52
TAPAK PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 DISEDIAKAN OLEH: CIKGU BRONEKA UDING KIREW SEKOLAH KEBANGSAAN TEMIN, 31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK.

TAPAK PEMBELAJARAN.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

PowerPoint Presentation

TAPAK PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3DISEDIAKAN OLEH: CIKGU BRONEKA UDING KIREWSEKOLAH KEBANGSAAN TEMIN, 31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK.

SET INDUKSILANGKAH 3LANGKAH 4LANGKAH 1LANGKAH 2PENUTUPMENU UTAMA

SET INDUKSI

Sila tekan pada butang MULA di bawah untuk tayangan klip video animasi.MULA

Murid-murid dah tonton dengan teliti klip video tadi. Sekarang, cikgu nak tanya murid-murid soalan!

SOALANApakah yang telah dilakukan oleh Bob dalam video tersebut?

Adakah Bob dapat menggunakan tangga bergerak tersebut?

Adakah murid-murid pernah menggunakan atau melihat tangga bergerak?

Tema: KeselamatanTajuk: Tangga Bergerak

PENUTUP

PETIKAN DIALOGTajuk: Tangga Bergerak

Pada hari Ahad yang lalu, ibu membawa Kamal ke pusat beli-belah untuk membeli pakaian baharu. Kamal berselisih dengan Ming Lee. Ming Lee berjalan bersama-sama bapanya.Kamal: Wah, kamu juga ada di sini, Ming Lee!Ming Lee: Ya, Kamal. Saya hendak membeli kasut sukan. Saya minta diri dahulu, Kamal.Kamal: Baiklah, Ming Lee. Jumpa lagi.

Semasa Kamal dan ibunya hendak menaiki tangga bergerak, seorang pengawal keselamatan berkata kepada ibu Kamal.Pengawal keselamatan: Puan, pegang tangan anak puan apabila menaiki tangga bergerak ini.Ibu Kamal: Baiklah, encik. Kamal: Encik, bagaimanakah cara yang selamat menaiki tangga bergerak ini?

Pengawal keselamatan: Begini, adik. Kamu hendaklah berdiri di tengah tangga. Jangan bergurau atau bermain- main semasa menaiki tangga bergerak. Kamu hendaklah melangkah sebaik baik sampai di penghujung tangga.Kamal: Oh, begitu! Terima kasih, encik.

Baiklah, nampaknya murid-murid sudah boleh membaca petikan dialog tersebut dengan baik. Sekarang, cikgu nak murid-murid buat simulasi dialog tersebut.

Watak-watak aktiviti simulasiPenceritaKamalMing LeeIbu KamalPengawal keselamatan

Cikgu nak murid-murid lengkapkan petikan dialog tadi menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai.

Pada hari Ahad yang lalu, ibu membawa Kamal ke pusat beli-belah untuk membeli pakaian baharu. Kamal berselisih dengan Ming Lee. Ming Lee berjalan bersama-sama bapanya.Kamal: Wah, kamu juga ada di sini, Ming Lee!Ming Lee: Ya, Kamal. ___saya__ hendak membeli kasut sukan. Saya minta diri dahulu, Kamal.Kamal: Baiklah, Ming Lee. Jumpa lagi.

Semasa Kamal dan ibunya hendak menaiki tangga bergerak, seorang pengawal keselamatan berkata kepada ibu Kamal.Pengawal keselamatan: __Puan__, pegang tangan anak puan apabila menaiki tangga bergerak ini.Ibu Kamal: Baiklah, __encik____. Kamal: Encik bagaimanakah cara yang selamat menaiki tangga bergerak ini?

Pengawal keselamatan: Begini, adik. ___Kamu __hendaklah berdiri di tengah tangga. Jangan bergurau atau bermain- main semasa menaiki tangga bergerak. Kamu hendaklah melangkah sebaik baik sampai di penghujung tangga.Kamal: Oh, begitu! Terima kasih, encik.

Cuba murid-murid kenal pasti perkataan yang berwarna dalam petikan dialog tadi.

KamuSayaPuanEncik

Perkataan yang berwarna dalam petikan dialog tadi ialah:

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.Kata ganti nama diri terdiri daripada:A. kata ganti nama diri pertamaB. Kata ganti nama diri keduaC. Kata ganti nama diri ketiga

AKTIVITI KUMPULAN

Sekarang, cikgu nak murid-murid duduk dalam kumpulan masing-masing.

KUIZ BISU

Guru akan membacakan soalan kuiz kepada murid-murid.

Murid-murid dikehendaki untuk menulis jawapan kumpulan masing-masing pada kertas lukisan yang telah diedarkan oleh guru.

Setiap kumpulan hanya diberi masa selama 10 saat untuk berbincang dan menulis jawapan.

Setiap kumpulan hanya boleh mula menjawab soalan kuiz sebaik sahaja guru selesai membacakan soalan dan meniup wisel.

Apabila masa menjawab telah tamat, guru akan meniup wisel dan beralih kepada soalan yang seterusnya.

Kumpulan yang mendapat mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

Peraturan Kuiz Bisu

SOALAN 1______________ perlu mengamalkan sikap bersopan-santun agar dihormati oleh orang lain.

KitaPatikBeta

SOALAN 2____________ akan meninggalkan istana selama sebulan, titah sultan.SayaBetaKalian

SOALAN 3Biarlah ___________ sendiri yang menyiasat kejadian itu, sembah Datuk Laksamana.betapatikaku

SOALAN 4______ akan bertolak sebentar lagi, kata ketua rombongan itu.KitaBetaAku

SOALAN 5______ ialah seorang guru yang prihatin dan bertanggungjawab.A. patikB. beliauC. baginda

SOALAN 6Hadiah ini untuk _______, kata Encik Saiful kepada isterinya.patikkamuengkau

SOALAN 7Di manakah rumah ______? tanya Jane kepada Diana.kamutuankuengkau

SOALAN 8______ mempunyai hobi dan cita-cita yang sama, kata Fatin dan Asri.KitaKalianEngkau

SOALAN 9Adik menangis kerana _________ sakit perut.merekaB. diaC. kamu

SOALAN 10Ampunkan patik, _______, sembah Hang Tuah kepada sultan.awaksayatuanku

Mari kita semak jawapan sama-sama dan lihat pemenang dalam pertandingan kuiz bisu ini!

JAWAPAN KUIZ BISU1. A3. B2. B5. B6. B4.A7. A9. B8. A10. C

LATIHAN PENGUKUHAN:

LATIHAN PEMULIHAN:

LATIHAN PENGAYAAN:

Cuba murid-murid rumuskan apa yang telah kita pelajari pada hari ini.

NILAI MURNIKita hendaklah berhati-hati apabila menggunakan tangga bergerak.

Mari kita nyanyikan lagu Panduan Keselamatan bersama-sama dengan iringan muzik.

Kata ganti nama diriAda tiga jenis lagiTolong ingat tolong hafal iniAgar kita semua boleh jawab nanti

Aku, saya, hamba, patikKita dan juga kamuKata ganti diri pertamaIngat kawan rakan tauladankuLAGU Kata ganti nama diri

Sekian, terima kasih!

Rakan-rakan, jangan lupa buat ulang kaji di rumah!Di Tanjung Katong, track 5144280.55Dayung Sampan, track 12121865.3051,2,3artistKiddie Songs, track 29genre100677.93