 1.0 (kian menurun) Lain-lain 1.0 1.0 1.0 Seluruh Dunia 6.5 _______________________________ Laluan Industri Getah Asli Malaysia 1. Era penyesuaian

    Anjakan dari pengeluaran semata2 kpd sektor nilai tambah di mana tumpu kpd pembuatan barangan getah dan perabot.

    2. Tanaman strategik Berdasarkan aspek sosio-politiko-ekonomi, melibatkan luar bandar.

    3. Pekebun kecil Sumbang 78% pengeluaran negara, iaitu merangkumi 82% luas kawasan tanaman (statistik 1998), hasil dlm lingkungan 2000 kg ha-1 th-1 (Risda).

    4. Malaysia pengguna getah asli Kini ke-5 terbanyak di dunia, mengimport 450,000 ton (statistik 1999).

    Agensi Getah Asli 1. Kementerian

    - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Tanah dan Pembangunan Koperasi

  • 2. Polisi dan amanah - LPKGM - Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia. Aspek

    rancangan dan dasar kerajaan, seranta dan penerangan, koordinasi dengan lain-lain unit seperti BGM, MPGM dan IPGM.

    - BGM - Biro Getah Malaysia. Aspek khidmat nasihat teknik dan seranta. - MPGM - Majlis Pengeluar-pengeluar Getah Malaysia tentang polisi,

    pengeluaran, pemprosesan dan kegunaan getah.

    3. Penyelidikan - IPGM - Institut Penyelidikan Getah Malaysia. Aspek pengeluaran hasil,

    kegunaan dan khidmatnasihat kepada pengeluar dan pengguna.

    4. Pemasaran - LPPGM - Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah Malaysia. Bagi

    pembungkus dan peniaga getah asli; mengawas kegiatan perniagaan dan pasaran getah.

    - MARDEC - Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia. Aspek membangun pekebun kecil melalui rancangan pemprosesan dan pemasaran getah secara teratur.

    - MREPC - Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia. Menyanggah-balas (counter campaign) pihak yang memburuk2kan barangan getah asli; bermula 1 hb Januari 2000.

    5. Pembangunan & Penanaman - RISDA - Pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil getah. Membangun sektor

    pekebun kecil melalui rancangan tanaman semula dan peningkatan teknologi. Menjalankan rancangan tanaman semula. Sumber kewangan daripada ses tanaman semula sebanyak 9.9 sen kg-1 getah yang dieksport. SES adalah potongan daripada harga jualan getah pengeluar bagi setiap kg getah yang dieksport untuk pembiayaan penyelidikan dan tanam semula getah.

    - FELDA - Lembaga kemajuan tanah persekutuan. Membangun sektor pekebun kecil dgn pembukaan tanah baru dan penempatan peneroka.

    - FELCRA - Lembaga penyatuan dan pemulihan tanah persekutuan. Bangun sektor pekebun kecil dan buat rancangan pemulihan bagi rancangan tanah yang gagal dan majukan rancangan tanah belia.

    - PPTGN - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri. - PKEN - Perbadanan Kemajuan Ekonomi negeri, contohnya PKENS, PKENJ.

    6. Badan Antarabangsa - ANRPC - Association of natural rubber producing countries. Gabung

    Negara- negara pengeluar dan pengguna getah asli; tugas untuk mengawal harga.

    - INRO - International Natural Rubber Organisation. Gabung pengeluar dan pengguna getah asli.

    - INRA - International Natural rubber Agreement. Aspek penstabilan, pengeluaran dan harga getah asli.

  • Statistik Getah Asli ________________________________________ Trend Asas Getah Asli Malaysia Tahun 1999 2000 2001 Luas(ribu Ha) 1464 1430 1135 Pengeluaran(ton) 768,872 615,769 545,875

    Pengusaha: Luas Pengeluaran Pekebun kecil (1998: 59%) 82% 78% Estet (1998: 22%) 18% 22% FELDA (1998: 19%) - - ________________________________________ Pengeluaran dan Penggunaan Getah Dunia (Juta ton) ______________________________________________ Jenis Pengeluaran Penggunaan 1997 Asli 6.38 6.49 Tiruan 6.63 10.05 1998 Asli 6.63 6.63 Tiruan 8.80 9.96 1999 Asli 6.38 6.49 Tiruan - 10.05 ______________________________________________ Penggunaan lebih atau menjadi stok simpanan. Sekarang penggunaan getah tiruan berkurangan kerana harga minyak tinggi. Pengeluar Getah Asli Dunia (ribu ton) ______________________________ 1993 1997 1998 Thailand 1570 2032 2198 Indon 1301 1504 1745 Malaysia 1074 971 886 India 428 580 562 China 325 444 450 ______________________________ Pengguna Getah Asli Dunia (ribu ton) ____________________________________ 1993 1997 1998 1999 2000 USA 967 967 967 China 600 900 870 Jepun 631 713 707 India 444 572 578 Korea 271 302 279 Malaysia 269 327 334 548 782 ____________________________________

  • Pengeluaran getah Malaysia berkurangan dengan kadar 3% dari 1993-1994, tetapi menghasilkan 45% getah dunia (2010). Malaysia kini di antara pengguna getah asli terbesar dunia, terpaksa mengimport getah kerana industri pembuatan dari getah asli maju dan pantas menuju status perindustrian.

    Trend yang jelas ialah eksport getah asli kian menurun, eksport utama produk getah termasuk lain-lain produk getah meningkat, dan eksport produk kayu getah stabil. Pengeluaran Getah Asli Msia (Ton) ________________________________ 1993 1994 Semenanjung 1,036,514 1,017,000 Sabah 26,911 29,000 Sarawak 10,912 4,000 Jumlah 1,074,337 1.050,000 Eksport 769,800 800,000 Import 169,292 210,000 1994 Statistik Luas Malaysia 330,434 km2 Luas tanah getah 1,400,000 ha (kini 1.8 ha) Pekebun kecil 1,148,000 ha (82%) Estet 252,000 ha (18%) Pengeluaran getah 1,050,000 ton Penggunaan Malaysia 290,000 ton Penggunaan Dunia 5,620,000 ton _________________________________ Pendapatan Eksport Getah Asli, Produk Getag, Kayu Getah & Getah Lain (RM, Bilion)

  • MORFOLOGI

    Akar Tegap, untuk menyalur nutrien. Terbahagi kepada tiga jenis:

    a. Tunjang yang menjalar ke bawah untuk ketegapan batang. b. Jalar besar ialah akar sisi untuk menyokong ketegapan.

    c. Jalar kecil untuk menyerap air ke dalam pokok. Batang Mengandungi medula (empulur), bahagian tengah/dalam batang. Tisu keras kayu xilem, menyampaikan air dan logam garam dari akar kpd semua bahagian, serta memberi sokongan mekanik dan membentuk kayu di dalam pokok. Lapisan kambium (gubal), lendir nipis antara kayu dan kulit batang.

  • Daun Jenis trifoliate di hujung tangkai panjang (petiol). Bersifat desiduous, iaitu berlaku peluruhan (ranggasan) daun antara bulan Januari-Mac dan Ogos-September; pokok dapat mengurangkan proses perpeluhan di musim kemarau/panas, jadi selamatkan air di dalamnya. Selai itu juga meminimumkan perpeluhan (meruap) berlebihan dari daun kerana cahaya matahari terik. Apabila berdaun semula, banyak pula berbunga (jambak) menjadi buah 3-lobus yang mengandungi 3 biji yang berminyak. Tunas Terdapat tiga jenis, iaitu: a. Tunas ketiak yang muncul dari ketiak daun, tumbuh sebagai dahan dan ranting baharu. b. Tunas pendam, iaitu mata tunas yang belum muncul lagi pada ranting. c. Tunas sisik, iaitu mata tunas yang timbul apabila gagang (daun) tanggal. Bunga Berbentuk jambak di hujung ranting yang berdaun dan hanya sekali setahun. Antara ciri-cirinya ialah: a. Terdapat kedua-dua bunga jantan di serata jambak dan bunga betina di

    hujung paksi jambak. b. Serangga sebagai pendebunga. c. Stamen dengan cepu debunga (jantan). d. Karpel dengan stigma yang menerima debunga. e. Ranggi ialah kelopak bunga. f. Pendebungaan - debunga membawa sel generatif jantan dan apabila sentuh stigma (betina) akan bercambah dengan tube germa ke arah ovari, maka berlaku persenyawaan.

  • Biji Mengandungi : a. Ovari yang berkembang menjadi buah. b. Capai saiz maksimum dalam 2.5-3 bulan. c. Biji matang dalam 4.5-5 bulan. Kulit Pokok Terdapat tiga lapisan, iaitu: a. Gabus lapis luar, tiada lateks. b. Kulit keras tisu lembut dan sel batu; saluran lateks tidak teratur, terputus- putus. c. Kulit lembut dengan barisan sel

    menegak dan membulat (parenkima) dengan lingkaran saluran lateks.

    d. Floem tisu kulit lembut yang menyalur makanan (CHO) yang terbina dari fotosintesis ke semua bahagian pokok.

    e. Kambium lapisan lendir, nipis, di antara tisu kayu dan kulit batang. f. Xilem tisu kayu yg menyalurkan air dan logam garam dari akar ke lain- lain bahagian pokok. Lateks Lateks adalah cecair hidrokarbon berwarna putih susu, dan component getah terapung dalam larutan air. Ia mengandungi CH3

    protein, asid amino, karbohidrat dan elektrolit. 4CH2

    Getah akan terbentuk sebagai rerantai 2C

    molekul isoprene (CH2=C(CH3)-CH=CH2)

    yang bersambung pangkal (CH2) dengan 1CH2 3C

    ekor (CH2), memberikan rantaian yang H anjal dan memberikan 4 bentuk getah IUPAC 2-methyl-1,3-butadiene poli-isoprene, strurktur kimia seperti berikut:. 1. cis-1,4-sambungan 2. trans-1,4-sambung

    H3C H H3C 4CH2 C=C C=C 1CH2 boat 4CH2 n 1CH2 chair H n

  • 3. 1,2-sambungan 4. 3,4-sambungan

    CH3 H2C4 3CH 1CH2 2C C = CH2 CH = CH2 n CH3 n Proses Pemakanan a. Mula-mula berlaku penyerapan air tanah yang mengandungi nutrien dalam

    bentuk larutan. Air ini diserap melalui proses osmosis bersama larutan garam secara aktif, dan juga secara resapan (pasif).

    b. Fotosintesis berlaku bagi membina CHO. Klorofil daun berfungsi sebagai perantara bagi menyatukan CO2 dan air serta unsur logam dari tanah untuk membina CHO dan kemudian bebaskan O2. Proses C-sekuester berlaku dengan berkesan, dan secara langsung menyokong revolusi hijau.

    c. Pernafasan juga berlaku di mana O2 dari udara diambil masuk melalui stomata dan lentisel, kemudian CO2 lepaskan sebagai bahan buangan.

    PEMBIAKAN BENIH GETAH

    Seks Aseks (Tampang) Pendebungaan Keratan Tot Lenturan Semulajadi Cantuman (oleh serangga) Tisu didik

    Aruhan Tangan Baji Tunggul

    (bantuan manusia) Tunas Sanding

    (mini, maksi)

    Perang Hijau Hijau muda

  • Maklumat Pembiakan Vegetatif (tampang) a. Uji kulit pokok penanti tidak keras. b. Melakukan cantuman di luar musim kemarau atau peluruhan daun. c. Elak melakukan cantuman pokok penanti yg berpucuk muda. Jenis Cantuman 1. Cantuman Perang - Pokok penanti 12-18 bulan, Diameter batang 3 cm, Mata tunas dari ranting perang, Contoh Klon PB 5/51 dan RRIM 623 2. Cantuman Hijau (muda) - Pokok penanti >5 bulan, Diameter batang 1.25 cm, Mata tunas dari ranting hijau, Contoh Klon PB 5/51 dan RRIM 623 3. Cantuman Hijau Muda - Pokok penanti 2 bulan dalam polibag, Diameter batang 6 mm, Mata tunas dari ranting hijau 4. Cantuman Tunggul Mini (stump) - Pokok penanti 5-8 bulan, Melakukan cantuman hijau, Cantas 60-75 cm, 1 minggu awal 5. Cantuman Tunggul Maksi - Pokok penanti 5-8 bulan, Melakukan cantuman hijau, Cantas 2.5-3.5 m, 2 minggu awal Jenis Benih 1. Biji cambah. 2. Cantuman : Tunggul maksi dan mini,

    Tunas perang, hijau dan hijau muda. 3. Anak berdaun 2 pusaran dan 5-6 pusaran ditanam. SEMAIAN Dilakukan dengan bertujuan: 1. Mengumpul dan menyimpan benih di bawah teduhan, membaja, merumput, mengawal perosak dan penyakit. 2. Mendidik benih baik dan bermutu. 3. Menyedia benih yang lanjut umur (keras). 4. Mendapat kadar penanaman permulaan yang tinggi. 5. Menjimat kos, mengurangkan kadar kegagalan pembenihan. 6. Memendekkan peringkat juvana.

  • Semaian Pokok Penanti Polibeg Kecil Bagi saiz polibeg 96 x 18 cm - dapat 115,740 pokok penanti Ha-1dan penjagaan antara 1-10 minggu, dengan cara berikut: 1. Sembur dengan baja daun + fungisid 2 kali seminggu,

    guna 15 ml Bafolan + 12 g Daconil + 10 g Dithane M-45 dalam 4.5 L air) 2. Membaja 1 kali seminggu, guna 56 g (15:15:6:4) dalam 4.5 L air,

    iaitu untuk 40-60 ml bancuhan setiap polibeg. Juga disyorkan guna baja Kokei atau Agroblend, membenamkan 1 ketul 7g / polibeg.

    3. Apabila batang membesar sebesar batang jari kelingling bolehlah

    mula membuat cantuman.

  • Perosak Semaian 1. Kumbang kaboi Apogonia sp. dan Adoretus sp. 2. Teritip Saissetia nigra, Lecanium sp. 3. Koya Ferrisiana virgata 4. Berimbing Thrips palmi 5. Hamama Tetranychus urticae dan Polyphagotarsonemus latus 6. Siput Achatina fulica & lintah bulan 7. Tikus Rattus sp. Berikut adalah beberapa pestisid dalam pasaran : Snailex untuk siput dan lintah bulan); KG22 dan Warfarin untuk tikus; Thiodan dan Sevin untuk kumbang dan berimbing; Albolinium untuk teritip dan koya); dan Propargite untu hamama). Penyakit Semaian 1. Kulapuk berdebu Oidium heveae Oh

  • 2. Bintik mata burung Drechslera heveae Dh Cg 3. Antraknos Colletotrichum gloeosporioides 4. Hawar anak benih (blight) Rhizoctonia solani, Phytophthora palmivora dan Fusarium oxysporum

    Pp Rs Fo Berikut adalah beberapa fungisid dalam pasaran : Benlate; Dithane M45; Calixin; Difolatan; Daconil; Mancozeb; Maneb; Zineb; Captan; Aliette. Maklumat - Tidak ada penyakit South American Leaf Blight (SALB) yang disebabkan oleh kulat Microcyclus ulei di Malaysia. Sesiapa yang melawat Brazil diperlukan melalui kuarantin dalam 4-7 hari di luar Malaysia (negara sejuk) supaya memberi masa spora kulat itu mati nanti. Cantuman Mata Tunas Bertujuan mendapat pokok yang berupaya mengasilkan lateks yang tinggi. Prosesnya ialah dengan mengambil 1 mata tunas daripada pokok terpilih (diakui terbaik) dan dicantumkan kepada pokok penanti.

    Mata tunas berupa sekepingan kulit yang diambil daripada klon terpilih yang mana mengandungi tempek tunas untuk dipindahkan kepada pokok penanti mengikut teknik-teknik cantuman pembiakan tampang. Pokok penanti ini

  • ditanam khas untuk pokok stok yang akan dicantumkan dengan tempek mata tunas dari klon pilihan. Musim sesuai ialah pada bulan Ogos-Januari dan Mac-April. Pemilihan Pokok Penanti 1. Keserasian adalah penting agar cantuman tisu xilem dan sel parenkima serta pembentukan kalus kuat dan kemas. 2. Kecergasan untuk tumbesaran baik. 3. Pengakaran baik bagi menyerap nutrien. 4. Ketahanan, terutamanya penyakit. 5. Keseragaman pertumbuhan sekata. Pemilihan Tunas Cantuman Dari ranting klon yang sesuai dengan mata tunas yang terbukti dapat % melekat yang tinggi dan mudah bertunas selepas itu. Teknik Cantuman Serpihan kulit yang mengandungi tempek mata tunas klon terpilih ditampal ke batang pokok penanti dengan tapak kulit sama saiz yang telah dikopek, kemudian tapak diikat untuk memastikan cantuman berjaya. Tanda kejayaan ialah apabila tumbuh mata tunas baharu, selepas itu baharulah buka ikatan. Boleh juga melakukan belahan tapak-T.

    Klon Getah

    Klon ialah pokok yg dihasilkan drpd proses pemilihan dan pembiakan yang mempunyai sifat-sifat yang telah diuji dan dipastikan baiknya, termasuk hasil dan mutu lateks dan kayu. Kini terbentuk 6 siri klon berjumlah >185 klon, seperti berikut: RRIM 500 (1928-1931); RRIM 600 (1937-1941); RRIM 700 (1947-1958); RRIM 800 (1959-1965); RRIM 900 (1966-1973); dan RRIM 2000 (1974 - kini). Hasil lateks telah meningkat berlipat ganda dari 500 kg ha-1th-1 dari benih biji biasa kepada hampir 3000 kg ha-1th-1 bagi klon modern berhasil tinggi, hasil daripada sumber gen baru dari Brazil.

    Kini sudah terdapat Latex Timber Clone (LTC) pula (KT39/35; L7/2; D9/12; N25/1; R30/9; R30/23; R28/1) yang mana kayunya boleh diambil selepas 15 tahun untuk dibuat perabot (Malaysian Oak).

    Potensi lateks yang diidamkan ialah 10,000 kg ha-1yr-1.

  • Jenis Klon 1. Kelas I - Klon telah selesai diuji, dianjurkan boleh ditanam secara besar-

    besaran, melepasi 5 tahun ujian panel, hasil lateks tinggi, tiada batasan persekitaran; terdapat 10 LTC dan 4 LC. (Contohnya RRIM 600, RRIM 712, PB 217, PB 260, PR 255, PR 261, dan GT 1.)

    2. Kelas II - Klon masih baru, dalam 3 tahun ujian panel, disyorkan tanam tidak melebihi 50% jumlah penanaman, hasil agak memuaskan; terdapat 7 LTC dan 2 LC. (Contohnya RRIM 623, RRIM 701, RRIM 805, RRIM 901, PB 28/59, PB 235, PB 280, dan PM 10). RRIM 2007 ialah yang paling baik, telah menghasilkan >2830 kg ha-1th-1.

    3. Kelas IIIA - Klon masih baru hanya untuk tanam percubaan tidak melebihi 20% jumlah penanaman dan

  • Membangunkan Kawasan Getah Aspek kesesuaian lokasi, terrain dan topografi, tanah, saliran dan pengairan tanaman baru dan penanaman semula getah (Risda) dikemukakan. Keadaan Tanah Sesuai 1. Sedalam 100 cm atau lebih, tiada batu-batan. 2. Tekstur agak 35% liat, 30% pasir. 3. Pengaliran air dan pengudaraan baik. 4. Tiada tanah gambut atau gambut tidak >23 cm tebal. 5. pH >4.5, tidak masam atau tanah bermasalah seperti asid sulfat. 6. Kecuraman 16 darjah. 2. Terdapat batu pejal sedalam 23 cm. 3. Tanah bergambut >23 cm tebal. 4. Terdapat >90% pasir. 5. Kandungan nutrien sangat rendah. Siri tanah sesuai. Bungor, Jeram, Munchong, Prang, Renggam dan Segamat. Siri tanah kurang sesuai. Briah, Gambut dan Selangor Topografi sesuai. 1. 500 meter dari paras laut. 2. Kecuraman 8 darjah, tanam atas teres ikut kontur dan bina alur atau parit. Bina jalan pertanian. Guna tanah merah, Siri Melaka; berbentuk cembung di tengah. Pengairan sesuai. 1. Dibina khas untuk masuk dan tambahkan air. 2. Bantu sumber air sedia ada, jamin tidak
  • Membaris, Melubang dan Menanam Menanam >500 pokok Ha-1 bagi pekebun kecil; setiap lubang dicampurkan 113 g baja fosfat asli CIRP dengan lapisan tanah atas dan kedalaman lubang cukup untuk menutupi pangkal pokok, iaitu tapak cantuman sama paras dengan permukaan tanah. Tanah campuran CIRP dimasukkan dahulu sebelum meletak pokok polibag yang dasarnya telah dipotong agar mudah menarik keluar polibag sebelum dipadatkan tanah berpinggir lubang dengan baki tanah yang ada. Biasanya sedikit racun serangga disiram di pangkalnya.

    Bagi pokok penanti dalam polibeg, saiz lubang tanaman biasa ialah 45 cm3 jika mengguna cangkul, tetapi apabila mengguna penggali berjentera bentuknya bulat bergaris pusat 45 cm. Tanaman dalam (60 cm) juga diamalkan, biasanya anak benih ditanam ke paras satu pusaran daun. Amalan biasa penanaman di estet ialah lubang bersaiz 50 cm3. Untuk benih lanjut > 18 bulan atau tunggul maksi, saiz lubangnya lebih besar, iaitu 602 x 45 cm dalam. Menanam Kekacang Penutup Bumi (legume covercrops) 1. Untuk mengelak hakisan tanah. 2. Boleh juga mengusahakan tanaman kontan untuk 3 tahun pertama. Menyedia benih kekacang 1. Rendam biji benih kekacang dalam air 75C (2 air mendidih : 1 air sejuk)

    selama 2 jam, kemudian toskan. 2. Gaul biji benih dengan kompos rhizobium (10 kg biji : 50 g kompos). 3. Gaul biji benih sama berat dgn debu fosfat (10 kg biji : 10 kg debu). 4. Untuk jarak tanaman standard, iaitu 5 m antara baris pokok getah, alur

    benih ialah 1.2 m dari barisan getah dan 1.3 m antara barisan kekacang. 5. Untuk jarak tanaman antara teres, iaitu 9 m antara teres, tanam 4 baris

    kekacang. Sistem Penanaman Getah Tanah landai atau pamah dan kurang rata melibatkan barisan lurus -

    Square (segi 4 sama sisi) = 4.6 m2 (15x15) dan 4.9 m2 (16x16) di Felda; 17x16 (pekebun kecil, 500 Ha-1); atau ada juga guna segi 4 bujur, kira-kira [5 x 4 m = 500pokok Ha-1; 5.25 x 3.75 = 509 pokok Ha-1]. Jika segi 3 sama sisi (5 m antara 2 pokok dan 4.3 m dari pokok ini ke pokok ke-3). Perimeter (pekebun kecil, 3 m antara baris dan 2 m dalam baris =160 ekar-1 atau 400 Ha-1). Avenue (hedge) 3m Double hedge x x ____ x x 2m Triple hedge x x x ____ x x x

    x x 22 m x x x x x 25 m x x x x x x x x x x 3 m 2 m

  • Tanah berbukit melibatkan barisan kontur (cara kuda-kuda dan timbang air) -

    Kontur (dan Teres) - kini mengguna alat Clinometer. Ukuran maksimum ialah 9 m antara kontur, 2 m antara pokok bagi tanah subur, manakala 2.5-3 m jika tanah kurang subur. Pasang tali ukur dari puncak bukit ke tanah bawah dan tandakan titik kontur dengan kayu pancang, jarak 9 m, dan apabila diukur x 9 m, hentikan barisan kontur, dan apabila diukur 1 x 9m, buka satu barisan kontur di celahnya. Jika mengguna jarak 7.25 x 2.75m akan dapat 502 pokok Ha-1; 8.0 x 2.50m akan dapat 500 pokok Ha-1; dan 8.75 x 2.25m akan dapat 508 pokok Ha-1. Sulaman point planting boleh ditambah di mana 1 pokok bagi 10 dalam barisan akan memberikan tambahan 10%. Terdapat juga jarak 6.1 x 3 m (20x10) dan 6.7 x 3.4 m (22x11), seperti yang diamalkan di negara-negara Vietnam, Sri Lanka dan India.

    Panduan Operasi 1. Bersihkan tanah antara bulan Januari-Mac iaitu musim luruh. 2. Gali lubang, saiz 503 cm bagi pekebun kecil; 603 cm atau 753 cm dan 903 cm

    di negara lain.

  • 3. Tanam selingan kontan, pisang, rotan, salak, kopi, serai, keladi, keledek, dsb.

    4. Integrasi ternakan mulai tahun ke-4 ayam kampung, lembu, kambing, dsb. 5. Kepadatan tanaman 450-500 pokok Ha-1 bagi pekebun kecil (std. tapping);

    360-370 pokok Ha-1 (estet); dalam 300 pokok Ha-1 jika selepas penjarangan, dari budwood (375-450) atau dari seedling (500-600) Ha-1.

    6. Untuk plot anak benih lazimnya 100,000 Ha-1, dan mencapai 60,000-

    70,000 apabila mencapai saiz untuk dicabut (>1.3 m tinggi dalam 10-15 bulan), kemudian dicabut dan dipotong batang (45-60 cm panjang), trim akar tunjang 45-70 cm dan akar jalar 10 cm.

    Bersambung Getah II