15
UNSUR SENI Pengenalan Garisan 1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik- titik maka wujudlah garisan. 2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek. garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

Unsur Seni

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pendidikan seni tingkatan 2

Citation preview

Page 1: Unsur Seni

UNSUR SENI

Pengenalan Garisan

1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

Page 2: Unsur Seni

seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam

3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia: Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.

garisan pada anyaman tikar

garisan pada bangunan

Page 3: Unsur Seni

ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi: Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

garisan pada titisan hujan

garisan pada urat daun garisan pada kulit harimau

Jenis-jenis garisan

Page 4: Unsur Seni

Fungsi Garisan

1. Garisan menimbulkan rupa.2. Garisan menimbulkan bentuk.

3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.

5. Garisan menghasilkan jalinan.

4. Garisan mewujudkan ruang.

6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.

Garisan, Ton dan Ruang1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan

Page 5: Unsur Seni

perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap

semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni

1. Lukisan2. Catan3. Anyaman4. Tenunan5. Kolaj6. Pualaman7. Arca8. Gurisan9. Cetakan10. Resis (batik / ikat celup)

Page 7: Unsur Seni

Unsur-unsur Seni - RUPA

A. Pengenalan

Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.

Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

rupa

B. Jenis-jenis Rupa

Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rupa Geometri

Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.

dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

rupa geometri

Page 8: Unsur Seni

2. Rupa Organik

Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.

Dihasilkan secara sepontan

rupa organik

C. Rupa Positif dan Rupa Negatif

Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.

Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

rupa positif rupa negatif

Rupa dalam Aktiviti Mencorak

Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).

Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.

Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.

Hasilan corak akan lebih menarik apabila rupa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.

Page 9: Unsur Seni

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak

1. susunan selang-seli 2. Susunan turun separa 3. Susunan batu-bata4. Susunan orgee 5. susunan cerminan 6. Susunan sisik ikan

E. Rupa dan Lambang / logo

Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.

Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun

logo simbol daripada rupa mata

Page 14: Unsur Seni