Unit16 Ujian Kebolehtelapan Di Tapak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

good

Citation preview

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/1

    Di akhir pembelajaran , pelajar dapat menentukan pekali kebolehtelapan tanah di

    tapak dengan betul

    Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

    1. menentukan kebolehtelapan tanah di tapak bagi keadaan Akuifer Tak

    Terkurung.

    2. menentukan kebolehtelapan tanah di tapak bagi keadaan Akuifer

    Terkurung.

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/2

    16.0 Pengenalan

    Pada pendapat anda, adakah ujian-ujian yang dilakukan di makmal dapat

    mewakili parameter di tapak? Ya, mungkin ya pada sesetengah tempat dan

    mungkin tidak pada sesetengah tempat. Ini kerana ujian-ujian kebolehtelapan di

    makmal, kadang-kadang tidak mewakili keadaan sebenar kerana beberapa sebab

    seperti beikut :

    a. Kerja-kerja untuk mendapatkan sampel tanah tidak terusik adalah

    sukar terutama bagi tanah berbutiran kasar.

    b. Memadatkan sampel tanah ke ketumpatan di tapak juga bukanlah

    satu pekerjaan yang mudah.

    c. Kebolehtelapan tanah di tapak berbeza-beza, malahan susunan zarah

    juga berbeza-beza.

    Dalam ujian skala penuh, sebuah telaga dikorek. Kedalaman korekan hendaklah

    sehingga ke paras stratum tanah yang nilai pekali kebolehtelapannya hendak

    ditentukan. Air telaga dipam keluar pada kadar yang tetap. Pengepaman air

    keluar menyebabkan air akan mengalir menuju ke telaga melalui tanah telap.

    Keadaan ini menyebabkan aras air bumi menurun di seketiar kawasan yang

    terlibat daripada aras asal. Setelah keadaan stabil, aras air bumi ditentukan pada

    dua lubang gerek. Kedua-dua lubang gerek harus terletak di dalam jejari

    pengaruh R.

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/3

    R = 3000 Smaks k

    Di mana,

    Smaks = susutan aras maksimum (m)

    K = pekali kebolehtelapan tanah (m/s)

    Nilai k yang ditentukan di atas adalah nilai anggaran kasar sahaja. Nilai R di atas

    adalah untuk menentukan kedudukan lubang gerek. Data-data ini sudah

    mencukupi untuk memperolehi nilai k di tapak. Walau bagaimanapun data-data

    ini dipengaruhi oleh aliran air bumi di tapak sama ada ia terkongkong atau

    sebaliknya.

    Cara ini mahal tetapi perlu untuk kerja-kerja penting dan juga memerlukan

    ketepatan. Untuk tujuan modul ini anda hanya perlu tahu mengenai dua ujian

    yang selalu dilakukan di tapak iaitu ujian akuifer tak terkurung dan ujian Akuifer

    Terkurung sahaja.

    16.1 Ujian Aliran Tak Terkurung.

    Rajah 16.1, menunjukkan keadaan aliran mantap yang telah dicapai apabila

    kadar kuantiti air q dipam keluar dari telaga secara malar. Telaga dikorek

    sehingga menembusi sepenuhnya stratum tanah yang boleh telap. Aras air bumi

    dan nilai kedalaman tanah H ditentukan terlebih dahulu. Jarak r1 dan r2 bagi

    kedua-dua lubang gerek dari titik tengah telaga ditentukan dan aras air bumi pada

    lubang gerek juga ditentukan ialah h1 dan h2.

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/4

    Rajah : 16.1 : Aliran tak terkurung

    Menurut Hukum Darcy;

    q = A k i,

    => A = 2 pi r h,

    => i = drdh

    q = 2

    drdhkhrpi

    rqpi2 = hk

    drdh

    dhhkdrr

    q ..2

    =

    pi

    dhhkr

    d rq hh

    r

    r = 21212pi[ ] 2

    1

    ln2

    r

    rrq

    pi =

    1

    22

    2h

    h

    hk

    [ ]

    =

    22lnl n

    2

    21

    22

    12hhkrrq

    pi

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/5

    1

    2ln2 r

    rqpi

    = [ ]21222 hhk

    ( )][

    /ln2

    122

    12

    hhrrq

    k

    =pi

    (16.1)

    Contoh 16.1

    Satu lapisan pasir 9 m tebal terletak di atas lapisan kalis air. Untuk mendapatakn

    pekali kebolehtelapan, satu ujian insitu dilakukan. Paras air bumi pada

    permukaan awal ialah 2 m di bawah permukaan tanah. Ia dipam keluar dari telaga

    dengan kadar 3 x 10-3 m3/ s sehingga paras air menjadi stabil . Dua lubang

    korekan yang terletak 12.5 m dan 25 m, masing-masing dari telaga pam dan

    didapati paras air bumi adalah 4.75 m dan 2.5m dari permukaaan tanah. Kira

    pekali kebolehtelapan tanah tersebut.

    Penyelesaian

  • Aras air bumi

    h1 h29m

    r1=12.5

    r2=25m

    AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/6

    Anda boleh menyelesaikan masalah di atas dengan melakarkan pernyataan

    seperti lakaran di bawah.

    Diberi: q = 3 x 10-3 m3/s

    r1 = 12.5 m

    r2 = 25 m

    h1 = 9 4.75 = 4.25m

    h2 = 9.25 = 6.5 m

    k = ]25.45.6[(25/12.5)ln 10 x 3

    22

    -3

    pi

    = 2.743 x 10 5 m/s.

    Soalan 1

    Data berikut didapati daripada ujian telaga pam ke atas satu strata tanah yang

    mempunyai kedalaman 15 m. Air dipam keluar dari telaga pada kadar 24.5

    2.0m4.75m mm 2.5m

    Tak telap

    boleh telap

    Aras bumi

    telaga

    q = 3 X 10-3m3/s

    A B

    Jarak dari telaga (m)Susunan aras air (m)

    10.04.12

    50.00.5

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/7

    m3/jam. Dua lubang korekan dibuat di A dan B. Aras air mulanya diukur pada

    kedalaman 2.45 m di bawah permukaan. Tentukan pekali kebolehtelapan

    tanah tersebut.

    Soalan 2

    Satu lapisan pasir 10 m tebal terletak di atas lapisan kalis air. Untuk

    mendapatakn pekali kebolehtelapan, satu ujian in-situ dilakukan. Paras air

    bumi pada permukaan awal ialah 2.25 m di bawah permukaan tanah. Air

    dipam keluar dari telaga dengan kadar 4 x 10-3 m3/s sehingga paras air menjadi

    stabil . Dua lubang korekan yang terletak 13.5 m dan 25 m, masing-masing

    dari telaga tadi dan didapati paras air bumi adalah 4.75 m dan 2.5 m masing-

    masing dari permukaaan tanah. Kira pekali kebolehtelapan tanah pasir

    tersebut.

    Jawapan 1

    Dari persamaan , ( )

    ][/ln

    21

    22

    12

    hhrrq

    k

    =

    pi

    r1 = 10m, r2 = 50m,

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/8

    h1 = 15 - 2.45 - 4.12 = 8.43 m

    h2 = 15 - 2.45 0.5 = 12.05 m

    q = 24.5 m3/jam

    = smx /60605.24 3

    = smx /108055.6 33

    Oleh itu( )

    ]43.805.12[10/50ln108055.6

    22

    3

    =

    pi

    xk

    = 4.703 x 10-5 m/s

    Jawapan 2

    Diberi: q = 4 X 10-3 m3/s

    r1 = 13.5 m , r2 = 25 m

    h1 = 10 - 4.75 = 5.25m

    h2 = 10 - 2.5 = 7.5 m

    ( )][

    /ln2

    122

    12

    hhrrq

    k

    =

    pi =

    ( )]25.55.7[5.13/25ln104

    22

    3

    pi

    x

    = 2.73 x 10-5 m/s

    16.2. Ujian Aliran Terkurung

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/9

    Ujian aliran terkurung dilakukan sekiranya lapisan boleh telap telah dihimpit oleh

    dua lapisan tanah yang tak boleh telap air. Aras air bumi tidak terletak di dalam

    lapisan boleh telap air.

    Di dalam akuifer sendiri, aliran air adalah mengufuk dan kadar aliran air di

    dalamnya lebih cepat daripada kadar aliran air yang melalui lapisan tanah di

    atasnya. Ini bermakna, sebahagian besar daripada air yang dipam dari telaga

    adalah sebagai hasil daripada aliran air secara mengufuk di dalam akuifer. Rajah

    16.2, menunjukkan keadaan aliran mantap yang telah dicapai di dalam sebuah

    akuifer terkurung

    Rajah: 16.2: Akuifer Terkurung

    Menurut Hukum Darcy;

    q = A k i

    => A = 2 pi r H

    => i = dh/ dr

    q = 2 pi r H k. dh/dr

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/10

    rHdrq

    pi2 = kdh

    Hqpi2 21

    r

    r rdr

    = k 21

    h

    hdh

    Hqpi2

    [ ] 21

    ln rr

    r = k [ ] 21

    hh

    h

    Hqpi2

    [ ]12 lnln rr = k [ h2 h1]

    Hqpi2

    [ ])/(ln 12 rr = k [ h2 h1]

    k = [ ]1212

    2)/(ln

    hhHrrq

    pi(16.2)

    Contoh 16.2

    Satu lapisan pasir 6 m terletak di bawah lapisan tanah liat yang tebalnya 5 m dan

    lapisan pasir berada di atas lapisan batu shale. Untuk menentukan pekali

    keboletelapan pasir, satu ujian telaga pam dilakukan. Air dipam dari telaga

    dengan kadar 10 x 10-3 m3/s. Dua lubang korekan dibuat dan didapati paras air

    bumi berada di paras 3 m dan 2 .5 m masing-masing di bawah permukaan tanah.

    Jarak di antara lubang korekan dengan telaga pam masing-masing adalah 15 m

    dan 30 m. Kira pekali kebolehtelapan pasir tersebut.

    Penyelesaian

    Anda boleh menyelesaikan masalah di atas dengan melakarkan pernyataan

    seperti lakaran di bawah.

    q = 10 X 10-3 m3/s

    r1 = 15 m

    r2 = 30 m

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/11

    H = 6 m

    h1 = (6 + 5) 3 = 8 m

    h2 = (6 + 5) 2.5 = 8.5 m

    k = [ ]1212

    2)/(ln

    hhHrrq

    pi

    ( ) ( )85.862)1 5/3 0(l n1 01 0 3

    =

    pi

    xk

    = 3.677 x 10-4 m/s

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/12

    Soalan 1

    Satu ujian mengepam dijalankan ke atas stratum pasir menerusi sebuah telaga

    seperti rajah berikut. Pengepaman dilakukan pada kadar 15.6 m3/jam dan aras

    air bumi asal diukur pada kedalaman 2.45 m di bawah permukaan, tentukan

    pekali kebolehtelapan.

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/13

    Jawapan 1

    r1 = 15.0m, r2 = 45.5 m

    h1 = 8.30 + 6.53 - 2.45 -3.75 = 8.63 m

    h2 = 8.3 + 6.53 - 2.45 - 0.82 = 11.56 m

    q = 15.6 m3/jam = saatmx /60606.15 3

    = 4.333 x 10-3 m3/s

    k = [ ]1212

    2)/(ln

    hhHrrq

    pi

    = [ ]63.856.11)53.6(2)15/5.45(ln10333.4 3

    pi

    x

    = 4.0 x 10 5m /s

    Ujikan kefahaman anda berkenaan pelajaran dalam unit ini dengan menjawab

    soalan-soalan berikut.

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/14

    Soalan 1

    Apakah perbezaan di antara keadaan ujian aliran tak terkurung dan aliran

    terkurung di tapak ?

    Soalan 2

    Sebuah telaga dibina melalui stratum pasir tumpat sedalam 10 m sehingga

    kepada lapisan tanah liat yang mempunyai kebolehtepalan yang sangat rendah.

    Dua buah telaga cerapan dikorek dengan jarak 15 m dan 60 m dari telaga. Air

    di dalam telaga dan telaga-telaga cerapan pada permulaannya berada pada aras

    yang sama, iaitu 2.4 m ke bawah daripada bahagian atas telaga. Air di pam dari

    telaga sehingga mencapai keadaaan mantap. Kadar aliran air adalah pada

    20 m3/jam. Aras air di dalam telaga cerapan (15 m dari telaga) turun sebanyak

    1.95 m, manakala telaga cerapan (60m dari telaga) turun sebanyak 0.5 m.

    Tentukan pekali kebolehtelapan tanah pasir ini.

    Soalan 3

    Sebuah telaga dibina melalui stratum pasir sedalam 10 m sehingga kepada

    lapisan tanah liat yang mempunyai kebolehtelapan yang sangat rendah. Dua

    buah telaga cerapan dikorek dengan jarak 15 m dan 60 m dari telaga. Air di

    dalam telaga dan telaga-telaga cerapan pada permulaannya berada pada aras

    yang sama, iaitu 2.4m ke bawah daripada bahagian atas telaga. Air di pam dari

    telaga sehingga mencapai keadaaan mantap. Kadar aliran air adalah

    20 m3/jam. Aras air di dalam telaga cerapan (15 m dari telaga) turun sebanyak

    1.95 m, manakala telaga cerapan ( 60m dari telaga) turun sebanyak 0.5 m.

    Tentukan pekali kebolehtelapan stratum pasir.

    Jawapan 1

    Ujian aliran tak terkurung di mana hanya terdapat dua jenis lapisan tanah iaitu

  • AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN C3008/16/15

    lapisan boleh telap dan lapisan tak boleh telap, dan aliran air dalam tanah bebas

    bergerak di kawasan boleh telap. Manakala ujian aliran terkurung di mana

    terdapat satu lapisan tanah yang boleh telap terhimpit oleh dua lapisan tak boleh

    telap (lapisan tanah yang mempunyai pekali kebolehtelapan sangat rendah) dan

    aliran air dalam tanah bebas bergerak di kawasan boleh telap.

    Jawapan 2

    k = 0.132 mm/s

    Jawapan 3

    k = 0.169 mm/s

    16.0 Pengenalan