Upload
pooranikannan
View
46
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
populasi
Citation preview
UNIT PELAJARAN 2
INTERAKSI POPULASI, KOMUNITI DAN SPESIES
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. membincangkan kepelbagaian spesies;
2. menghuraikan prinsip had toleransi;
3. menerangkan konsep dinamik populasi;
4. membandingkan jenis-jenis interaksi spesies.
KEPELBAGAIAN SPESIES
Adaptasi ciri yang dapat diturunkan kepadaanak di mana ia secara perlahan-lahan akanmengubah populasi atau spesies tetapi bukanindividu Membolehkan spesies untuk hidup di persekitaran
tertentu
Teori evolusi dibangunkan oleh Charles Darwin danAlfred Wallace
Spesies berubah secara perlahan-lahan melaluipersaingan untuk sumber yang terhad dan pemilihansemulajadi
Pemilihan semulajadi bertindak ke atas kepelbagaiangenetik yang sedia ada yang telah terhasil melaluibeberapa siri mutasi rawak (perubahan dalam material genetik) Menghasilkan ciri varieti di mana sesetengahnya adalah
lebih bermanfaat berbanding yang lain di dalam keadaantertentu
Pemilihan semulajadi dan adaptasi bolehmenyebabkan organisma yang mempunyai asal usulyang sama menjadi berbeza dari aspek rupa luaran dantingkah laku dalam jangka masa yang panjang, namunia juga boleh mengakibatkan organisma yang tidakberkaitan mempunyai rupa luaran yang mempunyaitingkah laku yang hampir serupa. Proses ini dpanggilsebagai evolusi menumpu (convergent evolution).
Spesies Burung Ciak Kepulauan Galapagos
Burung pemakan biji-bijian mempunyai paruh yang berat dan mampu memecahkan bijian; sementara burung pemakan serangga mempunyai paruh yang runcing yang membolehkannya menangkap mangsanya.
NIC EKOLOGI
Penerangan tentang peranan yang dimainkan sama ada oleh spesies dalam komuniti biologi (faktor biotik) atau keseluruhan set faktor persekitaran (faktor abiotik) yang menentukan taburan spesies
JENIS NIC
1. Nic asas
Keseluruhan julat sumber atau habitat yang dapat dieksploitasinya sekiranya tiada persaingan dengan spesies lain
2. Nic nyata
Sumber atau habitat yang benar-benar dieksploitasi oleh spesies itu
Prinsip penyingkiran persaingan (law of competitive exclusion) menyatakan bahawa tiada dua spesies bolehmempunyai nic yang sama dan bersaing untuk sumberyang sama dalam habitat yang sama pada jangka masayang panjang.
Contohnya, satu kumpulan akan mendapat bahagiansumber yang lebih besar sementara satu kumpulan lagisama ada akan bermigrasi, atau menjadi pupus, ataumengubah tingkah laku atau fisiologinya di manapersaingan dapat diminimakan. Proses ini disebutsebagai pembahagian sumber (resource partitioning). Pembahagian sumber menghasilkan pengkhususanyang membolehkan beberapa spesies menggunakanbahagian-bahagian berbeza daripada sumber yang sama dan wujud bersama dalam satu habitat.
Pembahagian sumber dan pengkhususan nic disebabkan oleh persaingan. Persaingan berlaku apabila nic dua spesies
bertindih di sepanjang cerun sumber
POPULASI
Sekumpulan individu dari spesies yang sama dan menduduki kawasan yang sama
Prinsip Had Toleransi
Had toleransi setiap faktor persekitaran mempunyai tahap maksimum dan minimum
Sesuatu spesies itu tidak boleh bermandiri atau tidak dapat membiak apabila berada di luar julat di antara nilai maksimum dan minimum ini
Faktor persekitaran faktor yang mengehad sesuatu spesies di habitat tertentu
Prinsip Had Toleransi
DINAMIK POPULASI
Potensi biotik kadar pembiakan maksimum bagi sesuatu organisma
Keupayaan muatan bilangan individu maksimum bagi sesuatu spesies yang boleh ditampung oleh sesuatu ekosistem dalam jangka masa yang panjang
Mati rosot (dieback) Apabila populasi melangkaui keupayaan muatan
persekitaran, kadar kematian adalah melebihikadar kelahiran. Keluk pertumbuhan menjadinegatif dan populasi menyusut sepantaspertumbuhannya.
Lajak (overshoot) Takat di mana populasi melangkaui keupayaan
muatan
Pertumbuhan Malthus Pola ledakan populasi yang diikuti oleh
kemusnahan populasi
Pola naik-turun saiz populasi mengikutpertumbuhan Malthus
Pertumbuhan logistik
Spesies- spesies boleh berkembang secara eksponen apabila sumber adalah tidak terhad tetapi pertumbuhannya menjadi semakin perlahan apabila ia menghampiri keupayaan muatan persekitarannya
Keluk J mewakili pertumbuhan tanpa
Keluk S mewakili pertumbuhan logistik
Rintangan persekitaran faktor yang menurunkan kadar pertumbuhan populasi
Ciri-ciri Strategi Pembiakan
Kenatalan adalah penghasilan individu barumelalui kelahiran, penetasan, percambahan ataupengklonan.
Fekunditi adalah kebolehan fizikal untukmembiak.
Kesuburan ialah ukuran jumlah sebenar anakyang dilhasilkan.
Imigrasi Organisma diperkenalkan ke ekosistemyang baru melalui pelbagai cara.
Emigrasi adalah pergerakan individu keluar daripopulasi.
Kemortalan adalah kadar kematian individu dimana ia ditentukan dengan membahagikanbilangan organisma yang mati dalam tempohtertentu dengan jumlah organisma yang hiduppada permulaan tempoh tersebut.
Kemandirian (survivorship) iaitu peratusanindividu yang bermandiri ke tahap umurtertentu daripada sesuatu kohort.
Jangka hayat (life span) pula adalah usiapaling panjang yang dicapai oleh sesuatuorganisma.
Keluk kemandirian jenis I menunjukkan kadar kemandirianyang tinggi di kalangan individumuda dan pertengahan usia dandiikuti oleh kadar mortaliti yang tinggi di kalangan individu yang tua.
Keluk kemandirian jenis II pula menunjukkan kadar kemandirianyang malar sepanjang hayat dimana kebarangkalian kematianadalah tidak berkaitan denganusia seperti akibat kemalangandan keracunan.
Keluk kemandirian jenis III mempamerkan kadar mortalitiyang tinggi di kalangan individumuda serta diikuti oleh kadarkemandirian yang tinggi.
Faktor bergantung kepadatan mengurangkanpembiakan berjaya dan muncul atau menjadisemakin teruk akibat kesesakan populasi. Contoh: Persaingan terhadap sumber yang terhad
menyebabkan kesan bergantung kepadatan, samaseperti penyakit. Patogen dan parasit tersebardengan mudah apabila perumahnya bersesakantara satu sama lain. Faktor bergantungkepadatan mengawal saiz populasi melalui suapbalik negatif.
Faktor bebas kepadatan juga menurunkan pembiakan berjaya, tetapi kebarangkaliannya untuk berlaku serta magnitud kesannya adalah tidak berkaitan dengan kesesakan. Contoh faktor bebas kepadatan adalah api, ribut salji, dan gempa bumi.
Sekumpulan organisma dari spesies berlainan yang wujud di kawasan yang sama serta
saling berinteraksi
Komensalisme adalah interaksi di mana satuspesies mendapat manfaat sementara satu lagispesies tidak menerima apa-apa kesan. Sebagaicontoh, ikan jerung seringkali mengalamipelekatan ikan lain iaitu remora ke badannya. Remora mendapat manfaat daripada interaksi inidengan memakan sisa makanan ikan jerungsementara ikan jerung pula tidak menghadapimasalah mahupun mendapat manfaat daripadainteraksi ini.
Mutulisme interaksi yang memberikan manfaat kepada kedua-dua spesies yang terlibat. Antara contoh interaksi mutualisme adalah di antara burung, kelawar, atau serangga yang bertindak sebagai agen pendebungaan dengan tumbuhan berbunga. Haiwan-haiwan ini mendapat nektar yang kaya dengan tenaga dan debunga.
Persaingan Interspesifik1. Persaingan mengganggu melibatkan satu spesies
yang menghalang spesies pesaingnya secara aktifdaripada menggunakan sesuatu sumber. Contohnya, satu spesies tupai tanah mengejar spesies
tupai tanah yang lain daripada habitat kerana ia engganberkongsi biji-bijian dan tempat perlindungan.
2. Persaingan eksploitatif pula tidak melibatkaninteraksi antara dua spesies secara langsung. Satuspesies mengurangkan jumlah sumber yang bolehdigunakan oleh spesies pesaingnya dengan caramenggunakan sumber tersebut. Contohnya, rusa dan burung blue jay makan buah pokok
oak. Semakin banyak buah oak yang dimakan olehburung, semakin sedikit yang tinggal untuk rusa. Semakinsama keperluan bagi dua spesies, semakin sengitpersaingannya. Menurut prinsip penyingkiran persaingan, tiada dua spesies boleh mempunyai nic yang sama padamasa yang sama.
Pemangsaan berlaku apabila seekor haiwan menangkap, membunuh, dan memakan haiwan lain. Contoh: singa makan rusa
Parasitime - interaksi di mana satu spesies mendapat mudarat sementara satu spesies lagi memperoleh kebaikan
Parasit iaitu organisma tinggal di dalam atau pada spesies organisma hidup yang lain (perumah) di mana parasit tersebut mendapat sumber makanannya.